Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah
Jengka (Pembubaran) 1997.
/akn/my/act/act/1983/285
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA 1983 is Malaysia Act, cited as Act 285 1983, currently marked repealed and first recorded in 1983.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah
Jengka (Pembubaran) 1997.
Tafsiran
“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka yang
6 Undang-undang Malaysia AKTA 567
ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983
[Akta 285];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan luar bandar;
“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan 1957 [Akta 349];
“Tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah seksyen 1.
Pemansuhan dan pembubaran
dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.
Pemindahan kuasa, hak, dsb.
Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, mulai dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan.
Pemindahan hakmilik harta
Segala harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Kerajaan.
Pemindahan kumpulan wang
Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (Pembubaran) 7
Segala wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada, Lembaga hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, dipindahmilikkan kepada, dan terletak hak pada Kerajaan.
Kontrak sedia ada, dsb.
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 5
hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan hendaklah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan
Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana
8 Undang-undang Malaysia AKTA 567
orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah
Akta ini tidak pernah diluluskan.
Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap
Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan
Penerusan undang-undang, dsb.
Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalam undang-undang bertulis itu mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Pencegahan kesulitan atau anomali
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan, dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.
10
Akta 567
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─
11
Akta 567
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─