PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1996/550
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PENDIDIKAN 1996 is Malaysia Act, cited as Act 550 1996, currently marked in force and first recorded in 1996.
Opening note
Opening note
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendidikan 1996 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh
Pendidikan 15
menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Tafsiran
“bahasa Cina” ertinya bentuk bahasa Cina yang biasanya dikenali sebagai Mandarin;
“bahasa kebangsaan” ertinya bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“fi yang diluluskan” ertinya fi yang diluluskan oleh Menteri;
“guru” ertinya seseorang yang—
menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua;
“guru berdaftar” ertinya mana-mana guru yang didaftarkan di bawah
Akta ini;
“ibu bapa” termasuklah penjaga dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan di sisi undang-undang atau kawalan sebenar ke atas seseorang murid;
“institusi pendidikan” ertinya sekolah atau mana-mana tempat lain, yang dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, orang
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah tadika dan pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk—
mana-mana tempat yang pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata; atau
mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai bukan institusi pendidikan bagi maksud Akta ini;
“institusi pendidikan guru” ertinya institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan guru yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma, ijazah perguruan atau yang setaraf dengannya, atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan;
“institusi pendidikan tinggi” ertinya institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya;
“kelas peralihan” ertinya kelas di sekolah menengah yang menyediakan ajaran selama satu tahun untuk murid dari sekolah rendah yang menggunakan bahasa selain bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sebelum bermulanya pendidikan menengah rendah;
“Ketua Nazir” ertinya Ketua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen 6(1);
“Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan
Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(1), dan termasuklah
Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(2);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 3;
“kolej vokasional” ertinya suatu institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah seksyen 33A;
Pendidikan 17
“Kurikulum Standard Kolej Vokasional” ertinya Kurikulum
Standard Kolej Vokasional yang ditetapkan di bawah seksyen 33B;
“Kurikulum Kebangsaan” ertinya kurikulum yang ditetapkan;
“kurikulum prasekolah” ertinya Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 22;
“murid” ertinya seseorang, tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;
“Pegawai Pendidikan”, berhubung dengan sesuatu daerah atau kawasan, ertinya pegawai pendidikan yang dilantik di bawah perenggan 4(b);
“pekerja” ertinya orang yang diambil kerja oleh suatu lembaga pengelola, selain pengelola, guru atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dinamakan oleh Menteri di bawah subseksyen 58(2) atau 61(2), mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diambil kerja atau yang mengambil bahagian secara aktif dalam kerja yang berkaitan dengan perjalanan atau pentadbiran sesuatu institusi pendidikan;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(3) dan termasuklah Ketua Pendaftar;
“pendidikan khas” ertinya pendidikan yang disediakan kepada murid berkeperluan khas;
“pendidikan lepas menengah” ertinya pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi;
“pendidikan menengah” ertinya pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
“pendidikan menengah atas” ertinya pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah;
“pendidikan menengah rendah” ertinya kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah;
“pendidikan pengembangan” ertinya pendidikan sepenuh masa atau separuh masa bagi orang yang tidak mengikuti kursus pengajian biasa di institusi pendidikan;
“pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
“pendidikan rendah” ertinya kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun;
“pendidikan tinggi” ertinya pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi;
“pendidikan wajib’ ertinya pendidikan rendah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib di bawah subseksyen 29A(1);
“Pengarah Pendidikan” ertinya Pengarah Pendidikan sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan yang dilantik di bawah seksyen 4;
“pengelola” ertinya orang yang diberikan kuasa di bawah surat cara pengelolaan untuk mentadbirkan atau menguruskan suatu institusi pendidikan;
“Penolong Pendaftar” ertinya Penolong Pendaftar Institusi
Pendidikan atau Penolong Pendaftar Guru, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 5(3);
“Perkhidmatan Pendidikan” ertinya suatu perkhidmatan awam di bawah perenggan (h) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan
Persekutuan;
Pendidikan 19
“Pihak Berkuasa Negeri” ertinya Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan, bagi sesuatu Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong;
“premis” ertinya mana-mana bangunan yang digunakan sebagai institusi pendidikan dan termasuklah mana-mana bangunan bagi maksud menyediakan tempat tinggal dan kemudahan lain bagi murid dan kakitangan institusi itu tetapi tidak termasuk mana-mana tanah yang menjadi tapak bangunan itu;
“pusat pendidikan jarak jauh” ertinya tempat, organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran atau pengajaran—
sebahagiannya melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat atau kaedah pengajaran yang lain;atau
sebahagiannya melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat dan kaedah pengajaran yang lain;
“sekolah” ertinya tempat di mana sepuluh orang atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih, tetapi tidak termasuk mana-mana tempat yang pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata;
“sekolah bantuan kerajaan” atau “institusi pendidikan bantuan kerajaan” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh;
“sekolah gaya pos” ertinya sesuatu organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran atau pengajaran melalui surat;
“sekolah jenis kebangsaan” ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan—
yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
murid dari umur enam tahun;
yang menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib;
“sekolah kebangsaan” ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan—
yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun;
bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; dan
bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya;
“sekolah kerajaan” atau “institusi pendidikan kerajaan” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah Bahagian IV;
“sekolah khas” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41;
Pendidikan 21
“sekolah menengah” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan menengah yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah;
“sekolah menengah kebangsaan” ertinya sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan—
yang menyediakan kursus pendidikan menengah selama lima tahun yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah;
bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya;
bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; dan
bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian; dan
mengadakan perabot atau kelengkapan bagi premis yang baru, diubah atau ditambah; atau
apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan;
“surat” ertinya surat yang disampaikan dengan tangan atau melalui pos;
“surat cara pengelolaan” ertinya surat cara pengelolaan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 53;
“tadika” ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;
“tempat” ertinya mana-mana tempat, sama ada tempat awam atau persendirian;
Pendidikan 23
“umur”, berhubung dengan seseorang murid, ertinya umur yang dicapai oleh murid itu pada hari pertama dalam bulan pertama tahun persekolahan yang berkenaan.
yang menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan, dan termasuklah mana-mana sekolah sedemikian yang menyediakan kelas peralihan;
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
“sekolah rendah” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid yang berumur dari enam tahun;
“sekolah swasta” atau “institusi pendidikan swasta” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan;
“sumbangan bantuan” ertinya apa-apa bayaran daripada wang awam, selain sumbangan modal, yang dibuat kepada sesuatu institusi pendidikan;
“sumbangan modal” ertinya bayaran daripada wang awam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi—
Bahagian II
Pelantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan
Hendaklah ada seorang Ketua Pengarah Pendidikan yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan.
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan hendaklah menasihati Menteri tentang hal yang berkaitan dengan pendidikan.
Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain
Hendaklah ada—
bagi setiap Negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang
Pengarah Pendidikan; dan
bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam sesuatu Negeri yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru
Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar
Institusi Pendidikan dan Guru.
Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Institusi
Pendidikan dan Guru bagi setiap Negeri dan bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru, Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan dan Penolong
Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini.
Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, dan
Penolong Pendaftar hendaklah di bawah arahan dan kawalan Ketua
Pendaftar.
Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa dan fungsi sedemikian bolehlah dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar, atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua
Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Ketua Pendaftar.
Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah
Menteri hendaklah melantik Nazir Sekolah lain yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini.
Semua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen (2)
hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Nazir Sekolah.
Pendidikan 25
Pengarah Peperiksaan
Pengarah
Peperiksaan hendaklah, tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 68, bertanggungjawab atas pengendalian peperiksaan bagi maksud Akta ini.
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik di bawah Bahagian ini arahan yang bersifat am, dan selaras dengan peruntukan Akta ini, tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pegawai itu oleh, dan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai itu di bawah, Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubung dengan segala hal yang didapati oleh Menteri menyentuh Dasar Pendidikan
Kebangsaan, dan pegawai itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas
pengelola atau mana-mana anggota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau pekerja atau guru besar, sesuatu institusi pendidikan; dan
anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta Pelajaran 1961 [Akta 43 tahun 1961], arahan, yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubung dengan apa-apa
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
perkara yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.
Perubahan nama
Perubahan nama daripada “Ketua Pendaftar Sekolah dan
Guru”, “Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru”, “Pendaftar
Sekolah dan Guru” dan “Penolong Pendaftar Sekolah dan Guru”
masing-masing kepada “Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan
Guru”, “Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru”,
“Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru” dan “Penolong Pendaftar
Institusi Pendidikan dan Guru” tidaklah menyentuh apa-apa kuasa, hak, keistimewaan, tanggungan, kewajipan atau obligasi “Ketua
Pendaftar Sekolah dan Guru”, “Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan
Guru”, “Pendaftar Sekolah dan Guru” dan “Penolong Pendaftar
Sekolah dan Guru” atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap mereka.
Pendidikan 27
Bahagian III
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan orang lain yang dilantik oleh Menteri.
Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Bahagian ini, setiap anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat pelantikannya.
Apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
Fungsi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah, apabila apa-apa perkara dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (1), menimbangkan perkara itu dan mengemukakan nasihatnya kepada
Menteri.
