PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2006/652
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006 is Malaysia Act, cited as Act 652 2006, currently marked in force and first recorded in 2006.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
undang-undang malaysia
Akta 652
akta pembangunan kemahiran kebangsaan 2006
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“iklan” ertinya apa-apa siaran, pekeliling, notis atau apa-apa komunikasi lisan atau bertulis, sama ada disiarkan melalui perantara elektronik atau apa-apa media lain, atau apa-apa pameran di atas apa-apa papan tanda atau binaan, struktur atau peralatan lain, atau apa-apa bentuk komunikasi elektronik kepada orang awam bagi maksud mempromosikan sesuatu penyedia latihan kemahiran atau program latihan;
“industri” ertinya apa-apa aktiviti ekonomi, dan termasuklah aktiviti pertanian, pengilangan dan perkhidmatan;
“Inspektor” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 37 untuk melaksanakan apa-apa kewajipan tugas berkaitan dengan pemeriksaan dan pengesahan;
“kemahiran” ertinya suatu kebolehan yang diperoleh dan yang diamalkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja dengan cekap;
“Ketua Pengarah” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah seksyen 17;
“kurikulum” ertinya kandungan anjuran suatu program penyelidikan yang telah dibuat oleh suatu penyedia latihan kemahiran yang menunjukkan aktiviti yang dijalankan, masa yang diuntukkan kepada setiap aktiviti, dan turutannya;
“latihan kemahiran” ertinya aktiviti yang berasaskan kerja dan berorientasikan industri yang bertujuan untuk mengadakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugas atau kerja dengan berkesan dan cekap, dan termasuklah latihan ulang kaji, lanjutan, pengemaskinian dan khusus yang berkaitan dengan kerja;
“Majlis” ertinya Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 40 untuk melaksanakan kewajipan yang berhubungan dengan penguatkuasaan dan penyiasatan;
“pelatih” ertinya seseorang yang menerima latihan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran;
“pengajar” ertinya seseorang yang bertanggungjawab bagi latihan kemahiran dan bagi membimbing, menyelia dan menilai kebolehan seseorang pelatih untuk mengasimilasikan aspek teori dan amali latihan itu;
“pentauliahan” ertinya suatu tatacara yang Ketua Pengarah menilai dan meluluskan sesuatu program latihan kemahiran;
“penyedia latihan kemahiran” ertinya suatu pertubuhan perbadanan, organisasi atau lain-lain kumpulan orang yang mengendalikan program latihan kemahiran yang maksud utamanya adalah bagi memenuhi kehendak Standard berkaitan;
“perkhidmatan awam” ertinya perkhidmatan awam di bawah
Perkara 132(1) Perlembagaan Persekutuan;
“premis” ertinya mana-mana bangunan atau tempat lain yang digunakan untuk latihan, penginapan dan kemudahan lain untuk pelatih dan kakitangan penyedia latihan kemahiran atau pusat bertauliah tetapi tidak termasuk mana-mana tanah yang didudukinya;
“program bertauliah” ertinya program latihan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah;
“program latihan” ertinya suatu kumpulan aktiviti latihan dan penilaian, dan hasil pembelajaran bagi suatu pekerjaan tertentu;
“pusat bertauliah” ertinya suatu penyedia latihan kemahiran yang telah diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu program bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu
Sijil;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
“Sijil” ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada seseorang oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 34;
“sijil pentauliahan” ertinya sijil yang dianugerahkan kepada penyedia latihan kemahiran untuk menjalankan suatu program bertauliah;
“Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia” ertinya polisi, mekanisme
Standard dan tatacara yang terlibat dalam penganugerahan suatu
Sijil oleh Ketua Pengarah;
“Standard” ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang diwujudkan di bawah Bahagian IV Akta ini;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 1(2).
Bahagian II
Penubuhan Majlis
Suatu badan dengan nama Majlis Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan ditubuhkan.
Fungsi Majlis
menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri; dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan dalam Akta ini.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 11
Keanggotaan Majlis
seorang anggota mewakili Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri;
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi;
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan;
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan usahawan;
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian; dan
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi kerja raya; dan
enam orang anggota mewakili sektor swasta;
dua orang anggota yang mempunyai, pada pendapat
Menteri, pengetahuan khas atau pengalaman dalam latihan kemahiran.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
Menteri hendaklah, dalam membuat pelantikan di bawah perenggan (1)(d) mengambil kira kepentingan kumpulan dan pertubuhan yang berkenaan dengan latihan kemahiran dan hendaklah memilih orang yang pada pendapatnya mungkin menyumbang secara berkesan kepada fungsi Majlis.
Menteri boleh bagi setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) dan (1)(d) melantik seseorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Majlis menggantikan anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir tanpa apa-apa sebab.
Apabila menghadiri mesyuarat Majlis menggantikan anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah disifatkan sebagai seorang anggota Majlis.
Timbalan Pengerusi
Timbalan Pengerusi hendaklah, semasa Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat, mempengerusikan mesyuarat itu.
Setiausaha
Ketua Pengarah hendaklah melantik seorang pegawai awam daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran menjadi setiausaha kepada Majlis.
Jawatankuasa
Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota
Majlis.
Pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), boleh dilantik oleh Majlis daripada kalangan anggotanya.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 13
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subsekyen (1)
boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat suatu jawatankuasa bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.
Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (4) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dengan kelulusan
Menteri.
Pelantikan, pelantikan semula, pembatalan dan peletakan jawatan
Menteri boleh melantik semula mana-mana anggota Majlis bagi tempoh tiga tahun.
Pelantikan mana-mana anggota Majlis boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota Majlis boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang dialamatkan kepada Menteri.
Anggota hendaklah menumpukan masa kepada Majlis
Tiap-tiap anggota Majlis hendaklah menumpukan masa kepada urusan Majlis sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.
Pengosongan jawatan
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti suatu denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Majlis atau selainnya, yang dengan sedemikian rupa telah mencemarkan nama baik
Majlis;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi, atau dalam hal Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, tanpa kebenaran
Menteri.
Mesyuarat
Dalam ketidakhadiran Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, anggota yang hadir pada mesyuarat hendaklah memilih seorang anggota di kalangan anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.
Jika atas apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh
Majlis terdapat suatu bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi,
Timbalan Pengerusi atau anggota jika dia yang mempengerusikan
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 15
mesyuarat, hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi dalam perbincangannya.
Majlis boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat
Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis bagi maksud membantu atau menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
Saraan atau elaun
Anggota Majlis dan mana-mana orang lain yang diundang untuk menghadiri sesuatu mesyuarat Majlis boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan.
Minit
Apa-apa minit yang dibuat mengenai sesuatu mesyuarat
Majlis hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang tanpa pembuktian selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat Majlis berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak untuk bertindak dengan sewajarnya.
Tatacara
Tertakluk kepada Akta ini, Majlis hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
Bahagian III
Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subsekyen (1)
atas kuasa, fungsi dan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi—
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai suatu meterai rasmi bagi pengesahan dokumen yang dikehendaki bagi maksud menjalankan kuasa, melaksanakan fungsi dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini.
Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri, boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Timbalan Ketua Pengarah
Pembangunan Kemahiran, sebagaimana yang perlu bagi maksud
Akta ini.
Menteri boleh melantik seorang pegawai awam menjadi
Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah,
Penolong Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.
Jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah tidak dapat menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya atau menunaikan kewajipannya, kuasa itu hendaklah diambil alih dan bolehlah dijalankan, fungsinya dilaksanakan dan kewajipannya ditunaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 17
Pewakilan kuasa
Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua Pengarah itu sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada Ketua Pengarah, yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Ketua Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, melaksanakan segala arahan sedemikian.
Bahagian IV
Penubuhan Standard
Ketua Pengarah boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan mana-mana orang, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan bagi pihaknya.
Semua Standard yang dibangunkan di bawah subseksyen (1) dan (2), hendaklah menjadi harta Kerajaan.
