/akn/my/act/act/1968/1

AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1968
Last amended
2019
Sections
44
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 is Malaysia Act, cited as Act 1 1968, currently marked in force and first recorded in 1968.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk menyemak dan mencetak semula undang-undang dan perundangan subsidiari. [Seluruh Malaysia—1 Januari 1969] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“cetakan semula” ertinya edisi cetakan semula mana-mana undang-undang, atau mana-mana jilid undang-undang sedemikian, yang disediakan dan diterbitkan menurut seksyen 3;

“enakmen” ertinya suatu undang-undang sebagaimana yang ditakrifkan di bawah ini atau mana-mana bahagian undang-undang itu;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Penyemak Undang-Undang yang dilantik di bawah seksyen 4;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 1

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang yang dilantik di bawah seksyen 3;

“undang-undang” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang Parlimen ada kuasa untuk membuat undang-undang tetapi, kecuali dalam seksyen 14,

15 dan 16, tidak termasuk Akta ini;

“undang-undang yang disemak” ertinya edisi semakan mana-mana undang-undang yang disediakan dan diterbitkan menurut seksyen 3.

Seksyen 3

Pelantikan Pesuruhjaya

Open as pageSuggest a correction

Penyemak Undang-Undang dan Timbalan Pesuruhjaya Penyemak

Undang-Undang untuk menyediakan dan menerbitkan undang-undang yang disemak dan cetakan semula sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Pesuruhjaya.

Seksyen 4

Pelantikan Jawatankuasa

Open as pageSuggest a correction
(1)

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik suatu Jawatankuasa

Penyemak Undang-Undang yang mengandungi tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada tujuh orang ahli daripada kalangan Hakim dan orang lain yang, pada pendapatnya, mempunyai kelayakan yang sesuai bagi maksud memeriksa naskhah draf undang-undang yang disemak.

(2)

Seseorang ahli Jawatankuasa itu hendaklah memegang jawatan bagi tempoh selama dua tahun dan layak untuk dilantik semula:

Dengan syarat bahawa Ketua Hakim Negara boleh menamatkan jawatan seseorang ahli, dan mana-mana ahli boleh meletakkan jawatan, pada bila-bila masa.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah menjadi

Setiausaha kepada Jawatankuasa itu.

Penyemakan Undang-Undang

Seksyen 2—(samb.)

Suggest a correction

Seksyen 2

Suggest a correction

Takrif “undang-undang”: takrif asal seperti yang terdapat pada 1 Januari 1969 berbunyi seperti yang berikut:

“undang-undang” ertinya mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan sesuatu perkara yang Parlimen ada kuasa untuk membuat undang-undang, tetapi, kecuali dalam seksyen 14 dan 15, tidaklah termasuk

Akta ini atau mana-mana perundangan kecil;”.

Perkataan “14, 15 dan 16” menggantikan perkataan “14 dan 15” oleh

P.U. (A) 107/1970, seksyen 2, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970. P.U. (A) 107/1970

telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Perkataan “14, 15 dan 16” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, seksyen 2, berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Perkataan “atau mana-mana perundangan kecil” dipotong oleh Akta A1061, seksyen 2, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Seksyen 3

Suggest a correction

Takrif “undang-undang yang disemak”: dimasukkan oleh Akta A1061, seksyen 2, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Seksyen 3:

Seksyen 1

Suggest a correction

Peruntukan asal sebagaimana yang terdapat pada 1 Januari 1969 berbunyi seperti yang berikut:

“3.  Yang di-Pertuan Agong hendaklah, melalui pemberitahu dalam Warta, melantik seorang Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang bagi maksud menyemak undang-undang dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan mustahak oleh Pesuruhjaya.”.

Seksyen 2

Suggest a correction

Perkataan “suai manfaat” menggantikan perkataan “mustahak” dalam cetakan semula 1999.

Seksyen 3

Suggest a correction

Perkataan “melalui pemberitahuan dalam Warta,” dipotong dan perkataan “dan Timbalan Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang untuk menyediakan dan menerbitkan undang-undang yang disemak dan cetakan semula” menggantikan perkataan “bagi maksud menyemak undang-undang dari semasa ke semasa” oleh Akta A1061, seksyen 3, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Penyemakan Undang-Undang

Subseksyen 6(1):

Seksyen 1

Suggest a correction

Subperenggan (i)(aa) dimasukkan oleh Akta A1061, perenggan 4(a), berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Seksyen 2

Suggest a correction

Perkataan “atau sebahagian daripada mukadimah” dimasukkan selepas perkataan “mukadimah” dalam subperenggan (i)(b) oleh P.U. (A) 107/1970, perenggan 3(a), berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Perkataan “atau sebahagian daripada mukadimah” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, perenggan 3(a), berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Penyemakan Undang-Undang 7

Pencetakan undang-undang yang disemak

Seksyen 5

Suatu undang-undang yang disemak hendaklah dicetak oleh

Open as pageSuggest a correction

Pencetak Kerajaan, atau oleh mana-mana pencetak lain sebagaimana yang dilantik oleh Pesuruhjaya dalam sesuatu hal yang tertentu bagi maksud itu.

