/akn/my/act/act/2003/626

*AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2003
Sections
37
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003 is Malaysia Act, cited as Act 626 2003, currently marked in force and first recorded in 2003.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [1 April 2004, P.U. (B) 144/2004] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

“Datuk Bandar” ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190];

“hotel” ertinya mana-mana premis di mana—

(a)

orang diberi tempat berlindung atau menginap untuk apa-apa jenis sewa atau ganjaran; dan

Suggest a correction

(b)

bilik-bilik dilengkapi oleh pemunya, penerima pajak, penyewa utama, penghuni atau pengurus premis itu untuk kegunaan domestik bagi orang yang diberi tempat berlindung atau menginap itu, tetapi tidaklah termasuk—

(aa) mana-mana premis di mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana

Negeri atau mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis;

(bb) mana-mana kemudahan jagaan kesihatan persendirian, pusat jagaan kanak-kanak atau pusat jagaan yang penubuhan atau pengendaliannya dikawal atau dikawal selia di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;

(cc)

mana-mana asrama yang ditubuhkan oleh atau bagi pihak mana-mana institusi pendidikan swasta atau institusi pendidikan tinggi swasta dan dikawal atau dikawal selia di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau

Suggest a correction

(dd)

mana-mana premis yang disewakan atas dasar tuan rumah dan penyewa;

“hotel berlesen” ertinya hotel yang berkenaan dengannya suatu lesen sedang berkuat kuasa;

“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah seksyen 4 atau lesen sementara yang diberikan di bawah seksyen 8;

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 7

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

“orang” termasuklah sesuatu kumpulan orang, diperbadankan atau tak diperbadankan, sesuatu usaha sama atau amanah;

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang diberi lesen;

“penghuni” ertinya orang yang menghuni premis yang berkenaan dengannya perkataan itu digunakan, atau yang bertanggungjawab bagi, mengurus atau mengawal premis itu sama ada untuk dirinya sendiri atau sebagai ejen seseorang lain tetapi tidaklah termasuk penginap;

“syarat” atau “sekatan”, apabila digunakan berkaitan dengan lesen, ertinya sesuatu syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen 4(4).

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh menguruskan sesuatu hotel melainkan jika hotel itu ialah suatu hotel berlesen.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

seseorang yang merupakan pemunya, penerima pajak, penyewa utama, penghuni atau pengurus mana-mana premis yang digunakan sebagai hotel boleh, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai mengendalikan hotel itu; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang yang pada masa itu terlibat dalam pengurusan atau mengawal hotel itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai menguruskan hotel itu.

Permohonan untuk mendapatkan lesen dan pemberian lesen

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

hendaklah dibuat secara bertulis kepada Datuk Bandar dalam bentuk yang ditentukan olehnya; dan

Suggest a correction

(b)

disertakan dengan keterangan bahawa pemohon telah didaftarkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Suggest a correction

(2)

Datuk Bandar boleh, mengikut budi bicaranya, memberikan lesen atau enggan untuk memberikan lesen kepada pemohon.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen dibenarkan, lesen itu hendaklah dikeluarkan apabila dibayar fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu lesen itu boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Datuk

Bandar untuk dikenakan.

Dokumen dan maklumat yang dikehendaki

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud menimbangkan suatu permohonan untuk mendapatkan lesen, Datuk Bandar boleh menghendaki pemohon

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 9

mengemukakan kepadanya apa-apa dokumen atau memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang ditentukan olehnya.

Seksyen 6

Tempoh dan pembaharuan lesen

Open as pageSuggest a correction

(2)

Datuk Bandar boleh, mengikut budi bicaranya, membaharui sesuatu lesen atau enggan untuk membaharui sesuatu lesen.

Lesen bagi hotel boleh dikeluarkan bersama dengan lesen lain

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika lesen yang diberikan di bawah Akta ini telah dikeluarkan bersama dengan mana-mana lesen lain, pembatalan lesen atau mana-mana lesen lain itu tidaklah menyentuh kesahan lesen yang diberikan di bawah Akta ini.

Lesen sementara

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lesen sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

adalah sah bagi tempoh enam bulan dari tarikh dikeluarkan.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4), tempoh kesahan sesuatu lesen sementara boleh dilanjutkan selama tempoh enam bulan atas permohonan yang dibuat secara bertulis oleh pemohon pada atau sebelum tamat tempoh yang pertama tetapi tidak boleh dilanjutkan lagi.

Suggest a correction

(4)

Jika permohonan bagi mendapatkan suatu lesen di bawah seksyen 4 telah ditolak oleh Datuk Bandar di bawah subseksyen 4(2), lesen sementara itu tidaklah sah lagi.

