PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2025/872
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PEKERJA GIG 2025 is Malaysia Act, cited as Act 872 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 872
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 872
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuk apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“award” ertinya suatu award yang dibuat oleh Tribunal berkenaan dengan apa-apa pertikaian atau perkara yang dirujuk kepadanya atau apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat oleh Tribunal di bawah Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“entiti kontrak” ertinya—
mana-mana orang termasuk kumpulan orang yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
mana-mana penyedia platform, yang terlibat dan membuat suatu perjanjian perkhidmatan dengan seseorang pekerja gig bagi pelaksanaan perkhidmatan oleh pekerja gig itu sebagai pertukaran bagi pembayaran pendapatan;
“Majlis” ertinya Majlis Perundingan yang ditubuhkan di bawah seksyen 46;
“mekanisme kilanan dalaman” ertinya suatu mekanisme penyelesaian pertikaian yang diperuntukkan oleh entiti kontrak dalam perjanjian perkhidmatan bagi maksud menangani dan menyelesaikan apa-apa kilanan, pertikaian atau perkara yang berkenaan dengan pekerja gig;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
Pekerja Gig 11
“pekerja gig” ertinya seseorang individu yang—
apa-apa perkhidmatan dengan mana-mana entiti kontrak yang merupakan penyedia platform; atau
apa-apa perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dengan mana-mana entiti kontrak yang bukan merupakan penyedia platform; dan
suatu pembayaran yang dibuat secara sukarela kepada pekerja gig sebagai tambahan kepada pendapatan; atau
suatu pembayaran yang dibuat secara sukarela melalui entiti kontrak dengan niat bahawa pembayaran itu akan dibuat kepada pekerja gig sebagai tambahan kepada pendapatannya;
“Tribunal” ertinya Tribunal Pekerja Gig yang ditubuhkan di bawah Bahagian V Akta ini.
menerima pendapatan bagi perkhidmatan itu;
“pendapatan” ertinya apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada pekerja gig di bawah perjanjian perkhidmatan tetapi tidak termasuk tip dan ganjaran, dan faedah lain yang diterima oleh pekerja gig;
“penyedia platform” ertinya mana-mana penyedia sistem pengantara digital yang menghubungkan perkhidmatan oleh pekerja gig kepada pengguna perkhidmatan;
“perjanjian perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, antara entiti kontrak dengan pekerja gig yang menyediakan suatu perkhidmatan di Malaysia sebagai pertukaran bagi pendapatan, tetapi tidak termasuk “kontrak perkhidmatan” sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265], Ordinan Buruh Sabah
[Sabah Bab 67], Ordinan Buruh Sarawak [Sarawak Bab 76] dan
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514]
atau “kontrak pekerjaan” sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177];
“persatuan pekerja gig” ertinya mana-mana persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang hendaklah terdiri daripada pekerja gig bagi maksud mewakili kepentingan dan kebajikan pekerja gig;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 872
“pertikaian” ertinya apa-apa pertikaian antara pekerja gig dengan entiti kontrak berhubung dengan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan, apa-apa hak pekerja gig atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengannya di bawah Akta ini;
“tip dan ganjaran” ertinya—
Bahagian II
Tiap-tiap perjanjian perkhidmatan yang dibuat antara entiti kontrak dengan pekerja gig hendaklah menyatakan terma dan syarat seperti yang berikut:
apa-apa faedah atau tip dan ganjaran pekerja gig, jika ada.
Pekerja Gig 13
Kecualian bagi perjanjian perkhidmatan sedia ada
Tiap-tiap perjanjian perkhidmatan yang dibuat secara sah antara entiti kontrak dengan pekerja gig sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah jika masih mengikat pihak-pihak secara sah, terus berkuat kuasa bagi tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian itu dan pihak-pihak hendaklah tertakluk dan berhak kepada faedah di bawah Akta ini.
Terma dan syarat yang mengatasi
Terma dan syarat yang tidak memihak yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah digantikan dengan terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Kesahan terma dan syarat
Walau apa pun seksyen 5, entiti kontrak dan pekerja gig boleh bersetuju kepada apa-apa terma dan syarat yang lebih memihak kepada pekerja gig itu.
Perkara yang tidak diperuntukkan di bawah Akta ini
Jika tiada peruntukan dibuat berkaitan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini, perkara itu tidak dihalang daripada diperuntukkan dalam perjanjian perkhidmatan atau dirundingkan antara entiti kontrak dengan pekerja gig.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 872
Bahagian III
Hak pekerja gig
hendaklah dimaklumkan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dipersetujui;
hendaklah dimaklumkan kadar dan butiran pendapatan yang dipersetujui sebelum pekerja gig itu bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan;
hendaklah dimaklumkan kaedah pembayaran pendapatan, tip dan ganjaran, dan faedah lain;
hendaklah menerima pendapatan bagi perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh sebagaimana yang dipersetujui oleh entiti kontrak dan pekerja gig;
hendaklah dirundingi dan dimaklumkan jika terdapat apa-apa perubahan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan;
hendaklah tidak ditamatkan perkhidmatannya tanpa alasan atau sebab yang munasabah; dan
Sebagai tambahan kepada hak yang disebut dalam subseksyen (1), seseorang pekerja gig yang membuat perjanjian perkhidmatan dengan penyedia platform—
hendaklah dimaklumkan tentang sistem pemantauan berautomat melalui cara elektronik yang digunakan oleh penyedia platform untuk memantau, menyelia atau menilai pekerja gig, termasuklah akibat yang berbangkit daripadanya;
Pekerja Gig 15
hendaklah dimaklumkan tentang sistem pembuatan keputusan berautomat melalui cara elektronik yang digunakan oleh penyedia platform untuk membuat keputusan yang berhubungan dengan penugasan perkhidmatan dan suasana kerja pekerja gig; dan
hendaklah disediakan dengan mekanisme kajian semula tidak berautomat kepada sistem yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) yang digunakan oleh penyedia platform.
Apa-apa terma dan syarat dalam perjanjian perkhidmatan yang berupa sebagai berkontrak keluar atau mengenepikan hak pekerja gig hendaklah batal dan tidak sah.