(i)

meninggalkan daripada mana-mana undang-undang yang disemak—

Suggest a correction

(a)

mana-mana enakmen pemansuhan dan apa-apa susunan atau senarai enakmen yang telah dimansuhkan, yang terkandung dalam sesuatu jadual atau selainnya;

(aa) mana-mana peruntukan, atau bahagian sesuatu peruntukan, dalam mana-mana undang-undang yang tidak lagi berkuat kuasa;

Suggest a correction

(b)

mana-mana mukadimah atau sebahagian daripada mukadimah dalam sesuatu undang-undang;

Suggest a correction

(c)

mana-mana kata permulaan bagi enakmen dalam mana-mana undang-undang atau peruntukannya;

Suggest a correction

(d)

mana-mana enakmen yang menetapkan tarikh bila sesuatu undang-undang atau sebahagiannya akan mula berkuat kuasa;

Dengan syarat bahawa tarikh bila undang-undang itu atau bahagiannya mula berkuat kuasa dimasukkan oleh Pesuruhjaya dalam kurungan segi selepas sahaja tajuk panjang undang-undang yang disemak itu;

Suggest a correction

(e)

mana-mana enakmen pemindaan jika pindaan yang terlibat olehnya itu dimasukkan oleh Pesuruhjaya dalam undang-undang yang berkenaan dengannya atau telah dimasukkan sedemikian dalam mana-mana cetakan semula yang dicetak menurut mana-mana undang-undang bertulis;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 1

Suggest a correction

(g)

mana-mana bahagian undang-undang yang boleh lebih sesuai dimasukkan sebagai perundangan subsidiari;

Suggest a correction

(h)

mana-mana tafsiran mengenai apa-apa ungkapan yang ada ditakrifkan dalam undang-undang yang terpakai bagi pentafsiran undang-undang yang disemak itu dan istilah itu sama atau serupa dengan istilah yang digunakan dalam takrif istilah undang-undang itu selepas ia disemak;

Suggest a correction

(i)

mana-mana peruntukan yang merujuk kepada sesuatu perkara dan perkara itu ada diperuntukkan mengikut istilah yang sama atau yang serupa dalam undang-undang yang terpakai bagi pentafsiran undang-undang itu selepas ia disemak:

Dengan syarat bahawa peruntukan berkenaan dengan cara mengertikan undang-undang pemindaan yang terkandung dalam undang-undang berkenaan dengan pentafsiran undang-undang hendaklah terpakai bagi peninggalan itu seolah-olah peruntukan yang ditinggalkan itu dimansuhkan; dan

Suggest a correction

(j)

mengenai sesuatu undang-undang berkenaan dengan perkara yang sebahagiannya dalam Senarai

Persekutuan dan—

Suggest a correction

(A)

yang sebahagiannya dalam Senarai Bersama atau Senarai Negeri; atau

Suggest a correction

(B)

yang sebahagiannya dalam Senarai Bersama dan yang sebahagiannya dalam Senarai

Negeri, semua peruntukan kecuali peruntukan berkenaan dengan perkara dalam Senarai Persekutuan:

Dengan syarat bahawa kuasa yang terkandung dalam perenggan ini tidak boleh dijalankan melainkan selepas berunding dengan Peguam

Besar Negeri atau Penasihat Undang-Undang bagi

Negeri yang berkenaan itu;

Penyemakan Undang-Undang

Subperenggan 6(1)—(samb.)

Suggest a correction

Seksyen 3

Suggest a correction

Perkataan “ungkapan” menggantikan perkataan “perbahasaan” dalam subperenggan (i)(h) dalam cetakan semula 1999.

Penyemakan Undang-Undang

Seksyen 4

Subperenggan 6(1)—(samb.)

Suggest a correction

Perkataan “suai manfaat” menggantikan perkataan “mustahak” dalam perenggan (iii) dalam cetakan semula 1999.

Perkataan “ungkapan” menggantikan perkataan “perbahasaan” dalam perenggan (iii) dalam cetakan semula 1999.

Seksyen 5

Suggest a correction

Perkataan “penal” menggantikan perkataan “seksaan” dalam subperenggan (iv)(b) dalam cetakan semula 1999.

Seksyen 6

Perkataan “, susunan kronologi, rujukan dan nota” dalam perenggan (vii)

Suggest a correction

menggantikan perkataan “dan hashiah-hashiah”, oleh Akta A1061, perenggan 4(b), berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Penyemakan Undang-Undang 9

(ii)

mengatur susunan undang-undang yang disemak dan memberikan nombor bab, nombor siri atau nombor lain kepadanya;

Suggest a correction

(iii)

membuat apa-apa perubahan bentuk sebagaimana yang perlu atau suai manfaat kepada mana-mana undang-undang bagi maksud mendapatkan persamaan ungkapan; atau bagi menyesuaikan undang-undang itu supaya selaras dengan peruntukan undang-undang yang terpakai bagi pentafsiran undang-undang itu selepas ia disemak;

Suggest a correction

(iv)

menerima pakai suatu bentuk piawaian yang sesuai dalam semua undang-undang yang disemak bagi—

Suggest a correction

(c)

mana-mana seksyen yang memberi kuasa untuk membuat perundangan subsidiari;

Suggest a correction

(v)

mengubah perkataan “Enakmen”, “Ordinan” atau

“Perisytiharan” dalam mana-mana undang-undang kepada

“Akta”;

Suggest a correction

(vi)

menambahkan tajuk panjang atau tajuk ringkas kepada mana-mana undang-undang yang menghendakinya, dan mengubah tajuk panjang atau tajuk ringkas mana-mana undang-undang;

Suggest a correction

(vii)

mengadakan atau mengubah susunan kandungan, susunan kronologi, rujukan dan nota:

Dengan syarat bahawa susunan kandungan, susunan kronologi, rujukan dan nota itu tidak menjadi sebahagian daripada undang-undang yang mengandunginya;

Suggest a correction

(viii)

menyatukan dalam satu undang-undang mana-mana dua undang-undang atau lebih atau bahagiannya yang in pari materia berhubung dengan perkara yang Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tidak kira badan

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 1

perundangan mana yang telah membuat undang-undang itu, dengan membuat apa-apa perubahan sebagaimana yang diperlukan dalam enakmen yang disatukan itu, dan dengan melaksanakan ubah suaian dalam Negeri yang tertentu di mana, jika sekiranya ubah suaian itu tidak dibuat, suatu perubahan yang besar akan berlaku kepada undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri itu dan dengan menetapkan suatu tarikh yang difikirkan sesuai sekali bagi mula berkuat kuasanya undang-undang itu;

Suggest a correction

(ix)

memecahkan mana-mana undang-undang kepada dua undang-undang atau lebih dan membuat apa-apa pindaan, termasuk memberikan tajuk, atau mengubah tajuk yang sedia ada sebagaimana yang didapati perlu;

Suggest a correction

(x)

menambahkan kepada atau meninggalkan daripada mana-mana undang-undang apa-apa peruntukan yang dikehendaki ditambahkan atau ditinggalkan, atau menggantikan, apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang yang dikehendaki digantikan, disebabkan oleh apa-apa pindaan yang dibuat kepada undang-undang itu oleh mana-mana undang-undang lain atau oleh sesuatu pihak berkuasa mengikut kuasa yang diberikan oleh undang-undang;

Suggest a correction

(xi)

memindahkan apa-apa peruntukan yang terkandung dalam sesuatu undang-undang daripada undang-undang itu kepada mana-mana undang-undang lain yang lebih sesuai bagi peruntukan itu, dengan membuat apa-apa perubahan yang didapati perlu;

Suggest a correction

(xii)

mengubah susunan peruntukan dalam mana-mana undang-undang, dan menomborkan semula peruntukan mana-mana undang-undang;

Suggest a correction

(xiii)

mengubah bentuk atau susunan peruntukan mana-mana undang-undang dengan menukar tempat perkataan, dengan mencantumkan kesemuanya atau sebahagiannya dengan suatu peruntukan lain atau peruntukan-peruntukan lain atau dengan memecahkannya kepada dua peruntukan atau lebih;

Penyemakan Undang-Undang

Penyemakan Undang-Undang

Subperenggan 6(1)—(samb.)

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Perenggan (xviia) dimasukkan oleh Akta A1599, seksyen 2, berkuat kuasa dari 1 Ogos 2019.

Penyemakan Undang-Undang 11

(xiv)

memecahkan mana-mana undang-undang, sama ada yang disatukan atau yang tidak disatukan, kepada bahagian atau penggal lain;

Suggest a correction

(xv)

membetulkan kesilapan nahu, cetak dan kesilapan yang seumpamanya dan bagi maksud itu menambahkan, meninggalkan atau mengubah apa-apa perkataan dengan tidak menyentuh pengertian mana-mana undang-undang;

Suggest a correction

(xvi)

mengubah, memasukkan atau meninggalkan tanda bacaan dalam mana-mana undang-undang;

Suggest a correction

(xvii)

membuat apa-apa perubahan bentuk tentang nama, tempat, jabatan, pejabat, nama jawatan dan selainnya sebagaimana yang perlu untuk menyesuaikan mana-mana undang-undang dengan hal keadaan Persekutuan pada tarikh bila undang-undang dalam bentuknya yang disemak itu mula berkuat kuasa;

*(xviia) untuk membuat apa-apa perubahan dalam mana-mana undang-undang bertulis untuk menunjukkan apa-apa pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian;