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
Semua Standard yang dibangunkan di bawah subseksyen (1) dan (2), hendaklah dikemukakan kepada Majlis untuk kelulusan.
Atas kelulusan oleh Majlis di bawah subseksyen (4), Standard itu hendaklah menjadi sebahagian daripada Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan.
Kajian semula dan perubahan Standard
Mana-mana perubahan pada mana-mana bahagian Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan hendaklah dikemukakan kepada
Majlis untuk kelulusan.
Penggunaan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
Bagi maksud menjalankan latihan kemahiran, semua program yang ditauliahkan hendaklah mematuhi Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan.
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan hendaklah digunakan sebagai ukuran kecekapan yang membawa kepada penganugerahan suatu Sijil.
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan boleh digunakan dalam apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 19
Bahagian V
Kriteria bagi pentauliahan
Mana-mana penyedia latihan kemahiran hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah untuk diluluskan program latihan kemahirannya sebagai suatu program bertauliah dan hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:
ia mempunyai kurikulum latihan yang berupaya untuk menyediakan latihan dan penilaian kemahiran bagi memenuhi kehendak Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan yang berkaitan;
ia mempunyai, atau mempunyai akses kepada premis, kemudahan latihan atau teknologi bagi maksud menyediakan latihan kemahiran dan menjalankan penilaian bagi memenuhi kehendak Standard yang berkaitan;
ia mempunyai pekerja atau, mempunyai akses kepada, pengajar yang berkelayakan dan berkemahiran serta berupaya menyediakan latihan dan penilaian kemahiran bagi memenuhi kehendak Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan; dan
ia boleh memenuhi polisi dan tatacara jaminan kualiti yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
Permohonan bagi pentauliahan
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri.
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pentauliahan dan sebelum menentukannya, Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis menghendaki penyedia latihan kemahiran untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan.
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh penyedia latihan kemahiran dalam tempoh yang ditentukan atau apa-apa tempoh lanjutan, sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi suatu permohonan baru boleh dibuat oleh penyedia latihan kemahiran.
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran hendaklah pada bila-bila masa yang munasabah memeriksa premis penyedia latihan kemahiran untuk menentusahkan kesahan permohonan.
Kuasa untuk melulus atau menolak permohonan
Selepas permohonan dipertimbangkan di bawah subseksyen 24(1), Ketua Pengarah boleh—
melulus permohonan itu dan mengeluarkan suatu sijil pentauliahan kepada penyedia latihan kemahiran bagi tempoh tiga tahun; atau
menolak permohonan itu, dengan menyatakan sebab-sebab penolakan.
Sijil pentauliahan
Penyedia latihan kemahiran hendaklah menyebabkan suatu salinan sijil pentauliahan dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat di premis yang dinyatakan pada sijil pentauliahan.
Atas penamatan untuk menyediakan latihan kemahiran bagi program yang ditauliahkan, penyedia latihan kemahiran itu hendaklah menyerahkan sijil pentauliahan kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga bulan dari tarikh penamatan itu.
Permohonan bagi pembaharuan pentauliahan
Setelah permohonan untuk pembaharuan pentauliahan dipertimbangkan, Ketua Pengarah boleh—
melulus permohonan itu dan mengeluarkan suatu sijil pentauliahan kepada penyedia latihan kemahiran bagi suatu tempoh lanjutan selama tiga tahun; atau
menolak permohonan itu, dengan menyatakan sebab-sebab penolakan.
Kuasa untuk mengenakan syarat
Ketua Pengarah boleh, pada masa itu atau selepas penganugerahan suatu sijil pentauliahan di bawah seksyen 25 atau 27, mengenakan apa-apa syarat jika difikirkan perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat atau mengenakan syarat-syarat baru atau tambahan dari semasa ke semasa.
