“kawasan berperiuk api” ertinya kawasan yang berbahaya kerana periuk api ada atau disyaki ada di situ;
“Konvensyen” ertinya Konvensyen tentang Larangan Penggunaan,
Pengumpulan Stok, Pengeluaran dan Pemindahan Periuk Api
Pembinasa Anggota dan tentang Pemusnahannya yang mula berkuat kuasa pada satu hari bulan Mac 1999, dan termasuklah apa-apa pindaan kepada Konvensyen itu yang diratifikasi, diterima, diluluskan atau disertai oleh dan mula berkuat kuasa bagi Malaysia;
“Menteri”, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;
“pemindahan”, berkenaan dengan periuk api pembinasa anggota, termasuklah, sebagai tambahan kepada pergerakan fizikal periuk api pembinasa anggota ke atau dari Malaysia, pemindahan hakmilik kepada dan kawalan ke atas periuk api pembinasa anggota, tetapi tidak termasuk pemindahan mana-mana wilayah yang mengandungi tapak periuk api pembinasa anggota;
“peranti antikendali” ertinya peranti yang dimaksudkan untuk melindungi periuk api dan peranti itu menjadi sebahagian daripada, dirangkaikan kepada, dilekapkan pada atau ditempatkan di bawah periuk api dan peranti itu menjadi aktif apabila suatu cubaan dibuat untuk mengusik atau selainnya dengan sengaja mengganggu periuk api itu;
“periuk api” ertinya senjata yang direka bentuk untuk ditempatkan di bawah, di dalam, di atas atau dekat dengan tanah atau kawasan permukaan lain dan supaya meletup dengan kehadiran, kedekatan atau sentuhan orang atau kenderaan;
Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api
Pembinasa Anggota 7
“periuk api pembinasa anggota” ertinya periuk api yang direka bentuk supaya meletup dengan kehadiran, kedekatan atau sentuhan orang dan yang berupaya untuk mentidakupayakan, mencederakan atau membunuh satu orang atau lebih; tetapi periuk api yang direka bentuk supaya meledak dengan kehadiran, kedekatan atau sentuhan kenderaan berbanding dengan orang, dan yang dilengkapi dengan peranti antikendali, tidaklah dianggap periuk api pembinasa anggota akibat dilengkapi sedemikian.