PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1983/279
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983 is Malaysia Act, cited as Act 279 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Pembekalan Letrik
Sarawak 1983, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
“bahaya” ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa manusia atau anggota badan daripada renjatan, lecuran, atau bencana lain akibat daripada penjanaan, pengubahan bentuk, pengagihan atau penggunaan tenaga dan meliputi bahaya kepada harta disebabkan
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
kebakaran akibat daripada hal sebagaimana yang disebut terdahulu;
“kawasan bekalan” ertinya kawasan yang dalamnya Perbadanan atau pemegang lesen dibenarkan untuk menjana dan/atau untuk membekalkan tenaga;
“kelengkapan” meliputi apa-apa butiran seperti mesin, transformer, radas, instrumen penyukat, alat pelindung, bahan pendawaian, aksesori dan perkakas bagi maksud penjanaan, penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga elektrik;
“keselamatan awam” ertinya pengelakan daripada tertimpa bahaya kepada orang awam, harta awam dan jalan, lebuh, landasan keretapi, lapangan terbang, pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, pangkalan, jambatan, loji gas, kerja air dan apurtenannya serta talian telegraf, telefon dan talian semboyan elektrik lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan
Negeri;
“keselamatan diri” ertinya pengelakan daripada tertimpa bahaya kepada individu atau kepada harta persendirian;
“lebuh”meliputi sesuatu jalan, lorong, jalan kecil, laluan atau tanah lapang, sama ada jalan tembus atau tidak, yang orang awam mempunyai hak lalu lalang;
“lesen” ertinya suatu lesen untuk mengendali atau mengerjakan sesuatu pepasangan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan elektrik dan meliputi apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa sebelum pengisytiharan Akta ini;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan tenaga;
“Negeri” ertinya Negeri Sarawak;
“pemegang lesen” ertinya pemegang suatu lesen;
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 9
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;
“penggerak utama” ertinya mesin yang membekalkan tenaga sawat ke penjana;
“pengguna” ertinya seseorang yang dibekalkan tenaga atau yang premisnya ada pada masa itu disambungkan dengan apa-apa sistem bekalan bagi maksud bekalan tenaga;
“pengubahan bentuk” ertinya pengubahan bentuk voltan dari voltan yang rendah kepada yang tinggi atau sebalikny a;
“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah seksyen 12 dan meliputi mana-mana orang yang pada masa itu dilantik sedemikian untuk melaksanakan tugas Pengurus Besar;
“pepasangan”
ertinya keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan yang bertujuan untuk membekal atau menggunakan tenaga, atau kedua-duanya, mengikut mana yang berkenaan, dan meliputi penggerak utama, jika ada, berserta semua talian bekalan dan kelengkapan pengguna, jika ada;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan yang ditubuhkan oleh seksyen 3;
“premis” meliputi mana-mana bangunan atau binaan lain dan tanah yang diduduki atau digunakan berkaitan dengannya, yang berada di bawah satu pemilikan, pendudukan atau pengurusan;
“sistem” ertinya suatu sistem elektrik dalam mana semua konduktor dan kelengkapan adalah disambungkan secara elektrik atau magnet;
“stesen janakuasa” ertinya mana-mana stesen untuk menjanakan tenaga meliputi apa-apa bangunan dan loji yang digunakan bagi maksud itu serta tapak binanya, dan meliputi tapak bina yang dicadang hendak digunakan bagi mendirikan stesen janakuasa, tetapi tidak meliputi mana-mana stesen untuk mengubah bentuk, menukar atau mengagihkan tenaga;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
“talian bekalan” ertinya konduktor atau alat-alat lain untuk menyampaikan, menghantar atau mengagihkan tenaga, berserta dengan apa-apa kelongsong, salutan, penutup, tiub, paip, penebat atau tiang yang menyarungi, mengelilingi atau menumpanginya atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa bangunan atau kelengkapan yang berkaitan dengannya bagi maksud mengubah bentuk, menyampai, menghantar atau mengagihkan tenaga;
“tenaga” ertinya tenaga elektrik yang dijana, dihantar, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud penghantaran sesuatu bentuk perhubungan atau isyarat; elektrik melainkan jika ditakrifkan selainnya, adalah suatu benda sebagai mana diperuntukkan di bawah seksyen 3 Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139];
“voltan” ertinya voltan lebih tinggi, voltan tinggi, voltan rendah dan voltan lebih rendah sebagaimana yang ditetapkan.
Bahagian II
PERBADANAN, DLL
Penubuhan dan Pemerbadanan
Penubuhan dan pemerbadanan Perbadanan Pembekalan Letrik
Sarawak
Maka dengan ini ditubuhkan suatu perbadanan yang dikenali sebagai “Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak” atau dalam bahasa
Inggerisnya “Sarawak Electricity Supply Corporation”, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya yang tersebut, dan hendaklah kekal turun-temurun, dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih, dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan,
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 11
menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan selainnya melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan mengikut apa-apa terma yang disifatkannya patut oleh Perbadanan.
Meterai perbadanan
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeterai dengan meterai
Perbadanan di hadapan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi, dan
Setiausaha Perbadanan atau orang yang lain yang diberi kuasa oleh
Perbadanan untuk bertindak bagi pihaknya, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang meterai itu perlu dicapkan, dan tandatangan itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajar dan sempurnanya dan bahawa meterai itu adalah meterai
Perbadanan yang sah:
Dengan syarat bahawa sesuatu dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki menggunakan meterai boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Perbadanan, dan dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmatnya yang diberi kuasa secara am atau khas secara bertulis untuk bertindak sedemikian.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
Keanggotaan Perbadanan
Keanggotaan Perbadanan
tidak lebih daripada tujuh anggota lain, yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
Dengan syarat bahawa bilangan pegawai tidak boleh melebihi bilangan anggota bukan pegawai.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, anggota Perbadanan hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Menteri.
Jika mana-mana anggota Perbadanan tidak ada buat sementara di Sarawak atau kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya buat sementara untuk bertindak, Menteri boleh melantik mana-mana orang untuk bertindak mengambil tempat anggota itu buat sementara:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dilantik untuk bertindak mengambil tempat Pengerusi atau Timbalan Pengerusi buat sementara kecuali dia adalah seorang anggota Perbadanan.
Jika pada bila-bila masa Menteri mendapati bahawa pemecatan kesemua atau mana-mana anggota Perbadanan adalah perlu bagi kepentingan melaksanakan dengan efektif dan ekonomis fungsi Per-badanan di bawah Akta ini, Menteri boleh memecat, tanpa memberi apa-apa sebab, kesemua atau mana-mana anggota Perbadanan.
Menteri boleh, pada bila-bila masa, menerima peletakan
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 13
jawatan mana-mana anggota Perbadanan.
Pengerusi boleh, melalui surat cara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menjalankan mana-mana kuasa atau melaksanakan apa-apa fungsi, selain fungsi yang disebut dalam subseksyen 4(2), yang diberi kepada Pengerusi oleh atau di bawah
Akta ini.
Anggota Perbadanan hendaklah melupuskan kepentingan dalam mana-mana pengusahaan elektrik di Sarawak
Mana-mana anggota Perbadanan yang menyimpan, membeli, mengambil atau menjadi berkepentingan atau terus menjadi berkepentingan secara langsung atau secara tidak langsung dalam apa-apa syer dalam mana-mana pengusahaan elektrik berlanggaran dengan peruntukan seksyen ini adalah hilang kelayakan menjadi anggota, dan disifatkan telah mengosongkan jawatannya sebagai anggota itu, dan
Pengerusi hendaklah menyebabkan suatu catatan yang bermaksud
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
sedemikian dibuat dalam minit Perbadanan dengan seberapa segera yang praktik setelah fakta mengenai apa-apa pelanggaran itu sampai kepada pengetahuannya.
Hakikat bahawa seseorang yang hilang kelayakan di bawah seksyen ini telahpun menganggotai, atau mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding, Perbadanan sebelum apa-apa cacatan sebagaimana yang disebut terdahulu dibuat dalam minit itu tidak boleh menidaksahkan apa-apa ketetapan atau prosiding Perbadanan.
Dalam seksyen ini―
“syer dalam mana-mana pengusahaan elektrik” ertinya apa-apa stok, syer, debentur, stok debentur, bon atau sekuriti lain mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan di Sarawak dalam menjanakan, mengagihkan atau membekalkan tenaga, atau mengilang dalam Negeri itu kelengkapan elektrik, dan termasuk apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana pengusahaan tidak diperbadankan yang menjalan-kan perniagaan yang sama.
Penzahiran kepentingan dalam kontrak oleh anggota Perbadanan
Seorang anggota Perbadanan, jika dia mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat apa-apa kontrak, atau mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu, hendaklah menzahirkan kepada Perbadanan hakikat mengenai kepentingan itu dan jenisnya itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Perbadanan, dan, melainkan dibenarkan dengan khas oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan
Perbadanan berhubungan dengan kontrak itu.
Saraan dan elaun yang kena dibayar kepada anggota
Perbadanan
Anggota Perbadanan hendaklah menerima apa-apa saraan dan elaun daripada kumpulan wang Perbadanan sebagaimana yang
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 15
ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 52.
Tatacara
Kuorum dan tatacara
Pengerusi, atau, dalam masa ketidakhadirannya, Timbalan
Pengerusi, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Perbadanan.
Jika bilangan undi mengenai apa-apa persoalan adalah sama banyak Pengerusi atau Timbalan Pengerusi, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah mempunyai undi pemutus selain undi biasanya.
Kekosongan
Perbadanan boleh bertindak walaupun terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya.
Tatacara Perbadanan
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Perbadanan boleh membuat perintah tetap mengawal selia tatacaranya sendiri secara am, dan, khususnya, berkenaan dengan mengadakan mesyuarat, notis yang hendak diberi mengenai mesyuarat itu, prosiding dalam mesyuarat itu, penyimpanan minit, penjagaan, pengemukaan dan pemeriksaan minit itu, dan pembukaan, penyimpanan, penutupan dan pengauditan akaun.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
Pegawai dan Pekhidmat Perbadanan, dll.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat
dengan persetujuan Menteri, dari semasa ke semasa, melantik dan mengambil kerja seorang Pengurus Besar dan beberapa orang Timbalan Pengurus Besar; dan
dari semasa ke semasa, melantik dan mengambil kerja, seorang Setiausaha dan beberapa orang pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang perlu;
bagi maksud Akta ini.
Semua pegawai dan pekhidmat Perbadanan hendaklah berada di bawah kawalan pentadbiran Pengerusi.
Pekhidmat awam
Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Perbadanan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan
[Akta 574].
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 terpakai
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding yang dibawa terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau kemungkiran yang dilakukan oleh mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan.
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 17
Kuasa memasuki premis, dll.
Mana-mana orang yang enggan membenarkan atau menghalang mana-mana pegawai atau pekhidmat yang diberi kuasa oleh Perbadanan daripada memasuki tanah, premis atau bangunan, atau menghalang atau mengganggu pegawai atau pekhidmat itu daripada bertindak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tiga bulan dan didenda lima ratus ringgit.
Bahagian III
Fungsi dan Tugas
Fungsi am Perbadanan
untuk mengurus dan mengerjakan pepasangan elektrik kepunyaan Perbadanan, dan apa-apa pepasangan dan kelengkapan lain yang diperoleh oleh Perbadanan di bawah peruntukan Akta ini;
untuk menubuhkan, menguruskan dan mengerjakan apa-apa
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
pepasangan elektrik yang disifatkan penting oleh Perbadanan supaya ditubuhkan;
untuk memajukan dan menggalakkan penjanaan tenaga dengan tujuan untuk membangunkan ekonomi Sarawak khususnya dan Malaysia amnya;
untuk menasihat Menteri dalam semua perkara berhubungan dengan penjanaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan tenaga.
Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh―
tertakluk kepada peruntukan Akta ini menjana, menghantar, mengubah bentuk, mengagihkan dan menjual tenaga sama ada secara pukal atau kepada pengguna individu di mana-mana bahagian Sarawak atau Malaysia;
membeli, membina, membina semula, menyenggara dan mengendalikan talian bekalan, stesen jana kuasa, stesen transformer, dan semua stesen, bangunan dan kerja lain yang sesuai, meliputi, tertakluk kepada pematuhan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengeluaran lesen air yang sedang berkuat kuasa, pengambilan air dari mana-mana tasik, sungai, anak sungai atau sumber alam lain, dan melakukan segala perbuatan yang perlu bagi maksud mengguna dan mengembalikan atau selainnya melupuskan air yang diambil sedemikian itu;
menjual, menyewa atau selainnya membekalkan loji elektrik dan pasangan elektrik dan memasang, membaiki, menyenggara atau memindahkan apa-apa loji elektrik dan pasangan elektrik;
memperolehi, mengikut peruntukan Akta ini, apa-apa harta alih atau harta tak alih, yang disifatkan oleh Perbadanan
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 19
perlu atau suai manfaat bagi maksud membina, menyambung atau rnenyenggara mana-mana pepasangan atau selainnya bagi menjalankan tugas dan fungsinya di bawah Akta ini; dan
menjalankan segala kegiatan lain yang pada pendapat
Perbadanan perlu, berfaedah atau mudah baginya menjalankan tugasnya, bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan tugasnya di bawah Akta ini atau dengan tujuan hendak mempergunakan dengan sebaik-baiknya mana-mana asetnya.
Bekalan
Tugas Perbadanan untuk membekalkan tenaga
Perbadanan tidak boleh membekalkan tenaga kepada pengguna, selain pemegang lesen, di sesuatu kawasan yang pada masa itu menjadi sebahagian daripada kawasan bekalan pemegang lesen, kecuali dengan izin pemegang lesen itu:
Dengan syarat bahawa jika izin pemegang lesen dikehendaki di bawah subseksyen ini dan pemegang lesen itu tidak memberi atau menahan izin itu, Perbadanan boleh merayu kepada Menteri, dan
Menteri, jika berpuas hati bahawa izin pemegang lesen itu tidak
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
diberi atau ditahan dengan tidak munasabahnya, boleh tidak memerlukan izin itu.
Bagi maksud proviso kepada subseksyen (2), izin hendaklah disifatkan sebagai tidak diberi atau ditahan dengan tidak munasabahnya jika pemegang lesen itu tidak sanggup dan mampu membekalkan tenaga yang diperlukan atas terma yang munasabah dan dalam tempoh yang munasabah, setelah menimbangkan, di antara perkara lain, terma dan tempohnya yang Perbadanan sanggup dan mampu membekalkan tenaga itu.
Kuasa Perbadanan membekalkan gas dan hidroelektronik
mendapatkan atau memperolehi, membekal dan menjual gas bagi maksud awam dan persendirian mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan gas;
mengusahakan perkembangan sumber kuasa air dalam
Negeri, dan menubuhkan stesen jana kuasa yang dikendalikan oleh kuasa hidro untuk penjanaan atau penghantaran elektrik mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan kuasa hidro;
menjalankan semua aktiviti sebagaimana yang didapati oleh Perbadanan sebagai perlu, bermanfaat atau mudah baginya menjalankan untuk atau berkaitan dengan penjalanan kuasanya di bawah salah satu daripada perenggan yang tersebut terdahulu itu.
Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 52 untuk mengawal selia bekalan gas dan hidroelektrik yang diperuntukkan oleh Perbadanan mengikut terma dan syarat yang
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 21
ditetapkan.
Layanan sama rata
Perbadanan hendaklah termasuk tugas―
Perbadanan tidak boleh menunjukkan apa-apa keutamaan tidak wajar antara pengguna dalam kawasan yang sama dan di mana keadaan bekalan termasuk amaun penggunaan, adalah sama, tetapi, kecuali sebagaimana yang disebut di atas tadi, Perbadanan boleh mengenakan caj bagi bekalan tenaga sebagaimana yang dipersetujui tidak melebihi had harga yang ditetapkan oleh Perbadanan, dengan kelulusan Menteri.
Bekalan bagi maksud persendirian dan kepada lampu awam
Tiap-tiap pemunya atau penduduk premis yang berkehendakkan bekalan tenaga hendaklah―
menyampaikan suatu notis kepada Perbadanan menetapkan premis yang berkenaan dengannya bekalan dikehendaki,
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
kuasa maksimum yang dikehendaki dibekalkan dan hari, iaitu hari yang tidak terlebih dahulu daripada suatu masa yang munasabah selepas tarikh penyampaian notis, bila bekalan itu dikehendaki dimulakan; dan
jika dikehendaki oleh Perbadanan, membuat sesuatu kontrak bertulis dengan Perbadanan untuk terus menerima dan membayar bagi bekalan tenaga, selama tempoh sekurang-kurangnya dua tahun, sebanyak amaun yang bayarannya yang dikehendaki dibuat bagi bekalan itu, mengikut kadar caj yang dikenakan pada masa itu oleh Perbadanan bagi bekalan tenaga kepada pengguna biasa dalam kawasan bekalan itu, tidak boleh kurang daripada dua puluh peratus setahun atas perbelanjaan yang ditanggung oleh Perbadanan dalam mengadakan apa-apa talian bekalan yang dikehendaki di bawah seksyen ini supaya diadakan oleh
Perbadanan bagi maksud bekalan itu, dan, jika dikehendaki oleh Perbadanan, memberi sekuriti berkenaan dengan pembayaran kepada Perbadanan akan semua wang yang genap masanya dibayar oleh pemunya atau penduduk berkenaan dengan mana-mana talian bekalan yang dikehendaki dilengkapkan oleh Perbadanan, dan berkenaan dengan tenaga yang dikehendaki dibekalkan oleh
Perbadanan.
