Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Badan Berkanun (Kuasa
Meminjam) 1999.
/akn/my/act/act/1999/598
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA BADAN BERKANUN (KUASA MEMINJAM) 1999 is Malaysia Act, cited as Act 598 1999, currently marked in force and first recorded in 1999.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Badan Berkanun (Kuasa
Meminjam) 1999.
Tafsiran
“badan berkanun” ertinya mana-mana pertubuhan yang ditubuhkan oleh undang-undang persekutuan;
“Menteri”, berhubung dengan sesuatu badan berkanun, ertinya
Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi badan berkanun itu;
“perbadanan” ertinya sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh suatu badan berkanun menurut kuasa yang diberikan kepada badan berkanun itu di bawah undang-undang persekutuan yang menubuhkan badan berkanun itu;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 598 6
“syarikat” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125] oleh suatu badan berkanun menurut kuasa yang diberikan kepada badan berkanun itu di bawah undang-undang persekutuan yang menubuhkan badan berkanun itu.
Pemakaian
Peruntukan Akta ini hendaklah dibaca bersama dan ditafsirkan sebagai satu dengan peruntukan undang-undang persekutuan yang menubuhkan badan berkanun itu atau perbadanannya.
Percanggahan atau ketidakselarasan
Peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan yang selaras atau tidak bercanggah dengan peruntukan Akta ini hendaklah terus terpakai.
Kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan
Sesuatu badan berkanun atau sesuatu syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan oleh suatu badan berkanun tidak boleh meminjam wang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan.
Badan Berkanun (Kuasa Meminjam)
7
Akta 598
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
– TIADA –
Undang-Undang Malaysia
AKTA 598 8
Akta 598
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –