/akn/my/act/act/1991/467

*AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1991
Sections
8
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991 is Malaysia Act, cited as Act 467 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan harta, hak dan liabiliti Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan penerbangan awam dalam suatu syarikat itu, untuk membuat perkiraan kewangan bagi syarikat itu, untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berhubungan dengan kakitangan dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 November 1992, P.U. (B) 585/1992] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut :

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

6

Undang-Undang Malaysia AKTA 467

________________________________________________________

*CATATAN—Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Tanah dan Galian

(Persekutuan) sebagaimana dipinda melalui P.U. (B) 324/1970.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada yang sebenarnya kontingen atau akan ada;

“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau yang tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang, dalam, ke atas atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak ke atas harta yang akan ada pada masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan penerimaan baki;

“liabiliti” ertinya segala jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada sekarang atau pada masa hadapan, yang sebenarnya atau kontinjen, dan sama ada yang kena dibayar atau akan kena dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penerbangan awam;

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];

*“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan 1957 [Akta 349];

“syarikat pengendali” ertinya syarikat yang dinamakan dan dilesenkan di bawah subseksyen 24A (1) Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3];

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti Kerajaan

Malaysia berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengendali sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa dalam perintah di bawah subseksyen 3(1).

Akta Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang dan 7

Penerbangan (Syarikat Pengendali) 1991

Bahagian II

BAHAGIAN II

PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA

Suggest a correction

SYARIKAT PENGENDALI

Peruntukan peletakhakan

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak melalui subseksyen (1) pada syarikat pengendali hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat itu dengan hak milik, estet atau kepentingan yang sama dan dengan pemegangan yang sama sebagaimana harta itu telah terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengendali boleh, selepas tarikh peletakhakan, di bawa guaman terhadapnya, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang terikat oleh hak dalam tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak melalui subseksyen (1) pada syarikat pengendali boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang haknya atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Mana-mana prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada atau

8

Undang-Undang Malaysia AKTA 467

terletak hak pada syarikat pengendali menurut kuasa subseksyen (1)

boleh pada dan selepas tarikh peletakhakan diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengendali.

Suggest a correction

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit daripada apa-apa pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengendali pada tarikh peletakhakan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti itu dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.

Suggest a correction

(7)

Jika melalui kuat kuasa subseksyen (1), apa-apa harta berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengendali, peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56

tahun 1965] hendaklah, bagi maksud menguatkuasakan pendaftaran peletakhakan itu, terpakai bagi syarikat pengendali seolah-olah ia suatu pihak berkuasa awam.

Suggest a correction

(8)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengendali di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Kerajaan Malaysia menjadi pihak sebelum sahaja tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah syarikat itu telah menjadi pihak kepada perjanjian itu.

Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengendali

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sekuriti yang dikehendaki supaya diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada masa dan atas terma, tentang pengumpukan, sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri Kewangan, setelah berunding dengan Menteri.

Suggest a correction

(3)

Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini―

Akta Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang dan 9

Penerbangan (Syarikat Pengendali) 1991

(a)

hendaklah daripada nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan

Suggest a correction

(b)

hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125] seolah-olah ia telah dibayar menurut pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengendali.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak ke atas sekuriti yang pada mulanya diumpukkan kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak daripada, dengan pelupusan atau selainnya berkaitan dengan sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengendali

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

sekuriti syarikat pengendali atau mana-mana subsidiari syarikat pengendali; atau

Suggest a correction

(b)

hak untuk memohon beli mana-mana sekuriti sedemikian.

Suggest a correction

(2)

Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan akibat peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan telah dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Prosedur

Kewangan 1957 [Akta 61].

Suggest a correction

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak daripada, dengan pelupusan atau selainnya

10

Undang-Undang Malaysia AKTA 467

berkaitan dengan apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Suggest a correction

(5)

Duti setem tidak boleh dikenakan―

(a)

berkenaan dengan apa-apa pertambahan dalam modal syer dibenarkan syarikat pengendali yang―

Suggest a correction

(i)

dilaksanakan pada masa syarikat pengendali dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan; dan

(ii)

diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan melalui penerbitan syer yang dilanggani oleh Perbadanan di bawah perenggan

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(1)

(a)

;

(b)

atas apa-apa surat cara yang diperakui oleh

Perbendaharaan sebagai telah dibuat atau dilaksanakan menurut seksyen 4.

Pelantikan wakil Kerajaan menganggotai lembaga syarikat pengendali

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Menteri, pada bila-bila masa, memperoleh―

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syarikat pengendali hendaklah menyebabkan tiap-tiap orang yang dinamakan oleh Menteri Kewangan di bawah subseksyen (1)

dilantik menganggotai lembaga syarikat itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang dilantik menganggotai lembaga syarikat pengendali di bawah subseksyen (2) boleh, pada bila-bila masa, diberhentikan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, dengan memberikan notis bertulis kepada orang itu dan syarikat itu.

Akta Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang dan 11

Penerbangan (Syarikat Pengendali) 1991

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud menentukan bilangan orang yang akan dilantik sebagai pengarah syarikat pengendali di bawah subseksyen (1),

Menteri Kewangan hendaklah mengambil kira jumlah bilangan sekuriti yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia dan jumlah bilangan pengarah yang dilantik atau dicadangkan hendak dilantik oleh syarikat itu untuk menganggotai lembaganya, pada masa penamaan itu.

Suggest a correction

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh apa-apa kuasa, hak atau keistimewaan yang diberikan kepada Kerajaan Malaysia oleh dokumen konstituen syarikat pengendali itu.

Struktur kewangan syarikat pengendali

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Rizab statutori hanya boleh digunakan oleh syarikat pengendali untuk membayar syer belum terbit syarikat itu yang akan diumpukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengendali itu, nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti

Kerajaan Malaysia yang dikira telah terletak hak pada syarikat itu menurut kuasa seksyen 3 dalam mana-mana tahun tertentu hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang ditentukan untuk aset, hak atau liabiliti itu oleh Kerajaan

Malaysia sebelum tarikh peletakhakan.

Suggest a correction

(4)

Sebutan dalam seksyen ini tentang akaun statutori syarikat pengendali ialah sebutan tentang apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengendali bagi maksud mana-mana peruntukan Akta

Syarikat 1965.

12

Undang-Undang Malaysia AKTA 467

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN

Suggest a correction

DENGAN KAKITANGAN

Kakitangan

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kerajaan dan syarikat pengendali boleh dari semasa ke semasa selepas tarikh yang ditetapkan membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian supaya mana-mana anggota lain kakitangan Jabatan

Penerbangan Awam, Malaysia diberi pilihan untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengendali.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap orang yang memilih di bawah subseksyen (1) dan (2)

untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengendali hendaklah diambil kerja oleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan.

________________________________

13

Akta 467

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

TIADA

14

Akta 467

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991?
*AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991 is Malaysia Act, cited as Act 467 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.
Is AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991 still in force?
Yes — AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991 is currently in force.
When did AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991 take effect?
AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991 was first recorded in 1991.
How many sections does AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991 have?
AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991 contains 8 sections.
Where can I read the official version of AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991?
The official text of AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991 (No. 467)