Perbadanan hendaklah, apabila menerima notis yang munasabah daripada perbandaran atau pihak berkuasa tempatan menghendaki Perbadanan supaya membekalkan tenaga kepada mana-mana lampu elektrik yang digunakan untuk menerangi mana-mana lebuh atau tempat awam dalam kawasan perbandaran atau pihak berkuasa tempatan itu, mengikut mana yang berkenaan, dan disenggara oleh pihak berkuasa itu dalam jarak 100 meter dari mana-mana talian bekalan Perbadanan dalam mana Perbadanan adalah, pada masa itu, dikehendaki menyenggarakan atau sedang menyenggarakan bekalan tenaga bagi maksud bekalan am kepada pengguna persendirian, memberi dan terus memberi bekalan tenaga kepada lampuitu mengikut kuantiti sebanyak yang dikehendaki oleh pihak berkuasa itu supaya dibekalkan.
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 23
Perbadanan tidak boleh dipaksa memberi bekalan tenaga kepada mana-mana premis melainkan jika Perbadanan dengan munasabahnya berpuas hati bahawa sistem, talian elektrik, pasangan dan kelengkapan di dalamnya adalah dalam keadaan sedia pakai dan baik, dan tidak akan pada pendapat Perbadanan mendatangkan bahaya kepada keselamatan awam atau keselamatan diri atau menjejaskan dengan mudaratnya penggunaan tenaga oleh Perbadanan atau orang lain.
Perbadanan boleh, setelah memberi bekalan tenaga berkenaan dengan mana-mana premis, melalui notis secara bertulis, menghendaki pemunya atau penduduk premis itu supaya memberi, dalam masa tujuh hari selepas tarikh penyampaian notis itu, sekuriti kepada Perbadanan berkenaan dengan pembayaran semua wang yang genap masanya dibayar kepadanya berkenaan dengan bekalan itu jika pemunya atau penduduk belum lagi memberi sekuriti itu, atau jika mana-mana sekuriti yang diberi telah menjadi tidak sah atau tidak mencukupi, dan, jika mana-mana pemunya atau penduduk itu gagal mematuhi terma notis itu, Perbadanan boleh, jika difikirkannya patut, memberhentikan bekalan tenaga untuk premis itu selagi kegagalan itu berterusan.
Syarat di bawah mana bekalan boleh diberhentikan
Jika seorang pengguna atau penduduk premisnya―
menggunakan apa-apa bentuk lampu atau kelengkapan pengguna tenaga lain, atau menggunakan tenaga yang dibekalkan kepadanya oleh Perbadanan, dengan sedemikian cara hingga mengganggu dengan tidak wajar atau tidak patut kelicinan bekalan tenaga kepada mana-mana orang lain;
membuat apa-apa pengubahan pada pepasangannya yang membahayakan keselamatan awam atau keselamatan diri;
membuat apa-apa pengubahan pada pepasangannya tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Perbadanan,
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
yang mengganggu secara tidak wajar atau tidak patut kelicinan bekalan tenaga kepada mana-mana orang lain;
tidak memberi kemudahan munasabah untuk menjalankan ujian atau membaca meter; atau
mengganggu talian bekalan, meter atau lak Perbadanan, maka Perbadanan boleh memberhentikan bekalan tenaga kepada premis itu selagi pengguna atau penduduk melakukan keingkaran berkenaan dengan mana-mana perkara itu.
Perbadanan boleh memberhentikan bekalan tenaga elektrik kepada mana-mana orang yang bayarannya berkenaan dengan bekalan tenaga elektrik adalah pada masa itu bertunggakan (yang tidak menjadi perkara pertikaian bona fide), sama ada mana-mana bayaran itu terhutang kepada Perbadanan berkenaan dengan bekalan kepada premis yang berkenaan dengannya bekalan itu dituntut atau berkenaan dengan premis lain.
Jika timbul apa-apa perselisihan tentang sama ada Perbadanan berhak di bawah peruntukan subseksyen (1) untuk memberhentikan bekalan tenaga, maka perselisihan itu hendaklah ditentukan oleh
Ketua Pengarah Jemaah Pemeriksa Elektrik.
Pemberhentian sementara bekalan tenaga
Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Perbadanan, setelah memberi, kecuali mengenai hal kecemasan, notis sekurang-kurangnya selama dua puluh empat jam kepada pengguna yang bekalan mereka itu dicadang hendak diberhentikan buat sementara, boleh―
pada bila-bila masa tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk menyenggarakan bekalan tenaga yang berterusan kepada semua pengguna, setakat mana yang kepentingan awam menghendaki dan tanpa keutamaan tidak wajar di antara pengguna, memberhentikan daripada membekalkan
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 25
kepada beberapa orang atau kesemua pengguna bagi tempoh yang, bagi kepentingan awam dan kepentingan pengguna, dapat menggunakan tenaga yang ada dengan cara yang baik mungkin; atau
memberhentikan bekalan tenaga bagi tempoh yang singkat bila-bila masa didapati perlu bagi maksud menjalankan kerja membaiki atau mengadakan sambungan baharu.
Bahagian IV
Kuasa Meminjam dan Menambahkan Modal
Kuasa mengeluarkan stok, dsb.
Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan mengeluarkan stok, dengan kelulusan Menteri, meminjam wang dengan cara mengeluarkan debentur atau stok debentur, atau menambahkan modal dengan cara mengeluarkan syer atau stok dari apa jua jenis dan nilai dan mengikut apa-apa terma sebagaimana yang disifatkan suai manfaat, bagi kesemua atau mana-mana maksud berikut―
menebus mana-mana syer atau stok yang ia dikehendaki menebus atau ia berhak menebus; dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun modal.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
Kuasa meminjam wang
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, dari sernasa ke semasa, meminjam, dengan cara pinjaman, overdraf atau sebaliknya, apa-apa jumlah wang yang dikehendakinya untuk menampung tanggungannya dan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
Peruntukan Kewangan Secara Am
Tugas dan kuasa am Perbadanan dalam perkara kewangan
Maka adalah menjadi tugas Perbadanan menjalankan dan melaksanakan sedemikian fungsinya di bawah Akta ini bagi menjaminkan yang jumlah hasil Perbadanan adalah mencukupi untuk membiayai jumlah belanja yang dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasil, termasuk susut nilai, dan bunga atas modal, dengan membandingkan setahun dengan setahun yang lain.
Kadar dan skala caj bagi tenaga
Pada menetapkan tarif dan membuat perjanjian bagi pembekalan tenaga Perbadanan tidak boleh menunjukkan keutamaan tidak wajar di antara pengguna yang tinggal setempat dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi tidak wajar di antara orang yang tinggal setempat, dengan memberi perhatian kepada tempat dan waktu pembekalan, kuantiti tenaga yang dibekalkan, faktor beban dan kuasa pengguna, dan maksudnya bekalan itu diambil.
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 27
Tarif yang genap masanya dan kena dibayar dibawah seksyen ini boleh didapatkan kembali melalui prosiding sivil sebagai hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan:
Dengan syarat bahawa tiada tuntutan berkenaan dengan pembayaran tarif di bawah seksyen ini bila menjadi sah kecuali ianya dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh bila tarif itu genap masanya dan kena dibayar.
Kuasa untuk membuat perintah tetap berhubungan dengan kakitangan
Khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), perintah tetap itu boleh membuat peruntukan mengenai―
pelantikan, pembuangan kerja, disiplin, cuti, dan jaminan yang hendak diberi oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat itu;
gaji, fi, saraan, elaun, pencen, elaun persaraan dan apa-apa ganjaran yang kena dibayar di bawah sesuatu kontrak, bagi mana-mana pegawai atau pekhidmat itu; dan
apa-apa rayuan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat itu terhadap pembuangan kerjanya atau terhadap apa-apa langkah tatatertib lain yang diambil terhadapnya.
Penggunaan hasil
gaji, fi, saraan, elaun, pencen, elaun persaraan dan apa-apa
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
ganjaran yang kena dibayar di bawah sesuatu kontrak bagi pegawai, ejen dan pekhidmat, dan penasihat teknik atau penasihat lain, Perbadanan;
bunga atas mana-mana debentur dan stok debentur yang dikeluarkan, dan atas apa-apa pinjaman yang didapati oleh
Perbadanan;
jumlah wang yang dikehendaki dipindahkan kepada kumpulan wang penjelas atau sebaliknya diketepikan bagi maksud membuat peruntukan bagi menebus debentur atau stok debentur atau membayar balik wang lain yang dipinjam;
belanja mengerjakan dan menubuhkan serta perbelanjaan menyenggarakan, atau peruntukan bagi menyenggarakan, mana-mana pepasangan Perbadanan dan menjalankan perlaksanaan fungsi Perbadanan yang dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasil;
apa-apa jumlah wang yang disifatkan oleh Perbadanan sebagai patut diketepikan berkenaan dengan kesusutan nilai harta Perbadanan setelah memberi perhatian kepada amaun yang diketepikan daripada hasil di bawah perenggan (c);
apa-apa perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Perbadanan dan dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasil.
Baki hasil Perbadanan hendaklah digunakan―
bagi membayar apa-apa bunga atas syer dan stok yang dikeluarkan oleh Perbadanan sebagaimana yang pada pendapat Perbadanan keadaan pengusahaan dan kedudukan kewangan Perbadanan membenarkan, tetapi agar supaya,
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 29
dalam hal syer atau stok biasa, kadar bunga itu tidak boleh melebihi kadar purata sebanyak enam peratus setahun daripada nilai nominalnya dengan membandingkan setahun dengan setahun yang lain.
Pelaburan wang
Mana-mana wang Perbadanan yang tidak diperlukan serta-merta untuk dibelanjakan bagi membiayai apa-apa kewajipan atau menjalankan apa-apa fungsi Perbadanan, boleh dilaburkan dari semasa ke semasa dalam sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
terpakai
Bagi mengelakkan keraguan, maka adalah ditetapkan bahawa peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan)
1980 [Akta 240] adalah terpakai berkenaan dengan Perbadanan.
(Dipotong)
Bahagian V
Kuasa Memasuki Tanah
Kuasa memasuki tanah bagi maksud menjalankan pembinaan
Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Perbadanan hendaklah rnemberi notis kepada pemunya atau penduduk tanah itu, menyatakan dengan sepenuh dan setepat yang boleh, jenis dan setakat mana tindakan yang dicadangkan hendak dilakukan dan memberitahu pemunya atau penduduk akan haknya, di bawah peruntukan subseksyen (4), untuk membantah cadangan tindakan yang dimaksudkan itu.
Notis itu hendaklah disifatkan telah diberi dengan sempurna jika dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau akhir diketahui yang kepadanya notis itu hendak diberikan atau, jika tempat tinggal biasa atau akhir diketahui tidak boleh ditentukan, dengan menampalkan notis itu pada suatu bahagian tanah itu yang mudah kelihatan.
Pemunya atau penduduk boleh, dalam masa empat belas hari penerimaan notis itu, membuat suatu bantahan terhadap tindakan yang dicadangkan oleh Perbadanan. Bantahan itu hendaklah dibuat kepada Pengarah Tanah dan Ukur, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan Pengarah Tanah dan Ukur hendaklah memberi notis tentang bantahan itu kepada Perbadanan.
Jika tiada bantahan dibuat dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), maka Perbadanan boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana tindakan yang dinyatakan dalam notis itu.
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 31
Jika suatu bantahan dibuat dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditetapkan untuk pendengarannya itu, maka Pengarah
Tanah dan Ukur hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi kesemua pihak peluang untuk didengar.
Setelah tamat siasatan itu atau setelah menerima syor tersebut,
Pengarah Tanah dan Ukur boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan ketetapan yang difikirkannya patut, membenarkan atau melarang mana-mana tindakan yang disebut dalam notis itu.
