PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1983/283
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 is Malaysia Act, cited as Act 283 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam menjadi
Ketua Pengarah yang, tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri, akan mempunyai pengawasan atas semua perkara berhubungan dengan tangkapan, rawatan dan pemulihan penagih dadah di bawah
Akta ini dan hendaklah dilantik beberapa orang Pegawai Pemulihan yang dikehendaki dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini.
Bahagian II
DADAH DI BAWAH PERINTAH MAHKAMAH
Penahanan penagih dadah yang disyaki untuk ujian
bolehlah ditahan selama tempoh tidak lebih daripada dua puluh empat jam di mana-mana tempat yang sesuai bagi maksud menjalani ujian.
Membawa ke hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa dua puluh empat jam
orang itu bolehlah dilepaskan dengan jamin, dengan atau tanpa penjamin, oleh seseorang pegawai supaya hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam bon; atau
orang itu bolehlah dibawa oleh seseorang pegawai ke
10 Undang-undang Malaysia AKTA 283
hadapan Majistret, dan Majistret itu hendaklah, jika pegawai itu melaporkan bahawa orang itu perlu ditahan bagi maksud menjalani ujian, memerintahkannya supaya ditahan sedemikian selama sesuatu tempoh tidak lebih daripada empat belas hari untuk menjalani ujian atau Majistret itu boleh melepaskannya dengan jamin, dengan atau tanpa penjamin, supaya hadir pada sesuatu masa dan di sesuatu tempat yang dinyatakan dalam bon bagi maksud menjalani ujian itu, atau jika orang itu telah pun menjalani ujian tetapi keputusan ujian sedemikian masih belum diperolehi,
Majistret itu boleh melepaskannya dengan jamin, dengan atau tanpa penjamin, supaya hadir pada sesuatu masa dan di sesuatu tempat yang dinyatakan dalam bon untuk menerima keputusan ujian itu.
Seksyen 390, 391, 392, 393 dan 404 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu bon jamin yang disempurnakan di bawah seksyen ini setakat yang ia tidak berlawanan dengan peruntukan seksyen ini, dan sebutan dalam seksyen tersebut mengenai pegawai polis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai seseorang pegawai di bawah Akta ini.
Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani tatacara ujian
Jika mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana kehendak atau arahan di bawah subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau denda, atau kedua-duanya.
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 11
Perintah Majistret yang boleh dibuat ke atas penagih dadah
memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan yang ditetapkan dalam perintah itu selama tempoh dua tahun dan selepas itu menjalani pengawasan seorang pegawai di tempat yang ditetapkan dalam perintah selama tempoh dua tahun; atau
memerintahkan orang itu diletakkan di bawah pengawasan seorang pegawai di tempat yang ditetapkan dalam perintah itu selama tempoh tidak kurang daripada dua dan tidak melebihi tiga tahun.
Sesuatu perintah pengawasan yang dikenakan ke atas seseorang di bawah perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah mengandungi syarat yang berikut:
orang itu mestilah tinggal di dalam Negeri atau Wilayah
Persekutuan atau mana-mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
orang itu tidak boleh meninggalkan kawasan tempat dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah;
pada waktu yang dinyatakan dalam perintah itu, orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis yang paling hampir atau bagi anggota angkatan tentera di tempat yang ditetapkan oleh seseorang pegawai;
orang itu tidak boleh mengambil, menggunakan atau memiliki apa-apa dadah berbahaya;
12 Undang-undang Malaysia AKTA 283
orang itu hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang diperintahkan oleh seseorang pegawai; dan
orang itu hendaklah menjalani apa-apa jua program pemulihan penagih dadah yang diadakan oleh Kerajaan.
Mana-mana orang yang sedang menjalani pengawasan di bawah perenggan (1) (a) atau (b) yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau sebatan tidak melebihi tiga sebatan atau kedua-duanya.
(Dipotong).
Bahagian III
DADAH YANG MENJALANINYA DENGAN SUKARELA
Tatacara bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang menjalaninya dengan sukarela
, Pegawai Pemulihan hendaklah dengan seberapa segera yang boleh membuat perkiraan bagi pemohon itu menjalani ujian.
