/akn/my/act/act/1997/559

*AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1997
Sections
59
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 559 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan bagi kesalahan jenayah Syariah, dan perkara yang berhubungan dengannya. [Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan— 1 April 1997, P.U. (A) 103/1997; *Wilayah Persekutuan Putrajaya— 1 Februari 2001, P.U. (A) 251/2002] MAKA 1NILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Par1imen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi—

(a)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan sahaja;

dan

Suggest a correction

(b)

Orang Islam sahaja.

*CATATAN – Dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya – lihat Perintah Wilayah

Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997) 2002 [P.U. (A) 251/2002].

8

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

Tafsiran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(a)

berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah

Persekutuan

(Pengubahsuaian

Pentadbiran

Enakmen

Hukum Syarak) 1974 [P.U. (A) 44/1974], 1981 [P.U. (A)

390/1981] dan 1988 [P.U. (A) 263/1988] yang dibuat menurut subseksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan)

(No. 2) 1973 [Akta A206] dan yang berkuat kuasa di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa subseksyen 6(1) Akta itu dan Akta Pentadbiran Hukum

Syarak (Pindaan) 1984; dan

Suggest a correction

(b)

berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluaskan oleh

Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Peluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985

[P.U. (A) 352/1985] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta

Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585];

―fatwa‖ ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 34

Akta Pentadbiran;

―Hakim‖ ertinya hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah

Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masing di bawah seksyen 41, 42 dan 43 Akta Pentadbiran;

―Hukum Syarak‖ ertinya Hukum Syarak mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf;

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 9

―li’an‖ ertinya sesuatu pengataan yang dibuat oleh seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum Syarak bahawa isterinya telah melakukan zina;

―liwat‖ ertinya perhubungan seks sesama lelaki;

―Mahkamah‖ ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi

Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran;

―Majlis‖ ertinya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Pentadbiran;

―Mufti‖ ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Wilayah

Persekutuan di bawah seksyen 32 Akta Pentadbiran, dan termasuklah

Timbalan Mufti;

―muncikari‖ ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi Hukum Syarak;

―musahaqah‖ ertinya perhubungan seks sesama perempuan;

―pusat pemulihan diluluskan‖ ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 54;

―qazaf‖ ertinya membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang;

―rumah diluluskan‖ ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 54;

―sumbang mahram‖ ertinya persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang dilarang mengahwini satu sama lain di bawah

Hukum Syarak;

―takfir‖ ertinya menganggap seseorang orang Islam sebagai orang bukan Islam;

―Wilayah Persekutuan‖ ertinya Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan Labuan;

10

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

―zina‖ ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah.

Suggest a correction

(2)

Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta

Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Akta itu setakat yang erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

Suggest a correction

(3)

Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan

Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH

Suggest a correction

Pemujaan salah

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa peranti, barang atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1)

dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Doktrin palsu

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Mengembangkan doktrin agama, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 6

Dakwaan palsu

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau nabi, Imam Mahadi atau wali; atau

Suggest a correction

(b)

menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia, sedangkan perisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu dan berlawanan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

12

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

BAHAG1AN III

KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN

KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain—

(a)

menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;

Suggest a correction

(b)

mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau

Suggest a correction

(c)

mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di

Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama

Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mempersendakan, dll. ayat Al-Quran atau Hadith

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 9

Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam,

Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 13

melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 10

Mengingkari perintah Mahkamah

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar, mempertikaikan, mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina apa-apa perintah Hakim atau Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 11

Mengajar agama tanpa tauliah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—

(a)

mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 98 Akta Pentadbiran; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.

Pendapat yang bertentangan dengan fatwa

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

14

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

Seksyen 13

Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak

Open as pageSuggest a correction

(a)

mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan, mengedarkan atau dengan apa-apa cara lain menyebarkan apa-apa buku, risalah, dokumen atau apa-apa bentuk rakaman yang mengandungi apa-apa jua yang bertentangan dengan Hukum Syarak; atau

Suggest a correction

(b)

ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah, dokumen atau rakaman sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana buku, risalah, dokumen atau rakaman yang disebut dalam subseksyen (1)

dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan buku, risalah, dokumen atau rakaman itu.

Tidak menunaikan sembahyang Jumaat

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 15

Tidak menghormati Ramadhan

Open as pageSuggest a correction

(a)

menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu; atau

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 15

Suggest a correction

(b)

secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Tidak membayar zakat atau fitrah

Suggest a correction

Seksyen 16

Ramadhan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu; atau

Suggest a correction

(b)

enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara mencegah orang yang lain daripada membayar zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi

16

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Berjudi

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam seksyen ini, ―rumah judi‖ ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran kemahiran dan nasib, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang.

Minuman yang memabukkan

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN

Suggest a correction

KESUSILAAN

Perbuatan sumbang mahram

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 17

didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Seksyen 21

Pelacuran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

melacurkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya; atau

Suggest a correction

(b)

menyebabkan atau membenarkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya melacurkan diri, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Muncikari

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang bertindak sebagai muncikari adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Seksyen 23

Persetubuhan luar nikah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Suggest a correction

(3)

Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.

Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 25

Liwat

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 19

Seksyen 26

Musahaqah

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Seksyen 27

Khalwat

Open as pageSuggest a correction

(a)

orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau

Suggest a correction

(b)

orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Orang lelaki berlagak seperti perempuan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 29

Perbuatan tidak sopan di tempat awam

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh

20

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bahagian V

BAHAGIAN V

KESALAHAN PELBAGAI

Suggest a correction

Memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain berhubungan dengan agama Islam, memberikan apa-apa maklumat berhubungan dengan kesalahan itu yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Takfir

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(b)

tidak lagi menganut agama Islam;

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 21

Suggest a correction

(c)

tidak sepatutnya diterima, atau tidak boleh diterima, sebagai menganuti agama Islam; atau

Suggest a correction

(d)

tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam, agama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—

(a)

apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana

Mahkamah atau pihak berkuasa agama yang ditubuhkan, dibentuk atau dilantik oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan yang diberi kuasa untuk membuat atau mengeluarkan apa-apa keputusan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa keputusan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Mahkamah atau pihak berkuasa sedemikian, sama ada atau tidak keputusan itu adalah secara bertulis atau, jika bertulis, sama ada atau tidak ia disiarkan dalam Warta.

Memusnahkan atau mencemarkan masjid, surau, dsb.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 32

Islam—

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana masjid atau surau atau tempat beribadat lain atau apa-apa kelengkapannya dengan niat menghina atau mempersendakan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 33

Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya diberi kuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan

22

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya pungutan itu dirampas dan dibayar ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 60 Akta Pentadbiran.

Seksyen 34

Pembayaran tidak sah zakat atau fitrah

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa secara sah untuk memungut zakat fitrah atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 35

Menggalakkan maksiat

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 36

Memujuk lari perempuan bersuami

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.

Seksyen 37

Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 23

dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan

Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

Seksyen 38

Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 39

Memujuk lari orang perempuan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong atau memujuk mana-mana orang perempuan supaya lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan

Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan orang perempuan itu.

Seksyen 40

Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada mana-mana orang yang tidak beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.

24

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

Seksyen 41

Qazaf

Open as pageSuggest a correction

Kecuali dalam kes li’an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 42

Penyalahgunaan tanda halal

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang mempamerkan pada atau berkenaan dengan mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 43

Seseorang menyubahati pelakuan sesuatu perkara jika dia—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menghasut mana-mana orang supaya melakukan perkara itu;

Suggest a correction

(b)

mengambil bahagian bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lain dalam apa-apa pakatan jahat untuk melakukan perkara itu, jika sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang berlaku ekoran daripada pakatan jahat itu, dan dengan tujuan hendak melakukan perkara itu; atau

Suggest a correction

(c)

dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang, pelakuan perkara itu.

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 25

Huraian 1—Seseorang yang, dengan penyataan salah sengaja, atau penyembunyian sengaja suatu fakta material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

Huraian 2—Mana-mana orang, sama ada sebelum atau pada masa pelakuan sesuatu perbuatan, melakukan apa-apa jua dengan tujuan memudahkan pelakuan perbuatan itu, dan dengan itu memudahkan pelakuan itu, adalah dikatakan membantu dalam melakukan perbuatan itu.

Menyubahati di dalam Wilayah Persekutuan kesalahan di luar

Wilayah Persekutuan

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan mengikut pengertian Akta ini jika di dalam Wilayah Persekutuan dia menyubahati pelakuan suatu perbuatan di luar Wilayah Persekutuan yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan di Wilayah

Persekutuan.

Seksyen 45

Hukuman bagi penyubahatan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menyubahati apa-apa kesalahan hendaklah, jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan menurut penyubahatan itu, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Seksyen 46

Tanggungan penyubahat jika perbuatan yang berlainan dilakukan

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan yang berlainan dilakukan, penyubahat itu bertanggungan bagi perbuatan yang dilakukan mengikut cara yang sama dan sehingga takat yang sama seolah-olah dia telah menyubahati perbuatan yang dilakukan jika perbuatan yang dilakukan—

(a)

adalah akibat barangkali daripada penyubahatan itu; dan

Suggest a correction

(b)

telah dilakukan dengan pengaruh hasutan itu, atau dengan bantuan atau kerana menurut pakatan jahat yang mewujudkan penyubahatan itu.

26

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

Percubaan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(a)

melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan Hukum Syarak;

atau

Suggest a correction

(b)

menyebabkan kesalahan itu dilakukan, dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah pelakuan kesalahan itu hendaklah, jika tiada peruntukan nyata dibuat oleh Akta ini atau undang-undang bertulis lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman percubaan itu, dihukum dengan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Suggest a correction

(2)

Apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan sebagai hukuman bagi suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau untuk menyebabkan suatu kesalahan dilakukan tidak boleh melebihi satu perdua daripada tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

KECUALIAN AM

Suggest a correction

Perbuatan Hakim apabila bertindak secara kehakiman

Seksyen 48

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seorang

Open as pageSuggest a correction

Hakim apabila bertindak secara kehakiman pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya, atau yang dia dengan suci hati percaya telah diberikan kepadanya, oleh undang-undang.

