/akn/my/act/act/2025/864

AKTA PERKONGSIAN DATA 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2025
Sections
30
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 is Malaysia Act, cited as Act 864 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperuntukkan perkongsian data dalam kawalan sesuatu agensi sektor awam dengan agensi sektor awam lain, penubuhan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara, fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara berhubung dengan perkongsian data dan perkara lain yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Akta ini mengikat Kerajaan Persekutuan

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Akta ini hendaklah mengikat Kerajaan Persekutuan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 864

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 864

Seksyen 3

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“agensi sektor awam” ertinya—

(a)

agensi yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan awam yang disebut dalam Fasal (1) Perkara 132

Perlembagaan Persekutuan, kecuali perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (f) dan (g); dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya menurut undang-undang persekutuan;

“data” ertinya apa-apa fakta, statistik, arahan, konsep atau maklumat lain dalam bentuk yang boleh disampaikan, dianalisis atau diproses, sama ada oleh individu atau komputer atau cara lain;

“dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“integrasi data” ertinya proses gabungan data;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Perkongsian Data Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

“kerja analitik data” ertinya pemeriksaan dan analisis data bagi maksud membuat kesimpulan hasil daripada pemeriksaan dan analisis itu;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara berkaitan digital;

“pembekal data” ertinya agensi sektor awam yang berkongsi data kepada penerima data di bawah Bahagian IV;

“penerima data” ertinya agensi sektor awam yang kepadanya data dikongsikan di bawah Bahagian IV.

Perkongsian Data 7

Rukun perkongsian data

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang berkongsi data di bawah Akta ini disifatkan telah membuat penzahiran menurut peruntukan yang dinyatakan dalam ruang (3) di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam ruang (2) kepada Jadual.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa data agensi sektor awam hendaklah diurus selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan apa-apa arahan yang berhubungan dengan keselamatan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

JAWATANKUASA PERKONGSIAN DATA NEGARA

Suggest a correction

Penubuhan Jawatankuasa

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:

(a)

Ketua Setiausaha kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara berkaitan digital, yang hendaklah menjadi Pengerusi;

Suggest a correction

(e)

seorang wakil Agensi Keselamatan Siber Negara; dan

Suggest a correction

(f)

seorang wakil Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 864

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan (2)(b)

hingga (f) hendaklah dilantik oleh Menteri dan Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota itu, melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.

Suggest a correction

(4)

Pengerusi hendaklah melantik dalam kalangan anggota

Jawatankuasa seorang Timbalan Pengerusi.

Suggest a correction

(5)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi setiausaha kepada

Jawatankuasa.

Fungsi Jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk membuat dasar dan strategi yang berhubungan dengan perkongsian data di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

untuk menyelia pelaksanaan yang berkesan Akta ini;

Suggest a correction

(c)

untuk mengambil atau mengesyorkan langkah atau tindakan pentadbiran yang sesuai bagi menyelesaikan kesulitan atau isu pentadbiran yang timbul semasa pelaksanaan

Akta ini;

Suggest a correction

(d)

untuk membuat dasar yang berhubungan dengan pangkalan data bagi maksud perkongsian data di bawah Akta ini;

dan

Suggest a correction

(e)

untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Jawatankuasa di bawah

Akta ini selaras dengan maksud Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Dasar dan strategi yang disebut dalam subseksyen (1)

boleh termasuk—

(a)

tatacara untuk memelihara privasi dan kerahsiaan data;

Suggest a correction

(b)

perlindungan yang berhubungan dengan pengendalian dan penyimpanan data;

Perkongsian Data 9

Suggest a correction

(c)

kaedah bagi perkongsian data di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(d)

rangka kerja pengurusan risiko bagi pengendalian dan penyimpanan data.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jawatankuasa hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(b)

Pengerusi, atas apa-apa sebab, tidak boleh menjalankan fungsinya.

Suggest a correction

(2)

Timbalan Pengerusi hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Mesyuarat Jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Jawatankuasa.

Suggest a correction

(3)

Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat

Jawatankuasa, dia boleh mengarahkan Timbalan Pengerusi untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat itu.

Suggest a correction

(4)

Lima belas orang anggota, termasuk Pengerusi, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Jawatankuasa.

Suggest a correction

(5)

Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 864

Jawatankuasa boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa bagi menasihati Jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

Seksyen 10

Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Jawatankuasa boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Jawatankuasa kecil adalah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa.

