/akn/my/act/act/1996/549

*AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1996
Last amended
2012
Sections
43
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 is Malaysia Act, cited as Act 549 1996, currently marked in force and first recorded in 1996.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan baru dalam undang-undang yang berhubungan dengan standard, akreditasi dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 September 1996, P.U. (B) 322/1996] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

Open as pageSuggest a correction

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

“akreditasi” ertinya suatu tatacara yang melaluinya Jabatan memberikan pengakuan bahawa sesuatu badan penilaian pematuhan adalah berwibawa untuk menjalankan aktiviti penilaian pematuhan tertentu;

“badan yang diiktiraf”, berhubung dengan standard, ertinya suatu entiti undang-undang atau pentadbiran yang mempunyai tugas dan komposisi tertentu, dengan kuasa yang diakui bagi menerbitkan standard;

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;

“harta” termasuk —

(a)

segala harta alih dan tak alih dan segala kepentingan, hak dan liabiliti, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, kepada atau daripada harta itu, hak dalam tindakan, pelaburan, wang dan nama baik; dan

Suggest a correction

(b)

segala hak dan liabiliti berkenaan dengan kontrak yang berhubung dengan pembinaan bangunan, dan “terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuk hak kepada harta yang masa hadapan atau kontingen;

“Institut” ertinya Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian

Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Standard dan

Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 [Akta 157];

“Jabatan”

ertinya

Jabatan

Standard,

Malaysia yang bertanggungjawab bagi penstandardan dan akreditasi kebangsaan;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan Standard yang dilantik di bawah seksyen 9;

“komoditi” ertinya apa-apa artikel, keluaran atau benda yang menjadi perkara tred atau perdagangan;

Standard Malaysia 9

“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan, dan obligasi (sama ada masa kini atau masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Majlis” ertinya Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 13(1);

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi standard dan akreditasi;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai Jabatan atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 21A;

“penilaian pematuhan”

ertinya suatu aktiviti pengujian, penentukuran, pemeriksaan, pensijilan atau apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bagi maksud menunjukkan bahawa kehendak tertentu yang berhubungan dengan komoditi, proses, sistem, orang, amalan atau perkhidmatan dipenuhi;

“pensijilan” ertinya suatu tatacara yang melaluinya pihak ketiga memberikan jaminan bertulis bahawa kehendak tertentu yang berhubungan dengan komoditi, proses, sistem, orang, badan, amalan atau perkhidmatan dipenuhi;

“penstandardan” ertinya aktiviti menetapkan, mengenai masalah sebenar atau berpotensi, peruntukan bagi kegunaan biasa dan berulang, dengan tujuan mencapai tahap optimum keteraturan dalam sesuatu konteks yang diberikan;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22;

“peraturan teknikal” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang memperuntukkan bagi kehendak teknikal, sama ada secara langsung atau dengan merujuk kepada atau menggabungkan kandungan sesuatu standard, standard teknikal atau kod amalan;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

“premis” termasuk apa-apa pondok, bangsal, struktur, platform, rumah, bangunan, pengangkut dan tanah sama ada tertutup atau dibina di atasnya;

“simbol akreditasi” ertinya suatu simbol yang dilindungi yang digunakan atau dikeluarkan di bawah sistem akreditasi yang diwujudkan dan dikendalikan oleh Jabatan;

“standard” ertinya suatu dokumen yang diwujudkan secara sepersetujuan dan diluluskan oleh suatu badan yang diiktiraf, yang memperuntukkan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri bagi aktiviti atau keputusan aktiviti itu, yang matlamatnya ialah pencapaian peringkat susunan yang optimum dalam sesuatu konteks yang diberikan, yang pematuhannya tidak mandatori;

“Standard Malaysia” ertinya sesuatu standard yang diisytiharkan di bawah seksyen 15;

“Standard Malaysia sementara” ertinya sesuatu standard yang belum melalui tatacara formal pertimbangtelitian jawatankuasa teknikal dan komen awam dan —

