Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lambang Kebangsaan
(Kawalan Mempamer) 1949.
/akn/my/act/act/1949/193
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949 is Malaysia Act, cited as Act 193 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lambang Kebangsaan
(Kawalan Mempamer) 1949.
Tafsiran
“lambang kebangsaan” ertinya apa-apa bendera, sepanduk atau lambang lain yang menjadi atau yang berupa sebagai bendera, sepanduk atau lambang lain bagi mana-mana Negeri, atau bendera, sepanduk atau lambang lain bagi mana-mana pertubuhan politik yang mendakwa menjadi suatu pergerakan kebangsaan dalam mana-mana Negeri atau apa-apa kesamaan atau keserupaan tidak kira bagaimana sekalipun dihasilkan semula tentang mana-mana pemimpin negara atau bekas pemimpin negara bagi mana-mana Negeri atau pemimpin atau bekas pemimpin mana-mana pertubuhan politik itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi mengawal lambang kebangsaan;
“Negeri” ertinya mana-mana Negeri atau negara, selain Malaysia dan mana-mana Negeri yang termasuk dalam Malaysia dan termasuklah mana-mana tanah naungan, tanda milik atau bahagian mana-mana Negeri;
Undang-Undang Malaysia 6
“premis” ertinya mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau tempat apa jua pun;
“sekolah” ertinya mana-mana premis atau mana-mana bahagian mana-mana premis tempat orang pada kebiasaannya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih.
Dilarang mempamer lambang kebangsaan di tempat awam atau di sekolah
Bagi maksud seksyen ini, suatu lambang disifatkan dipamerkan di tempat awam, sekiranya lambang itu dipamerkan di mana-mana jalan, lebuh, jambatan, laluan, lorong jalan kaki atau tempat yang ke atasnya orang awam atau mana-mana golongan orang awam mempunyai hak laluan atau yang baginya mereka ada akses, sama ada melalui pembayaran atau selainnya, atau jika lambang itu dipamerkan mengikut apa-apa cara yang boleh dilihat dari mana-mana jalan, lebuh, jambatan, laluan, lorong jalan kaki atau tempat sedemikian oleh mana-mana orang awam yang menggunakannya atau yang berada di atasnya.
Kecualian
Tiada apa-apa jua dalam seksyen 3 boleh terpakai bagi—
pempameran mana-mana lambang kebangsaan Negeri, yang dia merupakan seorang rakyat, oleh mana-mana orang yang berikut:
mana-mana orang yang ditauliahkan dengan sewajarnya sebagai wakil diplomatik sesuatu kuasa asing atau sebagai wakil konsular sesuatu kuasa asing ke Malaysia yang kepadanya eksekuatur atau pemberikuasaan sementara atau pemberikuasaan lain telah diberikan oleh Kerajaan;
mana-mana orang dalam perkhidmatan Kerajaan
Komanwel atau Kerajaan mana-mana tanah naungan atau tanah milik British atau Republik Ireland dan diiktiraf secara rasmi sebagai mewakili Kerajaan itu di Malaysia; atau
Lambang Kebangsaan (Kawalan
Mempamer)
mana-mana orang yang ke atasnya kekebalan dan keistimewaan yang disebut dalam Bahagian II atau
Bahagian III
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta atau melalui suatu permit secara bertulis, mengecualikan daripada peruntukan seksyen 3 pemameran mana-mana lambang kebangsaan yang dinyatakan dalam perintah atau permit itu, dan perintah atau permit itu boleh mengawal selia cara lambang kebangsaan itu dipamerkan dan tempoh yang sepanjangnya pemameran lambang kebangsaan itu dibenarkan.
Penangkapan tanpa waran
Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai telah melakukan atau sedang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Kuasa memasuki dan menggeledah
Mana-mana pegawai polis boleh memasuki mana-mana premis tempat mana-mana lambang kebangsaan dipamerkan yang berlawanan dengan Akta ini atau terma atau syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5 atau mana-mana sekolah yang di dalamnya dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan terhadap
Akta ini sedang atau telah dilakukan dan boleh menggeledah mana-mana premis atau sekolah yang dimasuki sedemikian atau mana-mana bahagian daripadanya dan boleh menyita apa-apa barang yang dijumpai di dalamnya yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai menjadi keterangan tentang berlakunya mana-mana kesalahan itu.
Undang-Undang Malaysia 8
Kesalahan dan penalti
mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5; atau
selaku pemunya, penyewa, penerima pajak, penduduk atau orang yang menjaga mana-mana premis dengan disedarinya membenarkan mana-mana lambang kebangsaan dipamerkan di atas atau dari premis itu atau dalam mana-mana sekolah yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—
dalam hal seseorang selain pertubuhan perbadanan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau kedua-duanya;
Tiada pendakwaan boleh dimulakan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis Pendakwa Raya terlebih dahulu.
Lambang Kebangsaan (Kawalan
Mempamer)
9
Akta 193
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
P.U. 332/1958
Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958
(Pengubahsuaian Undang-Undang)
(Ordinan dan Perisytiharan) 1958
P.U. 185/1965
Perintah Pengubahsuaian Undang-
13-05-1965
Undang (Lambang Kebangsaan)
(Peluasan) 1965
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)
29-08-1975 1975
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 193
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
L.N. 332/1958 13-11-1958 5
L.N. 332/1958 13-11-1958
pempameran mana-mana lambang kebangsaan atas mana-mana kapal atau pesawat udara.
Pengecualian