PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1995/532
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995 is Malaysia Act, cited as Act 532 1995, currently marked in force and first recorded in 1995.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya semua atau peruntukan yang berlainan dalam
Akta ini berkenaan dengan Negeri atau bahagian yang berlainan di Malaysia.
8
Undang-Undang Malaysia
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“amanah” termasuklah pewasian atau hal tadbir; dan “pemegang amanah” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;
“harta” termasuk segala harta, alih atau tak alih, dan segala harta pusaka, kepentingan, isemen dan hak, sama ada secara ekuiti atau di sisi undang-undang dalam, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;
“harta amanah” termasuklah segala harta dalam milik atau di bawah kawalan, keseluruhannya atau sebahagiannya, Perbadanan menurut kuasa apa-apa amanah;
“harta pusaka” ertinya apa-apa harta yang ditadbirkan, dipegang, diuruskan atau dikawal oleh Perbadanan sama ada sebagai pemegang amanah atau pentadbir atau penjaga, penerima, penerima dan pengurus, pelikuidasi atau wakil, atau atas apa-apa sifat lain;
“Kumpulan Wang Bersama” ertinya Kumpulan Wang Bersama yang dibentuk di bawah seksyen 25;
“Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan” atau “Kumpulan Wang”
ertinya Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan yang dibentuk di bawah seksyen 30;
“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada masa kini atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah itu dan termasuklah, dalam hal jika mana-mana daripada mereka diberikan kuasa untuk bertindak, Pendaftar, Timbalan Pendaftar,
Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah
Tinggi;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran amanah dan harta pusaka;
Perbadanan Amanah Raya 9
*“Pegawai Pentadbir Pusaka” ertinya Pegawai Pentadbir Pusaka,
Malaysia, yang dilantik di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97];
“Pemegang Amanah Raya” ertinya Pemegang Amanah Raya,
Malaysia, yang dilantik di bawah Akta Pemegang Amanah Raya 1950 [Akta 247];
“pentadbir” ertinya seseorang yang kepadanya surat kuasa mentadbir diberikan;
“pentadbiran” ertinya pentadbiran harta pusaka orang yang mati oleh seseorang wasi atau pentadbir;
**“Perbadanan” ertinya perbadanan di bawah nama Amanah
Raya Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
Opening note
Bahagian II
PERUNTUKAN PELETAKHAKAN
Perbadanan
Maka hendaklah ada suatu Perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 di bawah nama “Amanah Raya
Berhad”.
Peruntukan peletakhakan
Tiap-tiap harta yang terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah terletak hak sedemikian pada
Perbadanan dengan hakmilik, harta pusaka atau kepentingan dan pemegangan yang serupa sebagaimana ia terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.
Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh
Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan atau Pemegang Amanah Raya atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan di bawah subseksyen (1).
Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak pada
Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan atau Pemegang Amanah Raya atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).
Perbadanan Amanah Raya 11
Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Pemegang Amanah Raya atau Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap Perbadanan.
Segala harta dalam milik atau di bawah kawalan Pemegang
Amanah Raya, keseluruhannya atau sebahagiannya, menurut kuasa apa-apa amanah hendaklah pada tarikh peletakhakan berpindah kepada Perbadanan dengan segala kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang berhubung kait dengannya sebelum sahaja tarikh peletakhakan setakat yang ia selaras dengan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
Apa-apa sebutan mengenai Pemegang Amanah Raya atau
Pegawai Pentadbir Pusaka dalam mana-mana perintah Mahkamah, surat ikatan, kontrak, surat cara atau apa jua pun dokumen lain hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan dan segala hak, kuasa, obligasi dan kewajipan yang diberikan, dikenakan, diakujanji atau ditanggung oleh Pemegang Amanah
Raya atau Pegawai Pentadbir Pusaka di bawah atau menurut kuasa mana-mana perintah Mahkamah, surat ikatan, kontrak, surat cara atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah diberikan atau dikenakan atau diakujanji atau ditanggung oleh Perbadanan.
Pemegangan permulaan Kerajaan dalam Perbadanan
Syer yang dikehendaki diterbitkan di bawah seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma tentang penguntukan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan selepas berunding dengan Menteri.
Syer yang diterbitkan di bawah seksyen ini—
hendaklah mempunyai nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan 12
Undang-Undang Malaysia
hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia berbayar menurut kuasa pembayaran nilai nominalnya kepada
Perbadanan.
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Menteri Kewangan menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Pelaburan Kerajaan dalam penerbitan selanjutnya syer
Perbadanan
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan berikutan dengan peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta
Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Menteri Kewangan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Duti setem tidaklah boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal Perbadanan yang—
diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan dengan penerbitan syer yang dimohon beli oleh Menteri
Kewangan di bawah subseksyen (1).
Kakitangan
Tiap-tiap orang sedemikian yang telah membuat pilihan di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen (1).
