Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.
/akn/my/act/act/1981/246
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA AGENSI PEKERJAAN SWASTA 1981 is Malaysia Act, cited as Act 246 1981, currently marked in force and first recorded in 1981.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.
Pemakaian
Akta ini tidak terpakai bagi Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi pekerjaan swasta” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan
Akta 246
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 246
diberikan lesen di bawah Akta ini untuk menjalankan aktiviti merekrut;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“fi” ertinya fi yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“iklan” hendaklah termasuk apa-apa pemberitahu, pekeliling, risalah, pelawaan atau maklumat yang telah disebarkan, disiarkan atau dipamerkan berhubung dengan aktiviti merekrut dengan apa-apa cara atau bentuk termasuk komunikasi lisan atau bertulis dengan cara media cetak, elektronik atau apa-apa media lain;
berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua Pengarah
Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1)
Akta Kerja 1955 [Akta 265];
berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh
[Sabah Bab 67]; atau
berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh
[Sarawak Bab 76];
“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 9a;
“majikan” ertinya mana-mana orang yang mendapatkan perkhidmatan agensi pekerjaan swasta bagi maksud untuk merekrut seseorang pekerja bagi dirinya;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;
Agensi Pekerjaan Swasta 7
“merekrut” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang, termasuk aktiviti pengiklanan, sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk—
menawarkan untuk mencari pekerjaan, menawarkan suatu pekerjaan atau mendapatkan pekerjaan, bagi seseorang pencari kerja; atau
menawarkan untuk mencari pekerja, menawarkan pekerja atau mendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan;
“pegawai tenaga kerja” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Kerja 1955, subseksyen 3(1a) Ordinan
Buruh, [Sabah Bab 67] atau subseksyen 3(1a) Ordinan Buruh,
[Sarawak Bab 76], mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pencari kerja” ertinya seseorang yang berdaftar dengan suatu agensi pekerjaan swasta bagi maksud mencari pekerjaan atau ditawarkan suatu pekerjaan atau menerima tawaran suatu pekerjaan, tetapi tidak termasuk bukan warganegara;
“wang jaminan” ertinya suatu jaminan dalam bentuk wang tunai atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]
atau bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759] tetapi tidak termasuk bank Islam antarabangsa berlesen, yang didepositkan menurut seksyen 14c.
Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah
“Ketua Pengarah” ertinya—
untuk mentadbir dan mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan pelesenan bagi agensi pekerjaan swasta;
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan aktiviti merekrut yang dijalankan oleh agensi pekerjaan swasta termasuk mengeluarkan arahan bertulis;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 246
untuk mengutip, menerima, mengguna atau merampas wang jaminan yang didepositkan oleh agensi pekerjaan swasta;
untuk mengarahkan agensi pekerjaan swasta untuk mengemukakan apa-apa maklumat dan dokumen yang berhubungan dengan agensi pekerjaan swasta dan aktivitinya;
untuk menghendaki agensi pekerjaan swasta mengemukakan apa-apa maklumat untuk membantu Ketua Pengarah bagi pelaksanaan fungsinya; dan
untuk melakukan apa-apa perkara bersampingan dengan apa-apa fungsinya di bawah Akta ini.
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Pewakilan fungsi dan kuasa Ketua Pengarah 4a. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa had sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, pegawai tenaga kerja boleh menjalankan semua fungsi dan kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini dan tiap-tiap fungsi dan kuasa yang dijalankan hendaklah disifatkan telah dijalankan bagi maksud Akta ini.
Pegawai tenaga kerja tidak boleh menjalankan apa-apa fungsi dan kuasa Ketua Pengarah di bawah Akta ini melainkan jika dia memegang kad kuasa yang ditandatangani oleh Ketua
Pengarah untuk memberinya kuasa untuk menjalankan fungsi dan kuasa itu.
(Dipotong oleh Akta Al554).
Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Kerajaan, Menteri, Ketua
Agensi Pekerjaan Swasta 9
Pengarah atau mana-mana pegawai tenaga kerja berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
Kehendak bagi lesen
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Permohonan bagi suatu lesen
Permohonan itu hendaklah berserta dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1),
Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon untuk memberikan butir-butir, maklumat atau dokumen lanjut yang difikirkannya perlu.
Jika apa-apa butir-butir, maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.
Jika permohonan di bawah subseksyen (1) ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan diluluskan atau ditolak, fi proses yang dibayar di bawah subseksyen (2) tidak boleh dikembalikan.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 246
Pematuhan syarat yang dikenakan bagi permohonan lesen
pemohon ialah sebuah badan korporat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016—
dengan modal berbayar minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; dan
sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus daripada jumlah keseluruhan syer syarikat itu dipegang oleh warganegara Malaysia;
pengarah syarikat, yang dinamakan dalam borang permohonan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agensi pekerjaan swasta—
ialah seorang warganegara Malaysia;
tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan antipemerdagangan orang dan buruh paksa;
pemohon mempunyai premis yang sesuai untuk menjalankan aktiviti merekrut sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah; dan
pemohon hendaklah mempunyai nama syarikat yang didahului dengan perkataan “Agensi Pekerjaan”.
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Agensi Pekerjaan Swasta 11
Pemberian atau penolakan pemberian lesen 9a. (1) Apabila menerima dan setelah mempertimbangkan permohonan bagi lesen di bawah seksyen 8, Ketua Pengarah boleh memberikan lesen atau menolak pemberian lesen.
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada pemohon mengenai keputusannya sama ada untuk memberikan lesen atau menolak pemberian lesen di bawah subseksyen (1).
Jika permohonan di bawah subseksyen (1) diluluskan, pemohon hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2), membayar fi lesen yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi maksud pemberian lesen itu.
Jika pemohon tidak membayar fi lesen dan wang jaminan dalam tempoh tiga puluh hari sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menolak pemberian lesen tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.
Kuasa untuk mengenakan syarat 9b. Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu apabila suatu lesen diberikan di bawah seksyen 9a dan boleh meminda syarat-syarat yang dikenakan.
Tempoh lesen
Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah seksyen 9a atau diperbaharui di bawah perenggan 11(2)(a), melainkan jika lesen itu digantung atau dibatalkan, hendaklah sah bagi tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh—
pembaharuan lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 246
Membaharui lesen
Ketua Pengarah boleh, selepas memberi pertimbangan kepada permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1)—
Jika Ketua Pengarah membaharui lesen itu, dia hendaklah memberitahu keputusannya itu kepada pemohon melalui notis bertulis dan pemohon hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis, membayar fi lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Ketua Pengarah hendaklah menolak permohonan membaharui lesen jika—
pemohon tidak memulihkan pelanggaran atau mengambil tindakan pembetulan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah menurut subseksyen 11a(6); atau
pemohon gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Jika pembaharuan lesen ditolak di bawah perenggan (2)(b),
Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pemohon mengenai keputusannya melalui notis bertulis.
Agensi Pekerjaan Swasta 13
Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan diluluskan atau ditolak tetapi fi yang dibayar di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikembalikan.
Ketua Pengarah boleh mempertimbangkan apa-apa permohonan untuk membaharui lesen yang diterima selepas tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) tetapi sebelum habis tempoh lesen itu.
Jika Ketua Pengarah membaharui lesen itu di bawah subseksyen (7), fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama boleh dikenakan dua kali ganda bagi maksud pembaharuan lesen itu.
Penggantungan atau pembatalan lesen 11a. (1) Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis kepada agensi pekerjaan swasta dan tanpa apa-apa pampasan, menggantung atau membatalkan suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini jika dia berpuas hati bahawa agensi pekerjaan swasta itu—
telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh
Ketua Pengarah;
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau pengarah agensi pekerjaan swasta itu telah ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan antipemerdagangan orang dan buruh paksa;
telah digulungkan atau selainnya dibubarkan;
tidak mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini;
telah mendorong pengeluaran lesen dengan representasi palsu tentang fakta;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 246
telah menggunakan lesen yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud yang menyalahi undang-undang; atau
telah terhenti menjalankan aktiviti merekrut.