Hak kehadiran
Menteri boleh menghadiri, dan boleh menamakan wakil untuk menghadiri, mana-mana mesyuarat Majlis Penasihat Pendidikan
Kebangsaan.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, boleh melalui peraturan-peraturan sedemikian mengadakan peruntukan tentang—
apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi Majlis berfungsi dengan sepatutnya.
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri
Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majlis Penasihat Pendidikan
Kebangsaan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Bahagian IV
Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada—
pendidikan tinggi, tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.
Kategori institusi pendidikan
Pendidikan 29
Pendidikan Kebangsaan, iaitu—
Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah
Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.
Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual diajarkan di sekolah itu.
Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menambah, meminda atau mengubah Jadual.
Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan
Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melainkan jika dikecualikan selainnya oleh atau di bawah Akta ini.
Tadika
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika
Pendidikan 31
Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.
Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Bahasa pengantar di tadika
Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa selain bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
tadika menggunakan bahasa selain bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan pendidikan prasekolah
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.
Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak
Peruntukan Bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan taman sedemikian.
Ketidakpakaian seksyen 18 dan 19
Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika.
Hendaklah menjadi kewajipan Menteri mengadakan pendidikan rendah di sekolah rendah kerajaan dan di sekolah rendah bantuan kerajaan.
Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah itu.
Pendidikan 33
Tempoh pendidikan rendah
Sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan atau sekolah swasta yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mengadakan kursus pendidikan rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun.
Pendidikan rendah wajib
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib.
Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.
Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat itu.
Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan seksyen ini.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas di mana-mana sekolah menengah kebangsaan.
Penubuhan dan penyenggaraan sekolah menengah
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan mana-mana sekolah yang diperihalkan dalam seksyen 30.
Kelas peralihan
Menteri boleh mengadakan kelas peralihan di mana-mana sekolah menengah kebangsaan akademik.
Menteri boleh mengadakan pendidikan lepas menengah di—
sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam perenggan 30(1)(a) dan (1)(b);
mana-mana sekolah menengah kebangsaan atau institusi pendidikan lain yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh
Menteri di bawah Akta ini.
Bab 5A – Kolej Vokasional
Penubuhan dan penyenggaraan kolej vokasional
Pendidikan 35
Kolej vokasional yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah mengadakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional bagi murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah.
Kurikulum Standard Kolej Vokasional hendaklah digunakan oleh kolej vokasional
Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional, yang hendaklah digunakan oleh semua kolej vokasional.
Kerjasama dengan institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian lain
meningkatkan kemahiran pendidikan dan latihan teknik dan vokasional murid;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
melaksanakan apa-apa pendidikan dan latihan teknik dan vokasional yang dianggap sesuai dan bermanfaat bagi kolej vokasional atau murid.
Mana-mana program atau latihan yang dijalankan dengan kerjasama suatu institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian di bawah subseksyen (1) hendaklah menggunakan Kurikulum Standard
Kolej Vokasional.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan kolej vokasional
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—
Kurikulum Standard Kolej Vokasional yang hendaklah termasuk pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid pada akhir tempoh pendidikan vokasional;
penjalanan pengukuran atau penilaian dan pengendalian peperiksaan bagi kolej vokasional oleh
Pengarah
Peperiksaan;
disiplin pelajar, termasuk disiplin dan aktiviti murid semasa mengikuti kursus pengajian, latihan atau program di luar kolej vokasional;
tempoh semester kolej vokasional, hari dan waktu murid hendaklah hadir di kolej vokasional dan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua kolej vokasional atau mana-mana kolej vokasional;
Pendidikan 37
penerimaan masuk murid ke kolej vokasional, penyimpanan daftar murid, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di kolej vokasional atau dalam mana-mana kelas di kolej vokasional;
penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid kolej vokasional;
apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Bab ini.
maktab, selain maktab yang bertaraf Universiti atau Kolej
Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];
apa-apa institusi pendidikan lain, yang penubuhan atau penyenggaraannya tidak diperuntukkan di bawah Akta ini atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Menteri boleh memberikan sumbangan bantuan kepada institusi pendidikan, yang tidak ditubuhkan olehnya, yang termasuk dalam perenggan (1)(a) atau (1)(b).
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
mana-mana sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam seksyen 30; atau
institusi pendidikan lain yang diperihalkan dalam perenggan 34(1)(a) atau (1)(c).
Bagi maksud subseksyen (1), pendidikan dan latihan teknik dan vokasional termasuklah penyediaan—
apa-apa latihan teknik atau vokasional lain yang diluluskan oleh Menteri.
Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri
Menteri boleh mengadakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional di—
boleh—
menawarkan kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri; dan
menganugerahkan sijil, diploma atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan.
Pendidikan 39
Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan teknik dan vokasional
meningkatkan kemahiran teknik dan vokasional guru, pekerja dan murid politeknik itu; dan
melaksanakan apa-apa program latihan yang dianggap oleh
Menteri sesuai dan bermanfaat bagi politeknik atau muridnya atau gurunya.
Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.
Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang diberikan oleh universiti, dsb.
Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.
Menteri tidak boleh memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa politeknik itu
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
telah membuat segala perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan politeknik
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan sedemikian boleh mengadakan peruntukan bagi—
penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan untuk politeknik;
penubuhan lembaga atau badan untuk menghasilkan, mengawasi dan mengubahsuaikan kurikulum kursus pengajian dan program latihan yang ditawarkan oleh politeknik;
penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di politeknik; dan
apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.
Pendidikan 41
Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b)
atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh
Menteri suai manfaat.
Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas
tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;
kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.
tidak boleh kurang dari tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b)
hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Tiada seorang pun boleh menubuhkan atau menyenggarakan suatu institut pendidikan guru melainkan dengan kelulusan Menteri.
Pendaftaran institut pendidikan guru
Semua institut pendidikan guru, yang penubuhan atau penyenggaraannya telah diluluskan di bawah seksyen 42, hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.
Penganugerahan sijil atau kelayakan lain oleh institut pendidikan guru
Institut pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh menganugerahkan sijil, diploma, ijazah perguruan atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan.
Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institut pendidikan guru
Walau apa pun seksyen 42, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institut pendidikan guru dan mengadakan pendidikan guru di dalamnya.
Institut pendidikan guru hendaklah mengendalikan kursus pengajian yang diluluskan oleh Menteri
Tiap-tiap institut pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Bab ini hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri.
Pendidikan 43
Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah, dsb. yang diberikan oleh universiti, dsb.
Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.
Menteri tidak boleh memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa institut pendidikan guru itu telah membuat perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Surat cara pengelolaan bagi institut pendidikan guru
Tiap-tiap surat cara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah diluluskan oleh, dan hendaklah diserahkan kepada, Ketua
Pendaftar pada masa pendaftaran.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Tiap-tiap surat cara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan bagi penubuhan lembaga pengelola, dengan seorang pengerusi, bagi pengurusan institut pendidikan guru itu oleh pengelola mengikut cara yang selaras dengan Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Tiap-tiap surat cara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat, dipinda atau dibatalkan mengikut cara yang ditetapkan.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan institut pendidikan guru
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—
penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan bagi pendidikan guru;
kursus pengajian dan program latihan yang hendaklah dijalankan oleh institut pendidikan guru;
penganugerahan sijil, diploma, ijazah perguruan atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan;
penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di peringkat maktab, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa;
tatacara bagi permohonan bagi penubuhan dan pendaftaran institut pendidikan guru; dan
Pendidikan 45
apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.
Pengajaran agama Islam
Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan yang tertentu.
Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu.
Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di institusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama Islam.
Pengajaran pengetahuan agama selain agama Islam
Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran bagi agama selain agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi—
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen; dan
tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.
Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan IsIam yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri atau Kerajaan
Negeri
Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh
Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam, yang tidak disenggarakan oleh
Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan sama ada yang merupakan suatu institusi pendidikan mengikut pengertian
Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama
Islam semata-mata.
Tiap-tiap surat cara pengelolaan hendaklah mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu lembaga pengelola, dengan seorang pengerusi, bagi pengurusan institusi pendidikan itu oleh pengelola mengikut cara yang selaras dengan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan kecuali sekolah jenis kebangsaan dan sekolah yang ditentukan oleh Menteri.
Pendidikan 47
Tiap-tiap surat cara pengelolaan hendaklah dibuat, dipinda atau dibatalkan mengikut cara yang ditetapkan.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan surat cara pengelolaan
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan kewajipan yang berlainan bagi pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan dalam kategori yang berlainan.
Institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut surat cara pengelolaannya
Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini dan khususnya peruntukan tentang pengecualian, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut surat cara pengelolaannya.
Kuasa Menteri untuk melantik pengelola tambahan
bahawa disiplin di sesuatu institusi pendidikan tidak dijaga dengan secukupnya;
bahawa terma surat cara pengelolaan sesuatu institusi pendidikan sengaja tidak diendahkan;
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
bahawa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sengaja tidak diendahkan; atau
dalam hal suatu institusi pendidikan bantuan kerajaan, harta atau wang institusi pendidikan itu tidak ditadbirkan dengan sepatutnya, dia boleh melantik dengan menyatakan namanya, pengelola tambahan bagi institusi pendidikan itu sebagaimana yang difikirkannya layak.
