Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 10
/akn/my/act/amendment_act/2024/A1728
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PINDAAN) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1728 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 10
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743], yang disebut
dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (e); dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1728
AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD
(PINDAAN) 2024
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1728
dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:
“(ea) pemunyaan benefisial sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 20c(1);
(eb) jumlah modal sumbangan oleh setiap pekongsi;
dan”.
Pindaan seksyen 19
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 10(2)—
dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:
“(ga) daftar pemunya benefisial; dan”.
Bahagian baharu IIIa
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 20
bahagian yang berikut:
“Bahagian IIIa
PEMUNYAAN BENEFISIAL
Pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad 20a. (1) Seseorang ialah pemunya benefisial bagi suatu perkongsian liabiliti terhad jika orang itu ialah orang sebenar yang mempunyai milikan mutlak atau yang mempunyai kawalan mutlak ke atas suatu perkongsian liabiliti terhad dan termasuk seseorang yang mempunyai kawalan berkesan mutlak ke atas sesuatu perkongsian liabiliti terhad.
Pendaftar boleh mengeluarkan garis panduan bagi maksud mengenal pasti pemunya benefisial bagi suatu perkongsian liabiliti terhad.
Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)
5
Daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad 20b. (1) Tiap-tiap perkongsian liabiliti terhad hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu dan merekodkan dalam daftar itu—
nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu;
tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu;
tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu; dan
Daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad hendaklah disimpan di pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad itu atau mana-mana tempat lain di Malaysia sebagaimana yang diberitahu kepada Pendaftar.
Perkongsian liabiliti terhad hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad.
Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)
hendaklah diserah simpan dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu.
Perkongsian liabiliti terhad hendaklah memegang simpan maklumat seseorang yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu selama tujuh tahun dari tarikh orang itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1728
Perkongsian liabiliti terhad dan tiap-tiap pekongsi dan pegawai pematuhan yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pendaftar hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserah simpan di bawah subseksyen (3).
Daftar pemunya benefisial suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah
Akta ini.
Menteri boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad yang disimpan di pejabat berdaftar sesuatu perkongsian liabiliti terhad atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan Pendaftar, menetapkan—
mana-mana orang atau golongan orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad atau maklumat pemunyaan benefisial;
cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad atau maklumat pemunyaan benefisial; dan
Dalam seksyen ini, “pengenalan” ertinya, dalam hal mana-mana orang yang dikeluarkan dengan kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959
[Akta 78], nombor kad pengenalan itu, dan dalam hal seseorang itu tidak dikeluarkan dengan kad pengenalan, butir-butir pasport atau keterangan pengenalan lain yang seumpama sebagaimana yang ada.
Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)
7
Kuasa perkongsian liabiliti terhad untuk menghendaki penzahiran pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad 20c. (1) Suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana pekongsi perkongsian liabiliti terhad dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk memaklumkan perkongsian liabiliti terhad sama ada pekongsi itu merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu atau jika pekongsi itu bukan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 20b(1).
Jika suatu perkongsian liabiliti terhad mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk menyatakan sama ada orang itu merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu atau jika orang itu bukan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu, untuk menyatakan sama ada orang itu mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu dan untuk memberikan apa-apa butir mengenai orang lain itu yang dalam pengetahuannya; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 20b(1).
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1728
Jika suatu perkongsian liabiliti terhad mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pekongsi atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah melalui notis secara bertulis menghendaki pekongsi atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk menyatakan sama ada orang itu mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu dan memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang lain itu yang dalam pengetahuannya; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 20b(1).
Apabila suatu perkongsian liabiliti terhad menerima maklumat daripada seseorang yang kepadanya notis diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu—
Jika suatu perkongsian liabiliti terhad mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu—
untuk mengesahkan sama ada perubahan itu telah berlaku atau tidak; dan
Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)
untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan
Jika suatu perkongsian liabiliti terhad mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad mungkin tidak betul, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak betul, untuk memberikan butir-butir yang betul.