Suggest a correction

(xviii)

membuat apa-apa penyesuaian atau pindaan sebagaimana yang didapati perlu atau patut disebabkan oleh apa-apa perubahan tentang keanggotaan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana bahagian Komanwel;

Suggest a correction

(xix)

membetulkan rujukan silang termasuk rujukan mengenai undang-undang bagi wilayah lain;

*CATATAN— lihat seksyen 4, Akta Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 2019 [Akta A1599]

m.b.p. 1 Ogos 2019 yang memperuntukan seperti berikut:

“Permulaan kuat kuasa pertukaran atau pemindahan

Suggest a correction

Seksyen 4

Suggest a correction

Apa-apa pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian, hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 1

(xx)

membetulkan rujukan mengenai undang-undang yang dimansuhkan dengan menggantikan rujukan itu dengan rujukan mengenai mana-mana undang-undang yang telah memansuhkannya, dan bagi maksud itu diisytiharkan bahawa suatu undang-undang disifatkan digantikan oleh suatu undang-undang lain jika sekiranya dinyatakan dengan nyatanya dalam undang-undang yang kemudian itu bahawa ia menggantikan undang-undang yang dimansuhkan itu, atau jika sekiranya undang-undang yang kemudian itu memperbuat undang-undang semula, sama ada dengan ubah suaian atau tidak, mana-mana peruntukan undang-undang yang dimansuhkan itu;

(xxa) mengemaskinikan istilah dan ejaan dalam teks bahasa kebangsaan mana-mana undang-undang supaya selaras dengan istilah dan ejaan yang diluluskan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka;

(xxb) memotong apa-apa perkataan, ungkapan, tatanama atau peruntukan lain dalam mana-mana undang-undang yang tidak lagi digunakan atau tidak lagi berkuat kuasa, termasuk rujukan kepada undang-undang yang dimansuhkan, dan untuk menggantikannya jika perlu, dengan perkataan, ungkapan, tatanama atau peruntukan yang sesuai atau rujukan kepada undang-undang yang sesuai;

Suggest a correction

(xxi)

meringkaskan atau memudahkan rangkai kata mana-mana undang-undang;

Suggest a correction

(xxii)

memansuhkan atau meminda mana-mana enakmen oleh sebab penyediaan undang-undang yang disemak;

Suggest a correction

(xxiii)

menetapkan tarikh bila sesuatu undang-undang yang disemak itu akan mula berkuat kuasa;

Dengan syarat bahawa tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh bila undang-undang yang disemak itu disiarkan dalam Warta;

Suggest a correction

(xxiv)

membuat segala perkara lain yang berhubungan dengan bentuk dan kaedah yang perlu untuk memperkemas suatu undang-undang yang disemak.

Penyemakan Undang-Undang

Subperenggan 6(1)—(samb.)

Suggest a correction

Seksyen 8

Perenggan asal (xx) sebagaimana yang terdapat pada 1 Januari 1969

Open as pageSuggest a correction

berbunyi seperti yang berikut;

“(xx) membetulkan rujukan-rujukan mengenai undang-undang yang dimansuhkan dengan menggantikan rujukan-rujukan itu dengan rujukan-rujukan mengenai mana-mana undang-undang yang telah memansuhinya, dan bagi maksud itu adalah diisytiharkan bahawa suatu undang-undang adalah disifatkan sebagai diganti dengan suatu undang-undang lain jika sekiranya dinyatakan dengan nyatanya dalam undang-undang yang kemudiannya itu bahawa ia adalah menggantikan undang-undang yang dimansuhkan itu, atau jika sekiranya undang-undang yang kemudiannya itu menjadikan undang-undang semula, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak mana-mana peruntukan undang-undang yang dimansuhkan itu;”.

Perenggan asal itu telah digantikan oleh P.U. (A) 107/1970, perenggan 3(b), berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perenggan yang digantikan itu telah dimasukkan semula oleh Akta A43, perenggan 3(b), berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Perenggan (xxa) dimasukkan oleh Akta A1061, perenggan 4(c), berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Perenggan (xxb) dimasukkan oleh Akta A1061, perenggan 4(c), berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Perenggan (xxi), (xxii) dan (xxiii) telah dinomborkan semula sebagai perenggan (xxii), (xxiii) dan (xxiv) oleh P.U. (A) 107/1970, perenggan 3(c), berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10 berkuat kuasa dari 30 April 1971. Penomboran semula telah dimasukkan semula oleh Akta A43 perenggan 3(c), berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Perenggan (xxi) dimasukkan oleh P.U. (A) 107/1970, perenggan 3(c), berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh

Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perenggan (xxi)

telah dimasukkan semula oleh Akta A43, perenggan 3(c), berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Penyemakan Undang-Undang

Seksyen 7:

Seksyen 1

Suggest a correction

Perkataan “seksyen 6(1)(xxiii)” dalam perenggan (i)(d) menggantikan perkataan “seksyen 6(1)(xxii)” oleh P.U. (A) 107/1970, perenggan 4(a), berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan

“seksyen 6(1)(xxiii)” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, perenggan 4(a)

berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “perenggan” menggantikan perkataan “seksyen” dalam cetakan semula 2006.

Penyemakan Undang-Undang 13

(2)

Dalam subseksyen (1) “pindaan” termasuklah, jika ia digunakan berhubung dengan kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya, apa-apa perubahan undang-undang yang perlu untuk melaksanakan mana-mana enakmen dalam mana-mana undang-undang lain supaya dengan demikian itu bidang, kuat kuasa atau pengertian mana-mana peruntukan undang-undang yang mula-mula disebut itu diubah, diubahsuaikan, diperluas, dihadkan, dipersyaratkan atau selainnya tersentuh.

Suggest a correction

(3)

Kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh subseksyen (1)

tidak boleh diertikan sebagai dia berkuasa untuk membuat apa-apa pengubahan atau pindaan tentang isi mana-mana undang-undang.

Cara menyusun undang-undang yang disemak

Suggest a correction

Seksyen 7

Suggest a correction

Suatu undang-undang yang disemak hendaklah disusun mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh

Pesuruhjaya dan hendaklah mengandungi—

(b)

tajuk ringkas dan nombor undang-undang yang disemak itu;

Suggest a correction

(c)

tarikh yang sehingganya undang-undang itu disemak;

dan

Suggest a correction

(d)

tarikh yang ditetapkan di bawah perenggan 6(1) (xxiii)

bila undang-undang yang disemak itu akan mula berkuat kuasa;

Suggest a correction

(ii)

suatu senarai undang-undang yang telah meminda undang-undang itu sehingga tarikh penyemakannya dengan menunjukkan tarikh bila pindaan itu mula berkuat kuasa;

Penyemakan Undang-Undang

Seksyen 7—(samb.)

Suggest a correction

Seksyen 2

Suggest a correction

Perenggan (iv) sebagaimana yang terdapat pada 1 Januari 1969 berbunyi seperti yang berikut:

“(iv) suatu senarai undang-undang yang dibuat oleh Pesuruhjaya dalam cetakan undang-undang itu.”.

Perenggan (iv) dipotong oleh P.U. (A) 107/1970, perenggan 4(b), berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan melalui

Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Pemotongan itu dikekalkan oleh Akta A43, perenggan 4(b), berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Seksyen 8:

Seksyen 1

Suggest a correction

Perkataan “dan sepuluh naskhah senarai pindaan-pindaan yang dibuat olehnya dalam undang-undang yang disemak itu” dalam subseksyen (1)

dimasukkan selepas perkataan “tiap-tiap undang-undang yang disemak”

oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 5, berkuat kuasa dari 1 Januari 1969.

P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “dan sepuluh naskhah senarai pindaan-pindaan yang dibuat olehnya dalam undang-undang yang disemak itu” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, seksyen 5, berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Seksyen 2

Perkataan “terjejas” dalam subseksyen (2) menggantikan perkataan

Suggest a correction

“tercatat” dalam cetakan semula 2006.

(iii)

suatu senarai undang-undang atau bahagian yang digantikan atau dimansuhkan oleh undang-undang yang disemak itu.

Suggest a correction

(iv)

(Dipotong oleh Akta A43).

Pemeriksaan oleh Jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 8

Suggest a correction
(1)

Pesuruhjaya hendaklah menghantar sepuluh naskhah draf tiap-tiap undang-undang yang disemak dan sepuluh naskhah senarai pindaan yang dibuat olehnya dalam undang-undang yang disemak itu kepada Jawatankuasa untuk pemeriksaannya. Jawatankuasa itu hendaklah memeriksa naskhah draf itu dan memperakui kepada

Pesuruhjaya sama ada pada pendapat Jawatankuasa itu pindaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya mengikut atau tidak mengikut kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini. Jika Jawatankuasa itu tidak memperakui sedemikan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh naskhah draf itu diterima oleh Setiausaha Jawatankuasa itu, pindaan itu hendaklah disifatkan telah diperakui sebagai mengikut kuasa Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya boleh meneruskan tindakan mengikut subseksyen 10(1).

(2)

Kesahan sesuatu perakuan yang diberikan oleh Jawatankuasa itu di bawah subseksyen (1) tidak terjejas oleh apa-apa kekosongan dalam keanggotaan Jawatankuasa itu atau oleh sebab seseorang ahlinya tidak berupaya buat sementara untuk memberikan pendapatnya oleh sebab ahli itu tidak ada, uzur atau apa-apa sebab lain.