Suggest a correction

(5)

Fi yang boleh dikenakan bagi sesuatu lesen sementara atau perlanjutannya hendaklah dua kali fi yang kena dibayar di bawah subseksyen 4(3).

Suggest a correction

(6)

Pemegang sesuatu lesen sementara mempunyai hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sama seperti seseorang pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 4.

Lesen hendaklah dipamerkan dan dikemukakan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pemegang lesen yang tidak mempamerkan atau mengemukakan lesennya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, sebutan tentang sesuatu “lesen”

hendaklah termasuk salinan lesen itu yang diperakui oleh Datuk

Bandar sebagai salinan sebenar lesen itu.

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 11

Deposit

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Datuk Bandar boleh melucuthakkan keseluruhan atau sebahagian daripada deposit itu jika dia berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan lesen itu atau pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Datuk Bandar tidak boleh melucuthakkan deposit itu melainkan jika pemegang lesen telah diberi peluang untuk didengar.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang pemegang lesen yang depositnya telah dilucuthakkan di bawah subseksyen (2) daripada didakwa.

Pemindahan lesen

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Tiada pemegang lesen boleh memindahkan lesennya kepada mana-mana orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Datuk Bandar.

Seksyen 12

Penggantungan atau pembatalan lesen

Open as pageSuggest a correction

(2)

Datuk Bandar tidak boleh menggantung atau membatalkan sesuatu lesen melainkan jika pemegang lesen telah diberi peluang untuk didengar.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

Suggest a correction

(3)

Datuk Bandar hendaklah memberitahu pemegang lesen sesuatu hotel berlesen tentang penggantungan atau pembatalan lesennya—

(a)

dengan menampalkan suatu salinan notis itu di tempat yang mudah dilihat di premis hotel berlesen itu;

Suggest a correction

(b)

dengan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada orang yang mengurus dan mengawal hotel berlesen itu; atau

Suggest a correction

(c)

dengan menyampaikan suatu salinan notis kepada pemegang lesen sendiri jika pemegang lesen itu bukan orang yang disebut dalam perenggan (b).

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang mengendalikan atau menguruskan sesuatu hotel semasa tempoh lesen yang diberikan berkenaan dengan hotel itu telah digantung, melakukan suatu kesalahan.

Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan keengganan Datuk Bandar untuk memberikan lesen kepadanya atau membaharui lesennya;

Suggest a correction

(c)

dengan pengenaan apa-apa syarat atau sekatan berkenaan dengan lesen yang diberikan kepadanya; atau

Suggest a correction

(d)

dengan pelucuthakan deposit di bawah seksyen 9, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas diberitahu secara bertulis tentang keengganan atau pembatalan itu, atau pengenaan syarat atau sekatan itu, atau pelucuthakan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri.

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 13

Suggest a correction

(2)

Selepas menimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang terhadapnya rayuan itu dibuat, dan keputusan

Menteri itu adalah muktamad.

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang pemegang lesen sementara.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Seksyen 15

Penggeledahan dengan waran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, di dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), memeriksa—

(a)

apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, dokumen, butiran, benda atau barang yang semunasabahnya

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu, dan boleh menyita mana-mana buku, akaun, dokumen atau data itu atau apa-apa salinan buku, akaun, dokumen atau data itu atau mana-mana tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, butiran, benda atau barang itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada dalam atau di premis itu.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu.

Suggest a correction

(5)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau jumlahnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dalam premis atau bekas di mana barang itu dijumpai.

Suggest a correction

(6)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5)

atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan.

Penggeledahan tanpa waran

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Jika Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa, dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 15, mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 15

itu tujuan penggeledahan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan akan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan semua kuasa yang disebut dalam seksyen 15 dengan sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Seksyen 17

Pemeriksaan orang perempuan

Open as pageSuggest a correction

atau 16 kecuali oleh seorang orang perempuan lain dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.

Seksyen 18

Kuasa untuk menutup hotel

Open as pageSuggest a correction

(a)

telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan lesen atau pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

penutupan itu perlu bagi kepentingan ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan.

Suggest a correction

(2)

Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menutup mana-mana hotel jika dia berpuas hati bahawa hotel itu beroperasi tanpa lesen yang sah.

Suggest a correction

(3)

Datuk Bandar boleh mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2) kepada suatu jawatankuasa yang dilantik olehnya.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

Suggest a correction

(4)

Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (3) tidak boleh menjalankan kuasa untuk menutup mana-mana hotel di bawah subseksyen (1) dan (2) kecuali dengan keputusan majoriti jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(5)

Jika suatu hotel berlesen ditutup di bawah subseksyen (1), lesen yang dengannya hotel itu beroperasi hendaklah disifatkan digantung dalam tempoh penutupan itu dan subseksyen 12(4)

hendaklah terpakai.