Menteri boleh, mengikut budi bicaranya, pada bila-bila masa memberhentikan seorang pengelola tambahan yang dilantik di bawah subseksyen (1).
Pengelola tambahan yang dilantik bagi institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi segala maksud disifatkan menjadi pengelola institusi pendidikan itu.
Bab 3 Bahagian VIII tidaklah terpakai bagi pengelola tambahan yang dilantik di bawah subseksyen (1).
Pelantikan guru di bawah surat cara pengelolaan dan Akta
Jika Menteri berpuas hati—
Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, guru di institusi pendidikan selain institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan hendaklah dilantik mengikut surat cara pengelolaan.
Kuasa Menteri berhubung dengan penjalanan fungsi, dsb.
pengelolanya telah bertindak atau bercadang untuk bertindak dengan tidak munasabah berkenaan dengan penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan atau
Pendidikan 49
penunaian mana-mana kewajipan yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini; atau
pengelolanya telah tidak menunaikan mana-mana kewajipan yang dikenakan ke atas mereka oleh atau di bawah Akta ini,
Menteri boleh—
(aa) memberikan apa-apa arahan bertulis tentang penjalanan kuasa atau penunaian kewajipan itu sebagaimana yang didapati oleh Menteri adalah suai manfaat, dan adalah menjadi kewajipan pengelola itu untuk mematuhi arahan itu; atau
(bb) menggantung atau membuang kerja semua atau mana-mana pengelola itu dan, walau apa pun peruntukan mana-mana surat cara pengelolaan yang berhubungan dengan institusi itu, melantik seseorang atau orang yang difikirkannya layak untuk mempunyai dan menjalankan semua fungsi pengelola itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya.
Jika pada bila-bila masa, bagi sesuatu institusi pendidikan, tidak ada lembaga pengelola yang ditubuhkan di bawah Akta ini
Menteri boleh melantik seseorang atau orang yang difikirkannya layak untuk menjalankan fungsi pengelola bagi institusi itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya.
Pembubaran lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
telah melanggar mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh
Menteri di bawah seksyen 9;
telah melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 82(3);
telah tidak mematuhi atau melaksanakan mana-mana peruntukan surat cara pengelolaan institusi pendidikan itu;
telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi maksud yang memudaratkan kepentingan
Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau yang berlawanan dengan kepentingan awam; atau
telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi apa-apa kegiatan atau maksud yang menyalahi undang-undang, atau bagi apa-apa kegiatan atau maksud sesuatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain yang menyalahi undang-undang.
Jika Menteri membubarkan sesuatu lembaga di bawah subseksyen (1), dia hendaklah menyatakan dalam notis itu alasan bagi pembubaran itu dan tarikh pembubaran itu hendaklah berkuat kuasa.
Notis pembubaran hendaklah mengandungi arahan berbangkit
Notis pembubaran sesuatu lembaga di bawah subseksyen 59(1)
boleh mengandungi segala arahan yang bersifat sampingan, berbangkit, tambahan atau peralihan yang difikirkan oleh Menteri perlu, suai manfaat atau patut diberikan.
Pendidikan 51
Menteri hendaklah melantik lembaga yang lain apabila lembaga dibubarkan
Jika Menteri tidak melantik lembaga di bawah subseksyen (1), kuasa, fungsi dan kewajipan lembaga itu hendaklah dijalankan oleh guru besar institusi pendidikan itu atau oleh mana-mana orang lain yang dinamakan oleh Menteri dan yang hendaklah merupakan seorang anggota perkhidmatan awam.
Selepas pembubaran lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan di bawah seksyen 59, seksyen 53, 54, 55, 56 dan 87 tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan itu.
Pembubaran lembaga pengurus atau lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan
sekolah rendah kebangsaan kerajaan atau sekolah menengah kebangsaan kerajaan yang ditentukan oleh
Menteri, yang ditubuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah dibubarkan pada tarikh itu mengikut cara yang ditentukan oleh
Menteri, dan sesudah itu ia hendaklah berhenti mengambil pekerja dan terhenti menjadi majikan bagi guru dan pekerja lain, dan tiap-tiap surat cara pengurusan atau pengelolaan yang berkaitan dengan institusi pendidikan itu hendaklah terhenti berkuat kuasa.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Apabila lembaga pengurus atau lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan dibubarkan di bawah subseksyen (1)—
seseorang yang bertindak sebagai pengurus atau pengelola sebaik sahaja sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah berhenti bertindak sedemikian;
segala hak, obligasi dan liabiliti yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, adalah menjadi tanggungjawab lembaga hendaklah pada tarikh itu turun kepada Kerajaan; dan
seksyen 53, 54, 55, 56, 59 dan 87 tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan itu.
Tafsiran
Tiap-tiap lembaga pengurus atau lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan kecuali—
Sebutan mengenai lembaga pengelola dalam Bab ini hendaklah, berhubung dengan Sabah dan Sarawak, termasuk Jawatankuasa
Pengurusan.
Kuasa Menteri untuk memberikan bantuan
Tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Menteri boleh memberikan sama ada bantuan kewangan atau selainnya berkenaan dengan murid atau mana-mana golongan murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan bantuan itu boleh termasuk—
tempat tinggal;
perkhidmatan perubatan dan pergigian, bagi maksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka atau bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka.
Pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadap murid
Seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh
Menteri boleh menghendaki ibu bapa atau penjaga murid institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan menyebabkan murid itu menjalani pemeriksaan perubatan atau pergigian, mengikut persediaan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekolah, atau oleh seorang pengamal perubatan atau pengamal pergigian berdaftar, dan seseorang yang tidak mematuhi kehendak itu tanpa alasan yang munasabah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
Kemudahan penginapan
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh seksyen 64, Menteri boleh, jika tidak boleh semunasabahnya disediakan bagi murid pendidikan atau latihan yang diperlukan melainkan jika tempat penginapan disediakan, membuat perkiraan bagi mengadakan tempat
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
penginapan (sama ada percuma atau tertakluk kepada apa-apa bayaran yang diperuntukkan dalam perkiraan itu) yang difikirkannya sesuai.
Bahagian V
Penilaian murid
Penilaian yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) adalah tambahan kepada mana-mana peperiksaan yang ditetapkan.
Peperiksaan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan bagi—
masa dan tempat peperiksaan akan diadakan, dan kelayakan serta syarat untuk mengambil peperiksaan;
pengendalian peperiksaan termasuklah penubuhan badan atau lembaga untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan; dan
kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah Peperiksaan.
Pendidikan 55
Larangan tentang pengendalian peperiksaan
Dalam memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1),
Pengarah Peperiksaan boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Sebutan dalam seksyen ini mengenai pengadaan atau pengendalian peperiksaan hendaklah disifatkan termasuk perbuatan—
memungut atau menerima apa-apa fi atau bayaran atau apa-apa derma atau hadiah berkenaan dengan sesuatu peperiksaan;
menyediakan apa-apa sukatan pelajaran, kursus atau skim pengajian berkenaan dengan sesuatu peperiksaan;
memeriksa atau menggred jawapan atau respons kepada soalan atau ujian dalam sesuatu peperiksaan;
mengeluarkan atau menganugerahkan apa-apa diploma atau dokumen lain atau pengiktirafan dalam bentuk lain berkenaan dengan sesuatu peperiksaan, dan apa-apa perbuatan lain yang berhubungan dengan pengadaan atau pengendalian sesuatu peperiksaan, tidak kira sama ada perbuatan itu dilakukan sebelum atau selepas peperiksaan.
Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
badan atau lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan di bawah perenggan 68(e);
Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah
Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225]; dan
sesuatu institusi pendidikan yang mengendalikan peperiksaan, ujian atau dalam bentuk penilaian lain bagi maksud menilai muridnya sendiri.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana sekatan, terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VI
Menteri bertanggungjawab ke atas pendidikan tinggi
Menteri boleh mengadakan pendidikan tinggi di institusi pendidikan tinggi mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendidikan tinggi dan hendaklah bertanggungjawab tentang arahan am kepada institusi pendidikan tinggi itu.
Penubuhan institusi pendidikan tinggi, dsb. dilarang
menubuhkan, membentuk, menggalakkan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk, atau ke arah penubuhan atau pembentukan, suatu institusi pendidikan tinggi;
Pendidikan 57
memungut, memberikan atau menerima apa-apa wang, sumbangan, hadiah atau derma, atau melakukan apa-apa perbuatan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk suatu institusi pendidikan tinggi;
mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan mana-mana kelas bagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi melainkan jika kelas itu dikendalikan, diuruskan atau disenggarakan oleh suatu institusi pendidikan tinggi; dan
menubuhkan, mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan institusi pendidikan tinggi dengan menggunakan perkataan “universiti”, kecuali mengikut mana-mana undang-undang bertulis mengenai pendidikan tinggi.