Ketua Pengarah tidak boleh menggantung atau membatalkan suatu lesen melainkan jika dia berpuas hati, selepas memberikan agensi pekerjaan swasta suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis tentang kenapa lesen itu tidak boleh digantung atau dibatalkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, lesen itu hendaklah digantung atau dibatalkan.
Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu dan selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah hendaklah memutuskan sama ada atau tidak untuk menggantungkan atau membatalkan lesen itu.
Ketua Pengarah hendaklah memberitahu agensi pekerjaan swasta mengenai keputusan di bawah subseksyen (3) melalui notis bertulis.
Agensi pekerjaan swasta hendaklah selepas menerima notis bertulis mengenai penggantungan atau pembatalan di bawah subseksyen (4)—
mengiklankan notis pemberhentian operasi itu sekurang-kurangnya dalam satu surat khabar bahasa kebangsaan yang mempunyai edaran seluruh negara;
mempamerkan notis pemberhentian operasi itu di ruang yang mudah dilihat di premis agensi pekerjaan swasta berkenaan; dan
menyiarkan dalam laman sesawang agensi pekerjaan swasta berkenaan secara berterusan tentang pemberhentian operasi, jika ada.
Jika lesen telah digantung di bawah subseksyen (3), Ketua
Pengarah boleh menghendaki agensi pekerjaan swasta untuk memulihkan pelanggaran atau mengambil tindakan pembetulan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
Agensi Pekerjaan Swasta 15
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa agensi pekerjaan swasta telah gagal memulihkan pelanggaran atau mengambil tindakan pembetulan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (6), Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen agensi pekerjaan swasta itu.
Agensi pekerjaan swasta boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan notis pembatalan daripada Ketua
Pengarah, merayu kepada Menteri.
Jika suatu lesen—
telah dibatalkan, lesen itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan lesen dan agensi pekerjaan swasta hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen itu, menyerahkan lesen itu kepada
Ketua Pengarah; atau
telah digantung, lesen itu tidak mempunyai kuat kuasa semasa tempoh penggantungan.
Tempat perniagaan hendaklah seperti yang disebutkan dalam lesen
12. Agensi pekerjaan swasta yang berlesen hendaklah menjalankan perniagaannya di suatu tempat seperti disebutkan dalam lesen itu dan tidak boleh menukar tempat perniagaannya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.
Mempamerkan lesen
13. (1) Agensi pekerjaan swasta yang berlesen hendaklah mempamerkan lesennya di suatu tempat yang mudah kelihatan dalam premis sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 246
Penggantian lesen 13a. (1) Jika lesen bagi suatu agensi pekerjaan swasta hilang, musnah atau rosak, agensi pekerjaan swasta hendaklah memohon salinan lesen daripada Ketua Pengarah dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi proses bagi penggantian lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Penyerahhakan atau pemindahan lesen 13b. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta tidak boleh menyerah hak atau memindah lesen yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana orang melainkan dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Sewaan atau pajakan lesen 13c. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta tidak boleh menyewakan atau memajakkan lesen yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana orang.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Agensi Pekerjaan Swasta 17
Dokumen pengenalan diri 13d. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta yang telah diberikan lesen di bawah seksyen 9a hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah, dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah, bagi dokumen pengenalan diri untuk pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut.
Agensi pekerjaan swasta hendaklah memberikan dokumen pengenalan diri itu kepada pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut.
Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat bagi maksud pemberian dokumen pengenalan diri kepada agensi pekerjaan swasta.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Mana-mana pekerja agensi pekerjaan swasta yang tidak mengemukakan dokumen pengenalan diri apabila dikehendaki semasa menjalankan aktiviti merekrut melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Jika suatu dokumen pengenalan diri hilang, musnah atau rosak, agensi pekerjaan swasta hendaklah memohon satu salinan gantian dokumen pengenalan diri kepada Ketua Pengarah dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (6), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Penubuhan cawangan 13e. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta yang bercadang menubuhkan suatu cawangan hendaklah membuat permohonan kepada Ketua
Pengarah untuk mendapatkan lesen untuk menjalankan aktiviti merekrut dalam cawangan itu.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 246
Syarat yang dinyatakan di bawah seksyen 9 hendaklah terpakai bagi permohonan lesen di bawah seksyen ini.
Setiap permohonan lesen bagi penubuhan cawangan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama.
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada pemohon berkenaan dengan keputusannya sama ada untuk memberikan atau menolak untuk memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (1).
Jika permohonan di bawah subseksyen (1) diluluskan, pemohon hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (4), membayar fi lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Jika pemohon tidak membayar lesen fi dan wang jaminan dalam masa tiga puluh hari sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (5), Ketua Pengarah boleh menolak untuk memberikan lesen tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Permohonan bagi pertukaran kategori lesen 13f. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta boleh memohon kepada
Ketua Pengarah untuk menukar kategori lesennya mengikut kategori lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Ketua Pengarah boleh, selepas mempertimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu.
Agensi Pekerjaan Swasta 19
Jika Ketua Pengarah meluluskan permohonan di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada pemohon, dan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis, pemohon hendaklah membayar fi lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua.
Jika pemohon tidak membayar fi lesen dan wang jaminan dalam masa tiga puluh hari sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menolak untuk memberikan lesen tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.
Jika Ketua Pengarah menolak permohonan di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pemohon dengan notis bertulis berkenaan dengan keputusannya.
Notis pemberhentian operasi 13g. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta yang bercadang memberhentikan operasinya pada bila-bila masa sebelum tarikh habis tempoh lesen atau tidak berniat untuk memperbaharui lesennya hendaklah, dalarn tempoh masa sekurang-kurangnya enam puluh hari dari tarikh pemberhentian operasi—
mengemukakan notis bertulis kepada Ketua Pengarah;
mengiklankan notis pemberhentian operasi sekurang-kurangnya sekali dalam satu akhbar harian berbahasa kebangsaan yang mempunyai edaran seluruh negara;
menampal notis pemberhentian operasi di premis agensi pekerjaan swasta itu di tempat yang sesuai dan mudah dilihat sehingga tarikh akhir operasi; dan
menyiarkan notis pemberhentian operasi dalam laman sesawangnya secara berterusan sehingga tarikh pemberhentian operasi, jika ada.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 246
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Fi bagi perkhidmatan
14. (1) Tiada satu pun agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan bagi sesuatu perkhidmatan yang diberi fi kepada pencari kerja dan pekerja bukan warganegara yang lain atau yang lebih daripada fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan bagi tiap-tiap fi yang diterima suatu resit hendaklah dikeluarkan.
(Dipotong oleh Akta A1554).
Fi pendaftaran 14a.
Suatu agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan fi pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana pencari kerja bagi semua kategori pekerjaan di dalam atau di luar Malaysia selepas pendaftaran pencari kerja dengan agensi pekerjaan swasta.
Fi penempatan 14b. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan fi penempatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana pencari kerja atau pekerja bukan warganegara setelah penerimaan tawaran pekerjaan oleh mereka.
Fi penempatan yang dikenakan di bawah subseksyen (1)
boleh dibayar oleh majikan pencari kerja atau pekerja bukan warganegara.
Jika fi penempatan dibayar mengikut subseksyen (2), fi penempatan tidak boleh dituntut oleh agensi pekerjaan swasta daripada pencari kerja atau pekerja bukan warganegara itu.
Agensi Pekerjaan Swasta 21
Wang jaminan 14c. Apabila lesen diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 9a, agensi pekerjaan swasta hendaklah mendepositkan wang jaminan kepada Ketua Pengarah mengikut kategori lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Penggunaan wang jaminan oleh Ketua Pengarah 14d. (1) Ketua Pengarah boleh, apabila memberi notis terdahulu kepada agensi pekerjaan swasta, menggunakan wang jaminan yang didepositkan di bawah Akta ini bagi maksud untuk memastikan tanggungjawab agensi pekerjaan swasta kepada pencari kerja, pekerja bukan warganegara atau majikan telah dipenuhi.
Jika Ketua Pengarah menggunakan wang jaminan di bawah subseksyen (1), agensi pekerjaan swasta hendaklah mengeluarkan deposit tambahan dalam bentuk wang jaminan supaya jumlah wang jaminan kekal pada sepanjang masa sebagaimana nilai yang dinyatakan dalam Jadual Kedua selepas menerima notis bagi deposit tambahan daripada Ketua Pengarah.
Jika agensi pekerjaan swasta tidak mendepositkan wang jaminan tambahan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subseksyen (2) yang dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis untuk menggantung lesen agensi pekerjaan itu.
Jika agensi pekerjaan swasta tidak mendepositkan wang jaminan tambahan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis penggantungan, Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen agensi pekerjaan swasta itu.
Pemulangan wang jaminan 14e. (1) Ketua Pengarah boleh memulangkan wang jaminan kepada suatu agensi pekerjaan swasta, tertakluk kepada apa-apa potongan, apabila menerima suatu permohonan bertulis daripada agensi pekerjaan swasta jika—
agensi pekerjaan swasta telah terhenti beroperasi;
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 246
lesen agensi pekerjaan swasta telah dibatalkan; atau
lesen agensi pekerjaan swasta telah habis tempoh dan tiada permohonan untuk membaharui lesen dibuat oleh agensi pekerjaan swasta.
Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat kepada agensi pekerjaan swasta apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1) bagi maksud kelulusan.
Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diluluskan, wang jaminan hendaklah dipulangkan dalam tempoh sembilan puluh hari kepada agensi pekerjaan swasta dari tarikh kelulusan.
Walau apa pun subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh, memulangkan wang jaminan kepada agensi pekerjaan swasta secepat mungkin jika terdapat perubahan dalam kategori lesen bagi agensi pekerjaan swasta itu.
Pelucuthakan wang jaminan 14f. (1) Jika suatu agensi pekerjaan swasta telah terhenti beroperasi atau lesennya telah dibatalkan atau habis tempoh, agensi pekerjaan swasta itu hendaklah menuntut wang jaminannya dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh pemberhentian operasi atau habis tempoh lesen.
Jika agensi pekerjaan swasta itu tidak menuntut wang jaminannya dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1),
Ketua Pengarah hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberitahu agensi pekerjaan swasta yang berkaitan yang wang jaminan mereka akan dilucuthakkan selepas habis tempoh tiga bulan dari tarikh Warta.
Wang jaminan yang telah dilucuthakkan di bawah subseksyen (2)
hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
15–17. (Dipotong oleh Akta Al554).
Agensi Pekerjaan Swasta 23
Iklan
18. (1) Tiada satu pun agensi pekerjaan swasta boleh mengiklan dalam apa-apa media massa melainkan jika iklan itu mengandungi—
nombor lesen; dan
maklumat betul mengenai iklan itu.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penyediaan, penyenggaraan dan penyimpanan rekod
19. (1) Tiap-tiap agensi pekerjaan swasta hendaklah menyedia, menyenggara dan menyimpan rekod sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah seperti yang berikut:
rekod pendaftaran pencari kerja;
rekod pendaftaran majikan;
rekod mengenai kekosongan pekerjaan;
rekod penempatan pencari kerja dan pekerja bukan warganegara;
rekod fi yang dipungut; dan
apa-apa rekod lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah.
Agensi pekerjaan swasta hendaklah menyimpan rekod bagi tempoh tidak kurang dari enam tahun dari tarikh perekodan.
Agensi pekerjaan swasta hendaklah mengemukakan semua rekod di bawah subseksyen (1) jika Ketua Pengarah, melalui arahan bertulis, menghendaki agensi pekerjaan swasta supaya mengemukakan rekod itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 246
Agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1),
atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.
Pemberitahuan perubahan maklumat yang diberikan 19a. Agensi pekerjaan swasta hendaklah memberitahu Ketua
Pengarah secara bertulis apabila berlakunya apa-apa perubahan material dalam apa-apa maklumat yang diberikan kepada Ketua
Pengarah berhubung dengan—
maklumat yang berhubungan dengan semua rekod di bawah seksyen 19;
pengarah yang dinamakan dalam borang permohonan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agensi pekerjaan swasta; dan
apa-apa maklumat lain atau penjelasan bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah, berkenaan dengan apa-apa maklumat yang diberikan oleh agensi pekerja swasta.
20. (Dipotong oleh Akta A1554).
Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan
21. Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai tenaga kerja di bawah seksyen 4a hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan kuasa itu.
22. (Dipotong oleh Akta A1554).
Agensi Pekerjaan Swasta 25
Kuasa untuk mengeluarkan arahan
23. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada sesuatu agensi pekerjaan swasta apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud memastikan bahawa perjalanan agensi itu mengikut peruntukan Akta ini, dan mana-mana agensi yang kepadanya dikeluarkan apa-apa arahan sedemikian itu hendaklah mematuhinya dalam tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu.
24–25. (Dipotong oleh Akta A1554).
Rayuan
26. (1) Seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah di bawah Akta ini boleh, dalam tempoh tiga puluh hari daripada pemberitahuan keputusan itu, merayu secara bertulis kepada
Menteri.
Menteri boleh, selepas mempertimbangkan rayuan di bawah subseksyen (1), mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan
Ketua Pengarah.
Bagi mengelakkan keraguan, rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), tidaklah menggantung keputusan yang dirayu.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
27. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan
Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah
Akta ini supaya ditetapkan; atau
menetapkan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit bagi pelanggaran atau ketidakpatuhan dengan mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 246
Kuasa untuk meminda Jadual 27a. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda mana-mana Jadual.
Kesalahan dan penalti
28. Mana-mana orang yang—
mengenakan atau menerima sendiri atau melalui seseorang lain, bagi perkhidmatannya, apa-apa jumlah yang lebih besar daripada fi yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
dengan diketahuinya memperdaya mana-mana pencari kerja, majikan atau pekerja bukan warganegara dengan memberikan maklumat palsu; atau
melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
29. (Dipotong oleh Akta A1554).
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
30. Mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpama bagi pertubuhan perbadanan itu melakukan kesalahan di bawah Akta ini, boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam presiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan dan jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan
Agensi Pekerjaan Swasta 27
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Pendakwaan
31. Pembicaraan bagi kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tidak boleh dimulakan atau dijalankan kecuali dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya.
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
32. (1) Menteri boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan—
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaun;
kriteria bagi mengkompaun kesalahan itu; dan
kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.
Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa
Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan, kecuali kesalahan di bawah subseksyen 7(2), 13b(2), 13c(2), 13e(7), 13g(2), 18(2) dan seksyen 28 yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini dan ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 246
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua
Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Agensi Pekerjaan Swasta 29
Jadual Pertama
[Seksyen 8, 9a, 11, 13a, 13D, 13e, 13f, 14, 14a, 14b, 28]
Jenis Fi
(1)
Jumlah Fi
(2)
Bagi penubuhan agensi pekerjaan swasta
Fi Lesen
RM500
Fi Proses
Permohonan lesen
Pembaharuan lesen
Permohonan lesen cawangan
Penggantian lesen
Permohonan menukar kategori lesen
Dokumen pengenalan diri
Penggantian dokumen pengenalan diri
RM300
RM50
RM50
Fi yang dikenakan ke atas pencari kerja atau pekerja bukan warganegara
Fi Pendaftaran
Fi yang dikenakan untuk pendaftaran bagi semua kategori pekerjaan dalam
Malaysia kepada p e n c a r i k e r j a , p e n d a f t a r a n i t u adalah sah bagi semua kategori pekerjaan bagi tempoh selama dua belas bulan.
RM30 dan ke bawah
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 246
Jenis Fi
(1)
Jumlah Fi
(2)
F i y a n g b o l e h dikenakan untuk pendaftaran semua kategori pekerjaan di luar Malaysia k e p a d a p e n c a r i kerja, pendaftaran itu adalah sah bagi semua kategori pekerjaan bagi tempoh selama enam bulan.