Suggest a correction

(5)

Jawatankuasa kecil hendaklah bermesyuarat pada masa, di tempat dan mengikut cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa kecil itu.

Suggest a correction

(6)

Jawatankuasa kecil boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa kecil bagi menasihati jawatankuasa kecil mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

Suggest a correction

(7)

Jawatankuasa kecil boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Perkongsian Data 11

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

KEWAJIPAN DAN KUASA KETUA PENGARAH

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk melaksanakan dasar dan strategi yang berhubungan dengan perkongsian data yang dibuat oleh Jawatankuasa;

Suggest a correction

(b)

untuk menyelaras dan memudah cara perkongsian data di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

untuk menasihati dan membuat syor kepada Jawatankuasa mengenai perkara yang berhubungan dengan perkongsian data di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

untuk menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen yang berkenaan bagi maksud melaksanakan kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(e)

untuk mengeluarkan pekeliling atau garis panduan bagi maksud Akta ini; dan

Suggest a correction

(f)

untuk menjalankan apa-apa tugasan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau semunasabahnya bersampingan dengan, penjalanan kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permintaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyatakan—

(c)

agensi sektor awam yang dihasratkan untuk menjadi penerima data dan pembekal data; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), suatu agensi sektor awam dianggap mempunyai kawalan data jika data itu berada dalam milikan atau jagaan agensi sektor awam itu.

Tujuan yang baginya data boleh dikongsi

Suggest a correction

Seksyen 13

Akta 864

Open as pageSuggest a correction

Suatu permintaan bagi perkongsian data boleh dibuat dan diberikan bagi tujuan yang berikut:

(a)

untuk meningkatkan kecekapan atau keberkesanan dasar, pengurusan program atau perancangan dan penyampaian perkhidmatan oleh agensi sektor awam;

Suggest a correction

(b)

untuk mengurangkan atau mencegah ancaman terhadap nyawa, kesihatan atau keselamatan seseorang, atau ancaman terhadap kesihatan atau keselamatan awam;

Suggest a correction

(e)

apa-apa tujuan lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.

Penilaian dan maklum balas agensi sektor awam yang menerima permintaan bagi perkongsian data

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(a)

sama ada tujuan yang baginya data itu diminta mewajarkan perkongsian data itu;

Perkongsian Data 13

Suggest a correction

(b)

sama ada perkongsian data itu adalah bertentangan dengan kepentingan awam; dan

Suggest a correction

(c)

sama ada agensi sektor awam yang meminta data itu mempunyai perlindungan keselamatan dan teknikal yang sesuai untuk memastikan data yang dikongsi tidak boleh diakses atau digunakan tanpa kebenaran.

Suggest a correction

(2)

Setelah penilaian di bawah subseksyen (1) dibuat, agensi sektor awam yang kepadanya permintaan bagi perkongsian data dibuat hendaklah, dalam masa empat belas hari daripada tarikh penerimaan permintaan itu memberi maklum balas sama ada data yang diminta boleh diberi, dengan atau tanpa syarat, atau ditolak di bawah seksyen 15.

Suggest a correction

(3)

Jika maklum balas yang dirujuk dalam subseksyen (2)

tidak dapat diberikan dalam tempoh yang dinyatakan, agensi sektor awam yang kepadanya permintaan bagi perkongsian data dibuat hendaklah memaklumkan agensi sektor awam yang membuat permintaan itu—

(a)

sebab maklum balas itu tidak dapat diberikan dalam tempoh yang dinyatakan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Maklum balas dan maklumat yang disebut dalam seksyen ini hendaklah diberikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Penolakan untuk berkongsi data yang diminta

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Agensi sektor awam yang kepadanya permintaan bagi perkongsian data dibuat di bawah seksyen 12 boleh menolak untuk berkongsi sebahagian atau semua data yang diminta atas sebab-sebab seperti yang berikut:

(a)

data yang diminta secara munasabahnya boleh dijangka akan menzahirkan, atau membolehkan seseorang untuk menentukan, identiti bagi suatu sumber maklumat yang sulit yang berhubungan dengan penguatkuasaan atau pentadbiran undang-undang;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 864

Suggest a correction

(b)

data yang diminta secara munasabahnya boleh dijangka akan menzahirkan kewujudan atau identiti seseorang yang termasuk dalam program perlindungan saksi;

Suggest a correction

(c)

data yang diminta secara munasabahnya boleh dijangka akan menzahirkan langkah atau tatacara penyiasatan, termasuk metodologi pengumpulan risikan, teknik atau teknologi penyiasatan, amalan rahsia atau perkiraan perkongsian maklumat antara agensi penguatkuasaan undang-undang;

Suggest a correction

(d)

perkongsian data yang diminta akan melanggar satu atau lebih daripada yang berikut:

Suggest a correction

(e)

data yang diminta melibatkan satu atau lebih daripada yang berikut:

Suggest a correction

(i)

keselamatan atau pertahanan negara;

(ii)

penyiasatan pelanggaran, atau kemungkinan pelanggaran, mana-mana undang-undang bertulis;

Suggest a correction
Suggest a correction

(f)

agensi sektor awam itu mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa perkongsian data yang diminta berkemungkinan akan membahayakan kesihatan, keselamatan atau kebajikan satu atau lebih individu;

Perkongsian Data 15

Suggest a correction

(g)

data yang diminta adalah bercanggah dengan tujuan di bawah seksyen 13 dan tidak wajar untuk dikongsi;

Suggest a correction

(h)

agensi sektor awam yang meminta data itu tidak mempunyai perlindungan keselamatan dan teknikal yang sesuai untuk memastikan data yang dikongsi tidak boleh diakses atau digunakan tanpa kebenaran; atau

Suggest a correction

(i)

apa-apa sebab lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.

Kewajipan yang berhubungan dengan perkongsian data

Suggest a correction

Seksyen 16

Pembekal data dan penerima data hendaklah—

Open as pageSuggest a correction

(a)

memastikan bahawa data yang dikongsikan diurus dan disenggarakan dengan mematuhi apa-apa kehendak undang-undang berkenaan dengan jagaan dan kawalannya yang terpakai bagi data itu;

Suggest a correction

(b)

mengambil langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan privasi data termasuk—

Suggest a correction

(i)

perlindungan data daripada apa-apa kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pindaan atau pemusnahan; dan

(ii)

pemeliharaan hak individu yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

menyimpan rekod semua butir-butir yang berhubungan dengan data yang dikongsi;

Suggest a correction

(d)

melaporkan apa-apa perkongsian data tanpa kebenaran kepada Ketua Pengarah; dan

Suggest a correction

(e)

mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 864

Kewajipan pihak ketiga untuk melindungi data yang dikongsi

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pihak ketiga yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengendalikan data itu dengan mematuhi Akta ini dan kehendak yang berhubungan dengan keselamatan data yang terpakai berkenaan dengan data yang dikongsi itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pihak ketiga yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sekatan terhadap penggunaan selanjutnya dan penzahiran data yang dikongsi

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai atau pekhidmat kepada penerima data yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pengenaan fi di bawah undang-undang bertulis lain

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Perkongsian data di bawah Akta ini boleh, jika berkenaan, tertakluk kepada pembayaran fi sebagaimana yang boleh dikenakan oleh pembekal data di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Perkongsian Data 17

Seksyen 20

Perkongsian data terbuka

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud perkongsian data terbuka, apa-apa data terbuka yang tersedia secara bebas oleh mana-mana agensi sektor awam boleh dicapai dan dikongsikan tidak kira sama ada suatu permintaan dibuat di bawah seksyen 12 atau tidak.

Seksyen 21

Kewajipan untuk melaporkan butir-butir yang berhubungan dengan perkongsian data

Open as pageSuggest a correction

(a)

butir-butir permintaan bagi perkongsian data yang dibuat oleh agensi sektor awam itu;

Suggest a correction

(b)

maklum balas yang diberikan yang berhubungan dengan permintaan bagi perkongsian data itu;

Suggest a correction

(c)

jika data yang diminta itu ditolak, sebab penolakan itu;

dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa maklumat lain dalam kawalan agensi sektor awam itu sebagaimana yang boleh dikehendaki oleh

Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(2)

Laporan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan dari semasa ke semasa sebagaimana yang boleh dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

AM

Suggest a correction

Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini, seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]

yang berhubungan dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 864

Seksyen 23

Kewajipan kerahsiaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, mana-mana anggota Jawatankuasa,

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai atau pekhidmat agensi sektor awam atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau yang ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.

Seksyen 25

Pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya.

Seksyen 26

Tanggungan pengarah, dsb., bagi badan berkanun

Open as pageSuggest a correction

Akta ini ialah suatu badan berkanun, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi

Perkongsian Data 19

badan berkanun itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal badan berkanun itu atau yang membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan badan berkanun itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika badan berkanun itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau

(ii)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Kuasa untuk mengecualikan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk dikenakan, mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana atau semua peruntukan Akta ini.

Seksyen 28

Kuasa untuk memberi arahan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh memberikan arahan kepada Ketua Pengarah selaras dengan peruntukan Akta ini dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan arahan itu.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 864

Seksyen 29

Kuasa untuk meminda Jadual

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sesuatu undang-undang bertulis yang berkaitan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

Jadual

Suggest a correction

Jadual

[Subseksyen 4(2)]

UNDANG-UNDANG BERTULIS

(1)

Bil.

(2)

Undang-Undang Bertulis

(3)

Perihalan 1.

Akta Banci 1960 [Akta 16]

Subseksyen 16(2)

2.

Akta Audit 1957 [Akta 62]

Subseksyen 8(3)

3.

Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972

[Akta 69]

Seksyen 31 4.

Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 1972

[Akta 70]

Seksyen 31 5.

Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973

[Akta 104]

Seksyen 31 6.

Akta Lembaga Perindustrian Pembalakan Malaysia

(Pemerbadanan) 1973 [Akta 105]

Seksyen 29 7.

Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973

[Akta 110]

Subseksyen 33(1)

8.

Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965

[Akta 141]

Seksyen 13 9.

Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149]

Seksyen 55 10.

Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173]

Subseksyen 33(1)

11.

Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978

[Akta 203]

Subseksyen 31(1)

12.

Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979

[Akta 222]

Subseksyen 34(1)

13.

Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 1980

[Akta 231]

Seksyen 27

Perkongsian Data 21

(1)

Bil.

(2)

Undang-Undang Bertulis

(3)

Perihalan 14.

Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983

[Akta 282]

Subseksyen 32(1)

15.

Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304]

Seksyen 41 16.

Akta Hakcipta 1987 [Akta 332]

Seksyen 52 17.

Akta Lembaga Kemajuan Industri Malaysia

(Pemerbadanan) 1965 [Akta 397]

Subseksyen 13(2)

18.

Akta Majlis Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966

[Akta 408]

Subseksyen 17(2)

19.

Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990

[Akta 423]

Subseksyen 30(1)

20.

Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968

[Akta 437]

Subseksyen 12c(1)

21.

Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992

[Akta 481]

Subseksyen 23(1)

22.

Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]

Subseksyen 35(1)

23.

Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489]

Seksyen 32 24.

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia 1994 [Akta 520]

Subseksyen 36(1)

25.

Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522]

Subseksyen 30(1)

26.

Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995

[Akta 533]

Subseksyen 31(1)

27.

Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536]

Subseksyen 32(1)

28.

Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional 1997 [Akta 566]

Subseksyen 54(1)

29.

Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998

[Akta 582]

Subseksyen 66(1)

30.

Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609]

Subseksyen 26(1)

31.

Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001

[Akta 612]

Subseksyen 51(1)

32.

Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001

[Akta 614]

Subseksyen 38(1)

33.

Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002

[Akta 617]

Subseksyen 39(1)

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 864

(1)

Bil.

(2)

Undang-Undang Bertulis

(3)

Perihalan 34.

Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004

[Akta 640]

Subseksyen 91(1)

35.

Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006

[Akta 652]

Subseksyen 71(1)

36.

Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan

Kebangsaan 2006 [Akta 653]

Subseksyen 38(1)

37.

Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 [Akta 656]

Subseksyen 60(1)

38.

Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Iskandar 2007

[Akta 664]

Subseksyen 49(1)

39.

Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679]

Subseksyen 112(1)

40.

Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008

[Akta 687]

Subseksyen 45(1)

41.

Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai

Timur 2008 [Akta 688]

Subseksyen 43(1)

42.

Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009

[Akta 692]

Subseksyen 81(1)

43.

Akta Makanan Haiwan 2009 [Akta 698]

Subseksyen 50(1)

44.

Akta Perbadanan Stadium Malaysia 2010

[Akta 717]

Subseksyen 34(1)

45.

Akta Institut Sukan Negara 2011 [Akta 729]

Subseksyen 43(1)

Common questions

What is AKTA PERKONGSIAN DATA 2025?
AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 is Malaysia Act, cited as Act 864 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 still in force?
Yes — AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 is currently in force.
When did AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 take effect?
AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 have?
AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 contains 29 sections.
Where can I read the official version of AKTA PERKONGSIAN DATA 2025?
The official text of AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 (No. 864) | mylaw.my