Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ahli Parlimen (Saraan)
980 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1980.
/akn/my/act/act/1980/237
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980 is Malaysia Act, cited as Act 237 1980, currently marked in force and first recorded in 1980.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ahli Parlimen (Saraan)
980 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1980.
Tafsiran
“Ahli atau Anggota” ertinya Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen,
Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan
Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat;
“Ahli Parlimen” ertinya ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat;
“Anggota Pentadbiran” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan tetapi tidaklah termasuk
Setiausaha Politik.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 237
Saraan bagi Ahli Parlimen
Jika seseorang Ahli Parlimen dilantik sebagai Ketua
Pembangkang, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 1(b), mendapat elaun bulanan sebanyak tiga ribu lapan ratus empat puluh enam ringgit dan lima puluh sembilan sen.
Saraan bagi Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua
Dewan Rakyat, dsb.
Saraan bagi Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua
dalam hal Yang di-Pertua Dewan Negara, gaji bulanan sebanyak tiga puluh satu ribu ringgit sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Negara sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(a);
dalam hal Yang di-Pertua Dewan Rakyat, gaji bulanan sebanyak tiga puluh satu ribu ringgit sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar kepada ahli
Dewan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b) tidak kira sama ada Yang di-Pertua itu ahli Dewan Rakyat atau tidak;
dalam hal Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, gaji bulanan sebanyak dua puluh dua ribu ringgit sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Negara sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(a);
Ahli Parlimen (Saraan)
dalam hal Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, gaji bulanan sebanyak dua puluh dua ribu ringgit sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b).
Elaun dan keistimewaan lain bagi orang di bawah seksyen 3 dan 4
Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada—
Sebagai tambahan kepada elaun yang kena dibayar di bawah seksyen 3 dan gaji dan elaun yang kena dibayar di bawah seksyen 4, orang yang dinyatakan dalam seksyen itu adalah juga berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan
Agong dan arahan sedemikian itu hendaklah dibentangkan di hadapan tiap-tiap satu Majlis Parlimen.
Saraan bagi Anggota Pentadbiran
dalam hal Perdana Menteri, gaji bulanan sebanyak dua puluh dua ribu lapan ratus dua puluh enam ringgit dan enam puluh lima sen;
dalam hal Timbalan Perdana Menteri, gaji bulanan sebanyak lapan belas ribu satu ratus enam puluh lapan ringgit dan lima belas sen;
dalam hal Menteri, gaji bulanan sebanyak empat belas ribu sembilan ratus tujuh ringgit dan dua puluh sen;
dalam hal Timbalan Menteri, gaji bulanan sebanyak sepuluh ribu lapan ratus empat puluh tujuh ringgit dan enam puluh lima sen;
dalam hal Setiausaha Parlimen, gaji bulanan sebanyak tujuh ribu satu ratus lapan puluh tujuh ringgit dan empat puluh sen.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 237
Jika seseorang Anggota Pentadbiran ialah ahli Dewan
Negara, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mendapat elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Negara sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(a).
Jika seseorang Anggota Pentadbiran ialah ahli Dewan
Rakyat, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mendapat elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b).
Jika seseorang Anggota Pentadbiran dilantik sebagai Ketua
Dewan Rakyat, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b), mendapat elaun bulanan sebanyak tiga ribu lapan ratus empat puluh enam ringgit dan lima puluh sembilan sen.
Jika seseorang Anggota Pentadbiran dilantik sebagai Timbalan
Ketua Dewan Rakyat, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b), mendapat elaun bulanan sebanyak satu ribu sembilan ratus lapan puluh tiga ringgit dan sembilan belas sen.
Anggota Pentadbiran adalah juga berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.
Permulaan gaji dan elaun
Semua gaji dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam subseksyen 3(1) dan (2), seksyen 4 dan subseksyen 6(1), (2), (3)
dan (4) dan yang kena dibayar hendaklah—
bermula dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, atau dari tarikh pelantikan atau pemilihan, mengikut mana-mana yang terkemudian, Ahli Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara,
Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat, Anggota Pentadbiran, Ketua atau Timbalan
Ketua Dewan Rakyat atau Ketua Pembangkang, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Ahli Parlimen (Saraan)
terakru dari hari ke hari dan kena dibayar pada hari terakhir dalam tiap-tiap bulan atau mana-mana hari lain dalam bulan yang berkenaan sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.
Pencen dan ganjaran
Seseorang Ahli atau Anggota adalah berhak mendapat apa-apa pencen, ganjaran dan faedah lain sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
Faedah kemalangan
Seseorang Ahli atau Anggota adalah berhak mendapat apa-apa faedah kemalangan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual
Kedua.
Pengurangan elaun oleh Parlimen
Amaun yang dinyatakan dalam atau di bawah Akta ini sebagai amaun bagi apa-apa gaji, elaun atau faedah yang kena dibayar daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dan tidak dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dianggap sebagai amaun maksimum yang boleh dibayar sedemikian, dan walau apa pun peruntukan Akta ini atau peruntukan yang dibuat di bawahnya tentang amaun itu, gaji, elaun dan faedah yang kena dibayar dalam mana-mana bulan bagi apa-apa jawatan boleh kurang amaunnya daripada amaun yang dinyatakan atau ditetapkan itu.
Peruntukan bagi mengelakkan pergandaan gaji
Anggota yang kepadanya apa-apa gaji kena dibayar di bawah Akta ini adalah berhak menerima hanya gaji dan elaun itu tetapi jika dia pemegang dua jawatan atau lebih yang berkenaan dengannya gaji dan elaun kena dibayar di bawah Akta ini dan ada perbezaan tentang gaji dan elaun yang kena dibayar berkenaan dengan jawatan-jawatan itu, maka jawatan yang berkenaan dengannya elaun dan gaji itu kena dibayar ialah jawatan yang berkenaan dengannya gaji tertinggi kena dibayar.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 237
Wang yang hendak diperuntukkan atau dipertanggungkan
Saraan bagi Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Disatukan.
Jadual Pertama hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Disatukan.
Pemansuhan dan kecualian
13. Akta (Pencen dan Ganjaran) Anggota Pentadbiran dan Ahli
Parlimen 1971 [Akta 23] adalah dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa jika seseorang atau orang tanggungannya telah menerima pencen atau pencen terbitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah peruntukan Akta itu, maka pencen atau pencen terbitan itu hendaklah dihitung semula di bawah perenggan 20 Jadual Pertama dan hendaklah terus kena dibayar di bawah peruntukan Jadual itu.
Pemansuhan
14. Undang-undang yang berikut adalah dimansuhkan:
Ordinan Menteri (Saraan) 1957 [Ord. 63 tahun 1957];
Akta Yang di-Pertua Dewan Negara (Saraan) 1960
[Akta 2 tahun 1960];
Akta Parlimen (Saraan Ahli) 1960 [Akta 4 tahun 1960];
Akta Timbalan Menteri 1960 [Akta 5 tahun 1960];
Akta Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Saraan) 1960
[Akta 7 tahun 1960];
Akta Setiausaha Parlimen (Saraan) 1965 [Akta 32 tahun 1965].
Ahli Parlimen (Saraan)
Jadual Pertama
[Seksyen 8, 10, 12 dan 13]
Tafsiran
1. Dalam Jadual ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ahli atau Anggota” ertinya Anggota Pentadbiran sebagaimana yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan termasuk anggota mana-mana satu Majlis Parlimen, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat yang bukan ahli Majlis itu tetapi tidak termasuk Setiausaha Politik yang bukan Ahli Parlimen dan juga tidaklah termasuk Anggota Pentadbiran sesuatu Negeri;
“anak” ertinya anak seseorang Ahli atau Anggota yang mati yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuklah—
anak yang lahir selepas kematian bapanya, anak tiri tanggungan atau anak tidak sah taraf;
anak yang diambil sebagai anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman sebelum kematian
Ahli atau Anggota itu; dan
anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum kematian Ahli atau
Anggota yang menganuti agama Islam sama ada atau tidak di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman;
“gaji” ertinya—
berhubung dengan Ahli Parlimen, elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya di bawah subseksyen 3(1);
berhubung dengan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Negara atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat, jumlah gaji bulanan dan elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya di bawah seksyen 4;
berhubung dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,
Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen, jumlah gaji bulanan dan elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya di bawah subseksyen 6(1) dan (2);
“perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya tempoh mengikut bulan, semasa seseorang itu menjadi Ahli atau Anggota sama ada terus-menerus atau bagi dua tempoh atau lebih yang berasingan; dan bagi maksud mengira lamanya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi seseorang Ahli atau
Anggota, semua tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira hendaklah diagregatkan.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 237
Pencen bagi Ahli atau Anggota
2. (1) Seseorang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota boleh diberikan pencen jika dia telah menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira:
Dengan syarat bahawa jika seseorang yang menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 1990 terhenti menjadi Ahli atau Anggota apabila menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia terhenti menjadi Ahli atau Anggota, dia boleh diberikan pencen hanya apabila dia kemudiannya mencapai umur lima puluh tahun.
