/akn/my/act/act/1995/537

*AKTA PENJARA 1995

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1995
Last amended
2015
Sections
62
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PENJARA 1995 is Malaysia Act, cited as Act 537 1995, currently marked in force and first recorded in 1995.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan penjara, banduan dan perkara yang berkaitan. [18 Januari 1996, P.U. (B) 24/1996] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penjara 1995 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

(c)

Mahkamah Tentera;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penjara;

“pegawai penjara” ertinya seseorang kakitangan berpakaian seragam jabatan penjara daripada dan termasuklah pangkat

Komisioner Jeneral Penjara ke bawah sehingga dan termasuklah seseorang Wadar;

“Pegawai Perubatan” dan “Pegawai Pergigian” ertinya Pegawai

Perubatan atau Pegawai Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah seksyen 14;

“pegawai polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344];

“Pegawai Rendah Penjara” ertinya seseorang pegawai penjara daripada apa-apa pangkat dan termasuklah seseorang Sub Inspektor

Penjara ke bawah sehingga dan termasuklah seseorang Wadar;

*CATATAN—Semua sebutan mengenai Ketua Pengarah Penjara dan Timbalan Ketua Pengarah Penjara dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam mana-mana surat cara, surat ikatan, hak milik, dokumen, bon, perjanjian dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta Penjara (Pindaan) 2008 [Akta A1332], hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta A1332, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Komisioner Jeneral Penjara dan Komisioner Penjara masing-masing–lihat seksyen 4 Akta A1332 dan P.U. (B) 260/2008.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

“Pegawai yang Menjaga” ertinya seseorang pegawai penjara yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Komisioner Penjara yang menjaga sesuatu penjara;

“Pendaftar” termasuklah Ketua Pendaftar, Timbalan Pendaftar,

Penolong Kanan Pendaftar, Penolong Pendaftar, dan Pendaftar

Mahkamah Rendah, mengikut kehendak keadaan;

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan sementara di bawah seksyen 12 atau yang didaftarkan penuh di bawah seksyen 14 Akta Perubatan 1971

[Akta 50], mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Pengarah Penjara Negeri” ertinya seseorang pegawai penjara di Negeri yang berkenaan yang berpangkat tidak rendah daripada

Penolong Komisioner Penjara;

“penjara” ertinya mana-mana rumah, bangunan, kepungan atau tempat, atau mana-mana bahagiannya, yang diisytiharkan sebagai sesuatu penjara di bawah seksyen 3 dan hendaklah termasuk tanah dan bangunan di sekitar kepungan penjara dan juga tanah lapang dan tanah lain atau bangunan yang dipunyai atau yang bercantum dengannya dan digunakan oleh banduan;

“Perintah Tetap Komisioner Jeneral” ertinya Perintah Tetap yang dikeluarkan oleh Komisioner Jeneral dari semasa ke semasa;

“pihak berkuasa kompeten” ertinya mana-mana orang atau pihak berkuasa yang diletakhakkan dengan kuasa untuk mengkomitkan seseorang ke penjara di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“senjata” ertinya apa-apa cota, senjata api, amunisi, dan termasuklah apa-apa alat yang ditentukan oleh Komisioner Jeneral;

“senjata api” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah

Akta Senjata Api 1960 [Akta 206];

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan;

Penjara 13

“tempat kerja” ertinya sesuatu tempat di mana banduan dikehendaki oleh Komisioner Jeneral untuk bekerja bagi maksud pemulihan banduan, yang kerja itu dilaksanakan di bawah pengawasan pegawai penjara;

“Timbalan

Komisioner

Jeneral

Penjara”

ertinya

Timbalan

Komisioner Jeneral Penjara yang dilantik di bawah subseksyen 10(2).

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud tafsiran “banduan muda” dalam subseksyen (1), ia hendaklah termasuk seseorang banduan yang—

(a)

bukan seorang banduan muda sebagaimana yang ditafsirkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan oleh Akta ini;

Suggest a correction

(c)

sedang menjalani suatu tempoh pemenjaraan yang dijatuhkan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN

Suggest a correction

Kuasa mengisytiharkan penjara

Seksyen 3

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam

Open as pageSuggest a correction

Warta, mengisytiharkan mana-mana rumah, bangunan, kepungan atau tempat, atau mana-mana bahagiannya, sebagai suatu penjara bagi maksud Akta ini bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah dan boleh dengan cara yang sama mengisytiharkan bahawa mana-mana penjara sedemikian hendaklah terhenti sebagai suatu penjara bagi maksud Akta ini.

Seksyen 4

Bangunan sedia ada diisytiharkan sebagai penjara

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk pada apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah Akta ini, bangunan yang pada mula berkuat kuasanya Akta ini digunakan

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

sebagai penjara hendaklah disifatkan sebagai penjara mengikut pengertian Akta ini.

Perihalan penjara dalam writ, dsb.

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Dalam apa-apa writ, waran, atau surat cara undang-undang lain yang dalamnya mungkin perlu untuk diperihalkan sesuatu penjara tertentu, apa-apa perihalan yang menetapkan sesuatu penjara dengan merujuk nama tempat atau bandar di mana ia terletak, atau apa-apa perihalan pasti yang lain, hendaklah menjadi sah dan mencukupi bagi semua maksud.

Seksyen 6

Penguntukan penjara bagi kategori banduan

Open as pageSuggest a correction

(b)

mengehadkan kategori banduan dalam penjara tertentu.

Suggest a correction

(2)

Seseorang banduan daripada kategori yang baginya sesuatu penjara hendak diperuntukkan boleh dihantar dan dipenjarakan dengan sah di penjara itu walaupun waran atau perintah bagi pemenjaraan banduan itu telah dikeluarkan oleh sesuatu mahkamah yang tidak mempunyai bidang kuasa lazimnya di tempat di mana penjara itu terletak.

Penjara 15

Penetapan lokap di balai polis dan bangunan mahkamah sebagai tempat tahanan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Sebagai tambahan, adalah sah bagi Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, untuk menetapkan lokap di mana-mana balai polis dan bangunan mahkamah sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu sebagai tempat bagi pengurungan orang yang direman di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297]

dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769].

Suggest a correction

(2)

Sesuatu lokap yang ditetapkan sebagai suatu tempat pengurungan di bawah subseksyen (1)—

(a)

tidaklah boleh disifatkan sebagai sesuatu penjara bagi maksud Akta ini, atau Akta Pendaftaran Penjenayah dan

Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7] dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini tidaklah terpakai baginya;

Suggest a correction

(b)

hendaklah disifatkan sebagai sesuatu penjara bagi maksud

Suggest a correction
Suggest a correction

Bab XXVII

Bab XXVII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] atau Akta

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

bahawa bilangan banduan dalam sesuatu penjara adalah lebih ramai daripada bilangan yang semunasabahnya boleh ditempatkan dalam penjara itu dan bahawa adalah tidak sesuai untuk memindahkan bilangan yang lebih itu ke penjara lain; atau 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Suggest a correction

(b)

bahawa oleh sebab meletusnya sesuatu penyakit dalam sesuatu penjara atau bagi apa-apa sebab lain yang menyebabkannya perlu untuk menyediakan perlindungan sementara dan jagaan selamat bagi mana-mana banduan, dia boleh, dengan kelulusan Menteri, mengarahkan secara bertulis bagi perlindungan dan jagaan selamat dalam penjara sementara sekian ramai banduan yang tidak boleh ditempatkan dengan sesuai atau selamat dalam penjara itu.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu penjara sementara di bawah subseksyen (1) adalah suatu penjara bagi maksud Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Seseorang banduan yang dialihkan ke sesuatu penjara sementara di bawah subseksyen (1) hendaklah, jika sebab bagi pengalihan itu terhenti, dikembalikan ke penjara yang darinya dia dikeluarkan jika tempoh pemenjaraannya belum habis.

Suggest a correction

(4)

Arahan atau perintah yang dibuat atau diberi oleh Komisioner

Jeneral di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan.

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), jangka masa apa-apa arahan atau perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dengan kelulusan Menteri, dilanjutkan bagi tempoh tambahan tidak melebihi tiga bulan pada bila-bila masa dan pelanjutan itu tidaklah boleh dalam apa-apa hal melebihi keseluruhan tempoh sembilan bulan.

Pentadbiran penjara

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Komisioner Jeneral boleh dari semasa ke semasa membuat apa-apa pemindahan dan mengarahkan pengambilan kerja dan pengagihan pegawai penjara sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Hendaklah dilantik apa-apa bilangan Timbalan Komisioner

Jeneral Penjara, Komisioner Penjara, Timbalan Komisioner Penjara,

Penolong Kanan Komisioner Penjara dan Penolong Komisioner

Penjara, daripada kalangan pegawai penjara, dan apa-apa bilangan pegawai penjara yang perlu bagi menjalankan peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Pangkat bagi Pegawai Kanan Penjara dan Pegawai Rendah

Penjara adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Ketiadaan atau ketidakupayaan Komisioner Jeneral

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semasa ketiadaan atau ketidakupayaan Timbalan Komisioner

Jeneral Penjara, kuasa dan tugas Komisioner Jeneral hendaklah dijalankan dan dilaksanakan oleh pegawai penjara yang terkanan dalam jabatan penjara.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Perintah Tetap Komisioner Jeneral

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Komisioner Jeneral boleh membuat dan mengeluarkan perintah, yang dipanggil Perintah Tetap Komisioner Jeneral yang tidak berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta.

Tugas Komisioner Jeneral, Pengarah Penjara Negeri dan

Seksyen 13

Pegawai yang Menjaga

Open as pageSuggest a correction

(a)

secara berkala melawat dan memeriksa, atau menyebabkan supaya dilawati dan diperiksa, semua penjara di Malaysia;

Suggest a correction

(b)

menyelia dan mengawal semua perkara yang berkaitan dengan mana-mana penjara, yang pentadbirannya adalah terletak hak padanya; dan

Suggest a correction

(i)

kelakuan dan pemerlakuan pegawai penjara dan banduan di bawah kawalannya;

(ii)

pematuhan sewajarnya oleh pegawai penjara dan banduan akan peruntukan Akta ini dan semua undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan penjara atau banduan; dan

Suggest a correction

(iii)

banduan yang dipindahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVB.