Larangan terhadap entiti kontrak berkenaan dengan perbuatan tertentu
Entiti kontrak tidak boleh—
mengenakan apa-apa syarat dalam perjanjian perkhidmatan yang bertujuan untuk menghalang hak pekerja gig untuk membuat apa-apa perjanjian dengan pihak lain;
mendiskriminasi mana-mana pekerja gig berhubung dengan suasana kerja, penugasan perkhidmatan atau pembayaran pendapatan; atau
menamatkan perjanjian perkhidmatan tanpa alasan atau sebab yang munasabah.
Hak pekerja gig untuk menyertai, mengambil bahagian dalam atau menubuhkan persatuan pekerja gig
Apa-apa terma dan syarat perjanjian perkhidmatan hendaklah terbatal jika terma dan syarat itu, dalam apa-apa cara, menyekat atau tidak memasukkan hak pekerja gig—
untuk bersekutu dengan mana-mana orang lain bagi penubuhan persatuan pekerja gig;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 872
untuk mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan pekerja gig, sama ada pekerja gig itu memegang jawatan dalam persatuan itu atau sebaliknya.
Hak bagi pendapatan
Mana-mana entiti kontrak yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
Potongan pendapatan, tip dan ganjaran
dibuat setakat apa-apa pembayaran lebih pendapatan dibuat sebaik sebelum tiga bulan daripada bulan yang potongan akan dibuat, oleh sebab kesilapan yang dibuat oleh entiti kontrak;
dibenarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain; atau
dibenarkan oleh Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukannya.
Mana-mana entiti kontrak yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
Pekerja Gig 17
Hak untuk diberikan slip pendapatan
Apabila menerima permintaan oleh pekerja gig di bawah subseksyen (1), entiti kontrak selain seorang individu hendaklah memberikan slip pendapatan dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Mana-mana entiti kontrak selain seorang individu yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.
Penyahaktifan di bawah perjanjian perkhidmatan, dsb.
penyahaktifan itu adalah mengikut terma dan syarat di bawah perjanjian perkhidmatan; atau
terdapat salah laku telah dilakukan oleh pekerja gig semasa melaksanakan perkhidmatannya.
Seseorang pekerja gig adalah dinyahaktifkan daripada sistem pengantara digital jika penyedia platform mengubah suai, menggantung atau menamatkan akses pekerja gig itu kepada sistem pengantara digitalnya dengan cara yang menghalang pekerja gig itu daripada melaksanakan perkhidmatannya di bawah perjanjian perkhidmatan.
Penyedia platform boleh mengubah suai atau menggantung akses pekerja gig kepada sistem pengantara digitalnya bagi suatu tempoh tidak melebihi empat belas hari bagi maksud mengadakan suatu siasatan bagi perkara yang disebut dalam subseksyen (1).
Penyedia platform hendaklah memberitahu pekerja gig itu berkenaan dengan pengubahsuaian atau penggantungan yang disebut dalam subseksyen (3) dengan memberikan suatu notis secara bertulis kepada pekerja gig.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 872
Jika penyedia platform mendapati bahawa tiada sebab untuk menyahaktifkan akses pekerja gig itu kepada sistem pengantara digitalnya di bawah perenggan (1)(a) atau (b), penyedia platform hendaklah—
mengaktifkan semula akses pekerja gig kepada sistem pengantara digitalnya; dan
membayar kepada pekerja gig itu separuh daripada amaun purata pendapatan harian bagi tempoh pengubahsuaian atau penggantungan itu dan pembayaran itu hendaklah dikira berdasarkan pendapatan bagi hari perkhidmatan sebenar dalam tempoh tiga puluh hari sebelum tempoh pengubahsuaian atau penggantungan itu.
Jika penyedia platform mendapati bahawa penyahaktifan adalah mengikut terma dan syarat di bawah perjanjian perkhidmatan atau apa-apa salah laku telah dilakukan oleh pekerja gig, penyedia platform itu boleh—
menamatkan akses pekerja gig itu kepada sistem pengantara digitalnya dan perjanjian perkhidmatan; atau
meneruskan dengan pengubahsuaian atau penggantungan akses pekerja gig itu kepada sistem pengantara digitalnya bagi suatu tempoh lanjut tidak melebihi tujuh hari tanpa menamatkan perjanjian perkhidmatan.
Penyedia platform hendaklah memberikan hak untuk didengar kepada pekerja gig itu sebelum mengambil apa-apa tindakan di bawah perenggan 6(a) atau (b).
Apabila habis tempoh yang disebut dalam perenggan (6)(b), penyedia platform hendaklah mengaktifkan semula akses pekerja gig itu kepada sistem pengantara digitalnya.
Penyedia platform hendaklah memberi penjelasan bertulis kepada pekerja gig bagi apa-apa keputusan yang dibuat di bawah subseksyen (6).
Mana-mana penyedia platform yang melanggar subseksyen (4), (5), (7), (8) atau (9) melakukan suatu kesalahan.
Pekerja Gig 19
Keutamaan pendapatan daripada hutang lain
Bagi maksud seksyen ini—
“pemiutang bercagar” termasuklah mana-mana orang yang memegang suatu gadai janji, gadaian, lien atau dekri;
“orang yang bertanggungjawab” termasuklah mana-mana orang yang menggunakan haknya di bawah suatu debentur bagi mana-mana harta.
Kewajipan entiti kontrak di bawah Bahagian ini
Entiti kontrak mempunyai kewajipan untuk memenuhi hak pekerja gig sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Bahagian ini.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 872
Bahagian IV
Mekanisme kilanan dalaman
Apabila aduan daripada pekerja gig diterima, entiti kontrak selain seorang individu atau pemunya tunggal hendaklah memulakan dan menyelesaikan pertikaian melalui mekanisme kilanan dalaman yang diperuntukkan di bawah perjanjian perkhidmatan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh aduan itu dibuat.
Seksyen ini tidak terpakai kepada apa-apa pertikaian berhubung dengan penyahaktifan di bawah seksyen 14.
