Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
/akn/my/act/act/1962/402
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962 is Malaysia Act, cited as Act 402 1962, currently marked in force and first recorded in 1962.
Opening note
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
Bahagian I
Tafsiran
Akta ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan bersekali dengan
Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996.
Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan berlaku antara peruntukan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996
dengan peruntukan Akta ini, peruntukan Akta itu hendaklah mengatasi.
Bahagian II
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Perbadanan.
Perbadanan boleh membuat kontrak, boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya dan boleh memperoleh, membeli, memajak, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan tak alih, dan boleh menjual, menukar, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaijanjikan,
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan atau membuat urusan mengenai apa-apa harta alih dan tak alih yang terletak hak padanya atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan menurut suatu ketetapan Lembaga yang bermaksud sedemikian di hadapan Pengerusi atau Timbalan
Pengerusi atau seseorang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi maksud itu dan di hadapan Setiausaha, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara itu yang padanya meterai itu dicapkan, dan penandatanganan itu hendaklah, tanpa pengakusaksian lanjut, menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Perbadanan yang sah.
Pejabat
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu pejabat utama dalam
Malaysia di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa, dan boleh menubuhkan pejabat lain sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Lembaga.
Pendapatan Perbadanan
Subseksyen (1) tidak boleh menghalang pembayaran atau pembayaran semula saraan atau perbelanjaan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau kepada mana-mana
Anggota sebagai balasan kepada perkhidmatan yang diberikan kepada Perbadanan.
Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)
Bahagian III
Tujuan
Tujuan yang baginya Perbadanan diperbadankan adalah:
untuk menggalakkan, menyokong, membangunkan dan menyenggarakan industri getah amnya, secara khusus berkenaan dengan kepentingan nasional Malaysia dan individu dalamnya, dan dengan tujuan itu dengan matlamat untuk mewujudkan suatu pasaran di Malaysia bagi penjualan dan pembelian getah dan untuk membuat pengaturan dan kaedah-kaedah sebagaimana yang difikirkan wajar bagi penjalanan sepatutnya perdagangan dan perusahaan dalam dan bagi pemasaran dan pengedaran getah, dan bagi maksud itu untuk menjamin bahawa perdagangan, pemasaran dan pengedaran itu hendaklah setakat yang mungkin dijalankan melalui pasaran yang ditubuhkan oleh, dan di bawah pengaturan dan kaedah-kaedah dari semasa ke semasa yang dirumuskan oleh atau dengan kelulusan oleh, Perbadanan;
untuk menubuhkan dan menjalankan perniagaan
Pusat Penjelasan atau Rumah Penyelesaian atau kedua-duanya bagi memudahkan penjalanan perniagaan persaudagaran dan khususnya bagi memudahkan penjelasan dan penyelesaian kontrak bagi pembelian dan penjualan getah, dan untuk membuat dan menetapkan saraan, terma dan syarat berkenaan dengan perniagaan itu yang boleh dari semasa ke semasa ditentukan;
untuk membuat hubungan dan untuk bekerjasama setakat dan atas syarat sebagaimana yang difikirkan wajar dengan persatuan atau syarikat yang mempunyai tujuan keseluruhannya atau sebahagiannya yang serupa dengan
Perbadanan dan dengan Dewan Perniagaan dan perdagangan, persaudagaran dan badan awam lain seluruh dunia;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
untuk membuat dan menguatkuasakan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan suai manfaat undang-undang kecil dan kaedah-kaedah tentang penjalanan perdagangan getah dan terma dan syarat yang atasnya perdagangan getah akan dijalankan dan untuk penyenggaraan piawaian pengendalian yang sepatutnya dalam menjalankan apa-apa perdagangan itu, dan bagi pengawalseliaan transaksi antara
Anggota dan antara Anggota dengan orang lain;
untuk memeriksa, mensampel dan menggred getah di mana-mana bahagian dunia mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan suai manfaat;
untuk bertindak sebagai penimbang tara dan untuk melantik penimbang tara dan pengadil dalam apa-apa pertikaian yang menyentuh getah atau apa-apa urusan dalamnya dan selainnya untuk membuat pengaturan bagi penyelesaian pertikaian melalui timbang tara;
untuk melantik ejen di mana-mana bahagian dunia bagi apa-apa maksud yang bersampingan dengan mana-mana tujuan Perbadanan;
untuk memperuntukkan dan memungut daripada anggota atau selainnya dana bagi maksud menjalankan atau meneruskan tujuan Perbadanan atau mana-mana daripadanya;
untuk melakukan semua perkara lain yang sah sebagaimana yang bersampingan atau berfaedah untuk pencapaian tujuan di atas atau mana-mana daripadanya.
