/akn/my/act/act/1981/249

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH 1981

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1981
Last amended
2017
Sections
38
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH 1981 is Malaysia Act, cited as Act 249 1981, currently marked in force and first recorded in 1981.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperbadankan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [29 Mei 1981] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Bahagian” ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawah seksyen 14;

“Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah” ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Menteri mengikut seksyen 9;

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 249

“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;

“Negeri” ertinya Negeri Kedah;

“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan apa-apa wang Kumpulan Wang, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang, dan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan dan harta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan dan harta itu;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 13(1);

“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

“Timbalan Pengurus Besar” ertinya Timbalan Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 13(6).

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 7

Bahagian II

Bahagian II

LEMBAGA

Seksyen 3

Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Kemajuan

Open as pageSuggest a correction

Wilayah Kedah” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada

Lembaga, mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.

Seksyen 4

Fungsi Lembaga

Open as pageSuggest a correction

(a)

memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Lembaga

Kemajuan Wilayah Kedah;

Suggest a correction

(b)

memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah

Kedah; dan

Suggest a correction

(c)

mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu dalam Kawasan Lembaga Kemajuan

Wilayah Kedah.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu—

(a)

menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti komersial dan perindustrian, yang penjalanannya didapati oleh

Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 249

berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya yang tersebut itu, termasuk mengilang, memasang, memproses, membungkus, menggred dan memasarkan keluaran, penyelidikan dan latihan;

Suggest a correction

(b)

mendayausahakan kajian permulaan mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;

Suggest a correction

(c)

bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama-sama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang;

Suggest a correction

(d)

memajukan dan menyelaraskan penjalanan apa-apa aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;

Suggest a correction

(e)

menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa

Lembaga atau secara bebas;

Suggest a correction

(f)

memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang didapati oleh Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman, atau melalui pinjaman atau selainnya;

Suggest a correction

(g)

membeli, menaja jamin atau dengan apa-apa cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh

Lembaga;

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 9

Suggest a correction

(h)

menghendaki jabatan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam menjalankan atau bercadang untuk menjalankan pembangunan dalam Kawasan Lembaga

Kemajuan Wilayah Kedah untuk mengemukakan laporan berkenaan dengan aktiviti atau aktiviti yang dicadangkan oleh mereka yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang dinyatakan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(i)

melantik ejen atau menubuhkan apa-apa badan lain yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;

Suggest a correction

(j)

mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya;

Suggest a correction

(k)

menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui;

Suggest a correction

(l)

mengawal selia pembangunan dalam Kawasan Lembaga

Kemajuan Wilayah Kedah; dan

Suggest a correction

(m)

melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada seksyen 8, menjadi tanggungjawab

Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan penyusunan semula masyarakat.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Kerajaan Negeri mengenai semua perkara yang melibatkan perancangan pembangunan sebelum melaksanakan apa-apa fungsinya.

Keanggotaan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

seorang Pengerusi;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 249

Suggest a correction

(c)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;

Suggest a correction

(d)

seorang wakil Perbendaharaan dari Kementerian Kewangan;

Suggest a correction

(e)

seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri;

Suggest a correction

(g)

empat orang yang, pada pendapat Menteri, sesuai dan dapat menyumbang dalam menjalankan fungsi dan peranan

Lembaga; dan

Suggest a correction

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Perenggan 1, 2 dan 3 Jadual Pertama tidak terpakai bagi

Pengurus Besar.

Suggest a correction

(5)

Apabila jawatan Pengurus Besar kosong, subseksyen (1)

hendaklah dibaca seolah-olah perenggan (h) telah dipotong.

Anggota silih ganti 5a. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), (d) atau (e), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), anggota silih ganti hendaklah dinamakan oleh anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c),

Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota silih ganti yang menghadiri mesyuarat

Lembaga hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 11

Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 6

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.

Seksyen 7

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 8

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan hendaklah termasuk memberikan arahan kepada Lembaga—

(b)

mengenai penggunaan hasil daripada pelupusan itu, walaupun arahan itu mungkin mengenai sesuatu yang tertentu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa arahan boleh diberikan selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 249

Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, menjadi tanggungjawab Lembaga untuk melaksanakan fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam kawasan Lembaga Kemajuan

Wilayah Kedah.

Fungsi tambahan bagi Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atas dan kuasa yang terletak hak pada Lembaga oleh Akta ini,

Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang mungkin diuntukkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

Negeri dan dalam melakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan memenuhi maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:

Dengan syarat sentiasa bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan

Wang.

Seksyen 11

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 13

Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

PENGERUSI, PEGAWAI, PEKHIDMAT DAN BAHAGIAN

Suggest a correction

Pengerusi

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(1a)

Pengerusi hendaklah bertanggungjawab bagi penyeliaan dan pengawalan pelaksanaan dasar dan keputusan yang dibuat oleh Lembaga.

Suggest a correction

(1b)

Pengerusi boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kepada mana-mana anggota lain Lembaga atau mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas

Pengerusi di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukannya.

Suggest a correction

(2)

Jika Pengerusi tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,

Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan kewajipan Pengerusi semasa Pengerusi tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Pengurus Besar dan Timbalan-Timbalannya

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

pentadbiran dan pengurusan Lembaga;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 249

Suggest a correction

(b)

perancangan dan pelaksanaan apa-apa program, skim atau projek; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Pengurus Besar hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.

Suggest a correction

(5)

Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri atau Lembaga dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(6)

Untuk membantu Pengurus Besar dalam fungsinya, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang Timbalan

Pengurus Besar atau lebih dan meletakhakkan pada mereka apa-apa kuasa dan mempertanggungkan ke atas mereka apa-apa kewajipan dan fungsi yang ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Jika Pengurus Besar tidak ada buat sementara di Malaysia atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,

Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Pengurus Besar melaksanakan kewajipan Pengurus Besar semasa Pengurus Besar tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Suggest a correction

(7a)

Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas

Pengurus Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu—

(a)

tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Pengurus Besar dan tiap-tiap Timbalan Pengurus Besar ialah pegawai Lembaga.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 15

Penyusunan Lembaga kepada Bahagian-Bahagian

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai yang menjaga setiap Bahagian hendaklah dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

Suggest a correction

(3)

Menjadi tanggungjawab pegawai yang menjaga sesuatu

Bahagian untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan

Lembaga mengenai perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi dalam mana-mana mesyuarat Lembaga apabila perkara yang berkaitan dengan

Bahagiannya ditimbang dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang boleh diwakilkan kepadanya oleh

Lembaga.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga, yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang mempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingan boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja secara terus tanpa notis.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 16

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Open as pageSuggest a correction

Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 249

Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 16a. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

[Akta 605] hendaklah terpakai bagi Lembaga.

16b–16h.  (Dipotong oleh Akta A1541).

Bahagian IV

Bahagian IV

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan

Undangan Negeri;

Suggest a correction

(b)

apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada pinjaman;

Suggest a correction

(c)

wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

Suggest a correction

(d)

wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(f)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan

Suggest a correction

(g)

segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 17

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan “pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa kepada

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri melalui pinjaman.

Pengimbangan akaun hasil

Suggest a correction

Seksyen 18

Menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara Kumpulan

Open as pageSuggest a correction

Wang dengan menjalankan, melaksanakan dan menunaikan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8, mencukupi untuk membayar segala wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 19

Kumpulan wang rizab

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Seksyen 20

Wang

Open as pageSuggest a correction

(b)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan fi lain dan kos, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil khidmat oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

Suggest a correction

(c)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau dipersetujui dengan sepatutnya oleh

Lembaga pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4;

Suggest a correction

(d)

membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 249

Suggest a correction

(e)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

Suggest a correction

(f)

pada amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan

Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana orang lain yang dinyatakan dalam arahan itu.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Suggest a correction

Seksyen 22

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Open as pageSuggest a correction

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 19

Bahagian V

Bahagian V

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan autoriti kepada Pengerusi, Pengurus Besar, mana-mana anggotanya yang lain atau mana-mana orang lain untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga takat yang dinyatakan oleh Lembaga.

Kuasa untuk meminjam

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham debentur atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

peruntukan modal kerja;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 249

Suggest a correction

(c)

pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

penebusan apa-apa syer atau saham yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun modal.

Pelaburan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Aset Lembaga hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Seksyen 26

Kuasa untuk mengambil khidmat ejen

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada menunaikan kewajipannya atau bagi menjalankan maksud

Akta ini dengan lebih baik.

Seksyen 27

Kuasa untuk memberikan pinjaman

Open as pageSuggest a correction

Dalam menunaikan kewajipannya atau dalam melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan dalam hal tertentu.

Seksyen 28

Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa 28a. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan oleh Lembaga perlu atau suai manfaat untuk membantu

Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Pengambilan tanah secara paksa

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang dikenakan atas harta itu.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 249

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

AM

Seksyen 31

Obligasi kerahsiaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan cara yang apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

Suggest a correction

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;

Suggest a correction

(c)

mengenakan fi dalam apa-apa hal yang ditentukan oleh

Lembaga;

Suggest a correction

(d)

mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh Lembaga adalah perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 23

Suggest a correction

(e)

menetapkan cara dan terma dan syarat bagi pinjaman yang diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan

Suggest a correction

(f)

mengadakan peruntukan pada amnya mengenai penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah

Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan itu—

(a)

boleh mengadakan peruntukan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya menjadi suatu kesalahan; dan

Suggest a correction

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti untuk apa-apa kesalahan yang penaltinya tidak boleh melebihi satu ribu ringgit.

Kuasa untuk meminda Jadual 32a. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meminda mana-mana Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya pada menjangkakan Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak Lembaga daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga sebaik sahaja Akta ini mula berkuat kuasa.

*34–35.  (Dipotong oleh Akta A1541).