Pendamai
Pendamai hendaklah mempunyai arahan am, kawalan, kuasa dan penyeliaan atas semua perkara yang berhubungan dengan
Bahagian ini.
Seseorang pekerja gig boleh membuat suatu aduan pertikaian bagi pendamaian dalam hal—
suatu aduan pertikaian dibuat terhadap entiti kontrak yang merupakan seseorang individu atau pemunya tunggal;
pekerja gig itu tidak berpuas hati dengan keputusan penyedia platform di bawah subseksyen 14(9);
Pekerja Gig 21
mekanisme kilanan dalaman tidak diperuntukkan oleh entiti kontrak di bawah seksyen 17;
pekerja gig itu tidak berpuas hati dengan keputusan entiti kontrak melalui mekanisme kilanan dalaman; atau
pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui mekanisme kilanan dalaman selepas tempoh tiga puluh hari di bawah seksyen 17 telah luput.
Prosiding pendamaian
Apabila menerima aduan pertikaian, Pendamai hendaklah mengambil apa-apa langkah yang perlu atau suai manfaat untuk memulakan prosiding pendamaian bagi menggalakkan suatu penyelesaian yang cepat.
Walau apa pun subseksyen (2), jika pertikaian berlaku atau dijangka untuk berlaku, yang pada pendapat Pendamai tidak mungkin boleh diselesaikan antara pihak-pihak, Pendamai boleh, jika difikirkannya perlu bagi kepentingan awam, mengambil apa-apa langkah yang perlu atau suai manfaat untuk memulakan prosiding pendamaian bagi menggalakkan suatu penyelesaian yang cepat sama ada atau tidak pertikaian telah dilaporkan kepadanya.
Jika suatu penyelesaian dicapai antara pihak-pihak, Pendamai hendaklah merekodkan terma penyelesaian antara pihak-pihak itu.
Jika Pendamai berpuas hati bahawa tidak mungkin pertikaian itu boleh diselesaikan, Pendamai hendaklah merujuk pertikaian itu kepada Tribunal.
Langkah yang akan diambil oleh Pendamai di bawah
Bahagian ini hendaklah dilaksanakan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 872
Pendamaian oleh Menteri
Jika suatu penyelesaian dicapai antara pihak-pihak, Menteri hendaklah mengarahkan Pendamai untuk merekodkan terma penyelesaian antara pihak-pihak itu.
Jika Menteri berpuas hati bahawa tidak mungkin pertikaian itu boleh diselesaikan, Menteri hendaklah merujuk pertikaian itu kepada Tribunal.
Ketidakpatuhan terma penyelesaian
Jika Pendamai mendapati bahawa mana-mana terma penyelesaian yang direkodkan di bawah subseksyen 19(4) atau 20(2)
tidak dipatuhi oleh mana-mana pihak, Pendamai hendaklah merujuk perkara itu kepada Tribunal.
Pekhidmat awam
Mana-mana Pendamai semasa menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah
Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pendamai berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
Pekerja Gig 23
Bahagian V
Penubuhan Tribunal
Maka hendaklah ditubuhkan suatu tribunal yang dikenali sebagai “Tribunal Pekerja Gig”.
Anggota, tempoh jawatan dan elaun
seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden dilantik dalam kalangan pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan
Perundangan;
tidak kurang daripada lima orang anggota lain yang hendaklah terdiri daripada—
orang yang merupakan pegawai atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan; atau
orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion
Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan
Peguam Bela Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan
Peguam Bela Sarawak [Sarawak Bab 110], dan yang menjalankan amalan tidak kurang daripada tujuh tahun; atau
walau apa pun subperenggan (ii), orang yang layak sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Akta Profesion Undang-Undang 1976, dengan sekurang-kurangnya lima belas tahun pengalaman dalam tenaga kerja dan perhubungan perusahaan dalam kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia boleh dipertimbangkan bagi pelantikan sebagai seorang anggota di bawah perenggan ini.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 872
Anggota Tribunal yang disebut dalam subseksyen (1)—
hendaklah layak untuk dilantik semula apabila tamat tempoh jawatan tetapi tidak boleh dilantik bagi tempoh lebih daripada tiga penggal berturut-turut.
Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(a)
dan (b) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Penjalanan sementara fungsi Presiden
Jika, Presiden atas apa-apa alasan tidak dapat melaksanakan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Presiden,
Timbalan Presiden hendaklah melaksanakan fungsi Presiden.
Pengosongan jawatan
anggota itu meletakkan jawatan dengan memberikan tiga bulan notis bertulis kepada Menteri; atau
Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota
jika kelakuan orang itu, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Tribunal atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama Tribunal;
Pekerja Gig 25
jika orang itu menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya secara wajar sebagai anggota Tribunal;
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;
jika orang itu dihukum bankrap oleh suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
jika orang itu didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau
jika orang itu tidak menghadiri sidang Tribunal tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Presiden.
Peletakan jawatan dan pengisian kekosongan
Tribunal yang dilantik di bawah subseksyen 25(1)—
Jika Presiden, Timbalan Presiden atau anggota yang dilantik di bawah subseksyen 25(1) terhenti menjadi anggota Tribunal,
Menteri boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 872
Pendaftar, pegawai dan kakitangan
Kewajipan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, dan pegawai dan kakitangan lain Tribunal hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, sebagaimana yang diarahkan oleh Presiden.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan apa-apa bilangan pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah daripada Skim
Perkhidmatan Pegawai Perhubungan Perusahaan.
Pekhidmat awam
Mana-mana anggota atau pegawai Tribunal semasa menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap mana-mana anggota atau pegawai Tribunal berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
Bidang kuasa dan kuasa Tribunal
Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa pertikaian atau perkara yang dirujuk kepadanya oleh Pendamai atau Menteri di bawah
Bahagian IV
Tribunal boleh bersidang dalam dua atau lebih persidangan pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden.
