PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
/akn/my/act/act/2006/654
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 2006 is Malaysia Act, cited as Act 654 2006, currently marked in force and first recorded in 2006.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Akta ini terpakai bagi
Semenanjung
Malaysia dan
Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 13;
“Kumpulan
Wang”
ertinya
Kumpulan
Wang
Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;
“pekerja” ertinya orang yang diambil khidmat oleh Suruhanjaya;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(a);
“perkhidmatan bekalan air” ertinya perawatan air yang diambil dari alur air dan pengagihan dan pembekalan air yang telah dirawat kepada pengguna dan termasuk pengendalian dan penyenggaraan sistem bekalan air;
“perkhidmatan pembetungan” ertinya pengumpulan, pembawaan, perawatan dan pelupusan kumbahan atau enap cemar kumbahan, dan termasuklah pengendalian dan penyenggaraan sistem pembetungan dan penyahenap cemar tangki septik;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan”
ertinya Akta ini dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], dan termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 9
Bahagian II
Penubuhan Suruhanjaya
Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut—
berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih—
memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan
memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta dan kepentingan yang terletak hak pada Suruhanjaya.
Meterai perbadanan
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota
Suruhanjaya atau seseorang pekerja yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya bagi maksud itu.
Meterai perbadanan
Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Suruhanjaya
tidak kurang daripada lapan tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang lain, yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 11
kewangan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau yang selainnya sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan dan pengalaman mereka yang khas.
Menteri boleh meminda peruntukan Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota
Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai
Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak boleh melaksanakan tugas jawatannya.
Akuan berkanun oleh anggota Suruhanjaya
Pengerusi selama tempoh apabila—
Jika seseorang anggota Suruhanjaya memperoleh apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya, dalam apa-apa usaha yang melibatkan perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan dia hendaklah, dalam masa satu bulan selepas pemerolehan itu, memberikan notis secara bertulis kepada Menteri
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
dengan menyatakan kepentingan yang telah diperoleh itu, dan Menteri boleh, selepas menimbangkan perkara itu, jika difikirkannya patut, mengisytiharkan bahawa anggota itu telah mengosongkan jawatannya.
Kelulusan untuk memegang jawatan lain
Pengerusi tidak boleh, semasa memegang jawatan itu, memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain, sama ada yang dibayar saraan atau tidak, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri.
Tempoh jawatan
Seseorang anggota Suruhanjaya layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan selama lebih daripada tiga tempoh.
Semua anggota lain Suruhanjaya hendaklah dibayar apa-apa elaun pada kadar yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 13
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Seseorang anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai
Eksekutif, boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Suruhanjaya atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Suruhanjaya;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan tugasnya;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Suruhanjaya tanpa kebenaran Menteri;
dalam hal seorang anggota Suruhanjaya selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada
Pengerusi;
Eksekutif, hendaklah menjadi kosong—
Suruhanjaya boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Suruhanjaya boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 15
Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk pada, dan hendaklah bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh
Suruhanjaya.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada
Suruhanjaya dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya selepas berunding dengan Menteri.
Penzahiran kepentingan
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum
Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota
Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota
Suruhanjaya atau jawatankuasa, termasuklah—
anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 17
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, ertinya—
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya adalah seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian
*Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya adalah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
Bahagian III
Fungsi Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang dikenakan ke atasnya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan hendaklah juga mempunyai fungsi-fungsi yang berikut:
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
menasihati Menteri tentang segala perkara berhubung dengan objektif dasar kebangsaan bagi undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan melaksanakan dan memajukan objektif dasar kebangsaan itu;
melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan menimbangkan dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;
memastikan daya pengeluaran industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan dan memantau pengendali mematuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan, obligasi berkontrak dan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan;
menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian industri itu dan secara khususnya pengurangan air tidak terhasil melalui program jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang;
menasihati Menteri tentang mekanisme yang adil dan cekap bagi menentukan tarif yang adil kepada kedua-dua pengguna dan pemegang lesen dan melaksanakan tarif yang telah ditetapkan melalui mekanisme dan alat yang sesuai;
memastikan matlamat pembangunan negara berkenaan dengan liputan, pembekalan dan akses kepada perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan tercapai;
memastikan pengekalan kualiti air dan perkhidmatan pembetungan secara jangka panjang melalui pembangunan modal kerja yang berterusan;
merumuskan dan melaksanakan rancangan supaya semua permintaan yang munasabah bagi perkhidmatan pembetungan dipenuhi dan melalui perundingan dengan
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 19
pihak berkuasa yang berkaitan, menyediakan suatu rancangan kawasan tadahan pembetungan yang merumuskan dasar dan cadangan am berkenaan dengan pembangunan apa-apa sistem pembetungan yang baharu dan langkah-langkah bagi pembaikan mana-mana sistem pembetungan yang sedia ada;
menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
dan
menasihati
Menteri secara amnya mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.