Penalti
Seseorang yang melanggar seksyen 71 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VII
Kecualian yang berhubungan dengan institusi pendidikan swasta
Walau apa pun subseksyen (1), tiap-tiap institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhi peruntukan Akta ini dan semua peraturan-
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang terpakai bagi institusi pendidikan itu.
Bahagian ini tidak terpakai bagi institusi pendidikan tinggi swasta.
Institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhi kehendak
Kurikulum
Kebangsaan dan menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan
Institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan rendah atau menengah atau kedua-duanya hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan dan hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
Mata pelajaran yang dikehendaki diajarkan di institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan lepas menengah
bahasa kebangsaan, jika bahasa pengantarnya ialah suatu bahasa selain bahasa kebangsaan;
bahasa Inggeris, jika bahasa pengantarnya ialah suatu bahasa selain bahasa Inggeris;
pengajian yang berhubungan dengan pendidikan Islam bagi murid yang menganut agama Islam; dan
pendidikan moral bagi murid yang tidak menganut agama
Islam, berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.
Pendidikan 59
Mata pelajaran yang disebut dalam perenggan (1)(a) hingga (1)(e)
hendaklah diajarkan sebagai tambahan kepada apa-apa mata pelajaran atau kursus pengajian lain yang diajarkan di institusi pendidikan swasta itu.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi mengawasi dan mengawal taraf pendidikan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan atau pengawalan taraf pendidikan di institusi pendidikan swasta.
Larangan tentang kursus pengajian dan latihan berkenaan dengan ijazah, dsb. yang diberikan oleh universiti, dsb.
Menteri tidak boleh memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa institusi pendidikan swasta itu telah membuat perkiraan yang sesuai dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi atau institusi pendidikan atau organisasi pendidikan lain itu tentang kemudahan bagi penyediaan kursus pengajian atau program latihan yang disebut dalam subseksyen itu.
Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabila memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1).
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pemakaian peruntukan lain dalam Akta bagi institusi pendidikan swasta
Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menyentuh atau mengurangkan pemakaian peruntukan lain dalam Akta ini bagi institusi pendidikan swasta kecuali setakat yang institusi pendidikan itu telah dengan nyatanya dikecualikan.
Bahagian VIII
Permohonan untuk didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.
Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabila mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1).
Daftar
Ketua Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu daftar institusi pendidikan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan.
Pendidikan 61
Perakuan pendaftaran sementara
Perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh, menurut budi bicara Ketua Pendaftar, dibatalkan pada bila-bila masa melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang yang kepadanya perakuan itu dikeluarkan.
Pendaftaran
Pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah menyebabkan sesalinan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) sentiasa dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat di premis institusi pendidikan itu.
Ketua
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut sebelum pendaftaran.
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Perubahan berkenaan dengan premis institusi pendidikan
Permohonan untuk menukar alamat premis institusi pendidikan atau untuk membuat perubahan kepada premis hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan.
Keengganan untuk mendaftarkan institusi pendidikan
Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan jika dia berpuas hati—
bahawa institusi pendidikan itu tidak memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan;
bahawa institusi pendidikan itu digunakan atau mungkin digunakan bagi maksud yang memudaratkan kepentingan
Malaysia, awam atau murid;
bahawa nama yang dengannya institusi pendidikan itu hendak didaftarkan adalah, pada pendapatnya, tidak sesuai;
bahawa kemudahan pendidikan yang sedia ada sudah mencukupi di dalam kawasan yang institusi pendidikan itu dicadangkan dibuka;
bahawa suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan sesuatu butir yang material telah dibuat dalam atau berkaitan dengan permohonan pendaftaran itu;
bahawa orang yang memohon mendaftarkan institusi pendidikan itu tidak atau enggan mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 82(3); atau
Pendidikan 63
bahawa orang yang dilantik menjadi pengerusi lembaga pengelola atau guru besar bukanlah seorang yang layak dan sesuai atau bertanggungjawab untuk bertindak sebagai pengerusi atau guru besar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan institusi pendidikan
Pemohon yang terkilan dengan keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya mengikut subseksyen (1), merayu kepada Menteri dan keputusan
Menteri adalah muktamad.
Larangan tentang pengiklanan, dsb.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
bahawa pendaftaran institusi pendidikan itu diperoleh oleh sebab kesilapan atau apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan;
bahawa pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu telah membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan suatu butir yang material pada mempromosi institusi pendidikan itu;
bahawa terdapat pelanggaran mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 79(3);
bahawa lembaga pengelola institusi pendidikan itu tidak ada pengerusi, atau bahawa orang yang dilantik menjadi pengerusi lembaga pengelola atau menjadi guru besar bukanlah orang yang layak dan sesuai atau bertanggungjawab untuk bertindak sebagai pengerusi atau guru besar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pendidikan 65
Ketua Pendaftar boleh bertindak di bawah subseksyen (1) jika dia ada sebab untuk mempercayai bahawa suatu institusi pendidikan berdaftar tidak lagi wujud.
Notis tentang niat untuk membatalkan pendaftaran sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan alasan yang berasaskannya pendaftaran dicadangkan dibatalkan.
Jika notis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepada orang yang disebut dalam subseksyen itu, dia boleh dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya merayu kepada Menteri.
Jika tiada rayuan dibuat di bawah subseksyen (4), atau jika suatu rayuan telah dibuat tetapi ditolak, Ketua Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran institusi pendidikan itu dengan serta-merta;
dan dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh pembatalan itu, pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuan pendaftaran institusi pendidikan itu dan surat cara pengelolaannya kepada Ketua Pendaftar, dan pengerusi dan pengelola serta tiap-tiap pekerja institusi pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuan pendaftaran mereka yang dikeluarkan di bawah Akta ini kepada Ketua Pendaftar.
Permohonan untuk didaftarkan sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan.
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Pendaftaran pengelola dan pekerja
Ketua
Pendaftar boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan—
kepada seseorang yang memohon untuk didaftarkan di bawah Bab ini (sama ada semasa institusi pendidikan itu didaftarkan atau selepasnya); atau
kepada seseorang yang diperlukan untuk bertindak secara sementara sebagai pengelola atau pekerja, suatu permit, dalam apa-apa borang yang ditetapkan, untuk bertindak atas sifat itu, dan semasa permit itu berkuat kuasa orang yang kepadanya permit itu dikeluarkan hendaklah disifatkan sebagai berdaftar di bawah Akta ini.
Permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar pada bila-bila masa dan, dalam hal seseorang yang memohon untuk didaftarkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila orang yang kepadanya permit itu dikeluarkan didaftarkan di bawah Akta ini.
Alasan bagi keengganan untuk mendaftarkan pengelola atau pekerja
orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama
Pendidikan 67
tempoh yang tidak kurang dari satu tahun atau denda yang tidak kurang daripada dua ribu ringgit;
orang itu telah, selain atas sebab sesuatu institusi pendidikan tidak lagi wujud sahaja, dikeluarkan daripada mana-mana daftar yang diwujudkan di bawah Akta ini atau di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bersamaan yang terdahulu;
orang itu telah membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam, atau berkaitan dengan, permohonannya untuk didaftarkan, atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta yang material bagi permohonan itu; atau
Ketua Pendaftar hendaklah enggan mendaftarkan seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun sebagai pengelola.
Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan pengelola atau pekerja
Apabila Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan seseorang sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan di bawah seksyen 90 dia hendaklah memberitahu orang itu melalui notis bertulis tentang keengganan itu.
Rayuan terhadap keengganan untuk mendaftarkan pengelola atau pekerja
Seseorang yang terkilan dengan keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkannya sebagai pengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikan boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh dia diberitahu tentang keengganan itu mengikut seksyen 91, merayu kepada Menteri.
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengeluarkan pengelola atau pekerja daripada daftar
jika didapati oleh Ketua Pendaftar bahawa orang itu bukanlah seorang yang, demi kepentingan Malaysia, awam atau mana-mana orang, patut kekal sebagai pengelola atau pekerja; atau
yang telah memperoleh pendaftarannya akibat suatu kesilapan atau apa-apa butir yang palsu atau mengelirukan yang diberikan dalam atau berkaitan dengan permohonannya untuk didaftarkan.
Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorang pun boleh dikeluarkan daripada daftar di bawah perenggan (1)(a) atas sebab apa-apa fakta atau hal yang berlaku sebelum tarikh pendaftarannya dan yang telah diberitahu kepada Pendaftar sebelum tarikh itu.
Persaraan pengelola dan pekerja
Ketua Pendaftar hendaklah, apabila menerima laporan di bawah subseksyen (1), dengan segera mengeluarkan pengelola atau pekerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada daftar.
Pendidikan 69
Orang yang dikeluarkan daripada daftar hendaklah diberitahu
Apabila seseorang dikeluarkan daripada daftar di bawah seksyen 93 atau 94 Ketua Pendaftar hendaklah dengan segera memberitahu orang itu melalui notis bertulis bahawa dia telah dikeluarkan sedemikian dan alasan pengeluarannya itu.
Rayuan terhadap pengeluaran daripada daftar
atau 94 boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis disampaikan kepadanya mengikut seksyen 95, merayu kepada Menteri.
