Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 99
/akn/my/act/amendment_act/2015/A1498
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2015 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1498 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 99
Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 99(1) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca) yang boleh dikemukakan oleh pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771];”.
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1498
Peruntukan kecualian dan peralihan
Apa-apa tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang boleh dikemukakan di bawah seksyen 97 Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, diuruskan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan
Malaysia 2015.
Apa-apa hak, obligasi, liabiliti, penalti atau award yang diperoleh, dikenakan, terakru, ditanggung atau dibuat di bawah Akta ibu berhubung dengan suatu tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah seksyen 99
Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.