Suggest a correction

(a)

yang pada pendapat Majlis diperlukan segera; atau

Suggest a correction

(b)

yang berkenaan dengannya Menteri berpendapat bahawa penggunaanya secara cubaan perlu sebelum ia boleh dimuktamadkan;

“syarikat pengganti” ertinya syarikat yang terhad oleh syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1)

yang kepadanya harta, hak, liabiliti dan fungsi Institut dipindahkan dan terletak hak di bawah subseksyen 3(1);

“tanda” termasuklah apa-apa peranti, jenama, tajuk, label, tiket, nama, tandatangan, perkataan, huruf, angka, dan apa-apa kombinasinya;

Standard Malaysia 11

“tanda pematuhan” ertinya tanda terpelihara, yang dipakai atau dikeluarkan di bawah kaedah-kaedah sesuatu sistem pensijilan, yang menunjukkan bahawa keyakinan yang memadai diberikan bahawa komoditi, proses, sistem, orang, amalan atau perkhidmatan yang relevan itu menepati standard yang tertentu atau dokumen normatif yang lain;

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh bila segala harta, hak, liabiliti dan fungsi Institut dipindahkan kepada atau terletak hak pada syarikat pengganti sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1).

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT

Suggest a correction

PENGGANTI

Peletakhakan

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana tanah yang dipegang atas nama Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan dan yang sebelum sahaja tarikh peletakhakan diduduki oleh Institut hendaklah terus diduduki oleh syarikat pengganti di bawah suatu pajakan pada sewa dan atas apa-apa terma yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan syarikat pengganti.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), hanya fungsi Institut yang di bawah Akta ini tidak terletak hak pada Ketua Pengarah dan mana-mana badan lain boleh dipindahkan kepada syarikat pengganti.

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1)

pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

syarikat itu bagi hak milik atau kepentingan yang serupa sebagaimana ia terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.

Suggest a correction

(5)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh peletakhakan itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Institut memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).

Suggest a correction

(6)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak melalui subseksyen

Suggest a correction

(1)

pada syarikat pengganti boleh, pada atau selepas tarikh peletakhakan itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Institut memberikan notis kepada orang yang hak dan liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(7)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Institut yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada atau selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu.

Suggest a correction

(8)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan

Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.

Suggest a correction

(9)

Pada atau selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang Institut ialah pihak kepadanya sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak daripada jenis yang hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Institut, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

Standard Malaysia 13

Suggest a correction

(10)

Walau apa pun subseksyen (9), mana-mana perjanjian yang dibuat oleh Institut, yang hal perkaranya berhubungan dengan apa-apa perkara termasuk dalam kuasa dan fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini, hendaklah, pada tarikh peletakhakan diturunkan kepada Kerajaan dan hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Kerajaan telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

Suggest a correction

(11)

Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti, peruntukan dalam

Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965]

hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran peletakhakan sedemikian, terpakai bagi syarikat pengganti, seolah-olah ia pihak berkuasa awam.

Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, tentang pengumpukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan selepas berunding dengan Menteri.

Suggest a correction

(3)

Sekuriti di bawah seksyen ini —

(a)

hendaklah daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan

Suggest a correction

(b)

hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayar disebabkan pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Menteri Kewangan menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Pelaburan Kerajaan dalam penerbitan selanjutnya syer syarikat pengganti

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan berikutan dengan peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta

Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61].

Suggest a correction

(3)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Menteri Kewangan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam

Kumpulan Wang Disatukan.

Suggest a correction

(4)

Duti setem tidak boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang —

(b)

diperakui oleh Perbendaharaan sebagai dilaksanakan melalui penerbitan syer yang dipohon beli oleh Menteri

Kewangan di bawah subseksyen (1).

Kakitangan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen

Suggest a correction

(1)

untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil kerja oleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang dia berhak kepadanya sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan.