Jika berikutan daripada ujian di bawah subseksyen (2), orang itu diperakui oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar sebagai penagih dadah, Pegawai Pemulihan itu
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 13
hendaklah memutuskan sama ada orang itu patut—
menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan selama tempoh dua tahun dan selepas itu menjalani pengawasan oleh seorang pegawai selama tempoh dua tahun; atau
diletakkan di bawah pengawasan seorang
Pegawai
Pemulihan bagi tempoh tidak kurang daripada dua dan tidak melebihi tiga tahun dan dijadikan tertakluk kepada syarat yang difikirkan oleh Pegawai Pemulihan perlu atau bermanfaat bagi maksud rawatan dan pemulihan orang itu, dan hendaklah memberitahu pemohon itu akan keputusannya.
Tatacara bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang belum dewasa dan yang baginya bantuan dikehendaki
Jika seseorang belum dewasa dibawa ke hadapan Pegawai
Pemulihan di bawah subseksyen (1), seksyen 8 adalah terpakai baginya menurut cara yang sama seperti ia terpakai bagi orang yang memohon rawatan dan pemulihan di bawah seksyen itu
Bahagian IV
Pusat Pemulihan
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, menubuhkan Pusat Pemulihan bagi kediaman, rawatan dan
14 Undang-undang Malaysia AKTA 283
pemulihan penagih dadah yang diperintahkan atau diterima masuk untuk tinggal di dalamnya di bawah Akta ini.
Lembaga Pelawat
Maka hendaklah dilantik oleh Menteri suatu Lembaga Pelawat bagi tiap-tiap satu Pusat Pemulihan, dan Lembaga Pelawat itu —
hendaklah menjalankan semua kuasa, menunaikan semua kewajipan dan melaksanakan semua fungsi yang diperuntukkan dalam Akta ini atau yang ditetapkan dalam mana-mana kaedah; dan
hendaklah menasihati dan membuat syor kepada Ketua
Pengarah atas semua perkara yang dirujuk oleh Ketua
Pengarah kepadanya dan atas perkara lain yang berhubungan dengan kewajipan dan fungsi mereka yang disifatkan perlu dan suai manfaat untuk memberi nasihat dan membuat syor mengenainya itu.
Penyingkatan tempoh kediaman di Pusat Pemulihan
Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Menteri, melepaskan dari Pusat Pemulihan itu seseorang yang belum lagi menjalani tempoh kediaman selama genap dua belas bulan di Pusat itu atas sebab khas yang berhubungan dengan kebajikan orang itu.
13-15. (Dipotong oleh Akta 1018)
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 15
Pusat persendirian bagi rawatan dan pemulihan dan bagi jagaan lanjutan
Menteri boleh atas permohonan mana-mana orang perseorangan atau mana-mana organisasi, badan atau kumpulan orang, memberi kelulusan bagi penubuhan dan pengendalian suatu pusat pemulihan persendirian bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bagi jagaan lanjutan orang yang telah menjadi penagih dadah, atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan oleh Menteri.
Terma dan syarat mana-mana kelulusan yang diberi di bawah subseksyen (1) boleh pada bila-bila masa diubah oleh Menteri dan dia boleh, tanpa memberi apa-apa notis atau menyatakan apa-apa sebab, membatalkan apa-apa kelulusan yang diberi di bawah subseksyen (1), dan apa-apa pembatalan yang dibuat itu boleh mengandungi semua arahan dari jenis bersampingan atau berbangkit yang difikirkan oleh
Menteri sebagai perlu, suai manfaat atau wajar.
Pemberitahuan mengenai setiap kelulusan sesuatu pusat di bawah seksyen ini dan setiap pembatalan kelulusan itu, hendaklah disiarkan dalam Warta.
