PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1997/560
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 560 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Labuan.
*CATATAN—Dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya—lihat Perintah Wilayah
Persekutuan (Pemeluasan dan Ubah Suaian Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997) 2002 [P.U. (A) 248/2002].
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah-Perintah
Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran
Hukum Syarak) 1974 [P.U. (A) 44/74], 1981 [P.U. (A)
390/81] dan 1988 [P.U. (A) 263/88] yang dibuat menurut subseksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973
[Akta A206] dan berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur menurut kuasa subseksyen 6(1) Akta itu dan Akta
Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan) 1984 [Akta A576]; dan
berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluas oleh
Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Perluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak)
1985 [P.U. (A) 352/85] yang dibuat menurut seksyen 7
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585];
“Hakim” ertinya seseorang Hakim yang dilantik di bawah subseksyen 43(1) atau 44(1) Akta Pentadbiran;
Tatacara Jenayah Syariah 19
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;
“kesalahan” ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dijadikan boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam dan yang atasnya Mahkamah mempunyai bidang kuasa;
“kesalahan boleh tangkap” ertinya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran;
“kesalahan tak boleh tangkap” ertinya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya pada lazimnya Pegawai
Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis tidak boleh menangkap tanpa waran;
“Ketua Hakim Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama” dan “Pegawai Penguat
Kuasa Agama” mempunyai erti masing-masing yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Ketua Pendakwa Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Majlis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pentadbiran;
“Mufti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pentadbiran;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
“Pegawai Masjid” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Peguam Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pentadbiran;
“Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah,
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, atau Penolong-Penolong
Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Akta Pentadbiran;
“Pendakwa” ertinya Ketua Pendakwa Syarie atau Pendakwa Syarie;
“Pendakwa Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Pengerusi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pentadbiran;
“pesalah muda” ertinya seseorang pesalah yang berumur lebih daripada sepuluh tahun dan kurang daripada enam belas tahun;
“saksi” tidaklah termasuk seseorang tertuduh;
“Wilayah-Wilayah Persekutuan” ertinya Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Labuan.
Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini dan tidak ditakrifkan dalam Akta ini tetapi ditakrifkan dalam Akta
Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Tatacara Jenayah Syariah 21
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Perbicaraan kesalahan oleh Mahkamah
Segala kesalahan yang atasnya Mahkamah mempunyai bidang kuasa hendaklah disiasat dan dibicarakan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta ini.
Bahagian II
Mahkamah
Mahkamah bagi pentadbiran keadilan jenayah Syariah di
Wilayah-Wilayah Persekutuan ialah Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Akta Pentadbiran.
Mahkamah hendaklah terbuka
Tertakluk kepada seksyen 6, tempat mana-mana Mahkamah bersidang bagi maksud membicarakan apa-apa kesalahan hendaklah merupakan suatu Mahkamah terbuka dan awam di mana orang ramai pada amnya boleh masuk.
Orang ramai tidak boleh hadir dalam hal tertentu
Seseorang Hakim yang mendengar apa-apa perkara atau prosiding boleh atas alasan khas demi polisi atau manfaat awam menurut budi bicaranya tidak membenarkan orang ramai hadir di Mahkamah itu pada mana-mana peringkat perbicaraan tetapi dia hendaklah dalam tiap-tiap hal sedemikian pada masa itu merekodkan dalam rekod prosiding itu alasan perintah itu dibuat.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Bidang kuasa jenayah Hakim
Tertakluk kepada Akta ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk—
mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim itu dan yang boleh diambil perhatian oleh Hakim itu;
menyiasat aduan tentang kesalahan dan memanggil dan memeriksa saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman dan menangkap dan mengeluarkan waran bagi penangkapan penjenayah dan pesalah dan memperlakukan mereka mengikut undang-undang;
mengeluarkan waran untuk menggeledah atau menyebabkan digeledah tempat yang di dalamnya apa-apa barang atau benda yang dengannya atau yang mengenainya apa-apa kesalahan telah dilakukan dikatakan ada disimpan atau disembunyikan;
menghendaki orang memberikan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut undang-undang; dan
melakukan segala perkara dan benda lain yang seseorang
Hakim diberi kuasa untuk melakukannya oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Tatacara Jenayah Syariah 23
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Bahagian III
Bab I
PEGAWAI PENGUAT KUASA AGAMA
Bila orang awam hendaklah membantu Hakim, dll.
Tiap-tiap orang adalah terikat untuk membantu seseorang Hakim,
Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis, yang semunasabahnya menghendaki bantuannya—
dalam menangkap atau mencegah terlepasnya mana-mana orang lain yang Hakim, Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis itu diberi kuasa untuk menangkapnya;
atau
dalam mencegah suatu pecah keamanan yang timbul daripada penangkapan dan penahanan orang itu.
Orang awam hendaklah memberikan maklumat tentang perkara tertentu
Tiap-tiap orang yang mengetahui pelakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan hendaklah dengan serta-merta memberikan maklumat kepada Pegawai Penguat Kuasa
Agama atau pegawai polis yang terdekat tentang pelakuan atau niat itu.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN
MENANGKAP SEMULA
Penangkapan: bagaimana dibuat
Jika orang itu dengan menggunakan kekerasan menentang usaha untuk menangkapnya atau cuba mengelakkan penangkapan itu, pegawai atau orang lain itu bolehlah menggunakan segala langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberikan hak untuk menyebabkan kematian mana-mana orang.
Menggeledah tempat yang dimasuki oleh orang yang hendak ditangkap
Jika kemasukan ke dalam tempat itu tidak dapat dibuat di bawah subseksyen (1), maka adalah sah, dalam apa-apa hal bagi seseorang yang bertindak menurut waran dan dalam apa-apa hal yang
Tatacara Jenayah Syariah 25
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
waran boleh dikeluarkan tetapi tidak boleh diperoleh tanpa memberi orang yang hendak ditangkap itu peluang untuk melarikan diri, bagi
Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis itu untuk memasuki tempat itu dan menggeledah di dalamnya, dan, untuk mendapatkan jalan masuk ke tempat itu, memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana tempat sama ada tempat itu dipunyai oleh orang yang hendak ditangkap itu atau oleh mana-mana orang lain jika, setelah memberitahu kuasa dan maksudnya dan setelah permintaan hendak masuk dibuat dengan sewajarnya, dia tiada jalan lain lagi untuk masuk.
Memeriksa orang di tempat yang digeledah menurut waran
Apabila penggeledahan untuk mencari apa-apa benda dibuat atau akan dibuat dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan apa-apa kesalahan, semua orang yang dijumpai di dalam tempat itu boleh ditahan dengan sah sehingga penggeledahan itu selesai, dan, jika benda yang dicari itu adalah daripada jenis yang boleh disembunyikan pada tubuh badan seseorang, mereka boleh diperiksa untuk mencari benda itu oleh atau di hadapan seorang
Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.
Kuasa untuk memecah buka mana-mana tempat bagi maksud pembebasan
Mana-mana Pegawai Penguat Kuasa Agama atau orang lain yang diberi kuasa membuat penangkapan boleh memecah buka mana-mana tempat untuk membebaskan dirinya atau mana-mana orang lain yang, setelah memasuki tempat itu dengan sah bagi maksud membuat suatu penangkapan, tertahan di dalamnya.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Tidak boleh dikenakan sekatan yang tidak perlu dan cara memeriksa seseorang
Bilamana perlu untuk menyebabkan seseorang itu diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dibuat oleh seorang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa itu dengan memberikan perhatian tegas tentang kesopanan.
Memeriksa orang yang ditangkap
oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis menurut waran yang tidak membenarkan jaminan atau menurut waran yang membenarkan jaminan tetapi orang yang ditangkap itu tidak dapat memberikan jaminan; atau
tanpa waran dan orang yang ditangkap itu tidak dapat memberikan jaminan,
Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis yang membuat penangkapan itu boleh memeriksa orang itu dan menyita segala barang yang dijumpai padanya selain pakaian perlu yang dipakainya dan meletakkan barang itu dalam jagaan selamat, dan jika ada sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana barang itu telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu barang itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
Senarai segala barang yang disita di bawah subseksyen (1)
hendaklah disediakan oleh pegawai yang membuat penangkapan itu dan hendaklah ditandatangani olehnya.
Tatacara Jenayah Syariah 27
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Kuasa untuk menyita senjata berbahaya
Pegawai Penguat Kuasa Agama atau orang lain yang membuat apa-apa penangkapan di bawah Akta ini boleh mengambil daripada orang yang ditangkap itu apa-apa senjata berbahaya yang ada padanya dan hendaklah menyerahkan segala senjata yang diambil sedemikian kepada polis.
Memeriksa orang untuk mendapatkan nama dan alamat
Tiap-tiap orang yang berada dalam jagaan sah, yang oleh sebab ketidakupayaan kerana mabuk, sakit, gangguan mental ataupun masih kanak-kanak lagi tidak dapat memberikan keterangan yang memuaskan tentang dirinya, bolehlah diperiksa bagi maksud menentukan nama dan tempat kediamannya.
Menangkap tanpa waran
Tanpa menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, mana-mana Pegawai Penguat Kuasa Agama, pegawai polis atau Pegawai Masjid boleh, tanpa perintah daripada Hakim dan tanpa waran, menangkap—
mana-mana orang yang kena-mengena dengan apa-apa kesalahan boleh tangkap di dalam Wilayah-Wilayah
Persekutuan atau yang terhadapnya suatu aduan yang munasabah telah dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima atau syak yang munasabah wujud bahawa dia telah kena-mengena sedemikian;
mana-mana orang yang telah melakukan atau cuba melakukan di hadapannya apa-apa kesalahan yang melibatkan pecah keamanan;
mana-mana orang yang terhadapnya waran yang telah dikeluarkan di bawah Akta ini masih berkuat kuasa, walaupun waran itu tidak ada dalam milikannya.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Enggan memberikan nama dan kediaman
Apabila mana-mana orang dibawa ke hadapan seorang Hakim
Mahkamah Rendah Syariah di bawah subseksyen (1), Hakim itu boleh sama ada menghendaki dia menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin, untuk hadir di hadapan seorang Hakim jika dikehendaki sedemikian, atau boleh memerintahkan supaya dia ditahan dalam jagaan sehingga dia boleh dibicarakan.
Apabila mana-mana orang di hadapan seseorang Pegawai
Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis melakukan atau dituduh melakukan suatu kesalahan tak boleh tangkap dan apabila dikehendaki oleh pegawai itu supaya memberikan nama dan kediamannya, memberikan sebagai kediamannya, suatu tempat di luar Wilayah-Wilayah Persekutuan, dia boleh ditangkap oleh pegawai itu dan hendaklah dengan serta-merta dibawa ke hadapan Hakim
Mahkamah
Rendah
Syariah yang terdekat yang boleh menghendakinya supaya menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin, untuk hadir di hadapan seorang Hakim jika dikehendaki sedemikian, atau boleh memerintahkan supaya dia ditahan dalam jagaan sehingga dia boleh dibicarakan.
Tatacara Jenayah Syariah 29
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Orang yang ditangkap oleh Pegawai Masjid: bagaimana hendak diperlakukan
Seseorang Pegawai Masjid yang membuat suatu penangkapan tanpa waran hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada Pegawai
Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis yang terdekat atau, jika pegawai itu tidak ada, membawa orang itu ke balai polis yang terdekat, dan seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis hendaklah menangkap semula tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian.
Memburu pesalah
Bagi maksud menangkap mana-mana orang yang dia ada kuasa untuk menangkap tanpa waran di bawah Akta ini, seseorang pegawai polis boleh memburu orang itu di mana-mana bahagian di Malaysia.
Bagaimana orang yang ditangkap hendaklah diperlakukan dan penahanan yang melebihi dua puluh empat jam
Tiada Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis boleh menahan dalam jagaan seseorang yang ditangkap tanpa waran selama tempoh yang lebih lama daripada yang munasabah dalam segala hal keadaan kes itu.
Tempoh itu tidak boleh melebihi dua puluh empat jam, tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dari tempat penangkapan ke Mahkamah itu.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Apabila seseorang yang ditangkap itu dibawa ke hadapan
Mahkamah, Mahkamah hendaklah dengan serta-merta mendengar pertuduhan terhadap orang itu atau menangguhkan kes itu.
Jika kes terhadap tertuduh ditangguhkan, maka tertuduh hendaklah, melainkan jika dia dilepaskan atas jaminan, ditahan di dalam penjara atau jagaan polis di bawah waran penahanan yang dikeluarkan oleh seorang Hakim dalam Borang 1 Jadual Kedua.
Melepaskan orang yang ditangkap
Tiada seorang pun yang telah ditangkap oleh Pegawai Penguat
Kuasa Agama atau pegawai polis di bawah Akta ini boleh dilepaskan kecuali atas bon atau jaminan atau di bawah perintah bertulis seorang
Hakim atau Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.
Kesalahan yang dilakukan di hadapan Hakim
Apabila apa-apa kesalahan dilakukan di hadapan seorang Hakim di dalam had bidang kuasa tempatannya, dia sendiri boleh menangkap atau memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menangkap pesalah itu dan boleh sesudah itu, tertakluk kepada peruntukan Akta ini tentang jaminan, meletakkan pesalah itu dalam jagaan.
Penangkapan oleh atau di hadapan Hakim
Mana-mana Hakim boleh pada bila-bila masa menangkap atau memberi kuasa supaya ditangkap di hadapannya di dalam had bidang kuasa tempatannya mana-mana orang yang bagi penangkapannya dia kompeten untuk mengeluarkan waran.
Kuasa untuk memburu dan menangkap semula
Tatacara Jenayah Syariah 31
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
dilarikan daripada tahanan, orang yang daripada jagaannya dia melarikan diri atau dilarikan itu boleh dengan serta-merta memburu dan menangkapnya di mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa tempat dia berada dalam jagaan sedemikian, dan memperlakukan orang itu sebagaimana yang boleh diperlakukannya semasa penangkapan yang mula-mula itu.
Seksyen 11 dan 13 hendaklah terpakai bagi penangkapan di bawah seksyen 26
Seksyen 11 dan 13 hendaklah terpakai bagi penangkapan di bawah seksyen 26 walaupun orang yang membuat penangkapan itu tidak bertindak di bawah waran dan bukan seorang pegawai polis yang mempunyai kuasa untuk menangkap.
DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman
Bentuk saman dan penyampaian
Saman itu hendaklah menyatakan secara am jenis kesalahan yang dipertuduh dan peruntukan dan undang-undang yang di bawahnya ia boleh dihukum.
Saman itu hendaklah pada lazimnya disampaikan oleh pegawai
Mahkamah tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman itu boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya ia disampaikan oleh mana-mana orang lain.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Saman: bagaimana disampaikan
Tiap-tiap orang yang kepadanya saman itu disampaikan sedemikian hendaklah, jika dikehendaki sedemikian oleh pegawai penyampai itu, menandatangani penerimaan salinan saman itu di bahagian belakang saman yang asal.
Jika orang yang hendak disaman itu tidak dapat dijumpai setelah usaha wajar dijalankan, maka saman itu bolehlah disampaikan dengan meninggalkan suatu salinan saman itu untuknya dengan seorang anggota keluarganya yang dewasa atau dengan pekhidmatnya yang tinggal bersamanya.
Tatacara apabila penyampaian diri tidak dapat dilaksanakan
Jika orang yang hendak disaman itu tidak dijumpai setelah usaha wajar dijalankan dan penyampaian tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang diarahkan oleh subseksyen 29(3), pegawai penyampai itu hendaklah menampalkan suatu salinan saman itu di suatu bahagian yang ketara di rumah itu atau tempat lain di mana orang yang disaman itu pada lazimnya tinggal, dan dalam hal sedemikian, saman itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya.
Bukti penyampaian
Apabila sesuatu saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah telah disampaikan, suatu afidavit penyampaian itu yang berupa dibuat di hadapan seorang Pendaftar hendaklah diterima sebagai keterangan.
Tatacara Jenayah Syariah 33
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Waran Tangkap
Bentuk waran tangkap
Tiap-tiap waran itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.
Mahkamah boleh mengarahkan jaminan yang hendak diambil melalui pengendorsan di atas waran
Pengendorsan itu hendaklah menyatakan—
amaun yang dengannya mereka dan orang yang bagi penangkapannya waran itu telah dikeluarkan masing-masingnya terikat; dan
tempat dan masa dan tarikh dia dikehendaki hadir di hadapan Mahkamah.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Apabila jaminan diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.
Waran: kepada siapa diarahkan
Mahkamah yang mengeluarkan waran boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis yang lain di
Wilayah-Wilayah
Persekutuan atau mana-mana orang yang dinamakan yang bukan Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis, dan semua atau mana-mana seorang atau lebih seorang daripada mereka boleh melaksanakan waran itu.
Pemberitahuan tentang isi waran
Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis atau orang lain yang melaksanakan waran tangkap hendaklah memberitahukan isi waran itu kepada orang yang ditangkap dan jika dikehendaki sedemikian hendaklah mengemukakan dan menunjukkan kepadanya waran itu atau salinannya di bawah meterai Mahkamah yang mengeluarkan waran itu.
