PERMULAAN
Nama dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1979/222
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979 is Malaysia Act, cited as Act 222 1979, currently marked in force and first recorded in 1979.
Opening note
Bahagian I
Nama dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia 1979 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
“anak perbadanan” ertinya sesuatu anak perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;
“jawatankuasa” ertinya sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 13;
“keluaran kraftangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
sebahagiannya kepada kemahiran tangan, dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan “keluaran batik” ertinya apa-apa barang, walau bagaimana pun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 10;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang disebutkan dalam seksyen 3;
“perusahaan kraftangan”
ertinya apa-apa perusahaan yang menjalankan usaha mengeluarkan keluaran kraftangan;
“syarikat” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan menurut
Akta Syarikat 1965 [Akta 125].
Bahagian II
Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Apabila sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini, perbadanan yang dikenali sebagai “Lembaga Kraftangan Malaysia” yang ditubuhkan menurut Perintah Majlis Amanah Rakyat (Lembaga
Kraftangan Malaysia) 1973 [P.U.(A) 299/1973] hendaklah dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, hendaklah
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 9
disifatkan sebagai perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), dan tidak lagi dianggap sebagai suatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat di bawah seksyen 25
Akta Malis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489].
Keanggotaan Perbadanan
tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada sembilan anggota lain yang sekurang-kurangnya tiga daripadanya adalah pegawai-pegawai awam.
Anggota Perbadanan, selain Ketua Pengarah, yang menjadi seorang anggota oleh sebab pelantikannya sebagai Ketua Pengarah, hendaklah dilantik oleh Menteri.
Menteri hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap anggota
Perbadanan yang adalah pegawai awam, melantik seorang anggota silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan yang tidak dapat dihadiri oleh anggota yang berkenaan itu atas sesuatu sebab; dan anggota silih ganti, apabila menghadiri mesyuarat
Perbadanan, hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.
Seseorang anggota Perbadanan, selain Ketua Pengarah, hendaklah, melainkan jika pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan atau ia terlebih dahulu meletakkan jawatan, memegang jawatan selama dua tahun, tetapi adalah layak dilantik semula.
Tiap-tiap orang yang menjadi anggota atau anggota silih ganti
Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini, terhenti daripada memegang jawatan sebagai anggota atau anggota silih ganti,
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
Opening note
Hendaklah dibayar kepada Pengerusi, Timbalan pengerusi, dan anggota lain Perbadanan, termasuk anggota silih ganti, saraan atau elaun sebagaimana ditetapkan oleh Menteri.
Mesyuarat Perbadanan
Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan bilangan undi didapati sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah memberi suatu undi pemutus.
Tugas Perbadanan
memajukan dan, di mana perlu, menggiat dan memulihkan kemahiran dan ketukangan tradisional;
memajukan dan menggiat perkembangan dan memelihara standard, perusahaan kraftangan dengan berbagai cara, termasuk mengadakan perkhidmatan penyelidik, penasihat, dan pengembang;
memandu, mengorientasi, dan membantu tukang-tukang yang ada sekarang ke arah penggunaan cara-cara moden pengeluaran, pengurusan, dan pemasaran;
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 11
mengawal, meninggikan, dan memperbaiki kualiti dan menyenggara standard keluaran kraftangan untuk pasaran tempatan dan luar negeri; dan
Dalam menjalankan tugas di bawah subseksyen (1),
Perbadanan hendaklah menitikberatkan dengan sewajarnya soal perlunya melindungi kepentingan istimewa tukang-tukang tradisional.