Penggantungan atau pembatalan sijil pentauliahan
jika penyedia latihan kemahiran telah gagal mengekalkan
Standard dan kualiti yang dikehendaki;
jika penyedia latihan kemahiran telah melanggar mana-mana syarat yang telah dilampirkan pada sijil pentauliahan;
atau
Suatu notis bertulis tentang niat untuk menggantung atau membatalkan sijil pentauliahan hendaklah disampaikan kepada penyedia latihan kemahiran dan notis itu hendaklah menyatakan alasan penggantungan atau pembatalan itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
Notis penggantungan atau pembatalan sijil pentauliahan
Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya fakta itu disiarkan dalam surat khabar harian tempatan atau media elektronik, bagi makluman orang awam berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan sijil pentauliahan mana-mana penyedia latihan kemahiran.
Bahagian VI
Mana-mana orang yang terkilan dengan—
keengganan Ketua Pengarah di bawah perenggan 25(b)
untuk mengeluarkan suatu sijil pentauliahan;
keengganan Ketua Pengarah di bawah perenggan 27(2)(b)
untuk mengeluarkan pembaharuan pentauliahan; atau
penggantungan atau pembatalan suatu sijil pentauliahan di bawah seksyen 29, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis tentang keengganan, penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepada penyedia latihan kemahiran.
Kuasa Menteri ke atas rayuan
Menteri hendaklah memaklumkan keputusannya dalam subseksyen (1) secara bertulis kepada Ketua Pengarah dan orang yang membuat rayuan itu.
Keputusan Menteri ke atas rayuan
Keputusan Menteri ke atas sesuatu rayuan adalah muktamad.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 23
Bahagian VII
Penganugerahan Sijil
Ketua Pengarah boleh menganugerahkan, kepada mana-mana orang apabila menepati Standard dengan kelayakan kemahiran yang berikut:
Penyata Pencapaian.
Kehendak yang hendaklah dipenuhi sebelum Sijil boleh dianugerahkan
Tiada seorang pun boleh dianugerahkan Sijil melainkan dia memenuhi kehendak yang ditetapkan oleh Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia.
Pengiktirafan kelayakan kemahiran lain
Bagi maksud pengiktirafan di bawah subseksyen (1), Majlis boleh menubuhkan suatu jawatankuasa penilaian dan pengiktirafan untuk menasihat dan membuat cadangan kepada Majlis ke atas perkara yang berhubungan dengan pengiktirafan itu.
Bahagian VIII
Inspektor
Bagi maksud Akta ini, Ketua Pengarah boleh melantik mana-mana pegawai daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
pembangunan kemahiran sebagai Inspektor untuk melaksanakan kewajipan pemeriksaan dan pengesahan di bawah Akta ini.
Pemeriksaan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa
Inspektor hendaklah, dari semasa ke semasa, memeriksa penyedia latihan kemahiran di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dan sedang dipatuhi.
Kuasa untuk memeriksa penyedia latihan kemahiran
memasuki pada bila-bila masa mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis yang dipunyai atau yang digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, oleh suatu penyedia latihan kemahiran bagi maksud menyediakan latihan kemahiran bagi program yang ditauliahkan;
memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik yang difikirkannya perlu;
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik yang diperiksa di bawah perenggan
menghendaki mana-mana orang, sebagai seorang anggota lembaga pengarah, seorang ketua eksekutif, pekerja atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik, yang berada dalam milikan atau jagaan orang itu atau di bawah kawalannya atau dalam kuasanya untuk memberi berhubung dengan—
pengurusan penyedia latihan kemahiran; atau
latihan kemahiran yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 25
Bahagian IX
Pegawai penguat kuasa
Bagi maksud Akta ini, Ketua Pengarah boleh melantik mana-mana pegawai daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah sebagai pegawai penguat kuasa untuk melaksanakan apa-apa kewajipan yang berhubungan dengan penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberian kuasa itu.
Kuasa pegawai penguat kuasa
menguatkuasakan mana-mana peruntukan di bawah Akta ini.
Kuasa membuat pemeriksaan
Apa-apa pernyataan yang dibuat, oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di dalam mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
Pengemukaan dokumen, dsb.
Semasa menjalankan suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian ini pegawai penguat kuasa boleh—
menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, penyata kewangan, dokumen, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik; dan
memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik.