Suggest a correction
Suggest a correction

(1A)

Tertakluk pada perintah Komisioner Jeneral, Pengarah

Penjara Negeri hendaklah bagi Negeri yang di bawah jagaannya—

(a)

menyelia dan mengawal Pegawai yang Menjaga, pusat latihan pegawai penjara, parol dan perkhidmatan komuniti; dan

Penjara 19

Suggest a correction

(b)

bertanggungjawab kepada Komisioner Jeneral bagi—

Suggest a correction

(i)

pematuhan sewajarnya oleh pegawai penjara dan banduan akan Akta ini dan semua undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan penjara, pusat latihan pegawai penjara, parol dan perkhidmatan komuniti;

(ii)

pengawalseliaan apa-apa urusan yang berhubungan dengan Lembaga Hakim Pelawat;

Suggest a correction

(iii)

pengurusan perkara yang berhubungan dengan pengampunan banduan; dan

Suggest a correction

(iv)

pemindahan banduan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVB.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Tertakluk pada perintah Komisioner Jeneral, Pegawai yang

Menjaga hendaklah—

(a)

menyelia dan mengawal semua perkara yang berkaitan dengan mana-mana penjara, yang pentadbirannya adalah terletak hak padanya; dan

Suggest a correction

(b)

bertanggungjawab kepada Komisioner Jeneral bagi—

Suggest a correction

(i)

kelakuan dan pemerlakuan pegawai penjara dan banduan di bawah kawalannya; dan

(ii)

pematuhan sewajarnya oleh pegawai penjara dan banduan akan peruntukan Akta ini dan semua undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan penjara atau banduan.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Komisioner Jeneral boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan mana-mana kuasanya atau pelaksanaan mana-mana tugasnya di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai penjara—

(a)

tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Komisioner Jeneral; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Suggest a correction

(b)

kecuali perkara yang berhubungan dengan pemindahan pegawai penjara, pembuatan dan pengeluaran Perintah

Tetap, dan apa-apa fungsi yang diwakilkan oleh

Suruhanjaya kepada Komisioner Jeneral menurut Fasal (6)

Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.

Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian bagi penjara

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika hal keadaan tidak membenarkan suatu pelantikan di bawah subseksyen (1), maka Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan kesihatan boleh melantik mana-mana pengamal perubatan berdaftar atau mana-mana doktor pergigian berdaftar menjadi Pegawai Perubatan atau Pegawai

Pergigian bagi mana-mana penjara tertentu.

Suggest a correction

(3)

Pegawai yang

Menjaga hendaklah berurusan dengan

Kementerian Kesihatan atau jabatan kesihatan tempatan bagi pelaksanaan tugas seseorang Pegawai Perubatan atau Pegawai

Pergigian oleh seorang lain jika Pegawai Perubatan atau Pegawai

Pergigian itu tidak dapat melaksanakan tugasnya disebabkan oleh—

(c)

apa-apa sebab lain.

Tugas Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Seseorang Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang dilantik di bawah seksyen 14 hendaklah berada di bawah kawalan

Penjara 21

dan penyeliaan Komisioner Jeneral semasa dalam penjara dan hendaklah melaksanakan apa-apa tugas yang ditetapkan.

Seksyen 16

Terma dan syarat pelantikan

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai penjara yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai baginya pada tarikh pelantikannya.

Seksyen 17

Tugas pegawai penjara

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai penjara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas sebagaimana yang ditetapkan.

Senjata, pelengkapan, dsb.

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai penjara hendaklah diberikan apa-apa senjata, kelengkapan, pakaian seragam dan pelengkapan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Komisioner Jeneral sebagai perlu bagi pelaksanaan tugasnya dengan cekap.

Perkhidmatan dalam Malaysia atau di atas vesel, pesawat udara, dsb.

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai penjara hendaklah terikat untuk berkhidmat di mana-mana bahagian dalam Malaysia atau di atas mana-mana vesel, pesawat udara, kereta api atau apa-apa kenderaan lain yang banduan sedang diangkut.

Seksyen 19A

Berkhidmat di luar Malaysia

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh menghendaki mana-mana pegawai penjara untuk berkhidmat di luar Malaysia.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Seksyen 20

Pematuhan undang-undang bertulis dan perintah yang sah

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai penjara hendaklah menepati dengan tegas semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berhubungan dengan penjara dan banduan, dan hendaklah mematuhi semua perintah yang sah daripada pegawai atasannya sama ada diberikan secara lisan atau bertulis atau dikeluarkan dalam bentuk Perintah

Tetap Komisioner Jeneral.

Seksyen 21

Pegawai penjara disifatkan sebagai pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Komisioner Jeneral, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan pegawai penjara yang dilantik di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 22

Penggunaan senjata

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang melarikan diri atau cuba melarikan diri dan jika pegawai penjara itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia sebaliknya tidak dapat mencegah kelarian atau percubaan untuk melarikan diri itu;

Suggest a correction

(i)

sesuatu perbuatan kegemparan bersama; atau

(ii)

sesuatu percubaan untuk mengopak atau memecah buka mana-mana pintu, pintu pagar atau tembok kepungan penjara; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

yang menggunakan kekerasan terhadap seseorang dan jika pegawai penjara itu mempunyai alasan yang munasabah

Penjara 23

untuk mempercayai bahawa nyawa atau anggota orang itu adalah dalam bahaya, atau bahawa cedera parah lain mungkin akan berlaku kepada orang itu.

Suggest a correction

(2)

Seseorang pegawai penjara hendaklah memberi amaran kepada banduan bahawa dia akan menembaknya sebelum menggunakan senjata api dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun pegawai penjara boleh, dalam kehadiran pegawai atasannya, menggunakan senjata api terhadap seseorang banduan dalam hal perbuatan kegemparan atau percubaan untuk melarikan diri kecuali di bawah perintah pegawai atasan itu:

Dengan syarat bahawa pegawai penjara itu boleh menggunakan senjata api dalam hal keadaan di mana adalah tidak semunasabahnya praktik untuk mendapatkan perintah daripada pegawai atasan dan bahawa keadaan itu dikemukakan kepada pegawai atasan itu.

Suggest a correction

(4)

Penggunaan senjata di bawah seksyen ini hendaklah, setakat yang boleh, untuk menghilangkan keupayaan dan bukan untuk membunuh.

Suggest a correction

(5)

Seseorang pegawai polis semasa bertindak atas sifat sebagai seorang pengawal pengiring atau pengawal dalam atau di sekitar sesuatu penjara atau lokap bagi maksud memastikan jagaan selamat ke atas seseorang banduan hendaklah tertakluk pada peruntukan seksyen ini.

Pegawai penjara mempunyai kuasa pegawai polis

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk pada apa-apa peruntukan yang dinyatakan sebaliknya, seseorang pegawai penjara semasa bertindak sedemikian hendaklah menurut jawatannya mempunyai semua kuasa, kewenangan, perlindungan dan keistimewaan seseorang pegawai polis.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Seksyen 24

Bantuan polis semasa darurat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai polis yang membantu di bawah subseksyen (1)

hendaklah diketuai oleh seorang pegawai kanan polis dan semua pegawai polis sedemikian hendaklah berada di bawah kawalan dan penyeliaan Komisioner Jeneral atau mana-mana pegawai penjara lain yang diberi kuasa secara khas bagi maksud itu.

Pegawai penjara tidak boleh menjadi anggota kesatuan sekerja

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu persatuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah pada keseluruhannya bebas daripada dan tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulan orang di luar jabatan penjara dan hendaklah disifatkan bukan sesuatu kesatuan sekerja dalam pengertian Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262], dan hendaklah dikecualikan daripada peruntukan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

Suggest a correction

(3)

Tertakluk pada subseksyen (1) dan (2), tiada pegawai penjara boleh menjadi seorang anggota mana-mana kesatuan sekerja atau persatuan yang mempunyai bagi tujuannya atau sebagai salah satu daripada tujuannya kawalan atau yang mempengaruhi gaji, pencen atau syarat perkhidmatan pegawai penjara.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pegawai penjara yang melanggar subseksyen (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi seribu ringgit.

Penjara 25

Suggest a correction

(5)

Apa-apa persoalan tentang sama ada sesuatu badan itu adalah kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan yang baginya seksyen ini terpakai hendaklah ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction

(6)

Sesuatu persatuan yang ditubuhkan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini di bawah seksyen 27A Ordinan Penjara 1952

[Ord. P.T.M. 81/1952] hendaklah disifatkan suatu persatuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) sehingga persatuan itu dibubarkan.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang dikurung dalam sesuatu penjara hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah Pegawai yang Menjaga penjara itu;

Suggest a correction

(b)

hendaklah tertakluk pada tatatertib penjara dan kepada semua undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penjara atau banduan dan kepada Perintah Tetap

Komisioner Jeneral dalam tempoh pemenjaraannya, sama ada dia berada dalam kawasan penjara atau tidak; dan

Suggest a correction

(c)

semasa berada dalam jagaan atau di bawah kawalan seseorang pegawai penjara—

Suggest a correction

(i)

apabila dibawa ke penjara atau dari penjara;

(ii)

apabila dia sedang bekerja di luar penjara; atau

Suggest a correction

(iii)

selainnya berada di luar batasan penjara, hendaklah disifatkan berada dalam penjara dan hendaklah tertakluk pada semua keadaan yang sama seolah-olah dia sebenarnya berada dalam penjara.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika seseorang banduan telah melarikan diri daripada jagaan sah, tempoh semasa bebas itu tidaklah dikira sebagai sebahagian hukuman yang sedang dijalani pada masa dia melarikan diri.

Penyerahan orang yang ditahan secara waran

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mahkamah di bawah subseksyen (1) tidak bersidang, orang itu hendaklah diserahkan kepada seorang Pegawai yang

Menjaga bagi jagaan perantaraan.

Suggest a correction

(3)

Pegawai yang Menjaga hendaklah menyebabkan orang itu dibawa di hadapan mahkamah itu pada persidangan yang berikutnya supaya orang itu boleh diuruskan mengikut undang-undang.

Penyerahan orang yang ditahan secara reman

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai yang Menjaga hendaklah—

(a)

menahan dan menyebabkan supaya diserahkan kepada mahkamah atau pihak berkuasa yang kompeten; atau

Suggest a correction

(b)

membebaskan, orang yang diserahkan di bawah subseksyen (1) mengikut terma waran itu.

Penjara 27

Pegawai yang Menjaga hendaklah menahan orang yang dikomitkan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Seseorang Pegawai yang Menjaga hendaklah menempatkan dan menahan seseorang yang telah dikomitkan dengan sewajarnya ke dalam jagaannya oleh sesuatu mahkamah atau pihak berkuasa yang kompeten mengikut terma waran atau perintah yang dengannya orang itu telah dikomitkan atau sehingga orang itu dibebaskan mengikut perjalanan undang-undang yang sewajarnya.

Seksyen 30

Pengemukaan di hadapan mahkamah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menerima perintah itu, Pegawai yang Menjaga hendaklah menyebabkan banduan yang dinamakan dalam perintah itu dibawa sebagaimana diarahkan dan hendaklah memberikannya jagaan yang selamat semasa dia tidak berada di penjara.

