PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2025/870
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025 is Malaysia Act, cited as Act 870 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Opening note
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Bahagian atau peruntukan yang berlainan dalam
Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (2), Bahagian VII Akta ini mula berkuat kuasa di sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, setelah berunding dengan Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian
Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Akta hendaklah dibaca bersama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan
Akta ini hendaklah dibaca bersama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis yang berkaitan.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 9
Tafsiran
daripada mana-mana kompleks penyimpanan, tapak penyimpanan, pepasangan pemerangkapan karbon; atau
semasa pengangkutan mana-mana karbon dioksida yang didapati melalui pemerangkapan karbon;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
“ketidakteraturan yang signifikan” ertinya apa-apa ketidakteraturan pengendalian suatu tapak penyimpanan atau keadaan kompleks penyimpanan itu, yang menunjukkan risiko kebocoran atau risiko terhadap alam sekeliling atau kesihatan manusia;
“kompleks penyimpanan” ertinya suatu kawasan isi padu yang telah ditentukan di dalam suatu bentukan geologi yang digunakan bagi penyimpanan kekal dan domain geologi keliling yang boleh memberikan kesan terhadap penyimpanan keseluruhan;
“kriteria penerimaan arus karbon dioksida” ertinya kriteria bagi penerimaan suatu arus karbon dioksida yang dinyatakan dalam seksyen 28;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pengawasan
Pasca-Penutupan yang ditubuhkan di bawah seksyen 41;
“langkah pembetulan” ertinya apa-apa langkah yang diambil untuk membetulkan apa-apa ketidakteraturan yang signifikan, atau untuk menutup atau menghentikan apa-apa kebocoran;
“langkah pemulihan” ertinya apa-apa langkah yang diambil untuk membaiki apa-apa kerosakan akibat daripada apa-apa kebocoran, pemindahan yang tidak disengajakan atau ketidakteraturan lain dalam suatu tapak penyimpanan;
“lesen penyimpanan daratan” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 36;
“lesen penyimpanan luar pesisir” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 27;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab yang berhubungan dengan perkara pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
“pemerangkapan karbon” ertinya proses pemerangkapan karbon dioksida dengan menggunakan teknologi pemerangkapan karbon bagi maksud penggunaan atau penyimpanan kekal;
“pengendali daratan” ertinya pemegang lesen penyimpanan daratan yang menjalankan pengendalian suatu tapak penyimpanan, mengawal tapak penyimpanan atau yang mengawal pengendalian suatu tapak penyimpanan, di kawasan daratan;
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 11
“pengendali luar pesisir” ertinya pemegang suatu lesen penyimpanan luar pesisir yang menjalankan pengendalian suatu tapak penyimpanan, mengawal tapak penyimpanan atau yang mengawal pengendalian suatu tapak penyimpanan, di kawasan luar pesisir;
“pengendalian suatu tapak penyimpanan” ertinya apa-apa aktiviti, fungsi, tugas atau perkara yang dijalankan atau yang perlu dijalankan untuk membangunkan infrastruktur bagi penyuntikan dan penyimpanan kekal karbon dioksida termasuk semua aktiviti sampingan, dan untuk mengendalikan tapak penyimpanan itu mengikut lesen penyimpanan di luar pesisir atau lesen penyimpanan daratan, menurut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat;
“penilaian geologi daratan” ertinya apa-apa penilaian teknikal seperti ujian pencirian tapak, kajian seismik, penggerudian dan ujian penyuntikan mana-mana kompleks penyimpanan yang berpotensi di kawasan daratan bagi tujuan penyimpanan daratan;
“penilaian geologi luar pesisir” ertinya apa-apa penilaian teknikal seperti ujian pencirian tapak, kajian seismik, penggerudian dan ujian penyuntikan mana-mana kompleks penyimpanan yang berpotensi di kawasan luar pesisir bagi tujuan penyimpanan luar pesisir;
“permit penilaian daratan” ertinya suatu permit yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 34;
“permit penilaian luar pesisir” ertinya apa-apa permit yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 25;
“penyimpanan daratan” ertinya mana-mana penyimpanan kekal karbon dioksida di mana-mana kawasan daratan;
“penyimpanan kekal” ertinya pembendungan kekal suatu arus karbon dioksida dalam kompleks penyimpanan;
“penyimpanan luar pesisir” ertinya mana-mana penyimpanan kekal karbon dioksida di mana-mana kawasan luar pesisir;
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
“tapak penyimpanan” ertinya suatu kompleks penyimpanan, suatu bentukan geologi di antara kompleks penyimpanan dengan unjuran permukaan kompleks penyimpanan itu, dan apa-apa kemudahan dan struktur yang berkaitan.