Penyitaan dokumen, dsb.
Jika seseorang pegawai penguat kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini, dia boleh menyita apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang dikemukakan di bawah seksyen 43
dan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di dalam mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.
Permohonan waran geledah
Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan, sedang digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat di dalam mana-mana premis, keterangan yang diperlukan untuk membuktikan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh memohon suatu waran geledah kepada seorang
Majistret dengan cara maklumat bertulis secara sumpah.
Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah
Jika Majistret berpuas hati bahawa adanya perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah yang membenarkan pegawai penguat kuasa,
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 27
pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—
untuk menggeledah dan menyita dan mengambil apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan, atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik—
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;
yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan tentang perlakuan kesalahan itu;
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, supaya boleh memasuki ke dalamnya;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia mempunyai kuasa untuk melakukan; atau
menahan tiap-tiap orang yang berada dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.
Kuasa untuk memasuki premis tanpa waran atau notis
Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, bagi maksud memastikan sama ada peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau terma dan syarat mana-mana pendaftaran atau pentauliahan di bawah Akta ini dipatuhi, mempunyai kuasa tanpa waran atau notis pada semua masa yang munasabah untuk memasuki ke dalam premis mana-mana penyedia latihan kemahiran di mana latihan kemahiran itu dijalankan dan membuat siasatan atau pemeriksaan yang difikirkan perlu bagi maksud itu.
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa, disebabkan kelengahan mendapatkan suatu waran geledah di bawah seksyen 46—
buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain yang dicari mungkin dialihkan atau diganggu; atau
keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan dalam, dan berkenaan dengan, premis itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen 46 secara sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat sedemikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Kuasa untuk mengelak
dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh
Menteri atau Ketua Pengarah, pegawai penguat kuasa itu boleh dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang disifatkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengelak premis itu.
Penyedia latihan kemahiran yang menggunakan premis yang telah dilak hendaklah—
dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan kepada Ketua Pengarah sijil pentauliahan;
dan
menanggung apa-apa kos yang ditanggung berbangkit daripada tindakan itu.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 29
Pengelakan itu hendaklah dibuka jika—
suatu perintah mahkamah diperoleh terhadap penyedia latihan kemahiran itu untuk berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu, mana-mana satu yang lebih awal.
Pegawai penguat kuasa yang melakukan tindakan di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan atau kerosakan pada premis yang dilak di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.
Apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah seksyen ini berkenaan dengan premis itu tidaklah menghalang pendakwaan terhadap mana-mana penyedia latihan kemahiran yang menggunakan premis itu yang berlawanan dengan Akta ini.
Pengemukaan kad kuasa
Kad kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
Tiada hak ke atas kos prosiding, ganti rugi atau relief lain, dsb.
Tiada seorang pun hendaklah, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disita atau ditahan dalam menjalankan atau berupa menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Bahagian ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah untuk pemulangan benda yang disita
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
atau ditahan itu, atau bayaran berdasarkan nilainya melainkan penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau berpatutan.
Bahagian X
Pengambilan pelatih tanpa sijil pentauliahan
Mana-mana orang yang mengambil pelatih bagi suatu program latihan yang didakwa sebagai program yang ditauliahkan tanpa suatu sijil pentauliahan yang sah di bawah seksyen 26 adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Larangan ke atas pengiklanan, dsb.
Tiada seorang pun boleh mempromosi suatu program latihan kemahiran sebagai suatu program yang ditauliahkan, sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, melainkan program latihan kemahiran itu telah ditauliahkan di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) dan (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kawalan pengiklanan
mengubahsuaikan iklan itu mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
menghentikan penyiaran atau pameran mana-mana iklan yang keseluruhannya atau sebahagiannya ialah suatu pengulangan iklan itu;
mengambil segala langkah yang praktik untuk menarik balik iklan itu daripada tiap-tiap penyiaran atau pamerannya;
atau
menyiarkan suatu pernyataan mengikut cara sebagaimana dengan iklan yang dikeluarkan sebelumnya untuk menarik balik atau mengubahsuaikan iklan itu.