Suggest a correction

(3)

Sekiranya sesuatu penangguhan mengenai perkara yang baginya kehadiran banduan itu adalah dikehendaki, mahkamah boleh, melalui pengendorsan pada perintah itu, menghendaki banduan itu dibawa semula pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah itu.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu perintah yang dikeluarkan dari

Mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi boleh ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah, dan jika dikeluarkan oleh mana-mana mahkamah lain hendaklah ditandatangani oleh Hakim

Mahkamah Sesyen, Majistret, Pendaftar atau mana-mana pegawai pengetua mahkamah lain, mengikut mana-mana yang berkenaan.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Kuasa Komisioner Jeneral memerintahkan pengemukaan dalam hal tertentu

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh, setelah berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah yang menghendaki kehadiran seseorang banduan di mana-mana tempat di Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

hendaklah, apabila kehadiran seseorang banduan dikehendaki bagi maksud apa-apa siasatan awam, melalui perintah secara bertulis, mengarahkan supaya banduan itu dibawa ke tempat itu.

Suggest a correction

(2)

Seseorang banduan yang dibawa dari sesuatu penjara di bawah subseksyen (1) hendaklah, semasa berada di luar penjara itu, ditempatkan dalam apa-apa jagaan sebagaimana yang diarahkan oleh

Komisioner Jeneral, melalui perintah secara bertulis, dan semasa berada dalam jagaan itu hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah.

Pengalihan dan pemindahan banduan

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada banduan yang dialihkan di bawah subseksyen (1) semasa berada dalam jagaan seseorang pegawai penjara disifatkan telah melarikan diri walaupun dia dibawa ke bidang kuasa yang berlainan atau ke tempat kurungan yang berlainan.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak perlu untuk mengenal pasti seseorang banduan melalui nama dalam perintah itu, tetapi adalah mencukupi untuk memerihalkan banduan itu dengan menyebut kerakyatan atau hukumannya atau dengan apa-apa perihalan am lain yang serupa.

Penjara 29

Pemindahan banduan yang dijatuhkan hukuman mati

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Seseorang banduan yang dijatuhkan hukuman mati yang telah diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri supaya dijalankan boleh, melalui perintah

Komisioner Jeneral, dipindahkan ke mana-mana penjara lain, untuk menjalani hukumannya di sana.

Seksyen 34

Perintah yang yang berhubungan dengan banduan yang dipindahkan

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu perintah yang berhubungan dengan hukuman seseorang banduan yang dipindahkan di bawah seksyen 32 atau 33 hendaklah berkuat kuasa seolah-olah perintah itu telah diarahkan kepada

Pegawai yang Menjaga penjara yang kepadanya banduan itu dihantar.

Seksyen 35

Keterangan

Open as pageSuggest a correction

(a)

diterima sebagai keterangan dalam semua mahkamah tanpa bukti selanjutnya; dan

Suggest a correction

(b)

menjadi keterangan bagi fakta yang dinyatakan dalamnya.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu tindakan yang dilakukan menurut sesuatu perintah atau waran yang dibuat atau dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh undang-undang.

Banduan celaru mental

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah menjadi suatu kuasa bagi penerimaan banduan itu dan bagi penahanannya di hospital psikiatri atau di tempat lain yang sesuai di

Malaysia sehingga dialihkan atau dibebaskan sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini.

Suggest a correction

(3)

Jika seseorang banduan yang ditahan di hospital psikiatri di bawah subseksyen (1) adalah, pada pendapat Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu, tidak lagi celaru mental, Pengarah Perubatan itu hendaklah melaporkan dengan sewajarnya kepada Komisioner

Jeneral.

Suggest a correction

(4)

Apabila menerima laporan itu, Komisioner Jeneral hendaklah, melalui perintah secara bertulis—

(a)

mengarahkan pemulangan banduan itu ke penjara yang darinya dia telah dialihkan atau ke mana-mana penjara lain jika tempoh pemenjaraannya belum habis; atau

Suggest a correction

(b)

mengarahkan supaya banduan itu dibebaskan jika tempoh pemenjaraannya telah habis.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika seseorang banduan yang ditahan di bawah subseksyen (1)

adalah, pada pendapat Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu, masih lagi bercelaru mental dan tempoh pemenjaraan yang baginya banduan itu dihukum telah habis, perenggan 45(2)(c) Akta Kesihatan

Mental 2001 hendaklah terpakai bagi banduan itu seolah-olah dia telah ditahan mengikut suatu perintah tahanan yang diberikan di bawah perenggan 44(2)(b) Akta itu.

Suggest a correction

(6)

Masa yang diambil dalam melaksanakan apa-apa pengalihan di bawah seksyen ini dan tempoh semasa banduan itu ditahan di hospital psikiatri hendaklah dikira sebagai sebahagian dari tempoh pemenjaraan itu.

Penjara 31

Banduan yang sakit

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pegawai Perubatan tidak ada untuk mengeluarkan perakuan bagi maksud subseksyen (1), Pegawai yang Menjaga, atau semasa ketiadaannya, pegawai penjara yang terkanan selepasnya yang bertugas, boleh membuat suatu perintah bagi pengalihan banduan itu ke sesuatu hospital kerajaan, tanpa perakuan seorang

Pegawai Perubatan.

Suggest a correction

(3)

Jika pada pendapat pegawai perubatan sesuatu hospital kerajaan bahawa adalah perlu bagi seseorang banduan yang dialihkan ke hospital kerajaan di bawah subseksyen (1) atau (2) untuk dimasukkan dan terus berada di hospital kerajaan itu, pegawai perubatan hospital kerajaan itu hendaklah menghantar suatu perakuan yang menyatakan hakikat itu kepada Pegawai yang Menjaga penjara yang darinya banduan itu telah dialihkan—

(a)

semasa banduan itu dimasukkan ke hospital kerajaan itu;

dan

Suggest a correction

(b)

semasa banduan itu dibenarkan keluar dari hospital kerajaan itu.

Pemulangan ke penjara

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menerima perakuan yang tersebut dalam subseksyen (1), Pegawai yang Menjaga hendaklah menyebabkan banduan itu dibawa balik ke penjara, jika dia masih lagi kena dikurung dalam penjara itu.

Tanggungan kerana melarikan diri

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang banduan melarikan diri semasa dia berada di sesuatu hospital, tiada pegawai penjara boleh dipertanggungkan dengan kelarian itu melainkan jika banduan itu telah ditempatkan dengan khusus dalam jagaan pegawai penjara itu.

Seksyen 40

Tugas untuk membantu dalam mencegah kelarian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Adalah sah bagi pegawai perubatan dalam subseksyen (1)

untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk mencegah banduan daripada melarikan diri:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa langkah bagi mencegah seseorang banduan daripada melarikan diri boleh diambil yang, pada pendapat pegawai perubatan, berkemungkinan akan memudaratkan kesihatan banduan itu.

Jagaan khas dalam hospital

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

Jika disebabkan beratnya kesalahan yang kerananya banduan boleh berada dalam jagaan atau kerana apa-apa sebab lain, Pegawai yang Menjaga berpendapat adalah wajar untuk mengambil langkah-langkah khas bagi keselamatan seseorang banduan semasa menjalani rawatan dalam sesuatu hospital, Pegawai yang Menjaga boleh, sekiranya tidak ada pegawai penjara, menempatkan banduan

Penjara 33

itu dalam jagaan dua orang atau lebih daripada dua orang yang layak dan sesuai, seorang daripadanya hendaklah berada dengan banduan pada setiap masa—

(a)

yang hendaklah diletakhakkan dengan kuasa dan kewenangan penuh untuk melakukan semua perkara yang perlu untuk mencegah banduan itu daripada melarikan diri; dan

Suggest a correction

(b)

yang adalah bertanggungjawab bagi jagaan selamat banduan itu—

Suggest a correction

(i)

sehingga masa banduan itu diserahkan kepada seorang pegawai penjara apabila dia dibenarkan keluar dari hospital itu; atau

(ii)

sehingga masa apabila tempoh pemenjaraan banduan itu habis,

Suggest a correction
Suggest a correction

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. mengikut mana-mana yang berlaku dahulu. Vesel pengalihan

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(2)

Masa yang diambil dalam melaksanakan apa-apa pengalihan hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh pemenjaraan itu.

Pelepasan banduan secara lesen

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

(2)

Komisioner Jeneral boleh, pada bila-bila masa—

(a)

mengubah suai atau membatalkan syarat yang tersebut dalam subseksyen (1); atau

Suggest a correction

(b)

melalui perintah, memanggil balik ke penjara seseorang banduan yang dilepaskan secara lesen di bawah subseksyen

Suggest a correction
Suggest a correction

(1)

tetapi tanpa menjejaskan kuasa Komisioner Jeneral untuk melepaskan semula banduan itu secara lesen.

Suggest a correction

(3)

Jika seseorang banduan dipanggil balik di bawah perenggan (2)(b), lesennya hendaklah terhenti berkuat kuasa dan dia hendaklah, jika masih bebas, disifatkan bebas dengan menyalahi undang-undang dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Seseorang banduan yang tidak mematuhi mana-mana syarat lesen yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Peremitan hukuman

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua atau mana-mana bahagian remitan yang seseorang banduan berhak boleh, apabila melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 50 atau sesuatu kesalahan yang berhubungan dengan parol, dibatalkan oleh Komisioner Jeneral:

Dengan syarat bahawa tidak dalam mana-mana kes pun perlucuthakan boleh melebihi amaun remitan yang diperoleh pada masa berlakunya kesalahan itu.

Penjara 35

Suggest a correction

(3)

Komisioner Jeneral boleh memulangkan kepada seseorang banduan semua atau mana-mana bahagian remitan yang telah dilucut hak semasa menjalani hukumannya.

Suggest a correction

(4)

Seseorang banduan yang diberikan remitan sebahagian daripada hukumannya hendaklah dibebaskan apabila habisnya tempoh sekian banyak hukumannya yang tinggal selepas dipotong bahagian yang diremitkan daripada hukuman itu.

Pembebasan banduan

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk pada kelulusan Komisioner Jeneral dan atas perbelanjaan

Kerajaan, seseorang banduan yang dibebaskan sewajarnya daripada penjara mengikut seksyen ini boleh dipulangkan ke tempat di mana banduan itu lazimnya tinggal.

Kuasa kecualian Mahkamah Tinggi

Suggest a correction

Seksyen 46

Tiada apa-apa dalam

Open as pageSuggest a correction

Akta ini boleh dikira sebagai mengurangkan atau menyentuh kuasa Hakim Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan orang yang dikurung dalam mana-mana penjara

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

di bawa ke hadapan Mahkamah di bawah peruntukan Bab XXXVI

Kanun Tatacara Jenayah.

*BAHAGIAN IVA

PAROL

Seksyen 46A

Tafsiran bagi maksud Bahagian IVA

Open as pageSuggest a correction

(a)

“daerah parol” ertinya daerah parol sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

Suggest a correction

(b)

“Lembaga Parol” ertinya Lembaga Parol yang ditubuhkan di bawah seksyen 46B;

Suggest a correction

(c)

“orang diparol”

ertinya seseorang banduan yang dilepaskan atas suatu Perintah Parol;

Suggest a correction

(d)

“parol” ertinya pelepasan seseorang banduan untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol;

Suggest a correction

(e)

“pegawai parol” ertinya mana-mana pegawai penjara yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor Penjara yang ditugaskan untuk melaksanakan apa-apa tugas yang ditetapkan di bawah Bahagian ini;

Suggest a correction

(f)

“Pengerusi Lembaga Parol” ertinya Pengerusi Lembaga

Parol yang dilantik di bawah perenggan 46B(2)(a); dan

Suggest a correction

(g)

“Perintah Parol” ertinya perintah pelepasan secara parol yang dibuat oleh suatu Lembaga Parol.