RM50 dan ke bawah
Fi Penempatan
Pencari kerja yang bekerja di dalam
Malaysia
Pencari kerja yang b e k e r j a d i l u a r
Malaysia
P e k e r j a b u k a n warganegara yang bekerja di dalam
Malaysia
Tidak lebih daripada 25% gaji pokok bulanan pertama pekerja
Tidak lebih daripada 25% gaji pokok bulanan pertama pekerja
Tidak lebih daripada satu bulan gaji pokok bulan pertama pekerja
Agensi Pekerjaan Swasta 31
Jadual Kedua
[Seksyen 8, 9, 9a, 11, 13e, 13f, 14c, 14d]
Kategori lesen
(1)
Modal berbayar
(2)
Wang jaminan
(3)
Wang jaminan untuk menubuhkan cawangan baru
(4)
Lesen A—
U n t u k p e n e m p a t a n pekerjaan bagi pencen kerja di dalam Malaysia
RM50,000
RM5,000
RM5,000
Lesen B—
U n t u k p e n e m p a t a n pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar
Malaysia, dan pekhidmat domestik asing di dalam
Malaysia
RM30,000
Lesen C—
U n t u k p e n e m p a t a n pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar
Malaysia, dan pekerja b u k a n w a r g a n e g a r a di dalam Malaysia
RM250,000
RM250,000
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 246
Akta 246
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 213/1981
Perintah Agensi Pekerjaan
Swasta (Pindaan) 1981 24-07-1981
Akta A1246
Akta Agensi Pekerjaan
Swasta (Pindaan) 2005 05-09-2005
Akta A1554
Akta Agensi Pekerjaan
Swasta (Pindaan) 2017 01-02-2018
Agensi Pekerjaan Swasta 33
Akta 246
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A1554 01-02-2018
3
Akta Al246 05-09-2005
Akta Al554 01-02-2018
4
Akta A1246 05-09-2005
Akta A1554 01-02-2018
4a
Akta A1554 01-02-2018
5
Akta A1554 01-02-2018
6
Akta A1554 01-02-2018
7
Akta Al554 01-02-2018
8
Akta A1554 01-02-2018
9
Akta Al554 01-02-2018
9a
Akta A1554 01-02-2018
9b
Akta A1554 01-02-2018
10
Akta A1554 01-02-2018
11
Akta A1554 01-02-2018
11a
Akta A1554 01-02-2018
13
Akta Al554 01-02-2018
13a
Akta A1554 01-02-2018
13b
Akta A1554 01-02-2018
13c
Akta A1554 01-02-2018
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 246
13d
Akta A1554 01-02-2018
13e
Akta A1554 01-02-2018
13f
Akta A1554 01-02-2018
13g
Akta A1554 01-02-2018
14
Akta A1554 01-02-2018
14a
Akta A1554 01-02-2018
14b
Akta A1554 01-02-2018
14c
Akta A1554 01-02-2018
14d
Akta A1554 01-02-2018
14e
Akta A1554 01-02-2018
14f
Akta A1554 01-02-2018
15
Akta A1554 01-02-2018
16
Akta A1554 01-02-2018
17
Akta A1554 01-02-2018
18
Akta A1554 01-02-2018
19
Akta A1554 01-02-2018
19a
Akta A1554 01-02-2018
20
Akta A1554 01-02-2018
21
Akta A1554 01-02-2018
22
Akta A1554 01-02-2018
24
Akta A1554 01-02-2018
25
Akta A1554 01-02-2018
26
Akta A1554 01-02-2018
27
Akta A1554 01-02-2018
27a
Akta A1554 01-02-2018
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Agensi Pekerjaan Swasta 35
28
Akta A1554 01-02-2018
29
Akta A1554 01-02-2018
30
Akta A1554 01-02-2018
31
Akta A1554 01-02-2018
32
Akta A1554 01-02-2018
Jadual
P.U. (A) 213/1981 24-07-1981
Akta A1554 01-02-2018
Jadual Pertama
Akta A1554 01-02-2018
Jadual Kedua
Akta A1554 01-02-2018
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari