/akn/my/act/act/1991/469

*AKTA OPTIK 1991

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1991
Sections
23
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA OPTIK 1991 is Malaysia Act, cited as Act 469 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran orang yang menjalankan amalan sebagai juruoptik dan optometris, bagi mengawal amalan optometri, dan perkara yang berkaitan dengannya. [Seluruh Malaysia; Bahagian I & II─1 Februari 1992, P.U. (B) 39/1992; seluruh Malaysia; Bahagian III, IV & V─1 Disember 1992, P.U. (B) 650/1992] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan

Menteri boleh—

(a)

menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini;

Suggest a correction

(b)

menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa yang berlainan bagi bahagian yang berlainan di Malaysia.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Tafsiran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“alat optik” ertinya sesuatu alat yang direka bentuk untuk membetulkan, memulihkan atau meringankan apa-apa keabnormalan refraktif atau kecacatan optik pada penglihatan;

“anggota” ertinya anggota Majlis;

“Daftar” ertinya Daftar yang disimpan mengikut seksyen 17;

“institusi pengajian tinggi” ertinya Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

[Akta 30];

“juruoptik berdaftar” ertinya seseorang juruoptik yang didaftarkan di bawah seksyen 18;

“kanta mata” ertinya kanta yang digunakan untuk membetulkan, memulihkan atau meringankan apa-apa keabnormalan refraktif atau kecacatan optik pada penglihatan;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

“Majlis” ertinya Majlis Optik Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“optometri” ertinya penggunaan kaedah bagi mengukur daya penglihatan, atau penyesuaian kanta atau prisma mata untuk membantu daya penglihatan, atau kedua-duanya;

“optometris berdaftar” ertinya seseorang optometris yang berdaftar di bawah seksyen 19;

“orang berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 18 atau 19 dan termasuk seseorang yang didaftarkan sementara di bawah subseksyen 18(3);

Optik 9

“pakar oftalmologi” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah Akta

Perubatan 1971 [Akta 50] dan yang mengkhususkan diri dalam penjagaan keadaan mata;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang disebut dalam seksyen 16;

“pengamal perubatan” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah

Akta Perubatan 1971;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis;

“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah

Kesihatan, Malaysia.

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya yang hendaklah dikenali sebagai Majlis Optik Malaysia.

Seksyen 4

Keanggotaan Majlis

Open as pageSuggest a correction

(a)

Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Pengerusi;

Suggest a correction

(b)

Timbalan Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi

Timbalan Pengerusi;

Suggest a correction

(c)

dua orang pakar oftalmologi yang bermastautin di Malaysia, seorang daripadanya hendaklah daripada sektor awam, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Suggest a correction

(d)

dua orang optometris berdaftar yang bermastautin di Malaysia yang hendaklah dipilih oleh optometris berdaftar yang bermastautin di Malaysia;

Suggest a correction

(e)

dua orang juruoptik berdaftar yang bermastautin di Malaysia yang hendaklah dipilih oleh juruoptik berdaftar yang bermastautin di Malaysia;

Suggest a correction

(f)

seorang wakil daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus atau program dalam optometri, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Majlis yang pertama hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Pengerusi;

Suggest a correction

(b)

Timbalan Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi

Timbalan Pengerusi;

Suggest a correction

(c)

dua orang pakar oftalmologi yang bermastautin di Malaysia, seorang daripadanya hendaklah daripada sektor awam, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(d)

dua orang yang bermastautin di Malaysia dan layak didaftarkan sebagai optometris di bawah Akta ini, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(e)

dua orang yang bermastautin di Malaysia dan layak didaftarkan sebagai juruoptik di bawah Akta ini, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(f)

seorang wakil daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus atau program dalam optometri, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kerana dia sakit, tidak ada di Malaysia atau apa-apa sebab lain, fungsinya hendaklah dijalankan oleh Timbalan Pengerusi.

Optik 11

Suggest a correction

(3)

,

Pengerusi boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Timbalan Pengerusi yang, pada menjalankan fungsi itu, hendaklah tertakluk pada kawalan, pengawasan dan arahan Pengerusi.

Tempoh jawatan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri hendaklah, pada melantik anggota yang disebut dalam perenggan 4(2)(c), (d) dan (e), memastikan bahawa tempoh jawatan seorang daripada anggota yang dilantik di bawah setiap perenggan itu habis tempoh satu tahun lebih awal daripada tempoh jawatan anggota yang satu lagi yang dilantik di bawah perenggan yang sama.

Suggest a correction

(3)

Jika jawatan seseorang anggota menjadi kosong sebelum habis tempoh jawatannya, orang yang dilantik atau dipilih untuk mengisi kekosongan itu hendaklah memegang jawatan selama tempoh jawatan yang belum habis bagi anggota yang jawatannya telah menjadi kosong itu.

Saraan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota Majlis berhak mendapat pembayaran ganti bagi apa-apa perbelanjaan yang semunasabahnya dilakukan olehnya pada menjalankan tugas atau fungsinya di bawah Akta ini.

