PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2025/868
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA MAJLIS MEDIA MALAYSIA 2025 is Malaysia Act, cited as Act 868 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
6
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ahli” ertinya ahli Majlis yang diterima menjadi ahli daripada mana-mana kategori keahlian yang dinyatakan dalam seksyen 7, dan termasuk Pengerusi Lembaga seperti yang dinyatakan di bawah subseksyen 9(3);
“ahli bukan media” ertinya individu termasuklah ahli akademik, pelatih media, pertubuhan bukan kerajaan, dan orang awam bukan daripada industri media;
“industri media” ertinya mana-mana—
agensi berita, iaitu suatu pertubuhan berita yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang
Malaysia bagi tujuan mengumpul, menentusahkan dan menyebarkan berita, maklumat, gambar dan video;
pertubuhan akhbar, iaitu suatu pertubuhan berita yang menerbitkan bahan bacaan bercetak atau digital secara harian atau berkala;
penyiar, iaitu suatu stesen radio atau televisyen yang menyiarkan untuk pendengaran atau tontonan orang awam, termasuklah bahan yang tersedia dalam format digital melalui internet;
media asing, iaitu suatu syarikat media yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan media asing, yang mempunyai pengamal media di Malaysia dan menerbitkan kandungan berita dan kewartawanan di Malaysia atau terutamanya mengenai Malaysia;
persatuan media, tetapi tidak termasuk industri pengiklanan, penyedia perkhidmatan dalam talian dan entiti yang mengagregat atau membangunkan berita daripada sumber lain;
“kewartawanan” ertinya amalan mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan maklumat atau berita kepada orang awam yang dibuat oleh wartawan, penulis blog, penganalisis atau mana-mana orang yang terlibat dalam penerbitan dan dikongsi sama ada dalam bentuk bercetak atau digital melalui sebarang medium penerbitan, siaran radio dan televisyen, atau media digital;
“Lembaga” ertinya Lembaga Majlis Media Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 Akta ini;
“Majlis” ertinya Majlis Media Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta ini;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi;
“penerbit media” ertinya individu yang bertanggungjawab untuk mengawasi penerbitan atau penyiaran kandungan berita dalam media cetak, dalam talian dan media penyiaran, dalam penyediaan edisi penerbitan akhir kepada orang awam;
“pengamal media” ertinya seorang wartawan, editor, jurugambar, juruvideo dan pereka grafik atau mana-mana orang yang terlibat dalam penciptaan, pengeluaran dan penyebaran kandungan untuk syarikat media dan orang itu hendaklah merupakan seorang pekerja kepada penerbit media;
“pengamal media bebas” ertinya seseorang yang menghasilkan kandungan berita untuk syarikat media tetapi bukan seorang pekerja atau seseorang yang menerbitkan kandungan berita dan ulasan yang dihoskan melalui media dalam talian;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan Majlis yang dilantik di bawah seksyen 9 Akta ini;
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
“persatuan media” ertinya apa-apa entiti bukan berasaskan keuntungan, kesatuan sekerja atau persatuan yang dianggotai oleh pengamal media mewakili pihak berkepentingan dan kebajikan pihak media;
“syarikat media” ertinya sebuah organisasi atau entiti perniagaan yang mencipta, menghasilkan, mengedar dan mengurus kandungan media dalam bentuk bercetak, penyiaran atau digital, dan hendaklah mempunyai tidak kurang daripada sepuluh orang pengamal media sebagai pekerja syarikat media itu.
Bahagian II
Penubuhan Majlis
Majlis boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Majlis boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—
memperoleh, membeli, mengambil, memajak, memegang, menjual dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Majlis; dan
memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Majlis.
Majlis Media Malaysia 9
Meterai perbadanan
Sehingga suatu meterai perbadanan diadakan oleh Majlis, suatu cap yang mengandungi perkataan “Majlis Media Malaysia”
bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Majlis.
Meterai perbadanan Majlis hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah ditentusahkan oleh Pengerusi atau oleh mana-mana dua orang anggota Lembaga yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan Majlis itu dan ditentusahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara yang lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Lembaga atau pekerja Majlis yang diberi kuasa bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Majlis hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Fungsi Majlis
untuk menetapkan standard dan mengadakan tatalaku bagi pengamal media dan pengamal media bebas mengikut standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
untuk menggalakkan standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab yang tertinggi, kebebasan media dan hak pengamal media;
untuk mengawal selia etika dan tatalaku profesional pengamal media dan pengamal media bebas;
untuk mencadangkan apa-apa pembaharuan undang-undang yang berhubungan dengan kebebasan media;
untuk memudahkan dan menyelaras perkara berkaitan dengan latihan, pembangunan kapasiti dan pembangunan profesional wartawan dan pertubuhan media dalam kalangan ahli Majlis;
untuk menubuhkan, menguruskan dan menyenggara suatu pangkalan data yang mengandungi maklumat pengamal media dan pengamal media bebas bagi tujuan pengumpulan data dan statistik, untuk pembangunan berterusan industri media dan kewartawanan;
untuk menentukan apa-apa mekanisme ketidakpuasan hati dan prosiding tatatertib terhadap ahli Majlis; dan
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Majlis di bawah Akta ini selaras dengan maksud Akta ini.
Fungsi Majlis di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh Lembaga tertakluk pada ketetapan yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Majlis dalam mesyuarat agung.
Kuasa Majlis
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Majlis boleh—
mengadakan standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab, termasuklah tatalaku bagi pengamal media dan pengamal media bebas;
menentukan perkara berkaitan dengan keahlian, pentadbiran dan pengurusan Majlis;
menentukan dan mengenakan apa-apa fi, caj atau bayaran berhubung dengan keahlian Majlis dan perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis di bawah Akta ini;
menjalankan siasatan terhadap sebarang aduan atau maklumat yang diterima terhadap pengamal media dan pengamal media bebas melalui mekanisme ketidakpuasan hati;
menggunakan semua harta Majlis mengikut cara yang difikirkan suai manfaat oleh Majlis termasuklah mengumpul wang untuk tujuan Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia dengan mensekuritikan atau menggadaikan harta tersebut;
dan
menghendaki ahli Majlis untuk mengemukakan apa-apa maklumat bagi maksud melaksanakan fungsi Majlis di bawah Akta ini.
Kuasa Majlis di bawah perenggan (2)(a), (b), (c) dan (d)
hendaklah dijalankan oleh Lembaga tertakluk pada ketetapan yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Majlis dalam mesyuarat agung.
Keahlian Majlis
Majlis Media Malaysia 11
satu kategori yang terdiri daripada syarikat media, yang diwakili oleh penerbit media masing-masing atau pengurusan kanan yang dinamakan;
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
satu kategori yang terdiri daripada persatuan media, yang diwakili oleh mana-mana ahli persatuan yang dinamakan, pengamal media dan pengamal media bebas; dan
Setiap permohonan keahlian Majlis hendaklah dibuat kepada
Lembaga dengan disertakan pembayaran fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis di bawah perenggan 6(2)(c).
Keahlian Majlis hendaklah diperbaharui setiap tahun dengan disertakan pembayaran fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis di bawah perenggan 6(2)(c).
Bahagian III
empat anggota Lembaga yang mewakili ahli Majlis dalam kategori yang dinyatakan di bawah perenggan 7(1)(a), yang hendaklah dinamakan dan dipilih oleh ahli Majlis dalam kategori itu, dan hendaklah terdiri daripada, sekurang-kurangnya seorang wakil dalam kalangan wanita dan seorang wakil daripada Sabah atau Sarawak;
empat anggota Lembaga yang mewakili ahli Majlis dalam kategori yang dinyatakan di bawah perenggan 7(1)(b), yang hendaklah dinamakan dan dipilih oleh ahli Majlis dalam kategori itu, dengan sekurang-kurangnya seorang anggota daripada persatuan media, dan hendaklah terdiri daripada, sekurang-kurangnya seorang wakil dalam kalangan wanita dan seorang wakil daripada Sabah atau Sarawak;
Majlis Media Malaysia 13
empat anggota Lembaga yang mewakili ahli Majlis dalam kategori yang dinyatakan di bawah perenggan 7(1)(c), yang hendaklah dinamakan dan dipilih oleh ahli Majlis dalam kategori itu, dan hendaklah terdiri daripada, sekurang-kurangnya seorang wakil dalam kalangan wanita dan seorang wakil daripada Sabah atau Sarawak; dan
enam anggota Lembaga tambahan yang dilantik, dalam kalangan ahli Majlis, oleh anggota Lembaga di bawah perenggan (c), (d) dan (e) bagi memastikan kesaksamaan perwakilan daripada aspek jantina, lokaliti dan kepelbagaian media mengikut bahasa dan format.