*CATATAN—Seseorang banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta Penjara (Pindaan) 2008 [Akta A1332] adalah layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol–lihat seksyen 14 Akta A1332 dan P.U. (B) 260/2008.

Penjara 37

Penubuhan Lembaga Parol

Suggest a correction

Seksyen 46B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu Lembaga Parol hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong:

(a)

seorang

Pengerusi, daripada kalangan anggota

Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Setiap anggota hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(4)

Pelantikan mana-mana anggota sesuatu Lembaga Parol boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa alasan baginya.

Suggest a correction

(5)

Seseorang anggota sesuatu Lembaga Parol boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Suggest a correction

(6)

Sesuatu Lembaga Parol hendaklah bersidang sebagaimana dan apabila perlu pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang hendaklah diputuskan oleh Pengerusi Lembaga Parol.

Suggest a correction

(7)

Kuorum suatu persidangan sesuatu Lembaga Parol adalah lima anggota termasuk Pengerusi Lembaga Parol itu.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Suggest a correction

(8)

Tiap-tiap anggota yang hadir pada suatu persidangan sesuatu

Lembaga Parol berhak kepada satu undi dan apa-apa keputusan

Lembaga Parol hendaklah ditentukan melalui undi majoriti.

Suggest a correction

(9)

Jika berlaku persamaan undi, Pengerusi Lembaga Parol hendaklah mempunyai undi pemutus, sebagai tambahan kepada undi biasanya.

Suggest a correction

(10)

Tertakluk pada Akta ini dan apa-apa arahan Menteri sesuatu

Lembaga Parol boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Kuasa Lembaga Parol

Suggest a correction

Seksyen 46C

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk membuat keputusan sama ada untuk melepaskan secara parol seseorang banduan yang memohon parol;

Suggest a correction

(b)

untuk menggantung atau membatalkan sesuatu Perintah

Parol;

Suggest a correction

(c)

untuk menambah apa-apa syarat atau mengubah mana-mana syarat sesuatu Perintah Parol;

Suggest a correction

(d)

untuk mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan parol;

Suggest a correction

(e)

untuk memeriksa mana-mana banduan bagi maksud untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan sesuatu permohonan parol atau bagi apa-apa sebab lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Parol; dan

Suggest a correction

(f)

untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi dan tugas lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Penjara 39

Suggest a correction

(2)

Sesuatu Lembaga Parol boleh menubuhkan urus setia sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya dan suai manfaat untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsi dan tugasnya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

Orang diparol tertakluk pada Bahagian ini

Suggest a correction

Seksyen 46D

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 29, suatu Perintah Parol boleh dikeluarkan kepada mana-mana banduan yang layak untuk mendapat parol yang telah dikomitkan ke dalam jagaan seseorang Pegawai yang

Menjaga di bawah seksyen itu dan jika apa-apa Perintah Parol dikeluarkan, banduan itu adalah tertakluk pada dan hendaklah diuruskan di bawah Bahagian ini.

Seksyen 46E

Layak untuk mendapat parol

Open as pageSuggest a correction
(1)

Seseorang banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan bagi mana-mana kesalahan yang ditetapkan dalam

Jadual

Suggest a correction

Jadual Keempat tidak layak untuk mendapat parol.

(2)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual Keempat.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (4), (5) dan (6), seseorang banduan hanya layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol—

(a)

jika dia dihukum minimum satu tahun pemenjaraan bagi apa-apa kesalahan selain kesalahan yang ditetapkan dalam

Jadual

Suggest a correction

Jadual Keempat;

(b)

tertakluk pada subseksyen (7), selepas dia menjalani sekurang-kurangnya seperdua dari tempoh pemenjaraannya tanpa mengambil kira remitan hukuman yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 44; dan

(c)

selepas dia menjalani program pemulihan yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral semasa menjalani hukuman pemenjaraannya.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(4)

Jika terdapat suatu pertuduhan terhadap mana-mana banduan bagi apa-apa kesalahan, selain kesalahan yang ditetapkan dalam

Jadual

Suggest a correction

Jadual Keempat, yang belum selesai di dalam mana-mana mahkamah, banduan itu layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol hanya selepas keputusan muktamad dibuat terhadap pertuduhan yang belum selesai itu.

(5)

Jika terdapat sesuatu rayuan yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan, selain kesalahan yang ditetapkan dalam Jadual

Keempat, yang masih belum selesai di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana banduan, banduan itu layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol hanya selepas keputusan muktamad dibuat terhadap rayuan yang belum selesai itu.

(6)

Jika mana-mana banduan mempunyai hak untuk mendapat pengampunan yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan, selain kesalahan yang ditetapkan dalam Jadual Keempat, banduan itu layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol hanya—

(a)

selepas kesnya telah terlebih dahulu dibawa ke hadapan suatu

Lembaga

Pengampunan, melainkan jika dia dibebaskan dengan ampun, tunda hukum atau lega hukum oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua

Negeri sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(b)

tertakluk pada subseksyen (7), selepas dia menjalani sekurang-kurangnya seperdua dari tempoh pemenjaraannya tanpa mengambil kira remitan hukuman yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 44, mengikut mana-mana yang terkemudian.

(7)

Bagi maksud perenggan (3)(b) dan (6)(b)—

(a)

berhubung dengan apa-apa tempoh pemenjaraan yang dijalani serentak, seperdua dari tempoh pemenjaraan ertinya seperdua dari tempoh pemenjaraan yang paling panjang yang dijalani serentak itu; dan

Penjara 41

(b)

berhubung dengan apa-apa tempoh pemenjaraan yang dijalani berturut-turut, seperdua dari tempoh pemenjaraan ertinya seperdua daripada jumlah keseluruhan tempoh pemenjaraan yang dijalani berturut-turut itu.

(8)

Walaupun seseorang banduan telah diberikan remitan hukuman di bawah seksyen 44, ia tidak menyentuh kelayakan banduan itu untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol.

Perkara untuk diambil kira oleh Lembaga Parol sebelum membuat Perintah Parol

46F. Dalam memutuskan sama ada atau tidak untuk melepaskan mana-mana banduan secara parol, Lembaga Parol—

(a)

hendaklah memeriksa dan menilai dosir parol yang diterima daripada pegawai penjara berkenaan dengan banduan itu dan apa-apa laporan lain yang disediakan oleh mana-mana pegawai penjara berhubung dengan sesuatu permohonan bagi pelepasan secara parol banduan itu; dan

(b)

hendaklah mengambil kira perkara yang berikut:

(i)

keperluan untuk melindungi keselamatan masyarakat;

(ii)

keperluan untuk mengekalkan keyakinan orang awam dalam pentadbiran keadilan;

(iii)

sifat dan hal keadaan kesalahan yang berhubungan dengan hukuman ke atas banduan itu;

(iv)

rekod jenayah banduan itu;

(v)

risiko banduan melakukan lagi apa-apa kesalahan jika dia dilepaskan secara parol;

(vi)

banduan boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat biasa;

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(vii)

kesan yang mungkin ke atas mangsa banduan dan keluarga mangsa, jika banduan itu dilepaskan secara parol;

(viii)

dalam hal banduan asing, kewujudan sistem parol atau sistem lain yang serupa di negaranya; dan

(ix)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang didapati relevan oleh Lembaga Parol.

Prosiding di hadapan Lembaga Parol

46G. (1) Jika sesuatu Lembaga Parol mendapati bahawa kehadiran seseorang banduan yang memohon parol adalah perlu, Lembaga

Parol boleh menyampaikan suatu notis kepada banduan itu supaya hadir di hadapan Lembaga Parol pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Pegawai penjara hendaklah membuat urusan yang perlu untuk menentukan kehadiran banduan itu di hadapan Lembaga Parol itu.

(3)

Jika banduan itu tidak dapat hadir di hadapan sesuatu Lembaga

Parol, kerana sakit atau menghadiri apa-apa prosiding mahkamah atau apa-apa alasan lain yang munasabah, dia boleh menyerahkan representasi bertulis kepada Lembaga Parol.

(4)

Semua prosiding di hadapan Lembaga Parol di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan secara tertutup dan tiada perwakilan undang-undang bagi pihak banduan dibenarkan.

Keputusan Lembaga Parol

46H. (1) Jika sesuatu Lembaga Parol membuat suatu keputusan untuk tidak melepaskan seseorang banduan secara parol, Lembaga

Parol hendaklah memaklumkan keputusan itu secara bertulis—

(a)

kepada Komisioner Jeneral;

Penjara 43

(b)

kepada Pegawai yang Menjaga penjara yang di dalamnya banduan itu menjalani hukuman pemenjaraannya; dan

(c)

kepada banduan yang berkenaan.

(2)

Seseorang banduan boleh memohon semula untuk mendapat parol enam bulan selepas tarikh keputusan sesuatu Lembaga Parol untuk tidak melepaskannya secara parol.

(3)

Jika sesuatu Lembaga Parol membuat keputusan untuk melepaskan seseorang banduan secara parol, Lembaga Parol hendaklah mengeluarkan suatu Perintah Parol yang menyatakan tarikh pelepasan secara parol dan daerah parol tempat di mana orang diparol akan menjalani parol tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Parol.

(4)

Suatu salinan Perintah Parol hendaklah disampaikan kepada—

(a)

Komisioner Jeneral;

(b)

Pegawai yang Menjaga penjara yang di dalamnya orang diparol menjalani hukuman pemenjaraannya sebaik sebelum tarikh Perintah Parol;

(c)

pegawai parol yang bertanggungjawab terhadap daerah parol tempat di mana orang diparol akan menjalani parol; dan

(d)

orang diparol yang berkenaan.

Banduan menjalani parol disifatkan terus menjalani hukuman

46I. (1) Seseorang orang diparol disifatkan menjalani hukuman pemenjaraannya semasa tempoh parol—

(a)

yang bermula pada tarikh pelepasan secara parol yang dinyatakan dalam Perintah Parol; dan 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(b)

yang berakhir apabila habis hukuman pemenjaraannya dengan mengambil kira sekian banyak hukumannya yang tinggal selepas dipotong daripada hukumannya mana-mana bahagian remitan hukuman yang diberikan, atau apabila Perintah Parol digantung atau dibatalkan.

(2)

Tempoh parol yang dinyatakan dalam subseksyen (1)

hendaklah dikira sebagai sebahagian dari tempoh pemenjaraan itu.

Tugas pegawai parol

46J. (1) Orang diparol yang berkenaan dengannya suatu Perintah

Parol telah dikeluarkan hendaklah dibawa oleh pegawai penjara ke tempat di mana orang diparol itu akan menjalani parol dan ditempatkan di bawah tanggungjawab seorang pegawai parol.

(2)

Orang diparol hendaklah diletakkan di bawah jagaan dan pengawasan seorang pegawai parol sepanjang tempoh parol.

(3)

Pada bila-bila masa apabila sesuatu waran atau perintah dikeluarkan oleh sesuatu mahkamah yang menghendaki pengemukaan orang diparol, atau apabila suatu perintah dikeluarkan oleh Komisioner Jeneral, yang menghendaki seseorang orang diparol hadir di mana-mana tempat di luar daerah parolnya, atas apa-apa alasan lain yang munasabah, yang memuaskan hati Komisioner

Jeneral, hendaklah menjadi tugas seorang pegawai parol untuk menyebabkan supaya orang diparol yang dinamakan dalam waran atau perintah itu dibawa ke tempat sebagaimana yang diarahkan dan untuk menyediakan jagaan selamat bagi orang diparol itu.

(4)

Seseorang pegawai parol hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu daftar yang berhubungan dengan orang diparol dalam daerah parolnya yang mengandungi apa-apa butiran dan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(5)

Tertakluk pada apa-apa peruntukan yang menyatakan sebaliknya, seseorang pegawai parol hendaklah menurut jawatannya semasa bertindak atas sifat yang demikian mempunyai semua kuasa, kewenangan, perlindungan dan keistimewaan seseorang pegawai polis.

Penjara 45

Tanggungjawab orang diparol

46K. Hendaklah menjadi tanggungjawab orang diparol—

(a)

untuk melaporkan diri kepada pegawai parol pada bila-bila masa dan apa-apa tarikh sebagaimana yang diarahkan oleh seseorang pegawai parol dari semasa ke semasa;

(b)

untuk tinggal di tempat yang dinyatakan dalam

Perintah Parol;

(c)

untuk mendapatkan kebenaran seseorang pegawai parol jika orang diparol itu hendak melawat tempat di luar daerah parol tempat di mana orang diparol itu sedang menjalani parolnya;

(d)

untuk membuat pekerjaan yang telah diatur atau dipersetujui oleh pegawai parol;

(e)

untuk mengikuti apa-apa program bagi pemulihannya sebagaimana yang dianjurkan atau diarahkan oleh seseorang pegawai parol;

(f)

untuk mematuhi syarat Perintah Parol; dan

(g)

untuk mematuhi apa-apa syarat, perintah dan arahan lain sebagaimana yang diberikan oleh Lembaga Parol atau pegawai parol.

Penukaran daerah parol

46L. (1) Sesuatu permohonan boleh dibuat oleh seseorang pegawai parol yang bertanggungjawab ke atas orang diparol atau oleh orang diparol kepada Lembaga Parol bagi suatu penukaran daerah parol orang diparol.

(2)

Sesuatu Lembaga Parol boleh, apabila berpuas hati dengan alasan permohonan untuk menukar daerah parol, membenarkan permohonan itu tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

boleh dikenakan oleh Lembaga Parol dan mengeluarkan suatu notis tentang kebenaran itu.

(3)

Suatu salinan notis di bawah subseksyen (2) hendaklah disampaikan kepada—

(a)

Komisioner Jeneral;

(b)

Pegawai yang Menjaga penjara yang di dalamnya orang diparol menjalani hukuman pemenjaraannya sebaik sebelum tarikh Perintah Parol;

(c)

pegawai parol yang bertanggungjawab terhadap daerah parol bagi orang diparol sebaik sebelum penukaran daerah parol orang diparol itu;

(d)

pegawai parol yang bertanggungjawab terhadap daerah parol tempat di mana orang diparol akan menjalani parol menurut penukaran daerah parol itu; dan

(e)

orang diparol yang berkenaan.

Penggantungan dan pembatalan Perintah Parol

46M. (1) Jika seseorang pegawai parol mendapati bahawa seseorang orang diparol telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu

Perintah Parol, pegawai parol itu—

(a)

hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Lembaga

Parol melalui urus setianya; dan

(b)

hendaklah menempatkan orang diparol itu dalam jagaan

Pegawai yang Menjaga penjara yang terdekat.

(2)

Sesuatu Lembaga Parol boleh menggantung sesuatu Perintah

Parol—

Penjara 47

(a)

apabila menerima laporan daripada seseorang pegawai parol bahawa seseorang orang diparol telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu Perintah

Parol; atau

(b)

jika Lembaga Parol itu mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Perintah Parol itu telah dikeluarkan atas maklumat palsu atau mengelirukan.

(3)

Sesuatu Lembaga Parol boleh menyampaikan suatu notis ke atas orang diparol untuk hadir di hadapan Lembaga Parol itu bagi suatu siasatan dan orang diparol itu boleh membuat representasi kepada Lembaga Parol itu.

(4)

Sesuatu Lembaga Parol hendaklah memeriksa dan menilai apa-apa laporan yang dikemukakan oleh seseorang pegawai parol berkenaan dengan orang diparol yang telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu Perintah Parol, dan apa-apa representasi yang dibuat oleh orang diparol itu.

(5)

Walau apa pun subseksyen (3) dan seksyen 52, sesuatu

Lembaga Parol boleh membatalkan sesuatu Perintah Parol pada bila-bila masa, tanpa memberi orang diparol hak untuk membuat apa-apa representasi—

(a)

jika orang diparol itu melakukan apa-apa kesalahan dan dipertuduh di mana-mana mahkamah bagi kesalahan itu; atau

(b)

jika orang diparol itu meninggalkan daerah parol tanpa kebenaran seseorang pegawai parol.

(6)

Jika Lembaga Parol berpuas hati bahawa orang diparol itu telah gagal untuk mematuhi apa-apa peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu Perintah Parol,

Lembaga Parol boleh—

(a)

mengenakan syarat lanjut ke atas Perintah Parol itu;

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(b)

mengubah syarat sedia ada Perintah Parol; atau

(c)

membatalkan Perintah Parol itu.

Kesan pembatalan Perintah Parol

46N. (1) Jika sesuatu Perintah Parol dibatalkan, melainkan jika banduan yang dimaksudkan dalam Perintah Parol itu disifatkan bebas dengan menyalahi undang-undang di bawah subseksyen (3), banduan itu hendaklah diletakkan di bawah jagaan seorang pegawai parol dan hendaklah dihantar serah kepada Pegawai yang Menjaga penjara yang terdekat bagi jagaan segera.

(2)

Pegawai yang Menjaga hendaklah secepat yang boleh dilaksanakan menyebabkan supaya banduan dalam subseksyen (1)

dialihkan, dipindahkan atau dibawa ke penjara tempat di mana dia menjalani hukuman pemenjaraannya sebaik sebelum Perintah Parol dikeluarkan untuk menjalani baki hukumannya.

(3)

Jika Perintah Parol dibatalkan menurut perenggan 46M(5)(b), dan jika orang diparol itu masih bebas, orang diparol itu hendaklah disifatkan bebas dengan menyalahi undang-undang dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

(4)

Jika orang diparol yang telah disabitkan di bawah subseksyen (3) dihukum dengan pemenjaraan, pemenjaraan itu hendaklah bermula sama ada serta-merta atau apabila habisnya hukuman pemenjaraannya yang terdahulu, sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah yang mengenakan hukuman itu.

(5)

Apabila sesuatu Perintah Parol dibatalkan, semua atau mana-mana bahagian remitan yang seseorang banduan itu berhak boleh dibatalkan oleh Komisioner Jeneral.

Penjara 49

Tempoh semasa orang diparol bebas tidak dikira sebagai sebahagian daripada hukuman

46O. Jika seseorang orang diparol disifatkan bebas dengan menyalahi undang-undang, tempoh semasa bebas itu tidaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh hukuman pemenjaraan yang sedang dijalani pada masa dia sedang bebas.

BAHAGIAN IVB

PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN

Pemakaian Bahagian ini

46P. Bahagian ini hendaklah terpakai hanya bagi banduan yang dipindahkan di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012

[Akta 754].

Tafsiran

46Q. Bagi maksud Bahagian ini—

“banduan yang dipindahkan” ertinya banduan yang dipindahkan di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012; dan

“Negara asing yang ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012.

Perintah Tetap Komisioner Jeneral yang berhubungan dengan banduan yang dipindahkan

46R. Komisioner Jeneral boleh membuat dan mengeluarkan perintah yang dipanggil Perintah Tetap Komisioner Jeneral di bawah seksyen 12 berkenaan dengan banduan yang dipindahkan yang hendaklah selaras dengan Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta itu.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Peremitan hukuman bagi banduan yang dipindahkan

46S. (1) Berhubung dengan banduan yang dipindahkan ke Malaysia dari suatu Negara asing yang ditetapkan—

(a)

jika banduan itu tidak mendapat apa-apa peremitan hukuman di Negara asing yang ditetapkan itu, banduan yang dipindahkan itu hendaklah berhak diberikan peremitan yang dikira daripada baki hukumannya yang akan dijalani di Malaysia; atau

(b)

jika banduan itu telah mendapat peremitan hukuman di Negara asing yang ditetapkan itu, banduan yang dipindahkan itu tidak berhak untuk mendapat apa-apa peremitan daripada baki hukumannya yang akan dijalani di Malaysia.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (1), seksyen 44 Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan peremitan hendaklah terpakai bagi banduan yang dipindahkan ke Malaysia dari suatu Negara asing yang ditetapkan.

Kuasa Lembaga Parol yang berhubungan dengan banduan yang dipindahkan

46T. (1) Lembaga Parol boleh—

(a)

mengubah atau meminda syarat sedia ada Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan; atau

(b)

mengenakan syarat lanjut ke atas Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan.

(2)

Perintah Parol yang diubah atau dipinda atau apa-apa syarat lanjut yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh

Lembaga Parol.

Penjara 51

(3)

Jika banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan gagal mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan dalam

Perintah Parol yang dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan atau apa-apa syarat yang telah diubah atau dipinda atau apa-apa syarat yang dikenakan oleh Lembaga Parol, Lembaga Parol boleh menggantung atau membatalkan Perintah Parol tersebut.

Pengecualian syarat layak parol bagi banduan yang dipindahkan

46U. (1) Komisioner Jeneral hendaklah mengecualikan banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan dan telah dilepaskan secara parol daripada syarat yang dinyatakan dalam perenggan 46E(3)(c).

(2)

Komisioner Jeneral boleh mengecualikan banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan dan belum dilepaskan secara parol, daripada syarat yang dinyatakan dalam perenggan 46E(3)(c).

BAHAGIAN V

PEKERJAAN DAN TATATERTIB PENJARA

Kesan hukuman pemenjaraan

47. (1) Seseorang banduan yang dijatuhkan atau yang akan dijatuhkan sesuatu hukuman pemenjaraan semasa tempoh hukumannya itu adalah tertakluk—

(a)

untuk dipenjarakan, bergantung kepada dia dilepaskan secara parol; dan

(b)

untuk menjalankan apa-apa kerja sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai yang Menjaga dan, setakat yang praktik, kerja itu hendaklah dijalankan—

(i)

secara berkumpulan;

(ii)

di luar sel;

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(iii)

di luar batasan penjara sebagaimana yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral.