Orang yang ditangkap hendaklah dibawa ke hadapan
Mahkamah tanpa kelengahan
Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis atau orang lain yang melaksanakan waran tangkap hendaklah, tertakluk kepada seksyen 33 tentang jaminan, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke hadapan Mahkamah yang di hadapannya dia dikehendaki oleh undang-undang supaya mengemukakan orang itu.
Tatacara Jenayah Syariah 35
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Tatacara tentang penangkapan orang yang terhadapnya waran dikeluarkan
Hakim itu hendaklah, jika ternyata orang yang ditangkap itu ialah orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, mengarahkan pemindahan orang itu dalam jagaan ke
Mahkamah yang dinamakan dalam waran itu.
Walau apa pun subseksyen (2), jika kesalahan itu boleh dijamin dan orang yang ditangkap itu sedia dan sanggup memberikan jaminan yang memuaskan hati Mahkamah yang ke hadapannya dia dibawa, atau suatu arahan telah diendorskan di bawah seksyen 33 di atas waran itu dan orang itu sedia dan sanggup memberikan jaminan yang dikehendaki oleh arahan itu, maka Hakim itu hendaklah mengambil bon atau jaminan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan mengemukakan bon itu kepada Mahkamah yang dinamakan dalam waran itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghalang seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis daripada mengambil jaminan di bawah seksyen 33.
Kaedah-kaedah lain mengenai
Saman Kehadiran dan Waran Tangkap
Pengeluaran waran sebagai ganti atau tambahan kepada saman
Mahkamah boleh, dalam apa-apa kes yang ia diberi kuasa untuk mengeluarkan saman bagi kehadiran mana-mana orang, mengeluarkan, selepas merekodkan sebabnya secara bertulis, waran untuk menangkapnya—
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
jika, sama ada sebelum saman dikeluarkan atau selepas saman itu dikeluarkan tetapi sebelum masa yang ditetapkan bagi kehadirannya, Mahkamah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau
jika pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan sewajarnya dalam tempoh masa yang membolehkannya hadir mengikut saman itu dan tiada alasan munasabah diberikan atas ketidakhadiran itu.
Saman kehadiran dan waran tangkap boleh dilaksanakan di mana-mana bahagian di Malaysia
Tiada saman boleh diendorskan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya dengan perkataan “Bagi penyampaian di luar bidang kuasa” melainkan jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa ada alasan khas bagi membenarkan penyampaian sedemikian, dan alasan itu hendaklah direkodkan sebelum saman itu diendorskan sedemikian.
Kuasa untuk mengambil bon kehadiran
Apabila mana-mana orang yang bagi kehadiran atau penangkapannya mana-mana Mahkamah diberi kuasa untuk mengeluarkan saman atau waran hadir di Mahkamah, Mahkamah boleh menghendaki orang itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin bagi kehadirannya di Mahkamah itu.
Tatacara Jenayah Syariah 37
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Penangkapan kerana pelanggaran bon kehadiran
Apabila mana-mana orang yang terikat dengan mana-mana bon di bawah Akta ini untuk hadir di hadapan Mahkamah tidak hadir sedemikian, Mahkamah boleh mengeluarkan waran mengarahkan supaya orang itu ditangkap dan dibawa ke hadapannya.
DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN
DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN BAGI PENEMUAN
ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH
Saman untuk mengemukakan dokumen atau benda lain
Mana-mana orang yang dikehendaki di bawah seksyen ini hanya untuk mengemukakan apa-apa harta atau dokumen hendaklah disifatkan telah mematuhi permintaan itu jika dia menyebabkan harta atau dokumen itu dikemukakan dan dia tidak hadir sendiri untuk mengemukakannya.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keterangan yang sedang berkuat kuasa atau terpakai bagi apa-apa barang pos, telegram atau dokumen lain dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Seksyen 28 hingga 31 hendaklah terpakai
Seksyen 28, 29, 30 dan 31 hendaklah terpakai berhubungan dengan saman di bawah Bab ini.
Waran Geledah
Bila waran geledah boleh dikeluarkan
mana-mana
Mahkamah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang yang kepadanya saman di bawah seksyen 42 telah atau mungkin ditujukan tidak akan atau mungkin tidak akan mengemukakan harta atau dokumen yang dikehendaki;
harta atau dokumen itu tidak diketahui oleh Mahkamah berada dalam milikan mana-mana orang;
Mahkamah berpendapat bahawa maksud keadilan atau maksud mana-mana siasatan, perbicaraan atau prosiding lain di bawah Akta ini akan tercapai melalui suatu penggeledahan atau pemeriksaan am; atau
Mahkamah, atas maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di mana-mana tempat,
Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan boleh menggeledah dan memeriksa mengikut waran geledah itu dan mengikut peruntukan Akta ini.
Waran geledah hendaklah pada lazimnya diarahkan kepada
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai Penguat Kuasa
Agama yang lain yang hendaklah disebut namanya dalam waran itu, dan semua atau mana-mana pegawai itu bolehlah melaksanakan waran itu.
Tatacara Jenayah Syariah 39
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Mahkamah yang mengeluarkan waran geledah boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negara dan kepada pegawai polis yang lain yang hendaklah disebut namanya dalam waran itu, dan semua atau mana-mana pegawai polis itu bolehlah melaksanakan waran itu.
Kuasa untuk membataskan waran geledah
Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menyatakan dalam waran geledah tempat tertentu atau bahagian tempat tertentu itu yang hanya di situ sahajalah penggeledahan atau pemeriksaan boleh dilakukan, dan orang yang dipertanggungkan dengan pelaksanaan waran itu hendaklah kemudiannya hanya menggeledah atau memeriksa tempat atau bahagian itu yang dinyatakan sedemikian.
Hakim boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa menggeledah untuk mencari keterangan mengenai kesalahan
Jika seseorang Hakim, atas maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa benda yang ke atas, dengan atau berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan, atau apa-apa keterangan atau benda yang perlu bagi menjalankan sesuatu penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan, boleh didapati di mana-mana tempat, dia boleh, melalui waran, memberi kuasa orang yang kepadanya waran itu diarahkan untuk memasuki, dengan apa-apa bantuan yang dikehendaki, dan menggeledah tempat itu untuk mencari apa-apa keterangan atau benda itu, dan jika apa-apa jua yang dicari itu dijumpai, untuk menyitanya dan membawanya ke hadapan Hakim yang mengeluarkan waran itu atau
Hakim lain untuk diperlakukan mengikut undang-undang.
Bentuk waran geledah
Tiap-tiap waran itu hendaklah terus berkuat kuasa selama sebilangan hari yang munasabah yang hendaklah dinyatakan dalam waran itu.
Menggeledah untuk mencari orang yang dikurung dengan salah
Jika mana-mana Hakim mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang dikurung dalam apa-apa hal keadaan yang menjadikan pengurungan itu suatu kesalahan, dia boleh mengeluarkan waran geledah, dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan boleh mencari orang yang dikurung itu; pencarian itu hendaklah dibuat mengikut waran itu dan orang itu, jika dijumpai, hendaklah dengan serta-merta dibawa ke hadapan seorang Hakim yang hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut mengikut hal keadaan kes itu.
Orang yang menjaga tempat tertutup hendaklah membenarkan penggeledahan
Jika tempat itu tidak dapat dimasuki sedemikian, pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran itu boleh bertindak mengikut cara yang diperuntukkan oleh subseksyen 11 (2).
Tatacara Jenayah Syariah 41
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Hakim yang mengeluarkan waran geledah boleh hadir ketika ia dilaksanakan
Hakim yang mengeluarkan waran geledah boleh hadir sendiri bagi maksud memastikan waran itu dilaksanakan dengan sewajarnya.
Hakim boleh mengarahkan penggeledahan di hadapannya
Mana-mana Hakim boleh secara lisan mengarahkan supaya dibuat di hadapannya penggeledahan mana-mana tempat yang bagi penggeledahannya dia kompeten untuk mengeluarkan waran geledah.
Senarai segala benda yang disita hendaklah dibuat dan ditandatangani
Suatu senarai segala benda yang disita pada masa penggeledahan yang dibuat di bawah Bab ini dan suatu senarai tempat benda itu masing-masingnya dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai atau orang lain yang membuat penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.
Penghuni hendaklah hadir ketika penggeledahan
Penghuni tempat yang digeledah, atau seseorang lain bagi pihaknya, hendaklah pada tiap-tiap ketika dibenarkan hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah seksyen 52 hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu atas permintaannya.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Bahagian IV
AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT
Maklumat
Tiap-tiap maklumat itu hendaklah dicatatkan ke dalam
Borang 5 Jadual Kedua yang hendaklah disimpan oleh pegawai itu, yang hendaklah menyatakan dalam catatan itu tarikh dan waktu maklumat itu telah diberikan, dan sama ada diberikan secara bertulis atau diubah ke dalam bentuk bertulis sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen
Tiada Pegawai Penguat Kuasa Agama boleh, dalam sesuatu kes yang melibatkan kesalahan tak boleh tangkap, menjalankan mana-mana kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan yang diberikan oleh Bab ini tanpa perintah Ketua Pendakwa Syarie.
Mana-mana Pegawai Penguat Kuasa Agama yang menerima perintah sedemikian boleh menjalankan kuasa berkenaan dengan penyiasatan yang diberikan di bawah Bab ini kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran.
Tatacara Jenayah Syariah 43
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Penerimaan salinan diperakui akan maklumat sebagai keterangan
Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, suatu salinan mana-mana catatan berhubungan dengan sesuatu maklumat yang diubah ke dalam bentuk bertulis di bawah seksyen 54 dan yang berupa diperakui sebagai salinan yang benar oleh seorang Pegawai
Penguat Kuasa Agama hendaklah diterima sebagai keterangan bagi kandungan maklumat asal itu dan bagi waktu, tempat dan cara maklumat itu telah direkodkan sedemikian.
Tatacara jika kesalahan boleh tangkap disyaki
apabila apa-apa maklumat tentang pelakuan mana-mana kesalahan sedemikian diberikan terhadap mana-mana orang yang disebut namanya dan jenis kes itu tidak berat,
Pegawai Penguat Kuasa Agama yang menerima maklumat itu tidak perlu pergi sendiri atau mempertanggungjawabkan seorang pegawai bawahan untuk membuat siasatan pada masa itu juga;
jika didapati oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama yang menerima maklumat itu bahawa tiada alasan yang mencukupi untuk bertindak atau bertindak selanjutnya
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
dalam perkara itu, maka dia tidaklah boleh berbuat demikian.
, Pegawai Penguat Kuasa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya, jika ada, sebab-sebab dia tidak mematuhi subseksyen (1) dengan sepenuhnya.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi
Dengan syarat bahawa—
Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, Pegawai Penguat Kuasa Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Hakim yang boleh sesudah itu menurut budi bicaranya mengeluarkan waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh
Pegawai Penguat Kuasa Agama itu.
Pemeriksaan saksi oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama
Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai itu.
Tatacara Jenayah Syariah 45
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
Seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu akan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya di hadapan dua saksi, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia telah membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.
Pernyataan kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama tidak boleh diterima sebagai keterangan
Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwa atau pihak pembela, selain tertuduh, Mahkamah hendaklah atas permintaan tertuduh atau Pendakwa Syarie merujuk kepada apa-apa pernyataan yang telah dibuat oleh saksi itu kepada seorang Pegawai
Penguat Kuasa Agama dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, dan boleh kemudiannya, jika difikirkan oleh
Mahkamah suai manfaat demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinannya, dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu.
Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubungan dengan pernyataan palsu yang dibuat olehnya kepada
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
seorang Pegawai Penguat Kuasa Agama dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, maka pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam pendakwaan itu.
Tiada dorongan boleh diberikan
Tiada Pegawai Penguat Kuasa Agama atau orang lain boleh menghalang atau tidak menggalakkan mana-mana orang, dengan apa-apa amaran atau selainnya, dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya atas kemahuannya sendiri.
Kuasa untuk merekodkan pernyataan dan pengakuan salah
Mana-mana Hakim, selain Hakim yang mendengar kes itu, boleh merekodkan di hadapan dua saksi apa-apa pernyataan atau pengakuan salah yang dibuat kepadanya pada bila-bila masa sebelum perbicaraan itu bermula.
Penggeledahan oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama
orang yang kepadanya suatu saman atau perintah di bawah seksyen 42 telah atau mungkin akan dikeluarkan tidak akan atau mungkin tidak akan mengemukakan dokumen
Tatacara Jenayah Syariah 47
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
atau benda lain itu sebagaimana yang diarahkan dalam saman atau perintah itu; atau
dokumen atau benda lain itu tidak diketahui berada dalam milikan mana-mana orang, maka pegawai itu boleh menggeledah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mencari dokumen atau benda lain itu di mana-mana tempat.
Jika dia tidak dapat menjalankan penggeledahan itu sendiri dan tiada orang lain yang kompeten untuk membuat penggeledahan itu hadir pada waktu itu, dia boleh mengarahkan mana-mana pegawai bawahannya membuat penggeledahan itu, dan dia hendaklah menyerahkan kepada pegawai bawahan itu suatu perintah bertulis yang menyatakan dokumen atau benda lain yang dicari itu dan tempat yang hendak digeledah itu, dan pegawai bawahan itu boleh sesudah itu menggeledah untuk mendapatkan benda itu di tempat itu.
Peruntukan Akta ini tentang waran geledah hendaklah, setakat yang boleh, terpakai bagi penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.
Pegawai Penguat Kuasa Agama boleh menghendaki bon kehadiran pengadu dan saksi
Pegawai yang di hadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantar bon itu kepada Mahkamah.
Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan menyempurnakan bon itu, pegawai itu hendaklah melaporkan keengganan itu kepada
Mahkamah yang boleh sesudah itu, menurut budi bicaranya, mengeluarkan suatu saman atau waran untuk memastikan kehadiran pengadu atau saksi itu di hadapannya untuk memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh.
Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang yang berhubungan dengan keterangan, seseorang tertuduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam perjalanan apa-apa siasatan atau perbicaraan, meminta atau memeriksa mana-mana buku harian itu:
Tatacara Jenayah Syariah 49
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguat Kuasa Agama yang telah membuat penyiasatan itu merujuk kepada buku harian itu, maka hanya apa-apa catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.
Laporan Pegawai Penguat Kuasa Agama
Ketua Pendakwa Syarie boleh pada bila-bila masa melalui perintah bertulis mengarahkan bahawa tiada laporan perlu dihantar kepadanya dalam kes-kes daripada jenis yang dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan perintah itu.
Bahagian V
DARIHAL BIDANG KUASA MAHKAMAH DALAM PERBICARAAN
Tempat biasa bagi perbicaraan
Tiap-tiap kesalahan hendaklah pada lazimnya dibicarakan oleh
Mahkamah yang di dalam had bidang kuasa tempatannya kesalahan itu telah dilakukan.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Tertuduh boleh dibicarakan di tempat di mana perbuatan dilakukan atau di mana akibat berikutan
Apabila seseorang dituduh melakukan apa-apa kesalahan oleh sebab apa-apa jua yang telah dilakukan atau oleh sebab apa-apa akibat yang berikutan, kesalahan itu boleh dibicarakan oleh
Mahkamah yang di dalam had bidang kuasa tempatannya mana-mana perkara itu telah dilakukan atau mana-mana akibat itu telah berikutan.
Tempat perbicaraan jika perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab hubungan dengan kesalahan lain
Apabila sesuatu perbuatan menjadi kesalahan oleh sebab hubungannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga menjadi atau boleh menjadi kesalahan jika pelaku itu berupaya melakukan suatu kesalahan, maka pertuduhan atas kesalahan yang mula-mula disebut itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasa tempatannya mana-mana satu perbuatan itu telah dilakukan.
Misalan—Suatu pertuduhan persubahatan boleh dibicarakan sama ada oleh
Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya persubahatan itu telah dilakukan atau oleh Mahkamah yang di dalam had bidang kuasa tempatannya kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan.
Jika tempat kejadian kesalahan tidak dapat ditentukan
tidak dapat ditentukan yang mana daripada beberapa kawasan tempatan sesuatu kesalahan itu telah dilakukan;
sesuatu kesalahan dilakukan sebahagiannya di dalam satu had bidang kuasa tempatan dan sebahagiannya di dalam had bidang kuasa tempatan yang lain;
Tatacara Jenayah Syariah 51
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
sesuatu kesalahan ialah kesalahan berterusan dan terus dilakukan di dalam lebih daripada satu had bidang kuasa tempatan; atau
ia terdiri daripada beberapa perbuatan yang dilakukan di dalam had bidang kuasa tempatan yang berlainan, maka kes itu bolehlah didengar oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di dalam mana-mana had bidang kuasa tempatan tersebut.
