/akn/my/act/act/1957/472
*AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1957
- Sections
- 11
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
*AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957 is Malaysia Act, cited as Act 472 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta untuk membolehkan Malaysia menjadi anggota Kumpulan Wang Antarabangsa dan Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan melalui penerimaan Perjanjian Antarabangsa bagi penubuhan dan pengendalian Kumpulan Wang dan Bank itu. [Semenanjung Malaysia─ 30hb Disember 1957; Sabah dan Sarawak─ 3hb Disember 1964, L.N. 419/1964] Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
(Ditinggalkan).
Pemberikuasaan menandatangani Perkara Perjanjian Kumpulan
Seksyen 3
Wang dan Bank masing-masing
Yang di-Pertuan Agong adalah dengan ini diberi kuasa melalui surat cara di bawah tandatangannya untuk memberi mana-mana orang sebagaimana yang dinamakan dalam surat cara itu, kuasa bagi pihak Kerajaan Malaysia─
(a)
untuk menandatangani Perkara Perjanjian bagi Kumpulan
Wang Antarabangsa dan Perkara Perjanjian bagi Bank
Antarabangsa bagi
Penyusunan
Semula dan
Pembangunan, masing-masingnya; dan 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 472
(b)
untuk menyimpan dengan Kerajaan Amerika Syarikat surat cara penerimaan Perkara Perjanjian bagi Kumpulan
Wang (kemudian daripada ini disebut “Perjanjian
Kumpulan Wang”) dan surat cara penerimaan Perkara
Perjanjian bagi Bank (kemudian daripada ini disebut
“Perjanjian Bank”), yang menyatakan bahawa Kerajaan
Malaysia telah menerima mengikut undang-undangnya
Perkara yang berkenaan dan terma dan syarat yang ditetapkan di bawahnya sebagai terma yang dengannya
Kerajaan Malaysia boleh diterima menjadi anggota
Kumpulan Wang dan Bank.
Seksyen 4
(Dimansuhkan oleh Akta A18).
Seksyen 5
(Dimansuhkan oleh Akta A18).
Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahhakkan hak dan obligasi kepada Bank Negara Malaysia
Seksyen 5A
(a)
hak dan obligasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] walau apa pun Ordinan Bank Negara Malaysia 1958; dan
(b)
perenggan 28 (g) dan subperenggan 30(1)(oo) (ii) dan
(iii)
Ordinan Bank Negara Malaysia 1958 hendaklah berkuat kuasa.
*Lihat—Bretton woods Agreements Order 1969[P.U. (A) 505/1969] m.b.p. 16 Disember 1969.
Perjanjian Bretton Woods 7
(3)
Bank Negara Malaysia boleh, dengan kelulusan bertulis terdahulu daripada Menteri Kewangan, menerima bagi pihak
Kerajaan Malaysia dan membayar apa-apa tambahan dalam sumbangan Malaysia kepada Kumpulan Wang Antarabangsa yang dibuat mengikut Perjanjian Kumpulan Wang.
Sumbangan kepada Bank Antarabangsa bagi Penyusunan
Semula dan Pembangunan
Seksyen 6
(b)
Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang Disatukan apa-apa bahagian mana-mana tambahan dalam sumbangan Malaysia sebagaimana yang, mengikut Perkara II
Perjanjian Bank, kena dibayar dengan emas atau dolar Amerika
Syarikat atau dengan mata wang Malaysia.
(c)
Kecuali dengan kelulusan yang ditandakan melalui ketetapan Dewan Rakyat, sumbangan Malaysia tidaklah boleh ditambah sehinggakan ia (termasuk apa-apa tambahan) melebihi jumlah lima puluh juta dolar Amerika Syarikat.
(2)
Menteri Kewangan adalah dengan ini diberi kuasa, bagi pihak
Kerajaan, untuk mewujudkan dan mengeluarkan kepada Bank
Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan, dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya patut, apa-apa wang kertas tanpa bunga dan wang kertas tidak boleh niaga atau obligasi lain sebagaimana yang boleh, di bawah seksyen 12 Perkara V Perjanjian
Bank, menentukan untuk diterima sebagai ganti apa-apa bahagian sumbangan Malaysia yang, jika tidak kerana penerimaan itu, kena dibayar dengan mata wang Malaysia.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 472
Pembayaran lain kepada Bank Antarabangsa
Seksyen 7
Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Disatukan─
(a)
segala wang yang kena dibayar kepada
Bank
Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan di bawah seksyen 9 Perkara II Perjanjian Bank (yang berhubungan dengan perubahan dalam nilai tara atau nilai pertukaran asing mata wang anggota); dan
(b)
segala wang yang dikehendaki bagi penebusan apa-apa nota atau obligasi yang diwujudkan dan dikeluarkan kepada Bank itu di bawah Akta ini.
Tanggungan dan penerimaan
*8.
(2)
Segala wang yang diterima oleh atau bagi pihak
Kerajaan Malaysia daripada Kumpulan Wang Antarabangsa atau daripada Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan
Pembangunan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan.
Perintah bagi menguatkuasakan Perjanjian
Seksyen 9
(1)
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Perintah, membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkan semunasabahnya perlu untuk menguatkuasakan Perjanjian Kumpulan
Wang dan Perjanjian Bank yang berhubungan dengan taraf, kekebalan dan keistimewaan Kumpulan Wang Antarabangsa dan
Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan serta pengelola atau gabenor, pengarah eksekutif, anggota silih ganti,
* Lihat— Bretton woods Agreements Order 1969[P.U. (A) 505/1969] m.b.p.
Disember 1969.
Perjanjian Bretton Woods 9
pegawai dan pekerja mereka masing-masing, atau mana-mana peruntukan
Perjanjian
Kumpulan
Wang mengenai ketakbolehkuatkuasaan kontrak pertukaran.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa
Perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan tertentu Perjanjian Kumpulan Wang atau Perjanjian Bank hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.
Jadual
JADUAL PERTAMA
(Seksyen 4)
Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Yang Dengannya Malaysia Diterima
Menjadi Anggota Kumpulan Wang Antarabangsa
Ketetapan yang diterima pakai oleh Lembaga Pengelola Kumpulan Wang
Antarabangsa, Mesyuarat Tahunan Kedua Belas.
BAHAWASANYA, Kerajaan Malaysia pada 29 Mei 1957, telah memohon untuk diterima menjadi anggota Kumpulan Wang Antarabangsa mengikut seksyen 2 Perkara II Perkara Perjanjian Kumpulan Wang; dan
BAHAWASANYA, menurut seksyen 21 Undang-Undang Kecil Kumpulan
Wang, Pengarah Eksekutif telah berunding dengan wakil-wakil Kerajaan itu dan telah bersetuju dengan terma dan syarat yang, pada pendapat Pengarah Eksekutif, mungkin ingin ditetapkan oleh Lembaga Pengelola bagi menerima Malaysia menjadi anggota Kumpulan Wang;
MAKA,
OLEH
YANG
DEMIKIAN,
Lembaga
Pengelola, setelah mempertimbangkan syor Pengarah Eksekutif, dengan ini menetapkan bahawa terma dan syarat yang dengannya Malaysia hendaklah diterima menjadi anggota
Kumpulan Wang adalah seperti yang berikut:
1. Takrif: Sebagaimana yang digunakan dalam Ketetapan ini:
(a)
Istilah “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Antarabangsa.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 472
(b)
Istilah “Perkara-Perkara” ertinya Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan
Wang Antarabangsa.
(c)
Istilah “dolar” atau “$” ertinya dolar Amerika Syarikat dengan berat dan kehalusan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 1944.
2. Kuota: Kuota Malaysia adalah $25 juta.
3. Sumbangan:
Sumbangan Malaysia hendaklah sama dengan kuotanya, dan tidak kurang daripada 3.5 peratus sumbangan hendaklah dibayar dengan emas dan bakinya dengan mata wang Malaysia.
4. Pembayaran Sumbangan:
Bahagian sumbangan yang kena dibayar dengan emas hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari Perkara-Perkara ditandatangani bagi pihak Malaysia. Jika Malaysia tidak memperoleh keanggotaan dalam Kumpulan Wang, emas yang dibayar sedemikian hendaklah dipulangkan kepadanya oleh Kumpulan Wang. Bahagian sumbangan selebihnya yang tidak dibayar dengan emas hendaklah dibayar sebelum hari ketiga puluh selepas nilai tara permulaan mata wang Malaysia telah dipersetujui mengikut perenggan 5 di bawah.
5. Penentuan Nilai Tara: Dalam masa 30 hari selepas Kumpulan Wang meminta sedemikian, Malaysia hendaklah memberitahu Kumpulan Wang suatu nilai tara yang dicadangkan bagi mata wangnya, dan dalam masa 60 hari berikutan penerimaan oleh Kumpulan Wang akan nilai tara yang dicadangkan itu, Malaysia dan Kumpulan Wang hendaklah bersetuju mengenai nilai tara permulaan bagi mata wang itu; dengan syarat bahawa Kumpulan Wang boleh melanjutkan tempoh 60 hari itu dan bahawa Malaysia hendaklah disifatkan telah menarik diri daripada Kumpulan Wang jika persetujuan mengenai nilai tara tidak dapat dicapai apabila tempoh lanjutan itu tamat. Dalam tempoh di antara penerimaan keanggotaan dengan penetapan nilai tara permulaan menurut perenggan ini, Malaysia tidak boleh menukar kadar pertukarannya yang ada pada masa menerima keanggotaan tanpa persetujuan Kumpulan
Wang selepas berunding dahulu.
6. Transaksi Pertukaran dengan Kumpulan Wang:
Malaysia tidak boleh melibatkan diri dalam transaksi pertukaran dengan Kumpulan Wang sebelum hari ketiga puluh selepas nilai tara mata wangnya telah dipersetujui mengikut perenggan 5 di atas dan sumbangannya telah dibayar sepenuhnya.
7. Representasi dan Maklumat:
Sebelum menerima keanggotaan dalam
Kumpulan Wang, Malaysia hendaklah membuat representasi kepada
Kumpulan Wang bahawa ia telah mengambil segala tindakan yang perlu untuk menandatangani dan menyimpan Surat Cara Penerimaan dan menandatangani
Perkara-Perkara, sebagaimana yang dimaksudkan oleh perenggan 8 (a) dan (b)
ketetapan ini, dan Malaysia hendaklah memberi Kumpulan Wang apa-apa
Perjanjian Bretton Woods 11
maklumat berkenaan dengan tindakan itu sebagaimana yang diminta oleh
Kumpulan Wang.
8. Penerimaan Keanggotaan:
Selepas Kumpulan Wang telah memaklumkan
Kerajaan Amerika Syarikat bahawa Malaysia telah mematuhi syarat yang diterangkan dalam perenggan 7 ketetapan ini, Malaysia hendaklah menjadi anggota Kumpulan Wang mulai dari tarikh Malaysia telah mematuhi kehendak yang berikut:
Malaysia hendaklah menyimpan dengan Kerajaan Amerika Syarikat suatu surat cara yang menyatakan bahawa ia telah menerima mengikut undang-undangnya Perkara-Perkara dan segala terma dan syarat yang ditetapkan dalam Ketetapan ini, dan bahawa ia telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkannya menjalankan segala obligasinya di bawah Perkara-Perkara dan Ketetapan ini; dan
Malaysia hendaklah menandatangani salinan asal Perkara-Perkara yang disimpan di Arkib Kerajaan Amerika Syarikat.
9. Had ke atas Tempoh bagi Penerimaan Keanggotaan:
Malaysia boleh menerima keanggotaan dalam Kumpulan Wang menurut ketetapan ini dalam masa enam bulan dari tarikh berkuat kuasanya ketetapan ini, dan tarikh itu hendaklah menjadi tarikh penerimapakaiannya oleh Lembaga Pengelola; dengan syarat, bagaimanapun, bahawa, jika hal keadaan luar biasa disifatkan oleh Pengarah
Eksekutif sebagai mewajarkan pelanjutan tempoh pemohon boleh menerima keanggotaan menurut ketetapan ini, Pengarah Eksekutif boleh melanjutkan tempoh itu sehingga apa-apa tarikh yang terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh mereka.
Jadual
JADUAL KEDUA
(Seksyen 6)
Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Yang Dengannya Malaysia Diterima
Menjadi Anggota Bank Antarabangsa Bagi Penyusunan Semula dan
Pembangunan
Ketetapan yang diterima pakai oleh Lembaga Pengelola Bank Antarabangsa bagi
Penyusunan Semula Dan Pembangunan pada 25 September 1957.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 472
BAHAWASANYA, Kerajaan Malaysia telah memohon untuk diterima menjadi anggota Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan mengikut seksyen 1(b) Perkara II Perkara-Perkara Perjanjian Bank; dan
BAHAWASANYA, menurut seksyen 20 Undang-Undang Kecil Bank, Pengarah
Eksekutif, selepas perundingan dengan wakil Kerajaan Malaysia, telah membuat syor kepada Lembaga Pengelola mengenai permohonan ini oleh negara tersebut;
MAKA,
OLEH
YANG
DEMIKIAN,
Lembaga
Pengelola dengan ini
MENETAPKAN:
BAHAWA terma-terma dan syarat yang dengannya Malaysia hendaklah diterima menjadi anggota Bank adalah seperti yang berikut:
1. Takrif:
Sebagaimana yang digunakan dalam ketetapan ini:
(a)
“Perkara-Perkara” ertinya Perkara Perjanjian Bank.
(b)
“Bank” ertinya Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan
Pembangunan.
(c)
“Dolar” atau “$” ertinya dolar Amerika Syarikat dengan berat dan kehalusan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 1944.
(d)
“Anggota” ertinya anggota Bank.
(e)
“Sumbangan” ertinya stok modal Bank yang dilanggani oleh anggota.
2. Sumbangan:
Dengan menerima keanggotaan dalam Bank, Malaysia hendaklah melanggani 250 syer stok modal Bank pada nilai tara $100,000 bagi setiap syer.
3. Keanggotaan dalam Kumpulan Wang:
Sebelum menerima keanggotaan dalam Bank, Malaysia hendaklah menerima keanggotaan dalam dan menjadi anggota Kumpulan Wang Antarabangsa.
4. Pembayaran Sumbangan.
Sebelum menerima keanggotaan dalam Bank, Malaysia hendaklah membayar kepada Bank:
(i)
Emas atau dolar Amerika Syarikat yang sama dengan 2 peratus daripada sumbangannya; dan
(ii)
Amaun dalam mata wang Malaysia yang, pada kadar pertukaran yang sesuai pada masa itu, hendaklah sama nilainya dengan 18
peratus daripada sumbangannya.
Perjanjian Bretton Woods 13
Malaysia hendaklah bersetuju bahawa, jika ia mengemukakan apa-apa bahagian daripada pembayaran yang dikehendaki dalam perenggan (a)(i) di atas dengan emas, Bank hendaklah mempunyai hak untuk menolak mana-mana emas sedemikian yang, pada pendapatnya, tidak boleh dijual secara bebas dan tanpa syarat oleh Bank kepada anggota yang menghendaki perakuan atau keterangan lain tentang asal emas yang diberi oleh mereka.
