/akn/my/act/act/1968/808
AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018)
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1968
- Sections
- 13
- Languages
- MS · EN
Quick answer
About this act
AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) is Malaysia Act, cited as Act 808 1968, currently marked in force and first recorded in 1968.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta yang berhubungan dengan Lagu Kebangsaan Malaysia. [4 April 1968] Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Lagu Kebangsaan” ertinya Lagu Kebangsaan Malaysia iaitu gubahan yang mengandungi perkataan dan muzik yang dinyatakan dalam Jadual;
“versi pendek” ertinya versi pendek Lagu Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual;
“versi ringkas” ertinya versi ringkas Lagu Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual.
Seksyen 3
Memainkan versi penuh Lagu Kebangsaan
(a)
apabila suatu penghormatan diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong, atau
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 808
seorang Raja yang dilantik bagi menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong mengikut Akta Yang di-Pertuan Agong
(Penjalanan Fungsi) 1957 [Akta 373], atau apabila panji-panji diraja dikibarkan bagi melambangkan kehadiran
Yang di-Pertuan Agong;
(c)
pada semua peristiwa apabila Yang di-Pertuan Agong hadir sendiri (termasuk penyiaran oleh Yang di-Pertuan
Agong);
(2)
Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan boleh dimainkan di sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi
Lagu Kebangsaan.
(3)
Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.
Memainkan versi ringkas
Seksyen 4
(2)
Versi ringkas hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.
Lagu Kebangsaan 7
Memainkan versi pendek
Seksyen 5
Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila Yang di-Pertuan
Agong atau wakilnya tidak hadir tetapi salah seorang daripada
Raja-Raja bagi Negeri-Negeri hadir, versi pendek hendaklah dimainkan pada masa tamatnya peristiwa itu sebaik selepas lagu kebangsaan Negeri yang berkenaan dimainkan.
Seksyen 6
Memainkan Lagu Kebangsaan pada peristiwa khas
(2)
Pada semua peristiwa rasmi yang diatur oleh Perwakilan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan Perwakilan asing itu atau peristiwa Kebangsaannya yang lain, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara Perwakilan asing itu dimainkan.
Menyanyi Lagu Kebangsaan
Seksyen 7
Pada semua peristiwa apabila Lagu Kebangsaan dinyanyikan, versi penuh atau versi Diraja hendaklah dilafazkan.
Seksyen 8
Tanda hormat
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu.
(3)
Mana-mana orang yang dengan disedarinya menunjukkan
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 808
sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan.
(4)
Bagi maksud seksyen ini—
(b)
apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkecenderungan untuk merendahkan prestij Lagu Kebangsaan pada pandangan orang awam, hendaklah merupakan sikap tidak hormat.
Menangkap tanpa waran
Seksyen 9
Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melanggar seksyen 8 dalam kehadiran pegawai polis itu melainkan jika orang itu memberikan nama dan alamatnya dan memuaskan hati pegawai itu bahawa dia akan menjawab dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang akan diambil terhadapnya.
Seksyen 10
Pindaan Jadual
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda, menggantikan atau mengubah Jadual.
Lagu Kebangsaan 9
Jadual
Jadual
[Seksyen 2]
LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA
NEGARAKU
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 808
Catatan:
Bagi versi penuh atau versi Diraja, dimainkan dari mula hingga akhir
Bagi versi ringkas, dimainkan dari mula hingga B dan disambung dari C hingga akhir
Bagi versi pendek, dimainkan dari C hingga akhir
Lagu Kebangsaan 11
Akta 808
(Disemak – 2018)
Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 230/1993
Perintah Lagu Kebangsaan
(Pengubahsuaian Tempo) 1993 27-08-1993
P.U. (A) 313/2003
Perintah Lagu Kebangsaan
(Pengubahsuaian Tempo) 2003 31-08-2003
P.U. (A) 268/2006
Perintah Lagu Kebangsaan
(Pengubahsuaian Tempo) 2006 14-07-2006
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIAN-BAHAGIANNYA
YANG DIGANTIKAN
No.
Tajuk
No. 20 tahun 1968
Act Lagu Kebangsaan, 1968
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 808
Akta 808
(Disemak – 2018)
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Jadual
Jadual
P.U. (A) 230/1993 27-08-1993
P.U. (A) 313/2003 31-08-2003
P.U. (A) 268/2006 14-07-2006
Lagu Kebangsaan 13
Akta 808
(Disemak – 2018)
SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA
PENYEMAK UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA
PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 [AKTA 1]
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa untuk meminda
Keseluruhan Akta
1. Ejaan dikemas kini perenggan 6(1)(xxa)
2.
Perkataan “Akta” menggantikan
“Act”
perenggan 6(1)(xxa)
3. Perkataan “versi” menggantikan
“naskhah”
perenggan 6(1)(xxa)
4. Perkataan “Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda” sebelum perkataan “Yang di-Pertuan Agong”
ditinggalkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
5. Nota bahu menggantikan nota birai perenggan 6(1)(xxiv)
6. Noktah pada akhir nota bahu ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi)
Susunan kandungan
Susunan kandungan di bawah tajuk
“SUSUNAN SEKSYEN” dimasukkan perenggan 6(1)(vii)
Tajuk panjang
Perkataan “Suatu Akta yang berhubungan dengan Lagu Kebangsaan Malaysia”
menggantikan perkataan “Act bagi membuat peruntokan berkenaan dengan
Lagu Kebangsaan Persekutuan”
perenggan 6(1)(vi)
Ayat mengundang-undang
Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(f)
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 808
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa untuk meminda seksyen 1
1. Koma sebelum perkataan “1968”
ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi)
2. Perkataan “terpakai” menggantikan
“di-pakai”
perenggan 6(1)(xv)
3. Dibahagikan kepada subseksyen 1(1) dan (2) dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
seksyen 2 1.
Perkataan “konteksnya” menggantikan
“kandongan ayat-nya”
perenggan 6(1)(iii)
2. Perkataan “dalam Jadual”
menggantikan “di dalam Jadual”
di mana jua terdapat perenggan 6(1)(xv)
3. Dalam tafsiran “Lagu Kebangsaan”, perkataan “perkataan” menggantikan
“perkataan2”
perenggan 6(1)(xv)
subseksyen 3(1)
1. Perkataan “peristiwa” menggantikan
“peristiwa2”
perenggan 6(1)(xv)
2. Noktah bertindih menggantikan sempang perenggan 6(1)(xvi)
perenggan 3(1)(a)
1. Perkataan “Duli Yang Maha Mulia”
sebelum perkataan “Timbalan Yang di-Pertuan Agong” ditinggalkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
2. Perkataan “fungsi” menggantikan
“tugas2”
perenggan 6(1)(xxa)
3.
Perkataan “Akta Yang di-Pertuan
Agong (Penjalanan Fungsi) 1957
[Akta 373]” menggantikan “Ordinance
(Menjalankan Tugas2) Yang di-Pertuan
Agong, 1957 [72 tahun 1957]”
perenggan 6(1)(xix)
4. Perkataan “Yang di-Pertuan Agong”
menggantikan “Seri Paduka Baginda”
di akhir perenggan (a)
perenggan 6(1)(iii)
perenggan 3(1)(b)
1. Perkataan “semasa perbarisan”
menggantikan “dalam masa perbarisan”
perenggan 6(1)(xv)
2. Perkataan “majlis istiadat rasmi yang lain” menggantikan “lain2
majlis isti’adat rasmi”
perenggan 6(1)(xv)
Lagu Kebangsaan 15
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa untuk meminda perenggan 3(1)(c)
1. Perkataan “semua” menggantikan
“segala”
perenggan 6(1)(xv)
2. Perkataan “Yang di-Pertuan Agong”
menggantikan “Seri Paduka Baginda”
di akhir perenggan (c)
perenggan 6(1)(iii)
perenggan 3(1)(e)
Perkataan “dianugerahkan” menggantikan
“di-sampaikan”
perenggan 6(1)(xxa)
perenggan 3(1)(a),
dan (f)
Perkataan “panji-panji” menggantikan
“panji2”
perenggan 6(1)(xv)
subseksyen 3(2)
1. Perkataan “sekolah” menggantikan
“sekolah2”
perenggan 6(1)(xv)
2. P e r k a t a a n “ m u r i d - m u r i d ”
menggantikan “murid2 sekolah itu”
perenggan 6(1)(xv)
subseksyen 3(3)
Perkataan “sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah” menggantikan “sa-bagaimana yang di-tetapkan dengan perentah oleh
Yang di-Pertuan Agong”
perenggan 6(1)(xv)
seksyen 4
Dalam nota bahu, perkataan “Lagu
Kebangsaan” ditinggalkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
perenggan 4(1)(a)
1. Perkataan “Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda” sebelum perkataan “Raja Permaisuri Agong”
ditinggalkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
2. Perkataan “dan” dimasukkan selepas koma bernoktah perenggan 6(1)(xxiv)
perenggan 4(1)(b)
Perkataan “Yang di-Pertua Negeri
Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak” menggantikan “Tuan2 Yang
Terutama Gabenor2 Melaka, Pulau
Pinang dan Sarawak, dan Yang di-Pertua Negara Sabah”
perenggan 6(1)(xvii)
subseksyen 4(2)
1. Perkataan “Lagu Kebangsaan”
ditinggalkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
2.
Perkataan “sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah” menggantikan “sa-bagaimana yang di-tetapkan dengan perentah oleh Yang di-Pertuan Agong”
perenggan 6(1)(xv)
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 808
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa untuk meminda seksyen 5
1. Dalam nota bahu, perkataan “Lagu
Kebangsaan” ditinggalkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
2. Perkataan “tetapi” menggantikan
“akan tetapi”
perenggan 6(1)(xv)
3. Perkataan “Duli² Yang Maha Mulia”
sebelum perkataan “Raja-Raja”
ditinggalkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
4. Perkataan “Negeri-Negeri”
menggantikan “Negeri² Melayu”
perenggan 6(1)(iii)
5. Perkataan “pada masa tamatnya peristiwa itu sebaik selepas lagu kebangsaan Negeri yang berkenaan dimainkan” menggantikan “pada masa tamat-nya peristiwa itu sa-lepas sahaja Lagu Kebangsaan
Negeri yang berkenaan itu di-mainkan”
perenggan 6(1)(xv) dan
(xxiv)
seksyen 6
1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 7
perenggan 6(1)(xii)
2.
Perkataan “dilafazkan” menggantikan
“di-uchapkan”
perenggan 6(1)(xxa)
seksyen 7
1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 6
perenggan 6(1)(xii)
2. Dalam nota bahu, perkataan
“Memainkan Lagu Kebangsaan pada peristiwa khas” menggantikan
“Memainkan Lagu luar negeri”
perenggan 6(1)(xxi)
subseksyen 7(1)
1. Perkataan “semua” menggantikan
“segala”
perenggan 6(1)(xv)
2. Perkataan “orang kenamaan asing”
menggantikan “pembesar2 luar negeri”
perenggan 6(1)(xxa)
3. Perkataan “yang dalamnya p e n g h o r m a t a n d i b e r i k a n ”
m e n g g a n t i k a n “ d i - m a n a penghormatan di-beri”
perenggan 6(1)(xv)
4. Perkataan “dimainkan sebaik selepas” menggantikan “di-mainkan selepas sahaja”
perenggan 6(1)(xxa)
Lagu Kebangsaan 17
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa untuk meminda
5. Perkataan “lagu kebangsaan negara”
menggantikan “Lagu bagi negeri”
perenggan 6(1)(xxa)
6. Perkataan “pelawat kenamaan”
menggantikan “pembesar yang melawat”
perenggan 6(1)(xxa)
subseksyen 7(2)
1. Perkataan “semua” menggantikan
“segala”
perenggan 6(1)(xv)
2. Perkataan “diatur” menggantikan
“di-adakan”
perenggan 6(1)(xv)
3. Perkataan “Perwakilan asing”
menggantikan “Perutusan2 luar negeri”
perenggan 6(1)(xxa)
4.
