PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1999/597
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA 1999 is Malaysia Act, cited as Act 597 1999, currently marked in force and first recorded in 1999.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam
Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hak asasi manusia” merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 597
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;
“Menteri”
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hak asasi manusia.
Bahagian II
MALAYSIA
Penubuhan Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan yang boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada
Suruhanjaya, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa peranti sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Suruhanjaya.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Setiausaha kepada Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya dan hendaklah disahkan oleh
Setiausaha atau orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Setiausaha atau orang yang diberi kuasa itu secara bertulis.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 7
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu, yang disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (4), hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Meterai perbadanan
Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Fungsi dan kuasa Suruhanjaya
untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia;
untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah diambil;
untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; dan
untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia yang disebut dalam seksyen 12.
Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya boleh menjalankan mana-mana atau kesemua kuasa yang berikut:
untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
untuk menasihati Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa itu dan
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 597
mengesyorkan kepada Kerajaan dan/atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.
Lawatan oleh Suruhanjaya ke mana-mana tempat tahanan di bawah perenggan (2)(d) tidaklah boleh dihalang oleh orang yang menjaga tempat tahanan itu jika tatacara yang diperuntukkan oleh undang-undang yang mengawal selia tempat tahanan itu dipatuhi.
Bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada
Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Anggota Suruhanjaya dan tempoh jawatan
Anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong atas syor Perdana Menteri yang hendaklah, sebelum memberikan nasihatnya, berunding dengan jawatankuasa yang disebut dalam seksyen 11A.
Anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik daripada kalangan lelaki dan wanita daripada pelbagai latar belakang agama, politik dan kaum yang mempunyai pengetahuan, atau pengalaman praktikal dalam, perkara hak asasi manusia.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 9
*(4) Seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak untuk dilantik semula sekali sahaja bagi tempoh tiga tahun lagi.
Perdana Menteri boleh menentukan mekanisme yang sesuai, termasuk petunjuk-petunjuk prestasi utama, untuk menilai prestasi anggota-anggota Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi dan kewajipan mereka di bawah Akta ini.
Penilaian itu hendaklah diambil kira—
oleh Perdana Menteri sebelum memberikan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pelantikan semula mana-mana anggota Suruhanjaya di bawah subseksyen (4); dan
bagi pemecatan mana-mana anggota Suruhanjaya di bawah seksyen 10.
Pengerusi dan Naib Pengerusi
Tempoh jawatan
Pengerusi adalah selama tempoh keanggotaannya dalam Suruhanjaya.
Naib Pengerusi bolehlah dipilih oleh anggota Suruhanjaya daripada kalangan mereka sendiri.
Jika Pengerusi Suruhanjaya atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi, atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan
Pengerusi,
Naib
Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.
Mesyuarat Suruhanjaya
Jika Pengerusi tidak menghadiri mesyuarat, Naib Pengerusi
Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Kuorum dalam semua mesyuarat ialah dua pertiga daripada bilangan anggota Suruhanjaya.
Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah berusaha untuk mencapai segala keputusan mesyuarat secara sebulat suara yang jika gagal, keputusan oleh majoriti dua pertiga anggota yang hadir adalah dikehendaki.
Tiap-tiap anggota Suruhanjaya hendaklah dibayar elaun pada kadar yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong—
apabila anggota itu meletakkan jawatan melalui surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong;
apabila anggota itu dipecat daripada jawatan atas apa-apa alasan yang dinyatakan dalam seksyen 10.
Kehilangan kelayakan
Seseorang anggota Suruhanjaya boleh dipecat daripada jawatan oleh Yang di Pertuan Agong jika—
Yang di-Pertuan Agong, setelah berunding dengan seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, berpendapat bahawa anggota itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk terus memegang jawatannya;
anggota itu tidak menghadiri tiga kali berturut-turut mesyuarat
Suruhanjaya tanpa mendapat kebenaran
Suruhanjaya atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran
Menteri;
Yang di-Pertuan Agong, atas syor Perdana Menteri, berpendapat bahawa anggota itu—
telah melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan bergaji yang bercanggah dengan kewajipannya sebagai seorang anggota
Suruhanjaya;
telah berkelakuan salah atau berkelakuan sedemikian cara hingga mencemarkan nama
Suruhanjaya; atau
telah bertindak melanggar Akta ini dan bercanggah dengan kewajipannya sebagai anggota
Suruhanjaya.
