Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan
Akta
Pemerbadanan
(Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1962 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada Hari Merdeka.
/akn/my/act/act/1962/380
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERBADANAN (KEKOMPETENAN BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1962 is Malaysia Act, cited as Act 380 1962, currently marked in force and first recorded in 1962.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan
Akta
Pemerbadanan
(Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1962 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada Hari Merdeka.
Tafsiran
“undang-undang Negeri yang sedia ada” ertinya mana-mana undang-undang yang diperbuat oleh mana-mana Badan Perundangan sesuatu Negeri dan yang berkuat kuasa di dalam Negeri itu sebaik sebelum Hari Merdeka;
“Menteri” ertinya Perdana Menteri atau mana-mana Menteri sebagaimana yang dinamakan olehnya.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 380
Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk membuat undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan orang dan badan tertentu
Maka adalah dalam kuasa Badan Perundangan sesuatu Negeri, berhubung dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama, untuk membuat undang-undang berkenaan dengan pemerbadanan mana-mana orang atau badan di dalam Negeri itu, dan bagi apa-apa perkara yang bersampingan dan berbangkit berhubung dengannya (termasuk peraturan dan penggulungan mana-mana orang atau badan yang telah diperbadankan sedemikian) sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Badan Perundangan itu; dan Badan Perundangan itu boleh dari semasa ke semasa meminda atau memansuhkan mana-mana undang-undang sedemikian:
Dengan syarat bahawa berkenaan dengan pemerbadanan mana-mana orang atau badan di dalam Negeri itu bagi maksud pembangunan pertanian atau pembangunan perumahan atau bagi maksud pembangunan kawasan bandar atau luar bandar, peruntukan khas yang ditetapkan dalam Jadual Kedua bersama-sama ini hendaklah berkuat kuasa.
Jadual Kedua terpakai bagi semua perbadanan yang ditubuhkan bagi pembangunan kawasan bandar atau luar bandar
3A. Walau apa pun proviso kepada seksyen 3, peruntukan khas yang ditetapkan dalam Jadual Kedua, kecuali perenggan 2 Jadual itu, hendaklah juga mempunyai kuat kuasa berkenaan dengan Perbadanan yang ditubuhkan di dalam Negeri itu bagi maksud pembangunan pertanian atau pembangunan perumahan atau bagi maksud pembangunan kawasan bandar atau luar bandar sebelum permulaan kuat kuasa Jadual itu.
Pindaan undang-undang sedia ada
4. Jika mana-mana undang-undang Negeri yang sedia ada mengadakan peruntukan, berhubung dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama, bagi pemerbadanan mana-mana orang atau badan, adalah dalam kuasa Badan Perundangan Negeri untuk meminda atau memansuhkan undang-undang itu.
Pemerbadanan (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 7
Kuat kuasa undang-undang Negeri
5. Mana-mana orang atau badan yang diperbadankan dengan sewajarnya oleh atau di bawah suatu Enakmen Negeri, sama ada diluluskan sebelum atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau oleh atau di bawah suatu Enakmen Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, dan mana-mana orang atau badan yang diperbadankan di bawah mana-mana Ordinan Negeri-Negeri Selat dan yang berkuat kuasa di dalam Negeri Melaka atau Pulau Pinang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selagi Enakmen atau
Ordinan itu kekal berkuat kuasa, bagi segala maksud disifatkan sebagai pertubuhan perbadanan di seluruh Malaysia, seolah-olah Enakmen atau
Ordinan yang mewujudkan pertubuhan perbadanan itu telah diperbuat oleh Parlimen.
Kecualian
6. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang berkenaan dengan pemerbadanan, peraturan dan penggulungan perbadanan.
Kuasa untuk meminda Jadual
7. Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah menambah atau meminda Jadual Pertama dan Kedua.
8. (Ditinggalkan).
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 380
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 3 dan 7]
1.
Biasiswa Negeri
2. Derma Kekal Pendidikan Negeri
3. Khairat dan Institusi Khairat 4.
Pemerbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri 5.
