Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah terpakai bagi Negeri-Negeri dalam
*Semenanjung Malaysia sahaja.
Tafsiran
/akn/my/act/act/1949/424
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA SURAT KUASA WAKIL 1949 is Malaysia Act, cited as Act 424 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.
Akta ini hendaklah terpakai bagi Negeri-Negeri dalam
*Semenanjung Malaysia sahaja.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Pentadbir Tanah” ertinya Pentadbir Tanah yang dilantik di bawah
Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] atau seorang pegawai yang setara, tidak kira apa jua gelarannya, dalam sesuatu Negeri yang dilantik menurut undang-undang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa dalam Negeri itu;
“Pendaftar” dan “Penolong Kanan Pendaftar” ertinya Pendaftar dan
Penolong Kanan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Mahkamah
Tinggi.
*CATATAN−Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai “Semenanjung
Malaysia”–lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 424
Pengesahan surat kuasa wakil
jika disempurnakan di *Semenanjung Malaysia, surat cara itu disempurnakan sebelum, dan disahkan dalam borang yang sesuai yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta ini oleh─
seorang Majistret; atau
seorang Pesuruhjaya Sumpah; atau
seorang pegawai, yang bertindak dalam perjalanan penggajiannya, di suatu syarikat yang menjalankan perniagaan bank di *Semenanjung Malaysia dan diperbadankan oleh atau yang menurut mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di
*Semenanjung Malaysia; atau
jika disempurnakan di luar
*Semenanjung Malaysia, penyempurnaan surat cara itu disahkan, dalam apa-apa borang yang boleh diterima oleh Pendaftar, oleh─
seorang Notari Awam; atau
mana-mana Hakim; atau
*CATATAN−Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai “Semenanjung
Malaysia” – lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
Surat Kuasa Wakil 7
seorang Konsul British atau Naib Konsul British; atau
dalam hal suatu surat cara yang disempurnakan di
Arab Saudi, Pesuruhjaya Ziarah Malaysia; atau
dalam hal suatu surat cara yan disempurnakan di
Republik Singapura, seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Agung Republik itu; atau seorang pegawai yang bertindak dalam perjalanan penggajiannya, di suatu syarikat yang menjalankan perniagaan bank di Republik itu, dan diperbadankan oleh atau menurut mana-mana undang-undang bertulis
Republik itu.
Walau apa pun apa-apa jua peruntukan sebaliknya yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada permulaan Akta ini, suatu surat cara yang dikatakan mewujudkan surat kuasa wakil yang telah disempurnakan dengan wajar dan disahkan mengikut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dan diakusaksikan dengan patut dan sah bagi semua atau apa-apa maksud yang untuknya suatu surat kuasa wakil boleh digunakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis tersebut.
Pendepositan surat kuasa wakil
Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini tiada surat cara yang mewujudkan suatu surat kuasa wakil boleh, selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, mempunyai apa-apa kesahan untuk mewujudkan apa-apa kuasa di *Semenanjung Malaysia sehingga─
*CATATAN−Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai “Semenanjung
Malaysia” – lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 424
suatu salinan benar surat cara tersebut yang dibandingkan dengan wajar dengannya dan ditandakan oleh Penolong Kanan Pendaftar dengan perkataan
“salinan benar”; atau
jika surat cara yang asal dideposit di pejabat pendaftaran Mahkamah Agung di Singapura, suatu salinan pejabat surat cara tersebut, telah dideposit dalam pejabat Penolong Kanan Pendaftar.
Terjemahan
Jika suatu salinan benar atau salinan pejabat surat cara itu yang telah dideposit sedemikian adalah dalam apa-apa bahasa selain bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris maka hendaklah pada masa yang sama dideposit juga suatu terjemahannya ke bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris yang diperakui oleh seorang jurubahasa yang bertugas di Mahkamah yang berkelayakan untuk menterjemah bahasa dalam mana surat cara itu ditulis, atau, jika tiada jurubahasa sedemikian, suatu terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau
Bahasa Inggeris yang ditentusahkan oleh suatu akuan berkanun oleh seorang yang berkelayakan untuk menterjemah daripada bahasa dalam mana surat cara itu ditulis ke Bahasa Inggeris, yang kesannya ialah bahawa terjemahan tersebut adalah suatu terjemahan yang sebenarnya sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya.