Pencen bulanan yang kena dibayar di bawah subperenggan (1) hendaklah dikira mengikut formula yang berikut:
1/144 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji, tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga perlima daripada gaji:
Dengan syarat bahawa pencen yang kena dibayar di bawah perenggan ini hendaklah berasaskan gaji tertinggi yang diterima oleh Ahli atau Anggota dalam apa-apa tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira:
Dengan syarat selanjutnya bahawa apa-apa perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dalam hal seseorang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota sama ada disebabkan kematian atau terbubarnya Parlimen atau disebabkan hilang kelayakan di bawah perenggan (a) Fasal (1) Perkara 48 Perlembagaan hendaklah, jika ia kurang daripada tiga puluh enam bulan, disifatkan sebagai tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Dalam hal seseorang yang menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 1990 tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia terhenti menjadi seorang Ahli atau Anggota, gaji yang pencen akan diberikan di bawah subperenggan (2) hendaklah gaji akhir yang telah disemak sebelum pencen itu diberikan kepadanya.
Pencen yang diberikan di bawah perenggan ini hendaklah diteruskan selama hayat orang yang kepadanya pencen itu kena dibayar tetapi tidaklah boleh dibayar bagi apa-apa tempoh dia menjadi Ahli atau Anggota lagi dan menerima gaji berkenaan dengan jawatan itu:
Dengan syarat bahawa tempoh itu, tertakluk kepada subperenggan (1) dan
, hendaklah diambil kira bagi mengira pencen yang kena dibayar apabila dia sekali lagi terhenti menjadi Ahli atau Anggota.
Dalam hal seseorang yang telah menjadi Ahli atau Anggota pada bila-bila masa pada atau selepas 31 Ogos 1957 dan masih hidup lagi, dia boleh diberikan pencen di bawah subperenggan (1) dan (2) dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini berasaskan gajinya yang diselaraskan dengan gaji
Ahli atau Anggota sebagaimana sesuai dan mengikut peruntukan Jadual ini.
Ahli Parlimen (Saraan)
13
Peruntukan khas bagi Menteri, dsb., yang menjadi “back bencher”, dsb.
3. (1) Walau apa pun subperenggan 2(3), seseorang Ahli atau Anggota yang tidak memegang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri,
Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat, boleh dibayar pencen di bawah perenggan 2 jika dahulunya dia pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,
Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan
Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat selama apa-apa tempoh:
Dengan syarat bahawa jika dia terhenti menjadi Ahli atau Anggota dan pencen yang diterimanya kurang daripada pencen maksimum yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(2), maka pencen itu bolehlah dihitung semula atas asas gaji yang diterimanya sebagai Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan atas perkhidmatan yang boleh dimasuk kira yang hendaklah termasuk sekian lama tempoh dia berkhidmat sebagai Ahli atau Anggota, selain sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan
Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Negara, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, supaya dia boleh menerima pencen semaksimum mungkin yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(2).
Walau apa pun subperenggan 2(2)—
dalam hal seseorang yang telah memegang jawatan Perdana Menteri dan jika tempoh perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira ialah tiga puluh enam bulan atau kurang, pencen bulanan yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(2) adalah suatu jumlah wang yang dihitung berdasarkan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira atau tiga ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih besar; dan
dalam hal seseorang yang telah memegang jawatan Perdana Menteri dan jika tempoh perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira lebih daripada tiga puluh enam bulan tetapi pencen yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(2) adalah kurang daripada tiga ribu ringgit, maka pencen bulanan yang kena dibayar ialah tiga ribu ringgit.
Ganjaran bagi Ahli atau Anggota
4. (1) Seseorang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota boleh diberikan ganjaran yang dikira mengikut formula yang berikut:
1/48 x gaji x 12 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 237
Walau apa pun subperenggan (1), Ahli atau Anggota yang terhenti memegang jawatan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan
Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, tetapi terus menjadi Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat boleh dibayar ganjaran yang dikira di bawah subperenggan (1).
Walau apa pun subperenggan (1) dan tertakluk kepada subperenggan
(a), Anggota Pentadbiran yang terhenti memegang jawatan Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen dan—
terus menjadi Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat; atau
terhenti menjadi Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat, boleh diberikan ganjaran yang dikira di bawah subperenggan (1).
Bagi maksud mengira ganjaran di bawah subperenggan (1)—
jika suatu ganjaran kena dibayar kepada seseorang Anggota Pentadbiran di bawah subperenggan (3), “tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ialah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagai
Ahli atau Anggota setakat tujuh puluh dua bulan dan jika tempoh itu melebihi tujuh puluh dua bulan, hanya tempoh perkhidmatan sebagai Anggota Pentadbiran hendaklah dimasuk kira; dan
jika suatu ganjaran kena dibayar kepada seseorang Ahli atau Anggota yang bukan Anggota Pentadbiran, “tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ialah apa-apa tempoh perkhidmatan yang tidak serentak dengan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira yang ganjaran itu telah dikira tertakluk kepada subperenggan (a).