Mana-mana orang yang menubuhkan atau mengendalikan, atau membantu dalam pengendalian mana-mana tempat bagi rawatan, pemulihan, atau jagaan lanjutan dan pengawasan orang yang adalah atau masih lagi menjadi penagih dadah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
Tiada apa jua yang terkandung dalam peruntukan terdahulu seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjejas, memudarat atau mengurangkan dengan apa jua cara hak seseorang yang dengan sah di sisi undang-undang memberi rawatan perubatan kepada mana-mana orang berhubungan dengan apa-apa keadaan fizikal atau mental yang berbangkit dari, atau melibatkan atau berhubungan dengan, ketagihan dadah orang itu.
16 Undang-undang Malaysia AKTA 283
Pemindahan di antara Pusat
Mana-mana orang yang menjadi penghuni di sesuatu Pusat
Pemulihan boleh pada bila-bila masa diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dipindahkan untuk tinggal di sesuatu Pusat Pemulihan yang lain dan jika diarahkan sedemikian orang itu hendaklah dipindahkan ke Pusat Pemulihan yang lain itu.
Bahagian V
Pemberitahuan wajib mengenai penagih dadah
Mana-mana orang yang melanggari peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak lebih daripada *dua ribu ringgit.
Jagaan yang sah di sisi undang-undang
semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan di bawah
Akta ini;
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 17
semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat atau ke mana-mana tempat, atau semasa dia sedang melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti di bawah Akta ini di luar
Pusat Pemulihan, sepanjang tempoh yang dia dikenakan suatu perintah yang dibuat di bawah Akta ini supaya tinggal di Pusat Pemulihan.
tidak terpakai bagi seseorang yang dimasukkan ke Pusat Pemulihan di bawah seksyen 8 atau 9.
Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah di sisi undang-undang sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh
*dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau disebat tidak melebihi tiga sebatan.
Kesalahan oleh penghuni di Pusat Pemulihan dan Pusat Jagaan
Lanjutan, dan orang awasan
melanggari mana-mana terma atau syarat yang dikenakan dengan sah di sisi undang-undang di bawah Akta ini berhubungan dengan kediaman, rawatan atau pemulihan di
Pusat Pemulihan; atau
melanggari mana-mana kaedah berhubungan dengan sesuatu
Pusat Pemulihan jika tiada apa jua hukuman tertentu diperuntukkan dalam kaedah-kaedah itu bagi pelanggaran itu;
mengapikan mana-mana penghuni di Pusat, supaya melanggari mana-mana kaedah berhubungan dengan Pusat itu;
*CATATAN− Terdahulu “lima ratus ringgit” – lihat Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan)(Pindaan) 1998 [Act A1018]
18 Undang-undang Malaysia AKTA 283
menggunakan apa-apa perkataan atau gerak isyarat yang lucah, mengancam, menghina atau mencela, atau selainnya berkelakuan dengan cara yang mengancam atau mencela, terhadap mana-mana orang yang menjalankan mana-mana kuasa, menunaikan mana-mana kewajipan atau melaksanakan mana-mana fungsi berhubungan dengan jagaan, rawatan, pemulihan, kediaman atau pengawasan mana-mana orang di bawah Akta ini, atau terhadap mana-mana orang yang menjadi penghuni di Pusat Pemulihan atau terhadap mana-mana pekerja atau pekhidmat yang diambil kerja atau diguna khidmat di mana-mana Pusat Pemulihan, atau terhadap mana-mana orang yang dengan sah di sisi undang-undang melawat sesuatu Pusat Pemulihan atau selainnya berada di sesuatu Pusat Pemulihan dengan sah di sisi undang-undang, atau menyerang mana-mana orang, pekerja atau pekhidmat seperti yang tersebut dahulu, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada *tiga tahun atau kedua-duanya.
Perenggan (1) (a) dan (b) tidak terpakai bagi seseorang yang dimasukkan ke Pusat Pemulihan di bawah seksyen 8 atau 9.
Tempoh pemenjaraan atau tahanan hendaklah disifatkan sebagai tempoh kediaman, jagaan lanjutan atau pengawasan
Peruntukan terdahulu dalam seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang dimasukkan ke Pusat Pemulihan di bawah seksyen 8
atau 9.