Suggest a correction

(6)

Semasa tempoh penutupan, pemegang lesen hotel berlesen itu hendaklah mengambil langkah untuk memastikan bahawa semua syarat dan sekatan lesen dan peruntukan Akta ini dipatuhi.

Suggest a correction

(7)

Jika sehingga akhir tempoh penutupan pemegang lesen masih gagal untuk mematuhi mana-mana syarat atau sekatan lesen itu atau mana-mana peruntukan Akta ini, maka lesennya hendaklah dibatalkan.

Kuasa untuk masuk

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(a)

membuat apa-apa siasatan, pemeriksaan atau penyiasatan tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk menutup secara fizikal mana-mana hotel di bawah seksyen 18; dan

Suggest a correction

(c)

melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu bagi pentadbiran yang cekap Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang kemasukan mana-mana orang yang diberi kuasa atau dibenarkan di

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 17

bawah subseksyen (1) untuk masuk ke dalam mana-mana hotel, premis atau bangunan melakukan suatu kesalahan.

Kuasa untuk menghendaki nama, dsb., diberikan

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menghendaki mana-mana orang yang dengan munasabahnya dipercayai olehnya telah melakukan atau mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini supaya memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan butir-butir lengkapnya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa itu.

Seksyen 21

Pemeriksaan orang yang tahu tentang kes

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang diperiksa oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya cenderung untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhan atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.

Suggest a correction

(4)

Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah seksyen ini hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

Suggest a correction

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, seboleh-bolehnya, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Kuasa penangkapan

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang semunasabahnya dipercayai olehnya telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

yang enggan memberikan nama dan alamatnya apabila diminta atau jika ada sebab untuk meragui ketepatan nama dan alamat yang diberikan.

Suggest a correction

(2)

Seseorang yang ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah dibawa ke balai polis dan hendaklah dibawa ke hadapan seorang

Majistret dalam masa dua puluh empat jam, melainkan jika sebelum dari masa itu nama dan kediamannya yang sebenarnya telah dapat ditentukan, dan dalam hal yang sedemikian orang itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk hadir di hadapan seorang Majistret jika dikehendaki sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Apabila mana-mana orang sedemikian dibawa ke hadapan seorang Majistret, Majistret itu boleh sama ada menghendaki dia menyempurnakan suatu bon, dengan atau tanpa penjamin untuk hadir di hadapan seorang Majistret sekiranya dikehendaki, atau boleh memerintahkan supaya dia ditahan dalam jagaan sehingga dia dapat dibicarakan.

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 19

Senarai benda yang disita

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika premis itu tidak didiami, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah melekatkan senarai benda yang disita itu dengan ketara di premis itu.

Pelucuthakan

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah yang di hadapannya pendakwaan apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini telah diadakan, hendaklah memerintahkan pelucuthakan mana-mana buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita berkaitan dengan kesalahan itu jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika dibuktikan hingga mahkamah berpuas hati bahawa tiada kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan atau bahawa kesalahan itu telah dilakukan tetapi buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu bukanlah hal perkara bagi atau telah tidak digunakan dalam melakukan kesalahan itu, mahkamah itu boleh memerintahkan pelepasannya.

Suggest a correction

(4)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita dalam menjalankan

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan setelah tamat tempoh dua minggu dari tarikh penyitaannya melainkan jika suatu tuntutan telah dibuat baginya sebelum tempoh dua minggu itu habis mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (5).

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya mana-mana buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita di bawah Akta ini dan bahawa buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu tidak boleh dilucuthakkan boleh sama ada sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis kepada Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya.

Suggest a correction

(6)

Apabila diterima suatu notis di bawah subseksyen (5), Datuk

Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, selepas apa-apa siasatan yang perlu, mengarahkan supaya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dilepaskan atau merujukkan kes itu kepada Majistret bagi keputusannya.

Suggest a correction

(7)

Majistret yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita itu dan orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu disita hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau ingkar untuk hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, Majistret itu hendaklah terus memeriksa kes itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah

Akta ini dan bahawa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dilucuthakkan atau, jika tiada bukti sedemikian, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dilepaskan kepada orang yang berhak kepadanya.