Jika anggota yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu aduan meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak dapat menyelesaikan atau melupuskan prosiding itu, prosiding itu hendaklah didengar semula oleh seorang anggota Tribunal yang lain, melainkan jika pihak-pihak bersetuju bahawa prosiding itu diteruskan oleh seorang anggota Tribunal yang lain.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 872
Notis aduan pertikaian
Apabila suatu pertikaian dirujuk oleh Pendamai atau Menteri di bawah Bahagian IV Akta ini kepada Tribunal, Pendaftar hendaklah memberikan suatu notis bertulis dalam borang yang ditetapkan kepada pihak-pihak dalam pertikaian yang mengandungi butir-butir mengenai hari, masa dan tempat pendengaran.
Hak untuk hadir semasa pendengaran
Bagi maksud apa-apa pendengaran suatu aduan di bawah
Bahagian ini—
seseorang entiti kontrak boleh diwakili oleh pekerjanya yang diberi kuasa sewajarnya; atau
seseorang pekerja gig boleh diwakili oleh mana-mana pegawai rasmi atau ahli persatuan pekerja gig yang diberi kuasa atau oleh mana-mana ahli keluarganya.
Kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (2), tiada pihak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara.
Pendengaran hendaklah terbuka
Semua pendengaran di hadapan Tribunal hendaklah terbuka kepada orang awam.
Tatacara Tribunal
Prosiding Tribunal hendaklah dijalankan mengikut tatacara sebagaimana yang ditetapkan.
Pekerja Gig 29
Tribunal boleh bertindak semasa pihak tidak hadir
Tribunal boleh mendengar dan memutuskan aduan di hadapannya walaupun mana-mana pihak kepada prosiding itu tidak hadir jika dibuktikan sehingga Tribunal berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan kepada pihak yang tidak hadir itu dengan sewajarnya.
Keterangan
mendapatkan dan menerima semua keterangan bersumpah atau dengan ikrar, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal;
menghendaki pengemukaan di hadapannya apa-apa maklumat, buku, kertas, dokumen, rekod atau benda;
mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun mengikut mana-mana yang berkenaan;
mendapatkan dan menerima apa-apa keterangan lain dan membuat apa-apa siasatan lain sebagaimana yang difikirkannya patut;
memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya;
mengarahkan bahawa apa-apa maklumat, buku, kertas, dokumen atau benda yang dikemukakan sebagai keterangan tidak boleh didedahkan atau diterbitkan dalam mana-mana akhbar atau selainnya;
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 872
mengarahkan bahawa apa-apa keterangan hendaklah diambil secara tertutup dan tiada orang boleh hadir semasa keterangan itu diambil melainkan jika dibenarkan oleh
Tribunal; dan
mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat penentuan aduan itu.
Sesuatu saman yang dikeluarkan di bawah perenggan (1)(e)
hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah saman itu merupakan suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah rendah.
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(g) melakukan suatu kesalahan.
Pengecualian keterangan
Tiada keterangan boleh diberikan dalam prosiding di hadapan
Tribunal atas apa-apa tawaran yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pertikaian yang dibuat tanpa prejudis oleh mana-mana orang kecuali dengan persetujuan orang itu.
Pengecualian yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan (2)
hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah.
Award Tribunal
Tiap-tiap award selepas pendengaran hendaklah diumumkan di hadapan pihak-pihak sama ada pada penutupan pendengaran itu atau pada mana-mana hari yang kemudian yang notis hendaklah diberikan kepada pihak-pihak.
Tribunal hendaklah menyatakan secara bertulis sebab bagi award atau penolakan aduan itu bersama dengan apa-apa dapatan fakta yang diambil maklum oleh Tribunal atau syor yang telah dibuat oleh Tribunal dalam prosiding itu dan hendaklah diserahkan kepada pihak-pihak mengikut cara bersama dengan fi yang ditetapkan—
jika mana-mana pihak kepada prosiding merayu terhadap award Tribunal di bawah seksyen 44.
Suatu award Tribunal di bawah subseksyen (1) boleh menyatakan satu atau lebih daripada yang berikut:
supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar pampasan kepada mana-mana pihak lain;
supaya suatu pihak mematuhi apa-apa terma dan syarat dalam perjanjian perkhidmatan;
supaya suatu pihak berhak untuk melaksanakan perkhidmatannya atau untuk mengakses sistem pengantaraan digital;
supaya suatu pihak diberi kebenaran untuk menyahaktifkan akses pihak lain daripada sistem pengantara digital;
supaya suatu pihak dibayar amaun penuh pendapatan, tip dan ganjaran, atau faedah lain yang genap masa dan kena dibayar bagi perkhidmatannya;
supaya suatu pihak dibayar balik bagi potongan salah pendapatan;
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 872
supaya suatu pihak diberikan pampasan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung;
supaya perjanjian perkhidmatan itu diubah atau diketepikan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya;
supaya faedah dibayar atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika ia telah dipersetujui selainnya antara pihak-pihak;
Tribunal boleh membetulkan dalam mana-mana award apa-apa kesilapan perkeranian atau kesilapan yang timbul daripada apa-apa ketinggalan atau peninggalan yang tidak disengajakan.
Award Tribunal adalah mengikat
Pekerja Gig 31
hendaklah disifatkan sebagai suatu perintah mahkamah sesyen walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, dan boleh dikuatkuasakan dengan sewajarnya oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu.
Pekerja Gig 33
Bagi maksud perenggan (1)(b), Pendaftar hendaklah menghantar suatu salinan award yang dibuat oleh Tribunal kepada mahkamah sesyen yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang award itu berkaitan atau di tempat award itu dibuat dan mahkamah itu hendaklah menyebabkan salinan itu direkodkan.
Rayuan ke Mahkamah Tinggi
Rayuan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibawa dalam masa empat belas hari dari tarikh award itu diumumkan oleh Tribunal.
Penalti jenayah kerana kegagalan untuk mematuhi
Dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (1), didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Tribunal tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa bagi peruntukan kesalahan di bawah Akta ini dan semua perkara di bawah Bahagian VIII Akta ini.
Apa-apa aduan yang dirujuk kepada Tribunal boleh termasuk kerugian atau ganti rugi yang berbangkit.
