/akn/my/act/act/1983/282

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG 1983

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1983
Sections
36
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG 1983 is Malaysia Act, cited as Act 282 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperbadankan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [ 11h6 du 1983 MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripada-nya, seperti berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kema-juan Wilayah Pulau Pinang 1983 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

"Bahagian" ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;

"Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang" ertinya kawasan atau kawasan-kawasan yang ditetapkan oleh Menteri mengikut seksyen 10 menjadi Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang;

"Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 18;

"Lembaga" ertinya Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

"Negeri" ertinya Negeri Pulau Pinang;

“Pengerusi”ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5 dan termasuklah Timbalan Pengerusi apabila melaksanakan tugas-tugas Pengerusi di bawah seksyen 13 (2) dan mana-mana anggota Lembaga apabila mempengerusikan mana-mana mesyuarat Lembaga;

"Pengurus Besar"ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah seksyen 14 (1) dan termasuklah Timbalan Pengurus Besar yang diarahkan melaksanakan tugas-tugas Pengurus Besar di bawah seksyen 14 (7);

"perbadanan" ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;

"syarikat" mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepada "corporation" di bawah seksyen 4 (1) Akta Syarikat 1965;

"Timbalan Pengerusi" ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

"Timbalan Pengurus Besar" ertinya Timbalan Pengurus Besar yang dilantik di bawah seksyen 14 (6).

Bahagian II

BAHAGIAN II

LEMBAGA

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama "Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang" yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri am, yang boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah, menyerahhak, menyerah balik, memulang, menggadai, menggadaijanji, men-demais, menyerahhak semula, memindahmilik atau dengan cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletakhak pada Lembaga, mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang;

Suggest a correction

(b)

memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang; dan

Suggest a correction

(c)

mengawal dan menyelaraskan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.

Suggest a correction

(2)

Lembaga adalah berkuasa melakukan segala perkara yang bermanfaat atau munasabah perlu bagi atau bersampingan dengan, penjalanan fungsi-fungsi-nya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas—

(a)

menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti perdagangan dan perindustrian dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya, pada pendapatnya adalah perlu, berfaedah atau mudah untuk atau berkaitan dengan menjalankan fungsi-fungsinya yang tersebut itu, termasuk mengilang, memasang, memproses, mempek, menggred dan memasarkan keluaran-keluaran;

Suggest a correction

(b)

mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti-aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada projek-projek pembangunan atau pembangunan semula mungkin boleh diusahakan dan dilaksanakan;

Suggest a correction

(c)

bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen-urusan bagi, atau secara lain bertindak bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain;

Suggest a correction

(d)

memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktiviti-aktiviti itu oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain;

Suggest a correction

(e)

dengan kelulusan Menteri dan dengan persetujuan Menteri Kewangan, menubuhkan atau memperkembangkan, atau memajukan penu-buhan atau pengembangan syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau separa-kawalan Lembaga atau secara bebas;

Suggest a correction

(f)

memberi bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang, pada pendapat Lembaga, ada mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu termasuk, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, bantuan kewangan dengan mengambil modal syer atau pinjaman atau dengan memberi pinjaman dan selainnya;

Suggest a correction

(g)

dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, membeli, mengunderait atau secara lain memperolehi apa-apa stok dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan;

Suggest a correction

(h)

menghendaki jabatan-jabatan dan ejensi-ejensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang supaya mengemukakan laporan-laporan yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang ditentukan oleh Lembaga mengenai aktiviti atau aktiviti yang dicadangkannya;

Suggest a correction

(i)

melantik ejen-ejen atau menubuhkan apa-apa badan lain yang difikirkannya patut bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya;

Suggest a correction

(j)

mengenakan fee atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana mana kuasa atau fungsinya;

Suggest a correction

(k)

menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan perkhidmatan yang diberi olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui;

Suggest a correction

(l)

mengatur pembangunan dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang; dan

Suggest a correction

(m)

melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkanya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada seksyen 9, adalah menjadi tanggungjawab Lembaga dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini mempastikan bahawa fungsi-fungsi itu dijalankan sejajar dengan dasar Kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan khususnya dasar berhubungan dengan penyusunan semula masyarakat.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga hendaklah pertama sekali berunding dengan Kerajaan Negeri sebelum menjalankan apa-apa fungsinya yang melibatkan perancangan pembangunan.