Apabila timbul keraguan, Ketua Hakim Syarie hendaklah membuat keputusan
Apabila timbul apa-apa keraguan tentang Mahkamah yang manakah yang hendaklah, menurut peruntukan
Bab ini, membicarakan apa-apa kesalahan, Ketua Hakim Syarie boleh memutuskan di Mahkamah yang manakah kesalahan itu hendaklah dibicarakan.
Syarat yang Dikehendaki bagi Memulakan Prosiding
Hakim mengambil perhatian tentang kesalahan
berdasarkan pengetahuannya sendiri dan dengan keterangan yang menyokong bahawa kesalahan itu telah dilakukan;
apabila mana-mana orang dibawa ke hadapannya dalam jagaan tanpa proses dan dituduh melakukan suatu
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
kesalahan yang Hakim itu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakannya.
Apabila seorang Hakim mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan di bawah perenggan (1)(b), tertuduh atau, apabila terdapat beberapa orang yang dituduh, mana-mana seorang daripada mereka adalah berhak menghendaki supaya kes itu tidak dibicarakan oleh
Hakim itu tetapi hendaklah dibicarakan oleh seorang Hakim yang lain.
Keizinan untuk mendakwa daripada Ketua Pendakwa Syarie
Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah seksyen 4, 8, 9, 12 atau 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah
Persekutuan)
1997
[Akta 559]
boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Ketua Pendakwa Syarie.
DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM
Pemeriksaan pengadu
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi aduan mengenai sesuatu kesalahan jika saman dipohon dalam suatu kes saman yang dibuat oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa Agama.
Penangguhan pengeluaran proses
Jika Hakim ada keraguan yang munasabah tentang kebenaran
Tatacara Jenayah Syariah 53
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
sesuatu aduan mengenai sesuatu kesalahan yang dia diberi kuasa mengambil perhatian tentangnya, dia boleh, apabila pengadu itu telah diperiksa, merekodkan sebab dia meragui kebenaran aduan itu dan kemudiannya boleh menangguhkan pengeluaran proses bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan sama ada menyiasat hal itu sendiri atau mengarahkan seorang Pegawai Penguat Kuasa
Agama supaya membuat siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan aduan itu dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu.
Menolak aduan
Hakim yang menolak aduan itu hendaklah merekodkan sebab dia berbuat demikian.
Pengeluaran proses
Jika seseorang Hakim yang mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan berpendapat ada alasan yang mencukupi untuk meneruskan tindakan, dia hendaklah mengeluarkan saman bagi kehadiran tertuduh.
Bentuk pertuduhan
Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberinya apa-apa nama tertentu, kesalahan itu boleh diperihalkan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.
Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberinya apa-apa nama tertentu, takrif kesalahan itu hendaklah dinyatakan setakat yang membolehkan tertuduh maklum tentang perkara yang mengenainya dia dipertuduh.
Undang-undang dan peruntukan undang-undang yang terhadapnya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan hendaklah disebut dalam pertuduhan itu.
Hakikat bahawa pertuduhan itu dibuat adalah bersamaan dengan pernyataan bahawa tiap-tiap syarat yang sah yang dikehendaki oleh undang-undang bagi mewujudkan kesalahan yang dipertuduh itu telah dipenuhi dalam kes tertentu itu.
Butir-butir tentang waktu, tempat dan orang
Pertuduhan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir tentang waktu dan tempat kesalahan yang dikatakan itu dan orang, jika ada, yang terhadapnya atau benda, jika ada, yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan sebagaimana yang semunasabahnya mencukupi supaya tertuduh maklum tentang perkara yang mengenainya dia dipertuduh.
Bila cara melakukan kesalahan mesti dinyatakan
Apabila jenis kes itu adalah sedemikian rupa sehingga butir-butir yang disebut dalam seksyen 78 dan 79 tidak memberi tertuduh maklumat yang mencukupi tentang perkara yang mengenainya dia dipertuduh, pertuduhan itu hendaklah juga mengandungi apa-apa butir mengenai cara bagaimana kesalahan yang dikatakan itu telah dilakukan sebagaimana yang mencukupi bagi maksud itu.
Tatacara Jenayah Syariah 55
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Pengertian perkataan yang digunakan dalam pertuduhan untuk memperihalkan kesalahan
Dalam tiap-tiap pertuduhan, perkataan yang digunakan untuk memperihalkan sesuatu kesalahan hendaklah disifatkan digunakan mengikut pengertian yang diberikan kepadanya masing-masing oleh undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu boleh dihukum.
Kesan kesilapan
Tiada kesilapan dalam menyatakan sama ada kesalahan atau butir-butir yang dikehendaki dinyatakan dalam pertuduhan itu, dan tiada peninggalan untuk menyatakan kesalahan atau butir-butir itu, boleh dikira, pada mana-mana peringkat kes itu, sebagai material melainkan jika tertuduh sebenarnya telah terkeliru oleh sebab kesilapan atau peninggalan itu.
Mahkamah boleh meminda atau menambah pertuduhan
Tiap-tiap pindaan atau penambahan itu hendaklah dibaca dan diterangkan kepada tertuduh.
Bila perbicaraan boleh diteruskan serta-merta selepas pindaan atau penambahan
Jika tertuduh menyatakan dia belum bersedia, Mahkamah hendaklah menimbangkan dengan sewajarnya sebab-sebab yang diberikannya dan jika penerusan perbicaraan itu dengan serta-merta tidak mungkin, pada pendapat Mahkamah, memudaratkan tertuduh dalam pembelaannya atau Pendakwa dalam menjalankan kes itu,
Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, selepas pindaan atau tambahan itu dibentuk atau dibuat, meneruskan perbicaraan itu seolah-olah pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu ialah pertuduhan asal.
Bila perbicaraan baru boleh diarahkan atau perbicaraan ditangguhkan
Jika pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu adalah sedemikian rupa sehingga penerusan perbicaraan itu dengan serta-merta mungkin, pada pendapat Mahkamah, memudaratkan tertuduh atau Pendakwa, sebagaimana yang disebut dalam seksyen 84, Mahkamah boleh sama ada mengarahkan diadakan suatu perbicaraan baru atau menangguhkan perbicaraan itu selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu.
Menggantung prosiding jika pendakwaan kesalahan dalam pertuduhan yang dipinda menghendaki keizinan terlebih dahulu
Jika kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu ialah satu kesalahan yang pendakwaannya memerlukan keizinan terlebih dahulu, kes itu tidaklah boleh diteruskan sehingga keizinan itu diperoleh, melainkan jika keizinan sudah diperoleh bagi suatu pendakwaan atas fakta yang sama dengan fakta yang atasnya pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu diasaskan.
Memanggil semula saksi apabila pertuduhan dipinda atau ditambah
Mahkamah selepas perbicaraan bermula, Pendakwa dan tertuduh
Tatacara Jenayah Syariah 57
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
hendaklah dibenarkan memanggil semula atau menyaman semula dan memeriksa, dengan merujuk kepada pindaan atau penambahan itu, mana-mana saksi yang telah diperiksa, dan boleh juga memanggil apa-apa keterangan selanjutnya yang mungkin material.
Pertuduhan yang berasingan bagi kesalahan yang berlainan
Bagi tiap-tiap kesalahan yang berlainan yang atasnya mana-mana orang itu dituduh maka hendaklah ada pertuduhan yang berasingan, dan tiap-tiap pertuduhan itu hendaklah dibicarakan secara berasingan kecuali dalam hal yang disebut dalam seksyen 89, 90, 91 dan 95.
Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dipertuduh bersama
Kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan itu boleh dihukum di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sama yang sedang berkuat kuasa.
Perbicaraan bagi lebih daripada satu kesalahan
Jika perbuatan yang dikatakan menjadi kesalahan di bawah dua takrif kesalahan yang berasingan atau lebih, orang yang dituduh atas
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
kesalahan itu boleh dipertuduh dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi setiap kesalahan itu.
Jika beberapa perbuatan, yang satu daripadanya atau lebih boleh sendirinya mewujudkan suatu kesalahan, apabila digabungkan menjadi suatu kesalahan yang lain, maka orang yang dituduh atas kesalahan itu boleh dipertuduh dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi kesalahan yang wujud melalui perbuatan itu apabila digabungkan, atau bagi mana-mana kesalahan yang wujud melalui mana-mana satu daripada perbuatan itu atau lebih.
Jika diragui kesalahan apakah yang telah dilakukan
Jika satu perbuatan atau suatu siri perbuatan adalah sedemikian jenisnya sehingga terdapat keraguan mengenai kesalahan yang manakah yang diwujudkan antara beberapa kesalahan yang dapat diwujudkan oleh fakta yang boleh dibuktikan, tertuduh boleh dipertuduh melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu, dan apa-apa bilangan pertuduhan itu bolah dibicarakan bersekali, atau dia boleh dipertuduh secara alternatif telah melakukan mana-mana satu kesalahan sedemikian dan boleh dibicarakan bersekali.
Bila seseorang yang dipertuduh atas satu kesalahan boleh disabitkan atas kesalahan lain
Jika, dalam hal yang disebut dalam seksyen 91, tertuduh dipertuduh atas satu kesalahan dan daripada keterangan didapati bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan lain yang baginya dia mungkin boleh dipertuduh, dia boleh disabitkan atas kesalahan yang dibuktikan telah dilakukan olehnya walaupun dia tidak dipertuduh atas kesalahan itu.
Tatacara Jenayah Syariah 59
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh disabitkan kerana cuba melakukan kesalahan
Apabila tertuduh dipertuduh atas sesuatu kesalahan dia boleh disabitkan kerana mencuba melakukan kesalahan itu, walaupun percubaan itu tidak dipertuduh secara berasingan.
Apabila kesalahan yang terbukti dimasukkan dalam kesalahan yang dipertuduh
Apabila seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan dan fakta-fakta adalah dibuktikan yang mengurangkannya kepada suatu kesalahan yang lebih ringan, dia boleh disabitkan atas kesalahan yang lebih ringan itu walaupun dia tidak dipertuduh atas kesalahan itu.
Bila orang boleh dipertuduh bersesama
Apabila lebih daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam transaksi yang sama, atau apabila seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan dan seseorang yang lain dituduh bersubahat atau cuba melakukan kesalahan yang sama, maka mereka boleh dipertuduh dan dibicarakan bersama atau berasingan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
DARIHAL PERBICARAAN
Tatacara dalam perbicaraan
Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan:
apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh melakukannya itu hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta dibicarakan;
jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan, sama ada atas pertuduhan asal atau yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa sebelum suatu akuan bersalah direkodkan, Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan dia berniat untuk mengakui, tanpa bersyarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya itu;
jika tertuduh enggan membuat akuan atau tidak membuat akuan atau meminta dibicarakan, Mahkamah hendaklah mendengar pengadu, jika ada, dan mengambil segala keterangan yang dikemukakan bagi menyokong pendakwaan itu;
apabila difikirkannya perlu, Mahkamah hendaklah memperoleh daripada pengadu atau selainnya nama mana-mana orang yang berkemungkinan mengetahui fakta kes itu dan dapat memberikan keterangan bagi pihak pendakwaan, dan hendaklah memanggil mana-mana daripada mereka, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah, untuk memberikan keterangan di hadapannya;
Tatacara Jenayah Syariah 61
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah dibenarkan memeriksa balas semua saksi bagi pihak pendakwaan melalui Hakim;
jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan (e), Mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap tertuduh telah diwujudkan yang jika tidak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya, maka
Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan;
tiada apa-apa jua dalam perenggan (f) boleh disifatkan sebagai menghalang Mahkamah daripada melepaskan tertuduh pada mana-mana peringkat terdahulu dalam kes itu jika bagi sebab-sebab yang hendaklah direkodkan oleh
Mahkamah ia berpendapat pertuduhan itu tidak berasas;
jika, apabila keterangan itu telah diambil, Mahkamah berpendapat bahawa ada alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang dipertuduh itu atau kesalahan lain yang Mahkamah itu kompeten untuk membicarakannya dan yang pada pendapatnya patut dibicarakannya, ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang direkodkan terhadap tertuduh dan memutuskan sama ada pertuduhan itu mencukupi dan, jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan itu;
pertuduhan itu jika dipinda hendaklah dibacakan kepada tertuduh sebagaimana yang dipinda dan dia hendaklah ditanya semula sama ada dia bersalah atau ada apa-apa pembelaan yang hendak dibuat;
jika tertuduh tidak mengaku salah kepada pertuduhan itu sebagaimana yang dipinda atau jika tiada pindaan dibuat, tertuduh hendaklah dipanggil untuk membuat pembelaannya dan mengemukakan keterangannya, dan hendaklah pada bila-bila masa apabila dia membuat pembelaannya dibenarkan untuk memanggil semula dan memeriksa balas mana-mana saksi melalui Hakim;
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
jika tertuduh mengemukakan apa-apa pernyataan bertulis,
Mahkamah hendaklah memfailkannya bersama-sama dengan rekod;
jika tertuduh memohon kepada
Mahkamah supaya dikeluarkan saman bagi memaksa kehadiran mana-mana saksi, sama ada dia telah atau belum diperiksa dalam kes itu, bagi maksud pemeriksaan atau pemeriksaan balas atau pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain, Mahkamah hendaklah mengeluarkan saman melainkan jika ia berpendapat bahawa permohonan itu patut ditolak atas alasan bahawa ia dibuat bagi maksud menyusahkan atau melengahkan atau bagi menggagalkan matlamat keadilan;
dan alasan sedemikian hendaklah direkodkannya secara bertulis;
jika Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah,
Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan;
jika Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atau jika akuan bersalah telah direkodkan dan diterima,
Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang;
apabila prosiding telah dimulakan atas aduan seseorang yang dibuat dengan sumpah di bawah seksyen 74 dan pada mana-mana hari yang ditetapkan bagi pendengaran kes itu pengadu itu tidak hadir, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, melepaskan tertuduh.
Kuasa untuk melepaskan dengan syarat atau tanpa syarat
Apabila mana-mana orang dipertuduh di hadapan Mahkamah atas suatu kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan
Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan itu telah dibuktikan, tetapi berpendapat bahawa dengan mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental orang yang dipertuduh itu, atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu, atau kepada hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan, adalah tidak suai manfaat untuk mengenakan apa-apa hukuman selain suatu hukuman nominal atau bahawa adalah suai manfaat melepaskan pesalah itu dalam cubaan akhlak, Mahkamah boleh, tanpa merekodkan suatu sabitan, membuat perintah—
membuang pertuduhan atau aduan itu selepas apa-apa teguran atau amaran kepada pesalah itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah;
memerintahkan pesalah itu ditahan di suatu rumah kebajikan yang diluluskan oleh Majlis selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; atau
melepaskan pesalah itu dengan syarat dia mengikat bon, dengan penjamin-penjamin, untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan hadir supaya direkodkan sabitan dan dijatuhkan hukuman apabila dipanggil pada bila-bila masa dalam tempoh itu.
Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada mana-mana perintah itu, memerintahkan pesalah itu membayar apa-apa pampasan bagi kecederaan atau bagi kerugian, yang tidak melebihi jumlah wang satu ribu ringgit, atau membayar apa-apa kos prosiding itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah atau membayar pampasan dan kos itu kedua-duanya.
Jika Mahkamah berpuas hati melalui maklumat yang diberikan dengan sumpah bahawa pesalah itu tidak mematuhi mana-mana syarat bonnya, ia boleh mengeluarkan waran bagi pemberkasan pesalah itu.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Mana-mana pesalah apabila diberkas dengan mana-mana waran sedemikian hendaklah, jika tidak dibawa dengan serta-merta ke hadapan
Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya, dibawa ke hadapan seorang Hakim yang boleh—
sama ada menahannya melalui waran sehingga masa dia dikehendaki oleh bonnya untuk hadir bagi penghakiman atau sehingga bersidangnya Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan kesalahan asalnya, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu; atau
membenarkan dia diikat jamin dengan penjamin yang mencukupi dengan syarat dia hadir bagi penghakiman.
Pesalah itu, apabila ditahan sedemikian, boleh dipenjarakan dan waran tahanannya hendaklah memerintahkan bahawa dia hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah yang di hadapannya dia terikat untuk hadir bagi penghakiman atau untuk memberikan jawapan tentang kelakuannya sejak dia dilepaskan.
Ucapan
Dalam perbicaraan di bawah Bab ini—
pegawai yang menjalankan pendakwaan tidaklah perlu membuka kes itu tetapi bolehlah terus mengemukakan keterangannya;
apabila tertuduh dipanggil untuk membuat pembelaannya, maka dia atau
Peguam
Syarienya boleh, sebelum mengemukakan keterangannya, membuka kesnya dengan menyatakan fakta atau undang-undang yang mahu digunakan olehnya dan membuat apa-apa ulasan yang difikirkannya perlu tentang keterangan pihak pendakwa, dan jika tertuduh memberikan keterangan atau saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya, dia bolehlah menggulung kesnya;
Tatacara Jenayah Syariah 65
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
pegawai yang menjalankan pendakwaan itu hendaklah mempunyai hak menjawab keseluruhan kes itu apabila tertuduh telah mengemukakan keterangannya.