Ketua Pengarah boleh mengubah, menambah kepada, mengubah pinda, membatalkan atau selainnya meminda apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), melalui notis secara bertulis kepada penyedia latihan kemahiran yang berkenaan.
Mana-mana iklan berhubung dengan penyedia latihan kemahiran itu hendaklah mengandungi nombor kelulusan pendaftaran penyedia latihan kemahiran dan pentauliahan program.
Mana-mana orang atau penyedia latihan kemahiran yang melanggar arahan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan persijilan
Mana-mana penyedia latihan kemahiran selain pusat yang ditauliahkan yang mengeluarkan atau menganugerahkan apa-apa persijilan yang didakwa sebagai mematuhi Standard melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penalti bagi pelanggaran syarat
Sesuatu penyedia latihan kemahiran yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah seksyen 28 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta
Mana-mana orang yang, semasa membuat permohonan bagi pentauliahan suatu program latihan kemahiran di bawah Akta ini, membuat apa-apa penyataan yang diketahuinya adalah palsu, atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan dalam apa-apa butiran material melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan sijil pentauliahan
sesuatu penyedia latihan kemahiran gagal untuk menyebabkan dipamerkan suatu salinan sijil pentauliahan mengikut subseksyen 26(2); atau
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 33
sesuatu penyedia latihan kemahiran yang telah terhenti daripada menyediakan latihan kemahiran gagal menyerahkan sijil pentauliahan itu kepada Ketua Pengarah mengikut subseksyen 26(3), penyedia latihan kemahiran itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan yang berhubungan dengan pemeriksaan, penguatkuasaan dan penyiasatan
Mana-mana orang—
yang gagal mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang dikehendaki oleh Inspektor di bawah seksyen 39; atau
yang menghalang atau enggan membenarkan seseorang
Inspektor di bawah seksyen 39 untuk—
memasuki mana-mana kawasan termasuk bangunan atau struktur di atasnya yang dipunyai atau digunakan oleh, sama ada secara tetap atau selainnya, atau sama ada didaftarkan atau tidak bagi kegunaan, oleh suatu penyedia latihan kemahiran;
memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik, yang difikirkannya perlu;
mengalih dan menahan apa-apa buku, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang pada pendapatnya, boleh dijadikan keterangan tentang pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
menghendaki mana-mana orang, sebagai seorang anggota lembaga pengarah, seorang ketua eksekutif, seorang pekerja atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, untuk mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang berada dalam milikan atau jagaan orang itu atau di bawah kawalannya atau dalam kuasanya untuk memberi yang berkenaan dengan pengurusan penyedia latihan kemahiran atau berkenaan dengan latihan kemahiran yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu.
yang disaman di bawah seksyen 42 dan tanpa alasan yang munasabah, gagal untuk hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, atau yang, setelah hadir, enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya menurut undang-undang;
yang gagal mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang dikehendaki oleh pegawai penguat kuasa di bawah seksyen 43;
yang memasuki premis yang dilak tanpa alasan yang munasabah atau keizinan bertulis daripada pegawai penguat kuasa;
yang memindahkan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik daripada premis yang dilak tanpa keizinan bertulis daripada pegawai penguat kuasa; atau
yang menggalang atau menghalang seorang pegawai penguat kuasa semasa menjalankan mana-mana kuasanya di bawah seksyen 41, 42, 43, atau 47, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penalti am
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 35
Penalti dalam hal kesalahan yang berterusan
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah, dalam hal kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh disabitkan ke atasnya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, dikenakan denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb.
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, perkongsian atau persatuan—
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang setaraf bagi pertubuhan perbadanan itu pada masa pelakuan kesalahan itu;
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa pelakuan kesalahan itu;
atau
dalam hal suatu persatuan, tiap-tiap pemegang jawatan persatuan itu pada masa pelakuan kesalahan itu, boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan, perkongsian atau persatuan dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berhati-hati yang munasabah atau bahawa dia telah melakukan segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku.