Suggest a correction

(8)

Semua buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dilucuthakkan di bawah subseksyen (2) atau (4) hendaklah

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 21

diserahkan kepada Datuk Bandar atau seseorang pegawai diberi kuasa, yang hendaklah melupuskannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar.

Benda atau barang yang mengikut tabiinya lekas rosak

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa itu tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, walau apa pun sebabnya, dalam kualiti apa-apa benda atau barang yang disita di bawah Akta ini.

Halangan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 26

Seseorang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengamang, menggalang, menghalang atau melengah-lengahkan Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang melaksanakan kewajipannya menurut undang-undang di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

tidak mematuhi apa-apa permintaan, notis, perintah atau kehendak yang sah yang dibuat secara wajar kepadanya oleh seseorang pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis, atau tidak akur kepada

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

pemeriksaan oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

tidak, enggan atau abai untuk memberi seseorang pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;

Suggest a correction

(e)

memberikan maklumat yang palsu, tidak benar atau yang mengelirukan kepada seseorang pegawai diberi kuasa; atau

Suggest a correction

(f)

tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seseorang pegawai diberi kuasa apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang berhubungan dengannya pegawai itu ada alasan yang munasabah untuk mengesyaki ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau yang boleh disita di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana pekhidmat atau ejen mana-mana pemegang lesen, atau oleh mana-mana pekhidmat atau ejen pemunya atau penghuni sesuatu hotel yang tidak berlesen, maka pemegang lesen, pemunya atau penghuni itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira segala hal keadaan, dia membuktikan—

(a)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 28

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 23

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang ahli lembaga pengarah, seorang pengurus, seorang setiausaha atau seorang pegawai yang memegang suatu jawatan atau suatu kedudukan yang serupa dengan jawatan pengurus atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman yang sama dengan hukuman yang boleh dikenakan ke atas pertubuhan perbadanan itu di bawah Akta ini.

Seksyen 29

Penalti am

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Seksyen 30

Pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan boleh dimulakan terhadap kesalahan di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

Seksyen 31

Bidang kuasa Majistret

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah

Majistret

Kelas

Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan mengawardkan hukuman yang sepenuhnya bagi mana-mana kesalahan itu.

Seksyen 32

Pengkompaunan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Datuk Bandar atau pegawai yang diberi kuasa secara khas itu, pendakwaan terhadap kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan.

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 25

Suggest a correction

(4)

Kesemua wang yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar kepada kumpulan wang yang diwujudkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kerajaan tempatan.

Wang hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Datuk Bandar hendaklah membayar semua wang yang dipungut atau diterima dan semua deposit yang dilucuthakkan di bawah Akta ini ke dalam kumpulan wang yang diwujudkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kerajaan tempatan dan wang atau deposit itu hendaklah menjadi sebahagian daripada kumpulan wang itu.

Seksyen 34

Kuasa pegawai polis di bawah Akta ini

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh mengurangkan kuasa seseorang pegawai polis untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Seksyen 35

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

mengadakan peruntukan bagi tatacara pelesenan hotel, penggantungan dan pembatalan lesen yang diberikan di bawah Akta ini, borang yang hendaklah digunakan dan fi yang hendaklah dibayar berkenaan dengan lesen itu;

Suggest a correction

(b)

mengawal selia pengurusan dan kawalan hotel berlesen;

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

Suggest a correction

(c)

mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang menginap di hotel berlesen dan pelawat di dalam bilik mereka dan pekhidmat dan ejen hotel berlesen;

Suggest a correction

(d)

menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu;

Suggest a correction

(e)

mengadakan peruntukan bagi pemeriksaan hotel berlesen dan kebersihannya; dan

Suggest a correction

(f)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Datuk Bandar bagi maksud Akta ini.

Pemansuhan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Enakmen Rumah Tumpangan [N.M.B. Bab 87], yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa seksyen 6

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206], dimansuhkan setakat yang terpakai bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penerusan kaedah-kaedah, dsb.

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Semua kaedah, borang, arahan, surat pemberikuasaan dan lesen yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah, setakat yang kaedah, borang, arahan, surat pemberikuasaan dan lesen itu selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan oleh Akta ini.

______________________________________

27

Akta 626

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

– TIADA –

_________________

28

Akta 626

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

– TIADA –

_________________

Common questions

What is HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003?
*AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003 is Malaysia Act, cited as Act 626 2003, currently marked in force and first recorded in 2003.
Is HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003 still in force?
Yes — HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003 is currently in force.
When did HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003 take effect?
HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003 was first recorded in 2003.
How many sections does HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003 have?
HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003 contains 37 sections.
Where can I read the official version of HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003?
The official text of HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003 is published at lom.agc.gov.my.