Apa-apa ganjaran yang telah dibayar kepada Anggota Pentadbiran yang ialah Ahli Dewan Rakyat apabila terbubarnya Parlimen hendaklah dipotong daripada ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1).
Ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1) hendaklah berasaskan gaji tertinggi yang diterima oleh Ahli atau Anggota dalam tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagaimana yang ditentukan di bawah subperenggan (4).
Apa-apa ganjaran atau award tunai yang telah dibayar kepada Ahli atau
Anggota berkenaan dengan apa-apa tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira yang ditentukan di bawah subperenggan (4) hendaklah dipotong daripada ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1).
Ahli Parlimen (Saraan)
15
Pencen terbitan atau ganjaran terbitan jika Ahli atau Anggota mati semasa menjadi Ahli atau Anggota
5. (1) Jika seseorang Ahli atau Anggota mati dan layak menerima pencen di bawah perenggan 2 dan ganjaran di bawah perenggan 4, Yang di-Pertuan
Agong boleh, di bawah perenggan 8, memberi orang tanggungannya pencen terbitan dan ganjaran terbitan atau ganjaran terbitan sahaja.
Tertakluk kepada perenggan 3, pencen terbitan dan ganjaran terbitan yang kena dibayar di bawah subperenggan (1) hendaklah dikira mengikut cara yang sama dengan pengiraan pencen di bawah subperenggan 2(2) dan pengiraan ganjaran di bawah perenggan 4.
Tertakluk kepada perenggan 10, pencen terbitan yang diberikan di bawah subperenggan (2) hendaklah dibayar dari tarikh sebaik selepas tarikh kematian Ahli atau Anggota itu.
Dalam hal seseorang yang telah menjadi Ahli atau Anggota pada bila-bila masa pada atau selepas 31 Ogos 1957 dan telah mati dan meninggalkan orang tanggungan dalam erti perenggan 8, orang tanggungan itu boleh, dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, jika mereka tidak menjadi tidak layak di bawah perenggan 10 mulai dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diberikan pencen terbitan di bawah perenggan 5 atau 6, mengikut mana-mana yang berkenaan, berasaskan gaji orang itu yang diselaraskan dengan gaji Ahli atau Anggota sebagaimana sesuai dan mengikut peruntukan Jadual ini.
Pencen terbitan jika seseorang mati selepas terhenti menjadi Ahli atau
Anggota
6. (1) Tertakluk kepada perenggan 10, mulai 1 Januari 2009, jika seseorang
Ahli atau Anggota mati selepas terhenti menjadi Ahli atau Anggota, orang tanggungannya boleh diberikan pencen terbitan sebanyak amaun yang sama dengan pencen yang dibayar atau kena dibayar kepadanya.
Subperenggan (1) hendaklah juga terpakai bagi orang tanggungan yang menerima pencen terbitan sebelum 1 Januari 2009.
7. (Dipotong oleh P.U. (A) 38/2015).
Orang tanggungan yang layak menerima pencen terbitan dan ganjaran terbitan
8. (1) Pencen terbitan boleh diberikan kepada balu atau duda dan anak Ahli atau Anggota yang mati.
Ganjaran terbitan boleh diberikan kepada—
orang yang dinyatakan di bawah subperenggan (1); dan
ibu atau bapa tanggungan Ahli atau Anggota yang mati.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 237
Jika tidak ada orang di bawah subperenggan (1) dan (2), ganjaran terbitan sahaja boleh diberikan kepada waris kadim kepada Ahli atau Anggota yang mati itu.
Walau apa pun subperenggan (1), jika seseorang balu atau duda berkahwin dengan seseorang Ahli atau Anggota pada bila-bila masa dalam tempoh dua puluh tahun dari tarikh akhir sekali Ahli atau Anggota itu terhenti, balu atau duda itu hanya berhak mendapat pencen terbitan di bawah perenggan 6
bagi baki tempoh dua puluh tahun itu dan tidaklah berhak mendapat pencen terbitan selepas daripada itu.
Walau apa pun baki tempoh dua puluh tahun yang disebut dalam subperenggan (4), pencen terbitan itu hendaklah hanya dikira dan dibayar mulai 1 Januari 2012.
Pengumpukan pencen terbitan atau ganjaran terbitan
9. (1) Pencen terbitan atau ganjaran terbitan boleh dibayar kepada orang di bawah subperenggan 8(1) dan (2) mengikut apa-apa perkadaran sebagaimana yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan itu boleh diumpukkan semula apabila salah seorang daripada orang itu mati atau terhenti daripada berkelayakan mendapat bayaran itu.
Jika pencen terbitan dibayar kepada mana-mana orang yang layak di bawah subperenggan 8(1), dan kemudiannya seorang atau lebih orang yang layak membuat tuntutan bagi pencen terbitan itu, tarikh bagi penguntukan semula pencen terbitan itu ialah satu bulan dari tarikh tuntutan itu dibuat dan apa-apa bayaran yang telah dibuat sebelum tarikh penguntukan semula hendaklah disifatkan sebagai sah dan dibuat oleh Kerajaan dengan sepatutnya.
Terhentinya pencen terbitan 10.
Pencen terbitan yang diberikan di bawah Jadual ini hendaklah terhenti, jika penerimanya—
(Dipotong oleh P.U. (A) 159/2003);
seorang anak, apabila dia berkahwin;
seorang anak, yang apabila atau selepas mencapai umur dua puluh satu tahun terhenti daripada berkeadaan terencat mental atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri; atau
seorang anak, yang apabila atau selepas mencapai umur dua puluh satu tahun terhenti mendapat pendidikan di suatu institusi pengajian tinggi tetapi tidak melampaui pendidikan yang membawa kepada ijazah pertama.
Ahli Parlimen (Saraan)
17
Pembayaran sementara jika amaun pencen, dsb. belum lagi ditentukan 11.
Jika seseorang Ahli atau Anggota atau orang tanggungannya layak mendapat pencen atau ganjaran di bawah Jadual ini tetapi amaun pencen atau ganjaran itu belum lagi ditentukan sesudah sahaja dia terhenti menjadi Ahli atau Anggota atau apabila dia mati, Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan pembayaran sementara dibuat kepada Ahli atau Anggota itu atau orang tanggungannya sementara menanti penentuan itu.
Pembayaran pencen 12.
Pencen yang diberikan di bawah Jadual ini boleh dibayar secara bulanan pada akhir setiap bulan yang pencen itu genap masanya dibayar atau pada apa-apa lat tempoh lain yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong sama ada secara am atau dalam mana-mana hal tertentu.
Pencen, dsb. tidak boleh diserahhakkan 13.
Pencen atau ganjaran yang diberikan di bawah Jadual ini tidak boleh diserahhakkan atau dipindah milik atau ditahan, diasingkan atau dilevikan berkenaan dengan apa-apa tuntutan kecuali bagi maksud—
menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan, Kerajaan mana-mana Negeri atau sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan; atau
menunaikan perintah Mahkamah supaya dibayar jumlah wang berkala untuk nafkah bagi isteri atau bekas isteri atau anak orang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota dan yang kepadanya telah diberikan pencen atau ganjaran itu.
Pencen atau ganjaran tidak boleh dibayar dalam hal keadaan tertentu
14. (1) Tiada apa-apa pencen atau ganjaran boleh diberikan di bawah Jadual ini kepada mana-mana orang yang hilang kelayakan daripada menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam perenggan (e) atau (f) Fasal (1) Perkara 48 Perlembagaan.
Jika mana-mana orang yang telah diberikan pencen di bawah Jadual ini telah hilang kelayakan daripada menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam subperenggan (1), pencen itu hendaklah terhenti dengan serta-merta:
Dengan syarat bahawa pencen itu hendaklah diberikan semula dengan kuat kuasa ke belakang dalam hal seseorang yang hilang kelayakannya di bawah perenggan (e)
Fasal (1) Perkara 48 Perlembagaan telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 237
Pembayaran tanpa pemberian probet atau surat kuasa mentadbir
15. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang yang kepadanya apa-apa pembayaran boleh dibuat di bawah
Jadual ini mati sebelum pembayaran itu dibuat dan amaun itu masih belum dibayar, maka amaun yang belum dibayar itu boleh dibayar kepada orang tanggungannya tanpa ada pemberian probet atau surat kuasa mentadbir berkenaan dengan harta pusakanya.
Bagi maksud perenggan ini, “belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang itu.
Perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi orang tertentu
16. (1) Jika seseorang telah menjadi Ahli atau Anggota sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, mana-mana tempoh, terus-menerus atau selainnya, sebelum tarikh itu tetapi tidak lebih awal daripada 31 Ogos 1957 bolehlah diambil kira bagi maksud mengira lamanya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya.
Bagi maksud subperenggan (1), tempoh perkhidmatan seseorang
Ahli atau Anggota dalam Majlis Undangan Persekutuan hendaklah diambil kira.
Seseorang yang telah menjadi Setiausaha Politik bagi apa-apa tempoh dan sepanjang tempoh itu tidak serentak menjadi ahli mana-mana satu Majlis
Parlimen hendaklah, terhenti menerima pencen yang kena dibayar kepadanya oleh sebab dia pernah menjadi Setiausaha Politik semasa dia menjadi Ahli atau Anggota, tetapi tempoh perkhidmatan sebagai Setiausaha Politik bolehlah diambil kira bagi maksud mengira lamanya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya untuk pencen dan ganjaran di bawah Jadual ini.
Perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tempoh dalam Dewan
Undangan, dsb.
17. (1) Tertakluk kepada subperenggan (2), jika seseorang sebelum menjadi
Ahli atau Anggota telah menjadi ahli Dewan Undangan atau Dewan Undangan
Negeri sesuatu Negeri, tempoh, terus-menerus atau selainnya, sepanjang yang dia telah menjadi ahli Dewan Undangan atau Dewan Undangan Negeri bolehlah diambil kira bagi maksud mengira lamanya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya.
Tiada apa-apa tempoh di bawah subperenggan (1) boleh diambil kira bagi maksud Jadual ini jika seseorang Ahli atau Anggota telah hilang kelayakan daripada menjadi ahli Dewan Undangan atau Dewan Undangan Negeri atau jika dia telah diberikan pencen dan ganjaran kedua-duanya bagi tempoh itu di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencen dan ganjaran bagi Anggota Pentadbiran sesuatu Negeri dan ahli Dewan Undangan atau Dewan Undangan Negeri sesuatu Negeri.
Ahli Parlimen (Saraan)
19
Kemudahan perubatan 18.
Seseorang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota dan yang layak mendapat pencen di bawah perenggan 2, atau orang tanggungannya, adalah berhak mendapat apa-apa kemudahan perubatan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.
Peraturan-peraturan
19. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan untuk menjalankan dengan lebih baik Jadual ini.
Tanpa menyentuh keluasan subperenggan (1)—
jika seseorang atau Ahli atau Anggota, yang sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, telah memperoleh apa-apa hak atau keistimewaan berhubung dengan pencen atau ganjaran di bawah undang-undang yang dimansuhkan di bawah seksyen 13 dan tiada peruntukan wujud dalam Jadual ini untuk memperkatakan hak atau keistimewaan itu, peraturan-peratuan itu boleh membuat peruntukan bagi hak atau keistimewaan itu diteruskan dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong;
jika hasil daripada pelaksanaan peruntukan Jadual ini suatu keadaan timbul yang melibatkan penentuan sama ada sesuatu hak atau keistimewaan berhubung dengan pencen atau pencen terbitan patut, setelah mengambil kira prinsip-prinsip yang menjadi asas peruntukan
Jadual ini, terakru kepada seseorang yang telah terhenti menjadi Ahli atau Anggota dalam tempoh dari 31 Ogos 1957 hingga tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini atau kepada orang tanggungan orang itu, dan keadilan serta ekuiti menghendaki keadaan itu diselesaikan, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi sesuatu hak atau keistimewaan diberikan kepada orang itu atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.
Pindaan Jadual melalui perintah 19a. Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda Jadual ini jika tampak padanya adalah perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, dan apa-apa pindaan yang dibuat sedemikian hendaklah berkuat kuasa seolah-olah diperbuat dalam Jadual ini.
Pewakilan kuasa 19b. Apa-apa kuasa yang diberikan kepada, atau kewajipan yang dikenakan ke atas, Yang di-Pertuan Agong oleh Jadual ini, kecuali kuasa yang diberikan oleh perenggan 19 dan 19a, boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Perdana
Menteri atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Perdana Menteri.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 237
Penghitungan semula pencen dan pencen terbitan
20. (1) Apa-apa pencen yang diberikan di bawah perenggan 2 atau pencen terbitan yang diberikan di bawah perenggan 5 atau 6 hendaklah diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan sebanyak dua peratus dan hendaklah dibayar mulai Januari setiap tahun.
Tertakluk kepada subperenggan (1), jika Ahli atau Anggota diberikan pencen hanya apabila mencapai umur lima puluh tahun oleh sebab beliau telah menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 1990
dan terhenti menjadi Ahli atau Anggota apabila menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia terhenti menjadi Ahli atau Anggota, pencennya hendaklah diselaraskan dengan kenaikan sebanyak dua peratus bermula dari tahun kedua dia diberikan pencen itu.
Pencen yang telah diselaraskan di bawah subperenggan (1) hendaklah kena dibayar mulai 1 Januari 2014.
Pencen atau pencen terbitan yang diberikan kepada—
orang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota; atau
orang tanggungan kepada Ahli atau Anggota yang mati itu, sebelum 1 Januari 2014, hendaklah terlebih dahulu diselaraskan mengikut peruntukan Jadual Pertama Akta hingga 31 Disember 2013 seolah-olah Jadual
Pertama tidak dipinda oleh Perintah ini, sebelum penyelarasan semula pencen atau pencen terbitan itu dibuat mengikut subperenggan (1).
Apa-apa pencen atau pencen terbitan yang telah diselaraskan menurut subperenggan (4) hendaklah dikira semula mengikut subperenggan (1) dan hendaklah kena dibayar mulai 1 Januari 2014.