Tribunal hendaklah mempunyai kuasa, dalam mana-mana prosiding di hadapannya—
untuk memerintahkan mana-mana pihak digabungkan, digantikan atau dibatalkan; dan
untuk mengarahkan dan membuat semua perkara sebagaimana perlu atau suai manfaat bagi mempercepat penentuan perkara di hadapannya.
Sidang Tribunal
Bahagian VI
Penubuhan Majlis Perundingan
Maka hendaklah ditubuhkan suatu majlis yang dikenali sebagai
“Majlis Perundingan”.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 872
Fungsi dan kuasa Majlis
kadar pendapatan minimum termasuk liputan mengikut sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan dan kategori atau perkara lain yang berhubungan dengan kadar pendapatan minimum dan pendapatan;
formula yang akan diguna pakai berhubung dengan kadar pendapatan minimum dan pendapatan mengikut sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan dan kategori atau perkara lain yang berhubungan dengan kadar pendapatan minimum dan pendapatan;
standard minimum yang perlu diguna pakai mengikut sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan dan kategori atau perkara lain yang berhubungan dengan peruntukan Akta ini;
ketidakpakaian pengesyoran dalam perenggan (a), (b)
atau (c) kepada mana-mana sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan dan kategori atau perkara lain;
tarikh permulaan kuat kuasa apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Bahagian ini;
apa-apa perkara lain berhubung dengan perkara di bawah perenggan (1)(a) hingga (f).
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya termasuk—
untuk berunding dengan pemegang taruh yang berkaitan atas semua perkara yang berhubungan dengan perenggan (1)(a) hingga (g);
Pekerja Gig 35
untuk mengumpul dan menganalisis data dan maklumat, dan untuk menjalankan penyelidikan atas perkara yang berhubungan dengannya, termasuklah di peringkat antarabangsa;
untuk menyelaras dan menyelia, dan untuk menilai kesan daripada, pelaksanaan mana-mana perintah yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini;
untuk menimbang teliti atas semua perkara yang berhubungan dengan perenggan (1)(a) hingga (g);
untuk menyebarkan maklumat dan analisis terhadap semua perkara yang berhubungan dengan Akta ini; dan
untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Jika Menteri menentukan bahawa Majlis hendaklah menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan atas perkara di bawah perenggan (1)(a) hingga (g), Majlis hendaklah bermesyuarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.
Syor oleh Majlis
Sebelum apa-apa syor dibuat di bawah perenggan 47(1)(a)
hingga (g), Majlis hendaklah menjalankan kuasanya di bawah perenggan 47(2)(a) hingga (f).
Keputusan mengenai syor
tidak bersetuju dengan syor itu dan menentukan perkara yang dinyatakan dalam perenggan 47(1)(a) hingga (g);
atau
mengarahkan Majlis untuk mengkaji semula syor itu dan membuat syor baharu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 872
Jika Kerajaan mengarahkan Majlis untuk mengkaji semula syor itu dan membuat syor baharu di bawah perenggan (1)(c), maka perenggan 47(2)(a) dan (b) dan subseksyen 47(1) hendaklah terpakai.
Kerajaan boleh, selepas menimbangkan syor baharu yang dibuat menurut subseksyen (2)—
tidak bersetuju dengan syor baharu itu dan menentukan perkara yang dinyatakan dalam perenggan 47(1)(a)
hingga (g).
Perintah Menteri
Perintah itu hendaklah menyatakan orang yang dikawal oleh perintah itu dan kesan perintah itu.
Menteri boleh, apabila diarahkan oleh Kerajaan meminda atau membatalkan perintah itu.
Mana-mana orang yang melanggar perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Keanggotaan Majlis
seorang Setiausaha dalam kalangan pegawai
Skim Perkhidmatan Pegawai Perhubungan Perusahaan;
Pekerja Gig 37
Jumlah anggota yang akan dilantik bagi perenggan (1)(d)
hingga (g) hendaklah ditentukan oleh Menteri.
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Majlis yang disebut dalam perenggan (1)(g) hendaklah dilantik dalam kalangan orang, yang pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan industri gig.
Anggota Majlis yang disebut dalam perenggan (1)(d)
hendaklah dilantik melalui jawatan.
Bilangan anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (1)(e)
hendaklah sama bilangan anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (1)(f) pada satu-satu masa.
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota tidak melebihi dua puluh sembilan orang pada bila-bila masa.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Pengerusi, kerana atas apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan fungsinya.
Timbalan Pengerusi hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 872
Setiausaha
untuk menjalankan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis.
Setiausaha hendaklah, dalam menjalankan tanggungjawabnya, bertindak di bawah kuasa dan arahan Majlis.
Tempoh jawatan
Walau apa pun subseksyen (1), anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 51(1)(c) dan (d) hendaklah memegang jawatan sehingga pelantikan itu dibatalkan di bawah subseksyen 56(1).
Elaun
Anggota Majlis hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Anggota Majlis boleh meletakkan jawatan dengan memberi tiga puluh hari notis bertulis kepada Menteri.
Pekerja Gig 39
Pengosongan jawatan
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
dia dihukum bankrap oleh suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi, atau dalam hal
Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
Jika jawatan seseorang anggota Majlis kosong, Menteri boleh, jika perlu, melantik orang lain untuk memegang jawatan itu bagi baki tempoh yang dikosongkan oleh anggota itu atau untuk tempoh interim sehingga seorang anggota baharu dilantik ke jawatan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 872
Mesyuarat
Suatu notis secara bertulis hendaklah diberikan kepada anggota Majlis sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat diadakan.
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Majlis dan—
dalam ketiadaan Pengerusi pada mana-mana mesyuarat
Majlis kerana apa-apa sebab, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu; atau
dalam ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi pada mana-mana mesyuarat Majlis kerana apa-apa sebab, mana-mana anggota Majlis yang lain yang dilantik oleh
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Kuorum mesyuarat Majlis hendaklah dua pertiga daripada anggota Majlis, termasuk Pengerusi.
Tiap-tiap anggota Majlis yang hadir pada mesyuarat Majlis berhak mendapat satu undi.
Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi,
Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota Majlis yang mempengerusikan mesyuarat Majlis di bawah subseksyen (1)
hendaklah mempunyai undi pemutus.