Kuasa Perbadanan
Perbadanan adalah mempunyai kuasa, yang hendaklah dijalankan tertakluk kepada kelulusan terlebih dahulu daripada Menteri, melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu untuk atau bersampingan dengan perjalanan tugasnya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna seksyen ini–
mengadakan kemudahan latihan dan mengawal dan mengawas perlaksanaan projek dan program latihan;
menghasilkan pengeluaran keluaran kraftangan yang cukup untuk maksud eksport;
memaju, menghasil, dan membekalkan bahan mentah untuk kegunaan perusahaan kraftangan;
mengadakan loji, jentera, peralatan, dan alat yang diperlukan oleh perusahaan kraftangan;
menyebarkan maklumat kepada orang awam mengenai berbagai aspek perusahaan kraftangan;
memberi galakan dalam apa jua bentuk atau cara bagi perusahaan kraftangan;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
menubuhkan pusat, pusat-kecil, bengkel, dan premis lain bagi menjalankan penyelidikan dan aktiviti lain yang perlu bagi kemajuan perusahaan kraftangan;
menubuhkan gudang untuk menyimpan keluaran kraftangan dan bahan mentah bagi membuat keluaran kraftangan;
menjalankan perniagaan mengeluar, memasar, dan mengeksport keluaran kraftangan secara perdagangan;
menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan, apa-apa komisen atau bayaran yang telah dipersetujui; dan
menetapkan dan melevi fi atau caj lain mengenai kemudahan, perkhidmatan, loji, jentera, peralatan, alat dan bahan mentah yang diadakan oleh Perbadanan dalam melaksanakan tugasnya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Kuasa menubuhkan anak perbadanan dan syarikat
melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, menubuhkan suatu anak perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Perbadanan;
menubuhkan atau menggalakkan penubuhan suatu syarikat dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh
Perbadanan; atau
mengambil alih sesuatu syarikat, untuk menjalankan dan menjaga, mengelola, dan mengurus apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau dijalankan oleh Perbadanan dalam melaksanakan tugasnya di bawah seksyen 7
atau dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 8.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 13
Peruntukan-peruntukan Jadual adalah terpakai bagi tiap-tiap anak perbadanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) dan peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965
adalah terpakai bagi tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).
Pelantikan Ketua Pengarah
Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan–
Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif
Perbadanan dan hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa yang ditetapkan atau diwakilkan kepadanya oleh Perbadanan.
Orang yang menjadi Pengarah Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini, terhenti daripada menjadi Pengarah; tetapi orang itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa kontrak perkhidmatan atau pekerjaan yang masih berkuat kuasa antaranya dengan
Perbadanan, terus menjadi seorang pekerja Perbadanan atas had dan syarat perkhidmatan atau pekerjaan yang tidak kurang baiknya daripada yang dipakai baginya sebelum sahaja permulaan kuat kuasa
Akta ini, dan boleh dilantik sebagai Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1).
Jika dalam apa-apa tempoh Ketua Pengarah tidak dapat, atas sesuatu sebab, menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas jawatannya, Menteri boleh melantik mana-mana orang lain untuk memangku jawatan Ketua Pengarah.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
Pegawai dan pekhidmat
Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah.
Pegawai dan pekhidmat Perbadanan hendaklah memegang jawatan bagi tempoh atau tempoh-tempoh, menerima saraan, fi, dan elaun, dan tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang ditentukan oleh
Perbadanan dengan kelulusan Menteri.
Perbadanan adalah berkuasa membentuk dan mengatur tatacara bagi pelantikan dan tatatertib pegawai dan pekhidmatnya.
Bahagian pentadbiran
Ketua
Pengarah boleh, dengan kelulusan
Perbadanan, menubuhkan seberapa banyak bahagian pentadbiran untuk menjalankan fungsi Perbadanan dengan cekap dan berkesan.
Jawatankuasa
Sesuatu jawatankuasa boleh melakukan segala perkara yang perlu bagi menjalankan fungsinya dengan berkesan tetapi hendaklah tertakluk kepada arahan am Perbadanan.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan tidak lebih daripada lima orang lagi.
Sesuatu jawatankuasa boleh terdiri daripada orang yang bukan anggota Perbadanan.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 15
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh dibayar saraan atau elaun sebagaimana ditetapkan oleh Perbadanan dengan kelulusan
Menteri.
Tiap-tiap jawatankuasa yang ada sebelum sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik di bawah subseksyen (1).
Mesyuarat jawatankuasa
Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak diputuskan dalam sesuatu mesyuarat jawatankuasa bilangan undi didapati sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberi suatu undi pemutus.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang ke mana-mana mesyuaratnya mana-mana orang yang pada pendapatnya boleh memberi sumbangan kepada perbincangannya; tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu.
Tertakluk kepada seskyen ini dan arahan Perbadanan sesuatu jawatankuasa hendaklah mengatur tatacaranya sendiri.
Bahagian IV
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada–
wang yang dimiliki oleh Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini;
wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Kumpulan Wang oleh Parlimen;
wang yang didapati dari pengendalian apa-apa projek, skim, atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
wang yang didapati atau yang timbul dari apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
semua harta, pelaburan, gadai janji, gadaian dan dibentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada
Perbadanan;
semua wang dan harta lain yang dengan apa cara juapun kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Perbadanan mengenai apa-apa perkara bersampingan dengan tugas dan kuasanya.
