PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
/akn/my/act/act/1995/535
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA TABUNG HAJI 1995 is Malaysia Act, cited as Act 535 1995, currently marked in force and first recorded in 1995.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
wang yang kena dibayar kepada seseorang pendeposit tetapi masih belum berbayar tidak kurang daripada dua belas bulan selepas wang itu menjadi kena dibayar;
dan
wang yang ada dalam akaun seseorang pendeposit yang sudah tidak dikendalikan oleh pendeposit itu sama ada dengan cara pendepositan atau pengeluaran selama tempoh yang tidak kurang daripada tujuh tahun.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan mengenai perihal tidak melakukan apa-apa perbuatan atau benda hendaklah termasuk sebutan mengenai keengganan untuk melakukan perbuatan atau benda itu.
Bahagian II
Penubuhan Lembaga Tabung Haji
Lembaga hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.
Fungsi Lembaga
Undang-Undang Malaysia 10
mentadbirkan segala perkara yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji dan untuk merumuskan dasar yang berkaitan dengannya; dan
melakukan apa-apa benda lain yang dikehendaki atau dibenarkan dilakukan di bawah Akta ini.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya secara keseluruhannya atau sebahagiannya di Malaysia atau di luar Malaysia.
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri—
menyertai apa-apa perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bagi berkongsi keuntungan atau menjalankan aktiviti-aktivitinya bersama-sama dengan, atau selainnya, mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau kerajaan yang menjalankan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti sedemikian;
mengambil atau selainnya memperoleh syer dan sekuriti dalam mana-mana pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain dan boleh menjual, memegang atau mengeluarkan semula syer atau sekuriti itu atau selainnya melupuskan atau berurusan dengannya;
Tabung Haji 11
menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga; atau
menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (3)(c).
Meterai perbadanan Lembaga
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Ketua Pegawai Eksekutif dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga secara bertulis.
Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.
Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang sekiranya disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Lembaga, dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat
Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Undang-Undang Malaysia 12
Keanggotaan Lembaga
tidak lebih daripada tujuh orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Lembaga melainkan jika dia seorang Muslim dan warganegara Malaysia.
Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota Lembaga:
orang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun; atau
orang yang tidak sempurna akal atau yang selainnya tidak berupaya melaksanakan fungsinya sebagai anggota
Lembaga.
Jika seseorang anggota Lembaga—
tidak menghadiri tiga mesyuarat Lembaga berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi Lembaga; atau
menjadi tidak layak di bawah subseksyen (3), jawatannya sebagai anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong.
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
Seseorang anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada
Menteri.
Tabung Haji 13
Tertakluk kepada subseksyen (4), (5) dan (6), seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak dilantik semula.
Saraan
Tertakluk kepada subseksyen 12(3), anggota Lembaga tidaklah berhak mendapat apa-apa saraan tetapi boleh dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan sara hidup yang ditentukan oleh Menteri.
Mesyuarat Lembaga
Tiga orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Lembaga.
Pengerusi atau, semasa ketiadaannya, anggota yang dilantik oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat.
Sekiranya atas apa-apa persoalan terdapat persamaan undi,
Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
Apa-apa minit yang dibuat tentang mesyuarat Lembaga hendaklah, sekiranya ditandatangani sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu sewajarnya layak untuk bertindak.
Tertakluk kepada subseksyen (1), (2), (3), (4) dan (5),
Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Undang-Undang Malaysia 14
Pendedahan kepentingan dalam transaksi dengan Lembaga
dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan
Lembaga;
dalam mana-mana syarikat atau firma yang dengannya
Lembaga bercadang hendak membuat kontrak berkenaan dengan apa-apa pengusahaan; atau
apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadangkan hendak diperoleh, dibeli, dipajakkan atau diuruskan selainnya oleh Lembaga, yang diketahuinya akan tersentuh atau mungkin akan tersentuh oleh mana-mana projek, skim atau perusahaan yang diluluskan atau dicadangkan hendak diluluskan oleh Lembaga, hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya kepada Lembaga.
Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat—
pada mesyuarat Lembaga yang apa-apa soal berhubungan dengan kontrak, pemerolehan, pembelian, pemajakan, urus niaga, projek atau skim yang disebut dalam subseksyen itu mula-mula dipertimbangkan;
jika anggota itu tidak mempunyai apa-apa syer atau kepentingan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a)
pada tarikh mesyuarat yang tersebut dalam perenggan itu, pada mesyuarat sedemikian yang berikutnya yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu; atau
jika seseorang anggota memperoleh apa-apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak dengan Lembaga selepas kontrak itu dibuat, pada mesyuarat yang pertama yang diadakan selepas anggota itu memperoleh syer atau kepentingan itu.
Tabung Haji 15
Bagi maksud seksyen ini, notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seseorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah pemegang syer atau pengarah mana-mana syarikat atau firma yang tertentu dan hendaklah dikira mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang mungkin, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkan sebagai perisytiharan yang mencukupi tentang kepentingan berhubungan dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian.
Notis yang diberikan di bawah subseksyen (3) tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika diberikan pada mesyuarat
Lembaga atau anggota yang berkenaan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca pada mesyuarat Lembaga yang berikutnya selepas notis itu diberikan.
Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang padanya perisytiharan itu dibuat atau dibaca.
Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal yang berhubungan dengan apa-apa kontrak, perolehan, pembelian, pajakan, urus niaga, projek atau skim yang mengenainya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia sudah mengisytiharkan syer atau kepentingannya, atau mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangan (kecuali atas undangan Lembaga) atau keputusan yang berhubungan dengannya atau apa-apa perkara yang bersampingan dengannya dan jika dia berbuat demikian—
dia tidak boleh dikira dalam kuorum yang hadir pada mesyuarat bagi maksud ketetapan atau soal itu.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat
Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa.
Jawatankuasa
Undang-Undang Malaysia 16
Orang yang tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota Lembaga di bawah subseksyen 6(3)
adalah juga tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif.
Setiap jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiap-tiap dua bulan sekali.
Jika seseorang anggota sesuatu jawatankuasa—
tidak menghadiri tiga mesyuarat jawatankuasa berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai Eksekutif;
atau
menjadi tidak layak di bawah subseksyen (2), jawatannya sebagai anggota jawatankuasa hendaklah menjadi kosong.
Tertakluk kepada subseksyen (6) dan (9), seksyen 7,
8 dan 9 hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa dan anggotanya sebagaimana seksyen itu terpakai bagi Lembaga dan anggotanya.
Tabung Haji 17
Dalam pemakaiannya bagi sesuatu jawatankuasa—
seksyen 7 hendaklah dibaca seolah-olah perkataan “Menteri”
digantikan dengan perkataan “Lembaga”; dan
seksyen 9 hendaklah terpakai bagi seseorang anggota sesuatu jawatankuasa berkenaan dengan apa-apa kontrak atau apa-apa perolehan, pembelian, pajakan atau urus niaga mengenai tanah atau apa-apa projek, pelaburan atau skim yang menjadi urusan jawatankuasa itu.
Bahagian III
Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan padanya oleh Akta ini atau dari semasa ke semasa oleh Lembaga di samping apa-apa kuasa dan kewajipan yang dinyatakan dalam surat pelantikannya.
Walau apa pun seksyen 7, Ketua Pegawai Eksekutif boleh dibayar apa-apa gaji atau elaun yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri.
Pelantikan pegawai, pekhidmat, ejen, penasihat, dsb.
melantik dan mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga mana-mana orang untuk menjadi pengarah urusan, pengarah eksekutif, pengurus besar dan mana-mana pegawai dan pekhidmat lain yang perlu untuk menjalankan maksud Akta ini; dan
Undang-Undang Malaysia 18
Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada Kumpulan
Wang segala caj dan belanja yang dilakukan sedemikian.
Lembaga boleh melalui surat cara di bawah meterainya melantik mana-mana orang sama ada di Malaysia atau mana-mana tempat di luar Malaysia untuk menjadi wakilnya dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada terma surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukannya atau melaksanakannya.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan dan tatatertib
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat. Lembaga boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan membuat peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat, dan boleh termasuk peruntukan bagi—
penggantungan tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga semasa menanti keputusan prosiding tatatertib terhadapnya.
Tabung Haji 19
Bahagian IV
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan, dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Lembaga;
apa-apa jumlah wang yang mungkin dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Lembaga dan segala jumlah wang yang dari semasa ke semasa kena dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan daripada Kumpulan Wang;
wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga dan wang yang diperoleh atau berbangkit daripadanya;
segala wang atau harta lain yang mungkin mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.