(2)

Pegawai Perubatan boleh memperakui seseorang banduan sebagai—

(a)

tidak sihat dan mengesyorkan supaya banduan itu dikecualikan daripada kerja; atau

(b)

sihat hanya untuk melaksanakan kerja ringan.

(3)

Seseorang banduan di bawah subseksyen (2) hendaklah hanya dikehendaki menjalankan apa-apa kerja yang ditetapkan sebagai kerja ringan.

Skim bagi banduan untuk melibatkan diri dalam pekerjaan

48. (1) Bagi maksud membolehkan banduan, selain banduan yang disebut dalam seksyen 49, untuk mengambil pekerjaan yang menguntungkan semasa mereka sedang menjalani hukuman mereka,

Menteri boleh memperkenalkan sesuatu skim dan banduan itu boleh atas pilihan mereka sendiri mengambil bahagian dalam skim itu.

(2)

Seseorang banduan yang mengambil pekerjaan di bawah skim yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

boleh, walau apa pun perintah yang dibuat oleh sesuatu mahkamah bagi pengkomitan banduan itu, dibawa ke luar batasan penjara setiap hari untuk melaksanakan kerja; dan

(b)

hendaklah, pada setiap masa disifatkan berada dalam penjara dan tertakluk pada semua keadaan yang sama seolah-olah dia sebenarnya berada dalam penjara.

Pengasingan banduan

49. (1) Seseorang banduan—

Penjara 53

(a)

yang dikurung di bawah proses sivil;

(b)

yang ditahan secara reman yang dituduh melakukan sesuatu jenayah atau kesalahan;

(c)

yang dikomitkan untuk dibicarakan; atau

(d)

yang dikurung kerana tiada penjamin, lazimnya tidak boleh dicampurkan dengan banduan yang menjalani hukuman penjara atau dikehendaki bekerja lebih daripada apa-apa kerja semunasabahnya patut bagi menjaga diri dan pakaiannya dalam keadaan yang sempurna dan menjaga tempat yang dia dikurung itu bersih.

(2)

Jika seseorang banduan di bawah subseksyen (1) memilih untuk bekerja semasa tempoh dia dikurung, dia hendaklah menerima pembayaran bagi pekerjaan itu mengikut apa-apa kadar yang boleh ditetapkan dari semasa ke semasa.

(3)

Seseorang banduan muda hendaklah, setakat yang dibenarkan oleh keadaan tempatan, ditempatkan berasingan daripada orang dewasa dalam tahanan.

(4)

Jika Pegawai yang Menjaga mendapati bahawa adalah wajar bagi seseorang banduan itu diasingkan untuk mengekalkan keadaan dan tatatertib yang baik bagi sesuatu penjara atau kerana apa-apa sebab lain, maka adalah sah bagi pegawai itu memerintahkan banduan itu diasingkan selama apa-apa tempoh yang difikirkannya perlu.

Hukuman bagi kesalahan penjara oleh Pegawai yang Menjaga

50. (1) Seseorang

Pegawai yang

Menjaga, atau semasa ketiadaannya, pegawai penjara terkanan selepasnya yang telah diberi kuasa oleh Pegawai yang Menjaga, boleh menghukum seseorang banduan yang didapati bersalah melakukan kesalahan kecil penjara selepas menjalankan siasatan sewajarnya dengan memerintahkannya menjalani satu atau lebih daripada hukuman yang berikut:

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(a)

celaan;

(b)

pengurangan peringkat;

(c)

penangguhan kenaikan peringkat;

(d)

perlucuthakan keistimewaan;

(e)

penyingkiran daripada skim pendapatan;

(f)

pengurangan gred pendapatannya;

(g)

perlucuthakan remitan tidak melebihi apa-apa amaun yang ditetapkan;

(h)

pengurungan berasingan dalam sel dengan diet terhad yang ditetapkan selama suatu tempoh tidak melebihi apa-apa tempoh yang ditetapkan.

(2)

Hukuman yang disebut di perenggan 1(b) hingga (f) hendaklah bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan.

(3)

Jika seseorang Pegawai yang Menjaga, atau semasa ketiadaannya, pegawai penjara terkanan selepasnya yang telah diberi kuasa oleh Pegawai yang Menjaga itu, mendapati seseorang banduan itu bersalah melakukan kesalahan besar penjara selepas menjalankan siasatan sewajarnya, maka Pegawai yang Menjaga, atau semasa ketiadaannya, pegawai penjara terkanan selepasnya yang telah diberi kuasa oleh Pegawai yang Menjaga itu, boleh menghukum banduan itu dengan memerintahkannya menjalani satu atau lebih hukuman yang disenaraikan dalam subseksyen (1) atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti baginya, mengenakan hukuman sebat dengan rotan, tidak melebihi sekian bilangan sebatan yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa apa-apa hukuman sebat yang diperintahkan hendaklah tertakluk pada pengesahan oleh Menteri.

Penjara 55

Daftar hukuman

51. Pegawai yang Menjaga hendaklah mencatatkan dalam suatu daftar yang hendaklah dibuka bagi pemeriksaan Hakim Pelawat suatu rekod hukuman yang dikenakan olehnya ke atas banduan yang menunjukkan, berkenaan dengan setiap banduan yang dihukum, nama banduan itu, jenis kesalahannya dan takat hukumannya.

Banduan boleh membuat pembelaannya

52. Tiada banduan boleh dihukum sehinggalah dia telah diberi peluang—

(a)

untuk mendengar tuduhan atau aduan terhadapnya dan keterangan yang menyokong tuduhan atau aduan itu; dan

(b)

untuk membuat pembelaannya dan untuk meminta memberi keterangan bagi menyokong pembelaan itu.

Pendakwaan bagi kesalahan

53. Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengecualikan mana-mana banduan daripada tindakan yang diambil terhadap apa-apa kesalahan melalui penjalanan biasa undang-undang, tetapi tiada banduan boleh dihukum dua kali bagi kesalahan yang sama.

BAHAGIAN VI

KESALAHAN

Kesalahan mengenai perbekalan penjara

54. (1) Tiada seorang pun pegawai penjara, Pegawai Perubatan,

Pegawai Pergigian atau kakitangan yang diambil kerja oleh jabatan penjara boleh—

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(a)

secara langsung atau tidak langsung mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam pembelian perbekalan penjara;

(b)

menerima atau mempunyai apa-apa urusan kewangan dengan banduan atau kawan banduan mengenai apa-apa diskaun, hadiah atau balasan lain daripada kontraktor, atau penjual, perbekalan penjara;

(c)

menjual atau membekalkan mana-mana artikel untuk atau bagi kegunaan seseorang banduan atau sesuatu penjara;

(d)

menerima secara langsung atau tidak langsung—

(i)

apa-apa keuntungan atau faedah daripada penjualan atau pembekalan; atau

(ii)

apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak atau perjanjian bagi penjualan atau pembekalan, mana-mana artikel untuk atau bagi kegunaan seseorang banduan atau sesuatu penjara.

(2)

Tiada seorang pun pegawai penjara, Pegawai Perubatan,

Pegawai Pergigian atau kakitangan yang diambil kerja oleh jabatan penjara boleh membuat apa-apa perhubungan yang tidak dibenarkan dengan seseorang bagi apa-apa maksud dalam subseksyen (1).

(3)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Dalam seksyen ini rujukan kepada menjual atau membekal termasuklah masing-masingnya rujukan kepada menawarkan untuk jualan atau menawarkan untuk membekalkan dan juga memberi sewa dan menawarkan untuk memberi sewa.

Penjara 57

Pembayaran wang dilarang

55. (1) Tiada wang atau balasan lain boleh, atas apa-apa jua pun alasan, kena dibayar, dibayar, diberi atau dijanjikan, kepada seseorang pegawai penjara, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian atau kakitangan yang diambil kerja oleh jabatan penjara, oleh atau bagi pihak seseorang banduan, sama ada pada masa dia—

(a)

dimasukkan ke dalam;

(b)

dikomitkan ke;

(c)

terus berada dalam;

(ca) dilepaskan secara parol dari; atau

(d)

dibebaskan dari, sesuatu penjara.

(2)

Seseorang pegawai penjara, Pegawai Perubatan, Pegawai

Pergigian atau kakitangan yang diambil kerja oleh jabatan penjara, yang menerima atau meminta dari atau bagi pihak seseorang banduan—

(a)

apa-apa wang atau balasan lain;

(b)

janji mengenai wang atau balasan lain;

(c)

menjalankan apa-apa perkhidmatan sebagai balasan untuk menerima atau dijanjikan wang atau balasan lain, bagi apa-apa maksud yang disebutkan dalam subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Penyerahan pakaian seragam, dsb., semasa berhenti

56. (1) Seseorang, apabila berhenti daripada menjadi seorang pegawai penjara, hendaklah dengan serta-merta menyerahkan kepada

Pegawai yang Menjaga penjara yang dia berkhidmat pada masa dia berhenti sebagai seorang pegawai penjara, tiap-tiap artikel pakaian seragam, pakaian dan segala senjata, pelengkapan dan tiap-tiap jenis barang lain kepunyaan Kerajaan.

(2)

Seseorang pegawai penjara yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; dan

(b)

sebagai tambahan, bolehlah dipertanggungkan untuk membayar nilai mana-mana artikel yang tidak diserahkan, yang nilainya hendaklah didapatkan semula seolah-olah ia adalah suatu denda.

Pemilikan, penjualan atau pembekalan artikel yang dibekalkan kepada pegawai penjara, dsb., yang menyalahi undang-undang

57. (1) Seseorang, yang bukannya seorang pegawai penjara, yang—

(a)

tanpa kebenaran yang sah, membeli atau menerima atau didapati memiliki dan yang gagal menjelaskan dengan memuaskan akan milikannya—

(i)

sesuatu artikel yang telah dibekalkan kepada seseorang pegawai penjara bagi pelaksanaan tugasnya; atau

(ii)

sesuatu pingat atau bintang yang diberi kepada seseorang pegawai penjara bagi perkhidmatan atau kelakuan baik;

Penjara 59

(b)

tanpa kebenaran yang sah, mengilang, menjual, membekalkan, menawarkan untuk menjual atau membekal sesuatu faksimile yang elok bagi—

(i)

sesuatu lencana atau peranti yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu ialah seorang pegawai penjara atau menunjukkan pangkat seseorang pegawai penjara; atau

(ii)

sesuatu pingat atau bintang yang diberi kepada seseorang pegawai penjara bagi perkhidmatan atau kelakuan baik;

(c)

dengan menyalahi undang-undang memakai, menggunakan atau mempamerkan selain semasa mengadakan pertunjukan pentas atau persembahan teater yang lain—

(i)

pakaian seragam seorang pegawai penjara;

(ii)

sesuatu lencana atau peranti untuk menunjukkan bahawa dia ialah seorang pegawai penjara; atau

(iii)

pakaian yang menyerupai atau yang mempunyai tanda tertentu pakaian seragam seseorang pegawai penjara, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Seseorang pegawai penjara yang menjual atau mendedahkan—

(a)

apa-apa artikel yang telah dibekalkan kepadanya atau kepada mana-mana pegawai penjara bagi pelaksanaan tugas;

(b)

apa-apa pingat atau bintang yang diberikan kepada seseorang pegawai penjara bagi perkhidmatan atau kelakuan baik,

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Penyeludupan artikel yang dilarang ke dalam penjara

58. (1) Seseorang yang menyeludupkan atau cuba untuk menyeludup sesuatu artikel yang dilarang ke dalam atau keluar dari sesuatu penjara melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit atau

*dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Dalam seksyen ini, “artikel larangan” ertinya apa-apa dadah, wang atau arak dan termasuklah apa-apa alat atau artikel sebagaimana yang ditetapkan oleh Komisioner Jeneral dari semasa ke semasa.