Standard Malaysia 15

Kerajaan Malaysia hendaklah memegang semua syer dalam syarikat pengganti

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syer dalam syarikat pengganti yang dipegang oleh Menteri

Kewangan hendaklah dipegang oleh

Menteri

Kewangan

Diperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan)

1957 [Akta 375].

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau kaedah undang-undang, adalah tidak perlu melengkapkan atau mendaftarkan sesuatu pemindahan syer daripada jenis yang disebut dalam subseksyen (2) berikutan dengan pertukaran orang yang memegang jawatan Menteri Kewangan.

Suggest a correction

(4)

Menteri Kewangan boleh menjalankan segala hak dan kuasa yang berhubung kait dengan syer dalam syarikat pengganti yang dipegang olehnya.

Suggest a correction

(5)

Menteri Kewangan boleh, pada bila-bila masa, melalui notis bertulis kepada Setiausaha Syarikat bagi syarikat pengganti, memberi kuasa, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan dalam notis itu, mana-mana orang yang difikirkannya patut untuk bertindak sebagai wakilnya pada mana-mana atau semua mesyuarat pemegang syer syarikat pengganti atau mana-mana kelas pemegang syer, dan mana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian berhak menjalankan kuasa yang sama, bagi pihak Menteri Kewangan, sebagaimana yang

Menteri Kewangan boleh menjalankannya jika hadir sendiri pada mesyuarat itu.

Menteri Kewangan hendaklah memegang syer

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

menjual atau selainnya melupuskan mana-mana syer dalam syarikat pengganti yang dipegang olehnya kepada mana-mana orang; atau 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Suggest a correction

(b)

membenarkan syer dalam syarikat pengganti diumpukkan kepada mana-mana orang.

Suggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) terpakai bagi syer keutamaan boleh tebus yang—

(a)

tidak boleh ditukar kepada syer daripada mana-mana kelas yang lain; dan

Suggest a correction

(b)

tidak memberikan apa-apa hak mengundi pada mana-mana mesyuarat agung syarikat pengganti.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

KETUA PENGARAH JABATAN STANDARD

Suggest a correction

Pelantikan Ketua Pengarah

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh

Menteri selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai meterai rasmi yang hendaklah disiarkan dalam Warta bagi pengesahan dokumen yang dikehendaki bagi maksud kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini.

Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pada menunaikan kewajipan dan fungsinya di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh—

(a)

mewakili Malaysia dalam aktiviti penstandardan dan akreditasi antarabangsa;

(aa)

melantik, mengikut kriteria yang diluluskan oleh Majlis, mana-mana organisasi di Malaysia untuk membangunkan standard dan untuk menyelaraskan perwakilan Malaysia dalam aktiviti penstandardan antarabangsa;

Suggest a correction

(b)

menggalakkan kerjasama antara organisasi yang terlibat dengan penstandardan di Malaysia, jabatan dan agensi

Kerajaan bagi maksud mencapai keserasian dan penggunaan umum yang maksimum bagi standard;

Suggest a correction

(c)

melaksanakan kriteria, sebagaimana yang diluluskan oleh

Majlis, yang berhubungan dengan penyediaan, kelulusan, penerimaan dan penetapan standard sebagai Standard

Malaysia;

Suggest a correction

(d)

mengesyorkan kepada

Menteri standard yang dikemukakan oleh mana-mana organisasi yang dilantik di bawah perenggan (aa) sebagai Standard Malaysia, jika sesuai, dan menyenggara indeks Standard Malaysia;

Suggest a correction

(e)

mengumpul, menterjemah dan menyebarkan maklumat mengenai standard dan aktiviti penstandardan di dalam dan di luar Malaysia;

Suggest a correction

(g)

mengesyorkan kepada Menteri supaya diterima pakai mana-mana standard antarabangsa atau luar negeri, dengan atau tanpa ubah suaian, sebagaimana yang sesuai bagi kegunaan di Malaysia;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Suggest a correction