Perbuatan yang dilakukan menurut penghakiman atau perintah

Seksyen 49

Mahkamah

Open as pageSuggest a correction

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan menurut, atau yang diwajarkan oleh, penghakiman atau perintah Mahkamah, jika dilakukan semasa penghakiman atau perintah itu masih berkuat kuasa,

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 27

walaupun Mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat penghakiman atau perintah itu jika orang yang melakukan perbuatan itu percaya dengan suci hati bahawa Mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk membuat penghakiman atau perintah itu.

Seksyen 50

Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang

Open as pageSuggest a correction

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang, atau yang oleh sebab kesilapan fakta dan bukan kesilapan undang-undang dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai justifikasi di sisi undang-undang untuk melakukan yang demikian.

Seksyen 51

Perbuatan kanak-kanak yang belum baligh

Open as pageSuggest a correction

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum baligh.

Seksyen 52

Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang berada dalam keadaan mabuk pada masa perbuatan atau ketinggalan yang diadukan itu dan—

(a)

keadaan mabuk itu adalah sedemikian rupa sehingga dia tidak tahu bahawa perbuatan atau ketinggalan itu adalah salah atau dia tidak tahu apa yang dilakukannya; dan

Suggest a correction

(b)

keadaan mabuk itu telah terjadi tanpa persetujuannya dan akibat perbuatan niat jahat atau kecuaian seorang yang lain, maka dia hendaklah disifatkan sebagai orang yang tidak sempurna akal.

28

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini, ―mabuk‖ hendaklah disifatkan termasuk keadaan yang dihasilkan oleh dadah.

Perbuatan orang yang terpaksa oleh sebab ugutan

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kecualian di bawah subseksyen (1) tidaklah terpakai jika orang yang melakukan perbuatan itu telah meletakkan dirinya, dengan kerelaannya sendiri, dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu.

Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

PERKARA AM

Suggest a correction

Penetapan pusat pemulihan atau rumah diluluskan

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat atau institusi, menjadi pusat pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan bagi maksud Akta ini.

Seksyen 55

Kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan orang yang disabitkan ke pusat pemulihan diluluskan

Open as pageSuggest a correction

Jika Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan di bawah Bahagian II atau di bawah seksyen 7, 8, 9 atau 31, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan mana-mana orang sedemikian dikomitkan ke pusat pemulihan diluluskan untuk menjalani apa-apa kaunseling atau pemulihan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi jika apa-apa hukuman pemenjaraan dikenakan sekali dengan kaunseling atau pemulihan, tempohnya tidaklah boleh melebihi agregat tiga tahun.

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 29

Seksyen 56

Kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan pesalah perempuan ke rumah diluluskan

Open as pageSuggest a correction

Jika Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang perempuan atas suatu kesalahan di bawah Bahagian IV, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan orang perempuan sedemikian dikomitkan ke suatu rumah diluluskan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi jika apa-apa tempoh pemenjaraan dikenakan sekali dengan komital itu, tempohnya tidaklah boleh melebihi agregat tiga tahun.

Seksyen 57

Pemansuhan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walaupun Bahagian IX Enakmen dimansuhkan (―Bahagian termansuh‖) segala prosiding di bawah Bahagian termansuh itu, termasuk apa-apa rayuan daripada mana-mana Mahkamah di bawah

Bahagian termansuh itu, hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini tidak diluluskan.

Pindaan seksyen 164 Enakmen

Suggest a correction

Seksyen 58

Seksyen 164 Enakmen dalam pemakaiannya bagi Wilayah

Open as pageSuggest a correction

Persekutuan adalah dipinda dengan menggantikan perkataan ―34 of this Enactment‖ dengan perkataan ―28 of the Administration of

Islamic Law (Federal Territories) Act 1993‖.

30

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Subseksyen 2(3)]

TULISAN DALAM BAHASA ARAB BAGI

PERKATAAN DAN UNGKAPAN TERTENTU

‗aqidah baligh

Hadith iqrar li‘an mahram musahaqah qamariah qazaf

Takfir zina

31

Akta 559

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 251/2002

Perintah

Wilayah

Persekutuan

Putrajaya

(Pemerluasan dan Ubah

Suaian Akta Kesalahan

Jenayah

Syariah

(Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1997) 2002

01-02-2001

32

Akta 559

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari-TIADA-

Common questions

What is SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997?
*AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 559 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.
Is SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997 still in force?
Yes — SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997 is currently in force.
When did SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997 take effect?
SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997 was first recorded in 1997.
How many sections does SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997 have?
SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997 contains 58 sections.
Where can I read the official version of SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997?
The official text of SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (No. 559)