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(e)

tiga orang yang mempunyai kedudukan profesional yang berkaitan; dan

Suggest a correction

(2)

Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama adalah terpakai bagi anggota-anggota Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Apabila jawatan Pengurus Besar kosong, subseksyen (1) hendaklah dibaca seolah-olah paragraf (f) telah dipotong.

10

Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota gilir hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau jawatannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti dari-pada menjadi seorang anggota gilir jika anggota yang baginya dia menjadi anggota gilir tidak lagi menjadi anggota Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga seseorang anggota gilir hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(4)

Peruntukan-peruntukan paragraf 1 dan 2 Jadual Pertama adalah juga terpakai mengenai seseorang anggota gilir sebagai tambahan kepada peruntukan peruntukan lain Jadual Pertama yang boleh dipakai baginya apabila menghadiri mesyuarat Lembaga.

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 adalah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pengkhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya yang demikian itu.

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota, pegawai dan pengkhidmat Lembaga semasa menjalankan kewajipan-kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan pengkhidmat Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga dan persetujuan Menteri Kewangan, kuasa Menteri untuk memberi arahan-arahan hendaklah termasuk memberi arahan-arahan kepada Lembaga—

(b)

mengenai penggunaan hasil dari pelupusan itu, walaupun arahan-arahan itu mungkin mengenai sesuatu yang tertentu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa arahan tersebut boleh diberi selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undangundang bertulis lain, adalah menjadi tanggungjawabLembaga menjalankan fungsi-fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Lembaga KemajuanWilayah Pulau Pinang.

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Selain daripada kewajipan-kewajipan yang dipertanggungkan ke atas dan kuasa-kuasa yang diletakhak pada Lembaga oleh Akta ini, Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbir dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang mungkin diuntukkan atau diberi kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau, dengan kelulusan Menteri, oleh Kerajaan Negeri, dan dalam melakukan yang demikian, Lembaga hendaklah disifatkan sebagai menunaikan maksud Akta ini, dan peruntukan-peruntukan Akta ini adalah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:

Dengan syarat sentiasanya bahawa wang itu dan akaun-akaunnya hendaklah disimpan berasingan dan berlainan dari akaun-akaun Kumpulan Wang.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan peruntukan-peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir tiap-tiap satu tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Lembaga dalam masa tahun kewangan yang lalu dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction
(1)

Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri dan mana-mana orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa awam lain yang diarahkan oleh Menteri apa apa penyata, laporan, akaun dan maklumat sebagai mana dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga.

Bahagian III

BAHAGIAN III

PENGERUSI, PEGAWAI, PENGKHIDMAT, BAHAGIAN

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pengerusi tidak ada di dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipan-kewajipannya, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan kewajipan-kewajipan Pengerusi dalam masa Pengerusi tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab—

(a)

menyediakan program, skim dan projek untuk pertimbangan Lembaga;

Suggest a correction

(b)

melaksanakan segala program, skim dan projek Lembaga; dan

Suggest a correction

(c)

melaksanakan keputusan-keputusan Lembaga dan arahan-arahan Pengerusi.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab kepada Pengerusi.

Suggest a correction

(4)

Pengurus Besar hendaklah berkuasa mengawal secara am pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga.

Suggest a correction

(5)

Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apaapa kewajipan lain atau apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga atau Pengerusi dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(6)

Untuk membantu Pengurus Besar dalam fungsinya, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang atau lebih Timbalan Pengurus Besar dan meletakhak pada mereka apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atas mereka apa-apa kewajipan dan fungsi sebagaimana ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Jika Pengurus Besar tidak ada buat sementara di dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Pengurus Besar melaksanakan kewajipan-kewajipan Pengurus Besar dalam masa Pengurus Besar tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Suggest a correction

(8)

Pengurus Besar dan tiap-tiap Timbalan Pengurus Besar adalah pegawai Lembaga.

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai yang menjaga tiap-tiap Bahagian hen-daklah dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

Suggest a correction

(3)

Adalah menjadi tanggungjawab pegawai yang menjaga sesuatu Bahagian melaksanakan dan menjalankan keputusan-keputusan Lembaga mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi dalam sesuatu mesyuarat Lembaga apabila perkara-perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya dipertimbangan dalam mesyuarat tersebut dan juga menjalankan segala kuasa yang mungkin diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Seseorang tidaklah layak untuk diambil kerja sebagai pegawai atau pengkhidmat Lembaga, jika dia mempunyai, secara langsung atau secara tak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(3)

Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang memperolehi sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budibicara Lembaga, dibuang kerja secara terus tanpa notis.

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmat pegawai pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

KEWANGAN

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri dari—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud-maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;

Suggest a correction

(b)

apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga dari pinjaman;

Suggest a correction

(c)

wang yang didapati dari menjalankan apa-apa projek, skim atau enterprais yang dibiayai dari Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(d)

wang yang didapati atau terbit daripada apaapa harta, pelaburan, gadaijanji, gadaian ataudebentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada Lembaga;

Suggest a correction

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadaijanji, gadaian atau debentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada Lembaga;

Suggest a correction

(f)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau menjalankan mana-mana dari pada kewajipannya; dan

Suggest a correction

(g)

segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletakhak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan "pinjaman" ertinya apa-apa jumlah wang yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sebagai pinjaman.

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Maka adalah menjadi kewajipan Lembaga memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan dan menyempurnakan kuasa-kuasa, fungsi-fungsi dan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberi oleh Menteri di bawah seksyen, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk kesusutan dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.

Seksyen 21

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

Open as pageSuggest a correction

(b)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan lain-lain bayaran dan kos, dan saraan bagi pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

Suggest a correction

(c)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau dipersetujui dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melak-sanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

Suggest a correction

(d)

memberi atau menyewa loji, atau kelengkapan, alat jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain, memperolehi tanah dan mendirikan bangunan-bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

Suggest a correction

(e)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

Suggest a correction

(f)

amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September tiap-tiap satu tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek-projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan mengan-dungi apa-apa butir sebagaimana diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu Menteri hendaklah memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi tiap-tiap satu jenis perbelanjaan.

LEMBAGA KEMAJUAN. WILAYAH PULAU PINANG

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau sebahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada seseorang lain sebagai-mana dinyatakan dalam arahan itu.

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Peruntukan-peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 adalah terpakai bagi Lembaga dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.

Bahagian V

BAHAGIAN V

KUASA-KUASA LAIN LEMBAGA

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan kepada peruntukan-peruntukan lain Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Pengerusi, Pengurus Besar, mana-mana anggotanya yang lain atau mana-mana orang lain kuasa untuk membenarkan perbelanjaan dari Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletakhak pada atau di bawah kawalan Lembaga hingga takat yang dinyatakan oleh Lembaga.

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wang dengan mengeluarkan bon, debentur atau stok debentur atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau stok dari apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, difikir-kannya bermanfaat bagi semua atau mana-mana mak-sud yang berikut:

(b)

menunaikan fungsi-fungsi dan kewajipan kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

menunaikan apa-apa fungsi tambahan yang dijalankan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

menebus apa-apa syer atau stok yang ia di kehendaki atau berhak menebusnya; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh diper-tanggungkan dengan sewajarnya kepada akaun modal.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Aset Lembaga, setakat mana yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen-ejen dan penasihat-penasihat teknik, termasuk peguambela dan peguambara, banker, broker saham, jurukur, penilai atau orang-orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud-maksud Akta ini dengan cara yang lebih baik.

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Pada melaksanakan kewajipan-kewajipan atau pada menjalankan fungsi-fungsinya, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, memberi pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberi tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, patut dikenakan dalam hal-hal tertentu.

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbelanjaan dan pampasan mengenai mana mana harta tak alih yang diperolehi di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diperolehi di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu mengenai harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang mungkin dikenakan atas harta itu.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

AM

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah dikecualikan daripada membayar duti setem di bawah Ordinan Setem 1949.

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan cara bagaimana dokumen,cek dan suratcara dari apa-apa jenis akan ditanda-tangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

Suggest a correction

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga;

Suggest a correction

(c)

mengenakan fee dalam hal-hal yang ditentukan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(d)

mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan syer, stok, bon, debentur atau stok debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang pada pendapat Lembaga adalah perlu atau bermanfaat, dan khususnya, bagi mengadakan peraturan mengenai

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG cara. mengeluar, memindahmilik, menebus atau urusan-urusan lain mengenai syer, stok, bon, debentur atau stok debentur itu;

Suggest a correction

(e)

menetapkan cara bagaimana dan terma-terma dan syarat-syarat atas mana pinjaman boleh diberi oleh Lembaga di bawah seksyen 28; dan

Suggest a correction

(f)

mengadakan peruntukan secara am mengenai penjalanan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewa-jipan Lembaga di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesa-lahan; dan

Suggest a correction

(b)

mengadakan peruntukan bagi mengenakan penalti kerana kesalahan-kesalahan itu, dan penalti-penalti itu tidak boleh lebih daripada satu ribu ringgit.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga pada menyediakan dan ke arah perlaksanaan wajar mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya dengan menjangka Akta ini akan diperkanunkan hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan tanggungan yang diperolehi atau dilakukan bagi pihak Lembaga dari apa-apa perkara yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan hak dan obligasi Lembaga sebaik sahaja Akta ini mula berkuatkuasa.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 5 (2)]

1. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Menteri dalam suratcara perlantikannya, seseorang anggota Lembaga selain dari Pengurus Besar hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan ada-lah layak dilantik semula.

(2)

Perlantikan seseorang anggota selain dari Pengurus Besar boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberi apa-apa sebab.

22

(3)

Pengurus Besar hendaklah memegang jawatan sebagai anggota Lembaga selagi dia menjadi Pengurus Besar. Perlantikannya sebagai Pengurus Besar boleh dibatalkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri dan mengikut terma-terma dan syarat syarat perkhidmatan yang terpakai baginya.

(4)

Seseorang anggota selain dari Pengurus Besar boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat kepada Menteri. Pengurus Besar boleh meletakkan jawatannya dengan mengutus surat kepada Lembaga dan Menteri dan mengikut terma-terma dan syarat-syarat perkhidmat yang terpakai baginya.

(5)

Seseorang anggota hendaklah menumpukan masanya kepada urusan Lembaga sebanyak yang perlu bagi menjalankan kewajipan-kewajipannya dengan berkesan.

2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah dikosongkan-

(a)

jika anggota itu mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadap anggota itu, atau anggota itu telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan mengenai—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 32; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dikenakan hukuman penjara (hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau

(c)

jika anggota itu menjadi bankrap; atau

(d)

jika anggota itu tidak sempurna akal atau, kerana apa apa sebab lain, tidak berupaya menjalankan kewajipannya; atau

(e)

jika anggota itu tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga atau, dalam hal sescorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) (c) atau (1) (d) seksyen 5 jika dia tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran sedemikian dan tanpa diwakili di mesyuarat itu oleh orang-orang yang dilantik menjadi anggota gilir di bawah subseksyen (1) seksyen 6 untuk menggantikannya :

Dengan syarat bahawa, walau apa pun peruntukan subseksyen (4) seksyen 6, jawatan anggota gilir tidak akan dikosongkan di bawah subparagraf ini jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga selagi jawatan anggota yang baginya dia dilantik menjadi anggota gilir tidak dikosongkan di bawah subparagraf ini; atau

(f)

jika perletakan jawatannya diterima oleh Menteri atau, dalam hal Pengurus Besar, oleh Lembaga dengan ke-lulusan Menteri dan mengikut terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang terpakai baginya; atau

(g)

jika perlantikannya dibatalkan oleh Menteri atau, dalam hal Pengurus Besar, oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri dan mengikut terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang terpakai baginya.

(2)

Jika seseorang anggota terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan-peruntukan yang berkenaan.

3. Maka hendaklah dibayar kepada anggota-anggota Lembaga atau mana-mana orang lain (yang bukannya pegawai atau pengkhidmat Lembaga, pegawai atau pengkhidmat itu adalah yang termasuk dalam peruntukan-peruntukan Akta ini berhubungan dengan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmat yang terpakai baginya) apa-apa saraan atau elaun sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap dua bulan.

(2)

Kuoram bagi Lembaga ialah enam.

(3)

Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau, jika dia tidak hadir, Timbalan Pengerusi atau, jika kedua-duanya tidak hadir, seorang anggota yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4)

Jika mengenai sesuatu soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga bilangan undi didapati sama banyaknya, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu adalah berhak memberi undi pemutus selain daripada undi biasanya.

(5)

Pengurus Besar tidak mempunyai hak mengundi di manamana mesyuarat Lembaga dan dia hendaklah disifatkan tidak menjadi anggota Lembaga bagi maksud-maksud paragraf ini kecuali bagi subparagraf (6).

(6)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan prosedurnya sendiri.

5. Lembaga boleh meminta sesiapa jua (yang bukan anggota Lembaga) menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatkannya atas apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi sesiapa yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan tersebut.

6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meteri am yang mengandungi sesuatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meteri itu boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Sehingga suatu meteri diadakan oleh Lembaga suatu cap mengandungi perkataan "Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang" boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meteri biasa Lembaga.

(3)

Meteri biasa itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua suratikatan, dokumen dan suratcara-suratcara lain yang berupa sebagai dimeterikan dengan meteri tersebut, disahkan sebagaimana tersebut di atas, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau suratcara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteri boleh disempurnakan oleh Lembaga dengan cara demikian itu juga; dan mana-mana dokumen atau suratcara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau penjawat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(4)

Meteri Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

7. Tanpa menyentuh pemakaian peruntukan-peruntukan scksyen 16 dalam hal Pengurus Besar, seseorang anggota Lembaga yang ada mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa kcpentingan dalam sesuatu syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang ada mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hal dan jenis kepentingannya, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga berhu-bungan dengan kontrak atau perkara itu.

8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit segala mesyuarat Lcmbaga disenggara dan disimpan dalam bentuk yang wajar.

(2)

Sesuatu minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang dengan tidak perlu dibuktikan lagi dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit-minit mengcnai prosidingnya tclah dibuat sedcmikian hendaklah

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sempurnanya dan semua anggota dalam mesyuarat itu sebagai telah bcrkelayakan dengan sempurnanya untuk bertindak.

9. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau tiada apa-apa prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada sesuatu kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam keanggotaan Lembaga; atau

(b)

ada sesuatu langgaran oleh seseorang anggota Lembaga akan peruntukan-peruntukan paragraf 7; atau

(c)

ada sesuatu ketinggalan, kecacatan atau luar aturan yang tidak menyentuh merit kes yang berkenaan itu.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 29 (2)]

1. Lcmbaga hendaklah, pada atau scbelum tarikh sesuatu perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 29, membuat peraturan peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan—

(a)

maksud-maksud dan tujuan-tujuan perbadanan itu di-tubuhkan;

(b)

hak-hak, kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan fungsi fungsi perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusan perbadanan itu; dan

(d)

hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan Lembaga ke atas perbadanan itu.

2. Tiada apa-apa jua dalam paragraf 1 boleh disifatkan sebagai memberikuasa kepada Lembaga membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan sesuatu perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas bidangnya daripada maksud-maksud atau tujuan-tujuan Lembaga itu ditubuhkan atau sebagai memberi kepada sesuatu perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk antara hak-hak, kewajipan-kewajipan, kuasa-kuasa atau fungsi-fungsi Lembaga di bawah Akta ini.

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peruntukan mana mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 33, sesuatu perbadanan hendaklah terikat kepada apa-apa peraturan yang dibuat berkenaan dengannya. di. bawah paragraf 1 dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuatkuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah dikanunkan dalam Akta ini.

4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatal, atau membuat tambahan kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah paragraf 1 berkenaan dengan sesuatu perbadanan.

5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 29 dan daftar itu bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah paragraf 1 dan 4, hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di mana-mana satu atau beberapa tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

6. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2)

Apabila sesuatu perbadanan dibubarkan di bawah paragraf ini, aset perbadanan itu hendaklah dipindahkan dan diletakhak pada Lembaga setelah segala liabilitinya dilepaskan.

(3)

Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah paragraf ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 adalah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberi oleh Lembaga dan adalah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri am dan boleh mendakwa dan di-dakwa atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau onterprais yang kerananya ia telah ditubuhkan, boleh mengikat kontrak dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak ber-lawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana ditctapkan olch Lembaga dalam tiap-tiap satu hal itu.

8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meteri am yang mengandungi sesuatu tanda yang diluluskan oleh perbadanan dengan persetujuan Lembaga; dan meteri itu boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga.

(2)

Sehingga suatu meteri diadakah oleh perbadanan, suatu cap mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf "LKWPP" boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai suatu meteri am Lembaga.

(3)

Meteri am itu hendaklah disimpan dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang berupa sebagai dimeterikan dengan meteri tersebut, disahkan

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG sebagaimana tersebut dahulu hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau suratcara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteri boleh disempurnakan dengan cara demikian itu juga oleh perbadanan; dan mana-mana dokumen atau suratcara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pengkhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(4)

Meteri tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Common questions

What is LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983?
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG 1983 is Malaysia Act, cited as Act 282 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Is LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983 still in force?
Yes — LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983 is currently in force.
When did LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983 take effect?
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983 was first recorded in 1983.
How many sections does LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983 have?
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983 contains 34 sections.
Where can I read the official version of LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983?
The official text of LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG 1983 (No. 282)