/akn/my/act/act/1957/286

AKTA FITNAH 1957

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1957
Sections
23
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA FITNAH 1957 is Malaysia Act, cited as Act 286 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta berhubungan dengan undang-undang libel dan slander dan kepalsuan berniat-jahat yang lain. [Malaysia Barat—1hb Julai 1957.] [Sabah dan Sarawak—6hb Mei 1965.] P.U.179165.

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“mesyuarat awam” ertinya suatu mesyuarat yang diadakan bona fide dan menurut undang-undang bagi maksud yang sah di sisi undang-undang dan bagi memajukan atau membincangkan apa-apa perkara mengenai urusan awam sama ada kemasukan ke mesyuarat itu adalah umum atau terhad;

“penyiaran dengan cara komunikasi radio” ertinya penerbitan bagi penerimaan am dengan cara komunikasi radio dalam erti Akta Telekomunikasi 1950, dan termasuk pancaran serentak melalui talian telekomunikasi mengikut lesen yang diberi bagi maksud itu di bawah Akta Telekomunikasi mengenai perkataan-perkataan yang disiarkan dengan cara komunikasi radio;

“perkataan-perkataan” meliputi gambar, imej visual, isyarat, dan cara-cara lain untuk menyatakan maksud;

“suratkhabar” ertinya apa-apa kertas yang mengandungi berita-berita awam atau pemerhatian ke atasnya atau mengandungi keseluruhannya atau sebahagian besarnya iklan-iklan yang dicetak untuk

AKTA 286

dijual dan disiarkan di Malaysia sama ada secara berkala atau dalam bahagian atau dalam bilangan pada lat tempoh yang tidak melebihi tiga puluh enam hari.

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud undang-undang libel dan slander, penyiaran perkataan-perkataan dengan cara komunikasi radio hendaklah dianggap sebagai penerbitan dalam bentuk tetap.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Perkataan-perkataan yang dituturkan dan diterbitkan yang menuhmah mana-mana wanita atau gadis tiada kesucian atau berzina tidak menghendaki kerugian khas untuk menjadikannya boleh diambil tindakan.

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Dalam sesuatu tindakan kerana slander berkenaan dengan perkataan-perkataan yang dikira menghina plaintif dalam mana-mana jawatan, profesion, pekerjaan, tred atau perniagaan yang dipegang atau dijalankan olehnya pada masa penerbitan, adalah tidak perlu untuk mengatakan atau membuktikan kerugian khas sama ada atau tidak perkataan-perkataan ditutur berkenaan dengan plaintif menjadi rintangan dalam jawatan, profesion, pekerjaan, tred atau perniagaannya.

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika perkataan-perkataan ke atas mana tindakan diasaskan dikira menyebabkan kerugian wang kepada plaintiff dan diterbitkan dalam tulisan atau bentuk tetap yang lain; atau

Suggest a correction

(b)

jika perkataan-perkataan tersebut dikira menyebabkan kerugian wang kepada plaintiff berkenaan dengan mana-mana jawatan, profesion, pekerjaan, tred atau perniagaan yang dipegang atau dijalankan olehnya pada masa penerbitan itu.

FITNAH

Suggest a correction

(2)

Seksyen 3 Akta ini terpakai bagi maksud-maksud seksyen ini sebagaimana ianya terpakai bagi maksud-maksud undang-undang libel dan slander.

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika tawaran itu diterima oleh pihak yang terkilan dan dilaksanakan dengan sewajarnya, tiada apa-apa prosiding kerana libel atau slander boleh diambil atau diteruskan oleh pihak itu terhadap orang yang membuat tawaran itu berkenaan dengan penerbitan yang dipersoalkan (tetapi tanpa menjejas mana-mana kuasa tindakan terhadap manamana orang lain yang bertanggungjawab bersesama bagi penerbitan itu);

