PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2003/628
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003 is Malaysia Act, cited as Act 628 2003, currently marked in force and first recorded in 2003.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara yang dilantik di bawah seksyen 13;
“khidmat masyarakat”—
adalah apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan bagi kebaikan orang awam keseluruhannya, dan termasuklah
8
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
apa-apa kerja yang dilaksanakan yang melibatkan pembayaran kepada pihak berkuasa penjara atau tempatan, daripada apa-apa jenis dan dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh
Mahkamah;
hendaklah berada di bawah tanggungjawab Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi khidmat sosial dan masyarakat.
“latihan khidmat negara” ertinya latihan yang hendaklah dijalani oleh orang yang bertanggungan di bawah Akta ini yang mempunyai matlamat khususnya untuk menyediakan remaja Malaysia untuk khidmat negara di bawah Akta Khidmat Negara 1952 [Akta 425] dan amnya untuk mewujudkan suatu negara yang patriotik dan mempunyai semangat yang tidak mudah luntur dan penuh dengan semangat kesukarelaan berpandukan prinsip Rukun
Negara;
“Majlis” ertinya Majlis Latihan Khidmat Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi khidmat negara;
“perakuan penangguhan” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 20;
“pihak berkuasa yang sepatutnya” ertinya orang yang dilantik oleh Majlis bagi maksud semua atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana jua ungkapan itu terdapat;
“Rukun Negara” ertinya falsafah kenegaraan yang dinyatakan dalam
Jadual.
Latihan Khidmat Negara 9
Bahagian II
Proklamasi
Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa, melalui proklamasi, mengarahkan bahawa, melainkan jika
pada tarikh proklamasi itu, telah mencapai umur yang ditentukan dalam proklamasi itu, yang tidak kurang daripada enam belas tahun, tetapi belum mencapai umur yang ditentukan dalam proklamasi itu, yang tidak lebih daripada tiga puluh lima tahun;
dan
merupakan warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia, hendaklah bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara di bawah
Akta ini.
Pengecualian
Akta ini memperuntukkan selainnya, tiap-tiap orang yang—
Jika mana-mana orang yang, pada tarikh proklamasi di bawah seksyen 3, dikecualikan di bawah subseksyen (1) daripada tanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara terhenti daripada dikecualikan sedemikian, dia hendaklah apabila terhenti sedemikian bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara.
Jika terdapat keraguan atau pertikaian sama ada mana-mana orang dikecualikan menurut kuasa subseksyen (1) daripada tanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara, beban untuk membuktikan bahawa dia dikecualikan hendaklah terletak pada orang yang menuntut pengecualian itu.
Majlis boleh, atas permohonan orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (1), mengeluarkan suatu perakuan yang menyatakan bahawa orang itu dikecualikan sedemikian.
10
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
Bahagian III
Penubuhan
Maka Majlis Latihan Khidmat Negara ditubuhkan.
Fungsi
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Majlis arahan yang selaras dengan Akta ini mengenai dasar yang hendaklah diikuti dalam melaksanakan fungsi Majlis dan Majlis hendaklah memberikan kuat kuasa kepada arahan itu.
Keanggotaan Majlis
tidak kurang daripada tiga orang tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang hendaklah terdiri daripada wakil kaum-kaum yang utama di Malaysia.
Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota Majlis untuk bertindak sebagai Pengerusi bagi tempoh—
apabila Pengerusi, kerana apa-apa sebab, tidak dapat menjalankan tugas jawatannya.
Tempoh jawatan
Seseorang anggota Majlis boleh meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.
Yang di-Pertuan Agong, atas syor Menteri, boleh membatalkan pelantikan anggota Majlis.
Jawatan seseorang anggota Majlis menjadi kosong—
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Majlis atau selainnya, sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Majlis;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
12
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
Anggota Majlis hendaklah dibayar apa-apa elaun pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan
Menteri Kewangan.
Tatacara Majlis
Majlis hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.
Jawatankuasa Majlis
Tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa arahan yang boleh dikeluarkan oleh Majlis, jawatankuasa itu boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Anggota jawatankuasa itu boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain berkaitan dengan kerja jawatankuasa itu sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan persetujuan
Menteri Kewangan.
Kuasa untuk melantik pihak berkuasa yang sepatutnya
Jika melalui atau di bawah peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mana-mana orang dikehendaki
Latihan Khidmat Negara 13
membuat laporan kepada atau mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen kepada Majlis, orang itu hendaklah disifatkan telah membuat laporan sedemikian atau mengemukakan maklumat atau dokumen itu jika dia membuat laporan atau mengemukakan maklumat atau dokumen itu kepada pihak berkuasa yang sepatutnya yang dilantik bagi maksud itu.
Jika melalui atau di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, apa-apa perintah, arahan atau pemberitahuan hendaklah diberikan oleh Majlis, perintah, arahan atau pemberitahuan itu hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, disifatkan telah dibuat dengan sepatutnya dan secara sah jika telah dibuat bagi pihaknya oleh pihak berkuasa yang sepatutnya yang dilantik bagi maksud itu.
Bahagian IV
Ketua Pengarah dan pegawai lain
Menteri boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah
Latihan Khidmat Negara dan pegawai lain yang didapatinya perlu bagi maksud Akta ini.
Pegawai boleh dilantik menjadi pihak berkuasa yang sepatutnya
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai lain boleh dilantik menjadi pihak berkuasa yang sepatutnya bagi maksud seksyen 12.
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Ketua Pengarah arahan, yang selaras dengan Akta ini, tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada Ketua Pengarah, dan kewajipan yang dikehendaki supaya ditunaikan oleh Ketua Pengarah, di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan
14
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan semua perkara yang pada pandangannya menyentuh perkara yang mengenai latihan khidmat negara, dan Ketua Pengarah hendaklah memberikan kuat kuasa kepada semua arahan itu.
Bahagian V
Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan mengikut apa-apa cara lain yang pada pendapatnya akan memberikan publisiti yang seluas-luasnya kepada perintah itu, menghendaki semua atau mana-mana kategori orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta ini menjalani latihan khidmat negara.
Bentuk, tempat dan jangka masa latihan khidmat negara
Orang yang terlibat dengan perintah yang dibuat di bawah seksyen 16
hendaklah diberitahu oleh Majlis, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis, tentang masa dan tempat orang itu hendaklah menghadirkan dirinya bagi maksud latihan khidmat negara.
Majlis hendaklah memastikan bahawa segala usaha dibuat untuk memastikan bahawa orang yang terlibat dengan pemberitahuan di bawah subseksyen (2) dimaklumkan atau dijadikan sedar tentang kehendak subseksyen itu.
Tidak menghadiri latihan khidmat negara
Apa-apa dapatan bersalah di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana orang tidaklah melepaskannya daripada tanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara.
Tidak hadir tanpa kebenaran
Mana-mana orang yang memujuk, berikhtiar untuk memujuk, mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan mana-mana orang yang sedang menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta ini supaya tidak hadir tanpa kebenaran melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Tiap-tiap orang yang sedang menjalani latihan khidmat negara yang memujuk, berikhtiar untuk memujuk, mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan mana-mana orang lain yang sedang menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta ini supaya tidak hadir tanpa kebenaran melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.
Bahagian VI
Penangguhan tanggungan
Permohonan bagi perakuan penangguhan atau pembaharuan perakuan itu yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa yang sepatutnya.
Rayuan boleh dibuat kepada Majlis terhadap apa-apa keengganan pihak berkuasa yang sepatutnya untuk memberikan atau membaharui perakuan penangguhan.
Permohonan bagi pemberian perakuan penangguhan boleh dibuat dalam masa sepuluh hari selepas penyiaran perintah yang dibuat di bawah seksyen 16, atau dalam apa-apa masa lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa yang sepatutnya mengikut budi bicaranya; dan permohonan untuk membaharui perakuan penangguhan boleh dibuat dalam masa tiga puluh hari sebelum tamat tempoh yang baginya perakuan itu diberikan atau terakhir dibaharui.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan tentang prinsip yang hendaklah dipakai, dan keadaan yang perlu diambil kira atau tidak diambil kira, dalam menimbangkan apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1)
untuk pemberian atau pembaharuan perakuan penangguhan, dan tentang tempoh yang baginya perakuan penangguhan itu boleh diberikan atau dibaharui.
Perubahan keadaan
Mana-mana orang yang, sebagai orang yang dikehendaki memberitahukan sesuatu perubahan mengikut seksyen ini, tidak berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.