Penyerahan balik perakuan pendaftaran
Jika rayuan dibuat di bawah seksyen 96, perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak perlu diserahkan balik sehingga rayuan itu diputuskan dengan memihak kepada Ketua Pendaftar.
Pengelola, guru besar atau orang lain yang bertanggungjawab tentang pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan, mengikut cara yang ditetapkan, suatu daftar yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan mengenai semua murid di institusi pendidikan itu.
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Pemeriksaan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa
Ketua Pendaftar hendaklah, dari semasa ke semasa, memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dan sedang dipatuhi.
Kuasa Ketua Pendaftar semasa memeriksa institusi pendidikan yang berdaftar
memasuki mana-mana premis dan memeriksa mana-mana buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang difikirkannya perlu; dan
mengambil dan menahan apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang didapatinya memudaratkan kepentingan awam atau murid atau yang, pada pendapatnya, boleh menjadi bukti pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa ketika menjalankan dengan sahnya pemeriksaan di sesuatu institusi pendidikan di bawah
Akta ini menghendaki mana-mana orang, yang menjadi pengelola, pekerja, guru atau murid institusi pendidikan itu, supaya mengemukakan untuk pemeriksaannya apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang berhubungan dengan pengurusan, atau pengajaran yang dijalankan di, institusi pendidikan itu yang ada dalam milikan orang itu atau yang di bawah kawalannya atau yang orang itu mempunyai kuasa untuk mengemukakan.
Pendidikan 71
Pemeriksaan premis institusi pendidikan yang tidak berdaftar
Pendaftar boleh—
Jika Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain sedang digunakan sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Akta ini, Ketua Pendaftar atau pegawai awam atau pegawai polis itu, dengan disertai oleh mana-mana orang yang difikirkannya perlu, boleh—
menyita dan menahan apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang terdapat di dalamnya yang didapatinya boleh menjadi bukti pelakuan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau yang tampaknya adalah harta, atau telah digunakan berkaitan dengan, sesuatu institusi pendidikan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini.
Kuasa untuk menutup institusi pendidikan yang tidak berdaftar
Apa-apa tindakan yang diambil di bawah subseksyen (1)
berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain tidaklah menghalang Ketua Pendaftar daripada mendakwa mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan atau tempat itu sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Akta ini.
Bahagian IX
Subseksyen (1) tidaklah terpakai —
bagi seseorang yang menjadi anggota Perkhidmatan
Pendidikan yang mengajar di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan;
bagi seseorang yang kepadanya suatu permit untuk mengajar telah dikeluarkan di bawah seksyen 114; dan
bagi seseorang murid di sesuatu institusi pendidikan bagi latihan guru yang ditubuhkan oleh dan di bawah kawalan langsung Menteri.
Daftar guru
Ketua Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan dalam bentuk yang ditetapkan suatu daftar guru yang di dalamnya hendaklah dicatatkan apa-apa butir yang ditetapkan.
Pendidikan 73
Permohonan untuk didaftarkan sebagai guru
Permohonan untuk didaftarkan sebagai guru hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan.
Kuasa Ketua Pendaftar untuk enggan mendaftarkan seseorang sebagai guru
Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan seseorang sebagai guru di bawah Akta ini jika dia berpuas hati bahawa orang itu—
tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua
Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu;
telah membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan atau yang orang itu tahu adalah palsu atau mengelirukan dalam, atau berkaitan dengan permohonannya supaya didaftarkan atau telah dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta yang material bagi permohonan itu;
menanggung suatu kecacatan jasmani atau mental atau penyakit, yang pada pendapat Ketua Pendaftar, menjadikan orang itu tidak sesuai menjadi guru;
telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang dari satu tahun atau denda yang tidak kurang daripada dua ribu ringgit; atau
bukanlah seorang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai guru.
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan seseorang sebagai guru
Apabila Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan seseorang di bawah seksyen 106 dia hendaklah, melalui notis bertulis, memberitahu orang itu tentang keengganannya dengan menyatakan alasan bagi keengganan itu.
Rayuan terhadap keengganan untuk mendaftarkan seseorang sebagai guru
Seseorang yang terkilan dengan keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkannya sebagai guru boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis disampaikan kepadanya mengikut seksyen 107, merayu kepada Menteri.
Pendaftaran guru
Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabila mendaftarkan seseorang pemohon di bawah subseksyen (1) dan dia boleh pada bila-bila masa membatalkan, mengubah atau menambah terma dan syarat itu.
Pembatalan pendaftaran selepas diberikan notis
bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat sedemikian atas mana-mana alasan yang disebut dalam perenggan 106(c)
hingga (e);
bahawa seseorang guru berdaftar telah melakukan pelanggaran atau telah tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 109(2);
bahawa pendaftaran seseorang guru telah diperoleh disebabkan oleh kesilapan atau apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkaitan dengan suatu permohonan untuk didaftarkan; atau
bahawa ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengekalan pendaftaran orang itu sebagai guru akan memudaratkan kepentingan institusi pendidikan itu atau murid, dia boleh menyampaikan kepada guru itu notis tentang niat untuk membatalkan pendaftaran guru itu.
Seseorang guru yang kepadanya telah disampaikan suatu notis menurut subseksyen (1) boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya, merayu kepada Menteri.
Jika tiada rayuan dibuat dalam tempoh yang ditentukan dalam subseksyen (2) atau jika rayuan telah dibuat tetapi ditolak, Ketua
Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan pendaftaran itu dan menyampaikan suatu notis kepada guru itu yang memberitahunya bahawa pendaftarannya telah dibatalkan.
Tiada pembatalan pendaftaran boleh dibuat di bawah seksyen ini berasaskan mana-mana alasan yang disebut dalam perenggan 106(d) dan
disebabkan apa-apa fakta atau hal yang berlaku sebelum tarikh pendaftaran seseorang guru dan yang telah diberitahu kepada Ketua
Pendaftar sebelum tarikh itu.
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Rayuan
Pendidikan 75
Syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 109(2).
Pengeluaran daripada daftar
Jika pendaftaran seseorang guru telah dibatalkan di bawah seksyen 110 dan notis telah disampaikan di bawah subseksyen 110(3), Ketua
Pendaftar hendaklah dengan segera mengeluarkan guru itu daripada daftar, dan guru itu hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya, menyerahkan balik perakuan pendaftarannya kepada Ketua Pendaftar.
Peruntukan peralihan tentang pendaftaran guru
Seseorang yang pada tarikh yang ditetapkan adalah berdaftar atau disifatkan berdaftar sebagai guru di bawah Akta Pelajaran 1961
hendaklah disifatkan telah didaftarkan sedemikian di bawah Akta ini dan hendaklah tertakluk kepada Akta ini.
seseorang guru pelatih, selain mereka yang dinyatakan dalam perenggan 103(2)(c), yang sedang menjalani latihan
Pendidikan 77
menjadi guru mengikut mana-mana skim yang diluluskan oleh Menteri;
seseorang yang telah memohon untuk didaftarkan sebagai guru dan permohonannya belum diputuskan lagi; atau
Permit mengajar hendaklah dalam borang dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan.
Ketua Pendaftar boleh, pada bila-bila masa dan menurut budi bicaranya, membatalkan suatu permit mengajar dengan memberikan notis bertulis kepada pemegang permit itu.
Perakuan pendaftaran sebagai guru yang dikeluarkan di bawah
Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan pendaftaran guru atau apa-apa dokumen yang menjadi keterangan mengenai pendaftaran atau pengecualian daripada pendaftaran guru atau bahawa seorang guru itu disifatkan sebagai didaftarkan di bawah undang-undang itu, atau suatu permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114 hendaklah—
apabila orang yang kepadanya perakuan, dokumen atau permit itu dikeluarkan berhenti mengajar di sesuatu institusi pendidikan di Malaysia selama suatu tempoh berterusan yang melebihi dua tahun, atau apabila orang itu meninggal dunia;
apabila diminta secara bertulis oleh Ketua Pendaftar bagi tujuan pengubahan, pemindaan, pengendorsan atau penggantian; atau 78 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
dalam hal suatu permit, apabila tempoh kesahannya tamat, diserahkan balik kepada Ketua Pendaftar dalam masa dua puluh satu hari oleh orang yang kepadanya perakuan, dokumen atau permit itu dikeluarkan atau mana-mana orang yang ada dalam milikannya perakuan, dokumen atau permit itu.
Kewajipan guru untuk memberitahu tentang pertukaran institusi pendidikan
Tiap-tiap guru berdaftar hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh dia mula atau berhenti mengajar di sesuatu institusi pendidikan melaporkan secara bertulis kepada Ketua Pendaftar nama institusi pendidikan tempat dia mengajar atau berhenti mengajar dan tarikh dia mula mengajar atau berhenti mengajar di institusi pendidikan itu.
Bahagian X
Ketua Nazir hendaklah—
bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan;
memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang difikirkannya sesuai;
Pendidikan 79
apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh Menteri, memeriksa suatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa; dan
menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri atau sebagaimana yang ditetapkan.