Kerajaan Malaysia akan memegang kesemua syer dalam
Perbadanan
Perbadanan Amanah Raya 13
Syer dalam Perbadanan yang dipegang oleh Menteri
Kewangan hendaklah dipegang oleh Menteri Kewangan sebagaimana diperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan)
1957 [Akta 375].
Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain atau kaedah undang-undang lain, maka tidaklah perlu untuk menyelesaikan atau mendaftarkan pindah milik syer daripada jenis yang disebut dalam subseksyen (2) berikutan dengan pertukaran orang yang memegang jawatan Menteri Kewangan.
Menteri Kewangan bolehlah menjalankan segala hak dan kuasa yang berhubung kait dengan syer dalam Perbadanan yang dipegang olehnya.
Menteri Kewangan boleh, pada bila-bila masa, dengan notis bertulis kepada Setiausaha Syarikat Perbadanan, memberi kuasa, atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam notis itu, mana-mana orang yang difikirkannya layak untuk bertindak sebagai wakilnya pada mana-mana atau semua mesyuarat pemegang syer
Perbadanan atau mana-mana golongan pemegang syer, dan mana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian adalah berhak untuk menjalankan kuasa yang sama, bagi pihak Menteri Kewangan, sebagaimana yang Menteri Kewangan boleh menjalankannya jika dia hadir sendiri pada mesyuarat atau mesyuarat-mesyuarat itu.
14
Undang-Undang Malaysia
Menteri Kewangan hendaklah memegang syer
menjual atau selainnya melupuskan mana-mana syer dalam
Perbadanan yang dipegang olehnya kepada mana-mana orang; atau
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) terpakai bagi syer keutamaan boleh tebus yang—
tidak memberikan apa-apa hak untuk mengundi pada mana-mana mesyuarat agung Perbadanan.
Bahagian III
Objektif
Objektif Perbadanan adalah seperti yang berikut:
untuk menjadi suatu organisasi yang menunjukkan rasa tanggungjawab sosial dengan memberikan perhatian kepada kepentingan komuniti Malaysia dan dengan berusaha untuk mengambil kira atau menggalakkan perkara ini apabila ia boleh berbuat sedemikian; dan
untuk menjadi secekap dan mencapai keuntungan sebagaimana syarikat amanah persendirian.
Pelantikan Perbadanan
Perbadanan boleh bertindak sama ada bersendirian atau bersesama mana-mana orang atau kumpulan orang atas apa-apa sifat yang ia dilantik dan hendaklah mempunyai kuasa, kewajipan dan liabiliti yang sama dan adalah berhak kepada hak dan kekebalan yang sama dan hendaklah tertakluk kepada kawalan dan perintah
Mahkamah yang sama sebagaimana orang persendirian yang bertindak atas sifat itu.
Perbadanan tidak boleh enggan menerima apa-apa pelantikan semata-mata atas alasan kecilnya nilai harta yang dengannya pelantikan itu berhubungan.
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Perbadanan untuk enggan menerima apa-apa pelantikan boleh, dalam tempoh empat belas hari dari keputusan itu, merayu kepada Menteri secara bertulis dan keputusan Menteri atas rayuan itu adalah muktamad.
Pelantikan Perbadanan sebagai pemegang amanah atau wasi
Perbadanan Amanah Raya 15
Walaupun pada hakikatnya mana-mana wasiat, berian atau surat cara lain yang mewujudkan amanah atau kewajipan membuat peruntukan bagi atau mengarahkan atau menghendaki pelantikan dua pemegang amanah atau lebih, Perbadanan boleh dilantik dan bertindak dengan sah sebagai pemegang amanah tunggal.
Jika Perbadanan telah dilantik sebagai pemegang amanah apa-apa amanah, seorang pemegang amanah bersama boleh bersara daripada amanah itu di bawah dan mengikut seksyen 43 Akta
16
Undang-Undang Malaysia
Pemegang Amanah 1949 [Akta 208], walaupun tidak terdapat lebih daripada dua orang pemegang amanah dan tanpa apa-apa persetujuan yang dikehendaki oleh seksyen itu.
Perbadanan tidak boleh dilantik sama ada sebagai pemegang amanah baru atau tambahan jika wasiat, berian atau surat cara lain yang wujudkan amanah atau kewajipan itu mengandungi arahan yang bertentangan, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Notis mengenai apa-apa cadangan pelantikan Perbadanan sama ada sebagai pemegang amanah baru atau tambahan hendaklah, jika praktik, diberikan kepada semua orang yang mempunyai kepentingan benefisial yang bermastautin di Malaysia dan yang alamat mereka diketahui oleh orang yang bercadang membuat pelantikan itu, atau, jika benefisiari itu ialah orang yang belum dewasa, kepada penjaga mereka.
Jika mana-mana orang yang kepadanya notis itu telah diberikan memohon kepada Mahkamah dalam tempoh dua puluh satu hari dari penerimaan notis itu, Mahkamah boleh, jika setelah mengambil kira kepentingan semua benefisiari ia memikirkan bahawa adalah suai manfaat dibuat sedemikian, membuat perintah melarang pelantikan itu dibuat:
Dengan syarat bahawa kegagalan untuk memberikan apa-apa notis sedemikian tidaklah menidaksahkan apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah seksyen ini.
Pemberian probet dan surat kuasa mentadbir kepada
Perbadanan
Mahkamah hendaklah menganggap Perbadanan sebagai sama-sama berhak di sisi undang-undang dengan mana-mana orang lain atau golongan orang lain untuk mendapatkan pemberian surat kuasa mentadbir, kecuali bahawa persetujuan atau perintah
Perbadanan tidaklah dikehendaki bagi pemberian surat kuasa mentadbir kepada mana-mana orang lain dan bahawa antara
Perbadanan dan duda, balu atau waris kadim si mati, duda, balu atau waris kadim itu hendaklah diberikan keutamaan, melainkan jika atas alasan yang baik berlawanan ditunjukkan.
Perbadanan Amanah Raya 17
Pelantikan Perbadanan sebagai ganti wasi, dsb.
Mana-mana wasi yang telah mendapat probet atau mana-mana pentadbir yang telah mendapat surat kuasa mentadbir atau mana-mana pemegang amanah boleh, dengan keizinan Mahkamah dan setelah memberikan apa-apa notis kepada orang yang mempunyai kepentingan benefisial sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, dan walaupun dia telah bertindak dalam mentadbirkan harta pusaka si mati atau harta amanah itu, memindahkan harta pusaka atau harta amanah itu kepada Perbadanan bagi pentadbirannya sama ada secara tunggal atau bersesama wasi, pentadbir atau pemegang amanah yang berterusan, jika ada.
Perintah Mahkamah yang memberikan keizinan mengenai pemindahan itu hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, memberi kepada Perbadanan segala kuasa wasi, pentadbir atau pemegang amanah.
Wasi, pentadbir atau pemegang amanah itu tidaklah dalam apa-apa cara bertanggungan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau keingkaran berhubungan dengan harta pusaka atau harta amanah itu selepas tarikh perintah itu selain daripada perbuatan atau keingkarannya sendiri atau perbuatan atau keingkaran orang yang selain daripada dirinya yang ke atas kelakuannya dia adalah bertanggungjawab di sisi undang-undang.
Perbadanan boleh memohon bagi mendapatkan pemberian apabila pemberi gagal mengambil surat kuasa mentadbir
Dalam hal-hal yang berikut, iaitu—
jika mana-mana orang yang telah menerima pemberian surat kuasa mentadbir mengabaikan, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pemberian itu, untuk memberikan apa-apa jaminan yang dia dikehendaki memberikan menurut undang-undang; atau 18
Undang-Undang Malaysia
jika seseorang pentadbir telah gagal untuk mengambil pemberian surat kuasa mentadbir dalam tempoh yang munasabah selepas perintah dibuat bagi pemberian untuk mengeluarkan,
Perbadanan boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengetepikan perintah bagi pemberian itu dan supaya memberikan surat kuasa mentadbir harta pusaka itu kepada dirinya.
Perbadanan boleh mengambil milik harta
Mana-mana orang yang tanpa kuasa atau alasan yang sah mengalihkan atau cuba mengalihkan mana-mana bahagian harta itu atau memusnahkan, menyembunyikan atau enggan menyerahkan harta itu kepada Perbadanan apabila diminta, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Tiada guaman boleh dibawa terhadap Perbadanan atau mana-mana pegawainya bagi apa-apa jua yang dilakukan oleh
Perbadanan berhubungan dengan mana-mana harta sedemikian di bawah kuasa atau pelaksanaan atau pelaksanaan yang dicadangkan akan kuasa yang terletak hak pada Perbadanan oleh subseksyen (1);
tetapi mana-mana orang yang terkilan dengannya boleh membuat permohonan kepada Mahkamah bagi tebus rugi.
Pentadbiran terus harta alih
bahawa nilai keseluruhan harta itu tanpa ditolak hutang, tetapi tidak termasuk nilai apa-apa harta yang dimiliki si mati atau yang si mati berhak kepadanya sebagai pemegang amanah dan bukan secara benefisial, tidak melebihi enam ratus ribu ringgit; dan
Perbadanan Amanah Raya 19
bahawa tiada orang berhak memohon kepada Mahkamah bagi pemberian probet bagi wasiat atau tiada petisyen bagi surat kuasa mentadbir yang belum selesai,
Perbadanan hendaklah, atas permohonan orang yang membuat tuntutan ke atas harta itu dan jika difikirkannya patut dibuat sedemikian, secara bertulis mengisytiharkan bahawa ia mengaku janji untuk mentadbirkan harta itu, dan sesudah itu Perbadanan diberikan kuasa untuk mentadbirkan harta itu seolah-olah surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka orang yang mati itu telah diberikan kepada Perbadanan, dan resit Perbadanan hendaklah menjadi pelepasan yang mencukupi bagi mana-mana orang yang membayar apa-apa wang atau yang menyerahkan apa-apa harta kepada Perbadanan; dan notis mengenai tiap-tiap perisytiharan sedemikian hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah yang sesuai.
Apabila Perbadanan berpuas hati bahawa nilai apa-apa harta yang disebut dalam subseksyen (1) tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, ia bolehlah mengarahkan supaya harta itu atau mana-mana bahagiannya diserahkan kepada mana-mana orang apabila berpuas hati tentang hakmilik pihak yang menuntut dan nilai harta itu melalui sumpah atau ikrar pihak yang menuntut atau melalui apa-apa keterangan lain yang dikehendaki oleh Perbadanan dan Perbadanan bolehlah mengikut budi bicaranya mengambil apa-apa jaminan yang difikirkannya patut bagi pentadbiran sewajarnya akan harta itu atau perlindungan hak mana-mana orang lain.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang untuk mendapatkan kesemua atau mana-mana bahagian harta yang diserahkan di bawah perenggan (a) daripada orang yang kepadanya ia telah diserahkan.
Jika harta itu tidak ketara nilainya atau nilainya, pada pendapat Perbadanan, adalah sebegitu kecil hingga menjadikannya tidak praktik untuk dijual, Perbadanan bolehlah mengarahkan supaya harta itu dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Kuasa yang diberikan kepada Perbadanan oleh seksyen ini tidaklah menjejaskan kuasa untuk menguruskan, tanpa pemberian probet bagi wasiat atau surat kuasa mentadbir, harta orang yang
20
Undang-Undang Malaysia mati yang diberikan kepada mana-mana orang lain oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain:
Dengan syarat bahawa tiap-tiap orang sedemikian hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada Perbadanan penjelasan penuh dan benar mengenai apa-apa harta yang diuruskannya dan hendaklah, jika dikehendaki sedemikian, membayar atau menyerahkan kepada Perbadanan apa-apa wang atau harta lain yang masih di bawah kawalannya.
Pada bila-bila masa sebelum pembahagian mana-mana bahagian harta itu antara benefisiarinya di bawah seksyen ini, Perbadanan boleh, jika difikirkannya suai manfaat dibuat sedemikian, walau apa pun apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1), enggan untuk terus mentadbirkan harta dalam tangannya sehingga suatu perintah pembahagian atau pemberian probet atau pemberian surat kuasa mentadbir diperoleh berkenaan dengan harta pusaka si mati.
Hasil penjualan apa-apa harta yang diterima oleh Perbadanan mengikut subseksyen 23(2) Akta Polis 1967 [Akta 344] hendaklah diuruskan mengikut cara yang sama sebagaimana yang harta itu diperintahkan oleh seksyen ini supaya diuruskan.
Seksyen ini tidaklah terpakai dalam hal harta si mati yang baginya Bahagian III atau IV Akta Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian) 1955 [Akta 98] terpakai, tetapi, tertakluk kepada yang disebut terdahulu, hendaklah terpakai bagi semua Negeri.
Pentadbiran harta pusaka yang kecil nilainya
nilai harta tanpa ditolak hutang, tetapi tidak termasuk nilai apa-apa harta yang dimiliki si mati atau yang kepadanya dia berhak sebagai pemegang amanah dan bukan secara benefisial, tidak melebihi lima ribu ringgit;
Perbadanan mendapati bahawa orang yang berhak secara benefisial ialah orang yang berpendapatan kecil; dan
Perbadanan boleh mentadbirkan harta pusaka itu di bawah seksyen 17, maka Perbadanan hendaklah mentadbirkan harta pusaka itu di bawah seksyen 17.
Perbadanan Amanah Raya 21
Jika prosiding telah dimulakan di mana-mana Mahkamah bagi pentadbiran sesuatu harta pusaka dan oleh sebab kecilnya nilai harta pusaka itu Mahkamah mendapati bahawa harta pusaka itu boleh ditadbirkan dengan lebih ekonomi lagi oleh Perbadanan berbanding dengan oleh Mahkamah atau bahawa atas apa-apa sebab lain adalah suai manfaat harta pusaka itu ditadbirkan oleh
Perbadanan dan tidak oleh Mahkamah, maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya harta pusaka itu ditadbirkan oleh Perbadanan, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa arahan Mahkamah, seksyen 17 hendaklah terpakai seolah-olah pentadbiran harta pusaka itu telah diakujanji oleh Perbadanan di bawah seksyen 17.