Pemerbadanan Menteri Besar atau Ketua Menteri 6.
Pembangunan Kawasan Bandar dan Luar Bandar 7.
Bantuan kepada Penanam Padi 8.
Taman Negeri 9.
Muzium dan Perpustakaan Awam 10.
Tanah Kesultanan 11.
Pengembangan ajaran Islam 12.
Pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat Islam 13.
Pembangunan Pertanian 14.
Pembangunan Perumahan 15.
Bekalan Air 16.
Tanah Adat 17.
Pengurusan Sumber Air
Pemerbadanan (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 9
JADUAL KEDUA
[Seksyen 3 dan 7]
Peruntukan khas yang berhubungan dengan pemerbadanan mana-mana orang atau badan bagi maksud pembangunan pertanian atau pembangunan perumahan atau pembangunan kawasan bandar atau luar bandar.
Tafsiran
1. Dalam Jadual ini, “perbadanan” ertinya suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 bagi maksud pembangunan pertanian atau pembangunan perumahan atau pembangunan kawasan bandar atau luar bandar.
Perkiraan hendaklah dibuat terlebih dahulu antara Negeri dengan Kerajaan
Persekutuan sebelum apa-apa pemerbadanan
2. Tiada perbadanan boleh ditubuhkan oleh mana-mana Negeri melainkan jika perkiraan telah dibuat antara Negeri itu dengan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan penubuhannya.
Arahan Menteri, pelaksanaan fungsi dan kuasa Persekutuan
3. Sesuatu undang-undang Negeri yang menubuhkan mana-mana perbadanan hendaklah mengadakan peruntukan bagi perbadanan itu tertakluk pada apa-apa arahan Menteri dan boleh memperuntukkan—
bagi melaksanakan apa-apa fungsi bagi pihak berkuasa Kerajaan
Persekutuan oleh perbadanan itu; dan
bagi kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan meliputi mana-mana perbadanan.
Kewajipan dan kuasa tambahan perbadanan
4. Sebagai tambahan kepada fungsi dan kewajipan yang dikenakan ke atas mana-mana perbadanan oleh undang-undang yang menubuhkannya, perbadanan itu boleh mengusahakan apa-apa fungsi dan kewajipan lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang bagi apa-apa maksud yang diserahkan kepadanya oleh
Negeri itu atau mana-mana pihak berkuasa berkanun, selepas kelulusan oleh
Kerajaan Persekutuan, dan dalam melakukan sedemikian perbadanan itu hendaklah disifatkan sebagai memenuhi maksud undang-undang yang menubuhkan perbadanan itu.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 380
Keanggotaan
5. (1)
Maka hendaklah dilantik oleh Menteri tiga orang wakil Kerajaan
Persekutuan sebagai anggota perbadanan.
(2)
Tertakluk pada subperenggan (1) undang-undang yang menubuhkan perbadanan itu boleh mengadakan peruntukan bagi pelantikan apa-apa bilangan anggota lain yang tidak melebihi sembilan orang:
Dengan syarat bahawa jika anggota lain itu melebihi enam orang dalam hal pelantikan yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa subperenggan ini anggota itu hendaklah terus menjadi anggota sehingga habis tempoh pelantikan anggota itu atau tidak melebihi satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa subperenggan ini, mengikut mana-mana tempoh yang lebih awal.
(3)
Seorang anggota perbadanan selain anggota yang disebut dalam subperenggan (1) dan mana-mana anggota yang telah dilantik dengan menurut kuasa jawatannya, hendaklah melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula:
Dengan syarat bahawa jika seorang anggota meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan seorang lain boleh dilantik untuk menggantikannya bagi baki tempoh anggota yang digantikan itu.
Pengerusi
6. Pengerusi perbadanan tidak boleh menjadi Ketua Eksekutif perbadanan itu.
Kehilangan kelayakan keanggotaan
7. (1) Orang yang berikut hendaklah hilang kelayakan daripada dilantik atau menjadi anggota perbadanan:
seorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan kewajipannya;
seorang bankrap;
seorang yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak.