Kuasa Nazir Sekolah untuk memberikan nasihat
Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru tentang perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran.
Sekatan ke atas perintah Nazir Sekolah
Ketua Nazir atau Nazir Sekolah tidak boleh mengeluarkan apa-apa perintah atau arahan kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan kecuali setakat yang dia diberi kuasa oleh mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Laporan Nazir Sekolah
Laporan tentang suatu institusi pendidikan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) adalah dokumen sulit tetapi boleh, menurut budi bicara Menteri, disediakan untuk didapatkan oleh mereka yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran institusi pendidikan itu dan
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
mana-mana guru di institusi pendidikan itu dan laporan itu yang disediakan untuk didapatkan sedemikian hendaklah disediakan untuk didapatkan secara keseluruhannya.
Bagi maksud membuat pemeriksaan ke atas institusi pendidikan di bawah seksyen 117 Ketua Nazir atau Nazir Sekolah (dalam seksyen ini disebut “Nazir”) boleh—
menghendaki pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu atau guru atau pekerja atau orang yang ditemui di institusi pendidikan itu—
mengemukakan bagi pemeriksaannya mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran atau rekod yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarkan atau yang akan diajarkan atau apa-apa buku, bahan, dokumen atau barang yang berhubungan dengan atau yang pada pendapat Nazir itu mungkin ada hubungan dengan pengajaran yang dijalankan di institusi pendidikan itu atau dengan pengurusan institusi pendidikan itu; dan
memberikan kepada Nazir itu apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengajaran di, atau pengelolaan, institusi pendidikan itu yang diminta oleh Nazir itu, dan yang pengerusi, pengelola, atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu, guru, pekerja atau orang itu mempunyai kuasa untuk memberikan.
Pendidikan 81
Ketua Nazir boleh memberi kuasa Pegawai Pendidikan untuk bertindak bagi pihaknya
Ketua Nazir boleh secara bertulis memberi kuasa Pegawai
Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 4 untuk bertindak bagi pihaknya dalam penjalanan kuasanya atau pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.
Bahagian XI
Kecualian yang berhubungan dengan Menteri
Kecuali setakat yang wang diluluskan atau diperuntukkan bagi maksud itu oleh Parlimen atau selainnya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai mengenakan apa-apa kewajipan kepada
Menteri untuk menubuhkan dan menyenggarakan suatu institusi pendidikan di bawah Akta ini atau untuk menyenggarakan keseluruhan atau sebahagian daripada suatu institusi pendidikan.
Sumbangan bantuan dan sumbangan modal hendaklah tertakluk kepada syarat, dsb. yang ditetapkan
Apa-apa sumbangan bantuan atau sumbangan modal yang boleh dibayar di bawah Akta ini kepada sesuatu institusi pendidikan, selain institusi pendidikan kerajaan, daripada wang yang diperuntukkan oleh
Parlimen bagi maksud itu hendaklah dibayar tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang ditetapkan.
Kuasa Menteri untuk menggantung atau mengkansel pembayaran apa-apa sumbangan
Menteri boleh menggantung atau mengkansel atau menyebabkan digantung atau dikansel pembayaran apa-apa sumbangan kepada sesuatu institusi pendidikan jika pengelola atau
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini.
Bahagian XII
Menteri hendaklah memutuskan rayuan selepas penyiasatan
Selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah memutuskan perkara rayuan itu dan membuat apa-apa perintah tentangnya sebagaimana yang difikirkannya wajar dan patut.
Keputusan
Menteri mengenai sesuatu rayuan adalah muktamad.
Kuasa Jawatankuasa Siasatan
Tertakluk kepada seksyen 129 dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Jawatankuasa Siasatan hendaklah mempunyai kuasa—
untuk memperoleh dan menerima segala keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang
(termasuklah perayu)
yang difikirkan wajar oleh
Jawatankuasa Siasatan;
Pendidikan 83
untuk menghendaki supaya keterangan seseorang diberikan dengan sumpah atau ikrar atau dengan akuan berkanun;
untuk memanggil mana-mana orang termasuklah perayu supaya hadir dan memberikan keterangan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
untuk menerima apa-apa keterangan bertulis atau lisan, walaupun keterangan itu tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan
untuk tidak membenarkan orang awam menyertai apa-apa penyiasatan atau mana-mana bahagiannya dan, jika
Jawatankuasa Siasatan berpendapat bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat sedemikian, menerima keterangan tanpa kehadiran perayu; tetapi jika keterangan diterima tanpa kehadiran perayu, Jawatankuasa Siasatan hendaklah memberitahu perayu tentang isi keterangan itu setakat yang bersesuaian dengan kepentingan awam untuk berbuat sedemikian, dan hendaklah dalam tiap-tiap kes sedemikian memasukkan dalam laporan kepada Menteri suatu kenyataan tentang hal keadaan yang membuatkan keterangan itu diterima.
Peguam bela dan peguam cara tidak boleh hadir di hadapan
Jawatankuasa Siasatan
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, tiada peguam bela atau peguam cara boleh dibenarkan hadir dalam mana-mana prosiding di hadapan
Jawatankuasa Siasatan.
Keterangan di hadapan Jawatankuasa Siasatan
Tiada seorang pun yang dikehendaki di bawah seksyen 127
untuk memberikan keterangan berkewajipan memberikan apa-apa keterangan yang mungkin boleh menunjukkan bahawa dia bersalah.
Bahagian XIII
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
penerimaan masuk murid ke institusi pendidikan, penyimpanan daftar murid di institusi pendidikan itu, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di sesuatu institusi pendidikan atau di dalam mana-mana kelas di institusi pendidikan itu;
tempoh penggal institusi pendidikan, hari dan waktu murid hendaklah hadir di institusi pendidikan itu dan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua institusi pendidikan atau mana-mana institusi pendidikan atau golongan institusi pendidikan yang ditentukan;
penubuhan dan pengurusan institusi pendidikan, dan kewajipan pengelola atau orang lain yang
Pendidikan 85
bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu;
bentuk yang mengikutnya daftar bagi pendaftaran institusi pendidikan atau pengelola atau pekerja hendaklah disimpan atau disenggarakan dan tatacara bagi pengeluaran cabutan daripadanya;
tatacara yang hendaklah diikuti dan fi yang disifatkan patut dikenakan berhubung dengan sesuatu permohonan bagi pendaftaran di bawah Akta ini, atau berhubung dengan apa-apa perakuan atau permit atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
tatacara yang hendaklah diikuti bagi pengubahan atau pemindaan perakuan pendaftaran atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan penggantian perakuan atau permit sedemikian yang hilang atau rosak;
disiplin di institusi pendidikan dan apa-apa kegiatan murid, sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, yang pada pendapat Menteri mungkin mempunyai kesan terhadap disiplin sesuatu institusi pendidikan;
Kurikulum Kebangsaan termasuklah mata pelajaran dan perkara, yang bukan pengajian yang berhubungan dengan agama di Malaysia, yang mengenainya ajaran boleh atau hendaklah diberikan di institusi pendidikan dan masa yang hendaklah ditumpukan kepada pengajian setiap mata pelajaran yang diajarkan di institusi pendidikan;
penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid atau persatuan murid dan guru, atau persatuan guru dan ibu bapa sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini boleh mengadakan peruntukan supaya persatuan guru dan ibu bapa sedemikian mengandungi mana-mana orang selain guru atau ibu bapa murid di institusi pendidikan yang berkenaan;
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
buku, bahan dan radas yang hendaklah digunakan di institusi pendidikan, dan kaedah pembelian buku, bahan dan radas itu;
larangan tentang penggunaan di sesuatu institusi pendidikan atau mana-mana golongan institusi yang ditentukan apa-apa buku atau bahan yang penggunaannya didapati tidak diingini;
larangan tentang penggunaan atau penghantaran kepada mana-mana murid oleh sesuatu pusat pendidikan jarak jauh atau pembekalan, pengimportan atau penjualan bagi kegunaan atau penghantaran oleh sesuatu pusat pendidikan jarak jauh, apa-apa bahan, buku, pelajaran, pengajaran atau bahan lain yang bercetak atau bertulis atau selainnya yang penggunaannya oleh pusat pendidikan jarak jauh itu didapati tidak diingini;
penyimpanan buku akaun dan pengauditan akaun institusi pendidikan yang menerima sumbangan;
piawaian, termasuklah piawaian kesihatan dan keselamatan, dan kegunaan premis institusi pendidikan yang perlu dipatuhi, dan penetapan piawaian dan kegunaan yang berlainan bagi apa-apa perihal institusi pendidikan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan sedemikian;
pendaftaran murid di institusi pendidikan, pemeriksaan daftar murid berkenaan, pengambilan cabutan daripada daftar itu bagi maksud Akta ini oleh orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu di bawah peraturan-peraturan, dan pemberian kepada mana-mana pihak berkuasa yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, penyata tentang kandungan daftar itu yang suai manfaat, oleh orang yang dikehendaki menyimpan daftar berkenaan di bawah peraturan-peraturan;
Pendidikan 87
bentuk yang mengikutnya daftar guru yang disimpan di bawah seksyen 104
hendaklah disimpan atau disenggarakan, dan tatacara bagi pengeluaran salinan yang diperakui tentang butiran yang terkandung dalam daftar itu;
tatacara yang hendaklah diikuti bagi pengendorsan, pengubahan atau pemindaan perakuan pendaftaran sebagai guru yang dikeluarkan di bawah seksyen 109 dan penggantian perakuan atau permit mengajar yang hilang atau rosak;
tatacara yang hendaklah diikuti dan akibat langsung berikutan pembatalan perakuan pendaftaran sebagai guru yang dikeluarkan di bawah seksyen 109 atau pembatalan permit mengajar;
