Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
/akn/my/act/act/1999/596
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999 is Malaysia Act, cited as Act 596 1999, currently marked in force and first recorded in 1999.
Opening note
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Buruh India Selatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6 Akta Kumpulan Wang Buruh
India Selatan 1958 [Akta 496];
“Lembaga” ertinya Lembaga Kumpulan Wang Buruh India Selatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Buruh
India Selatan 1958;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 596 6
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1.
Pemansuhan dan pembubaran
Akta Kumpulan Wang Buruh India Selatan 1958 dimansuhkan dan Lembaga dan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.
Perpindahan kuasa, hak, dsb.
Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan ialah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan.
Perpindahan harta
Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya hendaklah pada tarikh itu terletak hak pada Kerajaan.
Perpindahan wang
Semua wang dalam Kumpulan Wang atau yang kena dibayar kepada Lembaga hendaklah, pada tarikh ditetapkan, berpindah kepada dan terletak hak pada Kerajaan.
Kontrak sedia ada, dsb.
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta atau wang yang berpindah di bawah seksyen 5
atau 6 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan boleh dikuat kuasakan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan
Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.
Kumpulan Wang Buruh India Selatan
(Pembubaran)
7
Pembayaran elaun, dsb.
berdaftar dengan Lembaga, dan menerima apa-apa elaun, saraan atau bantuan kewangan lain atau apa-apa bantuan kebajikan atau faedah lain daripada Kumpulan
Wang hendaklah, pada dan selepas tarikh ditetapkan berhak untuk menerima apa-apa elaun, saraan, bantuan kewangan, bantuan kebajikan atau faedah daripada Kerajaan mengikut kadar yang diluluskan oleh Kerajaan.
Bagi maksud seksyen ini, “buruh India Selatan” ertinya mana-mana buruh—
yang bahasa ibundanya ialah, atau bahasa ibunda ibu atau bapanya ialah, Tamil, Telegu, Malayalam, Canarese atau Uriya; dan
yang dilahirkan, atau berketurunan daripada orang yang dilahirkan, di India Selatan.
Penerusan prosiding sivil
Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana rayuan itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga jika Akta ini tidak pernah diperbuat.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 596 8
Penerusan undang-undang, dsb.
Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat; dan apa-apa sebutan dalam undang-undang bertulis itu mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
Kerajaan, dan ungkapan-ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Menghalang kesukaran atau anomali
Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh ditetapkan.
Dalam seksyen ini, “ubahsuaian” termasukiah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.
Kumpulan Wang Buruh India Selatan
(Pembubaran)
9
Akta 596
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
– TIADA –
Undang-Undang Malaysia
AKTA 596 10
Akta 596
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –