/akn/my/act/act/1979/218

AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1979
Sections
18
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979 is Malaysia Act, cited as Act 218 1979, currently marked in force and first recorded in 1979.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi menubuhkan Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit Malaysia dan bagi menubuh dan mentadbir suatu Kumpulanwang bagi maksud membiayai penyelidikan dan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya. ] PU(B)P2/D9}$ MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya Tafsiran menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

"ahli" ertinya ahli Lembaga, dan termasuklah ahli gilir;

"Institiut" ertinya Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia yang akan ditubuhkan di bawah seksyen 7;

"kelapa sawit" ertinya jenis dari janas Elaeis dan termasuklah kacukan dari jenis-jenis ini dan kacukan-kacukan hasil dari campuran jenis-jenis ini dengan apa-apa jenis palma yang lain;

"keluaran-keluaran kelapa sawit" ertinya keluarankeluaran yang didapati terus dari kelapa sawit atau kesemuanya atau sebahagiannya dikilang dari keluarankeluaran itu;

"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 8 dan termasuklah seorang Timbalan Ketua Pengarah;

"Kumpulanwang" ertinya Kumpulanwang Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;

"Lembaga" ertinya Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

"Menteri" ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab bagi perusahaan kelapa sawit;

"minyak kelapa sawit" ertinya minyak, sama ada dalam bentuk mentah atau dalam bentuk diproses selanjutnya, yang dikeluarkan dari buah dan biji kelapa sawit;

"pegawai, penjawat atau ejen" ertinya pegawai, penjawat atau ejen Lembaga;

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 3; dan

"program yang diluluskan" ertinya program yang diluluskan oleh Lembaga.

Bahagian II

BAHAGIAN II

LEMBAGA

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah terdiri dari ahli-ahli berikut yang mana hendaklah dilantik oleh Menteri:

(v)

tiga orang wakil daripada pengeluar-pengeluar kelapa sawit dan seorang wakil daripada penapispenapis minyak kelapa sawit;

(vi)

seorang wakil Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit; dan

Suggest a correction

(vii)

beberapa orang lain, tidak lebih daripada tiga bilangannya, bagi mewakili lain-lain kepentingan perusahaan kelapa sawit atau Kerajaan.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi seorang ahli Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Ahli-ahli hendaklah dilantik dari antara orang-orang yang difikirkan oleh Menteri layak dan berpengalaman dalam perkara-perkara berhubung dengan sains, teknologi, pemasaran, kewangan atau pentadbiran dalam perusahaan kelapa sawit.

Suggest a correction

(5)

Lembaga hendaklah menjalankan fungsi-fungsinya dan melaksanakan tugas-tugasnya mengikut Jadual.

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang hendaklah, melainkan ia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti daripada menjadi seorang ahli gilir jika ahli yang baginya ia menjadi penggilir itu terhenti daripada menjadi ahli.

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah menjalankan fungsi-fungsi yang berikut:

(a)

untuk menjalan dan menganjurkan penyelidikan mengenai pengeluaran, pengambilan, pemerosan, penyimpanan, pengangkutan, pemasaran, pemakaian dan penggunaan minyak kelapa sawit dan keluaran-keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(b)

untuk mendapatkan, di mana kepentingan awam atau kepentingan perusahaan kelapa sawit memerlukan, apa-apa hasil penyelidikan dimajukan atau dieksploitasi, yang mana pada pendapat Lembaga tidak dimajukan dan dieksploitasi atau tidak dimajukan atau dieksploitasi dengan secukupnya;

Suggest a correction

(c)

untuk memperolehi, memegang, melupuskan atau memberi hak-hak berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh Lembaga atau, di mana kepentingan awam atau kepentingan perusahaan-perusahaan kelapa sawit dan minyak kelapa sawit memerlukan, berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh manamana orang atau pertubuhan;

Suggest a correction

(d)

untuk mengawal dan menyelaras aktiviti-aktiviti dan dasar-dasar semua pertubuhan penyelidikan dan kemajuan yang dibiayai sepenuhnya atau sebahagian besarnya dari Kumpulanwang;

Suggest a correction

(e)

untuk mempastikan supaya ia sentiasa diberitahu dengan sepenuhnya akan aktiviti-aktiviti dan dasardasar semua pertubuhan penyelidikan dan kemajuan yang dibiayai sebahagiannya oleh Kumpulanwang;