(2)
Seorang anggota perbadanan hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri tiga mesyuarat perbadanan berturut-turut tanpa kebenaran bertulis orang yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran am perbadanan itu atau jika anggota itu hilang kelayakan di bawah subperenggan (1).
Pemerbadanan (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 11
Kuorum dan tatacara mesyuarat
8. (1)
Kuorum bagi perbadanan dalam mana-mana mesyuarat hendaklah sekurang-kurangnya separuh daripada anggota perbadanan itu dengan sekurang-kurangnya satu orang anggota yang menjadi wakil Kerajaan Persekutuan hadir kecuali kuorum hendaklah sekurang-kurangnya dua pertiga dengan sekurang-kurangnya satu orang anggota selaku wakil Kerajaan Persekutuan hadir jika mesyuarat itu menimbang teliti atau memutuskan perkara yang disebut dalam subsubperenggan 14(1)(a) hingga (d).
(2)
Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh perbadanan itu terdapat undi yang sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.
(3)
Tertakluk pada subperenggan (1) dan (2), perbadanan boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Percanggahan kepentingan
9. (1)
Tiada seorang pun anggota perbadanan boleh mempunyai (dan jika dia mempunyai, dia hendaklah dengan serta-merta terhenti menjadi anggota sedemikian)
apa-apa kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui saudara-mara, kewangan atau selainnya dalam apa-apa skim, projek, perusahaan atau kontrak yang diusahakan atau dicadangkan untuk diusahakan oleh perbadanan itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh perbadanan itu.
(2)
Subperenggan (1) tidak terpakai bagi seorang anggota berkenaan dengan kepentingannya dalam suatu syarikat atau badan lain yang baginya dia telah dinamakan oleh perbadanan itu untuk menjadi wakilnya dan jika perbadanan atau badan lain itu adalah di bawah kawalan atau kawalan separa perbadanan itu.
Penggunaan tidak wajar maklumat
10. Seorang pegawai atau pekhidmat sesuatu perbadanan tidak boleh menggunakan apa-apa maklumat yang diperoleh menurut kuasa kedudukannya sebagai seorang pegawai atau pekhidmat perbadanan itu untuk mendapatkan secara langsung atau tidak langsung suatu kelebihan tidak wajar untuk dirinya atau untuk mana-mana orang lain atau untuk menyebabkan kemudaratan kepada perbadanan itu.
Penubuhan Kumpulan Wang
11. Maka hendaklah ditubuhkan berkenaan dengan perbadanan itu suatu
Kumpulan Wang, kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”, yang hendaklah ditadbir dan dikawal oleh perbadanan itu—
yang ke dalamnya hendaklah dibayar apa-apa pemberian Persekutuan atau Negeri, semua pinjaman dan terimaan perbadanan itu; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 380
yang daripadanya hendaklah dibayar semua perbelanjaan perbadanan itu yang dilakukan, dan semua pembayaran dikehendaki dibuat oleh perbadanan itu di bawah undang-undang yang menubuhkan perbadanan itu.
Pemberian Persekutuan
12. Kerajaan Persekutuan boleh memberikan wang kepada suatu perbadanan bagi maksud menjalankan fungsi dan kewajipannya.
Aset tidak dibelanjakan
13. Aset perbadanan boleh, setakat yang aset itu tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh perbadanan itu, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Aset tidak boleh dilupuskan tanpa persetujuan
13A. Tiada perbadanan boleh, tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada
Menteri Kewangan, melupuskan, melepaskan atau menukarkan dengan tunai atau balasan lain mana-mana asetnya melainkan jika Menteri mengarahkan, sama ada secara khusus berkenaan dengan apa-apa aset tertentu, atau secara am berkenaan dengan apa-apa kategori aset-aset, bahawa dengan mengambil kira rendahnya nilai aset atau aset-aset itu, persetujuan bertulis terlebih dahulu yang sedemikian tidak perlu diperoleh:
Dengan syarat bahawa peruntukan ini tidaklah terpakai berkenaan dengan penjualan mana-mana tanah yang telah dipecahbahagikan menjadi kilang, perumahan atau lot-lot kedai, tanpa mengira sama ada tanah itu dimaksudkan untuk dijual dengan atau tanpa suatu bangunan didirikan di atasnya.