5. Representasi dan Maklumat: Sebelum menerima keanggotaan dalam Bank,
Malaysia hendaklah membuat representasi kepada Bank bahawa ia telah mengambil segala tindakan yang perlu untuk menandatangani dan menyimpan surat cara penerimaan dan menandatangani Perkara-Perkara sebagaimana yang dimaksudkan oleh perenggan 6 (d) dan (e) ketetapan ini dan Malaysia hendaklah memberi Bank apa-apa maklumat berkenaan dengan tindakan itu sebagaimana yang diminta oleh Bank.
6. Penerimaan Keanggotaan: Malaysia hendaklah menjadi anggota Bank, dengan sumbangan yang diterangkan dalam perenggan 2 ketetapan ini, mulai dari tarikh apabila Malaysia telah mematuhi kehendak yang berikut:
(a)
Menjadi anggota Kumpulan Wang Antarabangsa;
(b)
Membuat pembayaran yang dikehendaki oleh perenggan 4 ketetapan ini;
(c)
Memberikan representasi, dan apa-apa maklumat sebagaimana yang telah diminta, menurut perenggan 5 ketetapan ini;
(d)
Menyimpan dengan Kerajaan Amerika Syarikat surat cara yang menyatakan bahawa ia telah menerima mengikut undang-undangnya
Perkara-Perkara dan segala terma dan syarat yang ditetapkan dalam ketetapan ini, dan bahawa ia telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkannya menjalankan segala obligasinya di bawah
Perkara-Perkara dan ketetapan ini;
(e)
Menandatangani salinan asal Perkara-Perkara yang disimpan di Arkib
Kerajaan Amerika Syarikat.
7. Had ke atas Tempoh bagi Penerimaan Keanggotaan: Malaysia boleh menerima keanggotaan dalam Bank menurut ketetapan ini sehingga 31 Mac 1958;
dengan syarat, bagaimanapun, bahawa, jika hal keadaan luar biasa disifatkan oleh
Pengarah Eksekutif sebagai mewajarkan perlanjutan tempoh Malaysia boleh menerima keanggotaan menurut ketetapan ini, Pengarah Eksekutif boleh melanjutkan tempoh itu.
14
Akta 472
AKTA PERJANJIN BRETTON WOODS 1957
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Ord. 40/1959
Ordinan Perjanjian Bretton Woods
(Pindaan) 1959
28-07-1959
Akta A18
Akta Bank Negara Malaysia (Pindaan)
1969
28-03-1969
P.U. (A) 505/1960
Perintah Perjanjan Bretton Woods 1969 16-12-1969
P.U. (A) 438/1970
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)
No. 60, 1970
03-12-1970
Akta A70
Akta Perjanjian Bretton Woods
(Pindaan) 1971
17-09-1971
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)
1975
29-08-1975
15
Akta 472
AKTA PERJANJIN BRETTON WOODS 1957
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
3
P.U. 332/1958
Akta 160
Akta A996
13-11-1958 29-08-1975 24-07-1997 4
P.U 332/1958
Akta 18
Akta 160
13-11-1958 28-03-1969 29-08-1975
5
Akta 18
28-03-1969
5A
Akta 18
28-03-1969
6
Akta 160 29-08-1975
8
Akta 18 28-03-1969
Common questions
- What is BRETTON WOODS AGREEMENTS ACT 1957?
- *AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957 is Malaysia Act, cited as Act 472 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
- Is BRETTON WOODS AGREEMENTS ACT 1957 still in force?
- Yes — BRETTON WOODS AGREEMENTS ACT 1957 is currently in force.
- When did BRETTON WOODS AGREEMENTS ACT 1957 take effect?
- BRETTON WOODS AGREEMENTS ACT 1957 was first recorded in 1957.
- How many sections does BRETTON WOODS AGREEMENTS ACT 1957 have?
- BRETTON WOODS AGREEMENTS ACT 1957 contains 9 sections.
- Where can I read the official version of BRETTON WOODS AGREEMENTS ACT 1957?
- The official text of BRETTON WOODS AGREEMENTS ACT 1957 is published at lom.agc.gov.my.