Kuasa Suruhanjaya
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa—
untuk menggunakan semua harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk menggadaijanjikan harta itu bagi pemerdapatan pinjaman;
untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya;
untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya;
untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan program pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya dengan patut dan berkesan;
untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi Suruhanjaya; dan
untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.
Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya
Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 21
Arahan oleh Menteri
Menteri boleh memberi Suruhanjaya arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah melaksanakan arahan itu.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusan dan dasar Suruhanjaya dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Sekatan ke atas penggunaan lambang atau representasi
Suruhanjaya
Lambang atau representasi yang dipilih atau dicipta oleh
Suruhanjaya hendaklah disiarkan dalam Warta.
Mana-mana orang yang menggunakan suatu lambang atau representasi Suruhanjaya tanpa mendapatkan kelulusan bertulis
Suruhanjaya, atau menggunakan apa-apa lambang atau representasi
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
yang menyerupai lambang atau representasi Suruhanjaya, atau mencipta apa-apa lambang atau representasi yang merujuk kepada
Suruhanjaya hingga memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, atau berkemungkinan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian IV
Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pegawai
Eksekutif apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari
Suruhanjaya pada keseluruhannya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai lain Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Menteri dan Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am
Suruhanjaya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 23
Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif
Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana pegawai
Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
Ketua Pegawai Eksekutif, kerana apa-apa sebab lain, tidak boleh melaksanakan tugas jawatannya.
Pelantikan pekerja
Suruhanjaya untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama tempoh apabila—
Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa melantik dan mengambil khidmat apa-apa bilangan pekerja yang difikirkan wajar dan perlu oleh Suruhanjaya dan atas apa-apa terma yang didapatinya sesuai bagi menjalankan maksud undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.
Syarat perkhidmatan
Suruhanjaya boleh menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya.
Tatatertib
Suruhanjaya boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pekerjanya.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan
Suruhanjaya boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Pembayaran faedah persaraan, dsb.
Suruhanjaya boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pekerjanya dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan, kaedah, dasar, surat pekeliling dan arahan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini.
Bahagian V
Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dari semasa ke semasa;
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 25
semua atau mana-mana bahagian fi lesen atau fi lain, caj pentadbiran, levi atau caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;
semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Suruhanjaya;
semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh
Suruhanjaya;
semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Suruhanjaya;
semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya;
Walau apa pun perenggan 27(2)(b), wang yang disebut dalam perenggan itu yang melebihi kehendak kewangan Suruhanjaya bagi pelaksanaan fungsinya boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.
Walau apa pun subseksyen (2), apa-apa wang yang disumbangkan bagi Kumpulan Wang Industri Air dan Kumpulan
Wang Sumbangan Modal Pembetungan di bawah Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 tidak menjadi sebahagian daripada Kumpulan
Wang.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota
Suruhanjaya, anggota jawatankuasa dan pekerja
Suruhanjaya, termasuk pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan perolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman dan fi serta kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;
membeli atau menyewa kelengkapan, mesin dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;
membayar balik wang yang dipinjam di bawah seksyen 32 dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;
memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya di bawah seksyen 24; dan
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 27
Pemeliharaan Kumpulan Wang
Menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memelihara Kumpulan
Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Suruhanjaya mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan bunga atas modal dari setahun ke setahun.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum 1 September setiap tahun, Suruhanjaya hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaannya
(termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan) bagi tahun yang berikutnya kepada Menteri dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Suruhanjaya amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).
Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada
Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Akaun bank
Suruhanjaya hendaklah membuka dan menyenggarakan akaun atau akaun-akaun dengan bank atau bank-bank di Malaysia
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh Suruhanjaya bagi maksud itu dari semasa ke semasa.
Kuasa untuk meminjam
Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh
Suruhanjaya bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana kewajipannya.
Pelaburan
Wang Suruhanjaya hendaklah, setakat yang tidak diperlukan untuk dibelanjakan dengan segera oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Had untuk berkontrak
yang melebihi sepuluh juta ringgit tetapi tidak melebihi lima puluh juta ringgit, dengan kelulusan Menteri; atau
yang melebihi lima puluh juta ringgit, dengan kelulusan
Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 29
Tatacara kewangan
Suruhanjaya dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun—
Tertakluk pada Akta ini, Suruhanjaya hendaklah menentukan tatacara kewangannya sendiri.
Tahun kewangan
Tahun kewangan Suruhanjaya hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Akaun dan laporan
suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
Bahagian VI
Pendakwaan
Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis daripada Pendakwa
Raya.
Pekhidmat awam
Pengerusi, anggota Suruhanjaya dan mana-mana jawatankuasa, dan pekerja dan ejen Suruhanjaya, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini sebagai Pengerusi, anggota, pekerja atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya atau seorang anggota Suruhanjaya, seorang anggota jawatankuasa, dan seorang pekerja atau ejen
Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat sedemikian.
Obligasi kerahsiaan
tiada anggota
Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pekerja atau ejen
Suruhanjaya atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya; dan
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pewakilan dalam prosiding sivil
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 31
dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang dalamnya
Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
Kuasa untuk mengambil khidmat
Suruhanjaya boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, perunding dan orang lain, untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi menjalankan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Suruhanjaya sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Suruhanjaya daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi
Suruhanjaya.
JADUAL
[Seksyen 5]
Masa dan tempat mesyuarat
1. (1)
Suruhanjaya hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat.
(2)
Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya empat anggota
Suruhanjaya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 33
Kuorum
2. Pengerusi dan empat anggota Suruhanjaya yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Suruhanjaya.
Undi pemutus
3. Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Suruhanjaya boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
4. (1)
Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Suruhanjaya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
(2)
Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Ketetapan tanpa bermesyuarat
5. (1)
Sesuatu ketetapan dianggap telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat
Suruhanjaya jika—
semua anggota Suruhanjaya telah dimaklumkan tentang ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memaklumkan semua anggota Suruhanjaya tentang ketetapan yang dicadangkan itu; dan
tanpa bermesyuarat, semua anggota Suruhanjaya menandakan persetujuan tentang ketetapan itu mengikut cara yang ditentukan oleh
Suruhanjaya di bawah subperenggan (2).
(2)
Subperenggan (1) terpakai hanya jika Suruhanjaya—
memutuskan bahawa subperenggan itu terpakai; dan
memutuskan cara yang dengannya anggota Suruhanjaya boleh menandakan persetujuan tentang ketetapan itu.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
Minit
6. (1)
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2)
Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Suruhanjaya, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.
(3)
Tiap-tiap mesyuarat Suruhanjaya yang berkenaan dengannya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Tatacara
7. Suruhanjaya boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Kesahan perbuatan dan prosiding
8. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Suruhanjaya; atau
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya
9. Anggota Suruhanjaya hendaklah menumpukan masa kepada urusan
Suruhanjaya sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan.
35
Akta 654
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1699
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(Pindaan) 2023 01-02-2024
36
Akta 654
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
9
Akta A1699
01-02-2024 16
Akta A1699
01-02-2024 17
Akta A1699
01-02-2024 19A
Akta A1699
01-02-2024 23
Akta A1699
01-02-2024 23A
Akta A1699
01-02-2024 31
Akta A1699
01-02-2024 34
Akta A1699
01-02-2024 35
Akta A1699
01-02-2024