Undang-Undang Malaysia 20
Kumpulan Wang boleh digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
pengeluaran deposit dengan atau tanpa keuntungan boleh agih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atas deposit itu mengikut Akta ini;
pembayaran balik pinjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
belanja lain yang bersampingan dengan pengurusan
Kumpulan Wang dan fungsi Lembaga termasuk apa-apa wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam menjalankan fungsi Lembaga; dan
pemberian pinjaman dan pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga jika dibenarkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Deposit
Deposit hendaklah diterima bagi maksud berikut:
sebagai simpanan bagi pelaburan atau bagi apa-apa maksud lain yang dibenarkan oleh Lembaga.
Tabung Haji 21
Pembiayaan atau bantuan kewangan
Tiada jaminan atau surat tanggung rugi boleh dikeluarkan oleh Lembaga atau mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri
Kewangan.
Kuasa untuk meminjam
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan dan atas apa-apa terma dan syarat dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh mereka, meminjam apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud Akta ini.
Peraturan-peraturan berhubungan dengan deposit dan pengeluaran
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri berhubungan dengan deposit dan pengeluaran, membuat peraturan tentang—
cara pengeluaran apa-apa amaun yang ada dalam akaun pendeposit hendaklah dibuat; dan
keterangan yang hendaklah dikemukakan apabila dibuat apa-apa permohonan bagi pengeluaran.
Undang-Undang Malaysia 22
Pelaburan Kumpulan Wang
Lembaga tidak boleh menjalankan kuasa pelaburan di bawah subseksyen (1) tanpa kelulusan Menteri.
Kumpulan Wang Rizab
Lembaga boleh dari semasa ke semasa memindahkan aset daripada Kumpulan Wang Rizab kepada Kumpulan Wang atau daripada Kumpulan Wang kepada Kumpulan Wang Rizab.
Pemindahan kepada Kumpulan Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh Lembaga dan pemindahan daripada Kumpulan
Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh Menteri.
Seksyen 20 hendaklah terpakai bagi aset Kumpulan Wang
Rizab sebagaimana ia terpakai bagi aset Kumpulan Wang.
Pengisytiharan untung boleh agih
Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1),
Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit.
Tabung Haji 23
Tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan melainkan jika
Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang
Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu—
aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti
Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta; dan
aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apa-apa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan.
Apa-apa pembayaran yang dikehendaki dibuat daripada
Kumpulan Wang bagi maksud seksyen ini hendaklah, setakat yang wang dalam Kumpulan Wang itu tidak mencukupi bagi maksud itu, dibuat daripada Kumpulan Wang Rizab.
Apa-apa keputusan Lembaga berkenaan dengan amaun untung boleh agih yang akan diumpukkan kepada seseorang pendeposit adalah muktamad dan mengikat pendeposit itu dan sesuatu perakuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang untung boleh agih yang diumpukkan kepada pendeposit itu.
Wang tidak dituntut
Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, segala wang tidak dituntut hendaklah dipegang dalam Kumpulan
Wang sehingga wang itu dibayar kepada pendeposit yang berkenaan pada bila-bila masa kemudian daripada itu.
Bagi maksud seksyen ini, “pendeposit”, berkenaan dengan mana-mana individu, termasuklah waris, wasi, wakil persendirian, pentadbir, penyerah hak, wakil yang sah dan ejen individu itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Jaminan Kerajaan tentang bayaran
Apa-apa pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik dibayar balik oleh Lembaga kepada Kumpulan Wang Disatukan dan sehingga wang itu dibayar balik wang itu hendaklah menjadi hutang kepada
Kerajaan dan tanggungan pertama atas aset Kumpulan Wang dan
Kumpulan Wang Rizab.
Anggaran tahunan
Satu salinan anggaran yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang di hadapannya anggaran itu akan dibentangkan.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan
Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.
Bahagian V
Sekatan ke atas pengelola jemaah haji
menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji;
Tabung Haji 25
mengiklankan bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji;
membuat atau terus membuat apa-apa representasi yang bermaksud bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji; atau
melakukan apa-apa perbuatan atau benda yang boleh semunasabahnya mendorong Lembaga untuk mempercayai bahawa orang itu akan menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau akan mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji, melainkan jika dia memegang lesen pengelola jemaah haji yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—
berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, boleh didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Permohonan lesen dan pengeluaran lesen
Lembaga boleh menghendaki seseorang pemohon bagi lesen pengelola jemaah haji supaya memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan permohonan itu.
Undang-Undang Malaysia 26
Lembaga boleh, selepas menimbangkan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang diberikan menurut sesuatu kehendak di bawah subsekyen (2), mengeluarkan kepada pemohon suatu lesen pengelola jemaah haji apabila dibayar fi yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut atau boleh, jika disifatkannya patut, enggan mengeluarkan lesen sedemikian tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
Tiap-tiap lesen pengelola jemaah haji hendaklah, melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, terus berkuat kuasa selama tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu.
Deposit cagaran
jaminan bank dalam apa-apa bentuk dan bagi apa-apa amaun yang diluluskan oleh Lembaga; dan
Lembaga boleh menghendaki mana-mana pengelola jemaah haji supaya memberikan jaminan bank baru atau mendepositkan wang tunai tambahan bagi apa-apa amaun dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga sebagai cagaran yang mencukupi buat masa itu bagi keberterusan lesen pengelola jemaah haji itu.
Deposit cagaran yang dikehendaki di bawah subseksyen (1)
hendaklah dipegang sebagai cagaran bagi pematuhan wajar terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen 28(3)
dan bagi pelaksanaan wajar obligasi yang dikenakan di bawah seksyen 31.
Tabung Haji 27
Jika mana-mana pengelola jemaah haji tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat atau tidak melaksanakan mana-mana obligasi yang disebut dalam subseksyen (3), dia hendaklah melucuthakkan kepada Lembaga apa-apa bahagian deposit cagaran itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh secara sah di sisi undang-undang dari semasa ke semasa memotong daripada deposit cagaran apa-apa amaun yang mungkin diperlukan—
untuk membayar balik apa-apa jumlah wang yang mungkin telah dibayar oleh Lembaga dengan suci hati kepada mana-mana orang yang menuntut bahawa dia berhak atau mempunyai kepentingan terhadap jumlah wang itu.
Penalti kerana melanggar terma dan syarat lesen
Lembaga suatu deposit cagaran dalam bentuk—
berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
dan
berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Lembaga hendaklah membatalkan lesen mana-mana pengelola jemaah haji yang didapati bersalah di bawah subseksyen (1).
Lembaga boleh, apabila mana-mana pengelola jemaah haji dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1), menggantung lesen pengelola jemaah hajinya sementara menanti pelupusan kes itu.
Undang-Undang Malaysia 28
Obligasi pengelola jemaah haji jika jemaah haji tertahan di
Tanah Suci atau di tempat lain
bahawa jika mana-mana jemaah haji tertahan di Tanah
Suci atau di tempat lain selama tempoh yang lebih lama daripada dua puluh empat jam dari masa dan tarikh tempat dalam pesawat udara itu sepatutnya ada, pengelola jemaah haji itu hendaklah membayar kepada Duta atau
Konsul Malaysia di Tanah Suci atau di tempat lain apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa sebagai mencukupi untuk elaun sara hidup bagi setiap jemaah haji itu sehingga jemaah haji itu mempunyai peluang untuk dibawa balik ke Malaysia;
dan
bahawa jika mana-mana jemaah haji yang diberi tiket pergi balik yang dikeluarkan di Malaysia tertahan di Tanah
Suci atau di tempat lain kerana tiada tempat diberikan oleh sesuatu pesawat udara yang baginya tiketnya boleh digunakan, selama apa-apa tempoh yang lebih lama daripada bilangan maksimum hari yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa yang kiraannya hendaklah dibuat dari masa dan tarikh apabila tempat atas pesawat udara itu sepatutnya ada, maka pengelola jemaah haji itu hendaklah membayar kepada Menteri berkenaan dengan setiap jemaah haji sedemikian apa-apa jumlah wang yang dituntut oleh Menteri sebagai kos untuk menghantar pulang jemaah haji itu.
Tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh bermula selagi pesawat udara itu terhalang daripada membawa jemaah haji dalam perjalanan pulang kerana gangguan perang atau apa-apa jenis vis major.
Perakuan tentang tahanan itu yang berupa sebagai ditandatangani dan dimeteraikan dengan meterai konsular Duta atau Konsul
Malaysia di Tanah Suci atau di tempat lain boleh diterima sebagai
Tabung Haji 29
keterangan mengenai segala fakta yang dinyatakan dalamnya dan hendaklah diterima, tanpa terlebih dahulu dibuktikan dengan tandatangan, sebagai keterangan dalam mana-mana mahkamah di
Malaysia atau dalam mana-mana timbang tara.
Pengeluaran tiket kepada jemaah haji
Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu tiket bagi perjalanan balik tidak perlu dikeluarkan kepada mana-mana jemaah haji yang mengemukakan kebenaran bertulis seperti yang tersebut dalam seksyen 33.
Tiap-tiap tiket yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dikeluarkan dalam masa yang akan membolehkan jemaah haji yang kepadanya tiket itu dikeluarkan untuk menunaikan haji.
Mana-mana pengelola jemaah haji yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Walau apa pun apa-apa penalti di bawah subseksyen (4),
Lembaga adalah berhak, jika seseorang pengelola jemaah haji tidak mematuhi subseksyen (1), membuat perkiraan bagi pembelian tiket untuk perjalanan balik seseorang jemaah haji dan pengelola jemaah haji itu hendaklah bertanggungan bagi dan menanggung segala kos yang dilakukan baginya dan hendaklah menanggung rugi Lembaga bagi kos itu apabila dituntut.
Kebenaran untuk mengeluarkan tiket perjalanan sehala
Lembaga boleh mengeluarkan kebenaran bertulis, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan, yang membenarkan dikeluarkan kepada mana-mana jemaah haji tiket perjalanan sehala ke Tanah Suci.
Undang-Undang Malaysia 30
Bahagian VI
Syarat bagi perjalanan ke Tanah Suci
dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa yang relevan dan melalui Lembaga visa yang sah untuk menunaikan haji di Tanah Suci bagi musim haji semasa;
membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket pergi baliknya untuk perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan pulang dari Tanah Suci atau, dalam hal jemaah haji yang telah diberi kebenaran bertulis di bawah seksyen 33, sudah membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket perjalanan sehalanya;
membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya apa-apa jumlah wang tambahan yang ditentukan oleh Lembaga sebagai mencukupi bagi belanja hidup jemaah haji itu sepanjang keseluruhan tempoh dia tinggal di Tanah Suci dan bayaran itu sudah disahkan sewajarnya diterima oleh
Lembaga atau oleh pengelola jemaah haji yang relevan;
dan
Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian mana-mana bahagian seksyen ini atau meminda atau mengubah mana-mana kehendak di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana orang.
Tabung Haji 31
Lembaga hendaklah mengeluarkan Pasport Haji
Sesuatu Pasport Haji tidak sah kecuali bagi maksud perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan pulang dari
Tanah Suci.
Harga hendaklah ditandakan pada tiket
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Bahagian VII
Keterangan di bawah Akta ini
Dalam mana-mana prosiding bagi penghukuman apa-apa penalti di bawah Akta ini—
apa-apa dokumen yang berupa sebagai dibuat dan ditandatangani oleh mana-mana pegawai mana-mana
Kedutaan atau Pejabat Konsul Malaysia atau asing;
dan
apa-apa salinan prosiding mana-mana mahkamah yang disahkan dengan sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan, jika didapati telah dihantar secara rasmi kepada mana-mana pegawai di atau berdekatan dengan tempat prosiding di bawah Akta ini dijalankan.
Undang-Undang Malaysia 32
Peruntukan tentang bidang kuasa
Bagi maksud memberikan bidang kuasa di bawah Akta ini, tiap-tiap kesalahan hendaklah disifatkan telah dilakukan dan tiap-tiap kausa pengaduan telah berbangkit sama ada di tempat kesalahan itu sebenarnya dilakukan atau kausa itu sebenarnya berbangkit atau di mana-mana tempat pesalah atau orang yang terhadapnya pengaduan itu dibuat berada.
Penalti am dan cubaan, dsb., untuk melakukan kesalahan
berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; dan
berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang—
cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
bersubahat atau terlibat dalam sesuatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] ) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit daripadanya, melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Tabung Haji 33
Liabiliti pengurus, dsb.
Jika mana-mana prinsipal boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, termasuk pembatalan lesennya, kerana apa-apa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekhidmat atau ejennya jika perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekhidmat itu dalam penjalanan pekerjaannya atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal itu.
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
Apabila bayaran diterima di bawah subseksyen (1), tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu.
