/akn/my/act/act/1968/865

AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1968
Sections
41
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025) is Malaysia Act, cited as Act 865 1968, currently marked in force and first recorded in 1968.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperbadankan Institut Koperasi Malaysia bagi maksud membangunkan dan menggalakkan latihan dan pendidikan koperasi dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 November 1968, P.U. 422/1968]

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Institut” ertinya Institut Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Institut yang dilantik di bawah subseksyen 20(1);

“Kumpulan Wang Rizab” ertinya Kumpulan Wang Rizab yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 865

“Kumpulan Wang Simpanan Bercarum” ertinya Kumpulan Wang

Simpanan Bercarum yang ditubuhkan di bawah seksyen 25;

“Lembaga” ertinya Lembaga Institut Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi;

“tahun kewangan” ertinya tempoh dari 1 Januari hingga 31 Disember dalam sesuatu tahun.

Bahagian II

Bahagian II

INSTITUT KOPERASI MALAYSIA

Suggest a correction

Penubuhan Institut Koperasi Malaysia

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Institut adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Institut boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Institut boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut—

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih yang boleh menjadi terletak hak pada Institut melalui pembelian, atau melalui apa-apa pertukaran, pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;

Suggest a correction

(c)

memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menjual, menggadaijanjikan, memajakkan, menukarkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

9

membuat urusan mengenai, apa-apa jenis harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada Institut atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Institut; dan

Suggest a correction

(d)

menjalankan, melaksanakan dan menunaikan, mengikut peruntukan Akta ini, semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan, diperuntukkan atau dikenakan ke atas

Institut oleh peruntukan itu.

Meterai perbadanan Institut

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Meterai perbadanan Institut hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah dan hendaklah digunakan dengan kebenaran

Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Meterai perbadanan Institut hendaklah dicapkan pada semua diploma dan sijil dan ditandatangani oleh—

(a)

Ketua Pengarah atau, semasa ketiadaannya, seorang anggota lain Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Institut yang sah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Meterai Institut hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeterai boleh disempurnakan mengikut cara yang sama oleh Institut; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Institut oleh Ketua Pengarah, atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau khusus secara bertulis oleh Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 865

Fungsi Institut

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Fungsi Institut adalah seperti yang berikut:

(a)

untuk menyediakan suatu kursus dalam pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain dan membuat apa-apa penganugerahan diploma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Institut;

Suggest a correction

(b)

untuk mencetak atau menerbitkan, atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan, buku tentang koperasi atau apa-apa mata pelajaran yang berkaitan dengannya;

Suggest a correction

(c)

untuk membuat apa-apa kaedah-kaedah sebagaimana yang perlu untuk mengawal selia tanggungjawab dan kawalan pegawai dan kakitangan Institut dan untuk mengenakan apa-apa fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Institut;

Suggest a correction

(d)

untuk menjalankan penyelidikan mengenai perkara koperasi;

Suggest a correction

(f)

untuk mengendalikan kursus dalam pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain, secara bersesama atau bersekutu, gabungan, usaha sama atau selainnya, dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi atau badan profesional, atau mana-mana pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia; dan

Suggest a correction

(g)

untuk menasihati Menteri mengenai perkara yang berkaitan dengan latihan dan pendidikan bagi koperasi.

Kuasa Institut

Suggest a correction

Seksyen 6

Institut hendaklah, tertakluk pada peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa untuk—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menganugerahkan diploma, sijil dan kelayakan yang setaraf kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang dikendalikan oleh Institut dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atau sebagaimana yang ditetapkan;

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

Suggest a correction

(b)

memulakan dan menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk lain bagi kepujian, anugerah atau bantuan berkenaan dengan latihan, pendidikan dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan yang disediakan oleh Institut;

Suggest a correction

(c)

memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(d)

memasarkan atau mengkomersialkan perkhidmatan, dapatan penyelidikan dan keluaran Institut;