*CATATAN—Lihat seksyen 15 Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017

[Akta A1541] bagi peruntukan peralihan berhubung dengan pemakaian seksyen 34 dan 35.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 249

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

[Subseksyen 5(2)]

Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

1. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula dari semasa ke semasa.

(2)

Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab.

(3)

Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Menteri.

(4)

Seseorang anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya.

Pengosongan jawatan

2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—

(a)

jika anggota itu mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadap anggota itu, atau anggota itu telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan

(sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau

(c)

jika anggota itu menjadi bankrap;

(d)

jika anggota itu tidak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)

jika anggota itu tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga;

(f)

sekiranya peletakan jawatan anggota itu diterima oleh Menteri; atau

(g)

jika pelantikan anggota itu dibatalkan.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 25

(2)

Jika mana-mana anggota terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seseorang hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang berkenaan.

Saraan dan elaun

3. Hendaklah dibayar kepada anggota Lembaga atau mana-mana orang lain apa-apa gaji, saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Mesyuarat

4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan.

(2)

Kuorum bagi Lembaga ialah enam.

(2a)

Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak mendapat satu undi.

(3)

Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau, jika dia tidak hadir, seorang anggota yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4)

Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus selain undi biasanya.

(5)

Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

5. Lembaga boleh meminta mana-mana orang (yang bukan anggota Lembaga)

untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan tersebut.

Meterai perbadanan

6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 249

(3)

Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2)

hendaklah disimpan dalam jagaan Pengurus Besar atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengurus Besar atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan, boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat

Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(4)

Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Penzahiran kepentingan

7. Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat dan jenis kepentingannya, penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, dan melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

Minit

8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat Lembaga disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat

Lembaga yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Kesahan perbuatan dan prosiding

9. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah

Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a)

ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 27

(b)

ada pelanggaran peruntukan perenggan 7 oleh mana-mana anggota

Lembaga; atau

(c)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Subseksyen 28(2)]

Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan

1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 28, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan—

(a)

maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b)

hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusan perbadanan itu; dan

(d)

hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan

Lembaga ke atas perbadanan itu.

Kecualian

2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi Lembaga kuasa untuk membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan apa-apa perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang baginya Lembaga itu ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.

Kuat kuasa peraturan-peraturan

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 32, sesuatu perbadanan hendaklah terikat dengan apa-apa peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1

dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 249

Pindaan peraturan-peraturan

4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan.

Daftar perbadanan

5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 28

dan daftar itu bersama-sama dengan salinan semua peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

Penggulungan

6. (1) Lembaga boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2)

Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan.

(3)

Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan

7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh

Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang baginya perbadanan itu telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan semua perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam tiap-tiap satu hal itu.

Meterai perbadanan bagi perbadanan

8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh perbadanan itu, dengan persetujuan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu dengan kelulusan Lembaga.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 29

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini suatu cap yang mengandungi nama perbadanan itu melingkungi “LKWK”

boleh digunakan sebagai suatu meterai perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah disimpan dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan itu; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan itu oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(4)

Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Jadual

Suggest a correction

Jadual Ketiga

[Subseksyen 28a(2)]

Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

1. (1) Pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang dikeluarkan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa dan memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi suatu jawatankuasa.

(3)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(4)

Pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga.

(5)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada

Pengerusi Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 249

Mesyuarat

2. (1) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(2)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasanya bagi maksud menasihati jawatankuasa itu tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

(3)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subperenggan (2) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga.

Tatacara

3. Tertakluk kepada Akta ini, jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 31

Akta 249

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH 1981

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 478

Akta Pembatalan Pengecualian

Bayaran Duti Setem 1992 21-02-1992

Akta A969

Akta Lembaga Kemajuan Wilayah

Kedah (Pindaan) 1996 27-09-1996

Akta A1541

Akta Lembaga Kemajuan Wilayah

Kedah (Pindaan) 2017 15-11-2017

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 249

Akta 249

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH 1981

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A969 27-09-1996

Akta A1541 15-11-2017 5

Akta A1541 15-11-2017 5a

Akta A1541 15-11-2017 12

Akta A1541 15-11-2017 13

Akta A1541 15-11-2017 14

Akta A1541 15-11-2017 16a–16h

Akta A969

Akta A1541 27-09-1996 15-11-2017 28a

Akta A1541 15-11-2017 30

Akta 478 21-02-1992 32a

Akta A1541 15-11-2017 34

Akta A1541 15-11-2017 35

Akta A1541 15-11-2017

Common questions

What is LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981?
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH 1981 is Malaysia Act, cited as Act 249 1981, currently marked in force and first recorded in 1981.
Is LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981 still in force?
Yes — LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981 is currently in force.
When did LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981 take effect?
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981 was first recorded in 1981.
How many sections does LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981 have?
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981 contains 33 sections.
What amends LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981?
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981 has been amended by LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (AMENDMENT) ACT 2017.
Where can I read the official version of LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981?
The official text of LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH 1981 (No. 249)