Peruntukan subperenggan (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pencen yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(b) Akta Pencen Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 [Akta 22] seolah-olah ia suatu pencen yang dibayar di bawah Jadual ini dan perenggan 5 dan 6, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terpakai.
Faedah bagi bekas Perdana Menteri
21. (1) Seseorang yang terhenti memegang jawatan Perdana Menteri, atau seseorang yang dahulunya telah memegang jawatan Perdana Menteri sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, adalah berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan pada apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.
Ahli Parlimen (Saraan)
21
Penentuan oleh Jemaah Menteri menurut subperenggan (1) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi elaun, faedah dan keistimewaan yang kena dibayar atau yang diberikan menurut subperenggan 2(c), (d) dan (e) Akta
Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 seolah-olah ia diberikan di bawah subperenggan (1).
22.
(Dipotong oleh P.U. (A) 38/2015).
Jadual Kedua
[Seksyen 9, 10 dan 12]
1. Jika kematian atau hilang upaya kekal disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang I oleh Ahli atau Anggota yang dinyatakan dalam ruang II, faedah yang kena dibayar ialah faedah yang dinyatakan di bawah ruang kecil yang berkenaan kecuali dalam hal kematian yang berakibat daripada bencana yang ditanggung dalam kemalangan, maka orang tanggungan atau waris kadim bagi Ahli atau
Anggota yang mati masing-masing yang dinyatakan itu adalah berhak mendapat faedah itu.
2. Faedah kematian yang diberikan di bawah butiran A hendaklah dibayar kepada orang tanggungan Ahli atau Anggota yang mati yang dinyatakan dalam subperenggan 8(2) Jadual Pertama atau, jika tidak ada orang tanggungan sedemikian, kepada waris kadim kepada Ahli atau Anggota yang mati itu. Faedah kematian yang diberikan kepada orang tanggungan hendaklah diumpukkan mengikut apa-apa perkadaran yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.
3. Jika seseorang Ahli atau Anggota atau orang tanggungannya atau waris kadimnya berhak mendapat faedah kemalangan yang serupa dengan faedah yang diperuntukkan dalam Jadual ini di bawah mana-mana skim yang dikendalikan oleh Kerajaan mana-mana Negeri atau di bawah mana-mana undang-undang Negeri, Ahli atau Anggota itu atau orang tanggungannya atau waris kadimnya adalah berhak mengikut pilihan mereka mendapat faedah di bawah Jadual ini atau di bawah skim itu.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 237
Ruang I
Ruang II
FAEDAH KENA DIBAYAR
Akibat Bencana
Ahli Parlimen,
Timbalan Yang di-Pertua Dewan
Negara dan
Timbalan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat
Yang di-Pertua
Dewan Negara,
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat dan
Timbalan Menteri
Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri
Menteri
Setiausaha
Parlimen
A.
Jika kematian disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan … … … … … … … … … … … … … … … … ....
B.
Jika hilang upaya kekal disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan dan hilang upaya itu berlaku dalam tempoh dua belas bulan kalendar dari kemalangan tersebut, maka hendaklah dibayar kepada Ahli atau Anggota itu salah satu daripada faedah yang berikut:
jika bencana itu mengakibatkan kehilangan dua anggota atau lebih dengan sebenarnya terpisah pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali atau kehilangan langsung dan tidak dapat dipulihkan penglihatan kedua-dua belah mata atau kehilangan satu anggota bersama dengan kehilangan penglihatan sebelah mata … … … … … … … … … … … … …
jika bencana itu mengakibatkan kehilangan satu anggota dengan sebenarnya terpisah pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali atau kehilangan langsung dan tidak dapat dipulihkan penglihatan sebelah mata … … … … … … …
60,000 120,000 60,000 250,000 500,000 250,000 750,000 1,500,000 750,000 500,000 1,000,000 500,000 150,000 300,000 150,000
Ahli Parlimen (Saraan)
23
Ruang I
Ruang II
FAEDAH KENA DIBAYAR
Akibat Bencana
Ahli Parlimen,
Timbalan Yang di-Pertua Dewan
Negara dan
Timbalan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat
Yang di-Pertua
Dewan Negara,
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat dan
Timbalan Menteri
Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri
Menteri
Setiausaha
Parlimen
C.