Suatu syarikat media yang disifatkan mempunyai pemilikan bersama dengan syarikat media yang lain tidak boleh mempunyai lebih daripada seorang anggota Lembaga yang dinamakan dan dipilih di bawah perenggan (1)(c).
Bagi maksud subseksyen (2), suatu syarikat media disifatkan mempunyai pemilikan bersama dengan syarikat media yang lain dalam hal keadaan jika—
dua atau lebih syarikat media mempunyai pemegang saham yang sama yang memegang lebih daripada setengah keseluruhan jumlah syer dalam syarikat media itu masing-masing;
syarikat media itu mempunyai kawalan atas syarikat media lain yang berkaitan; atau
syarikat media itu merupakan syarikat subsidiari dan berada di bawah kawalan suatu syarikat pemegangan atau kumpulan syarikat.
Penamaan dan pemilihan anggota Lembaga di bawah perenggan (1)(c), (d) dan (e) hendaklah dijalankan dalam mesyuarat agung.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (4), Menteri hendaklah melantik anggota Lembaga yang hendaklah bertindak sebagai
Lembaga pengasas, melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam
Warta.
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
Mana-mana anggota badan perundangan, atau mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik atau berdaftar dengan mana-mana parti politik, atau mana-mana anggota perkhidmatan awam, tidak boleh dilantik sebagai Pengerusi.
Pengerusi hendaklah disifatkan sebagai ahli Majlis, dan hendaklah mempunyai undi pemutus dalam semua pertimbangtelitian
Lembaga dan Majlis.
Seorang Timbalan Pengerusi hendaklah dipilih oleh anggota
Lembaga dalam kalangan mereka.
Jika Pengerusi tidak dapat melaksanakan fungsinya kerana apa-apa sebab, atau dalam apa-apa tempoh kekosongan jawatan
Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi
Pengerusi.
Tempoh jawatan
Jika seseorang anggota Lembaga menerima nota kecaman atau keahliannya ditamatkan, anggota itu hendaklah terhenti menjadi anggota Lembaga di bawah Akta ini.
Seseorang anggota Lembaga hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga.
Majlis Media Malaysia 15
Pengerusi boleh meletakkan jawatan melalui notis secara bertulis kepada Lembaga, dan anggota Lembaga yang lain boleh meletakkan jawatan melalui notis secara bertulis kepada Pengerusi, dan setelah peletakan jawatan tersebut diterima oleh Lembaga atau
Pengerusi, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pengerusi atau anggota itu hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya.
Apa-apa kekosongan anggota dalam Lembaga hendaklah diisi, dengan secepat mungkin, melalui penamaan mengikut cara yang sama anggota yang mengosongkan jawatan telah dinamakan dan dilantik dan anggota yang dinamakan itu dan kemudiannya dilantik, hendaklah memegang jawatan itu untuk baki tempoh anggota Lembaga yang terdahulu.
Tertakluk pada subseksyen (1), mana-mana anggota
Lembaga yang telah memegang jawatan selama tempoh empat tahun berturut-turut, adalah layak untuk dilantik semula selepas tamat tempoh dua tahun dari tarikh akhir anggota Lembaga itu memegang jawatan sebagai anggota Lembaga.
Saraan dan elaun
Semua anggota Lembaga hendaklah dibayar elaun pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dalam mesyuarat agung.