Peletakan jawatan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 11
Seseorang anggota Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Jawatankuasa hendaklah dirujuk berhubung dengan pelantikan
tiga orang anggota lain daripada masyarakat madani yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia, yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri.
Anggota jawatankuasa yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah berkhidmat dengan jawatankuasa bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.
Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(c) boleh termasuk bekas hakim dan bekas anggota Suruhanjaya.
Orang yang berikut tidak boleh dilantik sebagai anggota jawatankuasa di bawah perenggan (1)(c):
mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik; dan
Bagi maksud seksyen ini, “pegawai penguat kuasa” ertinya pegawai—
mana-mana Kementerian, Jabatan, Agensi atau mana-mana badan lain yang dibentuk oleh
Kerajaan
Persekutuan, termasuk suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi Kementerian, Jabatan, Agensi atau badan itu, yang diberi fungsi penguatkuasaan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau yang mempunyai kuasa penguatkuasaan;
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 13
suatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang
Persekutuan yang diberi fungsi penguatkuasaan oleh undang-undang Persekutuan itu atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi sesuatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan yang mempunyai fungsi penguatkuasaan; atau
perkhidmatan bersama yang ditubuhkan di bawah Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan yang melaksanakan fungsi penguatkuasaan.
Bahagian III
Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau atas aduan
Suruhanjaya tidaklah boleh menyiasat apa-apa aduan yang berhubungan dengan apa-apa pengataan pelanggaran hak asasi manusia yang—
merupakan hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa rayuan; atau
Jika Suruhanjaya menyiasat suatu pengataan di bawah subseksyen 12(1) dan sementara menunggu penyelesaian siasatan itu, pengataan itu menjadi hal perkara mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, Suruhanjaya hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada melakukan siasatan itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 597
Tatacara jika pelanggaran tidak didedahkan atau didedahkan
Jika sesuatu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 12 mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia,
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk merujuk perkara itu, jika berkenaan, kepada pihak berkuasa atau orang yang berkaitan itu dengan syor yang perlu.
Kuasa yang berhubungan dengan siasatan
untuk mendapatkan dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan oleh
Suruhanjaya perlu atau patut didapatkan atau diperiksa;
untuk menghendaki supaya keterangan itu, sama ada bertulis atau lisan, mana-mana saksi dibuat dengan bersumpah atau berikrar, sumpah atau ikrar itu yang berupa sumpah atau ikrar yang dikehendaki daripada saksi itu jika saksi itu memberikan keterangan dalam mahkamah undang-undang, dan untuk mentadbirkan atau menyebabkan ditadbirkan oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Suruhanjaya, suatu sumpah atau ikrar kepada tiap-tiap saksi itu;
untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin di
Malaysia supaya menghadiri mana-mana mesyuarat
Suruhanjaya bagi memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya, dan untuk memeriksa orang itu sebagai saksi atau menghendakinya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya;
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 15
untuk menerima, walau apa pun apa-apa peruntukan Akta
Keterangan 1950 [Akta 56], apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan
untuk membenarkan atau tidak membenarkan orang ramai mengikuti siasatan itu atau mana-mana bahagian siasatan itu.
Walau apa pun perenggan (1)(c), jika orang yang dipanggil ialah seseorang yang berada dalam tahanan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, saman itu hendaklah dikeluarkan mengikut undang-undang yang terpakai yang berhubungan dengan tempat tahanan itu.
