/akn/my/act/act/1991/470

*AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1991
Sections
10
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991 is Malaysia Act, cited as Act 470 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Mesyarakat dan Kebajikan 1950-1962, untuk membubarkan Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan yang ditubuhkan di bawah Akta itu, untuk memindahkan segala hartanya kepada Kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [ 1 Oktober 1992, P.U. (B) 494/1992] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan

Open as pageSuggest a correction

Masyarakat dan Kebajikan (Pembubaran) 1991.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Lembaga” ertinya Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan

Kebajikan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Loteri

Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 [Akta 252];

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;

6

Undang-Undang Malaysia

AKTA 470

“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan 1957 [Akta 349];

“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1.

Seksyen 3

Pemansuhan dan Pembubaran

Open as pageSuggest a correction

Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 adalah dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawahnya adalah dibubarkan.

Pemindahan kuasa, hak dsb.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Segala kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti dan kewajipan yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti dan kewajipan Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, diturunkan kepada Kerajaan.

Seksyen 5

Pemindahan harta

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua harta dan aset selain tanah yang sebelum tarikh ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada

Kerajaan.

Pemindahan wang

Suggest a correction

Seksyen 6

Semua wang yang berada pada, atau kena dibayar kepada,

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah, pada tarikh ditetapkan, dipindahkan kepada, dan diletak hak pada Kerajaan.

Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan 7

Kebajikan (Pembubaran)

Seksyen 7

Kontrak sedia ada

Open as pageSuggest a correction

Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 5 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesannya seolah-olah Kerajaan, dan bukannya Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

Seksyen 8

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah), atau kausa tindakan yang belum selesai atau sedang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sepertimana yang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah

Akta ini telah tidak diluluskan.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberi sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang di dalamnya

Lembaga adalah suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap

Kerajaan sepertimana yang ia boleh dibawa oleh atau terhadap

Lembaga seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.

Penerusan undang-undang, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, semua undang-undang bertulis, perintah, kaedah dan peraturan yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh

8

Undang-Undang Malaysia

AKTA 470

ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan:

Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan di dalamnya mengenai

Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang bermaksud sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Seksyen 10

Menghalang kesukaran atau anomali

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam seksyen ini “ubah suaian” termasuk pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

________________________________

9

Akta 470

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

TIADA

10

Akta 470

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991?
*AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991 is Malaysia Act, cited as Act 470 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.
Is AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991 still in force?
Yes — AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991 is currently in force.
When did AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991 take effect?
AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991 was first recorded in 1991.
How many sections does AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991 have?
AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991 contains 10 sections.
Where can I read the official version of AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991?
The official text of AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN) 1991 (No. 470)