Pelaburan dan peminjaman
14. (1)
Tiada perbadanan boleh, tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Menteri Kewangan melainkan jika dia memberikan arahan am atau khusus mengenai perkara itu—
menubuhkan atau menggalakkan penubuhan atau pengembangan syarikat atau badan lain untuk menjalankan aktiviti sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa perbadanan itu sendiri atau secara bebas;
memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat, pihak berkuasa berkanun lain, mana-mana badan atau orang dengan pengambilan syer atau debentur atau dengan apa-apa cara pinjaman, pendahuluan, pemberian atau selainnya;
Pemerbadanan (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 13
membeli, menaja jamin atau selainnya memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian; atau
meminjam wang atau membuat apa-apa jaminan yang melibatkan liabiliti kewangan.
(2)
Jika perbadanan menjalankan kuasanya di bawah subsubperenggan 1(a)
atau jika perbadanan itu telah ada kawalan atau kawalan separa ke atas suatu syarikat atau badan lain anggota pengurusan syarikat atau badan lain itu hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada satu orang anggota atau satu orang pegawai perbadanan itu.
(3)
Dalam memberikan persetujuan di bawah subperenggan
(1)
Menteri Kewangan boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(4)
Tiada pihak berkuasa berkanun boleh ditubuhkan oleh suatu perbadanan sama ada di bawah undang-undang yang menubuhkan perbadanan itu atau di bawah mana-mana undang-undang lain.
(5)
Suatu syarikat atau badan lain yang ditubuhkan oleh suatu perbadanan di bawah subsubperenggan 1 (a) tidak boleh meminjam wang tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Menteri Kewangan.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
15. (1)
Perbelanjaan perbadanan hendaklah dibayar daripada wang dalam
Kumpulan Wang mengikut apa-apa anggaran sebagaimana yang dibenarkan dalam subperenggan (2).
(2)
Sebelum permulaan bulan Julai setiap tahun perbadanan hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun berikutnya kepada
Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam apa-apa bentuk dan dengan apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri;
dan Menteri Besar atau Ketua Menteri hendaklah sebelum permulaan bulan
September setiap tahun memberitahu perbadanan tentang amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
(3)
Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri Besar atau Ketua Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri Besar atau Ketua Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Penyimpanan akaun
16. (1)
Lembaga perbadanan hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain bagi transaksi dan hal ehwal perbadanan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum dan hendaklah melakukan segala benda
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 380
yang perlu untuk memastikan bahawa semua pendapatan diakaun dengan sepatutnya dan bahawa semua perbelanjaan yang keluar daripada Kumpulan Wang perbadanan itu, termasuk pembayaran berkenaan dengan gaji, saraan dan faedah kewangan lain kepada anggota perbadanan dan pekerjanya, dibenarkan dengan sepatutnya dan bahawa kawalan yang mencukupi disenggarakan atas aset itu, atau yang ada dalam jagaan, perbadanan itu dan atas tanggungan apa-apa liabiliti oleh perbadanan itu.
