/akn/my/act/act/1999/596

AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1999
Sections
11
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999 is Malaysia Act, cited as Act 596 1999, currently marked in force and first recorded in 1999.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Kumpulan Wang Buruh India Selatan 1958, untuk membubarkari Lembaga Kumpulan Wang Buruh India Selatan dan Kumpulan Wang Buruh India Selatan yang ditubuhkan di bawah Akta itu, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berbangkit dan bersampingan. [19 November 1999, P.U. (B) 441/1999] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Buruh India Selatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6 Akta Kumpulan Wang Buruh

India Selatan 1958 [Akta 496];

“Lembaga” ertinya Lembaga Kumpulan Wang Buruh India Selatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Buruh

India Selatan 1958;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 596 6

“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1.

Seksyen 3

Pemansuhan dan pembubaran

Open as pageSuggest a correction

Akta Kumpulan Wang Buruh India Selatan 1958 dimansuhkan dan Lembaga dan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.

Perpindahan kuasa, hak, dsb.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan ialah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan.

Seksyen 5

Perpindahan harta

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya hendaklah pada tarikh itu terletak hak pada Kerajaan.

Perpindahan wang

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Semua wang dalam Kumpulan Wang atau yang kena dibayar kepada Lembaga hendaklah, pada tarikh ditetapkan, berpindah kepada dan terletak hak pada Kerajaan.

Kontrak sedia ada, dsb.

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta atau wang yang berpindah di bawah seksyen 5

atau 6 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan boleh dikuat kuasakan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan

Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

Kumpulan Wang Buruh India Selatan

(Pembubaran)

7

Pembayaran elaun, dsb.

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

mendiami Rumah Orang Tua Buruh India Selatan; atau

Suggest a correction

(b)

berdaftar dengan Lembaga, dan menerima apa-apa elaun, saraan atau bantuan kewangan lain atau apa-apa bantuan kebajikan atau faedah lain daripada Kumpulan

Wang hendaklah, pada dan selepas tarikh ditetapkan berhak untuk menerima apa-apa elaun, saraan, bantuan kewangan, bantuan kebajikan atau faedah daripada Kerajaan mengikut kadar yang diluluskan oleh Kerajaan.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “buruh India Selatan” ertinya mana-mana buruh—

(a)

yang bahasa ibundanya ialah, atau bahasa ibunda ibu atau bapanya ialah, Tamil, Telegu, Malayalam, Canarese atau Uriya; dan

Suggest a correction

(b)

yang dilahirkan, atau berketurunan daripada orang yang dilahirkan, di India Selatan.

Penerusan prosiding sivil

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana rayuan itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga jika Akta ini tidak pernah diperbuat.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 596 8

Penerusan undang-undang, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat; dan apa-apa sebutan dalam undang-undang bertulis itu mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Kerajaan, dan ungkapan-ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Seksyen 11

Menghalang kesukaran atau anomali

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini, “ubahsuaian” termasukiah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

Kumpulan Wang Buruh India Selatan

(Pembubaran)

9

Akta 596

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

– TIADA –

Undang-Undang Malaysia

AKTA 596 10

Akta 596

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999?
AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999 is Malaysia Act, cited as Act 596 1999, currently marked in force and first recorded in 1999.
Is AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999 still in force?
Yes — AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999 is currently in force.
When did AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999 take effect?
AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999 was first recorded in 1999.
How many sections does AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999 have?
AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999 contains 11 sections.
Where can I read the official version of AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999?
The official text of AKTA KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN (PEMBUBARAN) 1999 is published at lom.agc.gov.my.