Apa-apa wang yang dibayar kepada Lembaga menurut peruntukan seksyen ini hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
Undang-Undang Malaysia 34
Obligasi untuk menyimpan rahsia
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Perlindungan bagi anggota, pegawai, pekhidmat dan ejen
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian.
Pekhidmat awam
Semua anggota Lembaga dan anggota tiap-tiap jawatankuasa dan semua pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Tabung Haji 35
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
berkenaan dengan penubuhan jawatankuasa dan tatacara jawatankuasa sedemikian;
bagi penyimpanan, penutupan dan pengauditan akaun
Lembaga, termasuk perkara tentang tatacara kewangan dan perakaunannya sendiri;
untuk mengawal selia tatacaranya sendiri termasuk tatacara yang berhubungan dengan perkara perjawatan dan operasi dan peminjaman wang;
untuk menguruskan pendepositan ke dalam dan pengeluaran daripada Kumpulan Wang, dan khususnya—
untuk mengadakan peruntukan bagi penamaan oleh pendeposit orang yang kepadanya apa-apa amaun yang terkredit untuknya dalam Kumpulan
Wang pada masa kematiannya hendaklah dibayar apabila dia mati, bagi cara penamaan itu boleh dibatalkan dan bagi hal keadaan penamaan itu dianggap sudah terhenti berkuat kuasa dan bagi pembayaran amaun itu kepada penama yang dinamakan sedemikian;
untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran jumlah wang yang terkredit untuk seseorang pendeposit pada masa kematiannya jika tidak ada penamaan oleh pendeposit itu orang yang kepadanya jumlah wang itu hendaklah dibayar apabila dia mati;
untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran untung boleh agih jika seseorang pendeposit mati atau semasa pengeluaran;
Undang-Undang Malaysia 36
untuk menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga termasuk perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertib dan hukuman tatatertib dan rayuan berkenaan dengannya dan berkenaan dengan gaji, elaun, terma dan syarat perkhidmatan, tempoh perkhidmatan dan cuti pegawai dan pekhidmatnya;
untuk menetapkan cara bagi apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
untuk mengadakan peruntukan bagi bentuk dan tatacara dalam pengeluaran Pasport Haji;
untuk menetapkan orang yang olehnya dan syarat yang berdasarkannya Pasport Haji boleh diberikan;
untuk mengadakan peruntukan bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga—
bagi membeli atau mendirikan rumah yang didiaminya atau yang dia bercadang hendak mendiaminya atau untuk melepaskan apa-apa gadaian atau gadai janji atau apa-apa bebanan lain atas rumah itu;
bagi pemerolehan komputer peribadi atau barang-barang lain yang perlu atau berguna bagi pelaksanaan lebih baik tugas-tugasnya sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian; atau
untuk menetapkan terma dan syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, termasuk, jika pinjaman itu adalah bagi maksud membeli atau mendirikan rumah atau melepaskan apa-apa bebanan atas rumah, syarat bahawa rumah itu termasuk tanah yang menjadi tapaknya hendaklah digadaikan kepada atau diserahhakkan kepada Lembaga sebagai cagaran bagi pinjaman itu;
Tabung Haji 37
untuk mengadakan peruntukan bagi pemusnahan rekod dan dokumen selepas berunding terlebih dahulu dengan
Arkib Negara; dan
untuk mengadakan peruntukan bagi segala perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa kepada Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini—
boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan
boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun bagi kesalahan sedemikian.
Kuasa untuk meminda Jadual
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda, menambah atau mengubah Jadual kepada Akta ini.
Bahagian VIII
Pemansuhan Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969
Pada hari yang ditetapkan—
Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 [Akta 8], yang disebut “Akta yang dimansuhkan” dalam Akta ini, hendaklah terhenti berkuat kuasa dan dimansuhkan;
dan
Lembaga Urusan dan Tabung Haji, iaitu suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terhenti wujud.
Undang-Undang Malaysia 38
Keberterusan anggota
Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan memegang jawatan sebagai anggota dilantik dalam Lembaga
Urusan dan Tabung Haji hendaklah pada hari itu menjadi anggota
Lembaga dan hendaklah tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan anggota sedemikian dan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini.
Keberterusan undang-undang, dsb.
Segala perundangan subsidiari yang dibuat atau disifatkan telah dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, setakat yang selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan, digantikan atau habis tempohnya.
Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Akta yang dimansuhkan atau Lembaga Urusan dan
Tabung Haji hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan ungkapan yang mengandungi sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Perpindahan kuasa, hak, liabiliti dan kewajipan
Tertakluk kepada Akta ini, segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah mulai dari hari itu turun kepada Lembaga.
Tabung Haji 39
Perpindahan tanah dan harta
Tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa arahan Menteri, segala harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga Urusan dan Tabung
Haji hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.
Kontrak sedia ada
Tertakluk kepada Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 51 hendaklah berkuat kuasa dan berkesan penuh terhadap atau bagi faedah Lembaga dan boleh dikuat kuasa dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Lembaga dan bukan Lembaga
Urusan dan Tabung Haji yang telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi pihak kepadanya.
Keberterusan prosiding sivil dan jenayah
Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga Urusan dan Tabung
Undang-Undang Malaysia 40
Haji boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana prosiding itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Apa-apa rayuan yang dibawa atau kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap
Lembaga sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga
Urusan dan Tabung Haji seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Perpindahan Kumpulan Wang
Tertakluk kepada Akta ini, segala wang yang ada dalam, dan kena dibayar kepada, Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 Akta yang dimansuhkan hendaklah pada hari yang ditetapkan berpindah kepada Kumpulan Wang.
Perpindahan pendeposit dalam Kumpulan Wang
Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan menjadi pendeposit dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 Akta yang dimansuhkan hendaklah pada hari itu menjadi pendeposit dalam Kumpulan Wang dan menjadi tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pendeposit dalam Kumpulan Wang.
Pengesahan perbuatan
Tanpa menjejaskan subseksyen (1)—
tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji di bawah Akta Syarikat 1965 hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah ia telah ditubuhkan oleh Lembaga di bawah perenggan 4(3)(d); dan
Tabung Haji 41
apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam perenggan (a) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah.
Keberterusan Pengarah Besar, pegawai dan pekhidmat
menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga seolah-olah dia telah dilantik di bawah seksyen 12 sehingga habis tempoh pelantikannya di bawah Akta yang dimansuhkan, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan oleh Menteri di bawah seksyen itu; dan
Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah pada hari itu disifatkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Lembaga atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terpakai sebaik sebelum hari yang ditetapkan.
Prosiding tatatertib yang belum selesai
Segala prosiding tatatertib yang, sebaik sebelum hari yang ditetapkan, masih belum selesai terhadap mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga Urusan dan Tabung Haji boleh, pada atau selepas tarikh itu, diteruskan terhadap pegawai atau pekhidmat itu di bawah Akta ini.
Penggunaan meterai
Sehingga suatu meterai diperuntukkan oleh Lembaga di bawah seksyen 5, meterai perbadanan Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah menjadi meterai perbadanan Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 42
JADUAL
[Subseksyen 4(4)]
Peraturan berkenaan dengan perbadanan
1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana-mana perbadanan ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(c), membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu dengan menentukan—
maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;
hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
sistem pengurusan perbadanan itu; dan
hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak kawalan terhadap perbadanan itu.
Kuat kuasa peraturan
2. Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.
Pindaan peraturan
3. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1.
Penggulungan
4. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu selepas dibayar segala liabiliti hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga.
Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
Taraf perbadanan
5. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(c) hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh
Lembaga kepada perbadanan itu dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa
Tabung Haji 43
guaman terhadapnya atas namanya itu dan boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan memperlakukan apa-apa harta alih atau tak alih dan boleh melakukan segala perkara atau benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal.
Meterai perbadanan
6. (1) Tiap-tiap perbadanan sedemikian hendaklah mempunyai meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda sebagaimana yang ditentukan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan itu sebagaimana yang difikirkannya patut, dengan kelulusan
Lembaga.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cop yang mengandungi nama perbadanan dan mengelilingi huruf
“TABUNG HAJI” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
Meterai perbadanan atau cop yang disebut dalam subperenggan (2)
hendaklah berada dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan oleh perbadanan itu dan hendaklah disahkan oleh orang itu.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperenggan (3), hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki supaya dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh perbadanan itu;
dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan itu bagi maksud itu.
Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 535
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
−TIADA−
Tabung Haji 45
Akta 535
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Undang-undang
Berkuat kuasa yang meminda dari
−TIADA−
JW002406 20-06-2014
Hakcipta Pencetak
H atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).
KUALA LUMPUR