Minit
Apa-apa minit yang dibuat tentang suatu mesyuarat
Majlis hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh
Pengerusi, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
Pekerja Gig 41
Tiap-tiap mesyuarat Majlis yang berkenaan dengan minit prosidingnya telah dibuat mengikut subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Majlis boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (1)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Majlis.
Tatacara
Tertakluk kepada Akta ini, Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa
Majlis hendaklah melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi ketua jawatankuasa.
Majlis boleh melantik mana-mana anggotanya atau mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjadi anggota jawatankuasa.
Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 872
Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa, membuat apa-apa perubahan dalam komposisi anggota jawatankuasa atau membubarkan jawatankuasa.
Tertakluk kepada apa-apa arahan Majlis, jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Ketua setiap jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya dan salinan minit itu hendaklah dikemukakan oleh jawatankuasa kepada Majlis secepat yang dapat dilaksanakan.
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa untuk menghadiri mesyuaratnya untuk menasihati tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (8)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Majlis.
Urus setia
Urus setia hendaklah tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Setiausaha.
Obligasi kerahsiaan
tiada anggota Majlis atau jawatankuasa, atau pegawai
Majlis, semasa dia menjadi Pengerusi, anggota atau pegawai, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa penjalanan kewajipannya; dan
Pekerja Gig 43
tiada seorang lain yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Majlis boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Menteri—
Majlis setiap tahun untuk membolehkan Majlis melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Kesahan perbuatan dan prosiding
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Bahagian ini boleh dipersoalkan atas alasan—
suatu kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan Majlis; atau
suatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Pekhidmat awam
Mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa, atau pegawai
Majlis semasa menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan.
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa, atau pegawai Majlis berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 872
Bahagian VII
PENGAWALSELIAAN DAN PENGUATKUASAAN
Bahagian III
Timbalan Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah Akta Kerja 1955 hendaklah menjadi Timbalan Ketua
Pengarah bagi maksud Bahagian ini.
Semasa ketiadaan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa dan boleh menunaikan semua kewajipan dan melaksanakan semua fungsi yang diberikan kepada
Ketua Pengarah di bawah Bahagian ini.
Tertakluk kepada arahan am, kawalan dan penyeliaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, semua atau mana-mana kuasa di bawah Bahagian ini boleh diberikan oleh
Ketua Pengarah kepada—
Pengarah Tenaga Kerja atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Ordinan Buruh Sabah; atau
Pengarah Tenaga Kerja atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Ordinan Buruh Sarawak.
Fungsi Ketua Pengarah
Bagi maksud Bahagian ini, Ketua Pengarah hendaklah—
mengawal selia pematuhan kewajipan oleh entiti kontrak berhubung dengan hak-hak pekerja gig;
menentukan mekanisme dan amaun potongan pendapatan, dan tip dan ganjaran pekerja gig di bawah seksyen 12;
menentukan bentuk dan cara slip pendapatan yang perlu diberikan kepada pekerja gig di bawah seksyen 13; dan
menguatkuasakan perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Bahagian VI.
Kuasa Ketua Pengarah
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai arahan am, kawalan, kuasa dan penyeliaan bagi semua perkara yang berhubungan dengan Bahagian ini.
Pegawai penyiasat dan pegawai penguat kuasa
Bagi maksud Bahagian ini, Ketua Pengarah boleh melantik apa-apa bilangan pegawai penyiasat dan pegawai penguat kuasa sebagaimana perlu.
Kad kuasa
Jika seorang pegawai penyiasat menjalankan apa-apa kuasa di bawah Bahagian ini, dia hendaklah atas permintaan, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu dilaksanakan, kad kuasa itu.
Kuasa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan
untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Bahagian III, Bahagian V dan
Bahagian VI
Akta 872
untuk memasuki mana-mana premis dan untuk memeriksa apa-apa dokumen, rekod atau benda lain yang berkaitan untuk memastikan pematuhan terhadap mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Bahagian III,
Bahagian V dan Bahagian VI;
untuk menyita apa-apa dokumen, rekod atau benda lain yang berkaitan bagi maksud penyiasatan di bawah
Bahagian III
Bahagian III
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Pekerja Gig 47
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
apa-apa dokumen atau benda yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh
Ketua Pengarah, tertakluk kepada terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Pekhidmat awam
Mana-mana pegawai semasa menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah
Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap mana-mana pegawai berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
Bagi maksud Bahagian ini, seorang pegawai penyiasat hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan.
Pengkompaunan kesalahan
Bahagian VIII
Tafsiran
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Pertubuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4];
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 872
“Pemeriksa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah, kuasa, fungsi dan kewajipan
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa termasuklah kuasa Pemeriksa, fungsi dan kewajipan di bawah Bahagian ini.
Pemeriksa, dsb., kuasa, fungsi dan kewajipan
Seseorang Pemeriksa hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan di bawah Bahagian ini.
Pemakaian Bahagian ini
Bahagian ini hendaklah terpakai kepada entiti kontrak yang merupakan penyedia platform yang membuat perjanjian perkhidmatan dengan pekerja gig bagi pelaksanaan apa-apa perkhidmatan.
Pekerja Gig 49
Hak pekerja gig di bawah Bahagian ini
bagi pemotongan caruman keselamatan sosial daripada pendapatan yang kena dibayar kepada pekerja gig, dibuat oleh entiti kontrak bagi pihak pekerja gig kepada
Pertubuhan; dan
untuk mempunyai akses kepada pemotongan caruman keselamatan sosial itu dalam sistem pengantara digital yang dibangunkan oleh entiti kontrak.
Kewajipan entiti kontrak di bawah Bahagian ini
Bagi maksud Bahagian ini, entiti kontrak yang merupakan penyedia platform hendaklah mempunyai kewajipan—
untuk mengemukakan maklumat pekerja gig kepada
Pertubuhan dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan;
untuk memastikan pendaftaran pekerja gig di bawah
Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri yang ditadbir oleh Pertubuhan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017
[Akta 789] dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan;
untuk membuat potongan daripada pendapatan pekerja gig dan mencarum kepada skim keselamatan sosial yang ditadbir oleh Pertubuhan bagi pihak pekerja gig dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan;
untuk melaksanakan potongan caruman mandatori dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan dan mengikut peratusan amaun caruman sebagaimana yang ditetapkan;
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 872
untuk memberitahu pekerja gig supaya membayar amaun kekurangan daripada caruman bulanan minimum kepada
Pertubuhan dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan, jika amaun caruman yang dipotong oleh penyedia platform tidak mencapai kadar minimum caruman berdasarkan kepada pendapatan bulanan yang diinsuranskan yang dipilih di bawah
Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017;
untuk memberitahu pekerja gig supaya memilih amaun caruman bulanan yang kena dibayar kepada Pertubuhan jika caruman yang dipotong oleh penyedia platform melebihi kadar minimum caruman berdasarkan kepada pendapatan bulanan yang diinsuranskan yang dipilih di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017
dalam tempoh masa dan mengikut cara yang ditetapkan;
untuk menyediakan suatu mekanisme dalam sistem pengantara digitalnya yang boleh menghubungkan sistem
Pertubuhan bagi maksud skim keselamatan sosial dan apa-apa perkara yang berhubungan dengannya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan; dan
untuk melaksanakan apa-apa langkah yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan kebajikan pekerja gig sebagaimana yang diarahkan oleh Pertubuhan dalam apa-apa program kerjasama antara Pertubuhan dengan entiti kontrak.
Liabiliti entiti kontrak
Jika entiti kontrak atau mana-mana pihak ketiga yang terlibat memberikan apa-apa faedah atau membuat apa-apa pembayaran di bawah skim caruman keselamatan sosial yang ditadbir oleh
Pertubuhan kepada mana-mana pekerja gig dalam hal keadaan pekerja gig itu tidak berhak untuk menerimanya di bawah skim keselamatan sosial, entiti kontrak atau pihak ketiga itu hendaklah bertanggungan untuk membayar balik kepada Pertubuhan nilai faedah atau amaun pembayaran itu.
Sekiranya entiti kontrak atau pihak ketiga itu tidak dapat membayar nilai faedah atau amaun pembayaran itu di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, wakilnya hendaklah bertanggungan untuk membayar balik nilai faedah atau amaun pembayaran itu, jika berkaitan.
Nilai atau amaun yang kena dibayar di bawah seksyen ini boleh didapatkan semula sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Pertubuhan.
Hukuman bagi memberi maklumat palsu
Pekerja Gig 51
Jika mana-mana orang, bagi maksud menyebabkan apa-apa pembayaran caruman atau faedah di bawah Bahagian ini—
membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pernyataan palsu atau representasi palsu; atau
membuat secara bertulis atau menandatangani apa-apa akuan, borang, laporan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Bahagian ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir-butir yang material, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Hukuman bagi kemungkiran membayar caruman, dsb.
Jika mana-mana orang—
tidak membayar apa-apa caruman atau apa-apa potongan caruman yang kena dibayar di bawah Bahagian ini atau tidak membayar mengikut mekanisme sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan;
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 872
tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, rekod atau apa-apa dokumen yang dikehendaki di bawah
Akta ini;
menghalang seseorang Pemeriksa, pegawai dan pekhidmat atau pegawai rasmi lain Pertubuhan dalam menunaikan kewajipannya; atau
tidak mematuhi apa-apa kehendak Bahagian ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Perintah mahkamah berkenaan dengan caruman yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan
Caruman atau potongan caruman itu hendaklah boleh didapatkan semula mengikut cara yang sama sebagaimana, dan boleh dirayukan seolah-olah ia adalah, suatu perintah bagi bayaran pampasan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah, melainkan jika mahkamah mengarahkan supaya pembayaran jumlah wang itu dibuat secara ansuran, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya jumlah wang itu dibayar dengan tidak lebih daripada enam ansuran dalam tempoh enam bulan.
Pekerja Gig 53
Apabila mana-mana orang didapati bersalah atas kesalahan di bawah perenggan 86(c) berkenaan dengan pengemukaan penyata, rekod atau apa-apa dokumen, mahkamah yang mendapati orang itu bersalah hendaklah memerintahkan orang itu mengemukakan penyata, rekod atau dokumen yang dikehendaki itu dalam masa yang ditentukan oleh mahkamah.
Perbicaraan bagi lebih daripada satu kesalahan
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, mana-mana orang boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam mana-mana satu perbicaraan bagi apa-apa bilangan kesalahan di bawah perenggan 86(a) atau (b), tidak melebihi tiga puluh enam dan kesalahan itu hendaklah, bagi maksud undang-undang yang berkuat kuasa pada masa itu yang berhubungan dengan tatacara jenayah, disifatkan menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama.
Salinan catatan untuk menjadi keterangan prima facie
Dalam mana-mana prosiding undang-undang, suatu salinan catatan dalam akaun Pertubuhan yang diperakukan oleh seorang pegawai diberi kuasa Pertubuhan hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa catatan tersebut telah dibuat dan kandungan dalam catatan itu adalah benar.
Pengkompaunan kesalahan
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 872
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
apa-apa dokumen atau benda yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh
Ketua Pengarah, tertakluk kepada terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Kuasa penyiasatan
Apa-apa penyiasatan kesalahan yang berhubungan dengan mana-mana peruntukan di bawah Bahagian ini yang melibatkan entiti kontrak dan pekerja gig hendaklah dijalankan oleh Pertubuhan mengikut kuasa penyiasatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian IX Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan
Sendiri 2017.
Pekhidmat awam
Mana-mana pegawai Pertubuhan semasa menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Pekerja Gig 55
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap mana-mana pegawai Pertubuhan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
Perkara yang akan diputuskan oleh Tribunal di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri 2017
Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri 2017 hendaklah mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa perkara berkenaan dengan
Bahagian ini yang dirujuk kepada Tribunal oleh mana-mana orang.
Bahagian IX
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan di bawah Bahagian ini.
Tertakluk kepada arahan am, kawalan dan penyeliaan
Ketua Pengarah, mana-mana pegawai yang dilantik di bawah
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 hendaklah menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Bahagian ini.
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 872
Fungsi Ketua Pengarah
Bagi maksud Bahagian ini, Ketua Pengarah hendaklah mengawal selia pematuhan kewajipan oleh entiti kontrak dan pekerja gig berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seseorang pekerja gig.
Kuasa Ketua Pengarah
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai arahan am, kawalan, kuasa dan penyeliaan bagi perkara yang berhubungan dengan
Bahagian ini.
Pemakaian Bahagian ini
Bagi maksud Bahagian ini, Ketua Pengarah boleh melantik apa-apa bilangan pegawai penyiasat dan pegawai penguat kuasa sebagaimana perlu.
Kad kuasa
Jika seorang pegawai penyiasat menjalankan apa-apa kuasa di bawah Bahagian ini, dia hendaklah atas permintaan, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu dilaksanakan, kad kuasa itu.
Pekerja Gig 57
Kuasa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan
untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Bahagian ini;
untuk memasuki mana-mana premis dan untuk memeriksa apa-apa dokumen, rekod atau benda lain yang berkaitan untuk memastikan pematuhan terhadap mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Bahagian ini;
untuk menyita apa-apa dokumen, rekod atau benda lain yang berkaitan bagi maksud penyiasatan di bawah
Bahagian ini; dan
Bagi maksud Bahagian ini, seorang pegawai penyiasat hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan.
Pengkompaunan kesalahan
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 872
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
apa-apa dokumen atau benda yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Kewajipan entiti kontrak di bawah Bahagian ini
menjalankan pentaksiran risiko dengan menilai risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada bahaya semasa bekerja untuk menentukan dan melaksanakan langkah yang wajar bagi pengawalan risiko;
memastikan langkah keselamatan dan kesihatan yang mencukupi berkenaan dengan apa-apa peralatan dan kemudahan yang disediakan bagi kegunaan pekerja gig;
memastikan bahawa pekerja gig tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada perkiraan dan proses yang disediakan oleh entiti kontrak semasa pekerja gig itu sedang melaksanakan perkhidmatannya;
Pekerja Gig 59
memastikan bahawa pekerja gig mempunyai maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang mencukupi sebagaimana yang diperlukan yang timbul daripada pentaksiran risiko yang dijalankan bagi pekerja gig itu untuk melaksanakan perkhidmatannya;
membangunkan dan melaksanakan tatacara bagi menangani kecemasan yang mungkin timbul semasa pekerja gig sedang melaksanakan perkhidmatannya; dan
memberitahu Ketua Pengarah apa-apa kemalangan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku semasa pekerja gig itu sedang melaksanakan perkhidmatannya.
Mana-mana entiti kontrak yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
Kewajipan pekerja gig di bawah Bahagian ini
apa-apa langkah keselamatan dan kesihatan yang disediakan oleh entiti kontrak di bawah perenggan 103(1)(b);
tatacara bagi menangani kecemasan di bawah perenggan 103(1)(e) yang dibangunkan atau dilaksanakan oleh entiti kontrak.
Mana-mana pekerja gig yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Pekhidmat awam
Mana-mana pegawai semasa menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah
Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Undang-Undang Malaysia 60
Akta 872
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap mana-mana pegawai berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
Bahagian X
Pendakwaan
Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis Pendakwa Raya.
Penalti am
apa-apa saman, perintah atau arahan yang diberikan atau dibuat di bawah Akta ini, yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb.
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu badan, diperbadankan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis—
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau mana-mana pegawai lain yang bertanggungjawab bagi pengurusan pertubuhan perbadanan pada masa pelakuan kesalahan;
Pekerja Gig 61
dalam hal suatu perkongsian atau pemunya tunggal, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian atau pemunya tunggal pada masa pelakuan kesalahan; atau
dalam hal suatu persatuan atau pertubuhan atau mana-mana badan lain yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, presiden, pengerusi, setiausaha, bendahari atau pegawai lain yang seumpamanya bagi persatuan atau pertubuhan pada masa pelakuan kesalahan, boleh dipertuduh secara bersesama atau berasingan dengan pertubuhan perbadanan, perkongsian, pemunya tunggal, persatuan atau pertubuhan atau mana-mana badan lain yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan jika pertubuhan perbadanan, perkongsian, pemunya tunggal, persatuan atau pertubuhan atau mana-mana badan lain yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu didapati bersalah atas kesalahan itu, orang yang disebut dalam perenggan (a), (b)
atau (c) hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah atau dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Kuasa untuk meminda Jadual
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.
Kuasa untuk mengecualikan
Menteri boleh melalui perintah mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana orang atau mana-mana golongan orang daripada mana-mana peruntukan Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 872
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
kesalahan yang boleh dikompaun, borang yang digunakan, dan kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan di bawah Akta ini;
apa-apa perkara yang perlu ditetapkan oleh Menteri di bawah Bahagian VIII; dan
apa-apa perkara lain untuk melaksanakan peruntukan
Akta ini dengan lebih baik.
Jadual
[Seksyen 2]
(1)
Bil.
(2)
Perkhidmatan
(3)
Pekerja gig yang berkenaan 1.
Lakonan
Pelakon 2.
Aktiviti perfileman
Petugas pengeluaran filem 3.
Aktiviti yang berkaitan dengan muzik
(a)
penyanyi
(b)
pemuzik
(c)
penggubah
(d)
penulis lirik 4.
Estetik
(a)
jurusolek
(b)
pendandan rambut
(c)
jurugaya
Pekerja Gig 63
(1)
Bil.
(2)
Perkhidmatan
(3)
Pekerja gig yang berkenaan 5.
Terjemahan
(a)
jurubahasa isyarat
(b)
jurubahasa atau penterjemah
(c)
jurutrengkas 6.
Kewartawanan
(a)
wartawan
(b)
pemberita sambilan 7.
Penjagaan atau rawatan sebelum dan selepas ibu bersalin
Pemberijagaan 8.
Penjagaan paliatif, orang tua dan pemulihan
Pemberijagaan 9.
Fotografi dan videografi
(a)
jurugambar
(b)
juruvideo