Kewarganegaraan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh dilantik atau dipilih menjadi anggota melainkan jika dia warganegara Malaysia.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Seksyen 8

Pengosongan jawatan

Open as pageSuggest a correction

Seseorang anggota yang dilantik atau dipilih di bawah subseksyen 4(1) atau (2) hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya—

(b)

jika dia menjadi bankrap yang belum dilepaskan;

Suggest a correction

(d)

jika dia telah disabitkan oleh mahkamah di Malaysia atau di tempat lain atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan

(sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

Suggest a correction

(e)

jika dia meletakkan jawatannya secara bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi dan peletakan jawatan itu diterima oleh Pengerusi;

Suggest a correction

(f)

jika dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis berturut-turut tanpa kebenaran Majlis; atau

Suggest a correction

(g)

jika dia berhenti menjadi pakar oftalmologi, juruoptik berdaftar atau optometris berdaftar.

Mesyuarat Majlis

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, melalui notis secara bertulis kepada setiap orang anggota, mengarahkan supaya suatu mesyuarat diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu.

Optik 13

Suggest a correction

(3)

Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Tatacara mesyuarat

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Majlis,

Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat dan jika kedua-duanya tidak hadir, anggota yang hadir pada mesyuarat itu hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Suggest a correction

(3)

Pengerusi atau

Timbalan

Pengerusi, apabila dia mempengerusikan sesuatu mesyuarat, hendaklah mempunyai undi pemutus.

Suggest a correction

(4)

Pada sesuatu mesyuarat Majlis, lima orang anggota membentuk kuorum.

Suggest a correction

(5)

Semua soalan yang dikemukakan dalam mesyuarat Majlis hendaklah diputuskan dengan majoriti biasa anggota yang hadir dan mengundi.

Suggest a correction

(6)

Tertakluk pada Akta ini, tatacara Majlis hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majlis boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini, selain kuasa perwakilan ini, kepada mana-mana jawatankuasa yang dilantik dalam kalangan anggota Majlis.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Suggest a correction

(3)

Sesuatu perwakilan di bawah subseksyen (2) boleh dibatalkan oleh Majlis dan tidaklah menghalang Majlis daripada menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 12

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Majlis atau mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Majlis berkenaan dengan apa-apa tindakan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian.

Seksyen 13

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota Majlis, semasa menjalankan kewajipan mereka sebagai anggota yang sedemikian itu, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 14

Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan am yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Majlis hendaklah melaksanakan arahan itu.

Seksyen 15

Penyata

Open as pageSuggest a correction

Majlis hendaklah memberi Menteri segala penyata dan maklumat berkenaan dengan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh

Menteri dari semasa ke semasa.

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(3)

Menteri boleh melantik seorang pegawai awam, yang tidak semestinya anggota Majlis, menjadi Timbalan Pendaftar.

Suggest a correction

(4)

Pendaftar boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kepada Timbalan Pendaftar yang, pada menjalankan fungsi itu, hendaklah tertakluk pada kawalan, pengawasan dan arahan Pendaftar.

Daftar

Suggest a correction

Seksyen 17

Optik 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Daftar boleh mengandungi apa-apa butir yang ditetapkan oleh Majlis.

Suggest a correction

(3)

Pendaftar hendaklah bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan penjagaan Daftar mengikut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Daftar hendaklah disifatkan sebagai dokumen awam mengikut pengertian Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

Suggest a correction

(5)

Suatu perakuan di bawah tandatangan bahawa mana-mana orang—

(a)

didaftarkan atau tidak didaftarkan di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

pernah atau tidak pernah pada bila-bila masa didaftarkan di bawah Akta ini, hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang perkara yang disebut dalam perakuan itu.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Orang yang berhak didaftarkan sebagai juruoptik

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majlis boleh membenarkan pendaftaran mana-mana orang sebagai juruoptik jika dia memuaskan hati Majlis bahawa dia berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun, ialah seorang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai juruoptik dan—

(a)

telah menjalankan amalan mempreskripsi dan mendispens kanta mata selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa; atau

Suggest a correction

(b)

mempunyai kelulusan yang tidak dinyatakan dalam Jadual

Pertama tetapi kelulusan itu dianggap disifatkan sesuai oleh Menteri, selepas berunding dengan Majlis, bagi maksud pendaftaran.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Majlis boleh, tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Majlis, membenarkan seseorang—

(a)

yang sedang menghadiri suatu kursus yang membawa kepada mana-mana kelulusan yang dinyatakan dalam

Suggest a correction
Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama; dan

(b)

yang dikehendaki menjalani latihan amali sebagai sebahagian daripada kursus itu, didaftarkan sementara dalam Daftar juruoptik selama tempoh latihan amali itu dan, walau apa pun seksyen 29, orang itu boleh menjalankan amalan seolah-olah dia ialah seorang juruoptik berdaftar.

(4)

Jika Majlis berpuas hati bahawa seseorang yang telah didaftarkan sementara di bawah subseksyen (3)—

Optik 17

(a)

tidak atau tidak lagi menghadiri suatu kursus yang membawa kepada mana-mana kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

(b)

tidak atau tidak lagi menjalani latihan amali sebagai sebahagian daripada kursus itu; atau

(c)

telah melanggar apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atasnya,

Majlis boleh membatalkan pendaftaran sementara orang itu dan memerintahkan supaya namanya dipotong daripada Daftar.