(h)

mengakreditasikan, mengikut kriteria sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis, badan yang terlibat dalam penilaian pematuhan dan menyenggara suatu daftar badan terakredit dan tanda pematuhan mereka;

Suggest a correction

(i)

melantik organisasi-organisasi sebagai ejen untuk mengadakan perkhidmatan penilaian bagi pengakreditasian yang diperuntukkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(l)

menetapkan dan mendaftarkan di bawah Akta Cap

Dagangan 1976 simbol akreditasi Jabatan sendiri;

Suggest a correction

(m)

membenarkan dan mengawal selia penggunaan mana-mana simbol akreditasi yang disebut di bawah perenggan

Suggest a correction

(n)

bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, sektor perindustrian, komersil dan tred dan mana-mana organisasi lain yang ditentukannya dengan tujuan memastikan standard diterima pakai;

Suggest a correction

(o)

menggalakkan perkiraan kerjasama dengan organisasi yang terlibat dalam penstandardan dan akreditasi di negara lain bagi pertukaran maklumat;

Suggest a correction

(p)

menasihati Menteri tentang keperluan, sumber dan penguntukan sumber kewangan kepada organisasi

Malaysia yang terlibat dalam penstandardan untuk membantu mereka memenuhi kehendak kebangsaan dan antarabangsa;

Suggest a correction

(q)

menjalinkan dan mengekalkan hubungan dengan organisasi tempatan dan luar negara yang terlibat dalam penstandardan, akreditasi dan perkara berkaitan yang lain dalam sektor awam dan swasta, dan mengekalkan

Standard Malaysia 19

pendedahan kepada keperluan perindustrian dalam penstandardan dan akreditasi;

(qa)

dengan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan, memudahkan pembangunan peraturan teknikal dan membangunkan dan memajukan prinsip dan tatacara bagi pelaksanaan peraturan teknikal dan penilaian pematuhan;

dan

Suggest a correction

(r)

melaksanakan apa-apa fungsi lain yang dikehendaki oleh

Menteri.

Kuasa untuk mewakilkan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak mencegah Ketua Pengarah itu sendiri daripada melaksanakan kewajipan atau menjalankan fungsi yang diwakilkan sedemikian.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada Ketua Pengarah yang tidak tak konsisten dengan peruntukan

Akta ini dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan segala arahan sedemikian.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PENUBUHAN MAJLIS STANDARD DAN AKREDITASI

Suggest a correction

Penubuhan Majlis Standard dan Akreditasi dan fungsinya

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(e)

tidak lebih daripada dua belas orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan penstandardan dan akreditasi.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi seorang anggota ex officio

Majlis.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri, kewajipan

Majlis —

(a)

untuk menasihati Menteri berkenaan dengan dasar, program, skim, projek dan aktiviti penstandardan dan akreditasi;

Suggest a correction

(b)

untuk menasihati Menteri berkenaan dengan program, skim, projek dan aktiviti untuk menggalakkan kecekapan dan pembangunan perindustrian, dan bagi pelindungan pengguna, melalui aktiviti penstandardan dan akreditasi;

Suggest a correction

(c)

untuk menasihati Menteri berkenaan dengan standard bagi komoditi, proses, amalan dan perkhidmatan;

Suggest a correction

(d)

untuk menasihati Menteri mengenai keutamaan berkenaan dengan penstandardan untuk memastikan keberkesanan yang maksimum;

Suggest a correction

(e)

untuk menasihati Menteri mengenai pelaksanaan berkesan

Standard Malaysia bagi komoditi, proses, amalan dan perkhidmatan;

Standard Malaysia 21

Suggest a correction

(f)

untuk meluluskan kriteria yang berhubungan dengan penyediaan, pelulusan, penerimaan dan penetapan standard di Malaysia;

Suggest a correction

(g)

untuk meluluskan kriteria yang berhubungan dengan akreditasi badan penilaian pematuhan;

Suggest a correction

(i)

untuk menasihati Menteri mengenai penganjuran dan pelaksanaan program akreditasi;

Suggest a correction

(k)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditentukan atau diwakilkan oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota Majlis hendaklah, melainkan jika dia meletakkan atau mengosongkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula bagi apa-apa tempoh berturut-turut yang tidak melebihi tiga tahun.