Setiausaha Majlis
Majlis hendaklah meletak hak pada Setiausaha mana-mana kuasa dan mengenakan kepadanya apa-apa tugas sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
Setiausaha hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga yang hendaklah selaras dengan Akta ini.
Setiausaha hendaklah—
bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian Majlis mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;
melaksanakan apa-apa tugas lain dan menunaikan apa-apa tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan atau diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Setiausaha hendaklah melaksanakan kewajipannya dengan ketelitian, kemahiran, ketekunan yang munasabah, dan membuat pertimbangan yang wajar dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini.
Setiausaha boleh menubuhkan suatu pejabat pusat dan pejabat wilayah atau pejabat cawangan sebagaimana yang disifatkannya perlu dan suai manfaat, tertakluk pada kelulusan
Lembaga.
Pekerja Majlis
Seseorang pekerja Majlis hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan suci hati dan mematuhi apa-apa kehendak, standard, kewajipan dan tatalaku sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Majlis Media Malaysia 17
Jawatankuasa
Lembaga boleh memilih mana-mana ahli Majlis untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Seseorang ahli jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Lembaga.
Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa dari semasa ke semasa oleh Lembaga dan Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan atau membubarkan jawatankuasa.
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi menasihati jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
salinan minit mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang boleh praktik.
Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri dan hendaklah membuat pelaporan yang sewajarnya kepada Lembaga.
Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (7) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung.
Bahagian IV
DAN PROSIDING TATATERTIB
Mekanisme ketidakpuasan hati
untuk mewujudkan sistem penyelesaian pertikaian yang cekap dan cepat untuk memastikan keyakinan awam terhadap ahli Majlis dan industri media; dan
untuk menggalakkan pemahaman dan pematuhan terhadap kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab.
Majlis Media Malaysia 19
Penentuan mekanisme kawal selia bagi prosedur yang berhubungan dengan aduan ketidakpuasan hati hendaklah dibuat dan diterima pakai oleh Majlis dari semasa ke semasa, melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung.
Perkara berkenaan dengan kuasa tatatertib
Majlis hendaklah, mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib, mengadakan apa-apa hukuman tatatertib dan menentukan tatacara bagi prosiding tatatertib, melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung.
Bahagian V
Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia
Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;
semua wang yang diperoleh daripada fi yang dikutip, pengendalian mana-mana projek atau skim yang dibiayai daripada Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia;
semua wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh atau terletak hak pada Majlis;
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
wang yang diterima oleh Majlis melalui pemberian atau derma yang diterima secara sah oleh Majlis; dan
kesemua jumlah wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Majlis berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya.
Bagi maksud perenggan (2)(a), bagi apa-apa tempoh Majlis menerima peruntukan apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini, Akta Badan Berkanun
(Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Majlis.
Walau apa pun subseksyen (4), Majlis boleh menerima dana asing tanpa apa-apa syarat daripada mana-mana individu atau pertubuhan asing bagi maksud untuk menggalakkan kesedaran dan memberikan pendidikan berhubung dengan industri media, tertakluk pada kelulusan Menteri.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada
Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain ahli Lembaga, jawatankuasa dan pekerja Majlis;
membayar apa-apa fi keahlian kepada mana-mana badan atau pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia, yang Majlis ialah ahli sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
Majlis Media Malaysia 21
membuat sumbangan kepada badan atau pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia, berkaitan dengan aktiviti kewartawanan sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga; dan
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan perolehan barangan dan perkhidmatan, termasuklah pengambilan perunding, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain, yang ditanggung atau diterima dengan sewajarnya oleh Majlis dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Walau apa pun perenggan (1)(e), apa-apa sumbangan kepada badan atau pertubuhan di luar Malaysia hendaklah tertakluk pada kelulusan Menteri.
Bahagian VI
Mesyuarat agung
Menteri boleh, atas syor Majlis, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua.
Penyimpanan rekod dan akaun Majlis
Majlis hendaklah menyimpan minit prosidingnya termasuklah—
kertas pertimbangan bagi setiap ketetapan dalam mesyuarat
Lembaga;
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
akaun dan rekod akaun yang menjelaskan transaksi akaun dengan secukupnya bagi membolehkan kunci kira-kira, penyata pendapatan dan perbelanjaan dan penyata untung rugi yang benar dan adil disediakan.
Garis panduan, arahan, dsb.
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi garis panduan, arahan, pekeliling, standard dan notis adalah tertakluk pada prosiding tatatertib Majlis.
Garis panduan, arahan, pekeliling, standard dan notis itu hendaklah dibuat dan diterima pakai oleh Majlis melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung.
Tatalaku
Tatalaku itu hendaklah dibuat dan diterima pakai oleh Majlis melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung.
Jika sampai kepada pengetahuan Majlis bahawa terdapat suatu pelanggaran tatalaku yang dikatakan telah dilakukan oleh mana-mana ahli Majlis, perkara itu hendaklah diuruskan melalui mekanisme ketidakpuasan hati dan prosiding tatatertib yang ditubuhkan di bawah Bahagian IV.
Majlis Media Malaysia 23
Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.
Jadual Pertama
[Subseksyen 8(6)]
Lembaga pengasas
1. (1) Walau apa pun seksyen 8 Akta ini, anggota Lembaga pengasas yang dilantik oleh Menteri adalah seperti yang berikut:
empat anggota Lembaga yang terdiri daripada syarikat media yang diwakili oleh penerbit media masing-masing atau pengurusan kanan yang dinamakan;
empat anggota Lembaga yang terdiri daripada persatuan media yang diwakili oleh mana-mana ahli persatuan yang dinamakan, pengamal media dan pengamal media bebas; dan
empat anggota Lembaga yang terdiri daripada ahli bukan media.
Anggota Lembaga pengasas yang dilantik oleh Menteri hendaklah melantik Pengerusi yang akan mengetuai Lembaga.
Lembaga pengasas hendaklah menjalankan fungsi dan kuasa Lembaga itu dari tarikh pelantikan anggota Lembaga pengasas sehingga penamaan dan pemilihan anggota Lembaga di bawah subseksyen 8(4) Akta ini dijalankan.
Lembaga pengasas hendaklah bertanggungjawab untuk mengadakan mesyuarat agung pertama Majlis.
Tempoh jawatan anggota Lembaga pengasas adalah tidak tertakluk kepada tempoh sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 10 Akta ini.
Mesyuarat Lembaga
2. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap tiga bulan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.
Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga,
Pengerusi boleh mengarahkan Timbalan Pengerusi untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat itu dan jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, Lembaga hendaklah memilih seorang daripada anggotanya untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Kuorum Lembaga bagi mesyuarat ialah sebelas orang anggota, termasuklah
Pengerusi.
Lembaga hendaklah menentukan tatacara mesyuaratnya sendiri.
Lembaga boleh mengundang orang lain ke mesyuarat
3. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Lembaga bagi tujuan untuk menasihati Lembaga mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.
Seseorang yang dijemput di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung.
Penzahiran kepentingan
4. (1) Seseorang anggota Lembaga atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri suatu mesyuarat Lembaga, yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan secara langsung atau tidak langsung, berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
Penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga mengenai perkara itu; dan
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Minit
5. Minit mesyuarat Lembaga yang ditandatangani oleh pengerusi mesyuarat hendaklah diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.
Majlis Media Malaysia 25
Jadual Kedua
[Seksyen 19]
MESYUARAT AGUNG
Mesyuarat agung pertama
1. (1) Mesyuarat agung pertama Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelantikan anggota Lembaga pengasas.
Notis mengenai mesyuarat agung pertama hendaklah dihantar kepada ahli Majlis, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga pengasas, tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh mesyuarat itu, dan tidak lebih daripada enam puluh hari.
Kuorum untuk mesyuarat agung pertama hendaklah satu pertiga daripada keahlian Majlis.