Orang yang berhak didaftarkan sebagai optometris

19. (1)

Mana-mana orang berhak didaftarkan sebagai optometris jika dia memuaskan hati Majlis bahawa dia berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun, ialah seorang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai optometris dan memegang mana-mana kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(2)

Majlis boleh membenarkan pendaftaran mana-mana orang sebagai optometris jika dia memuaskan hati Majlis bahawa dia berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun, ialah seorang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai optometris dan mempunyai kelulusan yang tidak dinyatakan dalam Jadual Kedua tetapi kelulusan itu dianggap sesuai oleh Menteri, selepas berunding dengan Majlis, bagi maksud pendaftaran.

Cara pendaftaran

20. (1) Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana orang yang mahu supaya didaftarkan di bawah Akta ini boleh memohon kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan.

(2)

Pendaftaran di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan dengan mencatatkan dalam Daftar butir-butir pemohon sebagaimana yang ditetapkan apabila fi yang ditetapkan dibayar.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

(3)

Tiap-tiap catatan dalam Daftar hendaklah ditandatangani oleh

Pengerusi.

(4)

Jika seseorang didaftarkan di bawah Akta ini, Majlis hendaklah menyebabkan supaya dikeluarkan kepadanya suatu perakuan pendaftaran di bawah tandatangan Pengerusi.

(5)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi sesuatu permohonan bagi pendaftaran sementara di bawah subseksyen 18(3) dan bagi pendaftaran sementara itu sendiri.

Bidang kuasa tatatertib Majlis

21. (1)

Majlis hendaklah mempunyai bidang kuasa tatatertib ke atas semua orang berdaftar.

(2)

Majlis boleh menjalankan bidang kuasa tatatertib ke atas mana-mana orang berdaftar—

(a)

yang pendaftarannya telah diperoleh secara fraud atau salah nyataan;

(b)

yang diploma, sijil atau kelulusannya yang lain telah ditarik balik atau dibatalkan oleh universiti, kolej atau badan yang menganugerahkannya;

(c)

yang telah disabitkan oleh mahkamah di Malaysia atau di tempat lain atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau yang telah dijatuhi hukuman pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja, atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang lebih daripada satu tahun; atau

(d)

yang tidak berhak didaftarkan pada masa dia didaftarkan.

Hukuman tatatertib

22. (1)

Majlis boleh, pada menjalankan bidang kuasa tatatertibnya, mengenakan mana-mana hukuman yang berikut:

Optik 19

(a)

memerintahkan supaya nama orang berdaftar itu dipotong daripada Daftar;

(b)

memerintahkan supaya nama orang berdaftar itu digantung daripada Daftar selama suatu tempoh yang difikirkannya patut;

(c)

membuat mana-mana perintah di atas tetapi menggantung pelaksanaannya, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, selama suatu tempoh atau tempoh tidak melebihi dua tahun; atau

(d)

memerintahkan supaya orang berdaftar itu dicela.

(2)

Majlis boleh, dalam mana-mana kes, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan pembayaran kos

Pendaftar dan mana-mana pengadu atau orang berdaftar itu.

(3)

Apa-apa kos yang diawardkan di bawah subseksyen (2) boleh didapatkan sebagai hutang sivil.

Siasatan

23. (1) Sebelum membuat apa-apa perintah tatatertib, Majlis hendaklah mengadakan suatu siasatan.

(2)

Orang berdaftar yang terhadapnya apa-apa pengaduan dibuat boleh diwakili oleh seorang peguam atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh orang berdaftar itu secara bertulis.

(3)

Dalam menjalankan siasatan, Majlis tidak terikat oleh peruntukan Akta Keterangan 1950 atau oleh mana-mana tatacara undang-undang tetapi boleh menjalankan siasatan mengikut cara yang difikirkannya patut.

(4)

Majlis boleh melantik seorang peguam untuk membantu Majlis.

(5)

Majlis boleh menggantung, buat sementara waktu, pendaftaran orang berdaftar sementara menunggu keputusan Majlis atau pemberesan mana-mana rayuan.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Penyerahan balik perakuan pendaftaran

24. (1) Jika nama seseorang orang berdaftar telah diperintahkan oleh

Majlis supaya dipotong daripada Daftar, orang itu hendaklah menyerahkan perakuan pendaftarannya kepada Majlis dalam tempoh empat belas hari daripada penerimaan perintah itu.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan.

Rayuan

25. (1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa perintah yang dibuat berkenaan dengannya oleh Majlis di bawah seksyen 22

boleh merayu, mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini, kepada Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (6) dan Lembaga Rayuan itu boleh, berikutan dengan itu, mengesah, mengakas atau mengubah perintah yang dirayukan itu atau memberikan apa-apa perintah yang difikirkannya adil atau patut.

(2)

Lembaga Rayuan boleh, dalam mana-mana kes, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan pembayaran kos, dan apa-apa kos yang diawardkan boleh didapatkan sebagai hutang sivil.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga Rayuan tidaklah mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan terhadap sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 22 melainkan jika notis rayuan diberikan dalam masa satu bulan daripada penyampaian perintah itu.

(4)

Majlis hendaklah memberikan kuat kuasa kepada apa-apa keputusan yang dibuat oleh Lembaga Rayuan.

(5)

Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, suatu Lembaga Rayuan hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada—

Optik 21

(a)

seorang Hakim Mahkamah Tinggi, sebagai Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara; dan

(b)

dua orang lain yang hendaklah dilantik oleh

Yang di-Pertuan Agong.

