Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan
Negara (Pembubaran) 1983.
/akn/my/act/act/1983/292
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983 is Malaysia Act, cited as Act 292 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan
Negara (Pembubaran) 1983.
Tafsiran
“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Ternakan Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan
Negara 1972 [Akta 73];
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 292
“Menteri”
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian.
Pemansuhan dan pembubaran
adalah dimansuhkan dan Lembaga adalah dibubarkan.
Pemindahan kuasa, hak, dsb.
Semua kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti dan tanggungan yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada
Lembaga hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diturunkan kepada Kerajaan.
Pemindahan harta
Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, di letakhak pada Kerajaan.
Pemindahan kumpulan wang
Semua wang yang ada pada Lembaga atau yang kena dibayar kepadanya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, dipindahkan, dan diletak hak pada Kerajaan.
5
Kontrak sedia ada
Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindah milik di bawah seksyen 5, hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah Kerajaan telah dinamakan dalamnya atau menjadi satu pihak kepadanya dan bukan Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga.
Penerusan prosiding sivil
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini terhadap keputusan yang diberi sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang mana
Lembaga menjadi satu pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap
Kerajaan.
Penerusan undang-undang, dsb.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, semua undang-undang bertulis, perintah, kaedah dan peraturan yang menyentuh atau untuk perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, sehingga dipinda atau dibatal oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan hendaklah ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan:
Lembaga Kemajuan Ternakan 7
(Pembubaran)
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 292
Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan di dalamnya mengenai
Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang membawa erti sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Pencegahan kesulitan atau anomali
Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) selepas tamatnya tempoh tiga tahun dari permulaan kuat kuasa Akta ini.
9
Akta 292
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
- TIADA -
10
Akta 292
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
- TIADA -