Jadual Pertama.
Kuasa untuk mengambil tindakan 20e. (1) Seseorang melakukan pelanggaran jika—
(a) dia tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama;
(b) dia tidak mematuhi atau melaksanakan apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20c; atau
(c) dia tidak mematuhi atau melaksanakan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah seksyen 20c.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
11
(2) Jika seseorang itu telah melakukan suatu pelanggaran dan Suruhanjaya atau Pendaftar berpuas hati bahawa adalah sesuai dalam semua hal keadaan untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Suruhanjaya atau Pendaftar boleh mengambil mana-mana satu atau lebih tindakan yang berikut:
(a) mengarahkan orang itu untuk mematuhi atau melaksanakan peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, garis panduan, nota amalan, notis, pekeliling, syarat atau sekatan itu;
(b) mengenakan penalti pentadbiran, yang sepadan dengan seriusnya atau beratnya pelanggaran itu, tetapi dalam apa jua keadaan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit;
(c) mencela orang itu; atau
(d) mengarahkan orang itu untuk mengambil langkah yang perlu untuk meremedi pelanggaran itu atau mengurangkan kesan pelanggaran itu, termasuklah membuat restitusi kepada mana-mana orang yang terkilan oleh pelanggaran itu.
(3) Suruhanjaya atau Pendaftar hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada orang yang telah melakukan pelanggaran tentang niatnya untuk mengambil tindakan di bawah subseksyen (2) dan hendaklah memberi orang itu peluang untuk didengari.
(4) Jika orang itu tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah perenggan (2)(a)
dan (d), Suruhanjaya atau Pendaftar boleh memohon kepada
Mahkamah bagi satu atau lebih perintah yang berikut:
(a) suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh Pendaftar;
(b) suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk membayar apa-apa kos yang ditanggung oleh
Pendaftar atau mana-mana orang lain disebabkan oleh ketidakpatuhan arahan yang diberikan oleh Pendaftar, yang timbul daripada ketidakpatuhan arahan itu; atau
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1478
(c) apa-apa perintah lain yang difikirkan sesuai oleh
Mahkamah.
(5) Jika seseorang tidak membayar penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah perenggan (2)(b), penalti pentadbiran yang dikenakan oleh
Suruhanjaya atau Pendaftar itu boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6) Bagi maksud perenggan (2)(d), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi kena dibuat oleh orang itu,
Suruhanjaya atau Pendaftar hendaklah memberikan perhatian kepada—
(a) keuntungan yang telah terakru kepada orang itu; atau
(b) sama ada satu atau lebih orang telah mengalami kerugian atau selainnya terjejas akibat daripada pelanggaran itu.
(7) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan perjalanan mana-mana seksyen yang mengenakan hukuman ke atas mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kegagalan di bawah subseksyen (1), mahupun apa-apa kuasa yang
Suruhanjaya, Pendaftar, mana-mana orang lain atau Mahkamah ada di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Bahagian IIIc
PELESENAN
Kuasa untuk memberikan dan membaharui lesen 20f. Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan dan membaharui lesen bagi apa-apa perkara yang perlu dilesenkan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
13
Permohonan bagi pemberian dan pembaharuan lesen 20g. (1) Permohonan bagi pemberian atau pembaharuan lesen hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya—
(a) dalam bentuk dan cara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya; dan
(b) dalam hal pembaharuan lesen, dibuat tidak lewat daripada tiga puluh hari, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, sebelum habis tempoh lesen itu.
(2) Suruhanjaya boleh menghendaki pemohon untuk mengemukakan maklumat atau dokumen yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.
(3) Permohonan bagi pemberian atau pembaharuan lesen hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan yang hendaklah dibayar mengikut cara yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
(4) Suruhanjaya boleh memberikan atau membaharui lesen itu jika Suruhanjaya berpendapat bahawa pemohon ialah seorang yang layak dan sesuai untuk memegang lesen itu, selepas mempertimbangkan yang berikut:
(a) peribadi, kelayakan dan pengalaman pemohon;
(b) kepentingan awam; dan
(c) sama ada pemohon sebelum ini telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(5) Tiap-tiap lesen yang diberikan atau diperbaharui di bawah seksyen ini adalah sah bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pengeluaran atau pembaharuan lesen itu melainkan jika—
(a) dinyatakan selainnya oleh Suruhanjaya; atau
(b) terlebih dahulu dibatalkan oleh Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1478
Penggantungan lesen 20h. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk menggantung lesen yang diberikan atau diperbaharui menurut seksyen 20f.