Suggest a correction

(b)

jika tawaran itu tidak diterima oleh pihak yang terkilan, maka, kecuali sebagaimana diperuntukkan sebaliknya oleh seksyen ini, ianya hendaklah menjadi pembelaan, dalam mana-mana prosiding olehnya kerana libel atau slander terhadap orang yang membuat tawaran itu berkenaan dengan penerbitan yang dipersoalkan, untuk membuktikan bahawa perkataan-perkataan yang diadukan itu telah diterbitkan oleh defendan atau telah diterbitkan oleh defendan dengan ikhlas berhubungan dengan plaintiff dan bahawa tawaran itu telah dibuat dengan seberapa segera yang praktik selepas defendan menerima notis bahawa perkataan-perkataan itu adalah atau mungkin berupa fitnah terhadap plaintiff, dan masih belum ditarik balik.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran penyelesaian di bawah seksyen ini mestilah dinyatakan dibuat bagi maksud-maksud seksyen ini, dan mestilah disertakan dengan suatu afidavit menyatakan fakta-fakta yang orang yang membuatnya bergantung kepada untuk menunjukkan bahawa perkataan-perkataan yang dipersoalkan itu telah diterbitkan dengan ikhlas olehnya berhubungan dengan pihak yang terkilan itu; dan bagi maksud-maksud pembelaan di bawah seksyen 7 (1) (b) tiada apa-apa keterangan, selain daripada keterangan mengenai fakta-fakta yang dinyatakan dalam afidavit itu, boleh diterima bagi pihak orang itu untuk membuktikan bahawa perkataan-perkataan itu telah diterbitkan sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu tawaran penyelesaian di bawah seksyen ini hendaklah difahamkan bererti suatu tawaran—

(a)

dalam apa-apa hal, untuk menerbit atau turut sama dalam menerbitkan suatu pembetulan yang sesuai akan perkataan-perkataan yang diadukan itu, dan permintaan maaf yang memadai kepada pihak yang terkilan berkenaan dengan perkataan-perkataan itu;

Suggest a correction

(b)

jika salinan-salinan dokumen atau rekod yang mengandungi perkataan-perkataan tersebut telah dibahagikan oleh atau dengan pengetahuan orang yang membuat tawaran itu, untuk mengambil apa-apa langkah yang semunasabahnya praktik bagi pihaknya untuk memberitahu orang-orang yang kepadanya salinan-salinan telah dibahagikan sedemikian bahawa perkataan-perkataan itu adalah dikatakan fitnah terhadap pihak yang terkilan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu tawaran penyelesaian di bawah seksyen ini diterima oleh pihak yang terkilan—

(a)

apa-apa soalan mengenai langkah-langkah yang akan diambil untuk menunaikan tawaran yang diterima sedemikian, jika tidak ada perjanjian antara pihak-pihak itu, hendaklah dirujukkan kepada dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, yang mana keputusannya adalah muktamad;

Suggest a correction

(b)

kuasa Mahkamah untuk membuat perintah mengenai kos dalam prosiding oleh pihak yang terkilan terhadap orang yang membuat tawaran berkenaan dengan penerbitan yang dipersoalkan, atau dalam prosiding berkenaan dengan tawaran di bawah seksyen 7 (4) (a), hendaklah meliputi kuasa untuk memerintahkan orang yang membuat tawaran itu membayar kos atas dasar indemniti kepada pihak yang terkilan dan apa-apa perbelanjaan yang semunasabahnya ditanggung atau akan ditanggung oleh pihak itu berbangkit daripada penerbitan yang dipersoalkan itu.

dan jika tiada prosiding yang tersebut dahulu diambil, Mahkamah Tinggi, atas permohonan yang dibuat oleh pihak yang terkilan itu, boleh membuat apa-apa perintah sedemikian bagi pembayaran apa-apa kos dan perbelanjaan yang tersebut dahulu yang boleh dibuat dalam prosiding sedemikian.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, perkataan-perkataan hendaklah dianggap sebagai diterbitkan oleh seorang (dalam subseksyen itu disebut sebagai penerbit) dengan ikhlas berhubungan dengan seorang lain jika dan hanya jika syarat-syarat berikut dipenuhi, iaitu—

(a)

bahawa penerbit itu tidak berniat untuk menerbitkan perkataan-perkataan itu mengenai dan berkenaan dengan orang lain itu, dan tidak mengetahui hal-keadaan menurut mana yang perkataan-perkataan itu boleh difahamkan sebagai merujuk kepadanya; atau

Suggest a correction

(b)

bahawa perkataan-perkataan itu tidak berupa fitnah pada permukaannya, dan penerbit itu tidak mengetahui hal-keadaan menurut mana perkataan-perkataan itu boleh difahamkan sebagai fitnah terhadap orang lain itu;

dan dalam mana-mana satu hal bahawa penerbit itu bertindak dengan cermat yang munasabah berhubungan dengan penerbit itu; dan apa-apa sebutan dalam subseksyen ini mengenai penerbit hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai mana-mana pengkhidmat atau ejennya yang kena-mengena dengan kandungan penerbit itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Seksyen 7 (1) (b) tidak terpakai berhubungan dengan penerbitan oleh mana-mana orang akan perkataan-perkataan yang dia bukan pengarangnya melainkan jika dia membuktikan bahawa perkataan-perkataan itu ditulis oleh pengarang itu tanpa niat-jahat.

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Dalam sesuatu tindakan kerana libel atau slander berkenaan dengan perkataan-perkataan yang mengandungi dua atau lebih pertuduhan berlainan terhadap plaintiff, suatu pembelaan justifikasi tidak akan gagal dengan sebab hanya bahawa kebenaran tiap-tiap pertuduhan itu tidak dibuktikan jika perkataan-perkataan tidak dibuktikan sebagai benar itu tidak akan pada matannya merosakkan reputasi plaintiff dengan memberi perhatian kepada kebenaran pertuduhan bakinya.

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Dalam sesuatu tindakan kerana libel atau slander berkenaan dengan perkataan-perkataan yang mengandungi sebahagian daripadanya pengataan fakta dan sebahagian daripadanya pernyataan pendapat, suatu pembelaan komen berpatutan tidak akan gagal dengan sebab hanya bahawa kebenaran tiap-tiap pengataan fakta tidak dibuktikan jika pernyataan pendapat itu adalah komen berpatutan dengan memberi perhatian kepada mana-mana daripada fakta-fakta yang dikatakan atau dirujukkan dalam perkataan-perkataan yang diadukan sebagaimana dibuktikan.

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam sesuatu tindakan kerana libel yang terkandung dalam mana-mana suratkhabar, seseorang defendan yang telah membayar wang ke dalam mahkamah di bawah peruntukan-peruntukan manamana undang-undang bertulis berhubungan dengan prosedur civil boleh menyatakan dalam pengurangan ganti rugi, dalam pernyataan bertulis kesnya, bahawa libel tersebut telah dimasukkan ke dalam suratkhabar itu tanpa niat-jahat sebenarnya dan tanpa kecuaian melampau dan bahawa, sebelum dimulakan tindakan itu atau pada peluang terawal selepasnya, dia memasukkan atau menawarkan untuk dimasukkan ke dalam suratkhabar itu suatu permintaan maaf sepenuhnya bagi libel itu, atau, jika suratkhabar di dalam mana libel itu terdapat patut pada biasanya diterbitkan pada lat tempoh melebih satu minggu, telah menawarkan untuk diterbitkan permintaan maaf tersebut dalam mana-mana suratkhabar yang dipilih oleh plaintiff dalam tindakan itu.

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh membenarkan penerbitan apa-apa perkara cercaan, hasutan atau lucah atau apa-apa perkara yang penerbitannya dilarang oleh undang-undang.

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam sesuatu tindakan korana libel berkonaan dengan penerbitan mana-mana laporan atau porkara yang tersebut dalam Bahagian II kopada Jadual Akta ini, peruntukan-peruntukan seksyon ini tidak akan menjadi pembelaan jika ianya dibuktikan bahawa defendan telah diminta oleh plaintif untuk monorbitkan dalam suratkhabar di mana penerbitan asalnya telah dibuat suatu surat atau pernyataan yang munasabah berupa huraian atau sangkalan, dan defendan telah menolak atau mengabai daripada berbuat sedemikian, atau telah berbuat demikian dengan cara yang tidak mencukupi atau tidak munasabah dengan memberi perhatian kepada semua hal-keadaan.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melindungi penerbitan apa-apa perkara cercaan, hasutan atau lucah atau apa-apa perkara yang penerbitannya dihalang oleh undang-undang, atau apa-apa perkara yang bukan urusan awam dan penerbitannya bukan untuk faedah awam.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghadkan atau mengurangkan apa-apa perlindungan yang wujud (melainkan menurut kuasa Enakmen Libel Negeri-Negeri Melayu Bersekutudan Ordinan Libel Negeri-Negeri Selat yang dimansuhkan oleh Akta ini) sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seksyen 10 (2) hendaklah mempunyai kesan berhubungan dengan penyiaran sedemikian seolaholah bagi perkataan-perkataan "untuk dimasukkan ke dalam suratkhabar itu" digantikan dengan perkataan-perkataan "untuk diterbitkan dengan cara yang sama" dan seksyen 12 (2) hendaklah mempunyai kesan kepada mana-mana penyiaran itu, seolah-olah perkataan-perkataan "dalam suratkhabar di mana" digantikan dengan perkataan-perkataan "dengan cara di mana".

Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini "stesen penyiaran" ertinya mana-mana stesen komunikasi radio berkenaan dengan suatu lesen yang diberi di bawah Akta Telekomunikasi 1950, yang adalah lesen yang (dengan apa jua bentuk perkataan) membenarkan penggunaan stesen itu bagi maksud mengadakan perkhidmatan penyiaran untuk penerimaan am.

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu pernyataan fitnah yang diterbitkan oleh atau bagi pihak seorang calon dalam mana-mana pilihanraya kepada pihak berkuasa tempatan atau kepada Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan atau badan lain yang dipilih atau badan yang separa dipilih tidak boleh disifatkan sebagai diterbitkan dalam keadaan terlindung atas alasan bahawa ianya adalah material kepada soalan dalam isu di pilihanraya itu, sama ada atau tidak yang menerbitkannya adalah layak untuk mengundi di pilihanraya itu.

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu perjanjian untuk mengindemniti manamana orang terhadap liabiliti sivil kerana libel berkenaan dengan penerbitan mana-mana perkara adalah tidak menyalahi undang-undang kecuali jika pada masa penerbitan orang itu mengetahui bahawa perkara itu adalah fitnah, dan tidak semunasabahnya mempercayai bahawa ada pembelaan yang baik kepada mana-mana tindakan yang dibawa ke atasnya.

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Dalam mana-mana tindakan kerana libel atau slander, defendan boleh memberi keterangan untuk mengurangkan ganti rugi bahawa plaintiff telah mendapat ganti rugi atau telah membawa tindakan bagi mendapatkan ganti rugi, kerana libel atau slander berkenaan dengan penerbitan perkataan-perkataan yang bermaksud sama dengan perkataan-perkataan yang tindakan itu berasaskan, atau telah menerima atau bersetuju menerima pampasan berkenaan dengan mana-mana penerbitan sedemikian.

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Selepas mana-mana perintah sedemikian telah dibuat dan sebelum perbicaraan tindakan-tindakan tersebut, defendan-defendan dalam mana-mana tindakan baharu yang dimulakan berkenaan dengan libel yang sama atau secara substansialnya adalah sama hendaklah juga berhak supaya dicantumkan dalam satu tindakan bersama atas permohonan bercantum oleh defendan-defendan baharu tersebut dan defendan-defendan dalam tindakan yang telah pun disatukan itu.

Suggest a correction

(3)

Mahkamah atau Hakim, dalam hal libel yang sama atau secara substansialnya adalah sama yang diterbitkan serentak dalam beberapa suratkhabar atau yang disalinkan sejurus selepas penerbitan boleh memberi notis kepada plaintiff dalam mana-mana tindakan atau tindakan-tindakan yang berbangkit daripada libel tersebut bahawa suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis itu akan dibenarkan bagi penzahiran mana-mana penerbitan selanjutnya mengenai libel itu supaya keseluruhan tindakan yang berbangkit daripada libel itu boleh dibicarakan bersama, dan selepas habis tempoh sedemikian, tiada apa-apa tindakan selanjutnya boleh dimulakan berkenaan dengan penerbitan libel itu kecuali bagi mendapatkan ganti rugi khas.

Suggest a correction

(4)

Dalam sesuatu tindakan yang disatukan di bawah seksyen ini, keseluruhan amaun ganti rugi (jika ada) hendaklah ditaksirkan dalam satu jumlah tetapi suatu penghakiman berasingan hendaklah diberi berkenaan dengan tiap-tiap defendan dengan cara yang sama seolah-olah tindakan-tindakan yang disatukan itu telah dibicarakan berasingan.

Suggest a correction

(5)

Amaun ganti rugi yang ditaksirkan sedemikian sebagaimana tersebut dahulu hendaklah diumpukkan di antara kalangan defendan-defendan yang terhadapnya penghakiman telah diberi dan jika kos diberi kepada plaintiff, mahkamah boleh membuat apaapa perintah yang didapatinya saksama mengumpukkan kos di kalangan defendan-defendan yang terakhir disebut.

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Apabila dalam sesuatu tindakan kerana libel plaintiff mendakwa lebih daripada seorang defendan, sama ada bersesama, berasingan atau dalam alternatif, dan keterangan diberi mengenai niat-jahat seorang defendan atau mengenai apa-apa perkara lain yang memburukkan yang tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap mana-mana defendan lain jika dia didakwa berseorangan, defendan lain itu boleh memohon kepada mahkamah supaya ganti rugi terhadap dirinya sendiri dan defendan bersamanya ditaksirkan berasingan, dan jika permohonan sedemikian dibuat, mahkamah hendaklah mentaksir ganti rugi berasingan terhadap tiap-tiap seorang defendan dan tiada seorang pun defendan boleh bertanggungan atau tiada apa-apa pelaksanaan boleh dikeluarkan terhadapnya bagi ganti rugi yang selanjutnya atau ganti rugi lain selain daripada yang akan ditaksirkan terhadapnya.

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Apabila dalam mana-mana tindakan kerana libel plaintiff mendakwa lebih daripada seorang defendan, sama ada bersesama, berasingan atau dalam alternatif, tiap-tiap defendan boleh memfail satu pernyataan berasingan mengenai kesnya dan hadir di perbicaraan melalui peguam yang berasingan atau jika difikirkannya patut, meminta maaf atau membayar wang ke dalam mahkamah atau membuat penyelesaian lain, walau apa pun pembelaan yang diediakan oleh defendan bersamanya, dan plaintiff boleh menerima permintaan maaf, wang, atau penyelesaian lain itu dan menyelesai atau mengkompromi guaman itu dan memberhentikan tindakan itu di antara dia dan seorang defendan atau lebih tanpa merujuk kepada defendan-defendan lain: dengan syarat sentiasanya bahawa hak dan kepentingan defendan atau defendan-defendan lain tidak akan terjejas dengan apa jua cara.

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 17, 18 dan 19 Akta ini adalah terpakai bagi tindakan kerana slander dan kepada slander titel, slander barang-barang dan lain-lain kepalsuan berniat-jahat sebagaimana ianya terpakai bagi tindakan kerana libel dan sebutan dalam mana-mana seksyen sedemikian mengenai libel yang sama atau libel secara substansialnya adalah sama hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Peruntukan peralihan dan kecualian.

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa pun dalam Akta ini akan menyentuh peruntukan-peruntukan dalam Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain

FITNAH berhubungan dengan kesalahan-kesalahan jenayah atau terpakai bagi apa-apa pendakwaan bagi manamana kesalahan jenayah.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

(Seksyen 12 (1))

BAHAGIAN I

1. Suatu iaporan yang berpatutan dan tepat mengenai prosiding—

(a)

badan perundangan mana-mana bahagian Komanwel selain daripada di Malaysia;

(b)

organisasi antarabangsa di mana Malaysia atau Kerajaannya adalah menjadi anggota;

(c)

persidangan antarabangsa di mana Kerajaan menghantar seorang wakil;

(d)

di hadapan mana-mana mahkamah yang menjalankan bidang kuasa ke seluruh mana-mana bahagian Komanwel (sebagaimana ditakrifkan dalam Perlembagaan) di luar Malaysia atau mahkamah tentera yang diadakan di luar Malaysia di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia atau di bawah mana-mana Akta Parlimen United Kingdom: dan

(e)

suatu badan atau orang yang dilantik untuk mengadakan suatu siasatan awam oleh Kerajaan Malaysia atau manamana Negeri di dalamnya atau oleh badan perundangan mana-mana bahagian Komanwel di luar Malaysia.

2. Sesuatu salinan yang berpatutan dan tepat mengenai atau petikan daripada mana-mana daftar yang disimpan menurut mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia yang terbuka untuk pemeriksaan oleh orang awam atau yang orang awam adalah berhak untuk mencari atau mengenai mana-mana dokumen lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang tersebut untuk dibuka bagi pemeriksaan oleh orang awam atau yang baginya orang awam adalah berhak mendapat salinan atas pembayaran fee.

3. Sesuatu notis, iklan atau laporan yang dikeluarkan atau diterbitkan oleh atau atas kebenaran mana-mana mahkamah dalam Malaysia atau mana-mana Hakim atau pegawai mahkamah tersebut atau oleh mana-mana pegawai awam atau penerima atau pemegang amanah yang bertindak mengikut kehendak-kehendak mana-mana undang-undang bertulis.

BAHAGIAN II

(Seksyen 12 (2))

1. Suatu laporan yang berpatutan dan tepat mengenai dapatan atau keputusan mana-mana persatuan yang ditubuhkan di Malaysia bagi maksud—

PERNYATAAN YANG TERLINDUNG TERTAKLUK KEPADA HURAIAN ATAU SANGKALAN

(i)

memajukan atau menggalakkan penjalanan atau apa-apa kepentingan dalam mana-mana seni, sains, agama atau pembelajaran; atau

(ii)

memajukan atau melindungkan kepentingan mana-mana tred, perniagaan, industri atau profesion atau orang yang menjalankan atau diguna-khidmat dalam tred, perniagaan, industri atau profesion itu atau kepentingan mana-mana permainan, sukan atau kegiatan masa luang yang orang awam dijemput atau diterimamasuk untuk bermain atau menjalankannya:

Dengan syarat bahawa dapatan atau keputusan itu berhubungan dengan orang yang menjadi anggota persatuan sedemikian atau tertakluk kepada kawasan persatuan itu menurut mana-mana kontrak dan persatuan tersebut diberi kuasa oleh perlembagaannya untuk menjalankan pengawalan ke atas atau untuk memberi keputusan ke atas perkara-perkara yang baginya dapatan atau keputusan itu berkaitan.

2. Suatu laporan yang berpatutan dan tepat mengenai prosiding apa-apa mesyuarat awam yang diadakan di Malaysia.

3. Suatu laporan yang berpatutan dan tepat mengenai prosiding di mana-mana mesyuarat atau persidangan di mana-mana bahagian Malaysia mengenai—

(a)

mana-mana pihak berkuasa tempatan atau jawatankuasanya; atau

(b)

mana-mana Suruhanjaya, tribunal, jawatankuasa atau orang yang dilantik bagi maksud apa-apa siasatan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh Yang di-Pertuan Agong, atau oleh Raja, atau Yang di-Pertua Negeri mana-mana Negeri, atau oleh mana-mana pegawai awam mana-mana Kerajaan di Malaysia; atau

(c)

mana-mana tribunal, lembaga, Suruhanjaya, jawatankuasa atau badan lain sama ada diperbadankan atau tidak ditubuhkan dan menjalankan fungsi oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang

FITNAH berkuatkuasa di mana-mana bahagian Malaysia atau Republik Singapura atau di bawah mana-mana waran lain yang sah di sisi undang-undang atau mana-mana kuasa bagi maksud-maksud awam:

Dengan syarat bahawa mesyuarat atau persidangan itu tidak akan menahan kemasukan wakil-wakil suratkhabar atau anggota awam yang lain.

4. Suatu laporan yang berpatutan dan tepat mengenai prosiding di mesyuarat agung di mana jua diadakan mengenai mana-mana syarikat berhad atau perbadanan di mana jua didaftarkan yang perniagaannya adalah dengan secara terusnya berkenaan dengan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana syarikat yang ditubuhkan, didaftarkan atau diperbadankan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia yang bukannya syarikat persendirian dalam erti Akta Syarikat 1965.

5. Suatu salinan atau laporan yang berpatutan dan tepat atau ringkasan apa-apa notis atau perkara lain yang dikeluarkan bagi maklumat orang awam oleh atau bagi pihak mana-mana Kerajaan di Malaysia atau oleh mana-mana pegawai awam atau pihak berkuasa tempatan.

20

Akta 286

AKTA FITNAH 1957

(Disemak—1983)

Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuatkuasa dari

P.U.179/65 ... Perintah Ubahsuaian Undang-Undang (Fitnah) (Ubahsuaian dan Perluasan ke Negeri-negeri Borneo dan Singapura) 1965 6-5-1965

Ord. 18/59 ... Ordinan Negeri Singapura 1959 3-6-1959

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI

No.

Tajuk

Ord. P.T.M. No.20

Tahun 1957

Ordinan Fitnah 1957.

Common questions

What is DEFAMATION ACT 1957?
AKTA FITNAH 1957 is Malaysia Act, cited as Act 286 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Is DEFAMATION ACT 1957 still in force?
Yes — DEFAMATION ACT 1957 is currently in force.
When did DEFAMATION ACT 1957 take effect?
DEFAMATION ACT 1957 was first recorded in 1957.
How many sections does DEFAMATION ACT 1957 have?
DEFAMATION ACT 1957 contains 22 sections.
Where can I read the official version of DEFAMATION ACT 1957?
The official text of DEFAMATION ACT 1957 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA FITNAH 1957 (No. 286) | mylaw.my