apa-apa fi yang disifatkan patut dikenakan bagi permohonan untuk didaftarkan sebagai guru di bawah, atau apabila dikeluarkan perakuan atau permit mengajar atau selainnya berkenaan dengan apa-apa perkara yang tersebut dalam Bahagian IX;
amalan dan tatacara yang hendaklah diikuti berkaitan dengan sesuatu penyiasatan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Siasatan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 126(1);
cara merayu terhadap keputusan Ketua Pendaftar yang hendaklah dibuat kepada Menteri dan fi yang hendaklah dibayar berkenaan dengan sesuatu rayuan;
penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa sukan di institusi pendidikan dan bagi institusi pendidikan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan;
(va) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran apa-apa majlis, badan atau jawatankuasa bagi pendidikan dan latihan teknik dan vokasional;
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
peruntukan bagi pendidikan pengembangan di institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh
Menteri di bawah Akta ini;
pengedaran oleh murid atau murid-murid, sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, apa-apa majalah, risalah atau bahan bercetak atau bahan bertulis yang seumpamanya;
cara menentukan amaun sumbangan bantuan yang hendaklah dibayar kepada institusi pendidikan bantuan kerajaan;
syarat dan batasan yang menurutnya atau tertakluk kepadanya sumbangan bantuan atau sumbangan modal hendaklah dibayar kepada institusi pendidikan bantuan kerajaan;
(aa) penentuan yuran yang diluluskan yang dikenakan berkenaan dengan kehadiran untuk belajar di institusi pendidikan secara amnya, atau di mana-mana golongan institusi pendidikan bantuan kerajaan dan pembayaran atau peremitan yuran sedemikian;
(ab) cara untuk memindahmilikkan atau meletakhakkan apa-apa harta yang dipindahmilikkan atau diletakhakkan di bawah
Akta ini dan cara mendaftarkan hakmilik mana-mana harta sedemikian;
(ac) apa-apa fi yang disifatkan patut dilevi berkenaan dengan apa-apa perkara yang diperuntukkan di bawah Akta ini;
(ad) borang yang boleh digunakan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dan yang boleh digunakan berkaitan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan atau yang dikehendaki dalam Akta ini supaya ditetapkan oleh
Menteri; dan
Pendidikan 89
(ae) apa-apa perkara lain yang disifatkan oleh Menteri sebagai suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini.
Peraturan-peraturan boleh menetapkan penalti kerana pelanggarannya
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan itu adalah suatu kesalahan dan bahawa kesalahan sedemikian boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan hukuman denda atau pemenjaraan atau kedua-duanya tetapi tidak boleh mengadakan peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan itu melebihi enam bulan.
Bahagian XIV
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan pendaftaran institusi pendidikan
Seseorang yang—
apabila membuat permohonan di bawah Akta ini bagi pendaftaran sesuatu institusi pendidikan, atau bagi pendaftaran sebagai pengelola atau pekerja, atau selainnya bagi maksud mendorong
Ketua
Pendaftar untuk menjalankan atau tidak menjalankan kuasanya di bawah
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan;
menghalang atau menggendalakan Ketua Pendaftar, pegawai awam atau pegawai polis dalam menjalankan kuasa yang diberikan kepada pegawai itu di bawah seksyen 100, 101 atau 102;
enggan mengemukakan apa-apa buku, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat dengan melanggar subseksyen 100(2) atau memberikan apa-apa maklumat yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar;
sebagai pengerusi lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan melanggar subseksyen 94(1);
sebagai orang yang hendaklah didaftarkan sebagai pengelola atau pekerja di bawah seksyen 88 bertindak sebagai pengelola atau pekerja tanpa didaftarkan sedemikian;
sebagai pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang bertindak sebagai pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan, atau sebagai pekerja institusi pendidikan itu tanpa didaftarkan di bawah Akta ini;
bertindak sebagai pengelola atau pekerja di institusi pendidikan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini; atau
sebagai pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi apa-apa kegiatan atau maksud yang menyalahi undang-undang, atau bagi
Pendidikan 91
apa-apa kegiatan atau maksud suatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain yang menyalahi undang-undang, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Seseorang yang—
sebagai pengerusi lembaga pengelola atau sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan tidak menyebabkan salinan perakuan pendaftaran institusi pendidikan itu dipamerkan mengikut subseksyen 82(2);
tidak menyerahkan balik kepada Ketua Pendaftar mana-mana perakuan pendaftaran atau surat cara pengelolaan di bawah subseksyen 87(5) atau 97(1);
sebagai pengerusi lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan melanggar subseksyen 94(1); atau
sebagai pemunya atau penghuni mana-mana premis dan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa premis itu atau sebahagian daripadanya digunakan sebagai institusi pendidikan yang dikehendaki didaftarkan di bawah Akta ini tetapi tidak didaftarkan sedemikian, telah tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang penggunaan sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan pendaftaran guru
Seseorang yang—
bertindak sebagai guru di sesuatu institusi pendidikan dengan melanggar subseksyen 103(1);
menyebabkan, membenarkan atau mengambil kerja seseorang untuk bertindak sebagai guru dengan melanggar subseksyen 103(1);
sebagai guru berdaftar mengajar di suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 109(2) atau sebagai pemegang permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114, mengajar di suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh permit itu;
menyebabkan, membenarkan atau mengambil kerja seseorang guru berdaftar untuk mengajar di suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang berhubungan dengan guru itu yang dikenakan di bawah seksyen 109 atau menyebabkan, membenarkan atau
Pendidikan 93
mengambil kerja pemegang permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114 untuk mengajar selain mengikut syarat yang dikenakan oleh permit itu;
tidak menyerahkan balik perakuan, dokumen atau permit mengikut seksyen 115; atau
sebagai guru berdaftar tidak membuat laporan kepada
Ketua Pendaftar mengikut seksyen 116, boleh, apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah perenggan (b) atau
, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan boleh, apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah perenggan (a), (c), (d), (f)
atau (g), didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan Nazir
Seseorang yang—
menghalang atau menggendalakan Ketua Nazir atau Nazir
Sekolah dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 121;
enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat, dengan melanggar subperenggan 121(b)(ii); atau
memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam apa-apa perkara yang material atau yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
94 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Penalti am
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Kuasa untuk menyiasat
Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dalam mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan oleh Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis.
Pendidikan 95
Kuasa untuk masuk tanpa waran
Tanpa menjejaskan seksyen 136, jika Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa tujuan apa-apa penggeledahan yang hendak dilakukan di mana-mana premis bagi maksud Akta ini mungkin terkecewa oleh sebab apa-apa kelengahan dalam mendapatkan waran geledah di bawah Kanun Tatacara Jenayah, dia boleh, tanpa waran, memasuki mana-mana premis itu bagi maksud sedemikian dengan menggunakan hanya apa-apa kekerasan yang perlu sahaja supaya dia dapat masuk.
Memulakan dan menjalankan pendakwaan
Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya, memulakan dan menjalankan pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini.
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh
Ketua Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1)—
tiada pendakwaan boleh dibuat selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat; dan
apa-apa barang, benda atau artikel lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.
Apa-apa wang yang dibayar kepada Ketua Pendaftar menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Bahagian XV
Pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam
Tiap-tiap orang yang dilantik, atau yang secara sah menjalankan kuasa seseorang yang dilantik, di bawah Bahagian II, hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam bagi maksud
Kanun Keseksaan [Akta 574].
Pendidikan 97
Kehendak tentang premis
Jika Menteri berpuas hati, berkenaan dengan sesuatu institusi pendidikan, bahawa setelah mengambil kira keadaan tapak atau mana-mana bangunan yang sedia ada di situ atau hal keadaan tertentu yang lain yang menyentuh premis itu tidaklah munasabah dalam hal yang sedemikian untuk menghendaki pematuhan piawaian yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) mana-mana aspek tertentu, dia boleh mengarahkan supaya premis itu disifatkan sebagai mematuhi piawaian yang ditetapkan jika sebagai ganti pematuhan kepada piawaian yang ditetapkan itu premis itu mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan dalam arahan itu.
Pendaftaran murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan
Kecuali dengan kebenaran Pendaftar, seseorang murid yang berdaftar sebagai murid di suatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan tidak boleh, semasa masih berdaftar sedemikian, mendaftar di mana-mana institusi pendidikan sedemikian yang lain.
