/akn/my/act/act/1979/216

AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1979
Sections
14
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 is Malaysia Act, cited as Act 216 1979, currently marked in force and first recorded in 1979.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta di bawah Fasal (5) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memperbuat Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969 [P.U. (A) 146/69] sebagai suatu Akta Parlimen, dan untuk mengadakan peruntukan untuk mengesahkan semua perundangan kecil yang dibuat atau berupa sebagai telah dibuat di bawah Ordinan tersebut pada atau selepas 20 Februari 1971, dan untuk mengesahkan semua perbuatan dan perkara yang dilakukan di bawah Ordinan tersebut atau di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat atau berupa sebagai telah dibuat di bawahnya, dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [20 Februari 1971]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. BAHAWASANYA suatu Perisytiharan Darurat telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan: DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat bahawa oleh sebab Darurat itu adalah perlu bagi memperbuat Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969 sebagai suatu Akta Parlimen, dan untuk mengadakan peruntuk untuk mengesahkan semua perundangan subsidiari yang dibuat atau berupa sebagai telah dibuat di bawah Ordinan tersebut pada atau selepas 20 Februari 1971, dan untuk mengesahkan semua perbuatan dan perkara yang dilakukan di bawah Ordinan tersebut atau di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat atau berupa sebagai telah dibuat di bawahnya: DAN BAHAWASANYA adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Parlimen berpendapat bahawa Akta ini adalah dikehendaki oleh sebab Darurat itu: OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Fasal (5) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dengan tidak menyentuh keluasan kuasa yang diberi oleh subseksyen di atas, Peraturan-peraturan Perlu, setakat mana yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong adalah perlu atau suai manfaat bagi mana-mana daripada maksud yang disebut dalam subseksyen itu, boleh—

(a)

membuat peruntukan bagi menangkap, membicara dan menghukum orang yang melanggar peraturan-peraturan itu, dan bagi menahan, menyingkir dan membuang negeri orang yang pada pendapat Menteri Dalam Negeri adalah suai manfaat ditahan, disingkir atau dibuang negeri demi kepentingan keselamatan awam atau pertahanan Malaysia;

Suggest a correction

(b)

mengadakan kesalahan dan menetapkan penalti (termasuk hukuman mati) yang boleh dikenakan bagi apa-apa kesalahan terhadap mana-mana undang-undang bertulis (termasuk peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini);

Suggest a correction

(c)

membuat peruntukan mengenai perbicaraan orang yang melakukan apa-apa kesalahan terhadap peraturan-peraturan itu oleh mana-mana mahkamah sebagaimana dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu;

Suggest a correction

(d)

membuat peruntukan khas mengenai tatacara (termasuk perbicaraan secara tertutup) dalam kes civil atau jenayah dan mengenai undang-undang yang mengawal keterangan, bukti dan tanggungan civil dan jenayah;

Suggest a correction

(f)

membuat peruntukan bagi mengarah dan mengawal pelaksanaan perkhidmatan oleh seseorang;

Suggest a correction

(h)

membenarkan mana-mana premis dimasuki dan digeledah;

Suggest a correction

(i)

apa-apa harta atau usaha diambil milik, dikawal, dilucut hak atau dilupus bagi pihak Kerajaan Malaysia;

Suggest a correction

(j)

membuat peruntukan bagi meminda mana-mana undang-undang bertulis, menggantung perjalanan kuat kuasa mana-mana undang-undang bertulis dan bagi memakai mana-mana undang-undang bertulis dengan atau tanpa pengubahsuaian;

Suggest a correction

(k)

membuat peruntukan bagi mengawal pengkalan, pelabuhan dan perairan wilayah mana-mana Negeri dalam Malaysia dan pergerakan vesel;

Suggest a correction

(l)

membuat peruntukan mengenai pengangkutan melalui darat, atau air, dan mengawal pengangkutan dan pergerakan orang, binatang dan benda;

Suggest a correction

(m)

membuat peruntukan mengenai perdagangan, penyimpanan barang-barang, pengeksportan, pengimportan, pengeluaran dan perkilangan;

Suggest a correction

(n)

membuat peruntukan bagi membekal dan membahagibahagi makanan, air, bahan api, lampu, dan keperluan lain;

Suggest a correction

(o)

membuat peruntukan mengenai apa-apa perkara lain yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong peraturan-peraturan perlu dibuat demi kepentingan awam.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan Perlu boleh membuat peruntukan bagi memberi kuasa kepada mana-mana pihak berkuasa, orang atau golongan orang sebagaimana dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu untuk membuat perintah, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil bagi mana-mana daripada maksud yang peraturan-peraturan itu dibenarkan dibuat oleh Akta ini, dan boleh mengandungi apaapa peruntukan sampingan dan tambahan yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong adalah perlu atau suai manfaat bagi maksud peraturan-peraturan itu.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu Peraturan Perlu, dan apa-apa perintah, kaedah, atau undang-undang kecil yang dibuat dengan sewajarnya menurut peraturan itu hendaklah berkuat kuasa walaupun ada apa-apa peruntukan yang tidak bersesuaian dengannya yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, termasuk Perlembagaan atau Perlembagaan mana-mana Negeri, selain dari Akta ini atau, dalam mana-mana surat cara yang berkuat kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis selain dari Akta ini.