Sumbangan bagi kos saraan, rawatan dan pemulihan
Sebelum membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1),
Majistret hendaklah menimbangkan laporan seseorang Pegawai
Pemulihan berhubungan dengan hal keadaan orang yang terhadapnya perintah itu dicadang hendak dibuat (satu salinan laporan itu hendaklah diberi kepada orang itu) dan memberi peluang kepada orang itu untuk membuat representasi mengenai perkara itu kepada
Majistret.
Majistret boleh, atas permohonan mana-mana orang yang
20 Undang-undang Malaysia AKTA 283
terhadapnya suatu perintah di bawah subseksyen (1) telah dibuat, membatalkan, membuat perintah baru atau mengubah perintah itu sebagaimana difikirkan patut oleh Majistret.
Apa-apa amaun yang kena dibayar dan terhutang di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu hutang sivil yang kena dibayar dan terhutang kepada, dan boleh dituntut oleh, Kerajaan.
Pewakilan oleh Ketua Pengarah
Ketua Pengarah boleh mewakilkan secara bertulis kepada mana-mana Pegawai Pemulihan mengikut nama atau jawatan apa-apa kuasa yang diberi kepadanya di bawah Akta ini.
Bidang kuasa
Seseorang Majistret yang menjalankan kuasa di bawah seksyen 4, 6 atau 22 boleh berbuat demikian di mana-mana tempat, selain mahkamah terbuka atau awam, yang difikirkan sesuai bagi maksud Majistret itu, sama ada tempat itu berada di dalam atau di luar lingkungan bangunan mahkamah.
Perlindungan orang yang bertindak di bawah kuasa Akta ini
Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan menurut mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya tidaklah tertakluk kepada apa-apa liabiliti sivil atau jenayah berkenaan dengannya, sama ada atas alasan
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 21
tiada bidang kuasa, silap undang-undang atau fakta atau apa-apa alasan lain melainkan dia bertindak dengan berniat jahat atau tanpa hemat yang munasabah.
Aktiviti yang akan membantu rawatan dan pemulihan
Mana-mana orang yang menjalani rawatan dan pemulihan di sesuatu Pusat Pemulihan boleh dikehendaki melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang, pada pendapat orang yang menjaga Pusat
Pemulihan, akan membantu dalam rawatan dan pemulihannya, dan aktiviti sedemikian boleh melibatkan pekerjaan di dalam atau di luar
Pusat Pemulihan itu.
Memisahkan orang belum dewasa
Jika seseorang belum dewasa ditahan dalam jagaan, atau dikehendaki tinggal di Pusat Pemulihan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, atau sedang dipindahkan ke sesuatu tempat atau dari sesuatu tempat semasa dalam jagaan tersebut, atau semasa dalam tempoh kediaman, mengikut mana yang berkenaan, perkiraan hendaklah dibuat supaya dia ditahan dalam jagaan itu atau tinggal atau hadir sedemikian atau dipindahkan sedemikian, menurut cara yang akan memastikan bahawa dia tidak bercampur dengan dan dipisahkan dari orang dewasa atau orang dewasa yang sedang ditahan dalam jagaan, atau tinggal sedemikian, atau sedang dipindahkan sedemikian.
Kaedah-kaedah
untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini;
22 Undang-undang Malaysia AKTA 283
untuk mengadakan borang bagi penggunaan berkaitan dengan mana-mana perkara di bawah Akta ini;
untuk mengawal selia penubuhan, pengurusan dan kawalan
Pusat Pemulihan, dan pusat pemulihan persendirian, termasuklah peruntukan mengenai kuasa, kewajipan dan fungsi orang yang menjaga atau diambil kerja di Pusat
Pemulihan itu atau di pusat pemulihan persendirian;
untuk mengadakan peruntukan mengenai disiplin, pelajaran, latihan vokasional dan pekerjaan orang yang menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan itu atau di pusat pemulihan persendirian;
untuk mengadakan peruntukan mengenai tatacara berhubungan dengan ujian yang hendak dijalankan di bawah
Akta ini;
untuk mengadakan peruntukan mengenai tatacara berhubungan dengan rawatan, pemulihan dan pengawasan orang di bawah Akta ini;
untuk mengadakan peruntukan mengenai keanggotaan, kewajipan, fungsi dan tatacara Lembaga Pelawat;
untuk mengadakan peruntukan mengenai borang, dan peruntukan yang hendak dimasukkan ke dalam mana-mana bon jamin yang disempurnakan di bawah Akta ini;
untuk mengadakan peruntukan mengenai borang, peruntukan, dan terma dan syarat mana-mana bon lain yang dikehendaki supaya disempurnakan di bawah Akta ini.
Menteri boleh dalam kaedah-kaedah itu atau dengan kaedah-kaedah berasingan yang dibuat di bawah Akta ini memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran terhadap peruntukan mana-mana kaedah adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan supaya kesalahan sedemikian dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 23
ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
Pemansuhan
Perkataan “for matter relating to the treatment and rehabilitation of drug dependants,” yang terdapat dalam tajuk panjang, takrif
“Board of Visitors”, “detection centre”, “Director General”, “drug dependant”, “rehabilitation centre” dan “rehabilitation committee”
dalam seksyen 2, dan Bahagian VA, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dimansuhkan.
Peralihan
Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen 29, jika sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini —
telah atau sedang diambil tindakan dengan apa jua cara oleh mana-mana mahkamah, Majistret, Pegawai Kebajikan
Masyarakat, Lembaga Pelawat, atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa lain, di bawah Bahagian VA Akta Dadah Berbahaya 1952, peruntukan
Akta itu, termasuklah Bahagian VA Akta itu hendaklah terus dipakai berhubungan dengan orang itu, kecuali bahawa sebutan mengenai pegawai dan pihak berkuasa di bawah Bahagian VA tersebut hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pegawai dan pihak berkuasa yang bersamaan yang dilantik di bawah Akta ini.
Pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952
Akta Dadah Berbahaya 1952 dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 38 seksyen baru 38A dan 38B yang berikut :
24 Undang-undang Malaysia AKTA 283
Powers of Court in respect of drug dependants below the age of eighteen
release the offender and order him to reside at a
Rehabilitation Centre for a period of two years to undergo treatment and rehabilitation, and immediately thereafter to undergo after-care in accordance with the provisions of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983; or
order the offender to be placed under the supervision of a
Rehabilitation Officer for a period of not less than two and not more than three years, and to execute a bond with or without sureties, as the Court may determine, to remain under such supervision for the such period:
Provided that where such person fails to execute such bond, an order under paragraph (a) shall be made against him by the Court.
Where an order under paragraph (1)(a) is made against an offender, it shall be deemed to be an order made by a Magistrate under paragraph 6 (1)(a) of the Drug Dependants (Treatment and
Rehabilitation) Act 1983, and where the order is made under paragraph
, it shall be deemed to be an order
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 25
made by the Magistrate under paragraph 6(1)(b) of that Act, andthe provisions of that Act shall apply accordingly in relation to such order.
Powers of Court in respect of person found guilty under section 15.
Where a person is found guilty of an offence under section 15, he shall immediately after having undergone the punishment imposed upon him in respect thereof, undergo supervision by a Rehabilitation Officer as defined under subsection 2(2) of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 for a period of not less than two and not more than three years as may be determined by the Rehabilitation Officer.
A person who is required to undergo supervision by a
Rehabilitation Officer under subsection (1), shall be deemed to have been placed under such supervision by virture of an order made by a
Magistrate under paragraph 6(1) (b) of the Drug Dependants
(Treatment and Rehabilitation) Act 1983, and the provisions of that
Act shall apply accordingly in relation to such supervision.”.
26
Akta 283
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1018
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 1998 01-09-1998
27
Akta 283
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
4
6-10
12-15
18-22
24
26-28
Akta A1018
Akta A1018
Akta A1018
Akta A1018
Akta A1018
Akta A1018
Akta A1018 01-09-1998
01-09-1998
01-09-1998
01-09-1998
01-09-1998
01-09-1998
01-09-1998