Perkongsian liabiliti terhad dan tiap-tiap pekongsi dan pegawai pematuhan yang melanggar subseksyen (1), (2), (3),
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana notis di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan melainkan jika orang itu membuktikan bahawa maklumat yang diperkatakan itu telah berada dalam milikan perkongsian liabiliti terhad itu atau bahawa kehendak untuk memberikan maklumat itu adalah atas apa-apa sebab lain yang remeh atau menyusahkan.
Mana-mana orang yang berupa mematuhi mana-mana notis di bawah seksyen ini membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan palsu melakukan suatu kesalahan.
Kewajipan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad untuk memberikan maklumat 20d. (1) Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan—
memberitahu perkongsian liabiliti terhad itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu; dan
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1728
Seseorang yang merupakan pemunya benefisial suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah memberitahu perkongsian liabiliti terhad itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu.
Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah memberitahu perkongsian liabiliti terhad itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Pengecualian daripada Bahagian ini 20e. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, mengecualikan apa-apa kelas perkongsian liabiliti terhad daripada pemakaian Bahagian ini sama ada tidak bersyarat atau tertakluk kepada apa-apa terma yang boleh dikenakan oleh Menteri, jika perkongsian liabiliti terhad itu tertakluk kepada apa-apa kehendak di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang serupa dengan Bahagian ini.”.
Pindaan seksyen 27
Perenggan 27(7)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 17, 19 dan 20” dengan perkataan
“seksyen 17, 19, 20, 20c dan 20d”.
Pindaan Bahagian VII
Tajuk di Bahagian VII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum perkataan “PENGGULUNGAN” perkataan “PERKIRAAN
SUKARELA KORPORAT, PENGURUSAN KEHAKIMAN,”.
Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)
11
Seksyen baharu 49a dan 49b
seksyen yang berikut:
“Perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman 49a. (1) Kecuali seksyen 395 dan 403 dan perenggan 1
Jadual Kelapan, peruntukan Penggal 8 Bahagian III (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) Akta Syarikat 2016 dan Kaedah-Kaedah Syarikat
(Mekanisme Penyelamat Korporat) 2018 [P.U. (A) 64/2018]
hendaklah terpakai bagi perkiraan sukarela dan pengurusan kehakiman perkongsian liabiliti terhad tertakluk kepada apa-apa ubah suaian dan penyesuaian yang perlu, dan khususnya ubah suaian yang berikut:
sebutan mengenai “syarikat” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai perkongsian liabiliti terhad;
sebutan mengenai “perlembagaan” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai perjanjian perkongsian;
sebutan mengenai “pengarah” atau “anggota” sesuatu syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad;
sebutan mengenai “ketetapan” sesuatu syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai penentuan atau keputusan perkongsian liabiliti terhad; dan
sebutan mengenai “syer” mana-mana anggota syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai kepentingan mana-mana pekongsi perkongsian liabiliti terhad.
Apabila suatu mesyuarat perkongsian liabiliti terhad dipanggil lanjutan daripada pemakaian seksyen 399
Akta Syarikat 2016 bagi perkiraan sukarela perkongsian liabiliti terhad, mesyuarat itu hendaklah dilaksanakan—
mengikut perjanjian perkongsian; dan
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1728
dalam ketiadaan apa-apa peruntukan yang berhubungan dengan pengundian suatu keputusan dalam perjanjian perkongsian, mengikut perenggan 8 Jadual Kedua kepada Akta.
Perlindungan barangan dan perkhidmatan perlu 49b. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), suatu klausa yang berkaitan dengan insolvensi dalam mana-mana kontrak bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu tidak boleh dilaksanakan terhadap mana-mana perkongsian liabiliti terhad.