Perjalanan kuat kuasa Peraturan-peraturan Perlu di luar negeri

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Melainkan jika terdapat maksud yang bertentangan darinya, apa-apa peruntukan yang terkandung dalam, atau berkuat kuasa di bawah, mana-mana Peraturan Perlu hendaklah—

(a)

setakat mana peruntukan itu dengan tertentu mengenakan larangan, sekatan atau tanggungan berhubung dengan kapal, vesel atau pesawat udara atau dengan tertentu membenarkan sesuatu dilakukan berhubung dengan kapal, vesel atau pesawat udara, dipakai bagi semua kapal, vesel atau pesawat udara dalam atau di angkasa Malaysia dan bagi semua kapal atau pesawat udara yang didaftarkan dalam Malaysia, di mana jua ia berada; dan

Suggest a correction

(b)

setakat mana peruntukan itu mengenakan larangan, sekatan atau tanggungan ke atas orang, terpakai bagi semua orang dalam Malaysia dan semua orang dalam manamana kapal atau pesawat udara yang didaftarkan dalam Malaysia, dan bagi semua warganegara:

Dengan syarat bahawa Peraturan-peraturan Perlu boleh membuat peruntukan supaya pemunya, pengurus atau pencarter mana-mana kapal atau pesawat udara yang didaftarkan dalam Malaysia (iaitu seorang yang bermastautin di Malaysia atau suatu perbadanan yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia) dikenakan sekatan mengenai pengambilan kerja orang di mana-mana negeri atau wilayah berkenaan dengan pengurusan kapal atau pesawat udara itu.

Bukti surat cara

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu surat cara yang dibuat atau dikeluarkan oleh mana-mana Menteri atau pihak berkuasa atau orang menurut mana-mana peruntukan yang terkandung dalam, atau berkuat kuasa di bawah, Peraturan-peraturan Perlu, dan yang akan ditandatangan oleh atau bagi pihak Menteri, pihak berkuasa atau orang tersebut, hendaklah diterima sebagai keterangan, dan, sehingga dibuktikan sebaliknya, hendaklah disifatkan sebagai suatu surat cara yang dibuat atau dikeluarkan oleh Menteri, pihak berkuasa atau orang itu; dan keterangan prima facie mengenai mana-mana surat cara seperti tersebut di atas boleh, dalam apa-apa prosiding undang-undang (termasuk timbang tara), diberi dengan mengemukakan suatu dokumen yang berupa sebagai diperakui salinan benar surat cara itu oleh atau bagi pihak Menteri atau pihak berkuasa atau orang lain yang mempunyai kuasa membuat atau mengeluarkan surat cara itu.

Seksyen 5

Melepas tanggungan pegawai awam dan orang lain yang tertentu

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa jua tindakan, pendakwaan atau prosiding undang-undang lain boleh dibawa, dijalan atau disenggara dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana pegawai awam sama ada atas sifat dirinya sendiri atau atas sifat jawatannya bagi atau oleh kerana atau mengenai apa-apa perbuatan yang diperintah atau dilakukan olehnya atau berupa sebagai telah diperintah atau dilakukan olehnya dalam tempoh darurat bagi maksud menjamin ketenteraman atau keselamatan awam atau bagi maksud menguatkuasakan mana-mana peraturan, perintah, kaedah, undang-undang kecil, arahan atau notis yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini, dan tiada apa jua guaman, pendakwaan atau prosiding undang-undang lain boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang lain bagi atau oleh kerana atau mengenai apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan olehnya di bawah mana-mana peraturan-peraturan, perintah, kaedah, undang-undang kecil, arahan atau notis mana-mana pegawai awam yang diberi bagi apa-apa maksud seperti tersebut di atas:

Dengan syarat bahawa perbuatan pegawai atau orang itu telah dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa perbuatan itu adalah perlu bagi maksud yang dicadang untuk dicapai dengan berbuat demikian.

Seksyen 6

Peraturan-peraturan Perlu di bawah Akta 1964

Open as pageSuggest a correction

Selagi Perisytiharan Darurat yang disebut dalam mukadimah Akta ini masih berkuat kuasa, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964 [Akta 30 tahun 1964] (kecuali peraturan-peraturan yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai tidak berjalan kuat kuasanya) hendaklah berjalan kuat kuasa dan hendaklah berkuat kuasa seolah-olah peraturan-peraturan itu telah dibuat di bawah Akta ini; dan peraturan-peraturan itu boleh dipinda, diubah suai atau dimansuhkan seolah-olah peraturan-peraturan itu telah dibuat di bawah Akta ini.