Kuasa untuk mengaward pampasan
Jika dalam mana-mana kes Mahkamah membebaskan tertuduh dan berpendapat bahawa aduan, maklumat atau pertuduhan itu adalah remeh atau menyusahkan ia boleh, menurut budi bicaranya, sama ada atas permohonan tertuduh atau atas kehendaknya sendiri, memerintahkan pengadu atau orang yang berdasarkan maklumatnya aduan atau pertuduhan itu telah dibuat supaya membayar kepada tertuduh, atau kepada setiap atau mana-mana tertuduh jika terdapat lebih daripada seorang, apa-apa pampasan, yang tidak melebihi satu ribu ringgit, yang difikirkan patut oleh Mahkamah:
hendaklah merekodkan dan menimbangkan apa-apa bantahan yang mungkin dibangkitkan oleh pengadu atau pemberi maklumat itu terhadap pembuatan perintah itu; dan
hendaklah merekodkan alasannya bagi pembuatan perintah sedemikian.
Butir-butir hendaklah direkodkan
Dengan syarat bahawa Mahkamah—
Butir-butir yang hendaklah dimasukkan dalam rekod itu hendaklah termasuk—
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
nama dan alamat pengadu, jika ada, tarikh aduan itu dan nilai apa-apa harta yang terlibat;
nama dan gelaran pegawai atau nama orang yang menjalankan pendakwaan dan nama Peguam Syarie, jika ada, yang hadir bagi pihak tertuduh;
tarikh setiap penangguhan atau penundaan dan tarikh yang sehingganya penangguhan atau penundaan itu dibuat dan alasan penangguhan atau penundaan itu dibuat;
nota Mahkamah tentang sabitan terdahulu, keterangan watak, dan rayuan meringankan hukuman, jika ada;
butir-butir tentang mana-mana waran tahanan, resit denda dan waran pemenjaraan; dan
tarikh pemberitahuan tentang rayuan, tarikh apa-apa permintaan bagi nota keterangan, tarikh apa-apa notis bahawa nota keterangan boleh diperoleh dengan bayaran, tarikh penyampaian alasan keputusan Mahkamah dan tarikh penghantaran rekod kepada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah
Rayuan
Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
nombor siri Mahkamah Tinggi Syariah atau
Mahkamah Rayuan Syariah bagi rayuan itu; dan
Rekod itu hendaklah disahkan dengan tandatangan Hakim, dan hendaklah difailkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh
Ketua Hakim Syarie.
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Pemindahan kes
Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan seorang Hakim
Mahkamah Rendah Syariah yang dalamnya ternyata pada mana-mana peringkat prosiding itu bahawa kerana apa-apa sebab maka kes itu ialah suatu kes yang, pada pendapat Hakim itu, patut dibicarakan oleh
Mahkamah Tinggi Syariah, atau jika sebelum atau semasa perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie, maka Hakim itu hendaklah menggantung prosiding itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah dan hendaklah merekodkan perintah itu pada rekod prosiding itu.
PERUNTUKAN AM TENTANG PERBICARAAN
Tatacara jika terdapat sabitan terdahulu
Jika tertuduh dipertuduh atas suatu kesalahan yang dilakukan selepas suatu sabitan terdahulu atas apa-apa kesalahan, tatacara yang berikut hendaklah dipatuhi:
bahagian pertuduhan yang menyatakan sabitan terdahulu itu tidak boleh dibacakan di dalam Mahkamah, dan tertuduh tidak juga boleh ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu seperti yang dikatakan dalam pertuduhan itu melainkan jika dan sehingga dia telah sama ada mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu;
jika dia mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu, dia hendaklah pada ketika itu ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu seperti yang dikatakan dalam pertuduhan itu;
jika dia menjawab bahawa dia pernah disabitkan terdahulu sedemikian, Mahkamah bolehlah dengan demikian itu menjatuhkan hukuman ke atasnya, tetapi jika dia menafikan bahawa dia pernah disabitkan terdahulu atau enggan atau
Tatacara Jenayah Syariah 69
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
tidak menjawab soalan itu, Mahkamah hendaklah menyiasat sabitan terdahulu itu.
Pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat
Pelepasan sedemikian tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika Mahkamah mengarahkan sedemikian.
Hak tertuduh untuk dibela
Tiap-tiap orang yang dituduh di hadapan mana-mana
Mahkamah adalah berhak untuk dibela oleh Peguam Syarie.
Mahkamah boleh mengemukakan soalan kepada tertuduh
Jawapan yang diberikan oleh tertuduh bolehlah dipertimbangkan dalam perbicaraan itu dan dijadikan keterangan bagi atau terhadapnya dalam mana-mana perbicaraan bagi apa-apa kesalahan lain yang jawapan sedemikian berkecenderungan menunjukkan bahawa dia telah melakukannya.
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Pemeriksaan tertuduh hendaklah bagi maksud membolehkan dia menjelaskan apa-apa hal keadaan yang terdapat dalam keterangan terhadapnya dan tidak boleh menjadi suatu pemeriksaan am.
Budi bicara yang diberikan oleh seksyen ini bagi menyoal tertuduh tidak boleh dijalankan bagi maksud mendorongnya membuat pernyataan yang menunjukkan dia telah melakukan jenayah.
Soalan tidak boleh dikemukakan kepada tertuduh semata-mata untuk menyokong kes pihak pendakwa apabila terdapat kecacatan pada kes pihak pendakwa.
Apabila tertuduh diperiksa di bawah seksyen ini oleh
Mahkamah, keseluruhan pemeriksaan itu termasuk tiap-tiap soalan yang dikemukakan kepadanya dan tiap-tiap jawapan yang diberikan olehnya hendaklah direkodkan dengan sepenuhnya, dan rekod itu hendaklah dibacakan kepadanya atau, jika dia tidak memahami bahasa yang digunakan, hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam bahasa atau isyarat yang difahaminya, dan dia adalah bebas untuk menjelaskan atau menambah jawapannya.
Apabila keseluruhan pemeriksaan itu telah menepati apa yang dinyatakan oleh tertuduh sebagai benar, maka rekod itu hendaklah ditandatangani oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu.
Kes bagi pihak pendakwa hendaklah diterangkan oleh
Mahkamah kepada tertuduh yang tidak dibela
Kegagalan mana-mana tertuduh pada mana-mana perbicaraan untuk memberikan keterangan tidak boleh dijadikan oleh pihak pendakwa perkara kritikan yang memburuk-burukkan tertuduh.
Kuasa menangguhkan atau menunda perbicaraan
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh
Mahkamah hendaklah secara bertulis, ditandatangani oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu, dan hendaklah menyatakan sebab baginya.
Huraian—Jika keterangan yang mencukupi telah diperoleh untuk menimbulkan syak bahawa tertuduh mungkin telah melakukan suatu kesalahan dan ternyata ada kemungkinan bahawa keterangan selanjutnya boleh didapati melalui penahanan, maka ini adalah suatu sebab yang munasabah bagi penahanan.
Bertukar Hakim semasa pendengaran
Apabila mana-mana
Hakim, selepas mendengar dan
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
merekodkan keseluruhan atau mana-mana bahagian keterangan dalam sesuatu perbicaraan, terhenti menjalankan bidang kuasa dalamnya dan digantikan oleh Hakim lain yang mempunyai dan yang menjalankan bidang kuasa itu, Hakim yang menjadi pengganti sedemikian boleh bertindak atas keterangan yang direkodkan sedemikian oleh pendulunya, atau yang sebahagiannya direkodkan oleh pendulunya dan sebahagiannya direkodkan olehnya sendiri, atau dia boleh memanggil semula saksi-saksi dan memulakan semula perbicaraan itu:
dalam mana-mana perbicaraan tertuduh boleh, apabila
Hakim yang kedua itu memulakan prosidingnya, menuntut supaya saksi-saksi atau mana-mana daripada mereka dipanggil semula dan didengar semula;
Mahkamah rayuan yang berkenaan boleh, sama ada terdapat rayuan atau tidak, mengetepikan mana-mana sabitan yang dibuat atas keterangan yang tidak direkodkan sepenuhnya oleh Hakim yang di hadapannya sabitan itu dibuat, jika
Mahkamah itu berpendapat bahawa tertuduh telah dimudaratkan secara material kerananya, dan bolehlah memerintahkan suatu perbicaraan baru.
Menahan pesalah yang hadir di Mahkamah
Dengan syarat bahawa—
Apabila penahanan itu berlaku selepas suatu perbicaraan telah bermula, tatacara berkenaan dengan orang itu hendaklah dimulakan semula dan saksi-saksi didengar semula.
Tatacara Jenayah Syariah 73
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Hari kelepasan mingguan atau am
Tiada tatacara mana-mana Mahkamah boleh menjadi tidak sah oleh sebab ia dijalankan pada hari kelepasan mingguan atau kelepasan am.
DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN
KETERANGAN DALAM PERBICARAAN
Keterangan hendaklah diambil di hadapan tertuduh
Segala keterangan yang diambil di bawah Akta ini hendaklah diambil di hadapan tertuduh.
Merekodkan keterangan
Dalam perbicaraan di bawah Akta ini oleh atau di hadapan seseorang Hakim, keterangan saksi-saksi hendaklah direkodkan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Bab ini.
Rekod dalam semua kes
Dalam semua perbicaraan di hadapan mana-mana Mahkamah, keterangan setiap saksi hendaklah dicatatkan oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu dalam tulisan tangan yang mudah dibaca dan hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod.
Cara merekodkan keterangan
Hakim yang menjalankan perbicaraan boleh, menurut budi bicaranya, mencatatkan apa-apa soalan dan jawapan tertentu.
Menterjemahkan keterangan kepada tertuduh
Apabila dokumen-dokumen dikemukakan bagi maksud pembuktian formal, maka hendaklah terpulang kepada budi bicara
Mahkamah untuk mentafsirkannya setakat yang difikirkan perlu.
Pemerhatian tentang tingkah laku saksi
Seseorang
Hakim yang menjalankan perbicaraan yang merekodkan keterangan seorang saksi boleh merekodkan apa-apa pemerhatian, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya material berkenaan dengan tingkah laku saksi itu ketika dia diperiksa.
Orang lain boleh diberi kuasa mengambil nota keterangan
Hakim dalam sesuatu perbicaraan untuk menyebabkan diambil nota kata demi kata oleh seorang lain mengenai apa yang dideposkan oleh setiap saksi sebagai tambahan kepada apa-apa nota mengenai isinya yang dibuat atau dicatatkan oleh Hakim itu sendiri, dan nota itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod.
Tatacara Jenayah Syariah 75
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
DARIHAL PENGHAKIMAN
Cara menyampaikan penghakiman
Mahkamah hendaklah diumumkan di dalam Mahkamah terbuka, sama ada dengan serta-merta atau pada suatu masa kemudiannya yang mengenainya notis wajar hendaklah diberikan kepada pihak-pihak dalam perbicaraan itu atau Peguam Syarie mereka, dan tertuduh hendaklah, jika dalam jagaan, dibawa ke hadapan
Mahkamah itu atau, jika tidak dalam jagaan, dikehendaki hadir untuk mendengar penghakiman disampaikan.
Penghakiman hendaklah dijelaskan kepada tertuduh dan salinan dibekalkan
Penghakiman itu hendaklah dijelaskan kepada tertuduh dan atas permohonannya suatu salinan penghakiman itu hendaklah diberikan kepadanya dengan percuma.
Penghakiman hendaklah difailkan bersama dengan rekod
Penghakiman asal hendaklah dicatatkan pada, dan jika bertulis difailkan bersama dengan, rekod prosiding.
DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA
Peruntukan tentang pelaksanaan hukuman pemenjaraan
Berkenaan dengan hukuman pemenjaraan, peruntukan yang berikut hendaklah diikuti:
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
jika tertuduh dijatuhi hukuman pemenjaraan, Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu hendaklah dengan segera menghantar suatu waran kepada penjara di mana dia akan dikurung dan, melainkan jika tertuduh telah sedia dikurung di penjara itu, hendaklah menghantarnya dalam jagaan polis atau
Pegawai Penguat Kuasa Agama ke penjara itu berserta dengan waran itu;
tiap-tiap waran bagi pelaksanaan sesuatu hukuman pemenjaraan hendaklah diarahkan kepada pegawai yang menjaga penjara itu atau tempat lain di mana banduan itu sedang atau dikehendaki dikurung;
apabila banduan itu dikehendaki dikurung di suatu penjara, waran itu hendaklah diserah simpan dengan pegawai yang menjaga penjara itu;
tiap-tiap hukuman pemenjaraan hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh hukuman itu dijatuhkan melainkan jika
Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu mengarahkan selainnya.
Peruntukan tentang hukuman denda
dalam tiap-tiap kes mengenai sesuatu kesalahan yang baginya pesalah itu telah dihukum membayar denda,
Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu boleh, menurut budi bicaranya, melakukan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
membenarkan masa untuk membayar denda itu;
mengarahkan pembayaran denda itu dibuat secara ansuran;
Tatacara Jenayah Syariah 77
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
mengeluarkan suatu waran untuk melevikan jumlah itu melalui distres dan penjualan apa-apa harta kepunyaan pesalah itu;
mengarahkan bahawa sekiranya terdapat keingkaran membayar denda pesalah itu hendaklah menjalani hukuman pemenjaraan selama suatu tempoh tertentu, dan pemenjaraan itu hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman pemenjaraan yang lain yang mungkin dikenakan ke atasnya;
tempoh yang baginya Mahkamah mengarahkan pesalah itu dipenjarakan kerana keingkaran membayar denda tidak boleh melebihi skala yang berikut:
jika kesalahan itu boleh dihukum dengan pemenjaraan—
Jika tempoh maksimum pemenjaraan—
Tempohnya tidak boleh melebihi—
tidak melebihi enam bulan tempoh maksimum pemenjaraan melebihi enam bulan tetapi tidak melebihi dua tahun enam bulan melebihi dua tahun satu perempat daripada tempoh maksimum pemenjaraan;
jika kesalahan itu tidak boleh dihukum dengan pemenjaraan—
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Jika denda itu—
Tempohnya tidak boleh melebihi—
tidak melebihi dua ratus ringgit satu bulan melebihi dua ratus ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ringgit dua bulan melebihi lima ratus ringgit enam bulan;
hukuman pemenjaraan yang dikenakan kerana keingkaran membayar denda hendaklah tamat apabila denda itu sama ada dibayar atau dilevikan melalui proses undang-undang;
jika, sebelum habis tempoh hukuman pemenjaraan yang ditetapkan kerana keingkaran membayar denda, apa-apa bahagian denda itu dibayar atau dilevikan sehinggakan tempoh pemenjaraan yang dijalani kerana keingkaran membayar denda itu adalah tidak kurang kadarnya berbanding bahagian denda yang masih tidak dibayar itu, maka hukuman penjara itu hendaklah ditamatkan;
denda itu, atau mana-mana bahagiannya yang masih tidak dibayar, bolehlah dilevikan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun selepas hukuman itu dijatuhkan, dan kematian pesalah itu hendaklah melepaskannya daripada denda itu.
Waran untuk melevikan sesuatu denda boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia, tetapi jika ia dikehendaki dilaksanakan di luar Wilayah-Wilayah Persekutuan, ia hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Tatacara Jenayah Syariah 79
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Penggantungan pelaksanaan dalam kes tertentu
Apabila seseorang pesalah telah dihukum dengan hukuman denda sahaja dan hukum pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda itu dan Mahkamah mengeluarkan waran di bawah seksyen 122, Mahkamah boleh menggantung pelaksanaan hukuman pemenjaraan itu dan boleh melepaskan pesalah itu apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin-penjamin sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Mahkamah, yang mensyaratkan dia hadir di hadapan Mahkamah itu pada hari yang ditetapkan bagi pengembalian waran itu yang tidak lebih daripada lima belas hari dari masa bon itu dilaksanakan; dan sekiranya denda itu tidak dibayar juga Mahkamah boleh mengarahkan supaya hukuman pemenjaraan itu dilaksanakan dengan serta-merta.
Siapa yang boleh mengeluarkan waran
Tiap-tiap waran bagi pelaksanaan apa-apa hukuman bolehlah dikeluarkan sama ada oleh Hakim yang menjatuhkan hukuman itu atau oleh penggantinya atau Hakim lain yang memangku jawatannya.
Hukuman sebat
Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat, iaitu—
sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan untuk
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
diperakui bahawa pesalah itu adalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman itu;
jika pesalah itu sedang hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan;
hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang
Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi maksud itu;
orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang ‘adil dan matang;
orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah;
selepas mengenakan satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya;
sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit;
jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, dan jika pesalah itu perempuan, dalam keadaan dia duduk;
jika semasa pelaksanaan hukuman sebat itu Pegawai
Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan itu memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.