Pembayaran bagi nafkah orang belum dewasa
Jika nilai harta yang dipegang sedemikian melebihi empat puluh ribu ringgit, Perbadanan boleh membuat pembayaran daripada wang modal sehingga takat dua puluh ribu ringgit.
Pembayaran di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh dibuat kepada ibu atau bapa atau penjaga orang itu atau selainnya sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan mengikut budi bicaranya dan sama ada terdapat atau tidak—
mana-mana orang yang terikat oleh undang-undang untuk memperuntukkan bagi nafkah atau pendidikan orang itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Wang tidak dibahagikan
Jika, apabila selesainya pentadbiran harta pusaka seseorang yang mati berwasiat atau tidak berwasiat, masih terdapat dengan
Perbadanan wang yang tidak dapat dilupuskan serta-merta olehnya melalui pembahagian mengikut undang-undang oleh sebab ketakdayaan orang yang berhak itu untuk memberikan pelepasan, kerana kurang keupayaan di sisi undang-undang atau selainnya, atau oleh apa-apa sebab lain yang didapati mencukupi oleh Perbadanan, maka Perbadanan boleh menggunakan wang itu bagi faedah orang itu dan boleh bagi maksud itu menjalankan segala usaha di bawah seksyen 19.
Perbadanan boleh mewakili orang belum dewasa
Jika dalam apa-apa guaman atau prosiding yang belum selesai adalah didapati perlu untuk menambah seseorang orang belum dewasa sebagai plaintif bersama, maka Mahkamah boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan Perbadanan atau mana-mana orang lain, melantik Perbadanan untuk bertindak sebagai sahabat wakil orang belum dewasa itu dalam guaman atau prosiding itu.
Dalam apa-apa guaman atau prosiding yang dalamnya seseorang orang belum dewasa ialah defendan atau yang dalamnya adalah didapati perlu untuk menambah seseorang orang belum dewasa sebagai defendan bersama, maka Mahkamah boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan Perbadanan atau mana-mana orang lain, melantik Perbadanan untuk bertindak sebagai penjaga kepada orang belum dewasa itu bagi maksud guaman atau prosiding itu.
Mahkamah tidaklah boleh membuat apa-apa perintah di bawah seksyen ini melainkan jika Perbadanan telah diberikan peluang untuk didengar dan peruntukan dibuat sehingga memuaskan hati Mahkamah bagi pembayaran kos Perbadanan atas dasar kos antara peguam cara dan klien dan bagi pembayaran apa-apa kos yang mungkin diawardkan terhadap atau diarahkan supaya dibayar oleh Perbadanan.
Perbadanan Amanah Raya 23
Dalam apa-apa guaman atau prosiding yang di dalamnya
Perbadanan dilantik di bawah seksyen ini untuk bertindak bagi pihak seseorang orang belum dewasa, tiada kos boleh didapatkan daripada Perbadanan.
Dalam seksyen ini “guaman” ertinya sesuatu tindakan atau guaman bagi pentadbiran harta pusaka mana-mana orang yang mati atau sesuatu amanah, dan “prosiding” ertinya prosiding di bawah
Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980].
Agensi
Maka adalah sah bagi Perbadanan untuk bertindak di bawah apa-apa surat ikatan atau surat cara yang melaluinya Perbadanan dilantik sebagai ejen atau wakil bagi mana-mana orang, dan segala kuasa yang diberikan kepada Perbadanan oleh mana-mana surat ikatan atau surat cara itu bolehlah dijalankan oleh mana-mana pegawai perbadanan yang ditetapkan oleh Perbadanan bagi maksud itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberi kuasa mana-mana orang untuk memberi kepada Perbadanan apa-apa kuasa yang tidak boleh diwakilkan dengan sah olehnya.
Bahagian IV
Penggal 1
Akaun Bank
suatu akaun am yang di dalamnya wang amanah boleh secara sementara disimpan sementara menunggu pelaburannya;
dan
seberapa banyak akaun khas dan amanah yang perlu bagi membolehkan Perbadanan melaksanakan kewajipan dan fungsinya dan menjalankan kuasanya.
24
Undang-Undang Malaysia
Apa-apa amaun yang merupakan baki kredit bagi akaun am
Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan hendaklah dipindahkan kepada akaun am yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a).
Kuasa untuk melabur
Tertakluk kepada yang diperuntukkan kemudian daripada ini,
Perbadanan boleh melabur apa-apa wang sama ada—
atas akaun berasingan bagi harta pusaka, amanah, harta atau orang yang olehnya wang itu dipunyai;
Penggal 2
Pembentukan Kumpulan Wang Bersama
Apa-apa amaun yang merupakan baki kredit Kumpulan
Wang Bersama yang ditubuhkan di bawah seksyen 10 Akta
Pemegang Amanah Raya 1950 [Akta 247] sebagaimana berkuat kuasa sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dipindahkan kepada Kumpulan Wang
Bersama.