Suggest a correction

(4A)

Menteri boleh melantik, atas penamaan seseorang anggota, tidak lebih daripada seorang untuk menjadi anggota silih ganti bagi anggota itu untuk menghadiri mesyuarat Majlis bagi menggantikan anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir oleh kerana apa-apa sebab.

Suggest a correction

(4B)

Apabila menghadiri mesyuarat Majlis bagi menggantikan seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah disifatkan sebagai anggota Majlis.

Suggest a correction

(5)

Sekiranya Pengerusi tiada atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain atau jika jawatan Pengerusi itu kosong,

Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan kewajipan dan fungsi

Pengerusi.

Suggest a correction

(6)

Dalam keadaan pembahagian undi yang sama banyak atas apa-apa perkara di hadapan Majlis, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 14

Walau apa pun seksyen 13, Majlis boleh, tertakluk kepada kelulusan

Open as pageSuggest a correction

Menteri terlebih dahulu, menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu bagi menunaikan kewajipannya atau fungsinya, atau bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau yang berkaitan dengan mana-mana kewajipannya atau fungsinya.

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu standard telah diisytiharkan sebagai suatu

Standard Malaysia sementara, ungkapan “Sementara” atau “S”

hendaklah dimasukkan ke dalam tajuk atau nombor Standard

Malaysia itu.

Suggest a correction

(3)

Tiada standard boleh diisytiharkan sebagai Standard Malaysia, dan tiada Standard Malaysia boleh dipinda, disemak atau ditarik balik, melainkan jika Menteri berpuas hati bahawa orang yang mungkin terjejas oleh perisytiharan, pindaan, penyemakan atau penarikan balik itu telah mendapat peluang untuk menimbangkannya dan untuk memberikan ulasan mengenainya melalui suatu mekanisme sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Suggest a correction

(4)

Perisytiharan, pindaan, penyemakan atau penarikan balik sesuatu Standard Malaysia hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan atau, jika tiada peraturan-Standard Malaysia 23

peraturan sedemikian telah dibuat, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis.

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Ketua Pengarah, selepas menimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), berpuas hati bahawa kriteria dan tatacara yang berhubungan dengan akreditasi telah dipenuhi, dia boleh memberikan suatu perakuan akreditasi kepada pemohon sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, atau jika tiada peraturan-peraturan sedemikian telah dibuat, sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu perakuan akreditasi di bawah seksyen ini hendaklah diberikan bagi sesuatu tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi selagi terma dan syarat perakuan akreditasi itu dipatuhi, perakuan akreditasi itu boleh dari semasa ke semasa diperbaharui oleh Ketua Pengarah bagi apa-apa tempoh yang ditentukan olehnya.

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap orang yang memohon untuk mendapatkan perakuan akreditasi di bawah seksyen ini dan tiap-tiap orang yang kepadanya perakuan akreditasi diberikan sedemikian hendaklah, jika dia pada bila-bila masa dikehendaki berbuat sedemikian oleh Ketua Pengarah, mengemukakan—

(a)

bagi penilaian atau pemeriksaan, segala dokumen;

Suggest a correction

(b)

apa-apa maklumat,

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

yang berhubungan dengan pengendalian yang berkenaan dengannya perakuan akreditasi itu dipohon atau telah diberikan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Bagi maksud akreditasi di bawah seksyen ini, hendaklah kena dibayar kepada Ketua Pengarah oleh pemohon atau pemegang perakuan akreditasi itu, fi akreditasi yang ditetapkan dan apa-apa kos lain yang mungkin semunasabahnya dilakukan berkaitan dengan akreditasi.

Suggest a correction

(6)

Ketua Pengarah hendaklah menyimpan suatu daftar untuk merekodkan perincian tiap-tiap perakuan akreditasi yang diberikan di bawah seksyen ini dan daftar itu hendaklah dijadikan tersedia kepada orang awam.

Suggest a correction

(7)

Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan sesuatu perakuan akreditasi yang diberikan di bawah seksyen ini jika, pada pendapatnya, mana-mana terma dan syarat yang berhubung kait dengan perakuan akreditasi itu telah dimungkiri, tetapi pemegang perakuan akreditasi yang perakuan akreditasinya telah digantung atau dibatalkan boleh merayu kepada Majlis.

Sekatan atas penggunaan perkataan

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana undang-undang bertulis mengadakan peruntukan bagi pendaftaran mana-mana kumpulan orang, pihak berkuasa pendaftaran boleh enggan mendaftarkan jika pada pendapatnya penggunaan nama yang dengannya kumpulan orang itu ingin didaftarkan dilarang di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai bagi orang perseorangan yang menjalankan perniagaan di bawah apa-apa nama atau gelaran selain daripada nama dan gelarannya sendiri.

Standard Malaysia 25

Suggest a correction

(4)

Mana-mana kumpulan orang atau mana-mana orang yang melakukan apa-apa tindakan berlanggaran dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan melainkan jika dibuktikan bahawa tindakan itu tidak dilakukan untuk mendapatkan keuntungan atau dengan niat hendak menipu, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan pelbagai

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(a)

membuat apa-apa pernyataan atau representasi, sama ada secara bertulis atau selainnya, dengan merujuk kepada apa-apa penilaian pematuhan yang memberikan atau mungkin memberikan tanggapan bahawa seseorang yang tidak diakreditasikan di bawah Akta ini dengan merujuk kepada aktiviti penilaian pematuhan itu diakreditasikan sedemikian;

Suggest a correction

(b)

membuat apa-apa pernyataan atau representasi, sama ada secara bertulis atau selainnya, yang memberikan atau mungkin memberikan tanggapan bahawa sesuatu penilaian pematuhan mematuhi kehendak akreditasi sedangkan ia tidak mematuhi sedemikian; atau

Suggest a correction

(c)

setelah diakreditasikan untuk menggunakan sesuatu simbol akreditasi, menggunakan perakuan akreditasi selepas penarikbalikannya, atau semasa penggantungannya, atau selainnya dengan melanggar terma-terma dan syarat-syarat perakuan akreditasi itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Pemunyaan Standard Malaysia

Suggest a correction

Seksyen 18A

Kesemua Standard Malaysia adalah dipunyai oleh Kerajaan

Open as pageSuggest a correction

Malaysia dan tiada bahagian Standard Malaysia boleh dihasilkan semula dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis Ketua

Pengarah.

Seksyen 19

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankan olehnya memandangkan jenis fungsinya atas sifat itu dan memandangkan segala hal keadaan.

Seksyen 20

Ciri-ciri komoditi, dsb., boleh ditetapkan dengan merujuk kepada Standard Malaysia

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana undang-undang bertulis memberikan kuasa untuk menetapkan atau menentukan, sama ada melalui perundangan subsidiari atau selainnya, apa-apa ciri bagi apa-apa komoditi, proses, amalan atau perkhidmatan, ciri-ciri itu atau mana-mana daripadanya boleh ditetapkan atau ditentukan dengan merujuk kepada mana-mana

Standard Malaysia atau bahagiannya.

Seksyen 21

Sebutan dan bukti standard

Open as pageSuggest a correction

Malaysia boleh, tanpa menjejaskan apa-apa cara sebutan yang lain, disebut mengikut tajuk atau nombor yang diberikan kepadanya oleh

Menteri; dan apa-apa sebutan itu hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, disifatkan merujuk

Standard Malaysia 27

kepada Standard Malaysia itu sebagaimana yang berkuat kuasa pada masa undang-undang itu dibuat.