Seksyen 7

Kuasa adalah sebagai tambahan kepada kuasa di bawah undang-undang lain

Open as pageSuggest a correction

Kuasa yang diberi oleh Akta ini dan oleh mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya adalah sebagai menambah dan bukannya menggantikan kuasa yang diberi oleh atau di bawah undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Seksyen 8

Penalti

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap orang yang melanggar mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, jika tiada apa-apa penalti lain diperuntukkan oleh peraturan itu, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Perundangan subsidiari di bawah Ordinan itu disifatkan sebagai telah dibuat di bawah Akta ini; dan pengesahan perbuatan dan perkara yang dilakukan di bawah Ordinan itu dan perundangan subsidiari di bawahnya

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa perundangan subsidiari yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dipinda, diubah suai atau dimansuhkan seolah-olah perundangan subsidiari itu telah dibuat di bawah peruntukan yang sesuai dalam Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa pendakwaan yang dimulakan, perbicaraan yang dijalankan, keputusan atau perintah yang diberikan, terhadap seseorang dalam mana-mana mahkamah, atau apa-apa jua prosiding lain yang telah diadakan, atau apa-apa jua perbuatan atau perkara lain yang dilakukan atau ditinggal daripada dilakukan, di bawah atau menurut Ordinan itu atau apa-apa jua perundangan subsidiari yang dibuat atau berupa sebagai telah dibuat di bawah Ordinan itu diisytiharkan sah di sisi undang-undang dan dengan ini disahkan.

Kuasa khas Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Jika, sebelum Akta ini disiarkan dalam Warta, seseorang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82] telah dibicarakan mengikut Peraturan-peraturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1975 [P.U. (A) 320/1975 (dipinda oleh P.U. (A) 362/1975)] dan didapati bersalah dan disabitkan kesalahannya dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan telah ditolak, Pendakwa Raya atau orang itu boleh dengan notis usul memohon kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh Akta ini disiarkan dalam Warta, atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan, supaya kes itu dikaji semula, dan, dalam hal yang demikian, Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji semula kes itu dan membuat apa-apa perintah yang disifatkannya patut.

Seksyen 11

Kuasa Pendakwa Raya untuk memilih; pengesahan prosiding jenayah tertentu

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa pertuduhan yang dibuat oleh Pendakwa Raya terhadap mana-mana orang sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini di bawah Akta Senjata 1960 [Akta 206], Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37], atau manamana undang-undang lain yang tidak diisytihar atau diperbuat di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan dalam kawasan yang telah diisytiharkan sebagai suatu kawasan keselamatan di bawah seksyen 47 Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960, sebagaimana disiarkan dalam P.U. (A) 148 tahun 1969, dan apa-apa perbicaraan yang dijalankan, atau keputusan atau perintah yang diberikan, berikutan dari pertuduhan itu, diisytiharkan sah di sisi undang-undang dan dengan ini disahkan.

Bidang kuasa mahkamah berkenaan dengan perisytiharan di bawah sesuatu undang-undang di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Tiada suatu pun mahkamah mempunyai bidang kuasa melayan atau memutuskan apa-apa jua bentuk permohonan atau persoalan, atas apa-apa alasan, mengenai sahnya atau penjalanan kuat kuasa berterusan apa-apa perisytiharan yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada menjalankan apa-apa kuasa yang diletak hak padanya di bawah mana-mana Ordinan yang diisytiharkan, atau Akta Parlimen yang diperbuat, di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 13

Pemansuhan dan kecualian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apapun yang terkandung dalam subseksyen (1), semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Ordinan itu dan berkuat kuasa sebelum sahaja 20 Februari 1971 hendaklah (tanpa menyentuh kuasa untuk memindanya oleh mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah peruntukan yang sesuai dalam Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu bagi menyelaraskan perundangan subsidiari itu dengan Akta ini) terus berkuat kuasa sehingga dimansuh atau digantikan oleh perundangan subsidiari yang dibuat di bawah peruntukan yang sesuai dalam Akta ini, dan hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di bawahnya.

Kaedah-kaedah

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Yang di-Pertuan Agong boleh membuat apa-apa kaedah-kaedah yang disifatkannya perlu atau suai manfaat bagi membuat peruntukan untuk menghapuskan apa-apa jua kesulitan atau anomali dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau dalam melaksanakan apa-apa fungsi, menjalankan apa-apa kuasa, atau melaksanakan apa-apa tugas, atau melakukan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh peruntukan Akta ini, dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boleh membuat apa-apa jua ubah suaian, penyesuaian, perubahan, pertukaran, atau pindaan kepada mana-mana undang-undang bertulis.

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari-TIADA-Akta 216

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari-TIADA-

Common questions

What is AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979?
AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 is Malaysia Act, cited as Act 216 1979, currently marked in force and first recorded in 1979.
Is AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 still in force?
Yes — AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 is currently in force.
When did AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 take effect?
AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 was first recorded in 1979.
How many sections does AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 have?
AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 contains 14 sections.
Where can I read the official version of AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979?
The official text of AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 (No. 216) | mylaw.my