Tatacara Jenayah Syariah 81
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Dalam hal pesalah itu dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.
Jika Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu, oleh sebab umur tua, keuzuran atau apa-apa sebab lain tidak dapat menjalani hukuman sebat pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujukkan kepada Mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksanakan mengikut cara yang difikirkannya munasabah.
Huraian—Umur tua ertinya telah mencapai umur lima puluh tahun atau lebih.
Masa melaksanakan hukuman sebat
Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah rayuan yang berkenaan yang mengesahkan hukuman itu.
Bermulanya hukuman pemenjaraan ke atas banduan yang telah sedia menjalani hukuman pemenjaraan
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh dianggap sebagai melepaskan mana-mana orang daripada mana-mana bahagian
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana sabitannya yang dahulu atau yang kemudian.
Pesalah muda
memerintahkan pesalah itu dilepaskan selepas teguran wajar diberikan jika difikirkan patut oleh Mahkamah;
atau
memerintahkan pesalah itu diserahkan kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau saudara dewasanya yang terdekat atau kepada mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah, apabila ibu atau bapa, penjaga, waris atau orang lain itu menyempurnakan bon dengan penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh
Mahkamah, bahawa dia akan bertanggungjawab bagi kelakuan baik pesalah itu selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan atau, tanpa menghendaki mana-mana orang mengikat apa-apa bon, membuat suatu perintah berkenaan dengan pesalah itu yang memerintahnya supaya berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan mengandungi apa-apa arahan kepada pesalah itu mengikut jenis syarat-syarat yang disebut dalam perenggan 130 (a), (b)
dan (c) yang difikirkan oleh Mahkamah itu patut diberikan.
Mahkamah yang di hadapannya seorang pesalah muda disabitkan boleh, sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini, mengenakan ke atas ibu atau bapa atau penjaganya denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah itu, selepas siasatan ringkas, berpuas hati bahawa ibu atau bapa atau
Tatacara Jenayah Syariah 83
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
penjaga itu telah, dengan sebab mereka cuai dalam menjaganya dengan sepatutnya atau selainnya, menyumbang kepada salah laku pesalah itu:
Dengan syarat bahawa tiada ibu atau bapa atau penjaga boleh didenda tanpa dia diberi peluang untuk didengar dan, jika dia berhasrat demikian, mengemukakan keterangan untuk membela dirinya.
Pesalah kali pertama
Jika Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk memperlakukan pesalah itu berkenaan dengan kesalahan asalnya berpuas hati bahawa pesalah itu telah tidak mematuhi mana-mana syarat bonnya, ia bolehlah mengeluarkan suatu waran bagi pemberkasannya.
Mana-mana pesalah apabila diberkas dengan mana-mana waran sedemikian hendaklah, jika tidak dibawa dengan serta-merta ke hadapan
Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya, dibawa ke hadapan seorang Hakim, dan Hakim itu boleh sama ada menahannya melalui waran sehingga masa dia dikehendaki oleh bonnya untuk hadir bagi penghakiman atau
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
sehingga bersidangnya Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan kesalahan asalnya, atau boleh membenarkan dia mengikat jamin dengan penjamin yang mencukupi dengan syarat dia hadir bagi penghakiman.
Pesalah itu, apabila ditahan sedemikian, boleh dipenjarakan dan waran tahanannya hendaklah memerintahkan supaya dia dibawa ke hadapan Mahkamah yang di hadapannya dia terikat untuk hadir bagi penghakiman atau untuk memberikan jawapan tentang kelakuannya sejak dia dilepaskan.
Syarat bon
Apabila mana-mana orang dikehendaki oleh mana-mana
Mahkamah supaya menyempurnakan suatu bon dengan penjamin-penjamin, dan dalam bon itu orang yang menyempurnakannya mengikat dirinya untuk menjaga keamanan atau mengikat dirinya untuk berkelakuan baik,
Mahkamah boleh menghendaki supaya dimasukkan dalam bon itu satu daripada syarat-syarat yang berikut atau lebih, iaitu—
suatu syarat bahawa orang itu hendaklah berada di bawah pengawasan seseorang lain yang dinamakan dalam bon itu selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalamnya;
apa-apa syarat bagi memastikan apa-apa pengawasan yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan;
apa-apa syarat mengenai tempat kediaman, pekerjaan, pergaulan, penjauhan daripada minuman keras atau dadah atau mengenai apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh
Mahkamah patut dikenakan.
Pengembalian waran
Apabila sesuatu hukuman telah dilaksanakan sepenuhnya, pegawai yang melaksanakannya hendaklah mengembalikan waran itu kepada
Mahkamah yang mengeluarkannya dengan suatu
Tatacara Jenayah Syariah 85
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
pengendorsan di bawah tandatangannya yang memperakui cara bagaimana hukuman itu telah dilaksanakan.
PERINGANAN HUKUMAN
Kuasa untuk menggantung atau meremitkan hukuman
Apabila sesuatu permohonan dibuat kepada Yang di-Pertuan
Agong bagi penggantungan atau peremitan sesuatu hukuman, Yang di-Pertuan Agong boleh menghendaki Hakim yang membuat sabitan itu supaya menyatakan pendapatnya tentang sama ada permohonan itu boleh dibenarkan atau ditolak dan Hakim itu hendaklah menyatakan pendapatnya dengan sewajarnya.
Jika mana-mana syarat yang berdasarkannya sesuatu hukuman telah digantung atau diremitkan telah tidak, pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, dipenuhi, Yang di-Pertuan
Agong boleh membatalkan penggantungan atau peremitan itu;
dan dengan itu orang yang bagi faedahnya hukuman itu telah digantung atau diremitkan boleh, jika dia telah dilepaskan, ditangkap oleh mana-mana pegawai polis atau Pegawai Penguat
Kuasa Agama tanpa waran dan ditahan oleh seorang Hakim untuk menjalani bahagian hukuman yang belum habis itu.
Kuasa untuk meringankan hukuman
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Mufti boleh, tanpa persetujuan orang yang telah dihukum, meringankan mana-mana satu
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
daripada hukuman yang berikut dengan menggantikannya dengan mana-mana hukuman yang disebut selepasnya, iaitu—
Orang yang telah disabitkan atau dibebaskan tidak boleh dibicarakan semula bagi kesalahan yang sama
Seseorang yang telah dibebaskan atau disabitkan atas apa-apa kesalahan boleh kemudiannya dibicarakan bagi apa-apa kesalahan yang berlainan yang baginya suatu pertuduhan berasingan mungkin boleh dibuat terhadapnya pada perbicaraan yang dahulu itu di bawah subseksyen 90(1).
Seseorang yang telah disabitkan atas mana-mana kesalahan yang wujud melalui apa-apa perbuatan yang menyebabkan akibat yang, bersama dengan perbuatan itu, mewujudkan suatu kesalahan yang lain daripada kesalahan yang atasnya dia telah disabitkan, boleh kemudiannya dibicarakan bagi kesalahan yang akhir disebut itu, jika akibat itu belum berlaku atau tidak diketahui oleh Mahkamah telah berlaku pada masa dia disabitkan.
Tatacara Jenayah Syariah 87
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Seseorang yang telah dibebaskan atau disabitkan atas apa-apa kesalahan yang wujud melalui apa-apa perbuatan boleh, walaupun dia dibebaskan atau disabitkan sedemikian, kemudiannya dipertuduh atas dan dibicarakan bagi apa-apa kesalahan lain yang wujud melalui perbuatan yang sama yang mungkin telah dilakukannya, jika
Mahkamah yang membicarakannya pada kali pertama tidak kompeten untuk membicarakan kesalahan yang atasnya dia dipertuduh kemudiannya.
Pembuangan sesuatu aduan, atau pelepasan tertuduh, bukanlah suatu pembebasan bagi maksud seksyen ini.
Alasan pembebasan atau sabitan terdahulu
Alasan sedemikian bolehlah dikemukakan bersama dengan apa-apa alasan lain, tetapi isu yang ditimbulkan oleh alasan sedemikian hendaklah dibicarakan dan dibereskan sebelum isu-isu yang ditimbulkan oleh alasan lain itu dibicarakan.
Bahagian VI
DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
Apabila akuan bersalah mengehadkan hak rayuan
Apabila seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan oleh Hakim atas akuan itu, maka tiada rayuan boleh dibuat kecuali tentang takat atau kesahan hukuman itu.
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Rayuan terhadap pembebasan
Apabila seseorang tertuduh telah dibebaskan oleh Hakim, maka tiada rayuan boleh dibuat kecuali oleh, atau dengan keizinan bertulis daripada, Ketua Pendakwa Syarie.
Tatacara rayuan
Tiap-tiap notis rayuan hendaklah mengandungi suatu alamat di mana apa-apa notis atau dokumen berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu atau kepada Peguam Syarienya.
Apabila sesuatu notis rayuan telah dimasukkan, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah membuat suatu salinan bertandatangan bagi alasan keputusan dalam kes itu dan menyebabkan alasan keputusan itu disampaikan kepada perayu atau
Peguam Syarienya dengan meninggalkan salinan itu di alamat yang disebut dalam notis rayuan itu atau dengan menghantarnya melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada perayu di alamat itu.
Dalam masa sepuluh hari selepas salinan alasan keputusan itu disampaikan menurut subseksyen
, perayu hendaklah mengemukakan kepada Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah
Syariah di mana perbicaraan itu telah diadakan suatu petisyen rayuan
Tatacara Jenayah Syariah 89
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
dalam lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi
Syariah.
Jika perayu dalam masa yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) bagi pengemukaan notis rayuannya telah memohon suatu salinan nota-nota keterangan yang direkodkan oleh
Hakim semasa perbicaraannya, dia hendaklah mengemukakan petisyen rayuannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4)—
dalam masa sepuluh hari dari tarikh notis ditinggalkan di alamatnya bagi penyampaian yang dinyatakan dalam subseksyen (2) bahawa suatu salinan nota-nota keterangan boleh didapati dengan percuma, mengikut mana-mana tempoh yang lebih panjang.
Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi penghakiman yang terhadapnya rayuan dibuat, dan hendaklah mengandungi butir-butir yang tentu mengenai perkara undang-undang atau mengenai fakta yang berkenaan dengannya
Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat dikatakan telah silap.
Jika perayu berada di dalam penjara, dia hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak seksyen ini jika dia memberi pegawai yang menjaga penjara itu notis rayuan sama ada secara lisan atau bertulis dan butir-butir yang dikehendaki dimasukkan dalam petisyen rayuan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini dan membayar fi rayuan yang ditetapkan.
Pegawai yang menjaga penjara itu hendaklah dengan segera menghantar notis dan petisyen itu atau yang berupa sebagai notis dan petisyen itu kepada Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di mana perbicaraan itu telah diadakan.
Jika sesuatu petisyen rayuan tidak dikemukakan dalam
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
masa yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan Mahkamah perbicaraan hendaklah menguatkuasakan hukuman atau perintahnya jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah tidak dibenarkan, tetapi tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menyekat kuasa yang diberikan kepada Hakim oleh seksyen 140.
Penghantaran rekod rayuan
Apabila perayu telah mematuhi seksyen 138, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menghantar kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan kepada Ketua Pendakwa
Syarie dan kepada perayu atau Peguam Syarienya suatu salinan bertandatangan bagi rekod prosiding dan alasan keputusan bersama dengan suatu salinan notis dan petisyen rayuan.
Rayuan yang dibenarkan secara khas dalam kes tertentu
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan dia tidak mematuhi sesuatu formaliti atau sesuatu kehendak Akta ini, membenarkan rayuan atas apa-apa terma dan dengan apa-apa arahan kepada Mahkamah Rendah Syariah dan kepada pihak-pihak itu sebagaimana yang pada pendapat Hakim itu adalah patut, supaya keadilan substansial boleh dilakukan dalam perkara itu, dan boleh, bagi maksud itu, melanjutkan apa-apa tempoh masa yang ditetapkan oleh subseksyen 138 (1) atau (4).
Penggantungan pelaksanaan sementara menanti rayuan
Kecuali dalam hal hukuman sebat, yang pelaksanaannya hendaklah ditangguhkan sementara menanti rayuan, tiada rayuan boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi
Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat atau
Mahkamah Tinggi
Syariah boleh menggantung pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara
Tatacara Jenayah Syariah 91
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
menanti rayuan, atas apa-apa terma tentang jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketidaklaksanaan mana-mana perbuatan atau penjalanan mana-mana hukuman yang diperintahkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat atau oleh Mahkamah Tinggi
Syariah.
Menetapkan rayuan dalam senarai
Dengan seberapa segera selepas tarikh itu ditetapkan Pendaftar hendaklah memberi pihak-pihak itu notis mengenai tarikh pendengaran rayuan itu.
Dalam mana-mana kes Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan suatu pihak yang berkenaan dan dengan notis yang munasabah kepada pihak-pihak dalam kes itu, mempercepat atau menangguhkan pendengaran sesuatu rayuan.
Tatacara pada pendengaran
Jika perayu tidak hadir untuk menyokong rayuannya,
Mahkamah boleh menimbangkan rayuannya dan boleh membuat apa-apa keputusan tentangnya yang difikirkannya patut:
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh enggan menimbangkan rayuan itu atau membuat apa-apa perintah sedemikian dalam kes perayu yang berada di luar bidang kuasa atau yang tidak hadir sendiri di hadapan Mahkamah menurut syarat yang dikenakan apabila dia dibenarkan dijamin, kecuali atas terma-terma yang difikirkan oleh
Mahkamah patut dikenakan.
Ketidakhadiran responden
Jika, pada pendengaran rayuan itu, responden tidak hadir,
Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah dalam perkara rayuan itu yang bertentangan atau yang memudaratkan responden, tetapi hendaklah menangguhkan pendengaran rayuan itu ke suatu hari pada masa hadapan bagi kehadirannya, dan hendaklah mengeluarkan notis yang diperlukan kepadanya untuk disampaikan melalui
Pendaftar.
Menangkap responden dalam kes tertentu
Hakim
Mahkamah
Tinggi
Syariah bolehlah mengeluarkan suatu waran yang mengarahkan supaya tertuduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya, dan boleh membenarkan dia mengikat jaminan sementara menanti rayuan itu dibereskan.
Keputusan mengenai rayuan
Pada pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika ia berpendapat bahawa tiada alasan yang mencukupi untuk campur tangan, menolak rayuan itu atau boleh—
dalam rayuan terhadap suatu perintah pembebasan, mengakaskan perintah itu dan mengarahkan bahawa tertuduh hendaklah dibicarakan semula, atau mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman ke atasnya mengikut undang-undang;
Tatacara Jenayah Syariah 93
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
mengakaskan dapatan dan hukuman itu dan membebaskan atau melepaskan tertuduh, atau memerintahkan supaya dia dibicarakan semula; atau
mengubah dapatan, dengan mengekalkan hukuman, atau dengan atau tanpa mengubah dapatan itu, mengurangkan atau menambah hukuman atau mengubah jenis hukuman itu;
dalam rayuan daripada apa-apa perintah lain, mengubah atau mengakaskan perintah itu.
Perintah untuk mengambil keterangan lanjut
Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah Rendah
Syariah, ia hendaklah memaklumkan keterangan itu kepada
Mahkamah Tinggi Syariah yang sesudah itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, menyelesaikan rayuan itu.
Melainkan jika Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan selainnya, tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan itu diambil.
Penghakiman
Apabila tamat pendengaran rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah, sama ada dengan serta-merta atau kemudiannya pada suatu tarikh yang ditetapkan bagi maksud itu yang notis mengenainya
94 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
hendaklah diberikan kepada pihak-pihak dalam rayuan itu, menyampaikan penghakiman di dalam Mahkamah terbuka.
Perakuan dan akibat penghakiman
Apabila sesuatu rayuan tidak ditolak, perakuan sedemikian hendaklah menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya rayuan itu telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diubah.
Mahkamah yang kepadanya Mahkamah Tinggi Syariah memaklumkan penghakiman atau perintahnya hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah
Mahkamah Tinggi Syariah itu dan, jika perlu, rekod hendaklah dipinda mengikutnya.
Kematian pihak kepada rayuan
Tiap-tiap rayuan di bawah seksyen 137 hendaklah terhenti secara muktamad dengan kematian tertuduh, dan tiap-tiap rayuan lain di bawah Bab ini hendaklah terhenti secara muktamad dengan kematian perayu.
Kos
Kos itu hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada masa ia memberikan keputusannya.
Walau bagaimanapun, tiada kos boleh diawardkan sama ada terhadap atau memihak kepada Pendakwa.
DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah
Jika seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan atas akuan itu, maka tiada rayuan boleh dibuat kecuali tentang takat atau kesahan hukuman.
Notis mana-mana rayuan oleh Ketua Pendakwa Syarie hendaklah diberikan oleh, atau dengan persetujuan bertulis daripada, pegawai itu sahaja.
Rayuan boleh dibuat tentang sesuatu persoalan fakta atau persoalan undang-undang atau campuran persoalan fakta dan undang-undang.