BAHAGIAN VA

PENGUATKUASAAN

Seksyen 21A

Pegawai diberi kuasa

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, memberi kuasa mana-mana pegawai Jabatan atau pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

Seksyen 21B

Kad kuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bilamana pegawai diberi kuasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).

Kuasa penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 21C

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana hal yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

Suggest a correction

Seksyen 21D

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memasuki premis dan menggeledah bagi, menyita dan menahan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain;

Suggest a correction

(b)

untuk memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita dan ditahan;

Suggest a correction

(c)

untuk mengambil milikan, dan memindahkan dari premis mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita dan menahannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang perlu;

Suggest a correction

(d)

untuk menggeledah mana-mana orang yang berada di dalam, atau pada, premis itu dan bagi maksud menggeledah, menahan orang itu dan memindahkannya ke tempat yang perlu untuk membantu penggeledahan, dan menyita dan menahan apa-apa harta atau dokumen yang dijumpai pada orang itu; atau

Standard Malaysia 29

Suggest a correction

(e)

untuk memecah buka, memeriksa dan menggeledah mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain.

Suggest a correction

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis dan memasuki premis itu;

Suggest a correction

(b)

memasuki dengan secara kekerasan premis dan tiap-tiap bahagiannya;

Suggest a correction

(c)

memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan; atau

Suggest a correction

(d)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di premis yang digeledah di bawah subseksyen

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain itu.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3)

atau memindahkan komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain itu yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Suggest a correction

Seksyen 21E

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah di bawah seksyen 21D penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai diberi kuasa itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam, di dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 21D dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Seksyen 21F

Waran boleh diterima walau apa pun kerosakan

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu, dan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah

Akta ini.

Seksyen 21G

Akses kepada data berkomputer

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.

Senarai komputer, buku, rekod, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 21H

Open as pageSuggest a correction

(2)

Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada orang yang mengawal atau bertanggungjawab bagi premis yang telah digeledah itu.

Pemeriksaan orang yang mengetahui kes

Suggest a correction

Seksyen 21I

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa, tetapi dia boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan itu.

Suggest a correction

(4)

Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

Suggest a correction

(5)

Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan —

(a)

selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya; dan

Suggest a correction

(b)

selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang ingin dibuat olehnya.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 21J

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudiannya, jika mahkamah berpendapat patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh

Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

Suggest a correction

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa sesuatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi mana-mana pernyataan yang dibuat semasa suatu kawad cam atau terangkum dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j)

Akta Keterangan 1950.

Suggest a correction

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengan pembuatan atau kandungan apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seseorang pegawai diberi kuasa semasa sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

Suggest a correction

Seksyen 21K

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang sedemikian enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.

Pelepasan komputer, buku, rekod, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 21L

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada

Ketua Pengarah dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.

Kos memegang komputer, buku, rekod, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 21M

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan pegawai diberi kuasa sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang disabitkan atas kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan bolehlah didapatkan dengan sewajarnya.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Seksyen 21N

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Seksyen 21O

Kuasa tambahan

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

untuk menghendaki pengemukaan apa-apa komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disimpan oleh mana-mana orang dan untuk meneliti, memeriksa dan untuk membuat salinan daripadanya;

Suggest a correction

(b)

untuk menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan apa-apa pembuatan atau kesalahan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

untuk membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Menghalang pegawai diberi kuasa

Suggest a correction

Seksyen 21P

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengamang, menghalang, menyekat atau mengganggu mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

enggan memberikan akses kepada mana-mana pegawai diberi kuasa kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

Standard Malaysia 35

Suggest a correction

(c)

enggan memberikan kepada mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau yang dia berkuasa untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau mengenai segala atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

menetapkan cara standard boleh diisytiharkan sebagai

Standard Malaysia;

Suggest a correction

(b)

mengawal selia pengisytiharan Standard Malaysia;