Bagi maksud Akta ini, apa-apa sebutan berhubung dengan
Malaysia, hendaklah termasuk zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua Malaysia, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311] dan Akta Pelantar
Benua 1966 [Akta 83], mengikut mana-mana yang berkenaan.
Amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat
Bagi maksud Akta ini, apa-apa sebutan “amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat” hendaklah ditafsirkan sebagai apa-apa amalan, kaedah, langkah dan standard yang secara amnya diikuti oleh industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon global semasa tempoh yang terpakai berhubung dengan aktiviti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon seperti, dan termasuklah—
apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri setelah berunding dengan entiti teknikal kompeten yang berkaitan;
apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh entiti teknikal kompeten yang berkaitan; atau
apa-apa standard yang dikeluarkan oleh mana-mana badan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Bahagian II
PENYIMPANAN KARBON MALAYSIA
Penubuhan Agensi
Agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon Malaysia ditubuhkan.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 13
Keanggotaan Agensi
seorang Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh
Menteri daripada kalangan anggota Agensi;
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
tidak lebih daripada enam anggota lain yang hendaklah dilantik secara bertulis oleh Menteri, yang pada pandangan
Menteri, mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pemerangkapan, penggunaan atau penyimpanan karbon atau apa-apa kepakaran lain yang berkaitan.
Anggota Agensi yang dilantik di bawah perenggan (1)(d)—
melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula selama tempoh tidak melebihi dua penggal berturut-turut.
Fungsi dan kuasa Agensi
untuk menasihati Kerajaan dan Menteri berkaitan perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan Akta ini;
untuk mentadbir dan memastikan pelaksanaan yang berkesan Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
untuk menyelia apa-apa aktiviti berhubung dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
untuk menyelia pengurusan apa-apa sumber penyimpanan bagi maksud penyimpanan kekal karbon dioksida di Malaysia;
untuk mentadbir dan mengawal Kumpulan Wang, dan semua perkara yang berhubungan dengan faedah dan pelaburan Kumpulan Wang itu;
untuk mengesyorkan kepada Kerajaan apa-apa dasar, tindakan dan langkah yang berhubungan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
untuk menggalakkan, membangunkan atau melaksanakan apa-apa dasar dan inisiatif yang berhubungan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
untuk mengumpul, menganalisis dan menyiarkan apa-apa maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau yang berkaitan dengan pembangunan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
untuk mengawal aktiviti penilaian geologi luar pesisir dan penilaian geologi daratan melalui pengeluaran permit penilaian luar pesisir dan permit penilaian daratan;
untuk mengawal penyimpanan kekal di kawasan luar pesisir dan kawasan daratan melalui pengeluaran lesen penyimpanan luar pesisir dan lesen penyimpanan daratan;
untuk melaporkan kepada Menteri apa-apa perkara berkenaan dengan apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan;
untuk mengawal aktiviti pengangkutan karbon dioksida yang diperangkap di dalam atau di luar Malaysia;
untuk mengawal aktiviti pengimportan karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia; dan
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 15
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Agensi di bawah Akta ini selaras dengan maksud Akta ini.
Agensi hendaklah mempunyai semua kuasa yang mungkin perlu untuk, berkaitan dengan, atau secara munasabah bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Mana-mana anggota yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan satu bulan notis kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
Jawatan anggota yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(d)
hendaklah dikosongkan jika—
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Agensi atau selainnya, telah memburukkan nama Agensi;
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan lebih daripada dua tahun;
dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dia tidak menghadiri mesyuarat Agensi tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
Jika Pengerusi tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Agensi, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Lima orang anggota, termasuk Pengerusi mesyuarat, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat.
Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.
Agensi boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 17
Agensi boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
Agensi boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri apa-apa mesyuarat Agensi bagi menasihati Agensi mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Penyediaan kemudahan oleh Kementerian
Kementerian yang bertanggungjawab bagi Agensi hendaklah menyediakan kakitangan, dana dan kemudahan lain yang perlu kepada Agensi untuk membolehkannya menjalankan fungsinya.
Pelantikan entiti teknikal kompeten
Entiti teknikal kompeten yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah menasihati Agensi mengenai apa-apa perkara teknikal dan pengendalian yang berhubungan dengan komponen yang berkaitan entiti itu dilantik dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Seseorang hanya boleh dilantik sebagai entiti teknikal kompeten di bawah subseksyen (1) jika orang itu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang perlu berkenaan dengan komponen yang berkaitan bagi pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon.