Undang-undang yang disemak hendaklah mematuhi pendapat

Jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 9

Suggest a correction

Jika Jawatankuasa memperakui bahawa sesuatu pindaan tidak mengikut kuasa Pesuruhjaya, Pesuruhjaya hendaklah, sebelum meneruskan tindakan mengikut subseksyen 10(1), meminda draf undang-undang yang disemak untuk mematuhi pendapat

Jawatankuasa itu.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 1

Penyemakan Undang-Undang

Subseksyen 10(1):

Perkataan “dirujuk dalam seksyen 7(i)(d)” menggantikan perkataan “dinyatakan menurut seksyen 7(1)(d)” oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 6, berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “dirujuk dalam seksyen 7(i)(d)” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, seksyen 6, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “perenggan” menggantikan perkataan

“seksyen” dalam cetakan semula 2006.

Penyemakan Undang-Undang 15

Seksyen 10

Penyiaran undang-undang yang disemak

Suggest a correction
(1)

Suatu undang-undang yang disemak yang mengandungi pindaan yang telah diperakui atau yang disifatkan telah diperakui oleh Jawatankuasa sebagai mengikut kuasa Pesuruhjaya hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh yang dirujuk dalam perenggan 7(i)(d).

(2)

Pada dan selepas dari tarikh sesuatu undang-undang yang disemak berkuat kuasa, undang-undang yang disemak itu hendaklah disifatkan sebagai dan ia hendaklah menjadi, dengan tidak dipersoalkan apa-apa jua pun dalam semua mahkamah dan bagi segala maksud, undang-undang yang tunggal dan yang sepatutnya bagi perkara yang termasuk dalamnya dan yang berkuat kuasa pada tarikh itu.

Siapnya penyemakan undang-undang sebelum tahun 1969

hendaklah diberitahu dalam Warta

Suggest a correction

Seksyen 11

Suggest a correction

Dengan seberapa segera yang boleh, Pesuruhjaya hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta (yang akan disiarkan dalam Tambahan Akta), memperakui bahawa penyemakan semua undang-undang yang diperbuat sebelum satu haribulan Januari 1969

(kecuali undang-undang yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu), yang belum dimansuhkan pada tarikh pemberitahuan itu, telah siap dan dengan yang demikian mana-mana undang-undang yang belum disemak di bawah Akta ini dan yang belum dinyatakan dalam pemberitahuan itu hendaklah disifatkan telah dimansuhkan mulai dari tarikh pemberitahuan itu disiarkan.

Seksyen 12

Kecualian bagi perundangan subsidiari yang ada sekarang

Suggest a correction

Perundangan subsidiari yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang dan yang berkuat kuasa pada tarikh bila undang-undang yang disemak itu mula berkuat kuasa hendaklah terus berkuat kuasa sehingga diperuntukkan selainnya; dan rujukan dalam mana-mana perundangan subsidiari itu kepada undang-undang yang di bawahnya perundangan subsidiari itu telah dibuat, atau kepada mana-mana bahagiannya, atau kepada mana-mana undang-undang lain yang disemak hendaklah diertikan sebagai rujukan kepada undang-undang yang disemak itu atau kepada undang-undang lain yang telah disemak itu.

Penyemakan Undang-Undang

Subseksyen 13(2):

Perkataan “, tetapi bukan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan pemeriksaan oleh Jawatankuasa” selepas perkataan “suatu undang-undang yang disemak” dimasukkan oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 7, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh

Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan

“, tetapi bukan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan pemeriksaan oleh Jawatankuasa” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, seksyen 7, berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Seksyen 14:

Seksyen 1

Suggest a correction

Peruntukan asal sebagaimana yang terdapat pada 1 Januari 1969 berbunyi seperti berikut:

“14.

Jika sesuatu undang-undang sama ada telah disemak atau tidak telah dipinda, Pencetak Kerajaan atau mana-mana pencetak lain sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam sesuatu hal yang tertentu bagi maksud itu boleh, dengan kuasa Pesuruhjaya, mencetak naskhah-naskhah undang-undang itu bersama dengan tambahan-tambahan, ketinggalan-ketinggalan, atau penggantian-penggantian yang perlu yang dibuat oleh mana-mana undang-undang yang memindanya;

dan mana-mana naskhah undang-undang itu yang berupa sebagai dicetak sedemikian hendaklah disifatkan sehingga akasnya dibuktikan, sebagai naskhah yang sah bagi undang-undang yang dipinda sebagaimana yang berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan itu, kecuali setakat yang dinyatakan dalam naskhah itu.”.

Seksyen 2

Suggest a correction

Seksyen 14 telah digantikan oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 8, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970. Peruntukan kemudiannya berbunyi seperti yang berikut:

“14.  (1)  Pencetak Kerajaan atau mana-mana Pencetak Kerajaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam sesuatu hal yang tertentu bagi maksud itu boleh, dengan kuasa Pesuruhjaya, membuat cetakan semula bagi mana-mana undang-undang, sama ada telah disemak atau tidak mengandungi—

(a)

pindaan-pindaan yang dibuat oleh mana-mana undang-undang;

dan

Suggest a correction

(b)

pindaan-pindaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya di bawah kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh subseksyen (2),

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 1

Penyemakan perundangan subsidiari

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction
(1)

Dengan seberapa segera yang boleh hendaklah disediakan, sebagai tambahan kepada setiap satu undang-undang yang disemak, suatu cetakan perundangan subsidiari yang disemak di bawah undang-undang yang disemak itu sebagaimana yang didapati oleh

Pesuruhjaya cukup mustahak untuk dimasukkan dalamnya.

(2)

Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan menyediakan dan menyiarkan suatu undang-undang yang disemak, tetapi bukan peruntukan yang berhubungan dengan pemeriksaan oleh

Jawatankuasa, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian yang perlu bagi menyediakan dan menyiarkan perundangan subsidiari yang disemak.

Cetakan semula undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction
(1)

Pencetak Kerajaan atau mana-mana pencetak lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam sesuatu hal yang tertentu bagi maksud itu boleh, dengan kuasa Pesuruhjaya, membuat cetakan semula bagi mana-mana undang-undang, sama ada yang telah disemak atau tidak, yang mengandungi—

(a)

pindaan yang dibuat oleh mana-mana undang-undang; dan

Suggest a correction

(b)

pindaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya di bawah kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (2), dan mana-mana naskhah cetakan semula itu yang berupa sebagai dicetak mengikut seksyen ini hendaklah disifatkan, sehingga akasnya dibuktikan, sebagai naskhah yang sah bagi undang-undang itu sebagaimana yang berkuat kuasa, kecuali setakat yang dinyatakan dalam naskhah itu, pada tarikh yang dinyatakan sedemikian.

Suggest a correction

(2)

Pada menyediakan sesuatu cetakan semula Pesuruhjaya mempunyai kuasa yang terkandung dalam perenggan 6(1)(vii),

Suggest a correction

(x)

, (xv), (xvi), (xvii), (xviia), (xviii), (xix), (xx), (xxa) dan (xxb).

17

Penyemakan Undang-Undang

Penerbitan jilid demi jilid 14a.  (1)  Pesuruhjaya boleh, jika difikirkannya suai manfaat, membenarkan cetakan semula disediakan dan diterbitkan jilid demi jilid, mengikut apa-apa susunan dan pada bila-bila masa yang difikirkannya suai manfaat.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana jilid sesuatu cetakan semula boleh mengandungi apa-apa susunan, lampiran dan perkara tambahan yang lain, termasuk indeks, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pesuruhjaya.

Pengemaskinian cetakan semula 14b.

Pesuruhjaya boleh, jika difikirkannya suai manfaat, membenarkan penyediaan dan penerbitan laporan kemas kini yang mengandungi pindaan terkini kepada sesuatu cetakan semula, mengikut apa-apa susunan dan pada bila-bila masa yang difikirkannya suai manfaat.

Pewakilan Kuasa 14c.

Pesuruhjaya boleh mewakilkan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen 14(2), seksyen 14a, dan 14b kepada Timbalan

Pesuruhjaya.

Membetulkan kesilapan pada bentuk

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction
(1)

Pesuruhjaya boleh dengan perintah, yang dibuat mengenai sesuatu Akta dengan kelulusan Jawatankuasa, membetulkan sesuatu kesilapan mengenai tulisan, cetakan atau kesilapan lain dalam mana-mana undang-undang:

Dengan syarat bahawa pembetulan itu hendaklah tidak berlawanan dengan kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh seksyen 6, 13 dan 14.

(2)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang mulai dari tarikh yang dirujuk dalam perenggan 7(i)(d).

Penyemakan Undang-Undang

Seksyen 14—(samb.)

dan mana-mana naskhah cetakan semula itu yang berupa sebagai dicetak mengikut seksyen ini hendaklah disifatkan, sehingga akasnya dibuktikan, sebagai naskhah yang sah bagi undang-undang itu sebagaimana yang berkuat kuasa, kecuali setakat mana yang dinyatakan dalam naskhah itu, pada tarikh yang dinyatakan sedemikian.

Suggest a correction

(2)

Pada menyediakan sesuatu cetakan semula Pesuruhjaya adalah mempunyai kuasa-kuasa yang terkandung dalam perenggan (vii), (x), (xv),

Suggest a correction

(xvi)

, (xvii), (xviii), (xix), dan (xx) seksyen 6(1).”.

P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Peruntukan itu telah dimasukkan semula oleh

Akta A43, seksyen 8, berkuat kuasa dari 30 April 1971.

Suggest a correction

Seksyen 3

Suggest a correction

Subseksyen (2): perkataan “, (xx), (xxa) dan (xxb)” menggantikan perkataan “dan (xx)” oleh Akta A1061, seksyen 5, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Seksyen 4

Subseksyen (2): perkataan “(xviia),” telah dimasukkan selepas perkataan

Suggest a correction

“(xvii)” oleh Akta A1599, seksyen 3, berkuat kuasa dari 1 Ogos 2019.

Seksyen 14a:

Dimasukkan oleh Akta A1061, seksyen 6, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Seksyen 14b:

Dimasukkan oleh Akta A1061, seksyen 6, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Seksyen 14c:

Dimasukkan oleh Akta A1061, seksyen 6, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.

Seksyen 15:

Seksyen 15 ialah peruntukan baharu yang dimasukkan setelah seksyen yang sebelumnya 15, 16 dan 17 dinomborkan semula sebagai seksyen 16,

17 dan 18 masing-masingnya oleh P.U. (A) 107/1970, sekyen 9, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan melalui

Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1970. Peruntukan seksyen 15 telah dimasukkan semula oleh Akta A43, seksyen 9, berkuat kuasa dari 30 April 1971, kecuali dalam subseksyen (1) perkataan “dengan kelulusan” menggantikan perkataan “selepas dirujukkannya kepada”.

Penyemakan Undang-Undang

Seksyen 16:

Seksyen ini sebelum ini ialah seksyen 15 dan dinomborkan semula sebagai seksyen 16 oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 9, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970.

P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1970. Penomboran semula itu dikekalkan oleh

Akta A43, seksyen 9, berkuat kuasa dari 30 April 1970.

Seksyen 17:

Seksyen ini sebelum ini ialah seksyen 16 dan dinomborkan semula sebagai seksyen 17 oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 9, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970.

P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1970. Penomboran semula itu dikekalkan oleh

Akta A43, seksyen 9, berkuat kuasa dari 30 April 1970.

Seksyen 18:

Seksyen ini sebelum ini ialah seksyen 17 dan dinomborkan semula sebagai seksyen 18 oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 9, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970.

P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1970. Penomboran semula itu dikekalkan oleh

Akta A43, seksyen 9, berkuat kuasa dari 30 April 1970.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 1

Rujukan mengenai nombor barisan dalam sesuatu undang-undang

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Rujukan dalam mana-mana undang-undang mengenai nombor barisan sesuatu peruntukan dalam mana-mana undang-undang bererti barisan dalam cetakan naskhah rasmi yang terakhir bagi undang-undang itu pada masa undang-undang yang mengandungi rujukan itu diperbuat.

Seksyen 17

Tempat Akta ini dalam siri Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

“Undang-Undang Malaysia” dan hendaklah dinomborkan Akta 1.

Seksyen 18

Pemansuhan

Open as pageSuggest a correction

[No. 26 tahun 1965] dimansuhkan dan seksyen 48 Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 [M.U. 7 tahun 1948], setakat yang seksyen itu ialah undang-undang persekutuan, hendaklah terhenti terpakai selepas mula berkuat kuasanya Akta ini.

19

Akta 1

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Ordinan Darurat (Penyemakan

Undang-Undang) (Pindaan) 1970 01-01-1969;

11-03-1970

(seksyen 2,

7, 8 dan 9)

Akta A43

Akta Penyemakan Undang-Undang

(Pindaan) 1971 30-04-1971

Akta A885

Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 24-06-1994

Akta A1061

Akta Penyemakan Undang-Undang

(Pindaan) 1999 01-10-1998

Akta A1599

Akta Penyemakan Undang-Undang

(Pindaan) 2019 01-08-2019

20

Akta 1

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A43

Akta A1061 11-03-1970 30-04-1971 01-10-1998 3

Akta A1061

01-10-1998 6

Akta A43

Akta A1061

Akta A1599 01-01-1969 30-04-1971 01-10-1998 01-08-2019 7

Akta A43 01-01-1969 30-04-1971 8

Akta A43 01-01-1969 30-04-1971 10

Akta A43 01-01-1969 30-04-1971 13

Akta A43 11-03-1970 30-04-1971 14

Akta A43

Akta A1061

Akta A1599 11-03-1969 30-04-1971 01-10-1998 01-08-2019 14a

Akta A1061 01-10-1998 14b

Akta A1061 01-10-1998 14c

Akta A1061 01-10-1998 15

Akta A43 11-03-1970 30-04-1971

Undang-Undang Malaysia 21

Akta 1

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 16

Akta A43 11-03-1970 30-04-1971 17

Akta A43 11-03-1970 30-04-1971 18

Akta A43 11-03-1970 30-04-1971

Common questions

What is AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968?
AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 is Malaysia Act, cited as Act 1 1968, currently marked in force and first recorded in 1968.
Is AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 still in force?
Yes — AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 is currently in force.
When did AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 take effect?
AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 was first recorded in 1968.
How many sections does AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 have?
AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 contains 44 sections.
What amends AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968?
AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 has been amended by AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2019.
Where can I read the official version of AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968?
The official text of AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 | mylaw.my