Jika pada bila-bila masa pada hemat pihak berkuasa yang sepatutnya bahawa, oleh sebab apa-apa perubahan yang disebut dalam subseksyen (1)
atau atas apa-apa sebab lain yang mencukupi, perakuan itu patut dibatalkan atau tempoh yang baginya perakuan itu diberikan atau terakhir dibaharui patut dipendekkan, pihak berkuasa yang sepatutnya boleh membatalkan perakuan itu atau mengubahnya dengan memendekkan tempoh yang baginya perakuan itu diberikan atau dibaharui.
Penggantungan sementara menunggu rayuan, dsb.
Latihan Khidmat Negara 17
Apabila pada hari seseorang dikehendaki menghadirkan dirinya mengikut pemberitahuan di bawah subseksyen 17(2)—
ada berkuat kuasa suatu perakuan penangguhan yang berhubungan dengan orang itu; atau
apa-apa permohonan oleh orang itu di bawah seksyen 20 telah dibuat dan sedang menunggu keputusan, maka—
(aa) dalam hal jika perenggan (a) terpakai bagi seseorang, pemberitahuan itu tidak berkuat kuasa terhadap orang itu; dan
(bb) dalam hal jika perenggan (b) terpakai bagi seseorang, kuat kuasa pemberitahuan itu hendaklah digantung sehingga permohonan itu diputuskan.
Penggantungan hak untuk mendapatkan penangguhan tanggungan
Yang di-Pertuan Agong, jika berpuas hati pada bila-bila masa bahawa perlu demi kepentingan negara atau kepentingan awam untuk berbuat demikian, boleh dengan perintah—
membatalkan semua atau mana-mana perakuan penangguhan yang diberikan menurut permohonan di bawah seksyen 20 dan
18
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
yang berkuat kuasa pada tarikh perintah itu, sama ada secara am atau berhubung dengan kategori orang yang ditentukan atau berhubung dengan seseorang individu; dan
mengurungkan, sama ada secara am atau berhubung dengan kategori orang yang ditentukan, apa-apa hak untuk memohon pemberian perakuan penangguhan di bawah seksyen itu, dan Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan perintah, mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang berkuat kuasa di bawah seksyen ini, tanpa menjejaskan, walau bagaimanapun, kuat kuasa perintah itu sebelum itu.
Bahagian VII
Cuti untuk latihan khidmat negara
Tiada majikan boleh—
membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa potongan daripada gaji, saraan lain atau cuti tahunan orang itu; atau
mengenakan atau menyebabkan supaya dikenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti, atas sebab ketidakhadirannya untuk bekerja dalam tempoh itu.
Mana-mana majikan atau orang lain yang—
secara langsung atau tidak langsung enggan, atau dengan menakut-nakuti, pengaruh tidak wajar, atau dengan apa-apa cara lain, mengganggu pemberian tempoh cuti kepada mana-mana orang di bawah subseksyen (1); atau
Latihan Khidmat Negara 19
melanggar subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada dua kali ganda gaji dan saraan lain yang kena dibayar kepada orang itu selama tempoh dia dipanggil untuk menjalani latihan khidmat negara atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya; dan Mahkamah yang mendapati mana-mana majikan bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen ini hendaklah memerintahkannya membayar kepada orang itu gaji dan saraan lain yang kepadanya dia berhak selama tempoh latihan khidmat negara itu.
Seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali perenggan (1)(d), hendaklah terpakai bagi mendapatkan semula wang yang kena dibayar kepada pekerja itu di bawah subseksyen (3).
Jika terdapat ketidakselarasan antara peruntukan seksyen ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang lain, peruntukan seksyen ini hendaklah mengatasi peruntukan undang-undang lain itu.
Bahagian VIII
Kuasa Menteri untuk melantik jurulatih
Seseorang yang kepadanya disampaikan notis di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis itu dan jika dia tidak berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Jika notis di bawah subseksyen (1) telah diserahkan kepada mana-mana orang itu, Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan notis
20
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
itu dan, jika difikirkannya patut, menyebabkan supaya notis selanjutnya disampaikan kepada orang itu di bawah subseksyen (1).
Tempoh dan terma perkhidmatan jurulatih
Dalam tempoh seseorang pegawai awam atau pegawai atau pekhidmat sesuatu badan berkanun berkhidmat sebagai jurulatih dia hendaklah terus menerima saraan sebagai pegawai awam atau pegawai atau pekhidmat badan berkanun itu.