Penyenggaraan dan pembaikan pemasangan
Bila-bila masa .sahaja perlu berbuat demikian bagi maksud menyenggara atau memperbaiki pepasangan kepunyaan Perbadanan atau mana-mana bahagian daripadanya, Perbadanan atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Perbadanan bagi maksud itu boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki mana-mana tanah atas, di bawah atau di atasnya talian bekalan itu telah diletakkan, ditempatkan atau dibawa, atau di atasnya tiang atau kelengkapan lain telah didirikan, dan boleh menjalankan segala kerja pembaikan yang perlu, dan boleh, pada masa menjalankannya itu, menebang atau mencantas pokok, membuang tumbuh-tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud tersebut, dengan menyebabkan sedikit mungkin kerosakan dan membayar pampasan penuh kepada semua orang yang berkepentingan atas apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan dengannya itu yang mana pampasan baginya belum lagi dibayar atau dipersetujui dibayar di bawah seksyen 32.
Pengalihan atau pengubahan talian bekalan, dll.
Jika Perbadanan tidak mematuhi rekuisisi itu maka orang itu boleh memohon secara bertulis kepada Pengarah Tanah dan Ukur yang boleh, selepas menyiasat semua fakta mengenai kes itu, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat, berkenaan dengan pengalihan atau pengubahan talian, tiang atau kelengkapan itu dan perintah itu hendaklah membuat peruntukan mengenai pembayaran kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu oleh Perbadanan atau oleh orang yang membuat permohonan itu sebagaimana difikirkan saksama oleh Pengarah Tanah dan Ukur mengikut keadaan kes itu.
Apabila talian bekalan telah diletakkan, atau tiang atau kelengkapan didirikan, di atas Tanah Kerajaan, dan tanah itu kemudiannya diberi hakmilik kepada mana-mana orang, maka pemunya atau penduduk tanah itu boleh, melainkan jika terma pemberian hakmilik itu memperuntukkan dengan nyata selainnya, menghendaki dialihkan ke suatu bahagian lain dalam tanah itu, atau satu aras lebih tinggi atau yang lebih rendah, atau diubahkan talian, tiang atau kelengkapan itu dan peruntukan subseksyen (1) dan (2)
adalah terpakai bagi apa-apa jua rekuisisi itu:
Dengan syarat bahawa kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu hendaklah ditanggung oleh orang yang membuat rekuisisi itu.
Rayuan kepada Menteri
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pengarah
Tanah dan Ukur di bawah seksyen 32 atau 34 boleh merayu kepada
Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 33
Kuasa untuk memasang tiang lampu, dsb.
Perbadanan atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Perbadanan bagi maksud itu boleh, tertakluk kepada undang-undang kecil yang berkuat kuasa di dalam mana-mana kawasan perbandaran atau pihak berkuasa tempatan, menyebabkan besi lampu, tiang lampu, bahan penebat, braket, umbang, rozet atau kelengkapan lain untuk didirikan atau dipasang pada atau bersandarkan dinding atau pagar kubu mana-mana rumah, bangunan atau kepungan yang disifatkan patut, dengan melakukan sedikit kerosakan yang mungkin praktik dan membuat pindaan yang mencukupi dengan cara pembaikan, restorasi atau pampasan kepada semua orang yang berkepentingan kerana kerosakan yang dilakukan itu, dan bolehmenyebabkan beberapa lampu daripada berbagai saiz dan jenis diletak dan dilekatkan pada mana-mana besi lampu, tiang lampu dan braket yang disifatkan perlu dan boleh menyebabkan yang demikian itu diterangi pada waktu yang disifatkan perlu oleh perbandaran atau pihak berkuasa tempatan.
Kerja-kerja
Kuasa untuk memecahkan lebuh, dll., di bawah pengawasan, dan untuk membuka parit
membuka dan memecahkan tanah dan lapik batu beberapa lebuh dan jambatan dalam kawasan bekalan Perbadanan;
membuka dan memecahkan mana-mana betung, parit atau terowong di dalam atau di bawah lebuh dan jambatan itu dan meletakkan serta menempatkan, dalam had kawasan yang sama, talian bekalan dan kerja lain dari, dari semasa ke semasa membaiki, mengubah atau mengalihkannya;
bagi maksud yang disebut terdahulu, mengalih dan menggunakan semua tanah dan bahan di dalam dan di bawah lebuh dan jambatan itu; dan 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
di lebuh itu, mendirikan apa-apa tiang, tonggak, lampu dan kerja lain dan melakukan segala tindakan lain yang disifatkan perlu oleh Perbadanan dari semasa ke semasa bagi membekalkan elektrik kepada penduduk dalam kawasan bekalan Perbadanan, dengan melakukan sedikit mungkin kerosakan dalam melaksanakan kuasa yang dengan ini diberi, dan memberi pampasan kerana apa-apa kerosakan yang mungkin dilakukan dalam melaksanakan kuasa itu, dan tertakluk kepada apa-apa kaedah-kaedah sebagaimana yang boleh dibuat di bawah Akta ini.
Jika Perbadanan bercadang hendak mendirikan atau telah mendirikan dalam mana-mana lebuh, apa-apa tiang, tonggak, lampu atau kerja lain, atau bercadang hendak meletak atau telah meletakkan suatu talian bekalan di sepanjang mana-mana lebuh, maka Ketua
Pengarah Jemaah Pemeriksa Elektrik atau, berkenaan dengan mana-mana lebuh dalam kawasan perbandaran atau pihak berkuasa tempatan, perbandaran atau pihak berkuasa tempatan itu, mengikut mana yang berkenaan, boleh, walau apa pun peruntukan lain dalam
Akta ini, dengan notis secara bertulis menghendaki Perbadanan supaya mengubah kedudukan tiang, tonggak, lampu, kerja-kerja atau talian bekalan lain itu, tertakluk kepada syarat yang, jika tiada perjanjian di antara pihak itu, boleh ditentukan oleh Menteri.