96 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah juga mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan perkara-perkara yang dibawa ke hadapannya mengikut seksyen 166 atau 167.
Notis rayuan
Tiap-tiap notis rayuan hendaklah menyatakan secara ringkas isi penghakiman yang terhadapnya rayuan dibuat, hendaklah mengandungi alamat di mana apa-apa notis atau dokumen berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu atau kepada
Peguam Syarienya, dan, kecuali jika notis rayuan itu diberikan secara lisan di bawah seksyen 156, hendaklah ditandatangani oleh perayu atau Peguam Syarienya.
Rekod prosiding
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas notis rayuan difailkan, Pendaftar hendaklah menyebabkan disampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya suatu salinan rekod prosiding itu.
Petisyen rayuan
Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh perayu atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi butir-butir tentang perkara undang-undang atau fakta yang berkenaan dengannya Mahkamah perbicaraan dikatakan telah silap, dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan
Syariah, perayu tidak boleh semasa pendengaran rayuan itu dibenarkan bergantung atas apa-apa alasan rayuan selain yang dinyatakan dalam petisyen itu.
Jika suatu petisyen tidak difailkan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan mengehadkan atau menyekat kuasa untuk melanjutkan masa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 158.
Tatacara jika perayu di dalam penjara
Pegawai penjara itu hendaklah dengan segera menghantar notis dan petisyen itu atau yang berupa sebagai notis dan petisyen itu kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di tempat keputusan yang dirayukan itu telah diberikan.
Penghantaran rekod kepada Mahkamah Rayuan Syariah
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah juga memberi responden atau Peguam Syarienya suatu salinan rekod prosiding kes itu dan suatu salinan notis rayuan dan petisyen rayuan itu.
Rayuan selepas tamat tempoh dan kecacatan formal
Mahkamah Rayuan Syariah boleh menurut budi bicaranya, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian oleh sebab dia tidak mematuhi sesuatu formaliti atau sesuatu kehendak Akta ini, membenarkan sesuatu rayuan atas apa-apa terma dan dengan apa-apa arahan yang difikirkannya patut supaya keadilan substansial boleh dilakukan dalam perkara itu, dan boleh, bagi maksud itu, melanjutkan apa-apa tempoh masa yang ditetapkan oleh seksyen 153 dan 155.
Apabila rayuan dibuat terhadap pembebasan, tertuduh boleh ditangkap
Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengeluarkan waran yang mengarahkan supaya tertuduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya dan boleh memerintahkan dia ditahan di penjara sementara menanti rayuan itu dibereskan atau membenarkan dia mengikat jamin.
Rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan
Jika perayu kesudahannya dihukum dengan hukuman pemenjaraan, tempoh pelaksanaan hukuman itu digantung hendaklah ditolak semasa menghitung tempoh hukumannya melainkan jika
Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan selainnya.
Dalam kes sabitan yang melibatkan hukuman sebat —
hukuman itu tidak boleh dalam mana-mana kes dilaksanakan sehingga selepas habis tempoh masa notis rayuan boleh diberikan di bawah seksyen 153, dan atau apa-apa pelanjutan tempoh di bawah seksyen 158; dan
jika notis diberikan sedemikian, hukuman itu tidak boleh dilaksanakan sehingga selepas rayuan itu diputuskan.
Notis mengenai masa dan tempat pendengaran
Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menyebabkan notis mengenai masa dan tempat bagi pendengaran rayuan itu diberikan kepada pihak-pihak kepada rayuan itu.
Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah
Pada pendengaran sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkannya bahawa suatu hukuman yang lain sepatutnya telah dijatuhkan, membatalkan hukuman yang dijatuhkan oleh
Mahkamah perbicaraan dan menjatuhkan apa-apa hukuman lain yang diwajarkan oleh undang-undang, sama ada lebih atau kurang beratnya, sebagai menggantikan hukuman asal sebagaimana yang difikirkannya sepatutnya telah dijatuhkan.
Keterangan tambahan
Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah perbicaraan, ia hendaklah memaklumkan keterangan itu, dengan suatu pernyataan pendapatnya mengenai kes yang dipertimbangkan itu dengan mengambil kira keterangan tambahan itu, kepada
Mahkamah Rayuan Syariah, dan Mahkamah itu hendaklah sesudah itu membereskan rayuan itu.
Pihak-pihak kepada rayuan itu hendaklah hadir semasa keterangan tambahan diambil.
Dalam menguruskan apa-apa rayuan dalam apa-apa kes jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh juga, jika difikirkannya patut, meminta dan menerima daripada Mahkamah perbicaraan suatu laporan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan perbicaraan itu.
Tatacara Jenayah Syariah 101
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Penghakiman
Dalam rayuan dan perkara jenayah, Mahkamah Rayuan
Syariah hendaklah pada lazimnya memberikan hanya satu penghakiman yang boleh diumumkan oleh Pengerusi atau oleh mana-mana anggota lain
Mahkamah
Rayuan
Syariah sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi, tetapi penghakiman yang berasingan boleh disampaikan jika Pengerusi menentukan sedemikian.
Penghakiman mana-mana anggota Mahkamah Rayuan Syariah yang tidak hadir boleh dibacakan oleh mana-mana Hakim lain.
Penghakiman atau perintah hendaklah dimaklumkan kepada
Mahkamah perbicaraan
Mahkamah perbicaraan hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah
Mahkamah Rayuan Syariah dan, jika perlu, rekod hendaklah dipinda mengikutnya.
Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau diberhentikan,
Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberitahu
Mahkamah perbicaraan sewajarnya dan, jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah dibenarkan, hukuman atau perintah Mahkamah perbicaraan hendaklah dikuatkuasakan dengan segera, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan mengehadkan atau
102 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
menyekat kuasa untuk melanjutkan masa yang diberikan kepada
Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 158.
Persoalan yang dikhaskan untuk Mahkamah Rayuan Syariah
Orang yang disabitkan sedemikian hendaklah sesudah itu ditahan di penjara atau, jika difikirkan patut oleh Hakim, dibenarkan mengikat jamin.
Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mengkaji semula kes itu, atau mana-mana bahagiannya sebagaimana yang perlu, dan menentukan persoalan itu dengan muktamad, dan sesudah itu boleh mengubah hukuman yang dijatuhkan dan menjatuhkan apa-apa hukuman atau memberikan atau membuat apa-apa penghakiman atau perintah yang difikirkan patut oleh Mahkamah Rayuan Syariah.
Rujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah atas rayuan daripada Mahkamah Rendah Syariah
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam masa satu bulan atau apa-apa
Tatacara Jenayah Syariah 103
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
masa yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh
Mahkamah Rayuan Syariah dari masa keputusan rayuan yang dimaksudkan itu; dan dalam hal suatu permohonan oleh Ketua
Pendakwa Syarie, hendaklah dibuat oleh atau dengan kebenaran bertulis pegawai itu sahaja.
Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan
Syariah di bawah seksyen ini, Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut bagi penangkapan, jagaan atau pelepasan atas jaminan mana-mana pihak dalam rayuan itu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menghantar rekod prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah kepada
Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah yang hendaklah sesudah itu menetapkan dan memberitahu pihak-pihak dalam rayuan itu masa dan tempat bagi pendengaran perkara itu.
Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan
Syariah, ia hendaklah mendengar dan menentukan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi penentuannya itu dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang pada pendapatnya adalah adil bagi pemberesan rayuan itu.
Bagi maksud seksyen ini tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukannya—
apa-apa persoalan undang-undang yang berkenaan dengannya terdapat percanggahan nas kehakiman hendaklah disifatkan sebagai suatu persoalan yang mempunyai kepentingan awam; dan
penjalanan mana-mana kuasa penyemakan oleh Mahkamah
Tinggi Syariah di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu rayuan daripada keputusan Mahkamah
Rendah Syariah.
104 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
DARIHAL PENYEMAKAN
Kuasa untuk menyemak
Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah Tinggi Syariah boleh memanggil dan memeriksa rekod mana-mana prosiding di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bagi maksud memuaskan hatinya tentang ketepatan, kesahan atau kewajaran mana-mana dapatan, hukuman atau perintah yang direkodkan atau dijatuhkan dan tentang apa-apa keteraturan mana-mana prosiding Mahkamah itu; dan
Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa penyemakan yang serupa berkenaan dengan apa-apa prosiding atau perkara di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah.
Kuasa untuk memerintahkan siasatan lanjut
Setelah memeriksa mana-mana rekod di bawah seksyen 168,
Mahkamah yang menjalankan mana-mana bidang kuasa penyemakan boleh mengarahkan Mahkamah yang relevan untuk membuat, dan
Mahkamah itu hendaklah membuat, apa-apa siasatan lanjut sebagaimana yang diarahkan.
Kuasa semasa penyemakan
Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat yang memudaratkan tertuduh melainkan jika dia telah diberi peluang untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarienya, dalam membela dirinya sendiri.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberi kuasa kepada Mahkamah yang menjalankan mana-mana bidang kuasa penyemakan untuk mengubah suatu dapatan pembebasan kepada sabitan.
Mendengar pihak-pihak semasa penyemakan
Tiada pihak mempunyai apa-apa hak untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie, di hadapan mana-mana
Mahkamah yang menjalankan bidang kuasa penyemakannya tetapi
Mahkamah itu boleh, jika difikirkannya patut, mendengar mana-mana pihak sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarienya.
Perintah apabila kes disemak
Apabila suatu kes disemak di bawah Bab ini, Mahkamah yang membuat penyemakan itu hendaklah memaklumkan keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan dapatan, hukuman atau perintah yang disemak itu dengan menyatakan, jika dapatan, hukuman atau perintah itu telah diubah, alasan bagi pengubahan itu; dan Mahkamah yang kepadanya keputusan atau perintah itu dimaklumkan sedemikian hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati keputusan yang diperakukan sedemikian dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikutnya.
106 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG
MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN
Tatacara tentang kesalahan yang dilakukan di Mahkamah
Apabila mana-mana kesalahan yang diperihalkan dalam seksyen 211, 212, 213, 214, 215 atau 216 dilakukan dalam pandangan atau di hadapan mana-mana Mahkamah, Mahkamah itu boleh menyebabkan pesalah itu ditahan dalam jagaan dan pada bila-bila masa sebelum penangguhan persidangan
Mahkamah pada hari yang sama boleh, jika difikirkannya patut, mengambil perhatian tentang kesalahan itu dan menghukum pesalah itu dengan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau kedua-duanya.
Rekod fakta yang mewujudkan kesalahan
Jika kesalahan itu ialah kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 217, rekod itu mestilah menunjukkan jenis dan peringkat prosiding kehakiman yang sedang dijalankan oleh
Mahkamah yang telah diganggu atau dihina itu, dan jenis gangguan atau penghinaan itu.
Tatacara alternatif
Jika Mahkamah, dalam mana-mana kes, berpendapat bahawa seseorang yang dituduh atas mana-mana kesalahan yang disebut dalam seksyen 173 dan yang telah dilakukan dalam pandangan atau di hadapannya adalah lebih baik diperlakukan melalui proses biasa undang-undang, Mahkamah itu, selepas merekodkan fakta-fakta yang mewujudkan kesalahan itu dan pernyataan tertuduh, boleh
Tatacara Jenayah Syariah 107
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
mengarahkan supaya tertuduh didakwa, dan boleh menghendaki jaminan diberikan bagi kehadiran orang tertuduh itu di hadapan seorang Hakim atau, jika jaminan yang mencukupi tidak diberikan, boleh menghantar orang itu di bawah jagaan kepada Hakim lain untuk dibicarakan.
Kuasa untuk meremitkan hukuman
Apabila mana-mana Mahkamah telah, di bawah seksyen 173, menghukum seseorang pesalah kerana dia enggan atau tidak melakukan apa-apa jua yang dia telah dengan sah dikehendaki melakukannya atau kerana apa-apa gangguan atau penghinaan yang disengajakan, Mahkamah itu boleh, menurut budi bicaranya, melepaskan pesalah itu atau meremitkan hukuman apabila pesalah itu mematuhi perintah atau kehendak Mahkamah itu atau jika dia meminta maaf sehingga Mahkamah berpuas hati.
Keengganan untuk memberikan keterangan
Jika mana-mana saksi di hadapan sesuatu Mahkamah enggan memberikan keterangan atau menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen dalam milikan atau kuasanya yang dikehendaki oleh Mahkamah supaya dikemukakan olehnya, dan tidak memberikan apa-apa sebab yang munasabah bagi keengganan itu, Mahkamah itu boleh, atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis, menghukumnya dengan hukuman pemenjaraan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi tujuh hari, melainkan jika dalam masa itu orang itu bersetuju untuk memberikan keterangan atau diperiksa dan menjawab soalan itu atau mengemukakan dokumen itu; tetapi jika dia terus enggan, dia boleh diperlakukan mengikut seksyen 173 atau 175 walau apa pun apa-apa hukuman yang mungkin telah dijalaninya di bawah seksyen ini.
108 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Rayuan
Bab 1 hendaklah, setakat yang boleh terpakai, terpakai bagi rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah rayuan boleh mengubah atau mengakaskan dapatan atau mengurangkan, mengubah atau mengakaskan hukuman yang dirayukan itu.
Bab 2 hendaklah juga terpakai bagi semua prosiding oleh seorang Hakim di bawah Bab ini.
Hakim tidak boleh membicarakan kesalahan tertentu yang dilakukan di hadapannya
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 173
dan 178, tiada Hakim boleh membicarakan mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan jika kesalahan itu dilakukan di hadapannya atau sebagai menghina kuasanya, atau dengan pengetahuannya dalam perjalanan sesuatu prosiding kehakiman.
Bahagian VII
ORANG TIDAK SEMPURNA AKAL
Tatacara jika tertuduh disyaki tidak sempurna akal
Dalam penyiasatan itu orang tertuduh tidak perlu hadir dan
Hakim boleh menerima sebagai keterangan suatu perakuan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan yang bermaksud bahawa pada pendapatnya orang tertuduh itu tidak sempurna akal atau seorang yang patut ditahan di hospital mental untuk pemerhatian, atau jika difikirkannya patut Hakim itu boleh mengambil keterangan lisan daripada seorang Pegawai Perubatan
Kerajaan tentang keadaan akal fikiran orang tertuduh itu.
Jika Hakim tidak berpuas hati bahawa orang itu berupaya membuat pembelaannya, Hakim itu boleh menangguhkan siasatan atau perbicaraan itu dan hendaklah menahan orang itu selama suatu tempoh tidak melebihi sebulan di mana-mana hospital mental di
Malaysia untuk pemerhatian.
Penguasa Perubatan hospital mental itu hendaklah meletakkan orang itu dalam pemerhatian sepanjang tempoh penahanannya itu dan, sebelum habis tempoh itu—
dia hendaklah memperakui di bawah tandatangannya pendapatnya tentang keadaan akal fikiran orang itu kepada
Mahkamah; atau
jika dia tidak dapat dalam tempoh itu membuat apa-apa kesimpulan yang pasti, dia hendaklah memperakui sedemikian kepada Mahkamah dan meminta supaya tempoh tahanan dilanjutkan sehingga suatu tempoh selama dua bulan.
Pendakwa Syarie boleh pada mana-mana peringkat apa-apa prosiding sebelum perbicaraan dijalankan, memerintahkan supaya mana-mana orang tertuduh yang disyakinya tidak sempurna akal dihantar ke hospital mental untuk pemerhatian selama suatu tempoh yang tidak melebihi sebulan; dan Penguasa Perubatan hospital mental itu hendaklah meletakkan orang itu dalam pemerhatian selama tempoh itu dan sebelum habis tempoh itu hendaklah memperakui di
110 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
bawah tandatangannya pendapatnya tentang keadaan akal fikiran orang itu kepada Pendakwa Syarie; dan jika Penguasa Perubatan itu tidak dapat dalam tempoh itu membuat apa-apa kesimpulan yang pasti, dia hendaklah memperakui sedemikian kepada Pendakwa
Syarie dan Pendakwa Syarie bolehlah memerintahkan supaya orang itu ditahan di hospital mental itu selama suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua bulan.
Penguasa Perubatan sesuatu hospital mental boleh, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam *Ordinan Penyakit Mental 1952 [Ord. 31/52], menahan mana-mana orang tertuduh yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (5) selama suatu tempoh yang tidak melebihi tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu.
Jika Penguasa Perubatan memperakui bahawa orang tertuduh sempurna akal dan berupaya membuat pembelaannya, Hakim hendaklah meneruskan perbicaraan itu.
Jika Penguasa Perubatan memperakui bahawa orang tertuduh tidak sempurna akal dan tidak berupaya membuat pembelaannya,
Mahkamah hendaklah, jika berpuas hati tentang hakikat itu, membuat dapatan yang sewajarnya dan sesudah itu perbicaraan hendaklah ditangguhkan.
Perakuan Penguasa Perubatan hendaklah diterima sebagai keterangan di bawah seksyen ini.
Jika orang tertuduh diperakui tidak sempurna akal dan tidak berupaya membuat pembelaannya, maka dia tidak perlu hadir di dalam Mahkamah semasa prosiding di bawah seksyen ini dan
Mahkamah boleh memerintahkan pelepasan atau pembebasannya.
Dalam seksyen ini, perkataan “hospital mental” ertinya sesuatu hospital mental yang ditubuhkan atau disenggarakan di bawah Ordinan Penyakit Mental 1952.
*CATATAN – Ordinan Penyakit Mental 1952 telah dimansuhkan oleh Akta Kesihatan Mental 2001
[Akta 615] –lihat seksyen 93 Akta 615.
Tatacara Jenayah Syariah 111
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
DARIHAL PENDAKWAAN
Ketua Pendakwa Syarie
Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kawalan dan arahan ke atas segala pendakwaan dan prosiding jenayah di bawah
Akta ini.
Ketua Pendakwa Syarie hendaklah hadir sendiri
Dalam apa-apa rayuan Ketua Pendakwa Syarie hendaklah hadir sendiri atau diwakili oleh Pendakwa Syarie.
Pendakwaan
Pendakwaan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bolehlah dijalankan oleh—
seorang Pegawai Penguat Kuasa Agama yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pendakwa Syarie untuk bertindak bagi pihaknya; atau
seorang pengadu sebagaimana yang dibenarkan oleh
Mahkamah.
Menggunakan khidmat Peguam Syarie
Peguam Syarie yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibayar daripada wang awam apa-apa saraan sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis, dan semasa menjalankan pendakwaan atau rayuan itu Peguam Syarie itu hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam.
DARIHAL JAMINAN
Bila seseorang boleh dilepaskan atas jaminan
Apabila mana-mana orang ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis atau hadir atau dibawa di hadapan suatu Mahkamah dan dia bersedia pada bila-bila masa semasa dalam jagaan pegawai itu atau pada mana-mana peringkat prosiding di hadapan Mahkamah itu untuk memberikan jaminan, maka orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis yang menjaga balai polis atau oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau oleh Mahkamah itu.
Amaun bon
Mahkamah Tinggi Syariah boleh, dalam mana-mana kes, sama ada terdapat rayuan atas sabitan atau tidak, mengarahkan supaya mana-mana orang diikat jamin atau supaya jaminan yang dikehendaki
Tatacara Jenayah Syariah 113
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
oleh seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah Rendah Syariah dikurangkan atau dinaikkan.
Bon hendaklah disempurnakan
Sebelum mana-mana orang dilepaskan atas jaminan, suatu bon bagi apa-apa jumlah wang yang difikirkan mencukupi oleh Pegawai
Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disempurnakan oleh seorang penjamin yang mencukupi atau lebih, dengan disyaratkan bahawa orang itu hendaklah hadir pada masa dan tempat yang disebut dalam bon itu, dan hendaklah terus hadir sedemikian sehingga diarahkan selainnya oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bila orang hendaklah dilepaskan
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau seksyen 185 boleh disifatkan menghendaki pelepasan mana-mana orang yang boleh ditahan bagi sesuatu perkara selain perkara yang berkenaan dengannya bon itu disempurnakan.
Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin
Jika, oleh sebab kesilapan, fraud atau selainnya, penjamin-penjamin yang tidak mencukupi telah diterima, atau jika mereka kemudiannya menjadi tidak mencukupi, Mahkamah yang membenarkan dia diikat jamin boleh mengeluarkan suatu waran tangkap yang mengarahkan
114 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
supaya orang yang dilepaskan atas jaminan itu dibawa ke hadapan
Mahkamah itu, dan boleh mengarahkan supaya dia mencari penjamin yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Mahkamah boleh memenjarakannya.
Penjamin boleh memohon supaya bon dilepaskan
Apabila permohonan sedemikian dibuat, Hakim hendaklah mengeluarkan waran tangkap mengarahkan supaya orang yang dilepaskan sedemikian dibawa ke hadapannya.
Apabila orang itu hadir menurut waran itu atau dia menyerah diri dengan sukarela, Hakim hendaklah mengarahkan supaya bon itu dilepaskan, sama ada pada keseluruhannya atau setakat yang berhubungan dengan pemohon itu, dan hendaklah meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Hakim itu boleh memenjarakannya.
Seseorang penjamin boleh pada bila-bila masa menangkap orang yang bagi kehadirannya dia menjadi penjamin dan dengan serta-merta membawanya ke hadapan seorang Hakim, yang hendaklah sesudah itu melepaskan bon penjamin itu dan hendaklah meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Hakim itu hendaklah memenjarakannya.
Rayuan
Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah atau keengganan mana-mana Mahkamah Rendah Syariah yang dibuat di bawah Bab ini boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dalam hal perintah yang dibuat oleh atau keengganan Mahkamah Tinggi Syariah.
Tatacara Jenayah Syariah 115
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN
DENGAN KETERANGAN
Tatacara apabila orang yang dapat memberikan keterangan material sakit tenat
Jika tertuduh berada dalam jagaan, seorang Hakim boleh memerintahkan pegawai yang menjaga penjara itu menghantar tertuduh ke tempat itu pada waktu yang telah diberitahukan dan pegawai itu hendaklah menghantarnya dengan sewajarnya.
Apabila dibuktikan pada perbicaraan tertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan deposisi itu bahawa deponennya telah mati atau bahawa kerana apa-apa sebab yang mencukupi kehadirannya tidak dapat diperoleh, deposisi itu bolehlah dibacakan sama ada bagi atau terhadap tertuduh, walaupun dia tidak hadir semasa deposisi itu diambil, jika deposisi itu diperakui di bawah tandatangan Hakim yang mengambilnya dan yang sebaliknya tidak dibuktikan, atau jika ditunjukkan melalui keterangan ekstrinsik bahawa deponen memang pada masa pemeriksaannya sakit tenat sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) dan bahawa deposisi itu telah diambil dengan sewajarnya di tempat dan pada masa yang diberitahukan itu dan bahawa notis yang munasabah tentang niat untuk mengambilnya telah diberikan kepada orang yang terhadapnya deposisi itu dikemukakan sebagai keterangan, supaya dia atau
116 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Peguam Syarienya dapat hadir dan mendapat, jika dia memilih untuk hadir, peluang penuh untuk pemeriksaan balas.
Jika orang yang terikat untuk memberikan keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia
Apabila dibuktikan sehingga Hakim berpuas hati bahawa mana-mana saksi yang terikat untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan mana-mana kesalahan boleh tangkap berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa matlamat keadilan akan barangkali terjejas jika orang itu tidak hadir pada perbicaraan itu untuk memberikan keterangan, Hakim boleh, atas permohonan Ketua Pendakwa Syarie atau tertuduh dan selepas peruntukan wajar dibuat bagi saraannya dan bagi memampasinya kerana penahanannya dan masanya yang terbuang, memenjarakan orang itu di penjara sivil sehingga perbicaraan atau sehingga dia memberikan jaminan yang memuaskan hati bahawa dia akan memberikan keterangan pada perbicaraan itu.
Laporan orang tertentu
oleh tertuduh, dan dalam hal itu tertuduh hendaklah memberikan notis kepada Pendakwa tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum perbicaraan dimulakan:
Tatacara Jenayah Syariah 117
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Dengan syarat bahawa dalam mana-mana kes apabila Pendakwa
Syarie berniat untuk memberikan sebagai keterangan mana-mana laporan sedemikian, dia hendaklah menyerahkan suatu salinan laporan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum perbicaraan dimulakan.
Yang berikut ialah orang yang baginya peruntukan seksyen ini terpakai:
mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta sebagai
Pemeriksa
Dokumen;
Merinyu Timbang dan Sukat yang dilantik sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan timbang dan sukat yang berkuat kuasa di Malaysia; dan
mana-mana orang atau golongan orang yang baginya
Yang di-Pertuan
Agong mengisytiharkan melalui pemberitahuan dalam Warta bahawa peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai.
Orang yang disebut dalam subseksyen (2) dan Pendaftar
Penjenayah adalah melalui Akta ini terikat untuk menyatakan yang benar dalam laporan yang dibuat di bawah tandatangan mereka.
Bagaimana sabitan atau pembebasan terdahulu boleh dibuktikan
melalui suatu cabutan hukuman atau perintah yang diperakui di bawah tandatangan pegawai yang menjaga rekod Mahkamah di mana-mana Negeri di Malaysia di mana sabitan atau pembebasan itu telah diputuskan; atau
dalam hal suatu sabitan, sama ada melalui suatu perakuan yang ditandatangani oleh pegawai yang menjaga penjara di Malaysia di mana hukuman atau mana-mana bahagiannya telah dijalankan, atau melalui pengemukaan waran pemenjaraan yang menurutnya hukuman itu telah dijalani, bersama dengan, dalam setiap kes sedemikian, keterangan tentang identiti orang tertuduh dengan orang yang telah disabitkan atau dibebaskan sedemikian.
Sekiranya pegawai yang menjaga mana-mana penjara menyatakan dalam mana-mana perakuan yang ditandatanganinya bahawa cap jari yang terdapat pada perakuan itu ialah cap jari orang yang dimaksudkan oleh perakuan itu, perakuan itu hendaklah menjadi keterangan bagi fakta yang dinyatakan sedemikian.
Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menganggap tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan sabitan dan yang berupa telah ditandatangani oleh pegawai yang menjaga mana-mana penjara di Malaysia, dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang olehnya dokumen itu berupa telah ditandatangani ialah, semasa dia menandatangani dokumen itu, pegawai yang menjaga penjara yang disebut dalam dokumen itu.
Rekod keterangan semasa ketidakhadiran tertuduh
Mana-mana deposisi yang direkodkan di bawah subseksyen (1)
boleh, apabila orang itu ditangkap, diberikan sebagai keterangan terhadapnya pada perbicaraan kesalahan yang baginya dia dipertuduh, jika deponen itu telah mati atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan atau kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa apa-apa kelengahan, perbelanjaan atau kesusahan yang dalam hal keadaan kes itu tidaklah munasabah.
Notis hendaklah diberikan bagi pembelaan alibi
Notis yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah termasuk butir-butir mengenai tempat di mana tertuduh mendakwa dia berada pada masa pelakuan kesalahan yang baginya dia dipertuduh, berserta dengan nama dan alamat mana-mana saksi yang dia berniat untuk memanggilnya bagi maksud membuktikan alibinya.
PERUNTUKAN TENTANG BON
Deposit sebagai ganti bon
Apabila mana-mana orang dikehendaki oleh mana-mana
Mahkamah atau pegawai supaya menyempurnakan suatu bon,
Mahkamah atau pegawai itu boleh, kecuali dalam hal bon bagi kelakuan baik, membenarkannya mendepositkan sejumlah wang mengikut apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Mahkamah, sebagai ganti menyempurnakan bon itu.
120 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Tatacara mengenai pelucuthakan bon
dibuktikan sehingga Mahkamah yang daripadanya suatu bon di bawah Akta ini telah diambil berpuas hati; atau
jika bon itu adalah bagi kehadiran di Mahkamah, dibuktikan sehingga Mahkamah itu berpuas hati, bahawa bon telah terlucuthak, Mahkamah itu hendaklah merekodkan alasan pembuktian itu dan boleh meminta mana-mana orang yang terikat dengan bon itu supaya membayar penaltinya atau menunjukkan sebab mengapa penalti itu tidak patut dibayar.
Jika sebab yang mencukupi tidak ditunjukkan atau penalti itu tidak dibayar, orang yang terikat sedemikian boleh, dengan perintah
Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, dipenjarakan di dalam penjara sivil selama suatu tempoh yang boleh sampai enam bulan.
Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, meremitkan mana-mana bahagian penalti yang disebut itu, dan menguatkuasakan pembayaran sebahagiannya sahaja.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menghalang penalti, atau mana-mana bahagiannya, mana-mana bon di bawah Akta ini didapatkan di bawah peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil yang sedang berkuat kuasa.
Rayuan terhadap perintah
Semua perintah yang dibuat di bawah seksyen 119 oleh
Mahkamah Rendah Syariah boleh dirayukan kepada Mahkamah
Tinggi Syariah, dan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dalam hal perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah.
Tatacara Jenayah Syariah 121
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
DARIHAL PELUPUSAN BARANG KES DAN HARTA
YANG MENJADI PERKARA KESALAHAN
Mahkamah hendaklah menimbangkan cara melupuskan barang kes
Jika Mahkamah tidak membuat perintah tentang pelupusan barang kes itu, barang kes itu hendaklah diserahkan kepada Pendakwa yang bertanggungjawab bagi prosiding itu dan boleh diperlakukan oleh
Pendakwa itu mengikut peruntukan Bab ini seolah-olah Mahkamah itu telah membuat perintah atau perintah-perintah yang bermaksud sedemikian.
Jika Pendakwa pada bila-bila masa ragu-ragu tentang cara yang patut bagi melupuskan mana-mana barang kes, atau jika mana-mana orang menuntut supaya diserahkan kepadanya mana-mana barang kes dan
Pendakwa enggan membuat penyerahan sedemikian, maka Pendakwa atau orang itu boleh memohon kepada Mahkamah yang memutuskan kes itu dan Mahkamah itu hendaklah membuat apa-apa perintah berkenaan dengan pelupusan barang kes itu sebagaimana yang patut.
Perintah bagi pelupusan harta yang mengenainya kesalahan telah dilakukan
Semasa atau apabila berakhir apa-apa perbicaraan di mana-mana Mahkamah, Mahkamah itu boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut bagi penjagaan atau pelupusan mana-mana harta atau dokumen yang dikemukakan di hadapannya
122 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
atau yang dalam jagaannya, atau jagaan mana-mana Pegawai Penguat
Kuasa Agama atau pegawai polis atau mana-mana pekhidmat awam, yang mengenainya mana-mana kesalahan ternyata telah dilakukan atau telah digunakan bagi pelakuan mana-mana kesalahan.
Kuasa yang diberikan kepada Mahkamah di bawah subseksyen (2)
hendaklah termasuk kuasa untuk membuat suatu perintah bagi pelucuthakan atau perampasan atau pemusnahan harta itu atau bagi penyerahan harta itu kepada mana-mana orang, tetapi hendaklah dijalankan tertakluk kepada mana-mana peruntukan khas berhubungan dengan pelucuthakan, perampasan, pemusnahan atau penyerahan yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang di bawahnya sabitan itu telah dibuat.
Mahkamah yang membuat suatu perintah di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana harta atau dokumen hendaklah mengarahkan sama ada perintah itu hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta atau pada mana-mana tarikh masa hadapan atau apabila berlaku apa-apa peristiwa masa hadapan dan hendaklah, kecuali apabila harta itu ialah binatang ternakan atau harta yang cepat rosak secara semula jadi, memasukkan dalam perintah itu segala arahan dan syarat yang perlu bagi memastikan bahawa harta atau dokumen itu akan dikemukakan sebagaimana dan apabila dikehendaki bagi maksud perbicaraan yang semasa ia berlangsung atau apabila ia berakhir perintah itu dibuat atau bagi maksud apa-apa rayuan atau prosiding jenayah selanjutnya yang berbangkit daripada perbicaraan itu.
Dalam seksyen ini, istilah “harta” termasuklah, dalam hal harta yang berkenaan dengannya suatu kesalahan ternyata telah dilakukan, bukan sahaja apa-apa harta yang pada mulanya berada dalam milikan atau di bawah kawalan mana-mana pihak tetapi juga apa-apa harta yang ke dalam bentuknya harta itu mungkin telah diubah atau yang telah ditukarkan dengannya, dan apa-apa benda yang diperoleh daripada pengubahan atau pertukaran itu, sama ada dengan serta-merta atau selainnya.
Tatacara Jenayah Syariah 123
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
DARIHAL PEMINDAHAN KES JENAYAH
Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk memindahkan kes
Apabila ternyata kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah—
bahawa suatu perbicaraan yang adil dan saksama tidak dapat diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah
Syariah;
bahawa sesuatu persoalan undang-undang yang luar biasa rumitnya berkemungkinan timbul;
bahawa suatu lawatan ke tempat yang di dalam atau berhampiran dengannya mana-mana kesalahan telah dilakukan mungkin diperlukan supaya perbicaraan yang memuaskan bagi kesalahan itu dijalankan;
bahawa suatu perintah di bawah seksyen ini akan menjaga kemudahan am pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
bahawa perintah yang sedemikian adalah suai manfaat bagi mencapai matlamat keadilan, atau adalah dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Akta ini,
Hakim itu boleh mengarahkan—
(aa) supaya mana-mana kes jenayah tertentu dipindahkan ke dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(bb) supaya seseorang tertuduh dibicarakan di Mahkamah Rendah
Syariah yang lain.
124 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Permohonan untuk mendapatkan pemindahan hendaklah disokong dengan afidavit
Tiap-tiap permohonan sedemikian hendaklah dibuat sebelum perbicaraan kesalahan itu berakhir.