Agenda bagi mesyuarat agung pertama hendaklah termasuk perkara yang berikut:
untuk memilih anggota Lembaga Majlis di bawah subseksyen 8(4)
Akta ini;
untuk menentukan tatacara berhubung dengan penjalanan suatu mesyuarat agung tahunan Majlis; dan
untuk menentukan fi dan perkara lain yang berhubungan dengan keahlian Majlis.
Lembaga pengasas hendaklah menyebabkan supaya disediakan dan dibentangkan kepada mesyuarat agung pertama—
apa-apa perkara yang hendak ditentukan bagi maksud melaksanakan fungsi Majlis di bawah seksyen 5 Akta ini; dan
apa-apa perkara yang hendak ditentukan bagi maksud menjalankan kuasa Majlis di bawah subseksyen 6(3) Akta ini.
Perkara yang menghendaki suatu keputusan dalam mesyuarat agung pertama hendaklah diputuskan melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung.
Jika bilangan undi sama banyak, pengerusi mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Mesyuarat agung tahunan
2. (1) Mesyuarat agung tahunan selepas mesyuarat agung pertama hendaklah diadakan dengan kekerapan sekali dalam setahun kalendar.
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
Notis mengenai mesyuarat agung tahunan hendaklah dihantar kepada ahli Majlis, mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis, tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh mesyuarat itu, dan tidak lebih daripada enam puluh hari.
Notis bagi suatu mesyuarat agung tahunan hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada butiran yang berikut:
tempat, tarikh dan masa bagi mesyuarat itu; dan
setiap perkara yang dicadangkan untuk ditentukan pada mesyuarat itu.
Notis bagi suatu mesyuarat agung tahunan hendaklah disertai dengan—
suatu salinan minit mesyuarat agung yang terakhir;
suatu salinan akaun teraudit bersama dengan laporan juruaudit mengenai
Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia; dan
apa-apa dokumen lain untuk ditentukan pada mesyuarat itu.
Mana-mana ahli Majlis boleh, melalui apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, mengemukakan apa-apa usul untuk dipertimbangkan pada suatu mesyuarat agung tahunan, dan usul itu hendaklah diserahkan kepada
Lembaga sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum mesyuarat agung tahunan itu diadakan.
Kuorum untuk mesyuarat agung tahunan hendaklah satu pertiga daripada keahlian Majlis.
Jika kuorum yang disebut dalam subperenggan (6) tidak hadir dalam masa satu jam dari masa yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat itu, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan ke hari berikutnya pada masa dan tempat yang sama melainkan dimaklumkan sebaliknya, dan jika kuorum tidak hadir pada mesyuarat yang ditangguhkan itu dalam masa satu jam dari masa yang ditetapkan, ahli yang hadir dan berhak mengundi, walau apa pun bilangan mereka, hendaklah membentuk kuorum dan boleh mengendalikan urusan yang untuknya mesyuarat tersebut diadakan.
Lembaga hendaklah menyebabkan supaya disediakan dan dibentangkan kepada suatu mesyuarat agung tahunan—
laporan mengenai aktiviti Majlis sepanjang tempoh jawatan Lembaga itu;
akaun teraudit bagi tempoh satu tahun kalendar bagi tahun terakhir sebelum sahaja mesyuarat agung tahunan itu;
apa-apa perkara yang hendak ditentukan bagi maksud melaksanakan fungsi Majlis di bawah seksyen 5 Akta ini;
Majlis Media Malaysia 27
apa-apa perkara yang hendak ditentukan bagi maksud menjalankan kuasa Majlis di bawah subseksyen 6(3) Akta ini; dan
apa-apa perkara lain untuk ditentukan pada mesyuarat agung tahunan itu.
Perkara yang menghendaki suatu keputusan dalam mesyuarat agung tahunan hendaklah ditentukan melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung tahunan itu.
Jika bilangan undi sama banyak, pengerusi mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Mesyuarat agung luar biasa
3. (1) Suatu mesyuarat agung luar biasa Majlis boleh diadakan pada bila-bila masa oleh Majlis dan hendaklah diadakan atas permintaan tidak kurang daripada satu perlima daripada jumlah keahlian Majlis.
Tatacara berhubung dengan mesyuarat agung luar biasa Majlis adalah sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.