Penalti am

59. Seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

BAHAGIAN VII

KUMPULAN WANG HADIAH PEGAWAI PENJARA

Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara

60. (1) Hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara (kemudian

*CATATAN—Sebelum ini “dua ribu ringgit” dan “dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan”–lihat seksyen 18 Akta Penjara (Pindaan) 2008 [Akta A1332].

Penjara 61

daripada ini disebut Kumpulan Wang) yang hendaklah dikendalikan sebagai suatu Akaun Amanah dalam Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan.

(2)

Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—

(a)

segala emolumen yang dilucuthakkan oleh dan semua denda yang dikenakan ke atas pegawai penjara dalam apa-apa prosiding tatatertib;

(b)

semua pemberian, derma, hadiah dan caruman yang dibuat untuk atau bagi Kumpulan Wang;

(c)

semua wang atau harta lain yang boleh dalam apa-apa cara boleh dibayar kepada atau diletakhakan dalam Kumpulan

Wang; dan

(d)

semua wang—

(i)

yang dirampas; atau

(ii)

yang pemunyaannya tidak diketahui dan dijumpai, semasa sesuatu penggeledahan dalam sesuatu penjara.

Penggunaan Kumpulan Wang

61. Tertakluk pada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi maksud—

(a)

menghadiahkan pegawai penjara bagi tindakan daya usaha dan keazaman yang cemerlang atau bagi kemahiran dalam melaksanakan apa-apa tugas jabatan yang menghendaki kebijaksanaan atau kebolehan;

(b)

menghadiahkan pegawai penjara bagi apa-apa tindakan keberanian yang patut dipuji yang kerananya nyawa telah diselamatkan atau harta telah terpelihara daripada kerugian atau kebinasaan;

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(c)

mendapatkan keselesaan, kemudahan dan faedah lain, yang tidak boleh dikenakan kepada hasil awam, bagi pegawai penjara, bekas pegawai penjara yang telah bersara secara pencen, ganjaran atau elaun atau orang yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya bergantung kepada pegawai penjara yang telah meninggal dunia atau bekas pegawai penjara pada masa kematiannya; dan

(d)

menghadiahkan mana-mana orang yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa bagi apa-apa tindakan keberanian yang cemerlang yang kerananya nyawa telah diselamatkan atau harta telah terpelihara daripada kerugian atau kebinasaan.

Pentadbiran Kumpulan Wang

62. (1) Hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Kumpulan

Wang Hadiah Pegawai Penjara yang hendaklah mengelola Kumpulan

Wang itu.

(2)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Komisioner Jeneral sebagai Pengerusi;

(b)

dua orang Pegawai Kanan Penjara yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan

(c)

dua orang pegawai awam yang hendaklah dilantik oleh

Menteri.

(3)

Tertakluk pada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawal selia prosidingnya.

(4)

Tiada seorang pun boleh menjalankan sesuatu aktiviti untuk memungut wang bagi Kumpulan Wang tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Jawatankuasa.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.

Penjara 63

BAHAGIAN VIIA

KADET PENJARA

Penubuhan Kadet Penjara

62A. Suatu badan yang dikenali sebagai Kadet Penjara hendaklah ditubuhkan bagi mana-mana kawasan di Malaysia, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, yang hendaklah terdiri daripada sekian bilangan pegawai kanan Kadet Penjara, pegawai rendah Kadet

Penjara dan kadet.

Anggota Kadet Penjara

62B. Orang yang berikut boleh memohon untuk menyertai Kadet

Penjara:

(a)

mana-mana orang yang tidak berumur di bawah dua puluh satu tahun dan tidak lebih lima puluh tahun, dan yang bukan seorang anggota Jabatan Penjara Malaysia atau mana-mana pasukan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang memenuhi kriteria sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

(b)

mana-mana orang yang merupakan seorang pelajar berdaftar mana-mana institusi latihan atau pendidikan yang mengikuti bidang pengajian atau pendidikan secara sepenuh masa atau separuh masa di institusi latihan atau pendidikan itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, setelah berunding dengan Menteri yang bertanggungjawab bagi institusi latihan atau pendidikan itu; dan

(c)

mana-mana murid dari mana-mana sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri setelah berunding dengan

Menteri yang bertanggungjawab bagi pelajaran.

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

BAHAGIAN VIII

AM

Pegawai penjara tertakluk pada peraturan-peraturan tatatertib

63. (1) Semua pegawai penjara hendaklah tertakluk pada peraturan-peraturan yang berhubungan dengan tatatertib yang boleh dibuat dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah

Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, mana-mana peraturan yang sedang berkuat kuasa hendaklah hanya berkuat kuasa dan berkesan setakat yang peraturan-peraturan itu tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan yang disebut di bawah subseksyen (1).

Hakim Pelawat

*64. (1) Menteri hendaklah, bagi tiap-tiap dua tahun, melantik bagi setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan suatu Lembaga yang dikenali

Lembaga Hakim Pelawat yang baginya mana-mana Majistret kanan setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan hendaklah menjadi anggota ex officio.

(2)

Menteri boleh menentukan pembayaran elaun bagi anggota

Lembaga Hakim Pelawat.

Tugas Hakim Pelawat

65. (1) Seseorang Hakim Pelawat boleh—

(a)

pada bila-bila masa, melawat mana-mana penjara dalam

Negeri atau Wilayah Persekutuan yang baginya dia dilantik;

*CATATAN—Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan, anggota Lembaga Hakim Pelawat yang memegang jawatan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen (1) seksyen ini hendaklah terus memegang jawatan sehingga tamat tempoh pelantikan mereka–lihat subseksyen 21(2) Akta Penjara

(Pindaan) 2008 [Akta A1332] dan P.U. (B) 260/2008.

Penjara 65

(b)

memeriksa wad, sel, halaman dan bilik dan bahagian lain penjara;

(c)

memeriksa dan menguji kualiti dan kuantiti makanan banduan;

(d)

mendengar aduan banduan, jika ada;

(e)

menyoal mana-mana banduan atau pegawai penjara, bagi maksud menentukan, setakat yang boleh, sama ada peruntukan

Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta dan

Perintah Tetap Komisioner Jeneral dipatuhi.

(2)

Seseorang Hakim Pelawat hendaklah—

(a)

membawa perhatian Pegawai yang Menjaga akan apa-apa luar aturan yang boleh diperhatikan mengenai—

(i)

cara penjara berfungsi; atau

(ii)

pemerlakuan mana-mana banduan yang dikurung dalam penjara; dan

(b)

menjalankan dan melaksanakan apa-apa kuasa dan tugas lain yang ditetapkan.

(3)

Lembaga

Hakim

Pelawat hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada empat orang anggotanya melawat secara bergilir-gilir setiap penjara dalam Negeri atau Wilayah Persekutuan setiap bulan bagi tahun itu.

(4)

Seseorang Hakim Pelawat hendaklah, bagi maksud Akta ini, mempunyai kuasa untuk memanggil saksi dan mengendalikan sumpah.

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Lawatan oleh Hakim, Majistret, dsb.

66. (1) Seseorang Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah

Sesyen dan Majistret yang mempunyai bidang kuasa di sesuatu tempat di mana sesuatu penjara terletak boleh, apabila difikirkannya patut—

(a)

memasuki dan memeriksa keadaan penjara dan banduan yang berada di dalamnya;

(b)

menyoal mana-mana banduan atau pegawai penjara, dan mencatatkan apa-apa pandangan yang difikirkannya patut diberikan mengenai keadaan penjara dan banduan dalam suatu Buku

Pelawat.

(2)

Sesuatu Buku Pelawat hendaklah disimpan bagi maksud subseksyen (1) oleh Pegawai yang Menjaga yang hendaklah dikemukakan kepada Hakim Pelawat pada lawatan mereka yang berikutnya.

Peraturan-peraturan

67. (1) Menteri boleh menyiarkan dalam Warta apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi pengurusan dan pengelolaan penjara yang baik, dan bagi menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta.

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

kuasa dan tugas orang yang diambil kerja dalam jabatan penjara;

(b)

pemeriksaan dan pengurusan lokap, pegawai yang akan menjaga lokap, dan bagi pekerjaan, diet dan tatatertib orang yang dikurung dalam lokap;

Penjara 67

(c)

pemeriksaan perubatan, pengukuran, pengambilan gambar dan pengambilan kesan cap jari atau rekod lain banduan termasuklah statistik diri dan sejarah peribadi yang terperinci, dan bagi menghendaki jawapan yang lengkap dan benar bagi semua soalan yang ditujukan kepada banduan dengan tujuan untuk mendapatkan statistik dan sejarah sedemikian;

(d)

orang, jika ada, yang kepadanya ukuran, gambar, kesan cap jari atau rekod lain yang hendak dihantar atau dibekalkan;

(e)

diet, pengkategorian, jagaan selamat, pengasingan, pemerlakuan dan tatatertib banduan;

(ea) layanan ke atas dan kesejahteraan anak yang dilahirkan oleh banduan semasa dalam jagaan dan anak seorang banduan perempuan yang diterima masuk bersama ibunya;

(f)

pekerjaan banduan, termasuk peruntukan bagi kadar, kegunaan dan pengagihan pendapatan banduan;

(g)

skim pekerjaan yang menguntungkan dan khususnya bagi—

(i)

kategori banduan yang layak untuk mengambil pekerjaan di bawah skim itu;

(ii)

terma dan syarat yang atasnya banduan dibenarkan mengambil pekerjaan di luar batasan sesuatu penjara;

(iii)

terma dan syarat pekerjaan;

(iv)

cara bagaimana upah hendak dibayar kepada banduan;

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(v)

perkadaran dan cara bagaimana upah yang didapati oleh banduan di bawah skim pekerjaan itu boleh disimpan oleh banduan;

(h)

jenis kerja yang diperlukan pada setiap peringkat pemenjaraan bagi banduan dan cara bagaimana dan tempat di mana kerja itu diperlukan;

(i)

pelupusan hasil kerja banduan selain hasil kerja dalam skim yang ditubuhkan di bawah perenggan 2(h);

(j)

remitan hukuman yang hendak dibenarkan kepada banduan yang mematuhi dengan sewajarnya peraturan-peraturan yang kepadanya mereka tertakluk, dan syarat yang atasnya remitan itu akan dibuat;

(k)

penubuhan persatuan membantu banduan dan bagi mensubsidikan kerja mereka dan menggunakan perkhidmatan mereka berkaitan dengan banduan yang dibebaskan atas percubaan dan banduan yang disabitkan yang hukuman mereka telah habis tempoh;

(l)

pembekalan wang, makanan, pakaian atau kemudahan perjalanan kepada banduan apabila mereka dibebaskan;

(m)

pentadbiran Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara;

(n)

prosiding dan lawatan Hakim Pelawat;

(o)

pengelasan kesalahan;

(p)

tatacara bagi menjalankan siasatan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh banduan dan bagi perkara yang berhubungan dengannya;

(pa) pengurusan dan pelaksanaan parol;

(pb) tujuan dan pentadbiran Kadet Penjara; dan

Penjara 69

(q)

apa-apa perkara yang dikehendaki atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

Peruntukan pemansuhan, kecualian dan peralihan

68. (1) Undang-undang yang tersebut dalam Jadual Kedua setakat mana yang dinyatakan dalamnya hendaklah dimansuhkan adalah dengan ini dimansuhkan dengan sewajarnya.