(2)
Menteri Kewangan boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu untuk mencapai objektif subperenggan (1) dan untuk memastikan pengurusan kewangan dan sistem kawalan dan amalan yang sepatutnya dalam perbadanan dan sebagai tambahan Menteri Kewangan boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan—
pungutan, penerimaan, penjagaan, pengeluaran, perbelanjaan, perakaunan wajar bagi, pemeliharaan dan pengurusan segala hasil, pinjaman, amanah dan wang lain dan segala bon, debentur dan sekuriti lain tidak kira bagaimana jua pun yang diperdapatkan atau diterima oleh atau bagi akaun perbadanan dan panduan bagi semua orang yang berkenaan dalamnya;
pelantikan pegawai perakaunan perbadanan dan kebertanggungjawabannya untuk memastikan bahawa kumpulan wang dan aset perbadanan itu diletakkan di bawah kawalannya pada setiap masa dan bahawa kumpulan wang itu dibelanjakan secara berhemat, secara berekonomi dan dengan mengambil kira sepenuhnya nilai yang diterima;
perekodan, pemeriksaan dan penelitian yang lebih berkesan bagi semua hasil dan perbelanjaan dan bagi penyimpanan semua buku dan akaun yang perlu oleh perbadanan;
semua bentuk buku, penyata dan apa jua dokumen yang dikehendaki di bawah Jadual ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
pembelian, penjagaan selamat, pengeluaran, penjualan, atau pelupusan lain atau penghapusan kira catel atau harta lain perbadanan dan perakaunan yang sepatutnya bagi apa-apa pengiraan stok bagi catel dan harta itu;
penyediaan anggaran hasil dan perbelanjaan oleh perbadanan.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan (2) boleh dijadikan terpakai bagi perbadanan secara am atau bagi mana-mana kelas atau kategori perbadanan atau bagi mana-mana perbadanan tertentu.
Penyiasatan akaun
17. (1)
Menteri atau Menteri Kewangan boleh pada bila-bila masa mengarahkan mana-mana orang sebagaimana yang dilantik olehnya untuk membuat suatu penyiasatan bagi buku, akaun dan transaksi sesuatu perbadanan.
Pemerbadanan (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 15
(2)
Perbadanan itu hendaklah memberi orang itu akses kepada buku, akaun dan dokumennya dan hendaklah memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh orang itu untuk menjalankan penyiasatan itu:
Dengan syarat bahawa buku, akaun dan dokumen itu tidak dikehendaki dikemukakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang boleh mengganggu perjalanan wajar urusan harian biasa perbadanan itu.
Tahun kewangan dan akaun teraudit
18. (1)
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu tahun kewangan yang bermula pada 1 Januari.
(2)
Akaun perbadanan hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh perbadanan itu dengan kelulusan
Menteri Kewangan.
(3)
Perbadanan hendaklah dalam masa enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan diaudit akaunnya dan dihantar kepada Menteri bersama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit yang dilantik di bawah subperenggan (2) bagi apa-apa penyata atau bagi akaun perbadanan dan suatu salinan laporan tahunan yang disebut dalam perenggan 19.
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap penyata sedemikian bersama dengan salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh
Ketua Audit Negara atau juruaudit yang dilantik di bawah subperenggan (2)
mengenai apa-apa penyata atau mengenai akaun perbadanan dan suatu salinan laporan tahunan yang disebut dalam subperenggan (3) dan perenggan 19
dibentangkan di hadapan Jemaah Menteri dan Majlis Kewangan Negara.
(4)
Menteri Besar atau Ketua Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap penyata sedemikian bersama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit yang dilantik di bawah subperenggan (2) bagi apa-apa penyata atau bagi akaun perbadanan dan suatu salinan laporan tahunan yang disebut dalam subperenggan (3) dan perenggan 19
dibentangkan dalam mesyuarat Badan Perundangan Negeri yang berikutnya.
Laporan Tahunan
19. Perbadanan hendaklah tidak lewat daripada 30 Jun selepas setiap tahun kewangan menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri dan
Menteri Besar atau Ketua Menteri, suatu laporan yang menyatakan aktiviti perbadanan sepanjang tahun sebelumnya.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 380
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
20. (1)
Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan Jadual ini dengan lebih baik termasuk menetapkan kod kelakuan dan mengenai perkara disiplin.