Kuasa untuk mengecualikan institusi pendidikan
Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan atau demi kepentingan murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan atau golongan-golongan institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali peruntukan tentang pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya
98 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
membatalkan pengecualian itu atau mengkansel atau mengubah atau menambah syarat itu.
Jawatankuasa Khas
Menteri boleh membentuk suatu jawatankuasa khas yang terdiri daripada orang yang dilantik oleh Menteri berkenaan dengan—
mana-mana institusi pendidikan atau golongan institusi pendidikan tertentu; atau
apa-apa perkara atau projek pendidikan, bagi maksud menasihatinya dalam perkara yang berhubungan dengan institusi pendidikan, golongan institusi pendidikan atau perkara atau projek pendidikan itu dan dia boleh menurut budi bicaranya memberikan jawatankuasa sedemikian segala atau mana-mana kuasa yang diberikan kepada suatu Jawatankuasa Siasatan oleh seksyen 127.
Penyampaian notis, dsb.
pengerusi lembaga pengelola, pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan, atau pekerja, sesuatu institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah
Akta ini, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan kepada pengerusi, pengelola, orang atau pekerja itu di alamat berdaftar institusi pendidikan itu atau boleh disampaikan dengan melekatkan notis, perintah atau komunikasi itu di suatu bahagian yang ketara di premis institusi pendidikan itu yang difikirkan sesuai oleh Ketua
Pendaftar;
Pendidikan 99
seseorang yang memohon supaya sesuatu institusi pendidikan didaftarkan atau supaya didaftarkan sebagai guru, pengelola atau pekerja, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan kepada orang itu di alamat yang dinyatakan dalam borang permohonannya;
seseorang guru berdaftar, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan ke institusi pendidikan atau alamat terakhir yang dilaporkan kepada Ketua Pendaftar di bawah seksyen 116;
pemegang permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114, bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan ke institusi pendidikan yang berkenaan dengannya permit itu dikeluarkan; dan
mana-mana orang selain orang yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (d), bolehlah disampaikan melalui surat yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggalnya yang terakhir yang diketahui.
Walau apa pun perenggan (1)(a), jika pengerusi lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan belum dilantik, notis, perintah atau komunikasi yang hendak disampaikan kepada pengerusi itu bolehlah dialamatkan atau disampaikan kepada orang yang, pada pendapat Ketua Pendaftar, bertanggungjawab ke atas institusi pendidikan itu.
Bahagian XVI
Pertukaran nama institusi pendidikan tertentu
Pada tarikh yang ditetapkan semua nama institusi pendidikan yang, sebaik sebelum tarikh itu ialah—
100 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
sekolah rendah jenis kebangsaan hendaklah dikenali sebagai sekolah jenis kebangsaan.
Sekolah menengah vokasional hendaklah menjadi sebahagian daripada sekolah menengah kebangsaan sehingga dimansuhkan
Sekolah menengah vokasional yang ditubuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah terus menjadi sebahagian daripada sekolah menengah kebangsaan di bawah perenggan 30(1)(b) sehingga sekolah sedemikian dimansuhkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Bantuan kepada institusi pendidikan yang sedia ada
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri hendaklah terus membantu semua institusi pendidikan yang menerima sumbangan bantuan atau bantuan kewangan lain yang serupa daripada Kerajaan atau daripada wang awam pada hari sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
Kecualian berkenaan dengan sumbangan untuk pengajaran agama
Persekutuan boleh terus membuat bayaran berkenaan dengan kos yang disebut dalam seksyen 37 Akta Pelajaran 1961 berhubung dengan ajaran agama yang diberikan di bawah seksyen 36 Akta itu seolah-olah seksyen itu tidak dimansuhkan oleh Akta ini.
Pendidikan 101
Kecualian berkenaan dengan institusi pendidikan terkecuali tertentu, dsb.
Sehingga apa-apa tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta—
semua institusi pendidikan yang terkecuali daripada peruntukan Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 127 Akta itu hendaklah terkecuali daripada peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini; dan
Bahagian VI
Bahagian IX
Mana-mana institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja yang berdaftar atau disifatkan berdaftar di bawah peruntukan
Akta Pelajaran 1961 hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, disifatkan berdaftar di bawah Akta ini dan—
tertakluk kepada perenggan (b), peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja itu seolah-olah institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja itu telah berdaftar di bawah Akta ini; dan
syarat yang dikenakan kepada institusi pendidikan, pengelola, pengurus atau pekerja itu sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah syarat itu telah dikenakan di bawah Akta ini.
102 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Penggulungan Lembaga Pusat
Dengan penggulungannya—
Lembaga hendaklah terhenti menjadi majikan kepada guru-guru di institusi pendidikan;
apa-apa kepentingan mengenai mana-mana harta alih atau tak alih dan apa-apa hak dan liabiliti yang sebelum ini terletak hak pada atau mungkin dipunyai oleh Lembaga sebaik sebelum tarikh penggulungan Lembaga hendaklah turun kepada Kerajaan; dan
Menteri boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya patut berkenaan dengan mana-mana kakitangan atau pekerja Lembaga.
Penyenggaraan kumpulan wang caruman
Perintah penggulungan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat hanya atas nasihat Menteri Kewangan.
Pendidikan 103
Menteri boleh melalui peraturan-peraturan meminda mana-mana kaedah atau peraturan yang berhubungan dengan kumpulan wang itu yang dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mengadakan pentadbiran yang lebih baik bagi kumpulan wang itu atau untuk menghapuskan apa-apa kesulitan yang berhubungan dengan kumpulan wang itu.
Sebutan mengenai pengelola atau lembaga pengelola hendaklah termasuk pengurus dan lembaga pengurus
Sebutan dalam Akta ini mengenai seseorang pengelola hendaklah termasuk sebutan mengenai pengurus yang didaftarkan di bawah Akta
Pelajaran 1961 dan sebutan mengenai lembaga pengelola hendaklah termasuk sebutan mengenai lembaga pengurus di bawah Akta itu.
Pemansuhan
Semua pelantikan, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan dan perintah yang dibuat, semua daftar yang disimpan dan semua perakuan atau sijil yang diberikan atau mempunyai kuat kuasa di bawah undang-undang atau perintah yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan yang berkuat kuasa atau mempunyai kuat kuasa pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah (tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil sedemikian, melalui mana-mana peraturan-peraturan atau meminda, membatalkan atau menarik balik pengecualian, arahan, perakuan atau sijil itu melalui perintah atau arahan yang dibuat di bawah peruntukan yang berkenaan dalam Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menjadikan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan, atau perintah itu selaras dengan Akta ini) terus berkuat kuasa dan mempunyai kuat
104 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
kuasa seolah-olah ia telah dibuat, disimpan, atau diberikan di bawah
Akta ini, sehingga diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini.
Kuasa Menteri Kewangan
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dianggap menyentuh penjalanan oleh Menteri Kewangan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 6 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] berkenaan dengan pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan berkenaan dengan pengawasan, pengawalan dan arahan tentang perkara yang berhubungan dengan hal ehwal kewangan Malaysia.
JADUAL
[Subseksyen 18(2)]
MATA PELAJARAN TERAS DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN
Mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan
1. Mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan hendaklah menjadi asas utama pendidikan murid di semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mata pelajaran teras pada peringkat rendah
2. Mata pelajaran teras pada peringkat sekolah rendah ialah—
Bahasa Kebangsaan;
Bahasa Inggeris;
Bahasa Cina, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Cina);
Bahasa Tamil, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Tamil);
Matematik;
(f)
Sains;
(g)
Kajian Tempatan;
Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama Islam; dan
Pendidikan 105
(i)
Pendidikan Moral, bagi murid yang tidak menganut agama Islam.
Mata pelajaran teras pada peringkat menengah
3. Mata pelajaran teras pada peringkat sekolah menengah ialah—
Bahasa Kebangsaan;
Bahasa Inggeris;
Matematik;
Sains;
Sejarah;
(f)
Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama Islam; dan
Pendidikan Moral, bagi murid yang tidak menganut agama Islam.
106
Akta 550
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1152
Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 01-01-2003
Akta A1341
Akta A1490
Akta Pendidikan (Pindaan) 2008
Akta Pendidikan (Pindaan) 2015
15-06-2009
01-01-2012
107
Akta 550
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A1152
Akta A1341
Akta A1490
01-01-2003 15-06-2009 01-01-2012 5
Akta A1152
Akta A1341
01-01-2003 15-06-2009 9A
Akta A1341 15-06-2009
15
Akta A1152
01-01-2003 22
Akta A1152
Akta A1341
01-01-2003 15-06-2009 29
Akta A1152
01-01-2003 29A
33A
33B
33C
33D
35
Akta A1152
Akta A1490
Akta A1490
Akta A1490
Akta A1490
Akta A1490 01-01-2003
01-01-2012
01-01-2012
01-01-2012
01-01-2012
01-01-2012
44
Akta A1341
15-06-2009 49
Akta A1341
15-06-2009 67
Akta A1341
15-06-2009
108 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
77
130
Akta A1341
Akta A1490
15-06-2009 01-01-2012
Keseluruhan Akta
Akta A1341
15-06-2009