(7)

Seseorang anggota Lembaga Rayuan hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat cara yang melantiknya dan adalah layak untuk dilantik semula.

(8)

Tertakluk pada Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, tatacara Lembaga Rayuan hendaklah ditentukan oleh Lembaga itu.

Pemotongan nama oleh sebab kelemahan fizikal atau mental

26. (1) Tanpa menjejaskan subseksyen 18(4) dan seksyen 22, Majlis boleh memerintahkan supaya nama mana-mana orang berdaftar dipotong daripada Daftar jika Majlis berpuas hati bahawa orang berdaftar itu tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, untuk menjalankan tugasnya sebagai juruoptik atau optometris.

(2)

Bagi maksud memuaskan hatinya bahawa mana-mana orang berdaftar tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, untuk menjalankan tugasnya sebagai juruoptik atau optometris, Majlis hendaklah melantik suatu Lembaga Kajian Semula Perubatan yang hendaklah terdiri tidak kurang daripada tiga orang pengamal perubatan untuk menjalankan siasatan atas setiap kes dan membuat apa-apa syor yang difikirkan patut oleh Lembaga itu.

(3)

Seksyen 24 dan 25 hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang namanya telah diperintahkan supaya dipotong daripada Daftar di bawah seksyen ini.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Perubahan kepada Daftar

27. Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika

Majlis berpuas hati bahawa seseorang orang berdaftar—

(a)

telah meninggal dunia;

(b)

tidak lagi menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris di Malaysia; atau

(c)

diterima masuk atau dikurung dalam mana-mana hospital mental di bawah mana-mana undang-undang,

Majlis hendaklah menyebabkan supaya namanya dan semua butir yang berhubungan dengannya dipotong daripada Daftar yang berkenaan.

Pemasukan semula nama dalam Daftar

28. (1)

Jika nama seseorang orang berdaftar telah dipotong daripada

Daftar, dia boleh memohon supaya namanya dimasukkan semula ke dalam Daftar atas alasan bahawa disebabkan oleh sesuatu perubahan tertentu hal keadaan yang telah berlaku semenjak tarikh pemotongan itu sepatutnya namanya dimasukkan semula sedemikian.

(2)

Apabila permohonan dibuat kepadanya, Majlis boleh, menurut budi bicaranya, memerintahkan supaya nama pemohon itu dimasukkan semula ke dalam Daftar.

(3)

Seseorang yang terkilan dengan keputusan Majlis di bawah subseksyen (2) boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif.

Optik 23

BAHAGIAN IV

AMALAN OPTOMETRI

Hanya orang berdaftar sahaja boleh menjalankan amalan optometri

29. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan optometri melainkan jika dia seorang orang berdaftar.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) tetapi tertakluk pada seksyen 30, tiada seorang pun boleh mempreskripsi atau mendispens kanta lekap melainkan jika dia seorang optometris berdaftar.

(3)

Subseksyen (1) dan (2) tidaklah terpakai bagi seorang pengamal perubatan.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Majlis boleh membenarkan juruoptik mempreskripsi dan mendispens kanta lekap

30. (1)

Walau apa pun subseksyen 29(2), Majlis boleh, atas permohonan seseorang juruoptik berdaftar—

(a)

yang telah mempreskripsi dan mendispens kanta lekap selama tempoh tiga tahun atau lebih sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa; atau

(b)

yang telah mempreskripsi dan mendispens kanta lekap selama tempoh yang kurang daripada tiga tahun sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa dan, tertakluk pada subseksyen (2), telah lulus, dalam tempoh enam tahun dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, peperiksaan yang diadakan oleh Majlis, membenarkannya terus mempreskripsi dan mendispens kanta lekap.

(2)

Tiada seorang pun boleh dibenarkan menduduki peperiksaan yang disebut dalam perenggan (1)(b) melainkan jika dia telah

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

menamatkan, dalam masa satu tahun dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, suatu kursus latihan yang diluluskan oleh Majlis dan telah menjalankan amalan mempreskripsi dan mendispens kanta lekap selama suatu tempoh yang tidak boleh kurang daripada perbezaan antara tempoh tiga tahun dengan tempoh dia telah mempreskripsi dan mendispens kanta lekap sebelum Akta ini mula berkuat kuasa.

(3)

Walau apa pun subseksyen 29(2) dan semata-mata bagi maksud perenggan (1)(b), seseorang juruoptik berdaftar yang disebut dalam perenggan itu boleh terus mempreskripsi dan mendispens kanta lekap selama tempoh yang tidak melebihi enam tahun dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.

(4)

Walau apa pun subseksyen 29(2) dan subseksyen (1) seksyen ini, Majlis boleh, apabila permohonan dibuat oleh seseorang juruoptik berdaftar dan apabila Majlis berpuas hati bahawa pemohon telah menerima latihan yang sepatutnya, dan bahawa dia kompeten, dalam mempreskripsi dan mendispens kanta lekap, membenarkannya mempreskripsi dan mendispens kanta lekap.

(5)

Majlis boleh, sebelum memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (4), menghendaki pemohon lulus peperiksaan yang diadakan oleh Majlis.

(6)

Kebenaran yang disebut dalam subseksyen (1) dan (4)

hendaklah diberikan secara bertulis dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Majlis.

Larangan terhadap penggunaan ubat dalam mengukur daya penglihatan

31. (1) Tiada seorang pun, selain pengamal perubatan, boleh menggunakan suatu kaedah pengukuran daya penglihatan yang melibatkan penggunaan ubat.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1)—

(a)

seseorang optometris berdaftar; atau

Optik 25

(b)

seseorang juruoptik berdaftar yang dibenarkan mempreskripsi dan mendispens kanta lekap di bawah

Akta ini, boleh menggunakan, bagi maksud refraktif, apa-apa ubat yang difikirkan sesuai oleh Majlis dari semasa ke semasa.

Perakuan amalan tahunan

32. (1) Seseorang orang berdaftar yang berniat untuk menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris selepas 31 Disember mana-mana tahun hendaklah, tidak lewat daripada 1 Disember tahun itu, membuat permohonan dalam borang yang ditetapkan dan membayar fi yang ditetapkan bagi mendapatkan suatu perakuan untuk menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris dalam tahun yang berikutnya.

(2)

Apabila menerima permohonan dan bayaran yang disebut dalam subseksyen (1), Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan amalan tahunan kepada pemohon yang membenarkan pemohon menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (4), sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa sehingga 31 Disember tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.

(4)

Seseorang orang berdaftar yang tidak memohon untuk mendapatkan suatu perakuan amalan tahunan mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) boleh, apabila dia membuat permohonan dalam borang yang ditetapkan dan apabila dia membayar fi tambahan yang ditetapkan, diberi suatu perakuan amalan tahunan bagi tahun yang berikutnya, jika permohonan itu dibuat dalam bulan Disember mana-mana tahun, atau bagi baki tahun itu, jika permohonan dibuat pada atau selepas 1 Januari mana-mana tahun.

(5)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini, seorang orang berdaftar boleh menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris tanpa perakuan amalan tahunan sehingga 31 Disember tahun dia pertama kalinya didaftarkan sebagai juruoptik atau optometris dan,

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

bagi maksud Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah disifatkan mempunyai perakuan amalan tahunan bagi tempoh itu.

(6)

Sesuatu perakuan amalan tahunan dan sesuatu permohonan perakuan amalan tahunan hendaklah mengandungi alamat tempat utama pemohon menjalankan amalan dan semua tempat lain di mana pemohon menjalankan amalan, dan apa-apa pertukaran mana-mana alamat itu hendaklah diberitahu oleh orang berdaftar itu kepada

Pendaftar dan suatu pengendorsan pertukaran itu pada perakuan amalan tahunan hendaklah didapatkan daripada Pendaftar dalam masa tiga puluh hari daripada pertukaran itu.

(7)

Mana-mana orang yang tidak memberitahu

Pendaftar, sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (6), tentang apa-apa pertukaran alamat melakukan suatu kesalahan.

(8)

Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar bahawa mana-mana orang—

(a)

ialah atau bukan pemegang suatu perakuan amalan tahunan; atau

(b)

pernah menjadi atau tidak pernah menjadi pada bila-bila masa pemegang suatu perakuan amalan tahunan, hendaklah menjadi keterangan konklusif tentang perkara yang disebut dalam perakuan itu.

Penjalanan amalan tanpa perakuan amalan tahunan

33. Seseorang yang—

(a)

menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris tanpa suatu perakuan amalan tahunan yang sah;

(b)

berkongsi dengan seseorang yang menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris tanpa suatu perakuan amalan tahunan yang sah; atau

Optik 27

(c)

mengambil kerja seseorang yang menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris tanpa suatu perakuan amalan tahunan yang sah, melakukan suatu kesalahan dan tidaklah berhak mendapatkan apa-apa fi, hadiah, pembayaran atau kos yang ditanggung dalam masa dia atau mana-mana orang lain yang disebut dalam perenggan (b) dan (c) tidak mempunyai perakuan amalan tahunan.

BAHAGIAN V

AM

Pendaftaran fraud

34. Seseorang yang didaftarkan atau yang cuba mendapatkan pendaftaran bagi dirinya atau mana-mana orang lain di bawah Akta ini dengan membuat atau mengemukakan atau menyebabkan dibuat atau dikemukakan apa-apa representasi atau akuan palsu atau fraud sama ada secara lisan atau bertulis melakukan suatu kesalahan.

Kesalahan

35. (1) Seseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan jika dia─

(a)

dengan sengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan nama atau gelaran “juruoptik” atau “optometris”;

(b)

dengan sengaja dan dengan palsu berpura-pura menjadi seorang orang berdaftar;

(c)

dengan sengaja dan dengan palsu berpura-pura berkelayakan untuk menjalankan amalan optometri;

(d)

dengan sengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang membayangkan bahawa dia ialah seorang orang berdaftar atau bahawa dia diiktiraf di sisi undang-undang sebagai seorang juruoptik atau optometris;

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

(e)

dengan sengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan, atau menggunakan apa-apa alat, yang direncanakan untuk mendorong mana-mana orang supaya mempercayai bahawa dia berkelayakan menjalankan amalan optometri;

(f)

menggunakan istilah “juruoptik” atau “optometris” atau sesuatu perkataan yang sama erti dengan salah satu istilah itu dalam apa-apa bahasa lain pada papan tanda di tempat amalannya dengan berupa sebagai menjalankan amalan optometri; atau

(g)

mengemukakan dirinya, melalui iklan atau selainnya, sebagai berkelayakan atau dibenarkan untuk menjalankan amalan optometri.

(2)

Seseorang atau sesuatu firma melakukan suatu kesalahan jika dalam masa orang atau firma itu menjalankan sesuatu perniagaan—

(a)

mana-mana orang yang diambil kerja oleh orang atau firma itu; atau

(b)

mana-mana anggota firma itu, menjalankan amalan optometri tanpa didaftarkan di bawah Akta ini.

(3)

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Alat optik

36. (1)

Tertakluk pada subseksyen (2), tiada seorang pun boleh menjual apa-apa alat optik melainkan jika jualan itu dilaksanakan oleh atau di bawah penyeliaan seorang pengamal perubatan atau seorang orang berdaftar.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penjualan sesuatu alat optik—

Optik 29

(a)

kepada pengamal perubatan atau orang berdaftar;

(b)

kepada pengilang atau peniaga alat optik bagi maksud perniagaannya;

(c)

kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan—

(i)

sesuatu hospital;

(ii)

sesuatu klinik;

(iii)

sesuatu rumah rawatan; atau

(iv)

mana-mana institusi lain yang memberikan rawatan perubatan atau pembedahan dan yang diluluskan oleh Menteri; atau

(d)

kepada sesuatu jabatan kerajaan; atau

(e)

bagi maksud pengeksportannya.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

(4)

Dalam apa-apa pendakwaan kerana menjual suatu alat optik yang melanggar subseksyen (1), adalah menjadi pembelaan jika pembela membuktikan bahawa dia menjual alat itu sebagai suatu barang antik dan bahawa dia tidak tahu dan tiada sebab untuk mempercayai bahawa alat itu telah dibeli bagi maksud digunakan untuk membetulkan, memulihkan atau melegakan kecacatan penglihatan.

Penalti am

37. (1)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti yang khusus diperuntukkan boleh, apabila disabitkan—

(a)

berkenaan dengan kesalahan kali pertama, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit;

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

(b)

berkenaan dengan kesalahan kali kedua atau yang selanjutnya, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan, seseorang yang disabitkan di bawah Akta ini boleh didenda selanjutnya sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (1)(a) dan (b).

Kuasa untuk memasuki premis dan memeriksa dan menyita dokumen, dsb.

38. (1) Bagi maksud Akta ini, seseorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dalam waktu perniagaan biasa, memasuki premis yang seseorang orang berdaftar menjalankan amalan optometri atau yang mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang menjalankan amalan optometri dan—

(a)

boleh memeriksa apa-apa dokumen, radas atau artikel yang disimpan atau digunakan berkaitan dengan amalan itu;

(b)

jika seseorang menjalankan amalan optometri tanpa berdaftar di bawah Akta ini, boleh menyita apa-apa dokumen, radas atau artikel yang disimpan atau digunakan berkaitan dengan amalan itu; dan

(c)

boleh menghendaki supaya maklumat, yang berhubungan dengan amalan itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh orang diberi kuasa itu diberikan kepadanya.

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

mengugut, menghalang atau mengganggu orang diberi kuasa melaksanakan tugas orang diberi kuasa itu;

Optik 31

(b)

enggan membenarkan orang diberi kuasa memeriksa apa-apa dokumen, radas atau artikel;

(c)

enggan menunjukkan apa-apa dokumen, radas atau artikel untuk diperiksa oleh orang diberi kuasa;

(d)

enggan menyerahkan apa-apa dokumen, radas atau artikel kepada orang diberi kuasa;

(e)

enggan memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh orang diberi kuasa; atau

(f)

cuba melakukan mana-mana perbuatan di atas, melakukan suatu kesalahan.

(3)

Jika seseorang orang diberi kuasa menyita apa-apa dokumen, radas atau artikel, dia hendaklah memberikan resit yang bertandatangan bagi dokumen, radas atau artikel itu.

(4)

Mana-mana orang yang menjalankan kuasa di bawah seksyen ini hendaklah menunjukkan surat pemberikuasaannya apabila diminta.

Penjalanan pendakwaan

39. Seseorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Ketua Pengarah boleh menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Pertubuhan perbadanan dan perkongsian

40. (1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, tiap-tiap pengarah dan pengurusnya adalah, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, bersalah atas kesalahan itu.

(2)

Jika sesuatu perkongsian melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini, tiap-tiap pekongsi adalah, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, bersalah atas kesalahan itu.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Kuasa Menteri untuk meminda Jadual

41. Menteri, selepas berunding dengan Majlis, boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah kepada, memotong daripada atau meminda senarai kelulusan yang boleh didaftarkan yang terdapat dalam Jadual.

Peraturan-peraturan

42. (1) Menteri, selepas berunding dengan Majlis, boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan di bawah Akta ini dan pada amnya untuk melaksanakan tujuan dan maksud Akta ini.