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
Mana-mana entiti teknikal kompeten yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan kewajipannya.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai memberikan kuasa kepada Menteri untuk melantik suatu entiti teknikal kompeten bagi apa-apa maksud selain daripada maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
Bahagian III
Kehendak bagi pendaftaran pepasangan pemerangkapan karbon
Bagi maksud Bahagian ini, “pepasangan pemerangkapan karbon” ertinya suatu pepasangan yang menjalankan pemerangkapan karbon dan termasuklah apa-apa kemudahan teknikal yang berkaitan dengan pepasangan itu.
Permohonan bagi pendaftaran pepasangan pemerangkapan karbon
Suatu permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen 15
hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditetapkan.
Bahagian IV
Pengangkutan karbon dioksida
Mana-mana orang yang, melalui jalan, kereta api, air, talian paip atau melalui apa-apa cara lain, mengangkut apa-apa karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon, hendaklah sebelum
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 19
pengangkutan itu, berdaftar dengan Agensi di bawah Akta ini dan hendaklah mematuhi—
mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pengangkutan; dan
amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5.
Permohonan pendaftaran untuk mengangkut karbon dioksida
Suatu permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen 17
hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditetapkan.
Pengimportan karbon dioksida yang diperangkap di luar
Malaysia
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Permit import karbon dioksida yang diperangkap di luar
Malaysia
Suatu permohonan bagi suatu permit import di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam apa-apa cara dan disertai dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen dan pembayaran fi sebagaimana ditetapkan.
Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permit import itu diberikan atau ditolak.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bahagian V
Kehendak bagi pendaftaran untuk menggunakan karbon dioksida
Mana-mana orang yang menggunakan karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon di dalam Malaysia hendaklah berdaftar dengan Agensi.
Permohonan bagi pendaftaran untuk menggunakan karbon dioksida
hendaklah dibuat kepada Agensi dalam apa-apa cara dan disertai dengan maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi.
Larangan bagi penggunaan karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VI
DI KAWASAN LUAR PESISIR
Kehendak suatu permit penilaian luar pesisir
Suatu permohonan bagi permit penilaian luar pesisir di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan.
Suatu permohonan bagi permit penilaian pesisir di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permit penilaian luar pesisir itu diberikan atau ditolak.
Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.
Pemberian permit penilaian luar pesisir
Agensi boleh mengenakan syarat yang difikirkannya sesuai, dalam memberikan permit penilaian luar pesisir itu.
Kehendak suatu lesen penyimpanan luar pesisir
Akta 870
Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan.
Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum lesen penyimpanan luar pesisir itu diberikan atau ditolak.
Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) diterima dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau kedua-duanya.
Pemberian lesen penyimpanan luar pesisir
Agensi boleh mengenakan syarat yang difikirkannya sesuai, dalam memberikan lesen penyimpanan luar pesisir itu.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 23
Kriteria penerimaan arus karbon dioksida bagi maksud penyimpanan luar pesisir
Suatu arus karbon dioksida hendaklah mematuhi amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5, dan arus karbon dioksida itu hendaklah mengandungi karbon dioksida yang amat banyak, dan tiada sisa atau bahan lain yang boleh ditambah ke dalam arus karbon dioksida itu bagi maksud melupuskan sisa atau bahan lain itu.
Walau apa pun subseksyen (2), suatu arus karbon dioksida boleh mengandungi apa-apa bahan berkaitan yang bersampingan daripada sumber, proses pemerangkapan atau suntikan, dan bahan surih yang ditambah untuk membantu memantau dan menentusahkan pemindahan karbon dioksida itu.
Kepekatan semua bahan sampingan dan tambahan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah berada di bawah paras yang—
boleh memberi kesan yang menjejaskan keutuhan tapak penyimpanan atau infrastruktur pengangkutan yang berkaitan;
boleh menimbulkan apa-apa risiko yang signifikan terhadap kesihatan manusia atau alam sekeliling mengikut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5; atau
Pengendali luar pesisir hendaklah menyimpan suatu daftar kuantiti dan sifat arus karbon dioksida yang diterima dan disuntik, termasuk komposisi arus itu.
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Obligasi pengendalian berhubung dengan penyimpanan luar pesisir
Apabila menjalankan pengendalian suatu tapak penyimpanan, pengendali luar pesisir hendaklah, mengikut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5—
menyediakan maklumat yang berkaitan bagi maksud menilai pematuhan syarat lesen penyimpanan di luar pesisir;
memantau kompleks penyimpanan dan alam sekeliling di sekitarnya, dan menyediakan suatu rancangan pemantauan;
menjalankan apa-apa langkah pembetulan dan langkah pemulihan berhubung dengan apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan; dan
mengemukakan laporan berhubung dengan hasil pemantauan yang dibuat di bawah perenggan (b) dan apa-apa langkah yang diambil di bawah perenggan (c), kepada Agensi.