Keterangan di hadapan Suruhanjaya
Tiada seorang pun boleh, berkenaan dengan apa-apa keterangan, bertulis atau lisan, yang diberikan oleh orang itu kepada atau di hadapan Suruhanjaya, dikenakan apa-apa tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah dalam mana-mana mahkamah kecuali apabila orang itu dipertuduh memberikan atau merekakan keterangan palsu.
Bahagian IV
Pelantikan Setiausaha dan kakitangan
Suruhanjaya boleh melantik pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi membantu Suruhanjaya menjalankan fungsinya di bawah
Akta ini.
Pewakilan kuasa
Suruhanjaya boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai yang disebut dalam subseksyen 16(2) mana-mana kuasanya, dan pegawai yang kepadanya kuasa itu diwakilkan boleh menjalankan kuasa itu tertakluk kepada arahan Suruhanjaya.
Pelindungan anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya
Mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya tidaklah boleh dikehendaki mengemukakan dalam mana-mana mahkamah, apa-apa dokumen yang diterima oleh, atau mendedahkan kepada mana-mana mahkamah, apa-apa perkara atau benda yang sampai kepada pengetahuan, Suruhanjaya dalam perjalanan apaapa siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini.
Tiada tindakan atau prosiding sivil atau jenayah boleh dimulakan dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana anggota Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini atau terhadap mana-mana orang lain berkenaan dengan penyiaran oleh orang itu suatu keterangan yang pada matannya benar mengenai laporan itu.
Bab IX dan X Kanun Keseksaan [Akta 574] hendaklah terpakai bagi anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya seolah-olah sebutan mengenai “pekhidmat awam” telah digantikan dengan
“anggota, pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya”.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 17
Bahagian V
Dana
Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh menerima dana tanpa apa-apa syarat daripada mana-mana individu atau pertubuhan hanya bagi maksud memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan akaun beraudit yang sepatutnya mengenai pendapatan dan perbelanjaannya, dan aset dan liabilitinya disimpan.
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya dalam mana-mana tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah, yang dibawa oleh atau terhadap Suruhanjaya di hadapan mana-mana mahkamah hendaklah dibayar daripada dana Suruhanjaya dan apa-apa kos yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh, Suruhanjaya dalam mana-mana tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah, hendaklah dikreditkan ke dalam dana Suruhanjaya.
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya, dalam mana-mana tindakan atau providing sivil, yang dibawa terhadapnya dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah Akta ini atau atas arahan Suruhanjaya hendaklah dibayar daripada dana Suruhanjaya, melainkan jika perbelanjaan itu didapatkan olehnya dalam tindakan atau prosiding sivil itu.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 597
Pemakaian Akta 240
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240]
hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.
Laporan tahunan
Laporan itu hendaklah mengandungi suatu senarai segala perkara yang dirujuk kepada Suruhanjaya, dan tindakan yang diambil berkenaan dengannya berserta syor Suruhanjaya berkenaan dengan setiap perkara itu.
Suruhanjaya boleh, bila mana dianggapnya perlu berbuat demikian, mengemukakan laporan khas kepada Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara tertentu yang dirujuk kepadanya dan tindakan yang diambil berkenaan dengan perkara itu.
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini, termasuklah menetapkan tatacara yang kena diikuti dalam menjalankan siasatan di bawah Akta ini.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib
Jika mana-mana peraturan tatatertib dibuat di bawah seksyen ini, Suruhanjaya hendaklah menyebabkan notis mengenai kuat kuasa peraturan-peraturan itu diberikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membawanya kepada perhatian
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 19
kesemua pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya yang tersentuh oleh peraturan-peraturan itu dan peraturan-peraturan itu hendaklah, walau apa pun seksyen 19 dan 20 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis itu diberikan tanpa disiarkan dalam Warta.
____________________________________
20
Akta 597
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A1353
Akta Suruhanjaya Hak Asasi
17-02-2010
Manusia Malaysia (Pindaan) 2009
______________
21
Akta 597
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
5
Akta A1353
17-02-2010
11A
Akta A1353
17-02-2010
____________