Bahagian IV
Keanggotaan
Keanggotaan Perbadanan hendaklah—
terhad kepada orang yang menjalankan atau berniat untuk menjalankan perniagaan dalam apa-apa kelas perdagangan atau industri getah sebagaimana yang boleh dari semasa ke semasa ditetapkan oleh kaedah-kaedah; dan
terdiri daripada Anggota Biasa, Anggota Bersekutu dan apa-apa kategori atau kategori lain yang boleh dari semasa ke semasa ditetapkan oleh kaedah-kaedah.
(Dipotong oleh Akta A959).
Daftar Anggota
Perbadanan hendaklah menyimpan suatu daftar anggota di pejabat utamanya, dan daftar itu hendaklah menunjukkan berkenaan dengan setiap Anggota kategori dan kelas keanggotaanya dan daftar tersebut hendaklah menjadi bukti muktamad bagi fakta yang direkodkan di dalamnya.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
Bahagian V
(Dipotong oleh Akta 84).
(Dipotong oleh Akta 84).
Pengurusan dan pentadbiran Perbadanan
Lembaga boleh mewakilkan semua atau mana-mana bahagian daripada kuasa Perbadanan yang terletak hak pada atau boleh dijalankan oleh Lembaga kepada Jawatankuasa Pengurusan.
(Dipotong oleh Akta 84).
Bahagian VI
Kuasa untuk membuat Kaedah-kaedah
Adalah sah bagi Perbadanan untuk membuat kaedah-kaedah, yang selaras dengan Akta ini—
untuk mengawal selia pemilihan anggota dan untuk menetapkan fi kemasukan dan yuran;
untuk membentuk dan menentukan pelbagai kategori atau kelas anggota dan untuk menentukan hak, keistimewaan dan obligasi anggota dan setiap kategori dan kelas itu masing-masing;
untuk mengadakan peruntukan bagi penggantungan, pembatalan atau penamatan keanggotaan;
untuk mengawal selia penyenggaraan piawaian pengendalian yang sepatutnya dalam menjalankan perdagangan getah dan untuk membuat urusan mengenai pelanggaran yang sama itu;
untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa dan kewajipan
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi;
untuk mengadakan peruntukan bagi memanggil dan menjalankan mesyuarat Perbadanan;
untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang
Setiausaha dan pegawai lain Perbadanan;
untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan, pengauditan dan pembentangan akaun;
untuk memberi kuasa kepada Lembaga untuk membuat undang-undang kecil sebagaimana yang suai manfaat; dan
bagi apa-apa maksud lain sama ada yang serupa jenis yang terdahulu atau tidak, perlu atau suai manfaat dalam atau mengenai pengurusan Perbadanan atau bagi melaksanakan mana-mana tujuan Perbadanan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)
(Dipotong oleh Akta A959).
Pengubahan Kaedah-kaedah
Kaedah-kaedah atau mana-mana satu daripadanya boleh dari semasa ke semasa dibatalkan, diubah atau ditambah oleh Perbadanan dalam Mesyuarat Agung dengan syarat bahawa—
notis dua puluh satu hari genap hendaklah diberikan kepada
Anggota Biasa Perbadanan mengenai mesyuarat itu dan pembatalan, pengubahan atau penambahan yang dicadangkan;
dan
tiada pembatalan, pengubahan atau penambahan bagi atau kepada mana-mana kaedah-kaedah boleh berkuat kuasa—
melainkan jika kaedah-kaedah itu telah diluluskan oleh sekurang-kurangnya tiga perempat daripada Anggota
Biasa yang hadir dan mengundi di mesyuarat
Perbadanan itu; dan
sehingga kaedah-kaedah itu telah disiarkan dalam
Warta.
