/akn/my/act/act/2006/660

AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2006
Sections
9
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006 is Malaysia Act, cited as Act 660 2006, currently marked in force and first recorded in 2006.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengisytiharan koordinat geografi titik pangkal bagi maksud menentukan garis pangkal Malaysia dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Mei 2007; P.U. (B) 120/2007]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. BAHAWASANYA Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut telah dibuat di Montego Bay pada 10 Disember 1982: DAN BAHAWASANYA Malaysia telah mendepositkan surat cara ratifikasinya pada 14 Oktober 1996 dan oleh yang demikian mengikut Perkara 308 Konvensyen, Konvensyen tersebut mula berkuat kuasa setakat yang berkenaan dengan Malaysia pada 14 November 1996: MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“carta” ertinya suatu carta nautika yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pandu arah marin, menunjukkan kedalaman air, keadaan dasar laut, tatarajah ketinggian dan ciri-ciri pantai, bahaya dan bantuan pelayaran, dalam suatu format yang standard dan carta itu juga disebut sebagai carta marin atau carta hidrografi;

6

Undang-Undang Malaysia

Akta 660

“garis air surut” ertinya persilangan satah air surut dengan daratan;

garisan sepanjang pinggir laut atau pantai semasa air surut;

“garis pangkal” ertinya garis pangkal sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 5;

“geodesi” ertinya suatu lengkungan yang memberikan jarak terdekat di antara dua titik di atas suatu permukaan yang ditetapkan;

“ketinggian air surut” ertinya kawasan daratan yang terbentuk secara semula jadi yang dikelilingi air dan timbul semasa air surut tetapi tenggelam semasa air pasang;

“laut wilayah” ertinya perairan wilayah Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969

[P.U. (A) 307A/1969];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi maritim;

“pelantar benua” ertinya pelantar benua Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83];

“zon ekonomi eksklusif” ertinya zon ekonomi eksklusif Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311];

“zon maritim” ertinya laut wilayah, pelantar benua dan zon ekonomi eksklusif Malaysia, atau mana-mana daripadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Seksyen 3

Undang-undang yang dipakai

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang tidak bercanggah atau yang selaras dengan peruntukan Akta ini hendaklah selainnya terus terpakai.

Garis Pangkal Zon Maritim 7

Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini, ungkapan “undang-undang bertulis” tidak termasuk Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Koordinat geografi titik pangkal

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan koordinat geografi titik pangkal kawasan yang dinyatakan.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibentangkan di hadapan setiap Dewan Parlimen dengan seberapa segera yang mungkin selepas penyiarannya.

Garis pangkal

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

garis air surut sepanjang pantai sebagaimana yang ditandakan dalam carta berskala besar;

Suggest a correction

(b)

garis air surut arah laut suatu terumbu sebagaimana yang ditunjukkan dengan simbol yang sesuai di atas carta; atau

Suggest a correction

(c)

garis air surut pada ketinggian air surut yang terletak keseluruhannya atau sebahagiannya pada jarak tidak melebihi lebar laut wilayah dari tanah besar atau sesuatu pulau.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), berkenaan dengan mana­

mana kawasan yang baginya koordinat geografi titik pangkal telah diisytiharkan di bawah seksyen 4, kaedah garis pangkal lurus yang ditafsirkan sebagai geodesik yang menghubungkan koordinat geografi titik pangkal berturutan yang telah diisytiharkan sedemikian boleh digunakan bagi menentukan zon maritim Malaysia.

Had zon maritim

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Yang di-Pertuan Agong, atas syor Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan garis batasan luar atau garis persempadanan bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana zon maritim

Malaysia.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan setiap Dewan Parlimen dengan seberapa segera yang mungkin selepas penyiarannya.

Peta dan carta

Suggest a correction

Seksyen 7

Akta 660

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyebabkan disediakan dan dikeluarkan apa-apa peta yang difikirkannya patut yang menunjukkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan koordinat geografi titik pangkal, garis pangkal, garis batasan luar dan garis persempadanan zon maritim Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

menyebabkan disediakan dan dikeluarkan apa-apa carta berskala besar atau carta berskala yang bersesuaian untuk penentuan kedudukan, sebagaimana yang difikirkannya patut, yang menunjukkan garis air surut sepanjang pantai dan boleh menyebabkan ditunjukkan pada carta itu apa-apa perkara lain yang disebut dalam perenggan (a).

Suggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan perenggan (1)(a) dan (b), peta atau carta itu hendaklah—

(a)

peta yang disediakan dan dikeluarkan masing-masingnya oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Malaysia atau carta yang disediakan dan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah

Hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia;

Suggest a correction

(b)

bertarikh dan diperakui sebagai suatu salinan peta atau carta yang benar dan betul berhubung dengan perkara-perkara yang terkandung dalamnya masing-masingnya oleh Ketua

Pengarah Ukur dan Pemetaan, Malaysia atau Ketua Pengarah

Hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia; dan

Suggest a correction

(c)

masing-masingnya disimpan di pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Malaysia atau Ketua Pengarah Hidrografi

Tentera Laut Diraja Malaysia.

Garis Pangkal Zon Maritim 9

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana peta atau carta yang disediakan dan dikeluarkan di bawah perenggan (2)(a) atau (b) hendaklah disiarkan dalam Warta dan, jika perlu, dalam apa-apa bentuk lain sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Menteri.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana peta atau carta yang disediakan dan dikeluarkan di bawah perenggan (2)(a) atau (b) boleh didapati oleh orang awam apabila fi yang ditetapkan dibayar.

Suggest a correction

(5)

Dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah, mana-mana peta atau carta yang disediakan dan dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan sebagai bukti prima facie tentang kandungan peta atau carta itu.

Perakuan Menteri

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Dalam mana-mana prosiding undang-undang atau prosiding lain, sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau di bawah kebenaran

Menteri yang mengandungi suatu pernyataan bahawa mana-mana lokasi geograi yang dinyatakan dalam perakuan itu, pada bila-bila masa yang material dalam prosiding itu, terletak di dalam mana-mana zon maritim Malaysia adalah—

(a)

suatu bukti muktamad mengenai kandungan pernyataan itu tanpa bukti formal tentang tandatangan atau jawatan rasmi orang yang dikatakan telah mengeluarkan perakuan itu; dan

Suggest a correction

(b)

boleh diterima sebagai keterangan dalam prosiding itu, tetapi pengemukaannya tidak boleh diwajibkan.

Peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kesan sepenuhnya kepada peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara di bawah Akta ini yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan.

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 660

Akta 660

AKTA Garis Pangkal zon maritim 2006

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

– Tiada –

Garis Pangkal Zon Maritim 11

Akta 660

AKTA Garis Pangkal Zon Maritim 2006

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– Tiada –

Common questions

What is AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006?
AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006 is Malaysia Act, cited as Act 660 2006, currently marked in force and first recorded in 2006.
Is AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006 still in force?
Yes — AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006 is currently in force.
When did AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006 take effect?
AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006 was first recorded in 2006.
How many sections does AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006 have?
AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006 contains 9 sections.
Where can I read the official version of AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006?
The official text of AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA GARIS PANGKAL ZON MARITIM 2006 (No. 660) | mylaw.my