(2)

Kecuali butiran 4 dalam Jadual Kedua, semua perundangan subsidiari, perintah, arahan dan notis yang dibuat atau diberikan dan apa-apa tindakan sah yang dibuat di bawah atau oleh sebab Ordinan yang dimansuhkan hendaklah, setakat mana yang perundangan subsidiari, perintah, arahan atau notis itu tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat atau diberikan di bawah atau oleh sebab Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa sehingga dipinda, dimansuhkan, dihapuskan, dibatalkan atau digantikan di bawah atau oleh sebab Akta ini.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), berkenaan dengan sesuatu hukuman pemenjaraan yang dijatuhkan atau akan dijatuhkan ke atas seseorang banduan pada atau selepas mula berkuat kuasanya

Akta ini, undang-undang yang disebut dalam Jadual Ketiga hendaklah terpakai.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1)—

(a)

mana-mana pegawai atau orang yang dilantik untuk bertindak atau bekerja di bawah atau oleh sebab Ordinan yang dimansuhkan atau disifatkan sebagai dilantik untuk bertindak atau bekerja di bawah atau oleh sebab Ordinan yang dimansuhkan hendaklah terus dan disifatkan telah dilantik atau bekerja di bawah atau menurut kuasa Akta ini; dan

(b)

apa-apa siasatan atau prosiding yang dimulakan atau belum diselesaikan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Akta ini

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

hendaklah diteruskan atau diselesaikan di bawah dan mengikut Ordinan yang dimansuhkan.

(5)

Dalam seksyen ini, “prosiding” bererti apa-apa prosiding walau apa pun mengenai jenis sivil atau jenayah termasuk sesuatu permohonan pada mana-mana peringkat sesuatu prosiding.

(6)

Pada tarikh bermulanya berkuat kuasa Akta ini, Kumpulan

Wang Hadiah Pegawai Penjara yang ditubuhkan di bawah Ordinan

Penjara 1952, Kumpulan Wang Hadiah Penjara yang ditubuhkan di bawah Ordinan Penjara 1956 [Sabah Ord. 7 tahun 1956] dan

Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara yang ditubuhkan di bawah

Ordinan Penjara [Sarawak Bab 24] hendaklah digulung dan semua wang, harta, sama ada harta alih atau tak alih dan liabiliti yang kepadanya pelbagai kumpulan wang itu adalah berhak atau tertakluk pada hendaklah oleh sebab seksyen ini menjadi wang, hak harta dan liabiliti Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara yang ditubuhkan di bawah seksyen 60 oleh kuat kuasa undang-undang tanpa apa-apa keperluan bagi sesuatu notis untuk diberi kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan pemindahan tersebut.

CATATAN—lihat seksyen 4 Akta Penjara (Pindaan) 2003 [A1189], berkuat kuasa pada 12 Disember 2025 [P.U. (B) 443/2025] yang memberikan pemansuhan dan kecualian seperti yang berikut:

Pemansuhan dan kecualian

4. (1)

Subseksyen 70(4) hingga (14) Ordinan Penjara [Ordinan Sabah 7/1956]

dan subseksyen 34(4) hingga (14) Ordinan Penjara [Sarawak Bab 24]

dimansuhkan.

(2)

Walaupun peruntukan Ordinam-Ordinan Penjara dalam subseskyen (1)

dimansuhkan—

(a)

apa-apa pelantikan, perintah, kaedah, waran atau perakuan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah peruntukan yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah peruntukan subseksyen 70(4) hingga (14) Ordinan Penjara [Ordinan Sabah 7/1956] dan subseksyen 34(4) hingga (14) Ordinan Penjara [Sarawak

Bab 24] itu telah tidak dimansuhkan; dan

Penjara 71

(b)

apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah peruntukan yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini bolehlah diteruskan atau diselesaikan di bawah dan mengikut peruntukan subseksyen 70(4)

hingga (14) Ordinan Penjara [Ordinan Sabah 7/1956] dan subseksyen 34(4) hingga (14) Ordinan Penjara [Sarawak Bab 24].

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 10(3)]

Pegawai Kanan Penjara

Komisioner Jeneral Penjara

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara

Komisioner Penjara

Timbalan Komisioner Penjara

Penolong Kanan Komisioner Penjara

Penolong Komisioner Penjara

Penguasa Penjara

Timbalan Penguasa Penjara

Penolong Penguasa Penjara

Ketua Inspektor Penjara

Inspektor Penjara

Pegawai Rendah Penjara

Sub Inspektor Penjara

Sarjan Mejar Penjara

Sarjan Penjara

Koperal Penjara

Wadar

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 68(1)]

PEMANSUHAN

Nombor Ordinan/

Kaedah-Kaedah

Tajuk Ordinan/

Kaedah-Kaedah

Takat Pemansuhan

1. Ord. P. T. M.

81/1952

Ordinan Penjara

Keseluruhannya

2. Ord. Sabah 7/1956

Ordinan Penjara

Keseluruhannya kecuali yang berikut:

(1)

(Dipotong oleh Akta

A1189);

(2)

subseksyen 81(1)

berkenaan dengan hukuman pemenjaraan yang dijatuhkan ke atas seseorang banduan sebelum tarikh mula berkuat kuasa

Akta ini.

3. Sarawak Bab 24

Ordinan Penjara

Keseluruhannya

4. Sarawak

G.N.S. 31/1956

Kaedah-Kaedah

Penjara

Bahagian VI

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KETIGA

[Subseksyen 68(3)]

PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG

Negeri

Takat Pemakaian

1. Sabah

Bahagian 6

Kaedah-Kaedah

Penjara 1953

[L.N. 326/1953]

2. Sarawak

Bahagian 6

Kaedah-Kaedah

Penjara 1953

[L.N. 326/1953]

Penjara 73

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEEMPAT

[Subseksyen 46E(2)]

KESALAHAN YANG TIDAK LAYAK BAGI PELEPASAN PAROL

1. Kanun Keseksaan

Keseluruhan Bab VI

Keseluruhan Bab VIA

Seksyen 194

Perenggan 225(e)

Perenggan 304(a)

Seksyen 364

Seksyen 374A

Seksyen 376

Seksyen 376B

Seksyen 377B

Seksyen 377C

Seksyen 377E

Seksyen 388

Seksyen 460

2. Akta Penculikan 1961 [Akta 365]

Seksyen 3

3. Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat)

1971 [Akta 37]

Seksyen 3

Seksyen 3A

Seksyen 4

Seksyen 5

Seksyen 7

4. Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]

Seksyen 6B

5. *Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

[Akta 82]

Seksyen 57

Seksyen 59

*CATATAN—Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82] telah dimansuhkan oleh Akta Kesalahan

Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]–lihat seksyen 32 Akta 747.

74

Akta 537

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1189

Akta Penjara (Pindaan) 2003 12-12-2025

Akta A1332

Akta Penjara (Pindaan) 2008 30-06-2008

Akta A1460

Akta Penjara (Pindaan) 2014 03-04-2014

Akta A1474

Akta Penjara (Pindaan) 2015 15-01-2016

Akta A1486

Akta Penjara (Pindaan) (No. 2)

2015 01-09-2015

75

Akta 537

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A1332

Akta A1474

Akta A1189 30-06-2008 15-01-2016 12-12-2025

7

Akta A1460

Akta A1486

03-04-2014 01-09-2015

10

Akta A1332

Akta A1474 30-06-2008 15-01-2016

11

Akta A1332

Akta A1474 30-06-2008 15-01-2016

13

Akta A1474 15-01-2016

19A

Akta A1332 30-06-2008

22

Akta A1332 30-06-2008

36

Akta A1189 12-12-2025

37

Akta A1332 30-06-2008

43

Akta A1332 30-06-2008

44

Akta A1332 30-06-2008

45

Akta A1332 30-06-2008

Bahagian IVA

Akta A1332 30-06-2008

46A – 46O

Akta A1332 30-06-2008

Bahagian IVB

Akta A1474 15-01-2016

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 46P – 46U

Akta A1474 15-01-2016

47

Akta A1332 30-06-2008

50

Akta A1332 30-06-2008

55

Akta A1332 30-06-2008

58

Akta A1332 30-06-2008

61

Akta A1332 30-06-2008

Bahagian VIIA

Akta A1332 30-06-2008

62A – 62B

Akta A1332 30-06-2008

64

Akta A1332 30-06-2008

67

Akta A1332 30-06-2008

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

Akta A1332 30-06-2008

Akta A1474 15-01-2016

Jadual

Suggest a correction

Jadual Keempat

Akta A1332 30-06-2008

Keseluruhan Akta

Akta A1332 30-06-2008

Common questions

What is PRISON ACT 1995?
*AKTA PENJARA 1995 is Malaysia Act, cited as Act 537 1995, currently marked in force and first recorded in 1995.
Is PRISON ACT 1995 still in force?
Yes — PRISON ACT 1995 is currently in force.
When did PRISON ACT 1995 take effect?
PRISON ACT 1995 was first recorded in 1995.
How many sections does PRISON ACT 1995 have?
PRISON ACT 1995 contains 52 sections.
What amends PRISON ACT 1995?
PRISON ACT 1995 has been amended by AKTA PENJARA (PINDAAN) (NO. 2) 2015, AKTA PENJARA (PINDAAN) 2014, and AKTA PENJARA (PINDAAN) 2015.
Where can I read the official version of PRISON ACT 1995?
The official text of PRISON ACT 1995 is published at lom.agc.gov.my.