Anggota terikat dengan Kaedah-kaedah, dsb.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan Ketua Pengarah Insolvensi atau Penyelesai yang mentadbir aset seseorang Anggota apabila kebankrapan atau penggulungan hendaklah berhak kepada semua hak dan terikat dengan semua obligasi Anggota itu di bawah Akta ini dan kaedah-kaedah dan undang-undang kecil itu.
Perlindungan kontrak
Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)
berupa sebagai suatu kontrak atau perjanjian bagi penjualan atau pembelian getah;
dalam suatu bentuk yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau undang-undang kecil; dan
Seksyen 31 Akta Kontrak 1950 [Akta 136], dan seksyen 26
Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67], tidak terpakai bagi apa-apa kontrak atau perjanjian yang termasuk dalam subseksyen (1).
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada kontrak atau perjanjian yang termasuk dalam subseksyen (1) boleh menyalahi undang-undang atau tidak sah atas alasan bahawa pihak-pihak kepada kontrak atau perjanjian itu atau mana-mana daripada mereka tidak pada masa membuat kontrak atau perjanjian itu memegang atau memiliki apa-apa lesen atau permit untuk menjual, membeli atau selainnya untuk berurusan tentang getah, yang pemegangan atau pemilikannya dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
Kecualian
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh hak Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja atau
Yang di-Pertua Negeri bagi mana-mana badan keperlembagaan atau pertubuhan perbadanan atau mana-mana orang lain kecuali hak orang sebagaimana yang disebut dalam Akta ini dan hak orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka.
Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 3(1)]
NAMA, ALAMAT ATAU PERIHALAN ANGGOTA PERTAMA
PERBADANAN
1.
Abdul Jalil bin Haji Aminudin, Batu 2, Ampangan, Seremban.
2.
Aik Seng & Co. Ltd., 91 Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
3.
Anglo American Corporation Ltd., Tingkat 10, Bangunan Lee Yan
Lian, P.S. 2536, Kuala Lumpur.
4.
Ban Lee Ltd., Bangunan Lee Yan Lian, P.S. 308, Kuala Lumpur.
5.
Bee Seng & Co., 14-16 Jalan Klyne, Kuala Lumpur.
6.
Bee Seng Co. Ltd., 14-16 Jalan Klyne, Kuala Lumpur.
7.
Boustead & Co. (1960) Ltd., di alamat Boustead Buttery Estates
Agency Ltd., P.S. 1070, 1 The Embankment, Kuala Lumpur.
8.
Boustead Buttery Estates Agency Ltd., di alamat Boustead Buttery
Estates Agency Ltd., P.S. 1070, 1 The Embankment, Kuala Lumpur.
9.
Chan Chong Wen, 11 (D) Jalan Sekolah Arab, Johor Bahru.
10.
Chan
Kwong
Hon,
Kuala
Lumpur
United
Limited,
4-6 Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
11.
Cheah Ewe Keat, 243 Jalan Circular, Kuala Lumpur.
12.
Chop Ban Lee, 12 Jalan Loke Yew, Bentong, Pahang.
13.
Chuan Keat Chan Ltd., 13 Jalan Stesen, Klang.
14.
Commodity Traders Ltd., di alamat Boustead, Buttery Estates
Agency Ltd., P.S. 1070, 1 The Embankment, Kuala Lumpur.
15.
Compagnie des Caoutchoucs de Padang, di alamat Socfin Co. Ltd.,
P.S. 330, Kuala Lumpur.
16.
Compagnie du Cambodge, di alamat Socfin Co. Ltd., P.S. 330,
Kuala Lumpur.
17.
Dato’ E. E. C. Thuraisingham, 71 Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
18.
Dunlop Malayan Estates Ltd., P.S. 55, Bastion House, Melaka.
19.
The East Asiatic Co. Ltd., Denmark House, P.S. 354, Kuala Lumpur.
20.
Ewe Keat Ltd., 4-6 Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
21.
Gan Teck Yeow, 14-16 Jalan Klyne, Kuala Lumpur.
22.
General Rubber Trading House (M) Ltd., 17-19 Jalan Cross,
Tingkat 2, Kuala Lumpur.
23.
Green and Collier Ltd., Bangunan Asia Insurance, Kuala Lumpur.
24.
Guthrie Agency (M) Ltd., 4 Jalan Mountbatten, P.S. 198,
Kuala Lumpur.
25.
Guan Moh & Co., 51 High Street, Kuala Lumpur.
26.
Haji Abdul Rahman bin Mahmood, 23, Jalan Maharani, Muar, Johor.
27.
Harrisons & Crosfield (F. of M.) Ltd., P.S. 1007, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur.
28.
Heah
Joo
Seang,
Rubber
Trade
Association of
Penang,
16 Jalan Anson, Pulau Pinang.
29.
Hock Heng Co. Ltd., Railway Goods Yard, P.S. 355, Kuala Lumpur.
30.
Hock Lye Co. Ltd., 86-A Lebuh Pantai, Pulau Pinang.
31.
Holiday, Bath & Co. Ltd., Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur.
32.
Joo Seng Rubber Co. Ltd., 14 Jalan Taiping, Kuala Kangsar.
33.
Joo Seng Rubber Co. (Sel.) Ltd., 4 Lebuh Gereja, Kuala Lumpur.
34.
Khoo Swee Kiap, Lam Seng & Co., P.S. 99, Seremban.
35.
Kuala Lumpur United Ltd., 4-6 Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
36.
Lee Huan Pin, Chop Kian Ann Chan, 9 Jalan Rugayah, Batu Pahat,
Johor.
37.
Lee Rubber Co. Ltd., Bangunan Lee Rubber, High Street,
Kuala Lumpur.
38.
Lee Seng Peng, 13 Jalan Cross, Kuala Lumpur.
39.
Lewis & Peat (M) Ltd., Bangunan Lee Yan Lian, Tingkat 3,
P.S. 933, Kuala Lumpur.
40.
Lian Hin Rubber Co. Ltd., 17 dan 19 Jalan Cross, Kuala Lumpur.
41.
Lian Seng Co. Ltd., 13 Jalan Cross, Kuala Lumpur.
42.
Lim Chong Chee, Railway Goods Yard, P.S. 355, Kuala Lumpur.
43.
Lim Yee Teck, 66 High Street, Kuala Lumpur.
44.
Malayan American Plantations Ltd., P.S. 350, Hong Kong Bank
Chambers, Pulau Pinang.
Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)
19
45.
Malayan Estate Agencies Group Ltd., Bangunan Lee Lian,
Tingkat 8 dan 9, Jalan Mountbatten, P.S. 1057, Kuala Lumpur.
46.
M. Nadchatiram, Nadchatiram Realities (1960) Ltd., P.S. 37,
Seremban, Negeri Sembilan.
47.
Nam Cheong Co., 59 Jalan Klyne, Kuala Lumpur.
48.
Ng Eng Hong, 2 High Street, Kuala Lumpur.
49.
Ng
Yan
Pee,
The
Pontian
Rubber
Dealers’
Association,
302/304 Jalan Alsagoff, Pontian, Johor.
50.
Plantation Agencies Ltd., Chartered Bank Chambers, Lebuh Pantai,
P.S. 706, Pulau Pinang.
51.
Plantations des Terres Rouges, di alamat Socfin Co. Ltd., P.S. 330,
Kuala Lumpur.
52.
Selangor Plantations, Co. Ltd., di alamat Socfin Co. Ltd., P.S. 330,
Kuala Lumpur.
53.
Sime
Darby
(M)
Ltd.,
Sime
Oriental
Estates
Division,
54 Jalan Ampang, P.S. 252, Kuala Lumpur.
54.
Socfin Co. Ltd., P.S. 330, Kuala Lumpur.
55.
Soon Eng Kong Estates Ltd., 67 Jalan Kimberley, Pulau Pinang.
56.
Soon Joo & Co., 3 Railway Goods Yard (North), Kuala Lumpur.
57.
Tang H. L., Swee Lam Estates (M) Ltd., P.S. 107, Kulai, Johor.
58.
Tee Teh, 14-16 Jalan Klyne, Kuala Lumpur.
59.
Yee Seng Rubber Co. Ltd., 66 High Street, Kuala Lumpur.
60.
Ban Lee Chan & Co. Ltd., 37 Jalan Klyne, Kuala Lumpur.
61.
Central Investment Co. Ltd., 39 Jalan Mersing, Kluang, Johor.
62.
Chin Guan Leong, 5 Pekan Melayu, Alor Star, Kedah.
63.