Kerajaan boleh membuat perkiraan dengan Kerajaan sesuatu Negeri atau sesuatu badan berkanun berhubung dengan perkhidmatan seseorang pegawai awam dalam perkhidmatan awam Negeri itu atau seseorang pegawai atau pekhidmat badan berkanun itu sebagai jurulatih di bawah Akta ini, termasuk saraan yang kena dibayar kepada pegawai awam itu atau pegawai atau pekhidmat badan berkanun itu.
Jika seseorang yang bukan pegawai awam atau pegawai atau pekhidmat sesuatu badan berkanun menjadi bertanggungan untuk berkhidmat sebagai jurulatih menurut notis di bawah seksyen 25 bekerja, peruntukan seksyen 24 hendaklah terpakai berhubung dengan pekerjaannya.
Walau apa pun subseksyen (4), Kerajaan boleh membuat perkiraan dengan majikan orang yang disebut dalam subseksyen itu berhubung dengan penggajian orang itu, termasuk perkara berkaitan dengan saraan yang boleh dibayar kepada orang itu.
Latihan Khidmat Negara 21
Bahagian IX
Penalti kerana mencacatkan, dsb.
mencacatkan atau mencederakan mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara; atau
memberikan apa-apa dadah atau bahan lain kepada orang itu, dengan niat dalam mana-mana hal itu untuk menimbulkan pada orang itu apa-apa kehilangan upaya atau yang tampak sebagai kehilangan upaya dan dengan itu menjejaskan kesesuaian atau yang tampak sebagai kesesuaiannya untuk dipanggil menjalani latihan khidmat negara sama ada secara am atau atas apa-apa sifat tertentu, melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana orang yang dengan disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu mengenai keadaan kesihatan semasa atau lampau mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara dengan niat supaya orang itu dianggap tidak sesuai untuk latihan khidmat negara, melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara yang mencacatkan atau mencederakan dirinya sendiri atau memberi dirinya sendiri apa-apa dadah atau bahan lain, dengan niat dalam mana-mana hal itu untuk menimbulkan pada dirinya sendiri apa-apa kehilangan upaya dan dengan itu menjejaskan kesesuaian atau yang tampak sebagai kesesuaiannya untuk latihan khidmat negara, sama ada secara am atau atas apa-apa sifat tertentu, melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.
Mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara hendaklah apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.
22
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
Pernyataan palsu dan pemalsuan
sewaktu memberi maklumat bagi maksud Akta ini, dengan disedarinya atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan palsu mengenai sesuatu butir matan; atau
memalsukan atau menggunakan, atau meminjamkan atau membenarkan untuk digunakan oleh mana-mana orang lain, apa-apa dokumen di bawah Akta ini; atau
membuat atau ada dalam miliknya apa-apa dokumen yang hampir serupa dengan apa-apa dokumen di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1)
hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.
Percubaan dan persubahatan
Mana-mana orang yang cuba untuk melakukan atau bersubahat dalam pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh apabila disabitkan dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Keterangan dalam pendakwaan
Jika bagi maksud pendakwaan mana-mana orang atas suatu kesalahan di bawah Akta ini kerana dia tidak mematuhi pemberitahuan supaya menghadirkan dirinya untuk latihan khidmat negara di bawah subseksyen 17(2) perlu untuk menunjukkan bahawa dia pada bila-bila masa yang tertentu bertanggungan untuk menghadirkan dirinya untuk latihan khidmat negara atau bahawa dia berada dalam lingkungan umur yang tertentu, dia hendaklah dianggap bertanggungan, atau pernah bertanggungan
Latihan Khidmat Negara 23
sedemikian, atau berada dalam lingkungan umur itu, pada masa itu, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
Peruntukan am mengenai kesalahan
Mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata hendaklah apabila disabitkan, diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.
Menjadi pembelaan terhadap pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini jika seseorang yang tertuduh membuktikan bahawa dia dihalang mematuhi peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini oleh keadaan yang di luar kawalannya.
Peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan subseksyen 20(5), Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini dan secara amnya untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
24
Undang-Undang Malaysia AKTA 628
JADUAL
(Seksyen 2)
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyakarat yang adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden:
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
25
Akta 628
SENARAI PINDAAN
Undang-undang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1354
Akta Latihan Khidmat Negara
(Pindaan) 2009
01-11- 2009
26
Akta 628
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A1354
01-11- 2009
18
Akta A1354
01-11- 2009
19
Akta A1354
01-11- 2009
27
Akta A1354
01-11- 2009
28
Akta A1354
01-11- 2009
31
Akta A1354
01-11- 2009