Jika bencana mengakibatkan hilang upaya kekal selain hilang upaya yang dinyatakan dalam perenggan B di atas—
dalam hal hilang upaya yang sama sekali menghalang
Ahli atau Anggota itu daripada melibatkan diri atau memberi perhatian kepada apa-apa profesion atau pekerjaan … … … … … … … … … … … …
dalam hal hilang upaya yang sebahagiannya menghalang Ahli atau
Anggota itu daripada melibatkan diri atau memberi perhatian kepada apa-apa profesion atau pekerjaan, apa-apa jumlah wang yang didapati dengan mendarabkan jumlah wang tersebut yang dinyatakan dalam subperenggan (i), mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan peratusan darjah hilang upaya yang akan ditentukan oleh Lembaga Perubatan yang dilantik oleh
Kerajaan … … … … … … … … … … … …
120,000
mengikut kiraan 500,000
mengikut kiraan 1,500,000
mengikut kiraan 1,000,000
mengikut kiraan 300,000
mengikut kiraan
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 237
Akta 237
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A504
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) 1981 01-07-1980
P.U. (A) 188/1981
P e r i n t a h
A h l i
P a r l i m e n
(Pengubahsuaian Pencen dan
Ganjaran) 1981 01-07-1980
P.U. (A) 216/1981
Perintah Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan bagi Jadual Pertama) 1981 09-06-1981
Akta A594
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) 1984 29-06-1984
P.U. (A) 342/1984
Perintah Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan Jadual Pertama) 1984 29-06-1984
P.U. (A) 159/1990
Perintah Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan Jadual Pertama) 1990 29-06-1990
Akta A819
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) 1992
s. 2(1):
01-01-1989;
s. 3(1):
01-01-1992
Akta A821
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) (No. 2) 1992 01-01-1992
P.U. (A) 128/1996
Perintah Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan Jadual Pertama) 1996 05-04-1995
Akta A984
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) 1997 01-01-1995
P.U. (A) 410/2000
Perintah Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan Jadual Pertama) 2000 05-04-1995
P.U. (A) 150/2003
Perintah Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan Jadual Pertama) 2003 05-04-1995
Ahli Parlimen (Saraan)
25
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1003
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) 1997 01-11-1996
Akta A1097
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) 2001 01-01-2000
Akta A1133
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) (No. 2) 2001 01-01-2001
Akta A1173
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) 2002 01-01-2002
P.U. (A) 159/2003
Perintah Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan Jadual Pertama) (No. 2)
2003 01-01-2002
P.U. (A) 236/2003
Perintah Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan Jadual Pertama) (No. 3)
2003 09-04-2003
Akta A1244
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) 2005 01-01-2004
Akta A1325
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) 2007 01-01-2007
P.U. (B) 381/2010
Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 –
Pembetulan
P.U. (A) 38/2015
Perintah Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan Jadual Pertama) 2015
Subperenggan 2(a) dan (j)—
28-09-2001;
Subperenggan 2(b), (c), (d)
dan (e)—
01-01-2009;
Subperenggan 2(f) dan (g)—
01-01-2012;
Subperenggan 2(i)—
01-01-2014
Akta A1491
Akta Ahli Parlimen (Saraan)
(Pindaan) 2015 01-01-2015
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 237
Akta 237
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A594
Akta A1133 29-06-1984 01-01-2001
3
Akta A819
Akta A821
Akta A984
Akta A1097
Akta A1173
Akta A1244
Akta A1491 01-01-1989;
01-01-1992 01-01-1992 01-01-1995 01-01-2000 01-01-2002 01-01-2004 01-01-2015
4
Akta A504
Akta A594
Akta A819
Akta A984
Akta A1003
Akta A1097
Akta A1133
Akta A1173
Akta A1244
Akta A1325
Akta A1491 01-07-1980 29-06-1984 01-01-1989;
01-01-1992 01-01-1995 01-11-1996 01-01-2000 01-01-2001 01-01-2002 01-01-2004 01-01-2007 01-01-2015
6
Akta A819
Akta A984
Akta A1097
Akta A1173
Akta A1244
P.U. (B) 381/2018 01-01-1989;
01-01-1992 01-01-1995 01-01-2000 01-01-2002 01-01-2004
P e m b e t u l a n bagi Akta Ahli
Parlimen (Saraan)
1980 [Akta 237]
yang dicetak semula dalam tahun 2006
dan mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Ahli Parlimen (Saraan)
27
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Jadual Pertama
Akta A504
P.U. (A) 188/1981
P.U. (A) 216/1981
P.U. (A) 342/1984
P.U. (A) 159/1990
P.U. (A) 128/1996
P.U. (A) 410/2000
P.U. (A) 150/2003
P.U. (A) 159/2003
P.U. (A) 236/2003
P.U. (A) 38/2015 01-07-1980 01-07-1980 09-06-1981 29-06-1984 29-06-1990 05-04-1995 05-04-1995 05-04-1995 01-01-2002 09-04-2003 28-09-2001;
01-01-2009;
01-01-2012;
01-01-2014
Jadual Kedua
Akta A594
Akta A1133 29-06-1984 01-01-2001