PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1996/546
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA MAJLIS PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 1996 is Malaysia Act, cited as Act 546 1996, currently marked in force and first recorded in 1996.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Majlis Pendidikan Tinggi
Negara 1996 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
“anggota” ertinya seseorang anggota Majlis Pendidikan Tinggi
Negara;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 546
“institusi pendidikan tinggi” ertinya suatu institusi pendidikan yang sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan termasuklah institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya;
“ketua eksekutif” ertinya ketua eksekutif sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta yang didaftarkan di bawah Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555];
“Majlis” ertinya Majlis Pendidikan Tinggi Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi
*pendidikan tinggi;
“Naib Canselor”—
berhubung dengan sesuatu Universiti ertinya Naib
Canselor, Presiden, Rektor atau Pengarah Universiti itu dan termasuklah mana-mana orang lain, dengan apa jua nama yang disebut, yang telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti itu; dan
berhubung dengan sesuatu Kolej Universiti hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai pihak berkuasa yang berkenaan Kolej Universiti itu;
“pelajar” ertinya seseorang yang menerima apa-apa perihalan pendidikan, pengajaran atau latihan daripada atau di suatu institusi pendidikan tinggi;
“pendidikan tinggi” ertinya pendidikan yang disediakan oleh suatu institusi pendidikan tinggi;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi Negara;
*CATATAN— Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].
Majlis Pendidikan Tinggi Negara 7
“Universiti” atau “Kolej Universiti” ertinya—
suatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
[Akta 30]; atau
suatu institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf
Universiti atau Kolej Universiti, kampus cawangannya dan kampus cawangan sesuatu Universiti atau Kolej
Universiti asing, yang ditubuhkan di bawah Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
Bahagian II
Penubuhan Majlis
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Majlis yang dikenali sebagai
“Majlis Pendidikan Tinggi Negara”.
Anggota Majlis
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana
Menteri atau wakilnya;
*CATATAN— Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 546
tiga orang Naib Canselor mana-mana Universiti dan Kolej
Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
tidak lebih daripada dua orang yang merupakan ketua pegawai eksekutif mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta; dan
tidak lebih daripada tiga orang yang, kerana pengetahuan dan pengalaman mereka, boleh pada pendapat Menteri membantu Majlis.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Ketua Setiausaha Kementerian *Pengajian Tinggi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Majlis semasa ketiadaan Pengerusi atau apabila Pengerusi yang kerana apa-apa sebab tidak dapat menghadiri mesyuarat Majlis.
Tempoh pelantikan
dan (i) hendaklah dibuat oleh Menteri dan, tertakluk pada seksyen 7 dan 11, hendaklah bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan tiap-tiap anggota yang dilantik sedemikian hendaklah, apabila terhenti menjadi anggota, layak untuk dilantik semula.
Hilang kelayakan menjadi anggota
Orang yang berikut hendaklah hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau untuk menjadi anggota Majlis:
seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
*CATATAN— Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].
Majlis Pendidikan Tinggi Negara 9
seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya.
Pemberhentian daripada menjadi anggota
Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(g),
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi Majlis; atau
Jika berlaku sesuatu kekosongan dalam kalangan anggota
Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(g), (h) atau (i), kekosongan itu hendaklah diisi oleh seseorang yang dilantik oleh
Menteri.
Anggota boleh meletakkan jawatan dengan notis
Seseorang anggota yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan 4(i) boleh meletakkan jawatan sebagai anggota Majlis pada bila-bila masa dengan memberikan satu bulan notis secara bertulis kepada Menteri.
Penamatan pelantikan
Menteri boleh menamatkan pelantikan mana-mana anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(g), (h)
atau (i) pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab mengenainya.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 546
Fungsi Majlis
untuk merancang, membentuk dan menentukan dasar dan strategi kebangsaan bagi perkembangan pendidikan tinggi;
untuk menggalakkan dan memudahkan pertumbuhan institusi pendidikan tinggi dengan teratur;
untuk menentukan dasar dan menetapkan kriteria bagi penguntukan dana kepada institusi pendidikan tinggi;
untuk menentukan dasar yang berhubungan dengan kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi;
untuk menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai perkara yang berkaitan dengan struktur gaji dan sistem pengurusan kakitangan Universiti dan Kolej
Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
untuk menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai bidang atau kursus pengajian yang diusahakan oleh institusi pendidikan tinggi;
untuk menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai penjalanan apa-apa kursus pengajian atau program latihan oleh institusi pendidikan tinggi secara bersesama atau secara bersekutu, gabungan, usaha sama atau selainnya, dengan mana-mana Universiti atau institusi pendidikan tinggi atau institusi pendidikan atau organisasi lain di dalam atau di luar Malaysia;
untuk menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai penglibatan Universiti dalam aktiviti perniagaan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; dan
Majlis Pendidikan Tinggi Negara 11
untuk mengambil apa-apa tindakan atau melakukan apa-apa perkara yang difikirkannya patut atau perlu bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
Apabila dasar, strategi dan garis panduan kebangsaan dirumuskan dan ditentukan oleh Majlis berhubung dengan fungsinya di bawah perenggan (1)(a) hingga (k), Menteri hendaklah melaksanakan dasar, strategi dan garis panduan itu dengan sewajarnya.
Bahagian III
Jawatankuasa
Sesuatu jawatankuasa hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan orang yang dilantik oleh Majlis dalam kalangan anggotanya.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), Majlis boleh mengundang mana-mana orang atau wakil mana-mana organisasi untuk menasihati sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dalam menjalankan fungsinya.
Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (2) atau diundang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa di bawah subseksyen (3)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Majlis hendaklah menentukan tatacaranya sendiri
Tertakluk pada Akta ini, Majlis hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 546
Mesyuarat
Pengerusi dan empat orang anggota lain Majlis hendaklah membentuk kuorum dalam mana-mana mesyuarat Majlis.
Jika atas apa-apa persoalan yang hendaklah diputuskan oleh Majlis terdapat pembahagian undi yang sama banyak,
Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Pengisytiharan kepentingan benefisial
Jika mana-mana anggota Majlis mempunyai apa-apa kepentingan benefisial dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Majlis, dia hendaklah mengisytiharkan kepada Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu jenis dan takat kepentingannya dalam perkara itu dan
Majlis hendaklah memutuskan sama ada dia boleh atau tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat Majlis apabila perkara itu sedang dipertimbangkan walau apa pun kepentingannya dalam perkara itu.
Minit
Majlis hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Elaun
Seseorang anggota Majlis atau wakilnya boleh dibayar apa-apa elaun kerana menghadiri mesyuarat Majlis sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Majlis Pendidikan Tinggi Negara 13
Pemberian bantuan
Bagi maksud membolehkan Majlis menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, membuat pemberian bantuan kepada Majlis apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri daripada wang yang hendaklah diperuntukkan oleh Parlimen.
Urus setia
Pendidikan Tinggi, Kementerian *Pengajian Tinggi yang hendaklah membantu Majlis dalam menjalankan fungsinya.
*CATATAN— Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 546
Akta 546
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
−TIADA−
Majlis Pendidikan Tinggi Negara 15
Akta 546
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
−TIADA−