Suggest a correction

(e)

meminta dan menerima apa-apa fi sebagaimana yang boleh dari semasa ke semasa ditentukan oleh Lembaga atau sebagaimana yang ditetapkan;

Suggest a correction

(f)

melakukan apa-apa perkara, sama ada atau tidak yang bersampingan dengan kuasa yang disebut dalam perenggan

Suggest a correction

(a)

, (b), (c), (d) dan (e), yang boleh dilakukan bagi pengembangan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib dalam Institut; dan

Suggest a correction

(g)

menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancang atau dijalankan oleh Institut dengan kelulusan Menteri

Kewangan.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

LEMBAGA INSTITUT

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(b)

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai Timbalan Pengerusi;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 865

Suggest a correction

(e)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan koperasi;

Suggest a correction

(f)

seorang wakil Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia

Berhad (ANGKASA);

Suggest a correction

(g)

enam orang yang mewakili pergerakan koperasi; dan

Suggest a correction

(h)

tiga orang lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan, pengoperasian atau kesejahteraan Institut.

Suggest a correction

(2)

Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(a), (d), (e),

(a)

hendaklah dilantik oleh Menteri selama tempoh tidak melebihi dua tahun; dan

Suggest a correction

(b)

layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seorang pegawai kanan Institut hendaklah dilantik oleh

Lembaga sebagai Setiausaha kepada Lembaga tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi.

Suggest a correction

(4)

Anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (1)

(a)

, (d), (e), (f), (g) dan (h) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(a),

(d)

, (e), (f), (g) dan (h) terhenti menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Tertakluk pada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

13

Kehilangan kelayakan daripada menjadi anggota Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 8

Seseorang hendaklah hilang kelayakan daripada dilantik atau menjadi anggota Lembaga—

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

Suggest a correction

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

jika dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika kerana apa-apa sebab Pengerusi dan Timbalan Pengerusi kedua-duanya tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi dan

Timbalan Pengerusi, Menteri boleh melantik mana-mana anggota

Lembaga untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.

Suggest a correction

(3)

Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi dan hendaklah mempunyai segala kuasa Pengerusi.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 865

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Jawatan seseorang anggota Lembaga yang disebut dalam subseksyen 7(1) hendaklah menjadi kosong—

(b)

apabila anggota itu meletakkan jawatan melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri; atau

Suggest a correction

(c)

apabila habis tempoh pelantikannya atau pelantikannya dibatalkan.

Pembatalan pelantikan

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Lembaga atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama

Lembaga atau Institut;

Suggest a correction

(b)

jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai anggota Lembaga;

Suggest a correction

(c)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

Suggest a correction

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

Suggest a correction
Suggest a correction

(e)

jika dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau

Suggest a correction

(f)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada

Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran

Menteri.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan sebab bagi pembatalan itu.

Mesyuarat Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(3)

Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Lembaga terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Suggest a correction

(4)

Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa minit mesyuarat Lembaga yang dibuat boleh, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengannya minit mesyuarat telah dibuat hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 865

Penzahiran kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat kontrak; atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh

Lembaga, hendaklah menzahirkan kepada Lembaga mengenai hakikat dan jenis kepentingannya.

Suggest a correction

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

Suggest a correction

(3)

Tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga telah melanggar seksyen ini.

Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

Suggest a correction

Seksyen 15

Anggota Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 7(1)

Open as pageSuggest a correction

dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 19 boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

17

Seksyen 16

Kesahan tindakan dan prosiding

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a)

suatu kekosongan dalam keanggotaan, atau kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; atau

Suggest a correction

(b)

suatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh memberi Lembaga arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan Akta ini, yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan yang diberikan di bawah seksyen ini dengan seberapa segera yang mungkin.

Jawatankuasa Pengajian

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa Pengajian hendaklah termasuk orang yang berikut:

(a)

Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Pengerusi

Jawatankuasa Pengajian;

Suggest a correction

(b)

Timbalan Ketua Pengarah;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 865

Suggest a correction

(c)

seorang wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

dan

Suggest a correction

(d)

dua orang wakil daripada mana-mana institusi pengajian tinggi.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seorang pegawai kanan Institut hendaklah dilantik sebagai

Setiausaha kepada Jawatankuasa Pengajian.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Institut,

Jawatankuasa Pengajian hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Suggest a correction

(5)

Pengerusi Jawatankuasa Pengajian boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa

Pengajian untuk memberikan nasihat mengenai perkara yang berhubungan dengan apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Pengajian.

Kuasa Lembaga untuk menubuhkan jawatankuasa lain

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya patut dan tertakluk pada apa-apa arahan oleh

Lembaga, suatu jawatankuasa yang dilantik sedemikian hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Bahagian IV

Bahagian IV

PELANTIKAN KETUA PENGARAH, PEGAWAI DAN

Suggest a correction

KAKITANGAN

Pelantikan Ketua Pengarah

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(3)

Lembaga hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pengarah apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

19

Pelantikan pegawai dan kakitangan

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Timbalan Ketua Pengarah hendaklah tertakluk pada arahan dan kawalan Ketua Pengarah dan boleh melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah di bawah Akta ini.

Cawangan Institut

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah melantik berkenaan dengan suatu cawangan, seorang Pengarah Cawangan yang hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif, pentadbiran dan akademik cawangan, dan dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Ketua Pengarah.

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang ke dalamnya hendaklah dibayar segala jumlah wang yang diterima oleh Institut, sama ada secara caruman, pemberian, fi, pinjaman atau selainnya;

Suggest a correction

(b)

yang daripadanya hendaklah dibayar apa-apa belanja pasti sebagaimana yang diarahkan oleh Akta ini supaya dibayar daripada Kumpulan Wang; dan

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 865

Suggest a correction

(c)

yang ke dalamnya hendaklah dibayar jumlah wang yang diterima daripada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan

Koperasi.

Suggest a correction

(2)

Parlimen boleh dari semasa ke semasa membuat pemberian kepada Institut.

Kumpulan Wang Rizab

Suggest a correction

Seksyen 24

“Kumpulan Wang”) ditubuhkan—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), pembayaran ke dalam dan keluar daripada Kumpulan Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh

Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Kumpulan Wang Rizab tidak boleh digunakan selain bagi maksud Institut.

Kumpulan Wang Simpanan Bercarum

Suggest a correction

Seksyen 25

Institut boleh, dengan kelulusan Menteri dan dengan persetujuan

Open as pageSuggest a correction

Perbendaharaan, menubuhkan dan menguruskan suatu Kumpulan

Wang Simpanan Bercarum bagi Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 20 dan pegawai dan kakitangan yang dilantik di bawah seksyen 21.

Seksyen 26

Perbelanjaan Institut

Open as pageSuggest a correction

Segala perbelanjaan Institut sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

Seksyen 27

Hadiah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa harta atau wang yang diterima oleh Institut di bawah subseksyen (1) hendaklah, tertakluk pada terma dan syarat yang padanya harta atau wang itu diberikan dan diterima, digunakan oleh Lembaga untuk kesemua atau mana-mana maksud Institut mengikut Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Suatu daftar hendaklah disimpan berkenaan dengan semua harta dan wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (1), termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yang padanya harta dan wang itu telah diberikan.

Suggest a correction

(4)

Semua harta dan wang yang diberikan dan diterima bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud yang baginya harta dan wang itu diberikan dan diterima dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.

Kuasa meminjam

Suggest a correction

Seksyen 28

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

Open as pageSuggest a correction

Institut boleh, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, meminjam apa-apa jumlah wang sebagaimana yang perlu bagi maksud menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Seksyen 29

Pelaburan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Institut tidak boleh melabur dalam sekuriti yang diterbitkan atau didaftarkan, atau harta lain yang terletak, di luar Malaysia kecuali dengan kelulusan

Perbendaharaan.

Anggaran tahunan

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang anggaran itu hendak dibentangkan.

Akaun dan audit

Suggest a correction

Seksyen 31

Akta 865

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akaun Institut hendaklah diaudit secara tahunan oleh

Ketua Audit Negara atau oleh seorang juruaudit yang merupakan juruaudit syarikat diluluskan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016

yang dilantik oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Selepas berakhir setiap tahun kewangan, sebaik sahaja akaun Institut diaudit, Institut hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dikemukakan kepada Menteri, bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata atau akaun

Institut.

Suggest a correction

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen.

Laporan tahunan

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap laporan itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen.

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 33

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Institut atau terhadap Lembaga, mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejen Institut berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 34

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap anggota Lembaga, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejen Institut, semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, kakitangan atau ejen itu, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 35

Obligasi kerahsiaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 865

Prosiding sivil

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap

Institut atau dalam apa-apa prosiding lain yang dalamnya Institut dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengari, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengari, mana-mana orang atau pegawai Institut yang diberi kuasa bagi maksud itu melalui arahan khas atau am Ketua Pengarah, boleh bagi pihak Institut, memulakan prosiding itu atau hadir dalam dan mengendalikan prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Institut.

Seksyen 37

Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan atau guaman boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(d)

mana-mana pegawai atau kakitangan Institut; atau

Suggest a correction

(e)

mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi pihak

Institut, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dalam menjalankan atau menunaikan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini atas kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya.

Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah dan garis panduan

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Secara khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah dan garis panduan itu boleh memperuntukkan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(b)

penentuan kehendak yang mengawal pengiktirafan dan penganugerahan diploma, sijil dan kelayakan yang setaraf untuk diberikan oleh Institut;

Suggest a correction

(d)

borang yang dikehendaki bagi maksud Akta ini; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perkara yang termasuk dalam kuasa Institut di bawah seksyen 6.

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 39

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang memperuntukkan tatatertib pelajar Institut, termasuk menetapkan kesalahan tatatertib, hukuman tatatertib dan tatacara bagi prosiding tatatertib; dan

Suggest a correction

(b)

mengenai apa-apa perkara sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

Peletakhakan harta, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala hak dan liabiliti yang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa merupakan hak dan liabiliti Maktab Kerjasama

Tanah Melayu hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, menjadi hak dan liabiliti Maktab.

Kecualian

Suggest a correction

Seksyen 41

Akta 865

Open as pageSuggest a correction

Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] tidak terpakai bagi Institut.

27

Akta 865

(Disemak—2025)

Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)

Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1398

Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan)

(Pindaan) 2011 01-09-2011

Akta A1589

Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan)

(Pindaan) 2019

Bahagian II

Bahagian II-

01-09-2011

Bahagian III

Bahagian III-

03-05-2019

Suggest a correction

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA

YANG DIGANTI

No.

Tajuk

Act Parlimen No. 35

tahun 1968

Act (Perbadanan) Maktab Kerjasama, 1968

',&(7$.2/(+

3(5&(7$.$11$6,21$/0$/$<6,$%(5+$'

.8$/$/80385

ZZZSULQWQDVLRQDOFRPP\

HPDLO

FVHUYLFH#SULQWQDVLRQDOFRPP\

7HO





%$*,3,+$.'$1'(1*$13(5,17$+.(5$-$$10$/$<6,$



WJW24/0049 17-01-2025

Common questions

What is AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)?
AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025) is Malaysia Act, cited as Act 865 1968, currently marked in force and first recorded in 1968.
Is AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025) still in force?
Yes — AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025) is currently in force.
When did AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025) take effect?
AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025) was first recorded in 1968.
How many sections does AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025) have?
AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025) contains 41 sections.
Where can I read the official version of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)?
The official text of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025) is published at lom.agc.gov.my.
AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025) (No. 865)