Suggest a correction

(c)

mengadakan peruntukan bagi pindaan, penyemakan atau penarikbalikan mana-mana Standard Malaysia atau

Standard Malaysia sementara dan mengawal selia tatacara yang berhubungan dengannya;

Suggest a correction

(d)

menetapkan cara perakuan akreditasi boleh diberikan;

Suggest a correction

(e)

mengawal selia pengeluaran perakuan akreditasi, menetapkan terma dan syarat yang atasnya atau tertakluk

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

kepadanya perakuan akreditasi boleh dikeluarkan, dan mengawal selia pembaharuan, penggantungan atau pembatalan perakuan akreditasi dan tatacara bagi merayu terhadap penggantungan atau pembatalan itu;

Suggest a correction

(g)

menetapkan kaedah untuk membuktikan adanya atau tidak adanya terma dan syarat bagi mana-mana perakuan akreditasi yang diberikan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(i)

menetapkan perkara yang berkenaan dengannya fi kena dibayar di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan, amaun fi, dan orang yang bertanggungan membayarnya;

Suggest a correction

(j)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti pada mesyuarat Majlis;

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN

Suggest a correction

Pemansuhan dan kecualian

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), segala perundangan subsidiari yang dibuat di bawah atau mengikut Akta yang dimansuhkan hendaklah, setakat yang ia tidak tak konsisten dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga diubahsuaikan, dibatalkan atau digantikan oleh Akta ini.

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

Suggest a correction

Seksyen 24

Standard Malaysia 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang sedia ada sebelum sahaja tarikh peletakhakan oleh atau terhadap Institut atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat pengganti seolah-olah prosiding itu telah dimulakan oleh atau terhadap Institut atau orang itu jika Akta ini tidak diluluskan:

Dengan syarat bahawa jika prosiding itu berhubungan dengan perkara yang berkaitan dengan apa-apa perjanjian akreditasi, prosiding itu hendaklah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Kerajaan.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh peletakhakan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang dalamnya Institut menjadi satu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap syarikat pengganti:

Dengan syarat bahawa jika rayuan itu berhubungan dengan perkara yang berkaitan dengan apa-apa perjanjian akreditasi, rayuan itu hendaklah dibawa oleh atau terhadap Kerajaan.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Kecualian bagi standard, tanda dan lesen

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua tanda yang didaftarkan sebagai cap dagangan perakuan menurut kuasa seksyen 29 Akta tersebut atau yang disifatkan telah didaftarkan di bawah seksyen 49 Akta tersebut dan tetap terdaftar sedemikian sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus tetap terdaftar.

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas habis tempoh dua tahun dari mula berkuat kuasanya Akta ini.

_____________________________

39

Akta 549

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A1425

Akta Standard Malaysia (Pindaan)

15-04-2012

2012

___________________

40

Akta 549

SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk Panjang

Akta A1425 15-04-2012

2

Akta A1425 15-04-2012

10

13

Akta A1425

Suggest a correction

Akta A1425

15-04-2012

15-04-2012

15-04-2012

15-18

Akta A1425

15-04-2012 18A

Bahagian VA

21A-21P

22

25

Keseluruhan Akta

Akta A1425

Akta A1425

Akta A1425

Akta A1425

Akta A1425

Akta A1425

15-04-2012

15-04-2012

15-04-2012

15-04-2012

15-04-2012

15-04-2012

___________________

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA STANDARD MALAYSIA 1996?
*AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 is Malaysia Act, cited as Act 549 1996, currently marked in force and first recorded in 1996.
Is AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 still in force?
Yes — AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 is currently in force.
When did AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 take effect?
AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 was first recorded in 1996.
How many sections does AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 have?
AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 contains 43 sections.
What amends AKTA STANDARD MALAYSIA 1996?
AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 has been amended by STANDARDS OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2012.
Where can I read the official version of AKTA STANDARD MALAYSIA 1996?
The official text of AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 (No. 549) | mylaw.my