Tanggungjawab penyedia latihan kemahiran bagi kesalahan yang dilakukan oleh anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen
seorang ejen, penyedia latihan kemahiran, maka penyedia latihan kemahiran itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu.
Dalam sesuatu pendakwaan terhadap sesuatu penyedia latihan kemahiran di bawah subseksyen (1) berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh—
seorang ejen, penyedia latihan kemahiran itu, maka hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana penyedia latihan kemahiran yang didakwa di bawah subseksyen (1) jika penyedia latihan kemahiran itu membuktikan—
(aa) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau pembiaran penyedia latihan kemahiran itu; atau
(ab) bahawa penyedia latihan kemahiran itu telah—
mengambil segala langkah berhati-hati yang munasabah; dan
menjalankan segala usaha yang wajar, untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya diambil dan dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu, dengan mengambil kira jenis fungsi anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen atas sifat itu dan segala hal keadaan.
Pengkompaunan kesalahan
Akta ini telah dilakukan oleh orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah—
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu bolehlah dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan kepada jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
Semua jumlah wang yang diterima oleh jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Pemulaan pendakwaan
Pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran bertulis Pendakwa
Raya.
Anggapan
Akta ini apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau pernyataan, sama ada bertulis atau tidak, adalah—
palsu atau tidak benar pada keseluruhan atau sebahagiannya; atau 38
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
mengelirukan dalam apa-apa hal material, maka hendaklah dianggapkan sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau pernyataan itu adalah palsu atau tidak benar pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau membekalkannya.
Bahagian XI
Pengiktirafan Sijil
Sijil yang dianugerahkan di bawah seksyen 34 Akta ini hendaklah dipertimbangkan bagi maksud kelayakan masuk bekerja ke dalam perkhidmatan awam, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan mengikut cara dan tatacara yang ditentukan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam.
Pekhidmat awam
Tiap-tiap orang yang dilantik, atau yang secara sah menjalankan kuasa seseorang yang dilantik di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau diteruskan terhadap Ketua Pengarah atau terhadap mana-mana pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Menteri atau Ketua Pengarah di dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa perkara yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan di bawah Akta ini—
dengan munasabahnya mempercayai bahawa perkara itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk disampaikan;
atau
semua sijil pentauliahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 26 yang mengandungi semua butir berkaitan dengan penyedia latihan kemahiran dan program yang bertauliah yang dijalankan oleh mereka;
Orang awam boleh membuat suatu carian pada daftar dengan membayar fi yang ditetapkan.
Obligasi kerahsiaan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
40
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan—
tatacara, cara dan borang bagi penilaian dan pengiktirafan kelayakan kemahiran;
tatacara, cara dan borang bagi permohonan bagi ujian kemahiran dan penganugerahan kelayakan kemahiran;
fi dan caj yang dikenakan berkenaan apa-apa perkara yang dilakukan di bawah Akta ini;
tatacara yang hendaklah diikuti berkenaan dengan pengiklanan oleh penyedia latihan kemahiran;
kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu;
tatacara, cara dan bentuk penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini; atau
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan adalah suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kuasa Menteri untuk mengecualikan
mana-mana penyedia latihan kemahiran yang didaftarkan sewajarnya di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa berkenaan dengan latihan kemahiran;
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 41
mana-mana penyedia latihan kemahiran, daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Menteri boleh, pada bila-bila masa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi patut diberikan.
Bahagian XII
Pentauliahan program latihan kemahiran selepas permulaan kuat kuasa Akta ini
Mana-mana orang atau kumpulan orang, yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, menjalankan aktiviti latihan kemahiran boleh terus berbuat demikian dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan, tetapi dalam tempoh itu orang atau kumpulan orang itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, memohon bagi pentauliahan di bawah Akta ini.
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
undang-undang MALAYSIA
Akta 652
Akta Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan 2006
senarai Pindaan
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
–Tiada–
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 43
undang-undang MALAYSIA
Akta 652
Akta Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan 2006
senarai seksyen yang dipinda
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
–Tiada–