Kumpulan Wang bolehlah dibelanjakan bagi maksud–
membayar perbelanjaan yang dilakukan dengan sewajarnya oleh Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, termasuk saraan, elaun persaraan, pencen dan ganjaran bagi pegawai dan pekhidmat Perbadanan; dan
mana-mana anak perbadanan yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan di bawah seksyen 9; atau
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 17
mana-mana syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih oleh Perbadanan di bawah seksyen 9.
Kuasa meminjam
Perbadanan boleh dari semasa ke semasa meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa syarat tentang masa dan cara pembayaran balik dan perkara lain sebagaimana diluluskan oleh Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Perbadanan untuk menjelaskan apa-apa tanggungannya atau menjalankan apa-apa tugasnya.
Anggaran pendapatan dan perbelanjaan
Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan semua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan di dalamnya.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] adalah terpakai mengenai Perbadanan.
Laporan tahunan
Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan tiap-tiap laporan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (1) dibentang dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.
Bahagian V
Logo perbadanan
Logo yang digunakan oleh Perbadanan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus menjadi logo Perbadanan melainkan dan sehingga suatu logo lain dipakai oleh Perbadanan.
Lesen untuk menggunakan logo Perbadanan
Seseorang pemohon bagi mendapatkan suatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah, jika dikehendaki oleh
Perbadanan, mengemukakan keluaran kraftangan yang berkenaan dengannya lesen itu dipohon kepada Perbadanan untuk diperiksa dan diuji dan hendaklah memberi kepada
Perbadanan apa-apa maklumat berhubung dengan urusannya atau berhubung dengan keluaran kraftangan itu sebagaimana dikehendaki oleh Perbadanan.
Sesuatu lesen di bawah seksyen ini adalah sah selama apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Perbadanan dalam lesen itu, tetapi boleh diperbaharui dari semasa ke semasa selama sesuatu tempoh selanjutnya sebagaimana ditetapkan oleh Perbadanan.
Maka hendaklah dinyatakan dalam tiap-tiap lesen di bawah seksyen ini keluaran kraftangan yang berhubung dengannya orang berlesen itu dibenar menggunakan logo Perbadanan.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 19
Tugas orang berlesen
Seseorang yang dilesen di bawah seksyen 21 hendaklah–
apabila diminta oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Perbadanan, membenarkan ia memasuki dan memeriksa dalam waktu kerja premis atau mana-mana bahagian premis di mana keluaran kraftangan kepunyaan orang berlesen itu dikeluar atau disimpan;
menyenggara apa-apa rekod yang dikehendaki oleh
Perbadanan dan, apabila diminta oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Perbadanan mengemukakan mana-mana rekod itu kepada
Perbadanan untuk diperiksa;
memberi kepada Perbadanan apa-apa maklumat yang dikehendakinya.
Pembatalan dan penggantungan lesen
jika orang itu adalah suatu perbadanan, pertubuhan, atau apa-apa kumpulan orang yang lain, apabila perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan itu dibubar atau digulung sama ada secara sukarela atau paksa, atau apabila berlaku pengambilalihan, percantuman, atau penyatuan perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan itu oleh atau dengan mana-mana perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan lain;
jika orang itu adalah suatu perkongsian, apabila perkongsian itu dibubarkan;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
apabila orang itu tidak lagi mengeluarkan keluaran kraftangan yang berhubung dengan lesen itu;
Jika Perbadanan berpendapat bahawa seseorang yang dilesen di bawah seksyen 21 telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau apa-apa had atau syarat lesennya, Perbadanan boleh meminta orang itu menunjukkan sebab kenapa lesennya tidak patut digantung atau dibatalkan, dan jika orang itu tidak hadir untuk menunjukkan sebab atau jika Perbadanan tidak puas hati dengan penjelasannya, Perbadanan boleh menggantung atau membatalkan lesennya.
Seseorang yang diminta menunjukkan sebab di bawah subseksyen (2) hendaklah diberi oleh Perbadanan butir-butir secara bertulis mengenai pelanggaran atau ketidakpatuhan yang dikatakan terhadapnya, dan dia boleh hadir sendiri atau diwakili oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.
Seseorang yang terkilan dengan apa-apa keputusan
Perbadanan di bawah subseksyen (2) boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu diterima olehnya, merayu kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad.