(2) Suruhanjaya boleh menggantung lesen yang diberikan kepada mana-mana orang jika terdapat suatu tindakan terhadap orang itu untuk menentukan—
(a) jika terdapat pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; atau
(b) jika terdapat pelanggaran apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan berhubung dengan pengeluaran lesen itu.
(3) Seseorang yang lesennya telah digantung di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan seolah-olah dia tidak diberikan lesen dalam tempoh penggantungan itu bagi maksud
Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama.
Pembatalan lesen 20i. (1) Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen yang diberikan atau diperbaharui menurut seksyen 20f atas alasan yang berikut:
(a) pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama;
(b) pensabitan atas kesalahan di bawah mana-mana undang-undang lain di Malaysia;
(c) pelanggaran apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan berhubung dengan pengeluaran lesen itu;
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
15
(d) seseorang itu menjadi bankrap; atau
(e) orang yang telah dilesenkan itu tidak atau berhenti menjalankan perkhidmatan atau aktiviti yang berkaitan dengan lesen itu.
(2) Suruhanjaya tidak boleh membatalkan lesen melainkan jika orang yang dilesenkan itu telah diberikan peluang untuk didengari.
Penyerahan lesen 20j. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seorang yang dilesenkan boleh menyerahkan lesen dengan menghantarnya kepada Suruhanjaya berserta dengan notis bertulis mengenai penyerahannya.
(2) Penyerahan lesen tidak boleh berkuat kuasa sehingga
Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk memenuhi semua liabiliti dan obligasi orang yang dilesenkan itu yang masih belum diselesaikan pada masa notis penyerahan itu diberikan oleh orang yang dilesenkan itu.
(3) Penyerahan lesen yang dibuat di bawah subseksyen (1)
tidak boleh berfungsi untuk mengelak atau menjejaskan apa-apa liabiliti atau obligasi yang timbul daripada apa-apa perjanjian, kontrak, transaksi atau perkiraan yang berhubungan dengan perkhidmatan atau aktiviti yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan itu oleh sebab pemegangan lesen itu.
Pindaan seksyen 25
10. Seksyen 25 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“mana-mana anggota atau pekerja Suruhanjaya atau mana-mana orang lain di bawah arahan Suruhanjaya” dengan perkataan “Suruhanjaya,
Pendaftar, mana-mana anggota atau pekerja Suruhanjaya, pegawai awam atau mana-mana orang lain”.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1478
Bahagian baru IVa
11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IV
Bahagian yang berikut:
“Bahagian IVa
PERUNTUKAN PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN
Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan 27a. Pendaftar hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukannya pengurangannya.
Kuasa untuk menghendaki maklumat 27b. (1) Pendaftar boleh membuat perintah bertulis di bawah subseksyen (2) terhadap mana-mana orang jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu—
(a) mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama; atau
(b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang
Pendaftar mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pendaftar di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama.
(2) Perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang itu—
(a) untuk memberi Pendaftar apa-apa maklumat itu;
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
17
(b) untuk mengemukakan kepada Pendaftar apa-apa dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik;
(c) untuk membuat salinan apa-apa dokumen itu dan untuk mengemukakan salinan itu kepada Pendaftar;
(d) jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik;
(e) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan seorang pegawai yang berwibawa daripada pertubuhan perbadanan atau badan awam itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik; atau
(f) jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik.
(3) Seseorang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) hendaklah—
(a) memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki dalam masa yang dinyatakan dalam perintah atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar; dan
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1478
(b) memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuklah suatu representasi bahawa dia tidak mengetahui tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
(4) Seseorang yang tidak mematuhi perintah Pendaftar di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan 27c. (1) Bagi maksud menentukan pematuhan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau pelanggaran apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20c, Pendaftar hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk disimpan oleh Pendaftar atau perlu bagi maksud menentukan pematuhan mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(2) Bagi maksud seksyen ini, Pendaftar boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.
(3) Mana-mana orang yang—
(a) tidak mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar di bawah seksyen ini; atau
(b) menggalang, mengugut, mengganggu, mengacau atau menghalang Pendaftar semasa menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
19
Kuasa untuk menyiasat 27d. Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan, berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20c, jika terdapat sebab untuk mengesyaki bahawa—
(a) suatu kesalahan atau pelanggaran telah dilakukan;
(b) terdapat percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau pelanggaran; atau
(c) terdapat komplot untuk melakukan suatu kesalahan atau pelanggaran, berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam