Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan am
/akn/my/act/amendment_act/2024/A1711
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PINDAAN) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1711 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan am
Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam teks bahasa
Inggeris, dengan menggantikan perkataan “money-changing business” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“currency exchange business”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1711
AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG
(PINDAAN) 2024
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1711
Pindaan seksyen 1
Subseksyen 1(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “mana-mana peniaga yang diberi kuasa” dengan perkataan
“suatu bank berlesen”.
Pindaan seksyen 2
dengan menggantikan takrif “bank berlesen” dengan takrif yang berikut:
‘ “bank berlesen” ertinya—
suatu bank Islam berlesen di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759];’;
dengan memasukkan selepas takrif “mata wang asing”
takrif yang berikut:
‘ “memudahkan pemindahan dana” termasuklah mana-mana satu atau lebih daripada perbuatan yang berikut:
membenarkan suatu akaun digunakan untuk pemindahan atau penerimaan dana; atau
Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan)
melibatkan diri dalam apa-apa bentuk aktiviti penyelesaian, termasuk penyelesaian bersih, tolakan dan penyerahakan hutang, berikutan daripada pemindahan dana;’;
dalam takrif “pemegangan syer substansial” dan “pemegang syer substantial” dengan menggantikan perkataan
“seksyen 69d Akta Syarikat 1965 [Akta 125]” dengan perkataan “seksyen 136 Akta Syarikat 2016 [Akta 777]”;
dalam takrif “pengarah”, dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “seksyen 4 Akta Syarikat 1965”
dengan perkataan “seksyen 3 Akta Syarikat 2016”;
dalam takrif “perniagaan mata wang borong”, dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“seseorang peniaga yang diberi kuasa” dengan perkataan
“suatu bank berlesen”;
dengan menggantikan takrif “perniagaan pengiriman wang”
dengan takrif yang berikut:
‘ “perniagaan pengiriman wang” ertinya—
perniagaan memudahkan pemindahan dana, sama ada dalam apa-apa bentuk atau melalui apa-apa cara atau sama ada terdapat apa-apa perpindahan dana atau tidak, bagi pihak seseorang pengirim asal di dalam atau di luar Malaysia kepada seseorang benefisiari di dalam atau di luar Malaysia, dan pengirim asal dan benefisiari itu boleh orang yang sama, tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan, aktiviti, sistem atau perkiraan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;’; dan
dalam takrif “syarikat”, dengan menggantikan perkataan
“seksyen 4 Akta Syarikat 1965” dengan perkataan
“subseksyen 2(1) Akta Syarikat 2016”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1711
Pindaan seksyen 4
Subseksyen 4(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “apabila disabitkan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima juta ringgit.”.
Pindaan seksyen 12
Subseksyen 12(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) pemegang lesen itu, ketua pegawai eksekutifnya, atau mana-mana pemegang syernya, pengawalnya, pengarahnya, atau pengurusnya, telah disabitkan atas—
suatu kesalahan di bawah Akta Bank Negara
Malaysia 2009, Akta Bank dan Institusi-Institusi
Kewangan 1989 [Akta 372], Akta Bank Islam 1983
[Akta 276], Akta Insurans 1996 [Akta 553],
Akta Takaful 1984 [Akta 312], Akta Kawalan
Pertukaran 1953 [Akta 17], Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627], Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002 [Akta 618], Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013, Akta Mata Wang 2020 [Akta 827]
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbirkan oleh Bank;
apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, rasuah atau kesalahan lain yang seumpamanya;”.
Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan)
7
Pindaan seksyen 23
Subseksyen 23(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “, sesuatu persatuan pekerja pemegang lesen bagi perniagaan perkhidmatan wang dan seseorang peniaga yang diberi kuasa” dengan perkataan “dan sesuatu persatuan pekerja pemegang lesen bagi perniagaan perkhidmatan wang”.
Pindaan seksyen 66
Subseksyen 66(6) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “oleh” dengan perkataan “kepada”.
Seksyen baharu 66a
seksyen yang berikut:
“Pelucuthakan apabila ada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan 66a. (1) Semua harta yang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa harta yang disita di bawah Akta ini boleh dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan bagi sesuatu kesalahan telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan harta itu boleh dibuat jika—
dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa harta itu adalah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu.
Mahkamah yang membuat perintah di bawah subseksyen (2) boleh—
mengarahkan sama ada perintah itu berkuat kuasa dengan serta-merta atau pada mana-mana tarikh yang akan datang;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1711
mengarahkan sama ada pelucuthakan harta itu adalah secara keseluruhan atau sebahagian;
mengarahkan cara yang melaluinya harta yang dilucuthakkan itu hendaklah dilupuskan atau diuruskan;
dan
memasukkan dalam perintah itu semua arahan lain yang perlu dan syarat-syarat yang mahkamah fikirkan patut.
Semua harta yang dilucuthakkan di bawah seksyen ini hendaklah terletak hak pada Kerajaan Malaysia.”.
Pindaan seksyen 86
Seksyen 86 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Bagi maksud perenggan (1)(c)—
“komplot jenayah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 120a
Kanun Keseksaan; dan
“subahat” mempunyai erti yang sama diberikan kepadanya dalam seksyen 107 Kanun Keseksaan.
MISALAN
A, seorang majikan, yang mengetahui bahawa B bukan seorang pemegang lesen di bawah Akta ini menjemput B untuk memberikan perkhidmatan perniagaan pengiriman wang kepada pekerja-pekerja A. A bersubahat melakukan suatu kesalahan yang dilakukan oleh B untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang tanpa lesen di bawah Akta ini.
A, seorang pembekal sistem pengiriman wang, yang mengetahui bahawa B bukan seorang pemegang lesen di bawah Akta ini, terus membekalkan kepada B sistem atau aplikasi yang menyokong aktiviti perniagaan pengiriman wang B. A bersubahat melakukan suatu kesalahan yang dilakukan oleh B untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang tanpa lesen di bawah Akta ini.
Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan)
A, seorang tuan tanah, yang mengetahui bahawa B bukan seorang pemegang lesen di bawah Akta ini, terus menyewakan premis kepada B walaupun A telah dimaklumkan oleh Bank bahawa B menjalankan perniagaan pengurupan wang tanpa lesen. A bersubahat melakukan suatu kesalahan yang dilakukan oleh B untuk menjalankan perniagaan pengurupan wang tanpa lesen di bawah Akta ini.”.
Seksyen baharu 89a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 89
seksyen yang berikut:
“Kebolehterimaan keterangan 89a. Walau apa pun yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa dokumen, komputer atau keterangan lain yang didapatkan oleh Bank, pemeriksa atau pegawai penyiasat menurut Akta ini yang relevan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini hendaklah diterima dalam prosiding itu.”.
Penggantian seksyen 92
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 92 dengan seksyen yang berikut:
“Akta hendaklah dibaca bersama dengan Penggal 2
Bahagian XIV
Penggal 2
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara peruntukan Akta ini dengan Penggal 2 Bahagian XIV
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2
Bahagian XV
Penggal 2
Kewangan Islam 2013 hendaklah dipakai.”.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1711
Pindaan Jadual
Jadual kepada Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perenggan 18 dengan perenggan yang berikut:
“18. perenggan 30(10)(b);”.
Kecualian
Apa-apa sebutan mengenai “money-changing business”
dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau dalam mana-mana lesen yang diberikan atau dokumen atau instrumen lain yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “currency exchange business”.