Levi suntikan
Kadar suntikan levi itu—
hendaklah ditentukan berdasarkan risiko dan kebarangkalian risiko setiap tapak penyimpanan; dan
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 25
tidak boleh dinaikkan disebabkan oleh pengeluaran daripada Kumpulan Wang atau risiko yang dikaitkan dengan projek penyimpanan luar pesisir yang lain.
Tertakluk pada subseksyen (2)—
Agensi boleh mengkaji semula kadar levi suntikan bagi setiap lima tahun, setelah berunding dengan entiti teknikal kompeten yang berkaitan; dan
pengendali luar pesisir sebagaimana yang difikirkan perlu boleh meminta Agensi supaya mengkaji semula kadar levi suntikan.
Obligasi penutupan dan pasca-penutupan berhubung dengan penyimpanan luar pesisir
Selepas suatu tapak penyimpanan telah ditutup menurut subseksyen (1), pengendali luar pesisir hendaklah tetap bertanggungjawab bagi—
memantau tapak penyimpanan itu dan melaporkan hasil pemantauan kepada Agensi;
apa-apa aktiviti lain yang ditetapkan, sehingga obligasi berhubung dengan tapak penyimpanan itu dipindahkan kepada Kerajaan menurut seksyen 32.
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
Pemindahan obligasi berhubung dengan penyimpanan luar pesisir
Pemindahan semua obligasi kepada Kerajaan di bawah subseksyen (1) hanya akan berlaku jika—
suatu tempoh yang ditetapkan telah luput daripada pengeluaran sijil penutupan di bawah subseksyen 31(1);
dan
Bagi mengelakkan keraguan, pemindahan obligasi kepada
Kerajaan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak termasuk pemindahan apa-apa liabiliti undang-undang jenayah, kontrak atau sivil yang berkaitan dengan tapak penyimpanan itu yang disebabkan oleh kesalahan, kecuaian atau penipuan pengendali luar pesisir, atau kegagalan pengendali luar pesisir itu untuk menjalankan apa-apa usaha wajar.
Bahagian VII
DI KAWASAN DARATAN
Kehendak suatu permit penilaian daratan
Sesuatu permohonan bagi permit penilaian daratan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 27
Suatu permohonan bagi permit penilaian daratan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permit penilaian daratan itu diberikan atau ditolak.
Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.
Pemberian permit penilaian daratan
Agensi boleh mengenakan syarat yang difikirkannya sesuai, dalam memberikan permit penilaian daratan itu.
Kehendak suatu lesen penyimpanan daratan
Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan daratan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan.
Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan daratan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum lesen penyimpanan daratan itu diberikan atau ditolak.
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) diterima dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau kedua-duanya.
Pemberian lesen penyimpanan daratan
Agensi boleh mengenakan syarat yang difikirkannya sesuai, dalam memberikan lesen penyimpanan daratan itu.
Kriteria penerimaan arus karbon dioksida bagi maksud penyimpanan daratan
Pengendali daratan hendaklah menyimpan suatu daftar kuantiti dan sifat arus karbon dioksida yang diterima dan disuntik, termasuk komposisi arus itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 29
Obligasi pengendalian berhubung dengan penyimpanan daratan
Obligasi pengendalian berhubung dengan penyimpanan di luar pesisir yang dinyatakan dalam seksyen 29 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi obligasi pengendalian yang perlu dikenakan atas seorang pengendali daratan dalam hal penyimpanan daratan.
Obligasi penutupan dan pasca-penutupan berhubung dengan penyimpanan di daratan
Obligasi penutupan dan pasca-penutupan berhubung dengan penyimpanan di luar pesisir yang dinyatakan dalam seksyen 31
hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi obligasi penutupan dan pasca-penutupan yang perlu dikenakan atas suatu pengendali daratan dalam hal penyimpanan daratan.
Pemindahan obligasi berhubung dengan penyimpanan daratan
Sebelum penutupan suatu tapak penyimpanan di kawasan daratan menurut seksyen 39, apa-apa pemindahan obligasi yang berhubungan dengan pemantauan, langkah pembetulan dan langkah pemulihan tapak penyimpanan di kawasan daratan hendaklah ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Kerajaan
Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian VIII
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh
Kerajaan bagi maksud Akta ini;
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
apa-apa levi suntikan yang dibuat oleh pengendali luar pesisir kepada Agensi bagi maksud mengadakan sokongan kewangan kepada Kerajaan untuk menampung apa-apa kos yang terlibat dalam pemantauan jangka panjang, langkah pembetulan dan langkah pemulihan bagi tapak penyimpanan selepas pemindahan tanggungjawab menurut seksyen 32 atau 40, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah berlaku; dan
semua wang yang diperoleh daripada pelaburan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang termasuk pendapatan faedah.