Sesuatu keputusan Perbadanan di bawah subseksyen (2)
berjalan kuat kuasanya dengan serta-merta walaupun ada apa-apa rayuan dibuat di bawah subseksyen (4).
Seseorang yang lesennya telah dibatalkan atau digantung di bawah seksyen ini hendaklah, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh dia diberitahu mengenai pembatalan atau penggantungan itu, menyerah balik lesennya kepada Perbadanan.
Kesalahan
Seorang yang–
menggunakan logo Perbadanan kecuali berhubung
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 21
dengan sesuatu keluaran kraftangan yang dinyatakan dalam lesen yang diberi kepadanya di bawah seksyen 21;
menggunakan apa-apa tanda yang menyerupai logo
Perbadanan dengan tujuan untuk menunjukkannya sebagai logo Perbadanan, atau apa-apa tanda yang mengelirukan atau mungkin mengelirukan seseorang lain hingga ia berpendapat bahawa tanda itu adalah logo Perbadanan;
dalam sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen di bawah seksyen 21 atau sebagai mematuhi suatu kehendak di bawah subseksyen 21(2) atau perenggan 22(c), dengan diketahuinya memberi apa-apa maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Bahagian VI
Rancangan untuk perkembangan masa depan
Sesuatu rancangan yang disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk butir-butir projek pembangunan yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Perbadanan dan butir-butir anggaran kos projek itu.
Penyebaran maklumat
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab atas penyebaran
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
maklumat kepada orang awam berhubung dengan perusahaan kraftangan, kemudahan dan perkhidmatan yang diadakan oleh
Perbadanan, perkara pelesenan bagi menggunakan logo Perbadanan, cara memperbaiki kualiti dan ketahanan keluaran kraftangan, dan pasaran yang boleh didapati bagi keluaran kraftangan di dalam dan di luar negeri.
Penjagaan perkara yang berhubungan dengan urusan barang, bahan, dan keluaran Perbadanan
Ketua Pengarah boleh melantik ejen untuk menjual keluaran kraftangan Perbadanan.
Pengiklanan dan publisiti
Ketua Pengarah boleh menjalankan aktiviti pengiklanan dan publisiti sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan suatu pasaran yang lebih baik bagi keluaran kraftangan.
Bahagian VII
Meterai perbadanan bagi Perbadanan
Meterai perbadanan yang digunakan oleh Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus menjadi meterai perbadanan bagi Perbadanan melainkan dan sehingga suatu meterai lain diluluskan oleh Perbadanan.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 23
Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan, dan hendaklah disahkan oleh, orang yang diarahkan oleh Perbadanan
Semua surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai perbadanan bagi
Perbadanan dan disahkan oleh orang yang dalam jagaannya meterai perbadanan itu disimpan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.
Meterai Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Arahan Menteri
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Perbadanan arahan secara am, yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, berkenaan dengan penjalanan fungsi Perbadanan; dan Perbadanan hendaklah melaksanakan semua arahan itu.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah dipakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan, atau pembicaraan terhadap Perbadanan atau mana-mana anak perbadanan atau terhadap mana-mana ahli, pegawai, pekhidmat, atau ejen
Perbadanan atau mana-mana anak perbadanan, mengenai apa-apa perbuatan, pengabaian, atau kemungkiran yang dibuat atau dilakukan oleh ahli, pegawai, pekhidmat, atau ejen itu.
Pekhidmat awam
Semua ahli, pegawai dan pekhidmat Perbadanan dan sesuatu anak perbadanan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].
(Dipotong oleh Akta 478).
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
Kewajipan menyimpan rahsia
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Prosiding sivil
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain–
seorang yang memegang jawatan Peguam Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu;
atau
seorang pegawai Perbadanan yang diberi kuasa oleh
Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Perbadanan bagi maksud itu, boleh membawa apa-apa prosiding sivil bagi pihak Perbadanan atau sesuatu anak perbadanan dan boleh, bagi pihak Perbadanan atau sesuatu anak perbadanan, hadir dalam dan menjalankan mana-mana pembicaraan sedemikian yang dibawa oleh atau terhadap Perbadanan atau anak perbadanan itu dan membuat dan melakukan semua kehadiran, perbuatan, dan permohonan mengenai prosiding itu.