Perkataan “di Malaysia” menggantikan
“di-dalam Persekutuan”
perenggan 6(1)(iii)
5. Perkataan “bagi merayakan Hari
Kebangsaan Perwakilan asing itu atau peristiwa Kebangsaannya yang lain” menggantikan “bagi meraya-kan Hari2 Kebangsaan atau lain2 peristiwa Kebangsaan-nya”
perenggan 6(1)(xxa)
6. Perkataan “versi penuh atau versi
Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara Perwakilan itu dimainkan” menggantikan
“naskhah penoh atau versi Diraja
Lagu Kebangsaan hendak-lah di-mainkan sa-lepas sahaja Lagu bagi negeri Perutusan luar negeri itu di-mainkan”
perenggan 6(1)(xv) dan
(xxiv)
subseksyen 8(1)
1. Perkataan “Bilamana versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan dimainkan” menggantikan “Apabila
Lagu Kebangsaan di-mainkan”
perenggan 6(1)(xxiv)
2. Perkataan “bilamana versi ringkas atau versi pendek dimainkan”
menggantikan “apabila naskhah rengkas atau naskhah pendek di-mainkan”
perenggan 6(1)(xxiv)
3. Dibahagikan kepada subseksyen 8(1) dan (2) dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii) dan
(xxiv)
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 808
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa untuk meminda subseksyen 8(2)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 8(3)
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “Mana-mana orang”
menggantikan “Barang siapa”
perenggan 6(1)(xv)
3. Perkataan “dengan disedarinya menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan”
menggantikan “dengan mengetahui menunjokkan tidak hormat kapada
Lagu Kebangsaan”
perenggan 6(1)(xxiv)
4. Perkataan “di mana-mana tempat awam boleh, apabila disabitkan,”
menggantikan “di-mana2 tempat
‘awam boleh-lah”
perenggan 6(1)(iii)
5. Perkataan “didenda tidak melebihi” menggantikan “boleh-lah di-kenakan denda tidak lebeh daripada”
subperenggan 6(1)(iv)(b)
6. P e r k a t a a n “ d i p e n j a r a k a n selama tempoh tidak melebihi”
menggantikan “penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada”
subperenggan 6(1)(iv)(b)
subseksyen 8(3)
1. Dinomborkan semula dan dibahagikan kepada perenggan 8(4)(a) dan (b) dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
2. Perkataan “kegagalan mematuhi”
menggantikan “kemungkiran mematohi”
perenggan 6(1)(xxa)
3. Perkataan “subseksyen (1)”
menggantikan “peruntokan sekshen kechil (1)”
perenggan 6(1)(xxi) dan
(xxa)
4. P e r k a t a a n “ t a n p a s e b a b ”
menggantikan “dengan tiada sebab”
perenggan 6(1)(xxi)
5. Perkataan “peninggalan yang b e r k e c e n d e r u n g a n u n t u k merendahkan prestij” menggantikan
“ketinggalan yang mungkin merendahkan kemuliaan”
perenggan 6(1)(xxa)
6. Perkataan “hendaklah merupakan sikap tidak hormat” menggantikan
“ada-lah menjadi suatu pertunjokan tidak hormat”
perenggan 6(1)(xv) dan
(xxa)
Lagu Kebangsaan 19
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa untuk meminda seksyen 9
1. Dalam nota bahu, perkataan
“Menangkap tanpa waran”
menggantikan “Tangkap dengan tiada waran”
perenggan 6(1)(xxa)
2. Perkataan “Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melanggar seksyen 8 dalam kehadiran pegawai polis itu melainkan jika orang itu memberikan nama dan alamatnya dan memuaskan hati pegawai itu bahawa dia akan menjawab dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang akan diambil terhadapnya.” menggantikan “Mana2
pegawai polis boleh menangkap dengan tiada waran mana2 orang yang melakukan kesalahan dalam penglihatan-nya terhadap peruntokan2
sekshen 8 melainkan jika orang itu memberi nama dan ‘alamat-nya dan memuaskan hati pegawai itu bahawa ia akan patoh mematuhi dengan sempurna-nya kapada apa2
saman atau lain2 tindakan yang akan di-ambil terhadap-nya”
perenggan 6(1)(xv) dan
(xxa)
seksyen 10
1. Dalam nota bahu, perkataan
“Pindaan Jadual” menggantikan
“Pindaan bagi Jadual”
perenggan 6(1)(xv)
2. Perkataan “melalui perintah”
menggantikan “dengan perentah”
perenggan 6(1)(xxa)
3. Perkataan “menggantikan”
menggantikan “mengganti”
perenggan 6(1)(xv)
Jadual
Jadual
Perkataan “LAGU KEBANGSAAN
MAL AY SIA ” m e n g g a n t i k a n
“ NASKHAHPENUH ATA U
NASKHAH DIRAJA”
perenggan 6(1)(xxiv)
KUALA LUMPUR
WJW011463 06-09-2018
Common questions
- What is AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018)?
- AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) is Malaysia Act, cited as Act 808 1968, currently marked in force and first recorded in 1968.
- Is AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) still in force?
- Yes — AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) is currently in force.
- When did AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) take effect?
- AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) was first recorded in 1968.
- How many sections does AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) have?
- AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) contains 10 sections.
- Where can I read the official version of AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018)?
- The official text of AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) is published at lom.agc.gov.my.