Syarat tentang pengawasan pemecahan lebuh
Tiada apa-apa lebuh, jambatan, betung, parit atau terowong itu boleh, kecuali dalam masa kecemasan, dibuka atau dipecahkan, kecuali di bawah pengawasan orang yang mempunyai kawalan atau pengurusan ke atasnya atau pegawai mereka, dan mengikut apa-apa pelan yang diluluskan oleh orang itu atau pegawai mereka atau, jika berlaku apa-apa perselisihan berkenaan dengan pelan itu, mengikut pelan yang ditentukan oleh Menteri yang boleh, atas permohonan orang yang mempunyai kawalan atau pengurusan itu, atau pegawai mereka, menghendaki Perbadanan supaya membuat apa-apa kerja sementara atau kerja lain sebagaimana difikirkannya perlu oleh pemohon untuk mengawal terhadap apa-apa gangguan ke atas
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 35
perparitan semasa melaksanakan apa-apa kerja yang menghalang betung atau parit:
Dengan syarat bahawa, jika orang yang mempunyai kawalan atau pengurusan tidak hadir pada masa yang ditetapkan bagi pembukaan mana-mana lebuh, jambatan, betung, parit atau terowong itu, selepas mendapat notis mengenai niat Perbadanan, atau tidak mencadangkan apa-apa pelan untuk memecah atau membukanya, atau enggan atau cuai mengawasi kendalian itu, Perbadanan boleh melaksanakan kerja yang dinyatakan dalam notis itu tanpa pengawasan orang-orang itu atau pegawai mereka.
Lebuh, dll., yang dipecahkan hendaklah dibaiki semula tanpa kelengahan
Perbadanan membuka atau memecahkan jalan atau lapik batu mana-mana lebuh atau jambatan, atau mana-mana betung, parit atau terowong, Perbadanan hendaklah, dengan segala kepantasan yang sesuai menyiapkan kerja yang dipecahkan itu dan menimbusnya dan memulihkan dan memperbaiki jalan atau lapik batu itu, atau betung, parit atau terowong yang dibuka atau dipecahkan sedemikian, dan membuang sampah yang disebabkan oleh kerja itu, dan hendaklah pada setiap masa, semasa mana-mana jalan atau lapik batu itu dibuka atau dipecahkan sedemikian itu, menyebabkannya dipagar dan dikawal dan hendaklah menyebabkan diadakan dan disenggara alat yang mengeluarkan cahaya yang cukup untuk memberi amaran kepada orang ramai pada atau berhampiran dengan jalan atau lapik batu itu di mana ianya hendak dibuka atau dipecahkan pada tiap-tiap malam, sebelum matahari turun dan sehingga matahari terbit, dalam masa mana ianya hendaklah terus dibuka atau dipecahkan dan hendaklah menjaga jalan atau lapik batu yang telah dipecahkan itu supaya berada dalam keadaan baik untuk selama tiga bulan selepas mengganti dan memperbaikinya, dan untuk masa yang lebih lanjut, jika dikehendaki, tidak lebih enam bulan pada keseluruhannya, oleh kerana tanah yang dipecahkan sedemikian terus mendap.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
Notis hendaklah disampaikan kepada orang yang mempunyai kawalan, dll., sebelum memecahkan lebuh atau membuka parit
Sebelum
Perbadanan meneruskan untuk membuka atau memecahkan mana-mana lebuh, jambatan, betung, parit atau terowong, Perbadanan hendaklah memberi kepada orang yang di bawah kawalan atau pengurusannya yang demikian itu berada, atau kepada pegawai mereka, notis secara bertulis mengenai niatnya, tidak kurang daripada tujuh hari genap sebelum permulaan kerja itu, kecuali dalam hal kecemasan yang berbangkit daripada kecacatan pada mana-mana talian bekalan atau kerja-kerja lain,dan kemudiannya secepat yang mungkin selepas permulaan kerja itu, atau selepas keperluan mengadakannya berbangkit.
Pampasan
Amaun pampasan yang kena dibayar di bawah peruntukan Akta ini boleh, jika memungkiri perjanjian, dituntut dan ditentukan dengan tindakan sivil dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang sesuai.
Bahagian VI
Mana-mana orang yang, dengan apa jua tindakan atau peninggalan yang gopoh atau cuai berkenaan dengan mana-mana pepasangan kepunyaan Perbadanan menyebabkan cedera kepada mana-mana orang atau bencana kepada harta melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh dua tahun dan didenda lima ribu ringgit.
Mana-mana orang yang dengan curang menarik, mengguna habis atau mengguna apa-apa tenaga, atau dengan curang mengubah indeks mana-mana meter atau instrumen lain yang digunakan pada atau berkaitan dengan mana-mana pepasangan kepunyaan
Perbadanan untuk merekodkan pengeluaran atau penggunaan habis tenaga, atau dengan curang menghalang mana-mana meter atau instrumen itu daripada merekodkan dengan wajar pengeluaran atau penggunaan habis tenaga, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh dua tahun dan didenda lima ribu ringgit.
Beban pembuktian
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 37
bukti pemasangan apa-apa sawat atau alat lain, atau pengalihan mana-mana bahagian atau sambungan penting, pada, dari atau bagi mana-mana kelengkapan yang boleh memudahkan penarikan, penggunaan habis atau penggunaan tenaga dengan curang hendaklah, terhadap orang yang memasang atau mengalihkannya, atau menyebabkannya dipasang atau dialih, atau mempunyai kawalan ke atas kelengkapan itu, menjadi keterangan prima facie tentang penarikan, penggunaan habis atau penggunaan dengan curang; dan
kewujudan alat-alat tiruan bagi mengubahkan indeks mana-mana meter, atau kewujudan alat tiruan bagi mengalihkan mana-mana bahagian dari mana-mana kelengkapan bagi maksud menghalang mana-mana meter atau instrumen
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
daripada mendaftar dengan wajar kuantiti tenaga yang dibekalkan atau bagi maksud penarikan, penggunaan habis atau penggunaan tenaga dengan curang, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan bahawa perubahan, penghalangan, penarikan, penggunaan habis atau penggunaan itu, mengikut mana yang berkenaan, telah disebabkan dengan cara fraud, dengan diketahui dan dengan sengaja oleh pengguna yang menggunakan meter atau instrumen itu dan orang yang mempunyai kawalan ke atas pepasangan di mana ianya dipasangkan, atau bahawa pengguna atau orang itu telah bersubahat melakukan kesalahan mengubah, menghalang, menarik, mengguna habis atau mengguna itu, mengikut mana yang berkenaan.