Tertakluk kepada yang diperuntukkan kemudian daripada ini, apa-apa pelaburan wang modal kepunyaan mana-mana harta pusaka yang dipegang oleh Perbadanan selepas tarikh yang ditetapkan, bolehlah diambil alih dan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan Kumpulan Wang Bersama.
Perbadanan Amanah Raya 25
hendaklah diambil alih pada kadar pasaran yang terpakai pada tarikh pengambilalihan itu, ditolak apa-apa bunga yang terakru pada tarikh itu, dan tiada pelaburan sedemikian boleh diambil alih melainkan jika ia adalah suatu pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah dan, pada pendapat
Perbadanan, berkemungkinan akan terus menjadi boleh hasil dengan mudah. Bagi maksud subseksyen ini, bunga hendaklah disifatkan terakru dari hari ke hari dan boleh dibahagikan berkenaan dengan masa dengan sewajarnya.
Apa-apa pelaburan yang dibuat atas akaun Kumpulan Wang
Bersama atau dimasukkan ke dalam akaun pelaburannya tidaklah boleh dibuat atau dipegang atas akaun atau menjadi kepunyaan mana-mana harta pusaka tertentu.
Ketidakmasukan ke dalam Kumpulan Wang Bersama
Yang berikut tidaklah termasuk atau menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Bersama:
wang yang secara nyata atau secara implikasi yang perlu adalah ditegah daripada dimasukkan ke dalam Kumpulan
Wang Bersama atau diarahkan supaya dilaburkan dalam pelaburan yang selain daripada yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah;
pelaburan yang dipegang oleh Perbadanan yang tidak diambil alih di bawah subseksyen 25(3);
wang yang menjadi sebahagian daripada mana-mana harta pusaka yang ditadbirkan oleh Perbadanan atau yang dipegang oleh Perbadanan sebagai pelikuidasi, penerima, penerima dan pengurus, ejen atau atas apa-apa sifat fidusiari yang lain, yang pada pendapat Perbadanan setelah mengambil kira hal keadaan yang dalamnya ia memegang wang itu dan jangka masa yang baginya wang itu tersedia untuk dilaburkan, tidak patut dilaburkan dalam Kumpulan Wang Bersama.
Pembayaran bunga atas wang modal dalam Kumpulan Wang
Bersama
Bunga yang kena dibayar daripada Kumpulan Wang Bersama hendaklah dikreditkan setiap setengah tahun kepada harta pusaka masing-masing:
Dengan syarat bahawa Perbadanan boleh, mengikut budi bicaranya, mengkreditkan bunga itu pada apa-apa lat tempoh yang lebih kerap yang difikirkannya patut dalam hal mana-mana harta pusaka tertentu.
Liabiliti Perbadanan
Wang modal yang boleh dituntut oleh mana-mana harta pusaka termasuklah wang daripada harta pusaka itu yang dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Bersama dan jika pelaburan telah diambil alih di bawah subseksyen 25(3) ia termasuklah juga nilai pelaburan itu sebagaimana yang ditentukan mengikut peruntukan subseksen 25(4).
Kumpulan Wang Rizab Am
Perbadanan boleh mengarahkan supaya mana-mana bahagian baki pada kredit akaun pendapatan Kumpulan Wang Bersama pada akhir tahun yang terdahulu (selepas ditolak bunga yang kena dibayar kepada benefisiari dan tanggungan sah yang lain)
dibawa kepada kredit Kumpulan Wang Rizab Am.
Kumpulan Wang Rizab Am hendaklah digunakan untuk—
menjelaskan kerugian yang timbul daripada pelupusan pelaburan Kumpulan Wang Bersama;
mengekalkan kadar yang munasabah bagi pembayaran bunga atau pembayaran bunga yang ditetapkan atas wang modal dalam Kumpulan Wang Bersama;
Kumpulan Wang Rizab Am boleh dilaburkan oleh Perbadanan dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah atau boleh didepositkan di dalam mana-mana bank.
Penggal 3
Pembentukan Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan
Segala wang yang menjadi sebahagian daripada mana-mana Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan hendaklah dilaburkan dalam apa-apa kelas atau kelas-kelas pelaburan yang ditentukan oleh Perbadanan pada masa Kumpulan Wang itu ditubuhkan,
28
Undang-Undang Malaysia yang merupakan pelaburan yang dibenarkan oleh surat cara atau kuasa lain yang melaluinya wang itu dipegang atau apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah.
Tertakluk kepada seksyen ini, jika wang mana-mana harta pusaka berada dalam miliknya dan tersedia untuk dilaburkan tetapi tidak dilaburkan dalam Kumpulan Wang Bersama, maka
Perbadanan bolehlah melaburkan wang itu dalam mana-mana
Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulannya yang dalamnya wang itu boleh dilaburkan dengan sah jika wang itu tidak diarahkan supaya dilaburkan mengikut apa-apa cara tertentu yang lain dan pelaburan dalam sesuatu Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan itu adalah selaras dengan terma surat cara amanah itu (jika ada)
atau kuasa lain yang mengawal wang itu.
Pelaburan yang dibuat daripada wang yang menjadi sebahagian daripada sesuatu Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan tidaklah boleh dibuat atas akaun atau menjadi kepunyaan mana-mana harta pusaka tertentu.
Arahan
Menteri Kewangan dan Menteri boleh, dalam meluluskan sesuatu Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan, menimbangkan dan memberikan arahan kepada Perbadanan berkenaan dengan mana-mana perkara yang berikut:
pembayaran atau penguntukan pendapatan daripada
Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan itu;
apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Menteri
Kewangan dan Menteri bagi perlindungan pelabur
Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan itu.
Perbadanan Amanah Raya 29
Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan bukanlah perkongsian, dsb.
Sesuatu Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan tidaklah boleh dikira—
sebagai suatu perkongsian antara orang yang berhak kepada bunga dalam sesuatu Kumpulan Wang Pelaburan
Kumpulan; atau
sebagai suatu skim yang mengeluarkan bunga dalam pengertian Penggal V Bahagian IV Akta Syarikat 1965.
Penggal 4
Fi yang dikenakan oleh Perbadanan
Apa-apa perbelanjaan yang di sisi undang-undang boleh disimpan atau dibayar daripada harta amanah oleh seseorang pemegang amanah hendaklah disimpan atau dibayar sedemikian dan fi itu hendaklah disimpan atau dibayar mengikut cara yang sama sebagaimana dan sebagai tambahan kepada perbelanjaan itu.
Beban fi dan perbelanjaan di bawah seksyen ini antara modal dan pendapatan hendaklah ditentukan oleh Perbadanan.
Bahagian V
Pengecualian daripada kena memberi jaminan
Jika apa-apa bon atau jaminan diperlukan daripada orang persendirian atas pemberian kepadanya akan surat kuasa mentadbir atau atas pelantikannya untuk bertindak atas apa-apa sifat,
Perbadanan, jika diberikan surat kuasa mentadbir atau dilantik untuk bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, tidaklah dikehendaki
30
Undang-Undang Malaysia memberikan bon atau jaminan sedemikian tetapi adalah tertakluk kepada liabiliti dan kewajipan yang sama seolah-olah ia telah memberikan bon atau jaminan itu.
Pengecualian daripada kena memberi notis mengenai pembahagian harta
Jika nilai sepenuhnya apa-apa harta (tanpa ditolak hutang, tetapi tidak termasuk nilai apa-apa harta yang dimiliki si mati atau yang kepadanya dia berhak sebagai pemegang amanah dan tidak secara benefisial) yang ditadbirkan oleh Perbadanan, sama ada menurut apa-apa surat cara amanah atau wasiat atau menurut kuasa pemberian surat kuasa mentadbir kepada Perbadanan atau menurut kuasa yang diberikan kepada Perbadanan oleh Akta ini, tidak melebihi enam ratus ribu ringgit, maka tidaklah perlu bagi
Perbadanan untuk memberikan notis mengenai niatnya untuk membahagikan harta pusaka itu atau menghendaki mana-mana orang yang berkepentingan untuk menghantar butir-butir mengenai tuntutannya terhadap harta pusaka itu, tetapi Perbadanan boleh dengan serta-merta terus memindah hak atau membahagikan harta pusaka itu atau mana-mana bahagiannya kepada atau di kalangan orang yang berhak kepadanya, dengan mengambil kira tuntutan itu sahaja, sama ada formal atau tidak, yang mengenainya Perbadanan telah diberikan notis ketika itu, dan Perbadanan tidaklah, berkenaan dengan harta yang dipindah hak atau dibahagikan sedemikian, bertanggungan kepada mana-mana orang yang mengenai tuntutannya
Perbadanan telah tidak diberikan notis pada masa pemindahhakan atau pembahagian itu; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh—
menjejaskan hak mana-mana orang untuk mengikuti harta yang merupakan harta yang sama, ke dalam tangan mana-mana orang, selain daripada seorang pembeli, yang mungkin telah menerimanya; atau
membebaskan Perbadanan daripada apa-apa obligasi untuk membuat carian yang serupa dengan carian yang seorang bakal pembeli patut membuat atau mendapatkan.
Pendaftaran Perbadanan bukanlah notis mengenai amanah
Permohonan oleh Perbadanan bagi pendaftaran sebagai anggota atau pemegang syer dalam buku mana-mana syarikat atau kemasukan
Perbadanan Amanah Raya 31
nama Perbadanan dalam buku mana-mana syarikat tidaklah menjadi notis mengenai sesuatu amanah, dan tiada syarikat berhak untuk membantah kemasukan nama Perbadanan dalam bukunya semata-mata oleh sebab bahawa Perbadanan mungkin atau ialah seorang pemegang amanah, dan, dalam pengurusan harta, hakikat bahawa orang itu atau salah seorang daripada orang yang dengannya ia berurusan ialah Perbadanan tidaklah dengan sendirinya menjadi notis mengenai suatu amanah.
Akaun tahunan, dsb.
Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri segala penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta, pelaburan dan aktivitinya yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Permohonan kepada Mahkamah
Pelaksanaan mana-mana fungsi atau tugas atau penjalanan mana-mana kuasa Perbadanan di bawah seksyen 15 hingga 21
bolehlah disemak secara kehakiman.
Prosiding undang-undang
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam apa-apa prosiding yang melibatkan Perbadanan, mana-mana pegawai Perbadanan yang diluluskan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta boleh, bagi pihak Perbadanan, memulakan, hadir dalam dan menjalankan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan segala kehadiran, tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.
32
Undang-Undang Malaysia
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
apa-apa perkara yang baginya kaedah-kaedah adalah dibenarkan dengan nyata untuk dibuat di bawah Akta ini;
pelaksanaan fungsi dan tugas atau penjalanan kuasa
Perbadanan di bawah seksyen 15 hingga 21;
tatacara dan prosiding berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah seksyen 15 hingga 21;
apa-apa perkara berhubungan dengan Kumpulan Wang
Pelaburan Kumpulan yang baginya arahan boleh diberikan di bawah seksyen 31; dan
apa-apa perkara lain secara amnya untuk memberikan kuat kuasa kepada objektif Akta ini.
Sebelum membuat apa-apa kaedah-kaedah, Menteri hendaklah—
berunding dengan Perbadanan tentang perkara yang akan diperkatakan dalam kaedah-kaedah itu.
Menteri boleh membuat apa-apa kaedah-kaedah yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh mula berkuat kuasanya
Akta ini dan apa-apa kaedah-kaedah itu boleh dibuat sedemikian supaya mempunyai kuat kuasa dari mula berkuat kuasanya Akta ini.
Kuasa untuk memberikan arahan
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang berbentuk am yang selaras dengan peruntukan Akta ini tentang pelaksanaan fungsi atau tugas dan penjalanan kuasa Perbadanan.
Perbadanan Amanah Raya 33
Perbadanan hendaklah menyiasat atas arahan
Tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk memberikan arahan di bawah seksyen 41, Menteri hendaklah juga mempunyai kuasa untuk mengarahkan Perbadanan menyiasat apa-apa aduan yang dibuat oleh mana-mana anggota orang awam terhadap Perbadanan atau mana-mana pegawainya.
Pemansuhan dan kecualian
Pemegang Amanah Raya yang merupakan perbadanan seorang yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah
Raya 1950 dan Pegawai Pentadbir Pusaka yang merupakan suatu jawatan statutori yang ditubuhkan di bawah Akta Probet dan
Pentadbiran 1959 hendaklah terhenti daripada wujud pada tarikh yang ditetapkan.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala undang-undang bertulis yang menyentuh Pemegang Amanah Raya dan Pegawai
Pentadbir Pusaka dan yang berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan, terus berkuat kuasa pada dan selepas tarikh yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan:
Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalamnya mengenai
Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan, dan ungkapan yang mengandungi sebutan itu hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Segala perintah, pelantikan dan pemberitahuan yang dibuat di bawah Akta Pemegang Amanah Raya 1950 dan berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan hendaklah, setakat yang ia selaras dengan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh ia habis tempoh.
Maka dengan ini diisytiharkan bahawa pemansuhan Akta
Pemegang Amanah Raya 1950 dan apa-apa pemansuhan peruntukan atau pindaan Akta Probet dan Pentadbiran 1959 tidaklah menyentuh
34
Undang-Undang Malaysia mana-mana dokumen yang dibuat atau apa jua pun perkara yang dilakukan di bawah peruntukan yang dimansuhkan atau dipinda sedemikian, dan tiap-tiap dokumen atau perkara itu, setakat yang ia wujud atau berkuat kuasa pada masa pemansuhan atau pindaan itu dan boleh dibuat atau dilakukan di bawah Akta ini, hendaklah berterusan dan mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat atau dilakukan di bawah peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini dan seolah-olah peruntukan itu telah berkuat kuasa apabila dokumen itu dibuat atau perkara itu dilakukan.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, pemansuhan Akta
Pemegang Amanah Raya 1950 atau apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidaklah menjejaskan hak mana-mana orang untuk mendapat pampasan daripada Kumpulan Wang Disatukan dan hak itu telah berbangkit di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan.
Perbadanan Amanah Raya 35
Akta 532
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
–TIADA–
36
Undang-Undang Malaysia
Akta 532
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
–TIADA–