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan mana-mana atau kesemua yang berikut:

(a)

tugas Pendaftar;

(b)

bentuk Daftar, isi kandungannya dan cara menyimpannya;

(c)

fi yang kena dibayar di bawah Akta ini dan apa-apa pengecualian daripadanya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri;

(d)

bentuk dan cara permohonan pendaftaran dan permohonan perakuan amalan tahunan hendaklah dibuat;

(e)

cara membuktikan kelayakan untuk menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris;

(f)

pengurusan harta Majlis dan pengauditan akaunnya;

(g)

tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan siasatan yang diadakan di bawah Akta ini;

(h)

tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan rayuan di bawah seksyen 25;

(i)

tatacara bagi pemilihan anggota Majlis;

Optik 33

(j)

cara menjalankan peperiksaan dan perkara yang akan diperiksa;

(k)

cara kursus latihan yang disebut dalam seksyen 30 hendak dijalankan dan sukatan pelajaran bagi kursus itu;

(l)

bentuk apa-apa perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 18]

SENARAI KELULUSAN YANG BOLEH DIDAFTARKAN

BAGI JURUOPTIK

Negeri tempat kelulusan diberikan

Nama Yayasan yang memberikan kelulusan

Perihal kelulusan

India

Shri Vaishnav Polytechnic

Diploma in Optometry

Municipal Eye Hospital

Kamathipura, Bombay

Diploma in Optometry

Sarojini Devi Eye Hospital,

Hyderabad

Diploma in Optometry

Government Eye Hospital

Egmore, Madras

Diploma in Optometry

Sitapur Eye Hospital,

Sitapur

Diploma in Optometry

Indonesia

Akademi Refraksionis

Optisien, Surabaya (selepas 29 September 1997 dikenali sebagai Akademi Refraksi

Optisi, Surabaya)

Diploma in Optometry

Malaysia

Kolej Vision

(selepas 12 Mei 2025

dikenali sebagai Kolej

Universiti Vision)

Diploma Opticianri

(Diiktiraf pada 14 November 2018)

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Negeri tempat kelulusan diberikan

Nama Yayasan yang memberikan kelulusan

Perihal kelulusan

Filipina

Central College of

Philippines

Doctor of Optometry

South Western University

Doctor of Optometry

United Kingdom

The Association of

Dispensing Opticians

Fellow of the

Association of

Dispensing Opticians

The Association of British

Dispensing Opticians

Fellow of the

Association of British

Dispensing Opticians

(sebelum 1 Januari 1986, tidak diiktiraf)

Institut Profesional

Axismatics, Malaysia

Fellow of the

Association of British

Dispensing Opticians yang diberikan oleh The

Association of British

Dispensing Opticians melalui program berkembar (Diiktiraf pada 4 Julai 2014)

Bradford Technical College

Fellow of the

Association of

Dispensing Opticians

City and East London

College of Applied Optics

Fellow of the

Association of

Dispensing Opticians

Glasgow College of

Technology

Diploma in Ophthalmic

Dispensing

Optik 35

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 19]

SENARAI KELULUSAN YANG BOLEH DIDAFTARKAN

BAGI OPTOMETRIS

Negeri tempat kelulusan diberikan

Nama Yayasan yang memberikan kelulusan

Perihal kelulusan

Australia

Queensland University of

Technology

Bachelor of Applied

Science (Optometry)

University of Melbourne

Bachelor of Science in

Optometry (Diiktiraf pada 1 Januari 1979

hingga 31 Disember 1994)

Bachelor of Optometry

(Diiktiraf pada 1 Januari 1995 hingga 1 Mac 2020)

University of New South

Wales

Bachelor of Optometry

(Diiktiraf pada 1 Januari 1965)

Bachelor of Optometry

(Hons) (Diiktiraf pada 1 Januari 1965)

Kanada

University of Waterloo

Doctor of Optometry

Hong Kong

Hong Kong Polytechnic

Bachelor of Science

Institute of Medical and

Health Care

Diploma in Optometry

India

Birla Institute of

Technology and Science,

Pilani

- Elite School of

Optometry, Madras

- Institut Nasional Sains

Bachelor of Science in

Optometry (Tidak diiktiraf selepas 31 Julai 2021)

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Negeri tempat kelulusan diberikan

Nama Yayasan yang memberikan kelulusan

Perihal kelulusan

Oftalmik, Malaysia

Bachelor of Science in

Optometry (Tidak diiktiraf selepas 31 Julai 2021)

Malaysia

Universiti Kebangsaan

Malaysia

Sarjana Muda Optometri

Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia

Sarjana Muda Optometri

(Kepujian)

Kolej Universiti

Teknologi Antarabangsa

Twintech

Sarjana Muda Optometri

(Kepujian)

(Tidak diiktiraf selepas 1 Januari 2018)

Universiti Teknologi

MARA

Sarjana Muda Optometri

(Kepujian)

Management & Science

University

Sarjana Muda Optometri

(Kepujian) (Diiktiraf pada 4 Julai 2014)

Universiti SEGi

Sarjana Muda Optometri

(Kepujian) (Diiktiraf pada 22 April 2015)

Bachelor of Science

(Hons.) Optometry

(Diiktiraf pada 14

November 2025)

Universiti UCSI

Sarjana Muda Optometri

(Kepujian) (Diiktiraf pada 14 November 2018)

New Zealand

University of Auckland

Diploma in Optometry

(Diiktiraf pada 1 Januari 1967 hingga 31 Disember 1985)

Bachelor of Optometry

(Diiktiraf pada 1 Januari 1983)

Optik 37

Negeri tempat kelulusan diberikan

Nama Yayasan yang memberikan kelulusan

Perihal kelulusan

Nigeria

University of Benin

Bachelor of Science in

Optometry

United Kingdom

University of Aston in

Birmingham

Bachelor of Science in

Ophthalmic Optics

University of Bradford

Bachelor of Science in

Ophthalmic Optics

(Diiktiraf pada 1 Disember 1992 hingga 11 Julai 2000)

Bachelor of Science in

Optometry (Hons)

(Diiktiraf pada 12 Julai 2000)

City University London

Bachelor of Science in

Ophthalmic Optics

Bachelor of Science in

Optometry

University of

Manchester Institute of

Science and Technology

Bachelor of Science in

Ophthalmic Optics

University of

Manchester

Bachelor of Science in

Optometry (Hons)

(Diiktiraf pada 1 Januari 2004)

Cardiff University

Bachelor of Science in

Optometry

Glasgow College of

Technology (selepas

April 1993 dikenali sebagai Glasgow

Caledonian University)

Bachelor of Science in

Optometry

Amerika Syarikat

Indiana University,

Bloomington

Doctor of Optometry

Ohio State University

Doctor of Optometry

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Negeri tempat kelulusan diberikan

Nama Yayasan yang memberikan kelulusan

Perihal kelulusan

University of California,

Berkeley

Doctor of Optometry

University of Houston

Doctor of Optometry

University of Alabama in Birmingham

Doctor of Optometry

New York State

University

Doctor of Optometry

Illinois College of

Optometry, Chicago

Doctor of Optometry

The New England

College of Optometry,

Boston

Doctor of Optometry

Pacific University of

Oregon

Doctor of Optometry

Southern College of

Optometry, Memphis

Doctor of Optometry

The Southern California

College of Optometry

Doctor of Optometry

Ferris State University

Doctor of Optometry

University of Missouri,

St. Louis

Doctor of Optometry

39

AKTA 469

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 66/1994

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 1994 25-02-1994

P.U. (A) 597/1996

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Pertama) 1996

13-12-1996

P.U. (A) 122/1997

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Pertama) 1997

28-03-1997

P.U. (A) 158/2006

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Pertama) 2006

28-04-2006

P.U. (A) 159/2006

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2006

28-04-2006

P.U. (A) 159/2007

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2007

13-04-2007

P.U. (A) 463/2008

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2008

31-12-2008

P.U. (A) 33/2010

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2010

05-02-2010

P.U. (A) 207/2011

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2011

29-06-2011

P.U. (A) 231/2014

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2014

13-08-2014

P.U. (A) 14/2015

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2015

31-01-2015

P.U. (A) 1/2016

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2016 08-01-2016

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 469

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 74/2017

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2017

14-03-2017

P.U. (A) 121/2017

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Pertama) 2017

14-04-2017

P.U. (A) 125/2017

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Pertama dan Kedua) 2017

20-04-2017

P.U. (A) 145/2017

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) (No. 2) 2017

24-05-2017

P.U. (A) 234/2017

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) (No. 3) 2017

15-08-2017

P.U. (A) 29/2019

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Pertama) 2019

01-02-2019

P.U. (A) 30/2019

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2019 01-02-2019

P.U. (A) 331/2021

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2021

07-08-2021

P.U. (A) 135/2025

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2025 29-04-2025

P.U. (A) 440/2025

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Pertama) 2025 19-12-2025

P.U. (A) 141/2026

Perintah Optik (Pindaan Jadual

Kedua) 2026 31-03-2026

41

AKTA 469

SENARAI PINDAAN

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

P.U. (A) 597/1996 13-12-1996

P.U. (A) 122/1997 28-03-1997

P.U. (A) 158/2006 28-04-2006

P.U. (A) 121/2017 14-04-2017

P.U. (A) 125/2017 20-04-2017

P.U. (A) 29/2019 01-02-2019

P.U. (A) 440/2025 19-12-2025

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

P.U. (A) 66/1994 25-02-1994

P.U. (A) 159/2006 28-04-2006

P.U. (A) 159/2007 13-04-2007

P.U. (A) 463/2008 31-12-2008

P.U. (A) 33/2010 05-02-2010

P.U. (A) 207/2011 29-06-2011

P.U. (A) 231/2014 13-08-2014

P.U. (A) 14/2015 31-01-2015

P.U. (A) 1/2016 08-01-2016

P.U. (A) 74/2017 14-03-2017

P.U. (A) 125/2017 20-04-2017

P.U. (A) 145/2017 24-05-2017

P.U. (A) 234/2017 15-08-2017

P.U. (A) 30/2019 01-02-2019

P.U. (A) 331/2021 07-08-2021

P.U. (A) 135/2025 29-04-2025

P.U. (A) 141/2026 31-03-2026

Common questions

What is OPTICAL ACT 1991?
*AKTA OPTIK 1991 is Malaysia Act, cited as Act 469 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.
Is OPTICAL ACT 1991 still in force?
Yes — OPTICAL ACT 1991 is currently in force.
When did OPTICAL ACT 1991 take effect?
OPTICAL ACT 1991 was first recorded in 1991.
How many sections does OPTICAL ACT 1991 have?
OPTICAL ACT 1991 contains 18 sections.
Where can I read the official version of OPTICAL ACT 1991?
The official text of OPTICAL ACT 1991 is published at lom.agc.gov.my.