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan dibuktikan―
telah dilakukan dengan persetujuan atau dibiarkan, atau telah diikatkan dengan apa-apa kecuaian, oleh atau di pihak mana-mana pengarah, setiausaha atau .pegawai yang seumpamanya pertubuhan perbadanan itu, atau mana-mana orang yang berupa bertindak atas sifat sedemikian itu maka dia dan juga pertubuhan perbadanan hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh kena dikenakan tindakan dan dihukum dengan sewajarnya.
Mendapatkan balik penalti, dsb.
Apa-apa penalti, fi, perbelanjaan atau wang-wang lain yang boleh didapati balik di bawah Akta ini atau kontrak, yang untuk mendapatkannya balik tidak ada diperuntukkan selainnya dengan
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 39
khas, hendaklah menjadi hutang sivil yang boleh didapati balik secara terus.
Bahagian VII
PERBADANAN KEPADA PERBADANAN
Harta, Kontrak, dsb.
Pampasan bagi pengusahaan yang dipindahkan
apa-apa pengusahaan, pepasangan atau harta lain, yang menjadi pengusahaan, pepasangan, atau harta lain kepunyaan pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan dibawah Ordinan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1962 [Ord. 25/62] yang dimansuhkan itu (kemudian daripada ini disebut “pertubuhan perbadanan” dalam
Bahagian ini) dipindahkan kepada Perbadanan; dan
apa-apa stok yang dikeluarkan kepada Setiausaha Kewangan
Negeri yang diperbadankan oleh Ordinan Setiausaha
Kewangan Negeri (Perbadanan) [Sarawak Bab 103], untuk dipegang bagi maksud
Kerajaan
Negeri
Sarawak, dipindahkan kepada
Menteri
Kewangan, yang diperbadankan oleh
Ordinan
Menteri
Kewangan
(Perbadanan) 1957 [Akta 375], untuk dipegang bagi maksud
Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Persekutuan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membayar berkenaan dengannya itu, apa-apa pampasan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, sebagaimana dipersetujui oleh, dan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Bagi maksud subseksyen (1), apa-apa pengusahaan,
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
pepasangan atau harta lain hendaklah bererti, termasuk, segala loji, tanah, kerja dan harta lain, harta alih atau harta tak alih, aset, kuasa, hak dan keistimewaan yang dipegang atau dinikmati berkaitan dengan atau berkenaan dengannya.
Kontrak, dsb., yang sedia ada
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja, yang sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini yang menyentuh mana-mana pengusahaan, pepasangan atau harta lain kepunyaan pertubuhan perbadanan yang dipindahkan itu, hendaklah sama berkuat kuasa dan berkesan seperti terhadap atau untuk Perbadanan dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah, Perbadanan telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi satu pihak kepadanya menggantikan pertubuhan perbadanan itu.
Prosiding belum selesai
Apa-apa prosiding atau kausa tindakan, yang belum selesai atau sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini, oleh atau terhadap pertubuhan perbadanan, atau apa-apa hutang yang terhutang kepada atau oleh pertubuhan perbadanan, boleh diteruskan atau dikuatkuasakan, oleh atau terhadap Perbadanan, seolah-olah pertubuhan perbadanan itu telah tidak diperbadankan.
Pegawai atau Pekhidmat
Pertukaran pegawai atau pekhidmat dalam perjawatan pertubuhan perbadanan
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menjejaskan hak Perbadanan untuk menamatkan pekerjaan mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ditukarkan ke perkhidmatan
Perbadanan, atau untuk mengubah kadar gaji atau syarat perkhidmatannya, mengikut cara dan setakat mana yang pertubuhan perbadanan dapat lakukan sekiranya dia terus berkhidmat dengan pertubuhan perbadanan itu.
Bahagian VIII
Kuasa Menteri untuk mewakilkan kuasa
Menteri boleh mewakilkan kesemua atau mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kepada mana-mana orang, tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan, jika ada, yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh membatalkan pewakilan itu.
Kuasa Menteri memberi arahan
Perbadanan hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa maklumat berkenaan dengan harta dan aktivitinya sebagaimana dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
Peraturan-peraturan
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), mengadakan peruntukan―
bagi kadar dan harga yang hendak dikenakan bagi bekalan tenaga kepada pengguna;
bagi perkara berkenaan dengan syer, stok, debentur atau stok debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini, dan, khususnya, cara mengeluarkan, memindah milik, menebus, atau urusniaga lain mengenai syer, stok, debentur atau stok debentur itu,
bagi penetapan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan atau boleh ditetapkan di bawah Akta ini.
Kuasa untuk membuat kontrak gerenti atau tanggung rugi
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat kontrak gerenti atau tanggung rugi bagi maksud memudahkan pengambilan balik atau pembinaan rumah kediaman oleh pegawai atau pekhidmat lain Perbadanan.
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 43
Hak kekecualian Kerajaan Sarawak di pantai pasang surut
Walaupun sesuatu pantai, dasar tasik, sungai, tali air, caruk, teluk atau muara adalah termasuk dalam kawasan bekalan, tiada apa-apa jua boleh membenarkan Perbadanan mengambil, menggunakan atau dengan apa jua cara mengganggu mana-mana bahagian pantai, dasar tasik atau sungai, tali air, caruk, teluk atau muara itu, atau apa-apa hak berkenaan dengannya, atau airnya, tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri dan tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh sampai menghapuskan, memudaratkan, menyusut atau mengubah mana-mana estet, hak, keistimewaan, kuasa atau autoriti yang terletakhak terletak hak pada atau dinikmati atau dijalankan oleh Kerajaan Negeri
Sarawak.
44
Akta 279
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta478
Akta Pembatalan Pengecualian daripada Bayaran Duti-duti Setem 1992 21-02-1992
45
Akta 279
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa
Dari 31
Akta 478
21-02-1992