(2)
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri selepas perundingannya dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan undang-undang yang menubuhkan perbadanan itu dengan lebih baik dengan syarat peraturan-peraturan itu tidak bercanggah dengan Jadual ini.
(3)
Undang-undang yang menubuhkan perbadanan itu boleh mengadakan peruntukan bagi kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat kaedah-kaedah bagi apa-apa maksud lain yang tidak bercanggah dengan Jadual ini.
Undang-undang Negeri boleh membuat peruntukan lain
21. Undang-undang yang menubuhkan suatu perbadanan boleh mengadakan peruntukan lain yang tidak bercanggah dengan Jadual ini.
22. (Dipotong).
Pembubaran perbadanan
23. Apabila suatu perbadanan dibubarkan, aset perbadanan itu hendaklah, selepas pembayaran segala liabiliti, dilupuskan dalam apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri.
17
Akta 380
AKTA PEMERBADANAN (KEWIBAWAAN BADAN
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. 33/1964
Perintah Perbadanan (Kekompetenan
Badan Perundangan Negeri) (Pindaan)
1964
30-01-1964
P.U. 296/1968
Perintah Perbadanan (Kekompetenan
Badan Perundangan Negeri) (Pindaan)
1968 18-07-1968
Akta A244
Akta Perbadanan (Kelayakan Badan
Perundangan Negeri) (Pindaan) 1974 15-03-1974
P.U. (A) 448/1974
Perintah
Perbadanan
(Kelayakan
Badan Perundangan Negeri) (Pindaan
Jadual Pertama) 1974 01-04-1974
Akta A351
Akta Perbadanan (Kelayakan Badan
Perundangan Negeri) (Pindaan) 1976 01-06-1976
Akta A507
Akta
Pemerbadanan
(Kelayakan
Pihak Berkuasa Perundangan Negeri)
(Pindaan) 1981 06-02-1981;
s.2 dan para 4(a):
15-03-1974;
para 4(b):
01-08-1971
P.U. (A) 120/1990
Perintah Pemerbadanan (Kekompetenan
Badan Perundangan Negeri) (Pindaan
Jadual Kedua) 1990 04-05-1990
Akta 478
Akta Pembatalan Pengecualian daripada
Bayaran Duti-Duti Setem 1992 21-02-1992
P.U. (A) 384/1993
Perintah Perbadanan (Kekompetenan
Badan Perundangan Negeri) (Jadual
Pertama) (Pindaan) 1993 19-11-1993
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 380
P.U. (A) 131/1999
Perintah Pemerbadanan (Kewibawaan
Badan Perundangan Negeri) (Pindaan
Jadual Pertama) 1999 15-03-1999
P.U. (A) 192/2003
Perintah Pemerbadanan (Kewibawaan
Badan Perundangan Negeri) (Pindaan
Jadual Kedua) 2003 13-06-2003
P.U. (A) 192/2005
Perintah Pemerbadanan (Kewibawaan
Badan Perundangan Negeri) (Pindaan
Jadual Kedua) 2005
Dari tahun
Kewangan 2005
19
Akta 380
AKTA PEMERBADANAN (KEWIBAWAAN BADAN
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A244 15-03-1974 3
Akta A244
Akta A351
Akta A507 15-03-1974 01-06-1976 15-03-1974
3A
Akta A351
Akta A507 01-06-1976 06-02-1981
4
Akta A351 01-06-1976
7
Akta A244 15-03-1974
Jadual Pertama
P.U. (A) 33/1964 30-01-1964
P.U. (A) 296/1968 18-07-1968
P.U. (A) 448/1974 01-04-1974
Akta A507 15-03-1974
01-08-1971
P.U. (A) 384/1993 19-11-1993
P.U. (A) 131/1999 15-03-1999
Jadual Kedua
Akta A244 15-03-1974
Akta A507 06-02-1981
P.U. (A) 120/1990 04-05-1990
Akta 478 21-02-1992
P.U. (A) 192/2003 13-06-2003
P.U. (A) 192/2005
Dari tahun
Kewangan 2005