Perbelanjaan yang boleh dikenakan kepada Kumpulan Wang
memenuhi apa-apa obligasi yang diambil alih oleh
Kerajaan menurut pemindahan tanggungjawab di bawah seksyen 32 atau 40;
pemantauan jangka panjang bagi karbon dioksida yang disimpan di dalam suatu tapak penyimpanan untuk memastikan bahawa karbon dioksida itu disimpan dengan selamat dan kekal; dan
Walau apa pun subseksyen (1), semua wang yang diperoleh daripada pelaburan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang yang disebut dalam perenggan 41(2)(c) juga boleh dibelanjakan bagi maksud menggalakkan pembangunan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon di Malaysia secara amnya.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 31
Kuasa untuk melabur
Agensi hendaklah membuka dan menyenggara suatu akaun atau akaun-akaun untuk memegang wang dalam Kumpulan Wang dengan mana-mana bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Agensi, selepas berunding dengan
Menteri dan Menteri Kewangan, dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dibenarkan oleh Agensi bagi maksud itu.
Akaun dan laporan
suatu penyata akaun yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun sumbangan dan perbelanjaan; dan
Agensi hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri, dan Menteri hendaklah menyebabkan penyata akaun dan laporan juruaudit itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
Bahagian IX
Pemberikuasaan pegawai awam
Menteri, boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Kuasa penguatkuasaan
Seorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 45
hendaklah mempunyai kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan dan bukan pengurangan bagi, kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Bahagian X
Rayuan
suatu keengganan untuk memberikan suatu permit penilaian luar pesisir di bawah seksyen 25 dan lesen penyimpanan luar pesisir di bawah seksyen 27;
suatu keengganan untuk memberikan suatu permit penilaian daratan di bawah seksyen 34 dan lesen penyimpanan daratan di bawah seksyen 36;
pengenaan apa-apa syarat, batasan atau sekatan pada permit atau lesennya; atau
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 33
pembatalan, penggantungan atau pengubahan permit atau lesennya, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas dimaklumkan secara bertulis apa-apa keengganan, pengenaan, pembatalan atau penggantungan, merayu kepada Menteri.
Menteri boleh, selepas menimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang dirayukan itu.
Pendakwaan
Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, mana-mana anggota Agensi, Pengerusi atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya semasa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkarannya telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.
Tanggungan pengarah, dsb., bagi pertubuhan perbadanan
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Bagi maksud seksyen ini, “pertubuhan perbadanan” ertinya suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain.
Kuasa untuk mengecualikan
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk dikenakan, mengecualikan mana-mana kawasan geografi, orang atau golongan orang, kenderaan atau kelas kenderaan, atau premis atau kelas premis, daripada mana-mana atau semua peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 35
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemerangkapan karbon;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengangkutan karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan penggunaan karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi permit penilaian luar pesisir dan lesen penyimpanan luar pesisir;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi permit penilaian daratan dan lesen penyimpanan daratan;
untuk menetapkan amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat selepas berunding dengan Agensi;
untuk menetapkan obligasi yang berhubungan dengan pengendalian suatu tapak penyimpanan;
untuk menetapkan syarat bagi penutupan suatu tapak penyimpanan dan pengeluaran suatu sijil penutupan;
36
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
untuk menetapkan syarat bagi pemindahan obligasi kepada Kerajaan selepas suatu tapak penyimpanan ditutup dan pengeluaran suatu sijil yang mendokumenkan pemindahan obligasi itu;
untuk menetapkan syarat bagi pemindahan obligasi kepada Kerajaan Negeri, selepas rundingan dengan
Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, dilaksanakan;
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan bayaran levi suntikan ke dalam Kumpulan Wang; dan
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit.
Kuasa untuk mengeluarkan standard, garis panduan, dsb.
Menteri boleh mengeluarkan apa-apa standard, garis panduan, spesifikasi, amalan, langkah dan kehendak pelaporan dan apa-apa perkara lain berkenaan dengan pemerangkapan karbon, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon dioksida, dan standard, garis panduan, spesifikasi, amalan, langkah, kehendak pelaporan dan apa-apa perkara lain yang dikeluarkan hendaklah mengikut seksyen 5.