Kuasa membuat peraturan-peraturan
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan–
mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 25
penubuhan anak perbadanan di bawah seksyen 9 dan berkaitan dengan anak perbadanan yang ditubuhkan sedemikian;
menetapkan cara bagaimana dokumen, cek, dan apa jua jenis surat cara patut ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan atau mana-mana anak perbadanan;
menetapkan fi untuk dikenakan dan borang untuk digunakan dalam melaksanakan Bahagian V;
berkenaan dengan membuka, menyimpan, menutup, dan mengaudit akaun anak perbadanan; dan
pada amnya untuk menjalankan dengan cara lebih baik peruntukan Akta ini dan fungsi Perbadanan.
Pemansuhan
Perintah Majlis Amanah Rakyat (Lembaga Kraftangan
Malaysia) 1973 [P.U. (A) 299/1973] dan Peraturan-Peraturan Majlis
Amanah Rakyat (Lembaga Kraftangan Malaysia) 1973 [P.U. (A)
300/1973] dimansuhkan.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
JADUAL
[Subseksyen 9(2)]
PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI
ANAK PERBADANAN
Tugas Perbadanan membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan anak perbadanan
1. Perbadanan hendaklah, pada atau sebelum tarikh sesuatu anak perbadanan ditubuhkan, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan anak perbadanan itu bagi menentukan—
maksud dan tujuan anak perbadanan itu ditubuhkan;
hak, kuasa, tugas, dan fungsi anak perbadanan itu;
sistem pengurusan anak perbadanan itu; dan
perhubungan antara anak perbadanan itu dengan Perbadanan dan hak kawalan Perbadanan ke atas anak perbadanan itu.
Bidang sesuatu anak perbadanan
2. Tiada apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan
Perbadanan menubuhkan apa-apa anak perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas bidangnya daripada maksud atau tujuan Perbadanan ditubuhkan atau sebagai memberi kepada mana-mana anak perbadanan apa-apa hak, tugas, kuasa, atau fungsi Perbadanan di bawah Akta ini.
Peraturan-peraturan mengikut anak perbadanan
3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peruntukan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 36, peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 adalah mengikat anak perbadanan yang mengenainya ia dibuat dan hendaklah mempunyai kuasa bagi semua maksud seolah-olah ia telah dikanunkan dalam Akta ini.
Daftar anak perbadanan
4. Perbadanan hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua anak perbadanan dan daftar itu, berserta dengan salinan semua peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1, hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau di tempat-tempat dan pada masa-masa yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 27
Penggulungan
5. (1) Perbadanan boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan mana-mana anak perbadanan digulung dan dibubarkan.
Apabila sahaja dibubarkan sesuatu anak perbadanan di bawah perenggan ini, aset anak perbadanan itu, selepas dibayar semua tanggungan, hendaklah dipindahkan dan terletak hak pada Perbadanan.
Penggulungan sesuatu anak perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan.
Taraf anak perbadanan di sisi undang-undang
6. Tiap-tiap anak perbadanan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang diberi oleh Perbadanan dan hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa dan dibawa guaman atas nama itu dan bagi maksud melaksanakan maksud dan tujuan anak perbadanan itu ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan memegang dan berurusan tentang atau membuat apa-apa urusan mengenai harta alih atau harta tak alih dan melakukan semua perkara dan hal lain yang bersampingan atau berkaitan dengan pertubuhan perbadanan serta tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Perbadanan.
Meterai perbadanan bagi anak perbadanan
7. (1) Tiap-tiap anak perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang mengandungi reka bentuk yang diluluskan oleh anak perbadanan itu dengan kelulusan Perbadanan, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah, dan dibuat baru oleh anak perbadanan itu dengan kelulusan
Perbadanan.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh anak perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cap mengandungi nama anak perbadanan itu mengelilingi huruf-huruf
“PKKM” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan bagi anak perbadanan itu.
Meterai perbadanan, atau cap yang digunakan sebagai meterai perbadanan, hendaklah disimpan dalam jagaan, dan disahkan oleh, orang yang diarahkan oleh anak perbadanan itu.
Semua surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai perbadanan bagi anak perbadanan itu dan disahkan oleh orang yang dalam jagaannya meterai itu disimpan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.
28
Akta 222
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A562
Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia (Pindaan) 1983
01-09-1980
Akta 478
Akta Pembatalan Pengecualian Daripada
Bayaran Duti-Duti Setem 1992
21-02-1992
29
Akta 222
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A562 01-09-1980
8
Akta A562 01-09-1980
9
Akta A562
01-09-1980
15
Akta A562
01-09-1980
33
Akta 478 21-02-1992