Suggest a correction

(f)

mengumpul, menyatukan dan menyebar maklumat berkenaan dengan kelapa sawit, minyak kelapa sawit, keluaran-keluaran kelapa sawit dan lain-lain minyak dan lemak sayur-sayuran dan binatang, dan untuk menggalakkan penggunaan minyak kelapa sawit dan keluaran-keluaran kelapa sawit berasingan dengan bahan-bahan lain atau sebagaimana komplementari kepadanya;

Suggest a correction

(g)

untuk menyelaras aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar Persekutuan berhubung dengan penyelidikan, kemajuan, publisiti dan lain-lain perkara berkenaan dengan perusahaan-perusahaan kelapa sawit dan minyak kelapa sawit;

Suggest a correction

(h)

untuk memberitahu Menteri sepenuhnya semua perkara berhubung dengan penyelidikan dan kema-juan perusahaan-perusahaan kelapa sawit dan minyak kelapa sawit; dan

Suggest a correction

(i)

untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang di-arahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(2)

Lembaga boleh melakukan segala perkara yang menasabah perlu bagi, atau bermunafaat bagi, atau bersampingan dengan, penjalanan fungsi-fungsinya, khususnya tetapi tanpa menyentuh keluasan seksyen ini—

(a)

mengikat kontrak dengan atau mentauliah manamana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan; dan

Suggest a correction

(b)

mengadakan perkhidmatan-perkhidmatan perunding bagi orangramai.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, memberi kepada Lembaga arahan-arahan secara am tentang penjalanan fungsi-fungsinya, dan Lembaga hendaklah mematuhi apa-apa arahan itu.

Bahagian III

BAHAGIAN III

INSTITIUT

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah, berhubung dengan Institiut—

(a)

menetapkan bilangan dan gred kakitangan dan pakar-pakar yang dikehendaki oleh Institiut;

Suggest a correction

(b)

melantik kakitangan Institiut (lain daripada Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalan Ketua Pengarah);

Suggest a correction

(c)

menentukan prioriti aktiviti-aktiviti penyelidikan Institiut dan meluluskan program-program penyelidikan tahunan dan anggaran perbelanjaan yang perlu bagi menubuh dan menjalankan kerja dan pentadbiran Institiut;

Suggest a correction

(d)

mempastikan supaya program-program yang diluluskan dijalankan dengan sewajarnya dan perbelanjaan dilakukan mengikut anggaran;

10

Suggest a correction

(e)

mempastikan supaya perbelanjaan bagi penubuhan, pentadbiran dan penjalanan program-program yang diluluskan adalah mengikut anggaran; dan

Suggest a correction

(f)

mempunyai apa-apa kuasa lain yang perlu bagi pengurusan Institiut.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalan Ketua Pengarah hendaklah dilantik atas apa-apa had dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah—

(i)

program-program penyelidikan tahunan dan cadangan-cadangan kewangan yang berkaitan dengannya; dan

(ii)

anggaran perbelanjaan yang perlu untuk menjalankan pentadbiran Institiut;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

mempastikan supaya program-program yang diluluskan dilaksanakan dengan sewajarnya dan perbelanjaan bagi menjalankan program-program yang diluluskan dan bagi pentadbiran Institiut adalah mengikut anggaran-anggaran yang diluluskan oleh Lembaga; dan

Suggest a correction

(c)

sentiasa memberitahu Lembaga dengan sepenuhnya akan progres penyelidikan, kerja kemajuan dan penasihat, dan menyedia dan mengemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang boleh selepas akhir tiap-tiap tahun kewangan suatu laporan mengenai pentadbiran Institiut yang disertakan dengan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun yang baru sahaja berakhir bersama dengan suatu kunci kira-kira seperti pada akhir tahun itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pada menjalankan kuasa-kuasa dan melaksanakan tugas-tugasnya, Ketua Pengarah hendaklah dibantu oleh Timbalan-timbalan Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(4)

Jika Ketua Pengarah tidak dapat menjalankan fungsifungsinya oleh sebab sakit, tidak ada atau apa-apa sebab lain, salah seorang dari Timbalan-timbalan Ketua Pengarah hendaklah menjalankan fungsi-fungsi Ketua Pengarah.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KEWANGAN

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Yang berikut hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan-wang:

(a)

apa-apa bantuan wang yang diberi kepada Lembaga oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri;

Suggest a correction

(c)

semua wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 11;

Suggest a correction

(d)

semua wang yang didapati atau yang timbul dari apa-apa pelaburan di bawah seksyen 12 atau dari apa-apa harta, gadaijanji, gadaian atau debentur; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Kumpulanwang hendaklah digunakan bagi membayar wang berikut:

(a)

perbelanjaan-perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga dalam mentadbir Kumpulanwang dan dalam menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

perbelanjaan-perbelanjaan bagi penyelidikan dan kemajuan berkenaan dengan pengeluaran, pengambilan, pemerosan, penyimpanan, pengangkutan, pemasaran, pemakaian dan penggunaan minyak kelapa sawit dan keluaran-keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(c)

penyibaran maklumat dan publisiti dengan bertujuan untuk menggiatkan bertambahnya atau pembaikan dalam pengeluaran, pemasaran dan penggunaan minyak kelapa sawit dan keluaran-keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(d)

memperuntukkan wang kepada Institiut dan kepada mana-mana pertubuhan lain yang difikirkan munafaat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan, kemajuan atau publisiti;

Suggest a correction

(e)

sumbangan-sumbangan kepada badan-badan antarabangsa yang mana Persekutuan adalah suatu negara peserta yang menguruskan perbekalan dan permintaan minyak kelapa sawit dan keluarankeluaran kelapa sawit atau penyelidikan mengenai atau kemajuan minyak kelapa sawit dan keluarankeluaran kelapa sawit; dan

Suggest a correction

(f)

pembayaran balik wang-wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 11.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, dan selepas berunding dengan Menteri Kewangan, meminjam wang bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya.

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri dan selepas berunding dengan Menteri Kewangan, melabur Kumpulanwang atau apa-apa bahagiannya, yang tidak dikehendaki dengan segera bagi menjelaskan tanggungan-tanggungannya atau menjalankan fungsi-fungsinya, dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti yang pada masa itu dibenarkan bagi pelaburan wang-wang amanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah dikecualikan dari apa-apa bayaran yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan duti setem.

PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT

Bahagian V

BAHAGIAN V

SES

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam sesuatu perintah itu, ses tersebut hendaklah disifatkan, bagi maksud-maksud memungut dan menguatkuasakan pungutan, sebagai duti kastam yang dikenakan di bawah Akta Kastam 1967.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap perintah tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan dalam Dewan Rakyat dengan seberapa segera yang praktik selepas perintah itu disiarkan dalam Warta.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

ODIT DAN LAPORAN TAHUNAN

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akaun-akaun Lembaga hendaklah diodit oleh juruodit-juruodit yang akan dilantik pada tiap-tiap tahun oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Selepas akhir tiap-tiap tahun kewangan, selepas sahaja akaun-akaun Lembaga diodit, Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30hb Jun tiap-tiap tahun, menyebabkan satu salinan penyata-penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama dengan satu salinan pandangan yang dibuat oleh juruodit itu mengenai sesuatu penyata akaun atau mengenai akaun-akaun Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan penyata-penyata akaun dan satu salinan pandangan yang dihantar kepadanya di bawah seksyen-kecil (3) dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.

14

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas akhir tiap-tiap tahun kewangan, menyebab dikemukakan satu laporan mengenai aktiviti-aktivitinya, yang disertakan dengan satu penyata perbelanjaan dan hasilnya, kepada Menteri. Menteri hendaklah menyebab dibentangkan satu salinan tiap-tiap laporan Lembaga di dalam Dewan Rakyat.

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction
(1)

Lembaga hendaklah menyebabkan diberi kepada Menteri apa-apa maklumat mengenai aktiviti-aktiviti Lembaga sebagaimana dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

TAMBAHAN

Seksyen 17

Apabila sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini—

Open as pageSuggest a correction

(a)

seksyen 3 (a) Akta Institiut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 1969, hendaklah dipinda dengan memasukkan perkataan-perkataan "dan kelapa sawit" selepas sahaja perkataan "getah"; dan

Suggest a correction

(b)

seksyen-seksyen 15 (5), 15 (6), 15 (7) dan 16 (3) Akta Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (Pemerbadanan) 1976, hendaklah dimansuhkan.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

(Seksyen 3 (5))

1. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan—

(a)

perlantikan ahli-ahli dan tempoh-jawatan dan kekosongan jawatan mereka; dan

(b)

penyempurnaan suratcara-suratcara tertentu dan bukti mengenai apa-apa dokumen yang berupa sebagai disempurnakan, dikeluarkan dan ditandatangani oleh Lembaga atau seorang ahli atau pegawainya.

2. Jika Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsi-fungsinya oleh sebab sakit, tidak ada, atau apa-apa sebab lain, Menteri hendaklah melantik dari antara ahli-ahli lain seorang Pengerusi sementara bagi menjalankan kuasa-kuasa dan melaksanakan tugas-tugas Pengerusi.

3. (1) Dalam sesuatu mesyuarat Lembaga, enam orang ahli hendaklah menjadi korum.

(2)

Keputusan Lembaga hendaklah diambil mengikut lebih suara ahli-ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat Lembaga.

(3)

Pengerusi hendaklah mengundi sebagai seorang ahli tetapi jika bilangan undi didapati sama banyak ia tidaklah berhak memberi undi pemutus dan dalam hal yang demikian ia hendaklah merujukkan soal itu kepada Menteri, yang mana keputusannya adalah muktamad.

(4)

Tertakluk kepada perenggan 2, jika Pengerusi tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih dari antara mereka seorang Pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

4. Lembaga hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya empat kali mesyuarat dalam tiap-tiap satu tahun.

5. Pengerusi atau mana-mana empat orang ahli boleh memanggil sesuatu mesyuarat Lembaga.

6. Meteri Lembaga hendaklah dilekatkan di hadapan Pengerusi dan seorang ahli lain yang mana hendaklah menandatangani tiap-tiap suratikatan atau lain-lain dokumen atau suratcara yang dimeterikan itu dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa meteri itu telah dilekatkan dengan sewajar dan sempurnanya dan bahawa meteri itu adalah meteri Lembaga yang sah di sisi undang-undang.

7. Tertakluk kepada perenggan-perenggan 1, 2, 3, 4 dan 5, Lembaga boleh mengatur tatacaranya sendiri.

8. (1) Menteri hendaklah menentukan had-had dan syarat-syarat perlantikan dan saraan Pengerusi.

(3)

Perlantikan tiap-tiap ahli hendaklah disiarkan dalam Warta.

(2)

Menteri boleh menentukan elaun yang akan dibayar kepada ahli-ahli bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga.

9. Tiada seorang ahli bertanggungan atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dilakukan olehnya dalam mentadbir Lembaga melainkan kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh perbuatan atau kemung-kirannya yang sengaja.

10. Lembaga hendaklah, berhubung dengan pegawai-pegawai, penjawat-penjawat dan ejen-ejennya—

(a)

membayar apa-apa saraan yang ditentukan oleh Lembaga; dan

(b)

tertakluk kepada kelulusan Menteri, memperuntukkan bayaran pencen, ganjaran atau lain-lain faedah seumpamanya di atas kematian atau persaraan mana-mana pegawai, penjawat atau ejen.

11. Lembaga boleh mengadakan peruntukan bagi pencen, ganjaran atau lain-lain faedah seumpamanya di bawah Jadual ini sama ada melalui perkiraan carum atau tanpa carum atau perkiraan carum sebahagiannya oleh Lembaga dan sebahagiannya lagi oleh pegawai, penjawat atau ejen, di bawah suatu skim yang akan ditetapkan oleh Menteri dengan peraturan-peraturan.

16

12. (1) Lembaga boleh melantik apa-apa jawatankuasa dari ahli-ahlinya, dengan atau tanpa orang-orang lain, sebagaimana ditetapkannya.

(2)

Tertakluk kepada apa-apa arahan Lembaga, sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan-kecil (1) hendaklah menentukan korum dan tatacaranya sendiri.

Common questions

What is AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979?
AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979 is Malaysia Act, cited as Act 218 1979, currently marked in force and first recorded in 1979.
Is AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979 still in force?
Yes — AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979 is currently in force.
When did AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979 take effect?
AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979 was first recorded in 1979.
How many sections does AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979 have?
AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979 contains 17 sections.
Where can I read the official version of AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979?
The official text of AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979 (No. 218)