Tiap-tiap orang tertuduh yang membuat apa-apa permohonan sedemikian hendaklah memberi Ketua Pendakwa Syarie notis bertulis mengenai permohonan itu, bersama dengan suatu salinan alasan permohonan itu dibuat, dan tiada perintah boleh dibuat atas merit permohonan itu melainkan jika sekurang-kurangnya dua puluh empat jam telah berlalu antara pemberian notis itu dengan pendengaran permohonan itu.
DARIHAL KETIDAKTERATURAN TATACARA
Tatacara di tempat yang salah, dsb.
Tiada dapatan, hukuman atau perintah mana-mana Mahkamah boleh diketepikan semata-mata atas alasan bahawa perbicaraan atau tatacara lain yang dalam perjalanannya dapatan, hukuman atau perintah itu telah dicapai, dijatuhkan atau dibuat, telah dijalankan di dalam kawasan tempatan yang salah atau di hadapan Mahkamah yang salah, melainkan jika ternyata bahawa kesilapan itu telah menyebabkan kegagalan peradilan.
Peninggalan membentuk pertuduhan
Jika Mahkamah rayuan berpendapat bahawa kegagalan keadilan telah disebabkan oleh peninggalan untuk membentuk suatu pertuduhan, Mahkamah itu hendaklah memerintahkan supaya suatu perbicaraan baru diadakan.
Ketidakteraturan tidak membatalkan tatacara
Tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam Bab ini, tiada dapatan, hukuman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh suatu Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten boleh diakaskan atau diubah oleh sebab—
apa-apa kesilapan, peninggalan atau ketidakteraturan dalam aduan, saman, waran, pertuduhan, penghakiman atau tatacara lain sebelum atau semasa perbicaraan di bawah Akta ini;
penerimaan atau penolakan tidak wajar apa-apa keterangan, melainkan jika kesilapan, peninggalan, penerimaan atau penolakan tidak wajar keterangan, ketidakteraturan, ketiadaan keizinan atau salah arahan itu telah menyebabkan kegagalan keadilan.
Bahagian VIII
Takrif
Dalam Bahagian ini, “pegawai agama” ertinya mana-mana
Hakim, Pendakwa Syarie, Pendaftar atau Pegawai Penguat Kuasa
Agama.
126 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Perlindungan pegawai
Tiada prosiding boleh diambil terhadap mana-mana Hakim atau pegawai lain bagi apa-apa tindakan yang dilakukan dengan suci hati dalam mana-mana tatacara kehakiman di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan agama Islam.
Penghinaan Mahkamah
Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk menghukum mana-mana orang yang melakukan suatu penghinaan Mahkamah dengan hukuman denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit.
Maklumat, keterangan atau pengakuan palsu
Barang siapa yang dengan sengaja memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau pengakuan secara lisan atau bertulis yang palsu dalam apa-apa perkara jika dia dikehendaki memberikan maklumat, keterangan atau pengakuan sedemikian oleh peruntukan
Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pegawai agama yang mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan bencana kepada mana-mana orang
Barang siapa, yang menjadi pegawai agama, dengan disedarinya mengingkari apa-apa arahan undang-undang tentang cara bagaimana dia dikehendaki berkelakuan sebagai pegawai itu, dengan niat hendak menyebabkan, atau dengan mengetahui bahawa ada kemungkinan dia akan, dengan keingkaran itu, menyebabkan bencana kepada mana-mana orang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Tatacara Jenayah Syariah 127
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Tidak mengemukakan, dsb. dokumen kepada pegawai agama oleh seseorang yang terikat di sisi-sisi undang-undang untuk mengemukakan, dsb. dokumen itu
Barang siapa, yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakan atau menyerahkan apa-apa dokumen kepada mana-mana pegawai agama sebagai yang demikian, dengan sengaja tidak mengemukakan atau menyerahkan dokumen itu sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; atau jika dokumen itu dikehendaki dikemukakan atau diserahkan kepada suatu Mahkamah, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki dengan sewajarnya oleh pegawai agama supaya mengangkat sumpah
Barang siapa yang enggan mengikat dirinya dengan sumpah untuk menyatakan yang benar apabila dikehendaki mengikat dirinya sedemikian oleh seseorang pegawai agama yang kompeten di sisi undang-undang untuk menghendaki bahawa dia hendaklah mengikat dirinya sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Enggan menjawab soalan pegawai agama yang diberi kuasa untuk menyoal
Barang siapa, yang terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar mengenai apa-apa hal kepada mana-mana pegawai agama, enggan menjawab apa-apa soalan tentang hal itu yang dia dikehendaki menjawabnya oleh pegawai itu semasa pegawai itu menjalankan kuasanya di sisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
128 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Enggan menandatangani pernyataan
Barang siapa enggan menandatangani mana-mana pernyataan yang dibuat olehnya apabila dikehendaki menandatangani pernyataan itu oleh seorang pegawai agama yang kompeten di sisi undang-undang untuk menghendakinya menandatangani pernyataan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Dengan sengaja menghina atau mengganggu pegawai agama yang sedang bersidang dalam mana-mana peringkat tatacara kehakiman
Barang siapa dengan sengaja menghina atau menyebabkan apa-apa gangguan kepada mana-mana pegawai agama semasa pegawai itu sedang bersidang pada mana-mana peringkat tatacara kehakiman adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Afidavit bersumpah
di Singapura atau Brunei Darussalam, di hadapan mana-mana Hakim atau Kadi;
Tatacara Jenayah Syariah 129
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
di mana-mana tempat lain, di hadapan mana-mana pegawai Islam yang menjalankan fungsi konsular bagi pihak Kerajaan Malaysia.
Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada meterai atau tandatangan mana-mana Hakim,
Kadi, Pendaftar, atau pegawai konsul yang dituliskan atau dinamakan dalam mana-mana afidavit.
Kuasa Mahkamah untuk memanggil dan memeriksa orang
Mana-mana Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan atau tatacara lain di bawah Akta ini, memanggil mana-mana orang sebagai saksi, atau memeriksa mana-mana orang yang hadir walaupun dia tidak dipanggil sebagai saksi, atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang yang telah diperiksa, dan Mahkamah hendaklah memanggil dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang itu jika keterangannya didapati perlu demi keputusan yang adil dalam kes itu.
Perintah bagi pembayaran pampasan
Mahkamah hendaklah menentukan orang yang kepadanya apa-apa jumlah wang berkenaan dengan pampasan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibayar dan seksyen 221
hendaklah terpakai bagi mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.
Setakat amaun yang telah dibayar kepada seseorang atau
130 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
kepada wakil seseorang, di bawah suatu perintah bagi pampasan, apa-apa tuntutan orang atau wakil itu bagi kerugian yang dialami oleh sebab kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dijelaskan, tetapi perintah bagi pembayaran itu tidaklah menjejaskan apa-apa hak kepada remedi sivil bagi mendapatkan apa-apa harta atau bagi mendapatkan ganti rugi yang melebihi amaun pampasan yang dibayar di bawah perintah itu.
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dirayukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah dalam hal perintah yang dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah, dan kepada Mahkamah
Rayuan Syariah dalam hal perintah yang dibuat oleh Mahkamah
Tinggi Syariah.
Peruntukan tentang pampasan
Tertakluk kepada Akta ini, jika mana-mana orang di bawah
Akta ini, kerana apa-apa sebab, diperintahkan membayar pampasan,
Mahkamah yang membuat perintah itu boleh menurut budi bicaranya membuat semua atau mana-mana perkara berikut, iaitu—
mengarahkan supaya orang itu diperiksa dan supaya apa-apa wang yang didapati padanya apabila diperiksa sedemikian atau yang, sekiranya dia dipenjarakan, boleh didapati padanya apabila dibawa ke penjara, hendaklah digunakan bagi pembayaran pampasan itu dan lebihannya, jika ada, dipulangkan kepadanya, tetapi wang itu tidak boleh digunakan sedemikian jika
Mahkamah berpuas hati bahawa wang itu bukan kepunyaan orang itu.
Tatacara Jenayah Syariah 131
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Salinan prosiding
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu salinan rekod itu boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pendakwa tanpa membayar apa-apa fi.
Orang yang dilepaskan atas jaminan hendaklah memberikan alamat untuk penyampaian
Apabila mana-mana orang dilepaskan atas jaminan, dia hendaklah memberi Mahkamah atau pegawai yang dengannya dia mengikat jaminan itu alamat di mana segala notis dan proses boleh disampaikan kepadanya, dan dalam apa-apa hal jika orang itu tidak dapat dijumpai, atau atas sebab lain penyampaian itu tidak dapat dibuat kepadanya, apa-apa notis atau proses yang ditinggalkan untuk orang itu di alamat itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya kepadanya.
Pampasan jika tuduhan tidak berasas
Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis menangkap seseorang lain, maka jika didapati oleh Hakim yang mengambil perhatian tentang kes itu bahawa tidak ada alasan yang mencukupi bagi menyebabkan penangkapan itu, Hakim boleh mengaward apa-apa pampasan, yang tidak melebihi seratus ringgit, yang hendaklah dibayar oleh orang yang menyebabkan penangkapan itu kepada setiap orang yang
132 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
ditangkap sedemikian kerana kerugian masa dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung olehnya dalam perkara itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Hakim itu.
Hakim tidak boleh bertindak jika mempunyai kepentingan
Tiada Hakim boleh menbicarakan apa-apa kes yang dalamnya dia menjadi suatu pihak atau dia mempunyai kepentingan sendiri.
Keterangan
Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, Mahkamah hendaklah mematuhi segala peruntukan Hukum Syarak berhubungan dengan bilangan, kedudukan atau kualiti saksi atau keterangan yang dikehendaki untuk membuktikan apa-apa fakta.
Borang
Borang-borang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, dengan apa-apa perubahan sebagaimana yang dikehendaki oleh hal keadaan setiap kes, boleh digunakan bagi maksud masing-masing yang disebut dalamnya.
Penggunaan denda
Mahkamah yang mengenakan apa-apa denda di bawah kuasa mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa boleh mengaward apa-apa bahagian denda itu kepada seseorang pemberi maklumat.
Kaedah-kaedah
Warta, membuat kaedah-kaedah bagi menjalankan peruntukan Akta
Tatacara Jenayah Syariah 133
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
ini dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi—
borang, buku akaun, laporan dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau benda yang dibuat di bawah atau menurut Akta ini;
dan
perjalanan Mahkamah, bentuk dan kaedah pelaksanaan surat cara dan pelantikan mana-mana pegawai atau ejen
Mahkamah.
Hukum Syarak
Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh Akta ini, Mahkamah hendaklah menggunakan Hukum Syarak.
Pemberhentian pemakaian Enakmen
Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah apabila Akta ini mula berkuat kuasa, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai berkenaan dengan tatacara kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketidakadilan.
134 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 2(3)]
TULISAN DALAM BAHASA ARAB BAGI
PERKATAAN DAN UNGKAPAN TERTENTU
Tatacara Jenayah Syariah 135
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
JADUAL KEDUA
BORANG 1
[Subseksyen 22 (5)]
DI DALAM MAHKAMAH ..................................... DI ................................
WARAN PENAHANAN
NO: .......................................................
Kepada
Pegawai
Yang
Menjaga
Penjara/Balai
Polis di……….......................................................................................................................
......................................................................................................................................
Kes Jenayah No ................................ tahun 19 ........
BAHAWASANYA ............................................ (kemudian daripada ini disebut
“tertuduh”) telah pada hari ini dibawa ke hadapan Mahkamah ini dan dipertuduh melakukan kesalahan ................................................. dan adalah perlu tertuduh ditahan.
Waran ini memberi kuasa dan menghendaki anda menerima tertuduh ke dalam jagaan anda bersama dengan waran ini dan menahannya dengan selamat di dalam
Penjara/Lokap Polis sehingga ............................ haribulan ......................... apabila anda hendaklah menyebabkannya dibawa ke hadapan Mahkamah ini pada jam
.................................................. pagi pada hari itu melainkan jika sementara itu anda diperintahkan selainnya.
Diberikan di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah pada hari ini
..................................
haribulan............................
19
.....................
.............................................
Tandatangan Hakim
136 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
BORANG 2
(Subseksyen 28 (1))
SAMAN KEPADA SESEORANG TERTUDUH
Kepada ………………………………………………………..….......... beralamat di
…………………………………………………………...…..……………….............
BAHAWASANYA kehadiran kamu adalah perlu untuk menjawab pertuduhan
....................................................................... dan dengan ini kamu dikehendaki hadir sendiri pada ............................................... haribulan .....................................
jam ........................ pagi di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah/Mahkamah Rendah
Syariah di………………………………………………........................................
Bertarikh pada ......................... haribulan .......................... 19 ....................
.......................................................
Tandatangan Hakim
Tatacara Jenayah Syariah 137
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
BORANG 3
[Subseksyen 32 (1)]
WARAN TANGKAP
Kepada:
................................................
................................................
BAHAWASANYA……………..................................................................................
beralamat di
.......................................................................................................
adalah dipertuduh atas kesalahan.................................................................................
Maka anda adalah dengan ini diarahkan menangkap
................................................................. tersebut dan membawanya ke hadapan
Mahkamah
Tinggi
Syariah/Mahkamah
Rendah
Syariah di
...................................................................................................................................
Bertarikh pada
...........................
haribulan..........................
19...................
.................................................
Tandatangan Hakim
Waran ini bolehlah diendorskan seperti berikut:
Jika .................................................. tersebut membayar sendiri jaminan sejumlah
........................................ ringgit dengan seorang atau dua orang penjamin setiap seorang sejumlah ................................................ ringgit untuk hadir di hadapan
Mahkamah Tinggi Syariah/Mahkamah Rendah Syariah di ................................ pada
................................ haribulan ........................... 19 .............................. dan untuk terus hadir sehingga saya mengarahkannya selainnya, dia bolehlah dilepaskan.
Bertarikh pada ............................... haribulan....................... 19 .....................
...................................................
Tandatangan Hakim
138 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
BORANG 4
(Subseksyen 47 (1))
WARAN GELEDAH
Kepada:
......................................................
......................................................
BAHAWASANYA maklumat bertulis telah dibentangkan di hadapan saya mengenai pelakuan
(atau pelakuan yang disyaki)
kesalahan
.......................................... di bawah seksyen .............................................
Maka waran ini memberi kuasa dan menghendaki anda memasuki dalam tempoh tidak lebih daripada 7 hari dari tarikh waran ini rumah (atau tenpat atau premis)
yang beralamat di ....................................................... dengan apa-apa bantuan yang diperlukan, dan menggeledah tiap-tiap bahagian rumah (atau tempat atau premis)
itu dan menangkap mana-mana orang yang didapati melakukan kesalahan yang disebut terdahulu, dan dengan segera membawa mereka ke hadapan saya atau
Mahkamah.
Diberikan di bawah tandatangan saya dan meterai
Mahkamah pada
.......................................... haribulan ............................... 19 ..................
...............................................
Tandatangan Hakim
Tatacara Jenayah Syariah 139
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
BORANG 5
(Subseksyen 54 (2))
MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUAT KUASA AGAMA
No.: ...................................................................................................................
Tarikh: ........................................... Masa: .................................... pagi/petang
Nama : ..............................................................................................................
Kad Pengenalan No. ................................................ Umur: .............................
Pekerjaan: ..........................................................................................................
Alamat: .................................................
Saya dengan ini memberikan maklumat yang berikut:
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
.......................................................................
Tandatangan Pemberi Maklumat
Maklumat di atas diberikan secara bertulis/lisan dan telah ditulis dan ditandatangani oleh pegawai di bawah ini dan dibacakan kepada pemberi maklumat.
........................................................................
Tandatangan Pegawai Penguat Kuasa Agama
Bertarikh pada ................................. haribulan ....................... 19...................
140 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
BORANG 6
[Subseksyen 74 (1)]
MAKLUMAT KEPADA HAKIM
No.: ...................................................................................................................
Tarikh: .............................................. Masa: ................................. pagi/petang
Nama : ..............................................................................................................
Kad Pengenalan No. ............................................... Umur: .............................
Pekerjaan: ........................................................................................................
Alamat: ............................................................................................................
Saya dengan ini memberikan maklumat yang berikut:
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
Saya dengan ini mengaku dengan sesungguhnya bahawa maklumat di atas adalah benar dan tiada yang lain melainkan yang benar belaka.
.........................................................
Tandatangan Pemberi Maklumat
Di hadapan saya,
.........................................................
Tandatangan dan Meterai Hakim
Bertarikh pada ................................. haribulan ....................... 19....................
141
Akta 560
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U.(A) 248/2002
Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya
(Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta
Prosedur
Jenayah
Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997) 2002
1-2-2001
Akta A1252
Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005
2-9-2005
_____________
142
Akta 560
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A1252
2-9-2005 57
Akta A1252
2-9-2005 210
Akta A1252 2-9-2005
Jadual Pertama
Akta A1252
2-9-2005
_____________