PERMULAAN
Tajuk ringkas
/akn/my/act/act/1995/539
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995 is Malaysia Act, cited as Act 539 1995, currently marked in force and first recorded in 1995.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan *Akta Perbadanan Perusahaan
Kecil dan Sederhana Malaysia 1995.
Tafsiran
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan
Perusahaan Kecil dan Sederhana yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;
*CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana 1995. Tajuk ringkas ditukar oleh seksyen 3 Akta Perbadanan Pembangunan Industri
Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009 [Akta A1358] yang berkuat kuasa pada 2 Oktober 2009—
lihat P.U. (B) 402/2009.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 539
“Majlis” ertinya Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 2a;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi
*pembangunan usahawan;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“perusahaan kecil dan sederhana” ertinya perusahaan sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis;
“syarikat” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
**Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan termasuk sesuatu perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
[Akta 197].
Bahagian Ia
MAJLIS
Penubuhan Majlis 2a. (1) Suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Pembangunan
Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan” ditubuhkan.
Matlamat Majlis adalah untuk memastikan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana adalah menyeluruh dan terselaras yang merentasi semua sektor ekonomi.
Keanggotaan Majlis 2b. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Perdana Menteri sebagai Pengerusi;
*CATATAN–Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].
**CATATAN–Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1) [Akta 777].
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 9
Menteri yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri *makanan, atau wakilnya;
Menteri yang bertanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi, atau wakilnya;
Menteri yang bertanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah, atau wakilnya;
Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri *dan hal ehwal pengguna, atau wakilnya;
Menteri yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan komoditi, atau wakilnya;
Menteri Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan industri di Sabah, atau wakilnya;
Menteri Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan industri di Sarawak, atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Negara, atau wakilnya;
*CATATAN–Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 539
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri, atau wakilnya; dan
Sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1), Pengerusi boleh melantik orang yang berikut sebagai anggota Majlis:
seorang wakil daripada persatuan yang berkaitan dengan perusahaan kecil dan sederhana;
Anggota yang disebut dalam perenggan (2)(a), (b), (c), (d)
dan (e)—
hendaklah dilantik oleh Pengerusi bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun; dan
Perbadanan hendaklah bertindak sebagai Urus Setia kepada Majlis.
Fungsi Majlis 2c. (1) Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk merumuskan dasar dan strategi umum untuk memudahkan pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
untuk mengkaji semula peranan dan tanggungjawab kementerian dan agensi Kerajaan berhubung dengan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 11
untuk mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan, serta membimbing kementerian dan agensi Kerajaan untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan akan dasar pembangunan dan pelan tindakan bagi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
untuk menggalakkan dan mengukuhkan peranan sektor swasta dalam menyokong pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini.
Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada Perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan
Perbadanan hendaklah melaksanakan arahan itu.
Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan membuat segala benda sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
Majlis hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila suatu mesyuarat diadakan oleh Pengerusi Majlis tetapi tidak kurang daripada sekali setahun.
Bahagian II
Penubuhan Perbadanan
Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang dikenali sebagai “Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Malaysia” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk pada dan bagi maksud
Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli,
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 539
mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hak milik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan di dalamnya yang terletak hak pada
Perbadanan, mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
Keanggotaan Perbadanan
seorang Timbalan Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
mana-mana anggota yang lain, tidak melebihi enam orang, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Anggota Perbadanan hendaklah dilantik oleh Menteri dan tertakluk pada seksyen 5 dan 6, hendaklah, melainkan jika mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikan mereka dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai kepada Perbadanan.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 13
Tempoh jawatan
Tertakluk pada seksyen 6, anggota Perbadanan selain
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa pelantikan mereka dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan oleh anggota
Seseorang anggota Perbadanan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Sehingga suatu pelantikan dibuat di bawah subseksyen (1)
atau jika tiada pelantikan sedemikian dibuat, anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b) hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi dan disifatkan sebagai Pengerusi Perbadanan.
Anggota silih ganti
Apabila menghadiri mesyuarat Perbadanan, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti daripada menjadi anggota silih ganti sekiranya anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti terhenti daripada menjadi anggota Perbadanan.
Pembatalan pelantikan
Akta 539
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan tugas atau menguruskan hal ehwalnya; atau
pada tiga kali mesyuarat Perbadanan berturut-turut, tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri, dia telah tidak hadir juga tidak diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada, yang dilantik berkenaan dengannya.
Peruntukan subseksyen (1), selain perenggan (d), hendaklah terpakai mutatis mutandis kepada anggota silih ganti.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 15
Pengisian kekosongan
Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi anggota
Perbadanan oleh sebab peruntukan Akta ini, Menteri boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang baginya anggota itu telah dilantik.
Elaun
Maka hendaklah dibayar kepada anggota dan anggota silih ganti Perbadanan apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Bahagian III
Fungsi Perbadanan
untuk menyelaraskan, mengawasi dan menilai pelaksanaan dasar, strategi dan program bagi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi selaras dengan matlamat Majlis;
untuk menjalankan kajian yang berkaitan dengan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
untuk bekerjasama dengan kementerian dan agensi Kerajaan dalam pelaksanaan dasar, strategi dan program bagi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
untuk menjadi pusat pengumpulan, rujukan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
untuk memberikan laporan tahunan mengenai perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi kepada Majlis;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 539
untuk menjalankan aktiviti promosi bagi menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana;
Bagi maksud seksyen ini, “perkhidmatan” ertinya semua perkhidmatan kecuali perbankan, insurans, hartanah dan urusan berniaga dalam sekuriti.
Kuasa Perbadanan
Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang suai manfaat, atau yang bersampingan untuk pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang berikut:
untuk mengadakan dan menyelenggara pejabat cawangan dengan kelulusan Menteri;
untuk melantik ejen atau mendapatkan khidmat bagi maksud menjalankan fungsi Perbadanan di bawah
Akta ini;
untuk menubuhkan, menyenggara dan menguruskan suatu pangkalan data dan sistem maklumat mengenai perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi yang termasuk profil, data ekonomi dan statistik mengenai program pembangunan daripada mana-mana kementerian atau agensi;
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 17
untuk mengambil dan memegang modal usaha niaga dalam mana-mana syarikat dengan kelulusan Menteri;
(da) untuk memberikan pemberian atau bantuan kewangan lain kepada perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
(db) untuk menghendaki pemberian maklumat oleh perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi mengenai perkara yang berhubungan dengan perniagaan mereka selain maklumat yang tiada anggota, pegawai, pekerja, ejen atau orang lain, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada maklumat itu;
untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
untuk mengelolakan aktiviti promosi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi seperti penyertaan dalam pameran perdagangan, seminar dan persidangan dalam dan luar negeri;
untuk menerbit atau menaja penerbitan berkala, risalah dan bahan maklumat di dalam apa-apa media; dan
untuk mengenakan fi bagi penggunaan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan.
Kuasa untuk meminjam
Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya atau bagi menjalankan mana-mana kuasanya.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 539
Kuasa untuk memberikan pinjaman 14a. Pada melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya,
Perbadanan boleh memberikan pinjaman bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, dan pinjaman sedemikian boleh diberikan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, patut dikenakan dalam hal-hal tertentu.
Kuasa untuk mengguna khidmat
Perbadanan boleh mengguna khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknik, dan mana-mana orang lain yang disifatkan perlu untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Kuasa untuk mewakilkan
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain Akta ini, Perbadanan boleh mewakilkan sama ada kepada
Pengerusi atau kepada Ketua Pegawai Eksekutif kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang diletakhakkan pada atau yang di bawah kawalan Perbadanan sehingga had yang hendaklah dinyatakan oleh Perbadanan.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 19
Kuasa untuk melantik jawatankuasa
Mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan dari semasa ke semasa dan Perbadanan boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu.
Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang yang, pada pendapatnya mempunyai pengetahuan khusus untuk kebaikannya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa dan orang yang dijemput itu tidak berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat berkenaan.
Jawatankuasa hendaklah melaporkan syornya kepada
Perbadanan.
Kuasa untuk menubuhkan syarikat 17a. Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat-syarikat dengan apa-apa nama yang ditentukan oleh
Perbadanan untuk menjalankan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan bagi pihak Perbadanan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang ditentukan oleh Perbadanan pada melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 539
Bahagian IV
Kumpulan Wang Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—
apa-apa jumlah wang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;
semua wang yang didapati oleh Perbadanan bagi perkhidmatan yang disediakan atau pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan;
semua wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada
Perbadanan; dan
semua wang lain kepunyaan atau yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
Dalam seksyen ini dan seksyen 20, ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan sebagai pinjaman.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 21
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan untuk—
pembayaran apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan, saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diguna khidmat oleh Perbadanan, termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
bayaran apa-apa caj atas apa-apa amaun yang diuntukkan kepada Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;
membayar apa-apa kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan dengan sepatutnya oleh Perbadanan pada menjalankan tugasnya atau melaksanakan fungsinya termasuk fi dan kos bagi perkhidmatan profesional yang diberikan kepada
Perbadanan;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya;
(da) pembayaran pemberian atau bantuan kewangan lain di bawah Akta ini;
(db) pemberian pinjaman di bawah seksyen 14a;
pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat
Perbadanan bagi maksud yang diluluskan oleh Menteri; dan
pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pengimbangan akaun hasil
Maka adalah menjadi tugas Perbadanan untuk memelihara hasil Kumpulan Wang dengan menjalankan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan supaya jumlah hasil Perbadanan, tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 539
seksyen 34, adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Pendepositan dan pelaburan Kumpulan Wang
Kumpulan Wang sebagai deposit dengan sebuah bank di Malaysia atau melaburkan dalam sekuriti Kerajaan atau apa-apa sekuriti sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan
Menteri Kewangan.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun,
Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuklah perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan
Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 23
Surcaj
telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang pada
Perbadanan yang pemungutannya adalah atau telah menjadi tanggungjawabnya;
adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada Perbadanan atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan pada, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Perbadanan;
sebagai, atau yang pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
telah gagal untuk membuat apa-apa bayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat di antara orang itu dengan Perbadanan.
Perbadanan hendaklah, sebelum orang itu disurcaj menyampaikan kepadanya, suatu notis bertulis memintanya menunjuk sebab mengapa beliau tidak patut disurcaj.
Sekiranya suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebutkan dahulu, Perbadanan boleh—
di dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang itu yang tidak melebihi amaun yang tidak dikutip, atau bayaran yang tidak sepatutnya dibuat atau kekurangan dalam, atau kerugian kepada harta yang musnah; dan
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 539
di dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memberitahu orang yang disurcaj berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3).
Walau apa pun peruntukan subseksyen (3) dan (4), Perbadanan boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj jika ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj tentang penarikan balik itu.
Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3)
dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman oleh Perbadanan dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh
Perbadanan didapatkan kembali melalui potongan daripada—
pencen orang yang disurcajkan, dengan ansuran bulanan yang sama banyak tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian V
Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif
Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif atas terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 25
Saraan Ketua Pegawai Eksekutif
Maka hendaklah dibayar kepada Ketua Pegawai Eksekutif suatu saraan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri.
Tugas Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal Perbadanan yang teratur mengikut dasar yang ditetapkan oleh Perbadanan.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Perbadanan tidak boleh menubuhkan atau mengubah suai apa-apa jawatan atau skim perkhidmatan untuk pegawai dan pekhidmat Perbadanan, termasuk terma dan syarat perkhidmatan dan gaji, apa-apa skim pencen, dan apa-apa skim yang berhubungan dengan elaun dan saraan lain, tanpa kelulusan Kementerian Kewangan dan Jabatan
Perkhidmatan Awam terlebih dahulu.
Tatatertib pegawai dan pekhidmat
dua orang anggota yang dipilih oleh dan daripada anggota
Perbadanan, salah seorang daripadanya hendaklah dipilih sebagai Pengerusi; dan
Lembaga Tatatertib Perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Perbadanan selain Ketua Pegawai Eksekutif.
Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh menjadi anggota
Lembaga Tatatertib dalam mana-mana prosiding yang beliau adalah merupakan pengadu; tempat beliau hendaklah diambil oleh anggota yang akan dipilih dalam kalangan anggota Perbadanan.
Dalam menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya,
Lembaga Tatatertib mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 32.
Tatacara untuk prosiding tatatertib hendaklah mengikut peraturan yang dibuat di bawah seksyen 32.
Lembaga Tatatertib boleh, tertakluk pada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasa tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Perbadanan, dikenali sebagai Jawatankuasa Tatatertib, yang berkaitan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang berkenaan, atau yang berkaitan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Perbadanan, dan jawatankuasa yang diperwakilkan dengan fungsi dan kuasa itu hendaklah menunaikan, menjalankan atau melaksanakannya di bawah arahan dan kawalan
Lembaga Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah mana-mana keputusan atau dapatan jawatankuasa itu.
Penurunan kuasa tidak boleh dibuat di bawah subseksyen (6)
untuk membolehkan seorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan untuk menjadi anggota mana-mana Jawatankuasa Tatatertib yang boleh menjalankan mana-mana kuasa tindakan tatatertib ke atas seorang pegawai atau pekhidmat yang lebih kanan dari segi jawatannya.
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib atau mana-mana
Jawatankuasa Tatatertib yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa di bawah subseksyen (6) boleh, dalam tempoh empat belas hari
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 27
merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Perbadanan yang Perbadanan selanjutnya akan mengesahkan, mengakaskan atau memberi apa-apa arahan dengan sewajarnya ke atas perkara berkenaan yang difikirkan sesuai dan berpatutan.
Apabila Perbadanan menimbangkan apa-apa rayuan di bawah subseksyen (8), hendaklah tiada anggota Lembaga Tatatertib atau
Jawatankuasa Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, hadir dalam prosiding yang berhubungan dengan rayuan terhadap siapa rayuan itu dibuat.
Keputusan Perbadanan atas rayuan itu adalah muktamad dan konklusif.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Perbadanan yang hendaklah terdiri daripada—
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
Pekhidmat awam
Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Perbadanan, semasa melaksanakan fungsi mereka sebagai anggota, pegawai dan pekhidmat Perbadanan, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Bahagian VI
Peraturan-Peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan yang berikut, peraturan-peraturan sedemikian boleh dibuat bagi—
mengenakan fi dalam kes tertentu sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Perbadanan;
tujuan elaun yang perlu dibayar kepada mana-mana anggota dan anggota silih ganti Perbadanan;
menetapkan tanggungjawab, kelakuan dan kawalan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
atau berkenaan dengan saraan, elaun dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
bayaran pencen, elaun atau ganjaran kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan kerana persaraan mereka atau selainnya pemberhentian mereka daripada memegang jawatan sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian;
cara bagaimana terma dan syarat pinjaman boleh diberikan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan di bawah perenggan 19(f) dan maksudnya;
peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan semasa menanti prosiding tatatertib selesai;
pewujudan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Perbadanan, dan hukuman yang diperuntukkan boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat; dan
tatacara bagi prosiding tatatertib yang hendaklah memperuntukkan supaya pegawai atau pekhidmat
Perbadanan yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil, peluang untuk membela diri terhadap
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 29
tuduhan tatatertib terhadapnya itu sebelum satu keputusan dibuat oleh pihak berkuasa tatatertib, kecuali di dalam kes yang berikut jika:
(aa) seseorang pegawai atau pekhidmat
Perbadanan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana kelakuan berkenaan dengannya satu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
(bb) Perbadanan berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis, tidaklah semunasabahnya praktik melaksanakan kehendak subperenggan ini;
Menteri berpuas hati bahawa bagi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya tidaklah suai manfaat melaksanakan kehendak subperenggan ini; atau
apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi telah dibuat ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau jika apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya telah dikenakan ke atas seorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan bagi wanita dan gadis; dan
menetapkan apa-apa jua perkara yang di bawah Akta ini boleh ditetapkan oleh Perbadanan.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 539
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Akta 539
Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1),
Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas akhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar
Perbadanan sebagaimana yang boleh dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh memberikan kepada Perbadanan apa-apa arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan Akta ini mengenai pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Perbadanan dan Perbadanan hendaklah melaksanakan arahan itu.
JADUAL
[Subseksyen 4(3)]
Mesyuarat
1. (1) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat Perbadanan adalah satu pertiga daripada jumlah bilangan anggota Perbadanan.
Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Tertakluk pada subperenggan (1) dan (2), Perbadanan hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 31
Meterai perbadanan
2. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
Meterai Perbadanan hendaklah disahkan oleh Pengerusi dan seorang anggota Perbadanan yang lain dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai telah dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa;
dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak
Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cop yang mengandungi perkataan “Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia”
boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Perbadanan.
Meterai perbadanan Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Minit
3. (1) Perbadanan hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan, jika ditandatangani sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat
Perbadanan yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Kesahan perbuatan dan prosiding
4. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa apa-apa—
kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan Perbadanan; atau
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 539
peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Penzahiran kepentingan
5. Seseorang anggota Perbadanan yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan, yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa kepentingan dalam apa-apa kontrak seperti itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan fakta dan jenis kepentingan itu kepada Perbadanan dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan dan anggota itu hendaklah keluar daripada mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan
Perbadanan yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 33
Akta 539
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1358
Akta Perbadanan Pembangunan Industri
Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009 02-10-2009
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 539
Akta 539
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk panjang 1 2 2a 2b 2c 3 4 12 13 14a 17a 18 19
Jadual
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358
Akta A1358 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009 02-10-2009