Chop Hock Hin, 40 Pekan Pendang, Pendang, Kedah.
64.
Dunlop Rubber Purchasing Co. Ltd., 28 Jalan Kampung Jawa, Klang.
65.
Firestone
Malaya
Ltd.,
Malayan
Railways
Godown 3,
Jalan Brickfields, Kuala Lumpur.
66.
Ghee Seng Co., 46 Jalan Campbell, Kuala Lumpur.
67.
Harper Gilfillan & Co. Ltd., Jalan Mountbatten, Kuala Lumpur.
68.
Hock Tong & Co., 91 Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
69.
Kuek Ho Yao, 4 Jalan Bukit Changar, Johor Bahru, Johor.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
70.
Maclaine Watson (Federation) Ltd., Bangunan Eastern Bank,
The Embankment, Kuala Lumpur.
71.
Saw Seng Kew, Saw Seng Kew & Co. Ltd., 23 Lebuh Pantai,
Pulau Pinang.
72.
Sin Aik Joo, 4 Jalan Klyne, Kuala Lumpur.
73.
Societe des Matieres Premieres Tropicales, 188 Jalan Sungei Besi,
Kuala Lumpur.
74.
South Malaya Co. Ltd., 39 Jalan Mersing, Kluang, Johor.
75.
Tong Teik Co. Ltd., B-3 Tingkat 2, Bangunan Elceetee,
33-C Lebuh Pantai, Pulau Pinang.
76.
Union Rubber Brokers (Malaya) Ltd., 508 Bangunan Lee Yan Lian,
Kuala Lumpur.
JADUAL KEDUA
(Dipotong oleh Akta A959)
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
CATATAN—Walau apa pun seksyen 10 dan 13 Akta ini, kaedah-kaedah Perbadanan yang terkandung dalam Jadual Kedua Akta ibu hendaklah, setakat yang ia selaras dengan peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 14 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini–
lihat seksyen 14 Akta A959.
21
Akta 402
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 79/1965
Akta Syarikat 1965 15-04-1966
Akta 36/1966
Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu
(Pemerbadanan) (Pindaan) 1966
12-05-1966
P.U. 412/1967
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) 1967
02-07-1966
P.U. 81/1968
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) 1968
28-10-1967
Akta 84
Akta Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah
Malaysia 1972 01-09-1973
kecuali s.
dan Jadual—
01-01-1974
Akta A142
Akta
Kumpulanwang
Getah
Malaya
(Penyelidekan dan Kemajuan) (Perluasan dan
Pindaan) 1972
01-04-1974
P.U. (A) 255/1974
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) 1974
27-04-1974
P.U. (A) 123/1975
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) 1975
28-09-1974
P.U. (A) 433/1975
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) (No. 2) 1975
30-08-1975
P.U. (A) 407/1976
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) 1976
30-07-1976
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 17/1977
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) 1977
21-12-1976
P.U. (A) 27/1983
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) 1983
20-02-1982
P.U. (A) 32/1985
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) 1985
01-09-1983
P.U. (A) 81/1986
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) 1986
22-02-1986
P.U. (A) 89/1987
Kaedah-Kaedah
Pasaran
Getah
Persekutuan
Tanah Melayu (Pindaan) 1986
18-12-1986
Akta A959
Akta Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)
(Pindaan) 1996
01-01-1998
23
Akta 402
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta 79/1965 15-04-1966
Akta 84 01-09-1973
Akta A959 01-01-1998
3
Akta 79/1965 15-04-1966
Akta A959 01-01-1998
4
Akta 79/1965 15-04-1966
5
Akta A959 01-01-1998
6
Akta 79/1965 15-04-1966
Akta A959 01-01-1998
7
Akta 79/1965 15-04-1966
Akta A959 01-01-1998
8
Akta 79/1965 15-04-1966
Akta A959 01-01-1998
10
Akta 79/1965 15-04-1966
Akta 84 01-09-1973
11
Akta 84 01-09-1973
12
Akta A959 01-01-1998
13
Akta 79/1965 15-04-1966
Akta 84 01-09-1973
14
Akta A959 01-01-1998
15
Akta A959 01-01-1998
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
17
Akta A959 01-01-1998
18
Akta A959 01-01-1998
Jadual
Kedua
Akta A959 01-01-1998