Seseorang pembekal yang berhasrat untuk menjalankan haknya menurut klausa yang berkaitan dengan insolvensi dalam suatu kontrak hendaklah memaklumkan niatnya untuk memelihara haknya di bawah klausa yang berkaitan dengan insolvensi itu kepada perkongsian liabiliti terhad secara bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum menjalankan haknya menurut klausa yang berkaitan dengan insolvensi mengikut kontrak itu.
Seksyen ini tidak menghalang pembekal daripada menjalankan haknya yang lain, termasuk hak untuk menerima bayaran bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang diberikan kepada suatu perkongsian liabiliti terhad, di bawah kontrak bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu itu.
Bagi maksud seksyen ini—
“klausa yang berkaitan dengan insolvensi” ertinya suatu terma kontrak yang—
membenarkan penamatan automatik suatu kontrak barangan dan perkhidmatan perlu atau pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu, ubah suaian hak antara pembekal dan perkongsian liabiliti terhad di bawah kontrak semata-mata kerana perkongsian liabiliti terhad itu menjadi tertakluk kepada prosiding berhubung dengan perkiraan sukarela atau pengurusan kehakiman; atau
Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)
13
membenarkan pembekal untuk menamatkan kontrak barangan dan perkhidmatan perlu atau pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu, menguatkuasakan apa-apa hak atau mengubah mana-mana obligasi di bawah suatu kontrak semata-mata kerana perkongsian liabiliti terhad itu menjadi tertakluk kepada prosiding berhubung dengan perkiraan sukarela atau pengurusan kehakiman;
“barangan dan perkhidmatan perlu” ertinya barangan dan perkhidmatan perlu yang dinyatakan dalam
Jadual Keempat.”.
Seksyen baharu 70a
8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 70
seksyen yang berikut:
“Masa bagi pematuhan kehendak di bawah Akta 70a. Jika apa-apa tindakan atau dokumen dikehendaki dalam mematuhi Akta ini dan tempoh bagi pematuhan tidak ditetapkan, masa untuk mematuhi hendaklah dalam masa tiga puluh hari dari tindakan atau dokumen itu dikehendaki supaya dipatuhi.”.
Penggantian seksyen 76
9. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 76 dengan seksyen yang berikut:
“Penyampaian dokumen kepada perkongsian liabiliti terhad
76. Suatu dokumen boleh disampaikan kepada perkongsian liabiliti terhad—
melalui pos atau pos berdaftar ke pejabat berdaftar yang terakhir diketahui atau tempat utama perniagaan berdaftarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1728
secara elektronik ke alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad.”.
Seksyen baharu 76a
10. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 76
seksyen yang berikut:
“Penyiaran atau iklan dalam laman sesawang 76a. Jika apa-apa maklumat dikehendaki untuk disiarkan atau diiklankan dalam suatu surat khabar di bawah Akta ini, mana-mana orang boleh, sebagai ganti kepada penyiaran atau pengiklanan maklumat itu dalam surat khabar, menyiarkan atau mengiklankan maklumat itu dalam laman sesawang Suruhanjaya dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar selepas pembayaran fi yang ditetapkan.”.
Pindaan seksyen 91
11. Subseksyen 91(1) Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) mana-mana orang atau golongan orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial atau maklumat pemunyaan benefisial, cara dan terma dan syarat untuk mengakses daftar itu;”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) apa-apa perkara yang berhubungan dengan suatu perkiraan sukarela korporat, pengurusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan;”.
Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)
15
Jadual baharu
12. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketiga jadual yang berikut:
“Jadual Keempat
[Subseksyen 49b(4)]
JENIS BARANGAN DAN PERKHIDMATAN PERLU
1. Bekalan air
2. Bekalan elektrik
3. Bekalan gas
4. Terminal pusat jualan
5. Perisian dan perkakasan komputer
6. Maklumat, nasihat dan bantuan teknikal yang berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat
7. Pemprosesan dan penyimpanan data
8. Penganjur laman sesawang”.
Kecualian
13. Apa-apa penyiasatan, perbicaraan, prosiding atau tindakan yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.