Fi
Hendaklah kena dibayar berkenaan dengan pendepositan dokumen di bawah seksyen ini apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Kecualian
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi surat cara yang disempurnakan dan digunakan semata-mata bagi maksud menjalankan transaksi dalam pejabat seorang Pendaftar Hakmilik atau seorang Pentadbir Tanah atau Ketua Inspektor atau Inspektor
Surat Kuasa Wakil 9
Kanan bagi Lombong, dengan syarat ia diaku saksi mengikut mana-mana undang-undang yang pada masa itu sedang berkuat kuasa mengenai pengakusaksian surat cara yang sedemikian.
Pembatalan
Tiap-tiap surat cara yang dikatakan mewujudkan suatu surat kuasa wakil yang suatu salinan benar atau salinan pejabatnya telah dideposit dalam pejabat Pendaftar atau Penolong Pendaftar mengikut
Akta ini atau mana-mana undang-undang yang dimansuhkan oleh
Akta ini, sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, hendaklah, setakat mana yang surat cara tersebut adalah sah dan boleh serasi dengan terma surat cara sedemikian, terus berkuat kuasa sehingga notis secara bertulis tentang pembatalannya oleh pemberi, atau tentang penolakannya oleh penerima telah dideposit dalam tiap-tiap pejabat di mana salinan pejabat atau salinan benarnya telah dideposit, atau sama ada pemberi atau penerima telah mati atau penerima telah menjadi tidak sempurna akal, atau pemberi telah dihakimi sebagai tidak sempurna akal atau suatu perintah penerimaan telah dibuat terhadapnya dalam kebankrapan.
Surat kuasa wakil diberikan untuk mendapatkan balasan berharga
kuasa itu tidak boleh dibatalkan pada bila-bila masa, sama ada melalui apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa tanpa mendapat persetujuan penerima kuasa itu, atau dengan kematian, perkahwinan, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa; dan
apa-apa perbuatan yang dilakukan pada bila-bila masa oleh penerima kuasa, pada menjalankan kuasa itu, adalah sah seolah-olah ia adalah apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa tanpa mendapat persetujuan penerima kuasa, atau kematian,
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 424
perkahwinan, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa itu, telah tidak dilakukan atau terjadi; dan
penerima kuasa, mahupun pembeli, tidak boleh pada bila-bila masa mendapat kesan mudarat oleh notis tentang apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa, tanpa persetujuan penerima kuasa itu, atau kematian, perkahwinan, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa itu.
Seksyen ini terpakai kepada surat kuasa wakil yang diwujudkan oleh surat cara yang disempurnakan sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.
Surat kuasa wakil yang dinyatakan sebagai tidak boleh batal bagi suatu masa yang ditetapkan
Jika suatu surat kuasa wakil, sama ada yang diberikan untuk mendapatkan balasan berharga atau tidak, adalah dinyatakan dalam surat cara yang mewujudkan kuasa itu sebagai tidak boleh batal bagi suatu masa yang ditetapkan di dalamnya, dengan demikian, bagi kemudahan seorang pembeli—
kuasa itu tidak boleh dibatalkan, bagi dan dalam masa yang ditetapkan itu, sama ada dengan apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa tanpa persetujuan penerima kuasa, atau dengan kematian, perkahwinan, kecelaruan mental, tak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa itu;
apa-apa perbuatan yang dilakukan dalam masa yang ditetapkan itu, oleh penerima kuasa, pada menjalankan kuasa itu, adalah sah seolah-olah ia adalah apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa tanpa persetujuan penerima kuasa atau kematian, perkahwinan, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa, telah tidak dilakukan atau terjadi; dan
penerima kuasa, mahu pun pembeli, tidak boleh pada bila-bila masa mendapat kesan mudarat oleh notis sama ada alam masa atau selepas masa yang ditetapkan itu
Surat Kuasa Wakil 11
tentang apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa dalam masa yang ditetapkan itu, tanpa persetujuan penerima kuasa, atau kematian, perkahwinan, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa dalam masa yang ditetapkan itu.
Pembayaran oleh wakil di bawah surat kuasa tanpa notis tentang kematian, dsb., adalah baik
Seksyen ini tidak menjejaskan apa-apa hak terhadap penerima wang mana-mana orang yang berkepentingan dalam wang yang dibayar itu dan orang itu hendaklah mempunyai remedi yang sama terhadap penerima wang itu sebagaimana yang dia akan dapat terhadap pembayar jika pembayaran itu telah tidak dibuat olehnya.
Pendaftaran surat kuasa wakil dan pemeriksaan daftar
Suatu fail yang berasingan bagi dokumen yang dideposit mengikut seksyen 4 hendaklah disimpan oleh tiap-tiap Penolong
Kanan Pendaftar, yang akan mencatatkan dalam suatu daftar yang disimpan bagi maksud itu butiran ringkas setiap dokumen sedemikan bersama-sama dengan apa-apa pembatalan yang kemudiannya atau penamatan lain yang dia hendaklah telah mendapat notis, dan mana-mana orang boleh, semasa waktu kerja yang biasa, selepas pembayaran fi yang ditetapkan, membuat carian ke atas daftar dan fail tersebut dan memeriksa apa-apa dokumen yang dideposit sedemikian, dan suatu salinan pejabat dokumen itu hendaklah diserahkan padanya atas permintaannya dan selepas pembayaran fi yang ditetapkan.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 424
Salinan pejabat
Suatu salinan apa-apa dokumen yang dideposit mengikut seksyen 4 boleh dikemukakan di pejabat di mana dokumen sedemikian dideposit dan boleh, selepas penentusahan dan atas pembayaran fi yang ditetapkan, ditandakan oleh Penolong Kanan
Pendaftar sebagai suatu salinan yang diperakui dan apabila ditandakan sedemikian adalah menjadi dan merupakan suatu salinan pejabat dokumen tersebut.
Salinan pejabat sebagai keterangan
Suatu salinan pejabat apa-apa dokumen yang dideposit mengikut seksyen 4 hendaklah, apabila ditandakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen terdahulu yang akhir, tanpa bukti lanjut menjadi keterangan yang mencukupi bagi isi kandungan dokumen tersebut dan pendepositannya dalam pejabat Penolong Pendaftar.
Carian
Pendaftar dan tiap-tiap Penolong Kanan Pendaftar hendaklah, atas permohonan yang dibuat sama ada secara lisan atau bertulis dan mana-mana orang yang berhasrat mendapatkan maklumat berkenaan mana-mana dokumen tertentu yang dideposit dalam pejabat Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar tersebut atau tentang pendepositan atau selainnya suatu dokumen berkenaan apa-apa maksud tertentu dan atas pembayaran fi yang ditetapkan, memberi, setakat kemampuannya, kepada orang sedemikian, maklumat yang dipohon:
Dengan syarat sentiasanya bahawa apa-apa salinan dokumen yang dibekalkan bagi maksud memberi maklumat berkenaan hendaklah dibayar secara berasingan di bawah seksyen 9.
Butiran hendaklah dimajukan ke Kuala Lumpur untuk direkodkan
Pendaftar hendaklah menyimpan di Kuala Lumpur suatu daftar bagi semua butir yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (1), dan mana-mana orang boleh, semasa waktu kerja yang biasa dan atas pembayaran fi yang ditetapkan, membuat carian di daftar tersebut dan mengambil suatu salinan apa-apa butir yang direkodkan di dalamnya.
Fi
Jawatankuasa Kaedah yang ditubuhkan oleh Akta Mahkamah
Keadilan 1964 [Akta 91], bolehdari semasa ke semasa membuat kaedah-kaedah di bawah dan mengikut Akta itu bagi—
menetapkan caj yang akan dibuat bagi pengakusaksian sesuatu surat cara yang mewujudkan surat kuasa wakil di bawah seksyen 3.
Pemansuhan
Pemansuhan tersebut tidak menjejaskan kesahan—
mana-mana surat kuasa wakil yang disempurnakan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini di bawah dan mengikut mana-mana undang-undang sedemikian tetapi surat kuasa wakil tersebut hendaklah, jika didaftarkan, disifatkan sebagai didaftarkan di bawah
Akta ini atau, jika tidak didaftarkan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, boleh didaftarkan dengan mendepositkan dengan Penolong Kanan Pendaftar suatu salinan benar atau salinan pejabat mengikut mana-mana yang berkenaan di bawah seksyen 4 dan ia
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 424
hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau selainnya ditamatkan di bawah Akta ini;
apa-apa tindakan atau pembayaran yang dilakukan atau dibuat sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini yang sah pada masa ia dilakukan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana Ordinan atau
Enakmen yang dimansuhkan.
Jika mana-mana surat kuasa wakil telah, sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, dideposit di pejabat Pendaftar atau
Penolong Kanan Pendaftar mengikut Ordinan atau Enakmen yang dimansuhkan tersebut, seksyen 10, 11 dan 12 adalah terpakai seolah-olah dokumen tersebut adalah suatu dokumen yang dideposit mengikut seksyen 4 dan jika dokumen tersebut telah dideposit di pejabat Pendaftar, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa seorang
Penolong Kanan Pendaftar di bawah seksyen 10.
Surat Kuasa Wakil 15
JADUAL PERTAMA
(Seksyen 3)
BORANG 1
BORANG PENGESAHAN DALAM HAL SURAT KUASA WAKIL YANG
DISEMPURNAKAN OLEH SEORANG INDIVIDU
Saya …………………………………………….. (Majistret, Jaksa Pendamai,
Pentadbir Tanah, Notari Awam, Pesuruhjaya Sumpah, Pegawai Bank atau Peguam bela dan Peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya) yang bertugas [atau menjalankan amalan] di …………………………………………….. dengan ini memperakui bahawa tandatangan pemberi yang dinamakan di atas telah ditulis cap ibu jari dicap dalam kehadiran saya pada ………… hari bulan………..19……….., dan adalah dalam pengetahuan saya sendiri, [atau menurut maklumat yang diberikan kepada saya oleh orang yang boleh dipercayai dan dihormati, iaitu……………………….
di alamat………………………………………………………………………………...
dan…………………………………………………………………………………di alamat…………………………………………………………………………. yang maklumatnya saya percaya sesungguhnya,] tandatangan yang betul yang telah cap ibu jari memaklumkan kepada saya bahawa dia telah cukup umur dan bahawa dia telah belum menyempurnakan surat cara ini secara sukarela.
Tandatangan saya sebagai saksi………………………
Surat Kuasa Wakil 16
BORANG II
BORANG PENGESAHAN DALAM HAL SURAT KUASA WAKIL YANG
DISEMPURNAKAN OLEH SYARIKAT ATAU PERBADANAN
Saya…………………………………………………………(Majistret,
Jaksa
Pendamai, Pemungut Hasil Tanah, Notari Awam, Pesuruhjaya Sumpah, Pegawai
Bank atau Peguam bela dan Peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya) yang bertugas
[atau menjalankan amalan]
di
………………………
………………………………………………………………………………………..
dengan ini memperakui bahawa pada…… hari bulan…...............19………., meterai biasa (nyatakan nama syarikat atau perbadanan) telah dicapkan dengan wajar pada surat cara yang tertulis di atas dalam kehadiran saya mengikut peraturan-peraturan Syarikat tersebut.
Perbadanan
Tandatangan saya sebagai saksi…………………………………….
JADUAL KEDUA
(Seksyen 15)
PEMANSUHAN
(1)
No.
(2)
Tajuk
(3)
Takat Pemansuhan
N.M.B. Bab 66
Enakmen
Surat
Kuasa
Wakil
Keseluruhannya
Enakmen Johor No.18
Enakmen
Surat
Kuasa
Wakil
Keseluruhannya
Enakmen Kedah No.81
Enakmen No.81 (Surat
Kuasa Wakil)
Keseluruhannya
Enakmen Kelantan No. 8
tahun 1931
Enakmen
Surat
Kuasa
Wakil, 1931
Keseluruhannya
Enakmen
Terengganu
No. 36 tahun 1356
Enakmen
Surat
Kuasa
Wakil
Keseluruhannya
N.S Bab 118
Ordinan Pemindahhakan dan
Undang-Undang
Harta
Bahagian X
17
Akta 424
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Ord. 15/55
Ordinan
Surat
Kuasa
Wakil (Pindaan) 1955
20-04-1955
P.U. 332/1958
Perintah
Perlembagaan
Persekutuan
(Pengubahsuaian Undang-Undang (Ordinan-Ordinan dan
Perisytiharan-Perisytiharan)) 1958
13-11-1958
Akta 2/63
Akta Kanun Tanah Negara
(Hakmilik
Penang dan
Melaka) 1963
01-01-1966
Akta A587
Akta Kanun Tanah Negara
(Pindaan) 1984
25-03-1985
18
AKTA 424
SENARAI PINDAAN
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
L.N. 332/1958 13-11-1958
3
Ord. 15/1955
L.N. 332/1958 20-04-1955 13-11-1958
Keseluruhan
Akta
Akta 2/1963
Akta A587 01-01-1966 25-03-1985